MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- TAHNIAH DS ANWAR, PKR PERLUKAN KUALITI BUKAN KUANTITI
- ALAHAI HARUSSANI, TOLONG AJAR PAS BOLEH?
- LEBIH BAIK MUHYIDDIN JAGA KEMENTERIANNYA YANG SEMAKIN TERUK ITU
- BODOHNYA PAS JIKA MEMUSUHI BLOGGERS YANG MENYOKONGNYA
TAHNIAH DS ANWAR, PKR PERLUKAN KUALITI BUKAN KUANTITI Posted: 10 Mar 2011 09:00 PM PST DS ANWAR nampaknya sudah tidak bimbang lagi berapa ramai pemimpin atau ahli-ahli PKR yang akan keluar parti. Beliau bahkan mencabar sesiapa yang berada di dalam PKR yang hanya mahu menjadi calon di dalam pilihanraya tetapi tidak mahu bersusah dan berkorban agar keluar segera dari PKR. Ketua Umum PKR ini tidak marah sekiranya terdapat pemimpin atau ahli-ahli PKR yang menegur atau mengkritik parti dengan baik, jujur dan berasas tetapi beliau amat marah sekiranya mereka tidak mahu berjuang, tidak mahu berkorban untuk parti walaupun tidak pernah menegur parti. Ini bezanya dengan pemimpin Umno yang sentiasa mahu dikipas dan sesiapa paling kuat kipasnya maka ada harapan di dalam Umno. Walaupun parti boleh ditegur dan dikritik, namun setiap ahli mesti menggunakan kebijaksanaan sendiri untuk menimbang samada pendekatan yang mereka ambil itu menguntungkan parti atau tidak. Sekiranya tidak menguntungkan parti pun, paling tidak jangan sampai menguntungkan musuh parti. PKR mesti terus ditegur dan dikritik agar parti ini sentiasa berjaga dan tidak tidur. Pemimpin pula mesti mengambil setiap teguran itu dengan pandangan yang positif kecuali jika ternyata kritikan itu dibuat semata-mata untuk mencari jalan untuk keluar dari parti. PKR banyak pengalaman semacam ini. Cuba tanya mereka yang telah bertukar menjadi `spesis katak' itu. Kita tahu mengapa Zahrain keluar kerana Lim Guan Eng telah dedahkan tembelang Zahrain sebelum beliau menjadi katak. Sejarah juga memperlihatkan bagaimana seorang Adun dari Perak yang terlepas dari dakwaan rasuah seks setelah menjadi katak. Tidak lupa kita bagaimana seorang TKM P.Pinang yang bermasalah kewangan, menjadi katak dan masalah selesai. Terbaru, katak hitam pula berjaya menyelesaikan bayaran membeli tanah berharga jutaan ringgit sekelip mata sebaik sahaja menjadi katak. Oleh sebab itulah, kita harus menyokong kuat usaha DS Anwar untuk membersihkan parti dari pemimpin seperti ini. Biarlah kita kembali mempunyai seorang wakil tunggal di Parlimen seperti dahulu sekiranya yang lain hanya mahu hidup senang lenang dan tidak mahu berkorban untuk rakyat bawahan. PKR perlukan kualiti, bukan kuantiti. Tahniah DS Anwar. /wfauzdin.blogspot.com |
ALAHAI HARUSSANI, TOLONG AJAR PAS BOLEH? Posted: 10 Mar 2011 06:58 PM PST MUFTI Perak, Harussani Zakaria dikatakan enggan membuat penjelasan kepada tuan Guru Nik Aziz berhubung isu `Undi PAS Masuk Syurga'. Sebelum ini Tuan Guru Nik Aziz telah menghantar surat kepada Harussani agar memberikan penjelasan tentang penulisan beliau berkaitan isu tersebut. Memetik dari yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, Mufti Perak itu berkata, "Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan. "Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi," katanya. Pelik sungguh, beliau mengaku bahawa Islam tidak boleh dipisahkan dari politik tetapi tidak mahu kaitkan hukum Islam di dalam politik. Jadi, mahu dikaitkan dengan hukum agama apa pula? Mahu PAS kaitkan dengan agama Kristian, Budha atau Hindu? Atau, adakah PAS akan berpolitik seperti orang sekular berpolitik? Kita bayangkan, seorang Jurulatih Bolasepak akan mengajar pelatih-pelatihnya tentang bermain badminton atau bercucuk tanam. Apa akan jadi? Adakah maksud Harussani agar PAS hanya bercakap pasal pembangunan, bina jalanraya, janji sediakan WIFI, janji padang Futsal, janji peruntukan berjuta-juta semasa berkempen sepertimana puak di sebelah sana sering amalkan? Cuba Harussani sebutkan secara jelas sepatutnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam apakah yang patut PAS lakukan sewaktu berkempen? Mungkin Harussani masih beranggapan bahawa Umno lebih memperjuangkan Islam dari PAS, justeru itu pelik apanya Harussani memberi komen yang senada dengan pimpinan Umno. Saya juga tidak merasa pelik jika beliau berdiam diri jika ada orang yang mengaku Islam mengalungkan bunga ke kubur Kamal Antartuk. Pelikkah kita jika beliau berdiam tatkala Muhyiddin mengkritik Kerajaan PAS Kelantan yang ingin mengharamkan judi di negeri tersebut? Sebaik-baiknya Harussani berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz dan berilah pendapat beliau berpandukan hukum Islam. Jika PAS sebuah parti Islam tentulah PAS akan bercakap di mana-mana pun berkaitan dengan Islam. Jika Harussani sebagai seorang Mufti, masakan Harussani akan bercakap atau memberi ilmu tentang bagaimana untuk menjadi seorang ratu cantik yang terkenal. Itu bukan Mufti namanya./wfauzdin.blogspot.com |
LEBIH BAIK MUHYIDDIN JAGA KEMENTERIANNYA YANG SEMAKIN TERUK ITU Posted: 10 Mar 2011 09:00 AM PST BETAPA bankrapnya Muhyiddin berhujah sebagai orang politik. Timbalan Presiden Umno ini mendakwa bahawa Anwar adalah liabiliti kepada PAS. Terlalu berat untuk Muhyiddin akui betapa Anwar lah seorang tokoh yang paling digeruni dan ditakuti oleh Umno. Betapa tidak, kerusi Permatang Pauh sewaktu ditandingi oleh DS Wan Azizah, isteri Anwar pun Umno tidak boleh makan. Bila Anwar bertanding di situ, ghuyub Umno menikus tidak tunjuk muka. Muhyiddin cari jalan lain untuk pecah belahkan PR terutamanya PAS dengan PKR. Beliau kata PAS sebenarnya tidak suka Anwar turun berceramah di pentas PAS, tetapi Anwar sahaja yang mahu turun sesuka hati. Lihat sendiri betapa `cerdik'nya hujah Muhyiddin ini. Ruginya ahli Umno jika tabalkan Muhyiddin lagi sebagai Timbalan Presiden Umno kerana pemikirannya lebih teruk dari pemikiran Ketua Cawangan Umno. Ketua Cawangan Umno sendiri pun tidak percaya dengan apa yang beliau sebut. Di dalam setiap program ceramah PAS, semua penceramah undangan telah ditetapkan lebih awal. Selepas itu, poster atau banner program ceramah dipamerkan. Mana lojik Anwar sesuka hati hadir untuk berceramah jika beliau tidak diundang? Bak kata Naib Presiden PAS sendiri, PAS jika boleh mahu Anwar turun setiap hari dalam program partinya. Mana kita mahu dengar samada cakap Muhyiddin atau Mahfuz? Hakikatnya, Muhyiddin yang menjadi liabiliti kepada Kementerian Pelajaran. Apa sudah jadi dengan prestasi pendidikan di negara ini? Apa sudah jadi dengan isu moral dan disiplin budak-budak sekolah sekarang ? Berapa banyak wang rakyat rugi kerana tersilap mencetak buku teks budak sekolah? Jika yang ini pun Muhyiddin tidak boleh urus dan kawal, pelik apanya jika dia bercakap merapu umpama Ketua Cawangan Umno di ulu kampung? /wfauzdin.blogspot.com |
BODOHNYA PAS JIKA MEMUSUHI BLOGGERS YANG MENYOKONGNYA Posted: 10 Mar 2011 07:16 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS ADAKAH benar bahawa PAS memusuhi atau menjauhi Bloggers Pro-PR sehinggakan PAS tewas di dalam PRK baru-baru ini? Sekali lagi saya rasa Tulang Besi menembak tidak tepat ke sasarannya. Jika tidak silap, Tuan Guru Nik Aziz bersama Kerajaan Negeri Kelantan ada membuat satu program berjumpa dengan Bloggers Pro PR di Selangor jika tidak salah dan dihebahkan kepada semua Blogger untuk hadir. Tidak tahu pula saya samada Tulang Besi hadir atau tidak. Saya sememangnya tidak hadir pada perjumpaan tersebut tetapi mengikutinya dari jauh. Bukankah ini salah satu program merapatkan hubungan Kerajaan Negeri di bawah PAS dengan Bloggers? Dan, sebelum kempen bermula di PRK Dun Merlimau terdapat juga satu pertemuan di antara PAS dengan Bloggers di sana. Pertemuan tersebut juga dihebahkan melalui beberapa blog pro PR. Justeru itu, di mana Tulang Besi mendapat ilham untuk mengatakan Bloggers PR dipinggirkan? Tulang Besi masih tidak jemu membicarakan soal Kerajaan Perpaduan yang pimpinan PR telah secara terbuka mahu isu tersebut dihentikan. Beliau juga seolah-olah tidak berputus asa dan masih bekerja kuat untuk menentukan kepimpinan PAS ditukar. Adakah Tulang Besi juga mahu DS Anwar ditukar setelah beberapa MP dari PKR melompat atau PKR tewas di dalam pilihanraya? Jika itu formula yang beliau fikir untuk menjayakan cita-cita PR, saya rasa bukan sahaja ianya akan berjaya malahan PR akan hancur lebih teruk. Memang benar, ada waktunya Bloggers juga dikritik oleh pimpinan PAS sepertimana Bloggers juga mengkritik pimpinan. Jika kita boleh kritik pemimpin, mustahil pemimpin tidak boleh kritik kita sebagai pengikut. Tegur menegur sesama kita akan memperbaiki perjuangan kita bersama. Jika kita ada hujah, kita tulis dan berhujah lah dengan baik. Jika pemimpin pula merasakan perlu menjawab hujah kita, maka pemimpin akan berhujah. Setahu saya belum ada Bloggers samada dari PKR atau PAS yang dipecat sebagai ahli semata-mata mengkritik pemimpin. Jika itu lah keadaannya, mustahil pemimpin pula perlu berundur semata-mata dikritik oleh Bloggers. Tulang Besi cuba membawa kisah seorang sahabat Aduka Taruna yang kununnya di belasah di perkarangan masjid Rusila. Saya ada mengulas isu tersebut sebelum ini di dalam blog saya. Pandangan saya tidak berubah iaitu Aduka Taruna bersalah dan lebih bersalah lagi adalah mereka yang didakwa memukulnya. Pendapat saya ini adalah berpandukan cerita dari Aduka Taruna sendiri. Maksud saya, Aduka yang bersalah tetapi tidak berhak untuk sesiapa memukulnya. Itu pandangan saya. Justeru itu, pendapat Tulang Besi bahawa PAS meminggirkan atau memusuhi Bloggers PR adalah satu tuduhan semata-mata. Tiada satu bukti pun menunjukkan Bloggers PR dipinggirkan bahkan bukti PAS semakin mendekati para Bloggers boleh kita buktikan. /wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan