Ahad, 6 Mac 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Mengapa negeri Pakatan Rakyat tidak hapuskan judi?

Posted: 06 Mar 2011 12:23 AM PST

Selalu kita dengar penyokong gerombolan songkok tinggi mencerca negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang didakwa oleh mereka tidak mahu menghapuskan judi. Mereka mendakwa PAS sudah diperkudakan oleh DAP di Kedah dan Selangor kerana tidak mahu menghapuskan judi.

Namun bila dijelaskan bahawa judi yang beroperasi di negeri-negeri Pakatan Rakyat adalah di bawah kuasa Kerajaan Pusat, mereka tetap tidak mahu terima. Mereka terus mencerca Kerajaan Negeri Pakatan, mereka kata penyokong Pakatan Rakyat bodoh tak tahu fakta.

Namun kali ini Alhamdulillah, fakta terdedah di depan mata. Di bawah ini petikan akhbar Sinar Harian 11 Ogos 2010 yang menjelaskan bahawa kuasa untuk menghapuskan judi bukan di bawah kerajaan Negeri, sebaliknya kuasa kerajaan pusat. Tidak ada satu pun Kerajaan negeri di Malaysia yang mempunyai kuasa untuk menghapuskan judi di Malaysia ini.




ReJaM© "Penyokong songkok tinggi bukak mata besar-besar..."

Berita baik bagi lepasan Universiti yang mencari kerja

Posted: 05 Mar 2011 10:37 AM PST

Berita baik untuk para lepasan Universiti di luar sana yang masih menganggur dan pening untuk mendapatkan kerja. Juga berita baik bagi individu yang sedang berfikir untuk mendapatkan kerja yang lebih baik berbanding kerja yang dilakukan sekarang. ReJaM© terjumpa satu website yang baik untuk anda.

Website ini akan memberikan anda maklumat tentang peluang-peluang kerja yang terdapat di seluruh negara yang sesuai dengan kelayakan anda. Seboleh-bolehnya tentu anda mahukan kerja yang sesuai dengan kursus yang anda ambil semasa di universiti betul tak?

Jadi, anda hanya perlu mendaftar di website ini, kemudian berikan butir-butir peribadi termasuk kelulusan dan email agar mereka dapat memberikan maklumat kerja yang sesuai untuk anda mohon.

ReJaM© dah cuba daftar, untuk melihat bagaimana fungsi website ini, hasilnya website ini telah menghantar email setiap hari dan memberikan senarai syarikat-syarikat yang memerlukan pekerja, dan pelbagai kekosongan jawatan sesuai dengan kelayakan yang ReJaM© ada. Di bawah ini contoh email yang ReJaM© perolehi.



Semoga maklumat ini bermanfaat untuk korang semua. Untuk mendaftar sila klik sini [JobCentral]


ReJaM© "Hebahkan kepada keluarga dan sahabat handai yang masih pening nak cari kerja tu"

MCA bela golongan penjual loteri Kelantan!

Posted: 05 Mar 2011 07:58 AM PST

Sebelum ini gerombolan songkok tinggi heboh di blog-blog dan di facebook pung pang pung pang bagai nak rak kononnya Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbiran Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz sengaja membenarkan penjualan loteri dan judi. Malah mereka mendakwa Kerajaan Kelantan sengaja mengeluarkan lesen untuk membenarkan rakyatnya berjudi. Siap kutuk Kelantan serambi loteri bagai.

Hari ini tuhan nak tunjukkan ternyata premis-premis judi yang gerombolan songkok tinggi hebohkan sebenarnya diberikan lesen oleh kerajaan pusat dan bukanlah lesen dari Kerajaan Negeri kerana Kerajaan negeri Kelantan tidak membenarkan sebarang aktiviti judi di negeri tersebut [Sinar]. Kalau ada pun mungkin judi haram dan judi-judi yang dikeluarkan lesennya oleh kerajaan pusat. Hambik kau!


Hari ini MCA pulak bangun melenting bagaikan hero kononnya untuk membela penjual-penjual loteri di Negeri Kelantan. Sebelum ini akhbar pencacai Utusan Malaysia heboh menghina pentadbiran Kelantan dengan niat untuk memburuk-burukkan Kerajaan PAS Kelantan [Utusan Kelentong]. Ternyata isu yang digembar gemburkan untuk memburukkan kerajaan Kelantan akhirnya terpalit bagaikan taik di atas kepala-kepala mereka.

Jelas sekali MCA menghina Islam, menghina kerajaan negeri yang mahu menghapuskan judi di Kelantan. ReJaM© juga dah dapat maklumat tentang rumah-rumah pelacuran di Kota Bharu sebenarnya milik Barisan Nasional, tunggu masa untuk didedahkan bukti-buktinya.

Sebaik sahaja bukti-bukti sahih maklumat tersebut diperolehi, kita lihat apa mereka nak putar belit? Mereka yang buat pusat pelacuran haram, kemudian Tuan Guru Nik Aziz yang diaibkan, kononnya membenarkan pelacuran.

ReJaM© "Bodohnyalah, sendiri berak tapi heboh kat orang kata orang lain berak..."


Baca juga di sini [Amenoworld]

Cukai tambahan baru untuk Negeri Melaka, terima kasih Ali Rustam!

Posted: 05 Mar 2011 02:16 AM PST

Berita baik untuk penduduk negeri Melaka, Ketua Menteri Ali Rustam yang anda sayangi mengeluarkan satu lagi arahan cukai tambahan untuk menambahkan beban rakyatnya.

Di bawah ini dokumen bukti bahawa Ketua Menteri, Ali Rustam yang mendakwa negerinya sebagai Negeri Maju walaupun tiada sebarang pengiktirafan dari mana-mana pihak, telah mengeluarkan surat arahan meminta cukai tambahan dari premis-premis berkenaan kerana cukai yang baru ini telah dikuat kuasakan sejak 1 Januari lalu.

Maka selepas ini anda harus menyediakan duit lebih kerana anda perlu membayar lebih cukai terhadap 31 perkhidmatan Hiburan seperti Karaoke, Teater, Konsert, Pertunjukkan muzik, Panggung Wayang, Ceramah/Syarahan dan sebagainya (sila baca sendiri dalam dokumen yang dilampirkan di bawah ini).








Tidak cukup dengan cukai hiburan sedia ada, Negeri Melaka membuat penambahan cukai lagi untuk mengambil duit anda semua. Apa pun anda tak perlu risau, kerana semua duti hiburan tambahan ini akan terus dimasukkan ke dalam bil anda. Maka anda tidak akan sedar duit anda digunakan untuk membayar cukai hiburan tambahan ini kah kah kah.

Apa perlunya cukai tambahan ini? Hanya Ali Rustam yang tahu, mungkin Melaka nak jadi Bandaraya Paling Maju Di Malaysia Pula. Apa yang pasti rakyat terpaksa mengeluarkan duit kocek untuk diberi kepada Kerajaan Negeri tak kira sama ada anda penyokong UMNO, penyokong PAS, penyokong Akademi Fantasia mahupun penyokong Parti Komunis Negeri German kah kah kah!

Hidup Melaka! Hidup Ali Rustam! Padan Muka Rakyat!











ReJaM© "Satu Malaysia Duit Rakyat Dulu dihabiskan kah kah kah"

Tiada ulasan: