Jumaat, 11 Mac 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Liwat 2 - Bukan Anwar Sorang Sahaja Yang Meliwat Saiful

Posted: 10 Mar 2011 11:28 PM PST

Tiga profail DNA keliling dubur, Saiful enggan komen

Belum sempat pihak pendakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka, peguam bela utama Karapal Singh memohon untuk memanggil semula saksi utama pendakwa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Alasan Karpal, beliau ingin bertanya berkaitan hasil penemuan dua DNA oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong di dalam rektum (saluran dubur) mangsa.

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bagaimanapun membantah kerana menurutnya ia bukan bahan bukti. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudiannya menangguhkan perbicaraan san semua pihak bermesyuarat di kamar hakim.


Mohd Saiful kemudian dipanggil semula dan Karpal memintanya menceritakan kejadian dan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.

Karpal: Adakah awak pergi tandas?

Saiful: Ya, tapi saya tidak berak antara 26 hingga 28 Jun.

Karpal: Tandas, di mana?

Saiful: Ada beberapa.

Karpal: Menurut keterangan Dr Seah ada tiga profail DNA daripada orang berlainan di keliling dubur awak. Maknanya (awak) ada dua atau tiga rakan?

Saiful: Tidak. Saya tak boleh komen penemuan (Seah) itu.

Semasa diperiksa semula oleh Yusof, Saiful berkata dia mandi di rumah dan juga membuang air di tandas rumahnya.

Yusof kemudiannya membuat dua permohonan kepada mahkamah. Pertama, beliau mahu semakan ke atas penghakiman perbicaraan dalam perbicaraan.

"Ketika itu, kita tidak tahu alasan. Kami mempunyai waran, apa yang dica dalam waran adalah pertuduhan," katanya.

Permohonan keduanya, pihak pendakwaan mahu mahkamah memaksa Anwar membekalkan sampel DNA untuk tujuan profailing. Bagaimanapun permintaan itu dibantah oleh Karpal.

Mahkamah kemudiannya ditangguhkan sehingga Isnin ini. - mkini

Liwat 2 - Konspirasi Peringkat Tertinggi Makin Terserlah

Posted: 10 Mar 2011 08:43 PM PST

Polis: Saya rekod keterangan dari Rosmah

Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pada keterangannya mengakui beliau mengambil keterangan daripada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kejadian liwat itu.

NONESebelum ini, Anwar seringkali mendakwa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk 'mengenakannya' pada perbicaraan kes liwat tersebut.

Pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dalam keterangannya bersetuju bahawa beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.

Namun, Saiful menafikan pertemuan dengan Rosmah tetapi bersetuju bahawa dia berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar.

Jude ketika menjawap soalan daripada peguambela utama, Karpal Singh bersetuju polis merakamkan beberapa kenyataan daripada beberapa individu selepas dakwaan kejadian liwat itu.


Karpal: Siapa orang yang awak jumpa dalam menjalankan siasatan kes ini selepas 26 Jun, 2008?

Jude: (teragak-agak) Saya jumpa beberapa orang.

Karpal: Siapa?

Jude: Rahimi (Osman), (bekas pembantu Anwar), Ezam (Mohd Nor), Tuah (bapa saudara Saiful) dan ...

Karpal: Datuk Mumtaz?

Jude: Ya.

Karpal: Bagaimana dengan Najib?

Jude: Tidak ada.

Karpal: Ada kenyataan direkodkan dari Rosmah?

Jude: Ada... tetapi saya perlu periksa.

Karpal: Tadi, awak kata ada!

Jude: Nanti, saya perlu periksa. Ya, saya ada ambil keterangan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008.

Saifuddin Bidas Mahathir Hanya Berani Di Luar Tapi Takut Ke Mahkamah

Posted: 10 Mar 2011 08:19 PM PST


Kelantan Sedia Dialog Dan Jelas Isu Loteri

Posted: 10 Mar 2011 08:11 PM PST

Kerajaan Negeri sedia berdialog dengan mana-mana pihak termasuk parti politik bagi menjelaskan kedudukan sebenar penguatkuasaan larangan menjual tiket loteri di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, walaupun dialog mengenai dasar kerajaan sudah pun dibuat pada tahun 1990 yang turut disertai golongan bukan Islam, Kerajaan Negeri tetap bersedia untuk menjelaskannya sekali lagi bagi mengelak kekeliruan.

Menurutnya, isu tersebut tidak wajar dipolitikkan mana-mana pihak kerana penguatkuasaannya mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1989 di bawah Seksyen 102 Akta Kerajaan Tempatan.


"Undang-undang yang diluluskan pada 7 Disember 1989 itu memberi kuasa kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengawal, menyelia dan mendaftar semua jenis perniagaan yang dibenarkan.

"Ini bermakna tindakan sebaliknya boleh dikenakan terhadap perniagaan yang tidak dibenarkan dan lesen untuk penjualan tiket loteri atau tiket lain yang berteraskan judi tidak dikeluarkan," katanya selepas mesyuarat Exco, di sini, semalam.

Katanya, MPKB menyerbu tiga premis di Kota Bharu 26 Februari lalu berikutan aduan daripada orang ramai mengenai aktiviti penjualan tiket loteri dan pendedahan yang dibuat blogger mengenainya.

Takiyuddin berkata, penguatkuasaan dilakukan selepas mendapat waran yang dikeluarkan Mahkamah Seksyen Kota Bharu dua hari sebelum itu yang membolehkan premis berkenaan digeladah selain mempunyai kuasa menyita, menahan dan merampas," katanya.

Ketika diminta mengulas bantahan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw kelmarin, beliau berkata, itu pandangan peribadi yang menampakkan tokoh itu tidak memahami keadaan sebenar.

"Dia (Pang Chaw) mengenali saya dan Menteri Besar, datanglah berjumpa supaya kami boleh menjelaskan perkara sebenar, saya pun tidak tahu mengapa dia asyik 'menyerang' MPKB.

"Umum mengetahui bukan hanya Islam melarang judi, agama lain juga melarang seperti Kristian yang mengatakan ianya sebagai 'something for nothing' dan Buddha yang mengatakannya sebagai amalan jahat yang boleh mencetuskan krisis moral serius," katanya. - SinarHarian

Rakyat Akan Mengenang MahathirSebagai Diktator Demokrasi

Posted: 10 Mar 2011 06:26 PM PST

Sepanjang pembacaan saya mengenai Dr Mahathir Mohamad hanya dua perkara saja yang beliau mengaku (bersalah), pertama gagal membangunkan Kampung Baru, Kuala Lumpur dan kedua gagal mengubah sikap orang Melayu.

Selain daripada itu Mahathir berjaya melaluinya. Orang yang menandang Mahathir dengan mata sebiji akan berpuas hati dengan Mahathir dan akan mengangungkan bekas PM keturunan asal Kerala, India itu setinggi bangunan KLCC.

Orang tidak tahu Mahathir menipu dalam politik, memperdayakan banyak orang untuk menjadi kerbau dan lembu pawah kepadanya.Selama 22 tahun jadi PM, dalam tempoh selama itu Mahathir melakukan apa saja yang dia suka. Mahathir adalah si diktator demokrasi di Malaysia.


Dengan kuasa yang mengakar tunjang beliau melakukan apa saja. Dengan politik perangkap dan memerangkap dan mencagarkan projek (wang) beliau utuh mempergunakan penyokongnya untuk menjadi hantu dan syaitan.

Orang yang memuja Mahathir hari ini adalah orang yang menerima jasa dan kebendaan rasuah dari Mahathir. Sokongan dan pemujaaan itu diteruskan oleh anak cicit penerima rasuah Mahathir hingga ke hari ini.

Saya atau sesiapa tidak menerima rasuah Mahathir akan membenci Mahathir dari sudut-sudut yang boleh dibencikan. Misalnya mengenai usaha dan pengorbanan Mahathir untuk agama, untuk menyatukan Melayu atau membantu orang miskin. Di zaman Mahathir negara kaya, tetapi rakyat miskin. Inilah yang hendak diatasi oleh Najib apabila PM itu mengumumkan berbagai projek rakyat yang belum pasti akan dicapai dalam masa terdekat.

Hari ini Mahathir terloncat-loncat bercakap mengenai kuasa Melayu akan hilang, apakah dia tahu semasa dia jadi PM apa yang dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan Melayu. Ramai orang tidak tahu punca kenapa Pas ditendang dari BN ialah atas cadangan dan desakan Mahathir! (Saya akan cerita kemudian versi Mahathir cadang agar Pas dipecat dari BN ini. Selama ini orang ingat Hussein Onn yang bersalah).

Kerana kehebatan - lama berkuasa dengan menggunakan tipu daya yang licit, orang percaya Mahathir jujur dan ikhlas. Mahathir tidak berbohong dan tidak menipu. Memang orang Melayu akan mempercayai kepada orang kaya dan berkuasa daripada orang miskin yang jujur dan papa. Mahathir memahami psikologi ini terus meliwat bangsa Melayu.

Tetapi hakikatnya adakah Mahathir begitu, ikhlas, jujur dan baik? Kerana beliau sudah tua bukan alansan untuk tidak menghina Mahathir. Selagi dia bercakap maka kita akan bercakapan mengenai dirinya. Walaupun Mahathir sudah tidur di liang lahad kejahatan dan kebejatannya akan dituturkan kalau tidak kuat pun perlahan.

Dalam memoirnya beliau turut menceritakan perihal Tengku Razaleigh Hamzah. Katanya anak raja itu tiak dapat jadi PM kerana tidak sabar. Kata Mahathir kalau Tengku Razaleigh sabar, sudah pasti dia akan ganti Musa menjadi TPM, bila Musa berhenti?

Betul ke begitu dan ikhlaskah Dr Mahathir ke atas Tengku Razaleigh? Saya tidak percaya samalah dengan beliau tidak percayanya beliau kepada Tengku Razaleigh. Kalau Mahathir ikhlas terhadap Razaleigh dia boleh membantu dan menebusnya. Bersambung... [wm.kl.11:09 am 10/03/11] mso


Laporan Polis Terhadap Betina Yang Menghina Tok Guru Nik Aziz

Posted: 10 Mar 2011 04:50 AM PST

Laporan Polis terhadap Farahhana dibuat Pas Kuala Kedah di Balai Polis Anak Bukit

ALOR SETAR - Kira-kira 20 ahli Pas Kuala Kedah membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan yang menyamakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Mohammad.

Laporan terhadap Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin( gambar kiri ) itu dibuat di Balai Polis Anak Bukit, di sini, kira-kira jam 2 petang, semalam.

Setiausaha Pas Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar berkata, kenyataan Farhana bertajuk 'Imej Nik Aziz sama Ayah Pin?' yang disiarkan sebuah akhbar mingguan 6 Mac lalu berniat jahat dan cuba menjejaskan imej Nik Abdul Aziz sebagai tokoh politik dan agama sejak hampir lima dekad lalu.


Menurutnya, kenyataan itu memberi gambaran seolah-olah Nik Abdul Aziz dan juga ahli Pas adalah golongan sesat yang perlu dibanteras seperti pengikut Ayah Pin di samping menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan umat Islam di negara ini.

"Kenyataan ini telah memfitnah Tuan Guru Nik Aziz sebagai orang yang mengangkat diri ke tahap yang suci dan tidak boleh ditegur seperti Ayah Pin.

"Sepanjang lebih 40 tahun penglibatan beliau dalam politik, Tuan Guru Nik Aziz sentiasa membuka pintu untuk berbincang dengan pelbagai pihak bagi tujuan mencari kebenaran dan dakwaan ke atas beliau adalah berbaur hasutan," katanya sewaktu ditemui :Sinar Harian sejurus selepas laporan polis dibuat.

Ridzwan berkata, tindakan akhbar berkenaan yang memberi ruang kepada kenyataan provokatif ini juga amat biadab yang boleh terus menimbulkan pergeseran dan perbalahan dalam kalangan masyarakat.

"Kedua-dua pihak (Farahana dan akhbar berkenaan) perlu disiasat berkenaan dengan kenyataan berbaur hasutan dan menjurus kepada permusuhan.

"Selain itu, Pas Kuala Kedah turut membuat aduan kepada Pejabat Mufti Negeri Kedah kerana menyifatkan kenyataan media itu dibuat oleh individu yang tidak mempunyai autoriti keagamaan.

"Sekiranya tiada tindakan diambil pihak berkaitan, saya sendiri akan mengemukakan saman ke atas kedua-dua pihak terbabit," katanya.

Sebelum ini, akhbar terbabit menyiarkan laporan bahawa imej Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh disamakan dengan pengamal ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.SH

Saksi: Sultan Johor ada kepentingan dalam 'jambatan bengkok'

Posted: 10 Mar 2011 04:21 AM PST

Sultan Johor mempunyai kepentingan dalam projek jambatan laluan antarabangsa Malaysia-Singapura yang lebih dikenali sebagai 'jambatan bengkok', demikian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dikatakan memperolehi kepentingan tersebut ketika baginda menjadi Tengku Mahkota pada 1998.

NONEIni didedahkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dalam
keterangannya hari ini.

Eskay menyaman Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pemegang saham utama syarikat tersebut, Yahya A Jalil, sebanyak RM20 juta.


Kenyataan tuntutannya menyebut bahawa defendan gagal membayarnya RM20 juta seperti yang dipersetujui kerana membantunya mendapatkan projek jambatan bengkok.

Yahya, yang merupakan pengarah Merong Mahawangsa, didakwa oleh Eskay mendapatkan bantuannya untuk mendapatkan projek tersebut dari kerajaan dan bagi mendapatkan dana asing RM640 juta untuk melaksanakan projek tersebut.

NONEDalam keterangannya, Eskay (kanan) berkata, dia pada awalnya mahukan kepentingan 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa sebagai balasan kerana berjaya membantu syarikat berkenaan mendapat projek tersebut,

Dia mendakwa, pada 3 Julai 1998 Yahya bagaimanapun telah menghubunginya dan memaklumkan kepadanya bahawa persetujuan tersebut tidak dapat dipenuhi.

"Yahya memaklumkan kepada saya berlaku perubahan keadaan dalam Merong Mahawangsa. Yahya menjelaskan kepada saya bahawa Tengku Mahkota Johor (kini Sultan Johor) akan menjadi pemegang saham dalam syarikat tersebut".

Oleh itu, katanya, Yahya memberitahunya bahawa perjanjian awal untuknya mendapat 16.66 peratus dalam syarikat tersebut tidak dapat dipenuhi.

Berikutan itu, kata Eskay, Yahya menawarkan gantirugi kepadanya sejumlah RM20 juta sebagai menggantikan pegangan 16.66 peratus dalam syarikat tersebut.

Sumber - mkini

Najib belanja RM63,000 hanya untuk hantar email ‘Salam 1Malaysia’

Posted: 10 Mar 2011 01:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM63,000 hanya untuk menghantar email ucapan 'Salam 1Malaysia' kepada 1.25 juta rakyat di negara ini. Email itu dihantar pada awal Febuari bersama ucapan SMS Tahun Baru Cina.

Perkara itu didedahkan dalam satu soalan parlimen yang dibangkitkan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan semalam.

Menurut laporan Malaysiakini, Najib dalam jawapan bertulisnya menyatakan empat juta SMS yang dihantar itu disediakan secara percuma oleh tiga syarikat telekomunikasi iaitu Digi Bhd, Maxis Bhd dan Celcom Bhd.

Manakala syarikat yang mengendalikan penghantaran emel itu dilapor berpangkalan di Amerika Syarikat.


Justeru Ahli Parlimen Seputeh, Teresa kok, mengingatkan Najib bahawa bajet yang diperuntukkan kementerian kewangan bukan lah dana peribadinya tetapi wang pembayar cukai yang perlu diurus dengan cermat.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor turut mendakwa Najib menganugerahkan kontrak menghantar emel kepada pihak ketiga, Lyris Inc, yang merupakan syarikat pemasaran teknologi yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat.

Teresa mendakwa, tiada proses tender terbuka, tetapi nama syarikat itu boleh dilihat dengan mengklik pada pautan 'tidak melanggan' (unsubscribe) pada emel berkenaan.

Sehubungannya, beliau menggalakkan orang ramai mengklik 'tidak melanggan' (unsubscribe) senarai penghantaran 'Salam 1Malaysia' bagi menyelamatkan wang pembayar cukai dan sebagai satu mesej protes.

http://www.keadilandaily.com/

Jangan bayar kompaun saman ekor - Kase

Posted: 10 Mar 2011 01:41 AM PST

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah tersebut di mahkamah.

"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.

"Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.


Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.

Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2009.

Dalam kes itu, hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

(Kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.)

"Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist.

"Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan yang didakwa akan menggunakan teknologi Redflex dalam Automatic Enforcement System (AES).

Katanya, teknologi itu telah dipertikai banyak pihak termasuk di California Amerika Syarikat dan di Arizona.

"Kenapa guna teknologi yang sudahpun dipersoal.

"Dan kenapa syarikat swasta Beta Tegap dan commercial Circle diberi hak pengendalian, sedangkan teknologi guna yang Redflex punya.

"Kenapa kerajaan tak kendalikan sendiri guna teknologi sama, kenapa perlu orang tengah?" soalnya.

Alasan Paling Jakun Dari Gobala..

Posted: 10 Mar 2011 01:22 AM PST

"Syarikat itu bukan milik saya, sebaliknya keluarga saya mempunyai kepentingan di dalamnya, bukan saya

Sementara itu, pada sidang media berasingan, Gobalakrishnan menafikan menerima wang berjumlah RM1.4 juta seperti yang didakwa Saifuddin.

Malah beliau turut bersedia disiasat oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan berkenaan.

"Saya sedia untuk disiasat pada bila-bila masa. Saya tidak pernah menerima apa-apa bayaran berjumlah RM1.4 juta daripada mana-mana pihak seperti yang dikatakan mereka.

"Anda boleh periksa tandatangan saya, malah saya tak ada tunaikan apa-apa cek lagi pada tahun ini," katanya.

Menurutnya lagi, syarikat Embun Megah Sdn Bhd yang dimaksudkan Saifuddin bukan miliknya.

"Syarikat itu bukan milik saya, sebaliknya keluarga saya mempunyai kepentingan di dalamnya, bukan saya," katanya.

Tiada ulasan: