Khamis, 17 Mac 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Pengacara MHI TV3 pula bakal sertai PAS?

Posted: 16 Mar 2011 12:08 PM PDT


Gambar ini diperolehi dari blog sahabat Batu Gajah Mari. Seorang pengacara Ahmad Fedtri Yahya pengendali rancangan Malaysia Hari Ini, MHI yang disiarkan setiap pagi di TV3, dilihat bersama-sama dengan Bob Lokman di dalam Talkshow di Kota Damansara sebentar tadi.

Hal ini menimbulkan desas desus bahawa pengacara terkenal ini barangkali sudah mula menjinak-jinakkan diri untuk menyertai Parti Islam se-Malaysia, PAS.



ReJaM© "Tahniah diucapkan Rezeki Allah yang tentukan..."

Pelawak dipecat gara-gara mempersenda bencana Jepun

Posted: 16 Mar 2011 10:58 AM PDT


Seorang Pelawak, Gilbert Gottfried telah dipecat daripada syarikat insuran terbesar di dunia selepas mempersendakan bencana gempa bumi dan tsunami yang sedang berlaku di Jepun di laman microblogging Twitter.

Gilbert bekerja sebagai orang di belakang maskot Aflac Inc iaitu Aflac duck. Pelawak itu telah mempersendakan bencana Jepun melalui akaun twitter maskot syarikat insuran tersebut Aflac Duck. Lantaran itu syarikat berkenaan telah mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya.

"Ulasan Gilbert baru-baru ini tentang krisis bencana di Jepun tidak lucu dan tentu sekali ia tidak mewakili pendapat dan perasaan mana-mana pihak di Aflac" kata Michaeal Zunda, Timbalan Presiden merangkap ketua pegawai pemasaran syarikat tersebut.



Sumber: [Free Malays]


ReJaM© "Baru buat lawak kat twitter dah kena pecat, Rosmah siap rakam lawak"

Video siaran langsung, mati ketika sedang berucap

Posted: 16 Mar 2011 09:02 AM PDT

Seorang pembaca menghantar email meminta ReJaM© menyiarkan video ini. Video yang memaparkan kematian di saat sedang berucap di dalam satu siaran langsung sidang media. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.



Credit to: [Nescafee Ais]

ReJaM© "Kata Rasulullah sebijak-bijak manusia adalah yang selalu mengingat mati"

Rosmah Mansor jadi bahan ketawa di Tokyo!

Posted: 16 Mar 2011 06:10 AM PDT

Sebuah email yang dihantar daripada pengirim yang berada di Tokyo, Jepun kepada Hisyamuddin Rais @ tukar Tiub. Email ini diambil daripada blog [Tukar Tiub]



Bagi pembaca yang belum menonton sendiri lawak bodoh yang diucapkan oleh Rosmah Mansor, sila klik sini [Rosmah CNN]

ReJaM© "Dahsyat betul Rosmah, satu Tokyo gelakkan dia kah kah kah..."

Tiada ulasan: