SharpShooter |
- 1 Malaysia 1 israel dilanda wabak saman
- 16 April pilihanraya Sarawak?
- Polis apco pilih bulu
- Hj Malik sumbang pukat di Sarawak
- 2 Syed serang Gobala
- Saman Ekor - jom ambil tahu di P. Pinang
- Bantahan projek nuklear berterusan
- Ketua AMK P.Pinang dan Timbalan Ketua Cabang Nibong Tebal ditahan polis
1 Malaysia 1 israel dilanda wabak saman Posted: 17 Mar 2011 02:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Personaliti kontroversi Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas rakan perniagaan beliau, Nor Azman Abdullah atau Baginda Minda sebagai defendan pertama dan portal berita Malaysiakini sebagai defenden kedua. Writ saman tersebut didaftarkan oleh peguam Khairul Azam Abd Aziz dari Sarihan & Hamdan pada pukul 12.30 tengahari tadi di pejabat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ia berhubung kenyataan Nor Azman dalam laporan Malaysiakini bertarikh 15 Mac yang bertajuk 'Ummi's ex-partner threatens to 'tell all'. Ummi Hafilda yang ditemui media mendakwa Nor Azman berhutang sebanyak RM600,000 kepada sebuah syarikat. "Tidak keterlaluan jika saya katakan (Nor Azman) ialah anjing peliharaan Anwar," katanya. Beliau turut menyangkal dakwaan Nor Azman seperti yang dilaporkan Malaysiakini. Fitnah dajal Beliau menegaskan, "adalah menjadi impian saya untuk menegak kebenaran. Apa yang dikatakannya adalah fitnah dajal. Saya berharap melalui tindakan undang-undang, kebenaran akan terbongkar." Peguam beliau, Khairul Azam berkata, saman ini difailkan anak guamnya bukan kerana dia takut tetapi kerana kenyataan yang diterbitkan adalah fitnah semata. "Norazman dan Malaysiakini menjatuhkan maruah anak guam saya sebagai seorang Muslim," ujar beliau. Ummi Hafilda antara lain turut menuntut injunksi yang melarang kedua-dua defenden secara sendiri atau melalui wakil daripada terus mengucap, menulis atau menyebar artikel fitnah. Selain gantirugi am sebanyak RM100 juta, beliau turut menuntut ganti rugi teladan dan gantirugi teruk padar kadar faedah 8% setahun, kos dan lain-lain relif. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 17 Mar 2011 02:08 AM PDT Oleh: cucupakkasim "Berapa lama orang-orang di Sarawak mau tunggu daaa...?? Dah berbulan-bulan... bila tanya dia kata.. tak ada ilham lagi, bila tanya.. tak dapat inspirasi lagi, bila tanya lagi.. dia kata tunggu nak pergi buat haji dulu, nak minta pertunjuk nak minta doa depan Kaabah. Itu bulan November 2010 dulu. Lepas balik dari Mekah ditanya lagi bila?? Dia kata doa dia tak dimakbulkan lagi, nak makbul macam mana? kalau dah rakyat Sarawak pun meluat apa tah lagi Allah SWT? Akibat tak boleh tahan jadi penunggu, rakan-rakan Taib dalam komponen BN telah bermesyuarat secara rahsia dan diam-diam tanpa pengetahuan Taib dan telah bersetuju dengan tarikh yang diusulkan iaitu pembubaran dewan undangan negeri pada 26hb Mac, penamaan calon pada 8hb April manakala hari mengundi ialah 16hb. Dan rakan-rakan Taib ini juga telah mendesak Taib agar bersetuju dengan tarikh-tarikh yang telah dipersetujui itu. Secara dasarnya Taib Mahmud telah bersetuju setelah 'di-cekik' oleh rakan-rakannya, namun begitu bila Taib Mahmud cuba mendapatkan nasihat dari 'panel tok bomo'nya ia telah diberitahu yang pilihanraya negeri yang bakal berlangsung nanti merupakan pilihanraya yang paling mencabar disepanjang 30 tahun beliau berkuasa, jadi sebelum dia berjumpa dengan Gabenor sarawak untuk memberitahu perkara dan tarikh ini dia kata dia nak ke Mekah sekali lagi untuk buat umrah dan sekali lagi nak minta pertunjuk dan nak minta doa depan Kaabah pada 20hb Mac ini sama ada dia boleh mendapat mandat lagi sekali atau tidak. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 17 Mar 2011 01:17 AM PDT NIBONG TEBAL: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali, menyifatkan penahanannya bersama Ketua Cabang Nibong Tebal dikenali sebagai Haji Wan selama empat jam, semalam, sebagai perbuatan pilih kasih. Beliau berkata demikian kepada KeadilanDaily selepas dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan kira-kira jam 11.30 malam tadi selepas keterangan mereka diambil. Amir kesal kerana demonstrasi yang dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) yang ada hubungan dengan Umno tidak diganggu polis, sekalipun melibatkan isu yang tidak wajar. "Ini tindakan dwistandard polis kerana demo Umno BN tidak pula diganggu polis. Malah mereka semakin rancak berdemo dan diberi liputan media dengan meluas," katanya ketika dihubungi, hari ini. Sikap polis yang sebegini, kata Amir, akan menjadikan golongan belia mengambil sikap lebih kritikal dengan kerajaan. Amir ditahan kira-kira jam 6.30 petang sewaktu mengetuai demontrasi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan kes Fitnah II untuk tidak menyerahkan DNA beliau. Demontrasi berkenaan disertai antara 30 hingga 50 orang ahli parti dan rakyat kebanyakan. Untuk rekod, undang-undang Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh diambil sampel DNA tanpa kebenaran. Selain itu, wujud kebimbangan kemungkinan sampel DNA disalah guna sebegaimana dalam kes Fitnah I pada 1998 apabila seorang pegawai polis, ASP Rodwan memanipulasikannya dengan meletakkan DNA itu pada tilam yang dijadikan bahan bukti. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Hj Malik sumbang pukat di Sarawak Posted: 17 Mar 2011 01:04 AM PDT SARAWAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung, Abdul Malik Kasim menyumbangkan 40 pukat kepada nelayan Kampung Semerak, Sadong Jaya, Sarawak. Sumbangan itu disampaikan beliau semasa lawatannya dua hari di negeri itu mulai 14 Mac lalu. Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri Pulau Pinang itu berkata, lawatan tersebut bukan sahaja bertujuan mendekati masalah rakyat di Sarawak, tetapi dijalankan atas dasar tanggungjawabnya meskipun beliau bukan wakil rakyat di negeri itu. "Sebelum ini, saya selalu mengadakan lawatan ke Sarawak dan mereka juga banyak mengadu masalah untuk diselesaikan antaranya berkenaan bantuan nelayan, perkuburan Islam dan pembinaan masjid serta surau," katanya dihubungi Keadilan Daily.com. Abdul Malik berkata, beliau memperuntukan hampir RM3,000 untuk bantuan berkenaan. Beliau turut menyampaikan ceramah kepada penduduk setempat secara berkelompok dan jentera-jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10. "Kita membuat pembahagian dalam ceramah kerana ingin lebih mendekati penduduk setempat yang rata-ratanya Melayu bekerja sebagai nelayan. "Saya juga ditemani pimpinan Pulau Pinang untuk bersama jentera-jentera parti di sana sebagai persediaan awal PRN nanti," ujarnya. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 16 Mar 2011 11:52 PM PDT Zaman teknologi terkini selain facebook, laman sesawang twitter juga tak kurang hebatnya. Kemudahan teknologi ini amat digemari kerana ia terus dapat berhubung dengan pemimpin yang mempunyai twitter dan ada pemimpin yang mengendalikan sendiri twitternya melalui telefon bimbit. Ustaz Syed Nazli ahli PAS yang berasal dari Sg Rusa, Balik Pulau, beliau pernah bertanding di Dun Pantai Jerejak tahun 2004 di atas tiket Keadilan juga tidak ketinggalan menggunakan laman twitter untuk meluahkan rasa hati kepada pemimpin B-End terutamanya Azalina Othman termasuk Gobala. Ini sebahagian serangan dan luahan hati Ustaz Syed Nazli kepada Gobala. Selain Ustaz Syed Nazli, Syed Mikael Ketua AMK Tasek Gelugor juga tidak ketinggalan menggunakan laman twitternya menyerang Gobala. Gobala ternyata tidak tahan dengan serangan bertalu-talu lantas telah menggunakan bahasa yang kasar kerana tidak dapat menahan kemarahan. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Saman Ekor - jom ambil tahu di P. Pinang Posted: 16 Mar 2011 09:24 PM PDT Mangsa saman ekor atau mereka yang mempunyai saman tertunggak jangan melepaskan peluang bersama Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan panel peguam Kempen Anti Saman Ekor (Kase) di Markaz Tarbiyah PAS Pulau Pinang, Pongsu Seribu Kepala Batas pada 19 Mac ini, jam 3.00 petang. Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mat Piah berkata, ia bukan sahaja untuk mangsa yang teraniaya malahan terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin tahu bagaimana cara yang terbaik untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Jelasnya lagi, langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyenarai hitamkan pembayaran cukai jalan merupakan langkah ke belakang kerana ia menyusahkan rakyat yang ingin menggunakan kenderaan sendiri. "Sesiapa yang masih bingung dengan istilah saman ekor oleh JPJ dan polis, sila hadir ke Pongsu Seribu hari Sabtu ini bermula jam 3.00 petang. Anda akan diberikan penjelasan kenapa tidak perlu bayar saman ekor oleh Datuk Mahfuz dan panel peguam Kase," terangnya. Katanya, selepas mendengar taklimat, semua peserta dikehendaki ke plaza tol Sungai Dua untuk menyebarkan risalah Kase kepada orang ramai agar tidak menjadi mangsa JPJ dan polis yang memeras wang rakyat. "Jangan lepaskan peluang ini, datanglah beramai-ramai untuk memprotes apa yang mereka lakukan pada rakyat. Bila protes saman ekor, buatlah tekad untuk memprotes Barisan Nasional (BN) dan Umno," ujarnya* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Bantahan projek nuklear berterusan Posted: 16 Mar 2011 09:04 PM PDT Kerajaan digesa segera membatalkan rancangan untuk memajukan tenaga nuklear dan pembinaan empangan besar kerana jumlah kapasiti bekalan elektrik negara kini mencukupi. Menurut, presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) SM Mohamed Idris, berdasarkan apa yang berlaku di Jepun, membuktikan bahawa malapetaka boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja. "Pada masa ini, jumlah penggunaan elektrik Malaysia adalah dianggarkan 14,000 megawatt (MW) tetapi negara mempunyai kapasiti bekalan sebanyak 23,000 MW. Ini memberikan Malaysia margin yang amat selesa memandangkan sasaran kerajaan hanya 20 peratus ," katanya dalam satu kenyataan akhbar. Menurutnya daripada semua teknologi penjanaan elektrik, tenaga nuklear adalah antara yang mampu mengakibatkan malapetaka kemalangan. Justeru, mana-mana negara dengan aspirasi nuklear perlu mempertimbangkan risiko bencana kemalangan sebagai sumbangan negatif utama teknologi ini. Kemampuan Malaysia Ditolak penyokong tenaga nuklear Sharpshooter - Mengapa mat sembab beria-ia sangat nak projek nuklear? Che Det pun tak sokong...tetapi mengapa nak juga projek nuklear....sifirnya mudah...bukan sebab untuk rakyat tetapi kerana nak jaga kroni. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Ketua AMK P.Pinang dan Timbalan Ketua Cabang Nibong Tebal ditahan polis Posted: 16 Mar 2011 05:30 AM PDT AMK P.Pinang petang tadi mengadakan demo di Tol Jawi untuk menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Ketua AMK P. Pinang, sdr Amir Ghazali sedang berucap Rizal Hamid turut berucap. Hj Wan Timbalan Ketua Cabang Nibong Tebal sedang berbincang dengan polis apco. Sdr Arop Ketua AMK Nibong Tebal...kecil-kecil cili padi.. Ketua AMK P.Pinang sdr Amir Ghazali dan Hj Wan kini ditahan di IPD Nibong Tebal. Mereka kini disoal siasat oleh polis apco. Di manakah Keadilan, puak pekasam, puak ngo ntah apa nama dan puak-puak umno kalau buat demo tidak ditahan pun. Gambar ehsan Zul Mamak * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan