Jumaat, 11 Mac 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Pengguna dinasihatkan agar jangan bayar saman ekor

Posted: 10 Mar 2011 07:14 PM PST



Berita baik kepada semua rakyat Malaysia yang terlibat. Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir semalam.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah tersebut di mahkamah.

"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.

"Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.

Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.

Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2009





RentaP© "Jadi anda janganlah baik hati sangat nak bayar saman ekor, JPJ tiada hak untuk menyenarai hitamkan nama dan kenderaan anda melalui saman ekor"

MCA bantu Muhyidin bantah pengharaman loteri Kelantan

Posted: 10 Mar 2011 05:18 PM PST

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yassin tanpa rasa bersalah membantah melalui kritikannya terhadap tindakan [pengharaman loteri] yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang disifatkannya sebagai merampas hak orang bukan Islam untuk berjudi di negara ini.

Kritikan yang dibuat oleh Muhyidin secara terbuka ini membuka ruang dan digunakan sebaiknya oleh rakan komponen Barisan Nasional merangkap pelakon video lucah Chua Soi Lek untuk tampil menjadi hero membela tokey-tokey dan cukong-cukong judi di negeri Kelantan.

Chua Soi Lek tidak melepaskan peluang untuk memanfaatkan bola tanggung yang dihantar oleh Muhyidin Yassin melalui kenyataannya di [mStar]. MCA mengulangi kenyataan Muhyidin, kononnya Negeri Kelantan merampas hak orang bukan Islam untuk berjudi.



Jelas di sini demi mendapatkan sokongan politik dari orang bukan Islam, Pak Din anak Yassin sanggup menggunakan judi sebagai umpan bagi meraih sokongan. Pemimpin Islam yang diharapkan untuk mencegah kemungkaran nampaknya bekerjasama dengan pelakon video lucah untuk membantah pengharaman judi yang diketahui umum menjadi barah kepada masyarakat tanpa mengira agama.

Lihatlah permainan mereka, inikah pemimpin yang harus anda sokong dan diharapkan untuk membela Agama Islam? Inikah pemimpin yang boleh diharapkan untuk memelihara akhlak masyarakat? Jauh panggang dari api!


RentaP© "Teringat kata-kata ReJaM© tempoh hari, RentaP© pun rasa nak cepuk mulut busuk Pak Din anak Yassin ni, bercakap mengalahkan kaki judi!"

Pelajar Sekolah Agama rakam kemaluan dalam kelas

Posted: 10 Mar 2011 09:19 AM PST



Salah seorang pembaca MiLo SuaM telah meminta kami menyiarkan screenshot video seorang pelajar perempuan bertudung merakam aksi lucah serta kemaluannya di dalam kelas. Menurut pengirim, dipercayai pelajar ini adalah seorang pelajar sekolah agama berdasarkan warna kain dan tudungnya yang labuh.

Peringatan kepada ibu bapa di rumah yang selama ini menganggap anak perempuan anda ke sekolah semata-mata untuk untuk menuntut ilmu. Namun tak mustahil ada juga perkara buruk yang berlaku di luar pengetahuan anda. Inilah salah satu sebab mengapa pelajar sekolah tidak patut dibenarkan memakai telefon bimbit. Kini anda mempunyai lebih alasan untuk mencurigai anak anda demi masa depannya serta maruah keluarga anda.







RentaP© "Semoga kita dan keluarga dilindungi Allah dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar"

Tiada ulasan: