MANDOR.BLOGSPOT.COM |
MAT SABU TIMBALAN PRESIDEN PAS ? Posted: 16 Mar 2011 11:13 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS TERAMATLAH setujunya saya apabila membaca laporan di dalam Malaysiakini yang menyebut bahawa ada sekumpulan di dalam PAS ingin membawa Mat Sabu ke jawatan lebih tinggi di dalam kepimpinan PAS di dalam Muktamar Pemilihan PAS akan datang. Saya berpendapat tempat paling baik dan sesuai buat tokoh yang `vokal' dan `radikal' seperti beliau adalah sebagai Timbalan Presiden PAS. Di dalam menghadapi situasi politik di negara ini di masa-masa akan datang memerlukan tokoh seperti Mat Sabu. Jika di zaman Nabi Muhammad S.A.W, beliau mempunyai pejuang yang berbagai watak samada yang lembut mahu pun yang berpewatakan keras. Ini penting untuk `Uslub' perjuangan Islam bergantung kepada situasi yang dihadapi. Sayyidina Omar R.A sebagai contoh adalah sahabat Nabi yang terkenal dengan `tegas dan keras' di dalam membela Islam. Beliau amat digeruni oleh musuh-musuh Islam ketika itu. PAS perlu tokoh yang seperti Mat Sabu untuk mempertahankan PAS di dalam menghadapi musuh politiknya. Tidak dapat dibayangkan jika semua pimpinan PAS berperwatakan seperti Tuan Guru Nik Aziz atau pun seperti Tuan Guru Haji Hadi. Mereka sebagai Ulamak yang mempunyai cukup kesabaran di dalam menghadapi serangan musuh. Sudah tentu musuh PAS amat gembira jika kesemua pimpinan PAS bersikap sedemikian. Justeru itu, Mat Sabu boleh diangkat sebagai pengimbang di dalam pendekatan dakwah PAS. Beliau juga layak kerana tidak mempunyai ramai `seteru' samada di dalam parti mahu pun di luar parti. Hubungan rapat beliau dengan pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng akan dapat memberi kebaikan bersama kepada PAS dan DAP. /wfauzdin.blogspot.com |
Posted: 16 Mar 2011 08:17 AM PDT Kata-Kata Azimat Sewaktu Di Kerdau - " Lihat Betul-Betul wajah Saya, Ada Rupa Penipu Tak?" MENGAPALAH gatal sangat mulut Bik Mama ni nak bercakap? Kalau tak tahu apa-apa lebih baik diam, sekurang-kurangnya orang tak tahu bahawa kita ni tak tahu. Bila gatal mulut nak bercakap, tidak pasal-pasal jadi malu. Bik Mama mendakwa kejadian Tsunami di Jepun baru-baru ini sebagai pengajaran kepada Kerajaan Jepun yang tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya. Kejahilan Bik Mama disensasikan oleh CNN dan di laman FaceBook serta Twitter seluruh dunia. Kalau Bik Mama tidak merasa malu dengan kenyataannya itu, kita sebagai rakyat Malaysia mesti merasa malu kerana beliau dikatakan `First Lady Of Malaysia'. Siapa Bik Mama untuk mengajar Jepun? Sedarkah kita bahawa negara kita ini masih `disuap' oleh Jepun untuk memberi makan rakyat negara ini? Bukan sedikit pelaburan Jepun di negara kita dan berapa banyak Jepun mengajar kita tentang teknoloji? Saya memetik kisah Bik Mama ini mengikut seperti yang dinyatakan oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata, " Malahan, dari insiden ini menunjukkan beliau sebagai isteri Perdana Menteri tidak layak untuk mewakili suara wanita Malaysia, apatah lagi mahu mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia (FLOM)," ujarnya . Katanya, kenyataan Rosmah yang dilaporkan kepada Awani, menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter menunjukkan bahawa Rosmah seolah tiada naluri sensitiviti kepada kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana yang melanda. Melihat kepada musibah yang melanda Jepun itu, kita amat kagum dengan rakyatnya yang begitu berdisiplin menghadapi keadaan yang amat genting tersebut. Kerajaan Jepun juga telah bertindak pantas dengan penuh tanggungjawab di atas tragedi yang menimpa. Terlalu jauh bezanya dengan negara kita walaupun menghadapi bencana yang kecil. Menghadapi banjir pun, bantuan kadangkala terhegeh-hegeh mahu sampai. Justeru itu, usahlah Bik Mama mahu memperlekehkan Jepun. Betullah kata ramai orang bahawa kejatuhan Najib nanti adalah berpunca daripada Bik Mama yang tidak tahu apa-apa tetapi berlagak seperti terlalu pandai. Sekarang yang tidak suka atau meluat dengan Bik Mama bukan sahaja rakyat di negara ini, tetapi bertambah meluas ke luar negara. Di mana Bik Mama mahu sorokkan muka jika beliau mahu `bershopping' ke luar negara selepas ini?/wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan