MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- ISMAIL KERBAU LEBIH HEBAT DARI EZAM SESUMPAH?
- RASUAH PILIHANRAYA DI MERLIMAU, KERDAU TETAPI DI LENGGENG YANG KENA
- MURID TIDAK SUKA GURU, BALING KERETA GURU DENGAN BATU - AJARAN SIAPA INI?
- KERETA ANWAR DIKEPUNG DAN DIBALING BATU, APA KOMEN `SI LEMBAM'?
- RM 13 RIBU TUNAI ISNIN INI, DUGAAN BUAT PENEROKA FELDA
ISMAIL KERBAU LEBIH HEBAT DARI EZAM SESUMPAH? Posted: 05 Mar 2011 11:59 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS AKU terbaca komen dari rakan FB memberi komen tentang pendekatan Ezam sesumpah mengampu Umno sepanjang kempen PRK di Dun Merlimau dan Kerdau. Jadi aku minta izin untuk gunakan modal komen rakan aku tu untuk aku tulis di sini. Sememangnya Ezam sesumpah sentiasa mendabik dada kununnya beliaulah seorang pejuang yang berani sehingga masuk penjara. Kununnya beliau lebih kenal gari dan jeriji penjara dari rakan-rakan lamanya yang masih kekal di dalam PKR sekarang. Betul ke Ezam sesumpah je yang pernah masuk penjara? Betul ke yang kerap masuk penjara itu adalah orang yang berani dan pejuang? Mana lebih hebat DS Anwar atau Ezam sesumpah dari segi ujian dan cabaran? Azmin Ali, Us Dr Badrul Amin, Tian Chua, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi yang masih kekal berjuang di dalam PR juga pernah masuk penjara. Adakah mereka masuk penjara kemudiannya melutut mencari makan dengan pihak yang memenjarakannya? Tentu kita masih ingat nama Ismail Kerbau yang lebih kenal banyak pintu penjara. Dia lebih hebat dari Ezam sesumpah tentang penjara, makanya Ismail Kerbau itu berani dan pejuang? Tian Chua bukan sahaja pernah masuk penjara, beliau pernah berada di bawah trak FRU ketika gelombang reformasi dulu. Darah Tian Chua pernah mengalir dimuka dan tubuhnya sama juga dengan DS Anwar yang lebam biji mata. Berapa titik darah Ezam sesumpah yang mengalir? Berapa banyak Ezam sesumpah kena cubit? Bayangkan, Ezam sesumpah dulu masuk penjara kerana dedahkan fail rahsia berkenaan Rafidah Aziz sewaktu Rafidah menjadi Menteri Perdagangan. Akibat beliau dedahkan rasuah Rafidah, belia masuk penjara. Ketika itu kita sokong Ezam sesumpah kerana keberaniannya. Tetapi, tiba-tiba beliau kini berada `satu kelambu' dengan parti Rafidah Aziz. Lojik ke? Ertinya, Ezam sesumpah sudah `melutut' dengan Rafidah. Rafidah pun berkata, " Tengok, siapa yang kenaaaa..." Jika dahulu Ezam sesumpah tidak pernah lekang sebut pasal rasuah. Beliau keluar PKR dan tubuhkan Gerak kununnya untuk membasmi rasuah hingga ke akar umbi. Akhirnya, beliau masuk Umno, dan soal rasuah tidak lagi menjadi agendanya. Cuba dengar ceramahnya selepas menyertai Umno, beliau hanya menjaja kisah peribadi DS Anwar yang satu pun tidak terbukti di mahkamah. Ceramahnya sudah setaraf dengan Mak Cik Umi yang tidak diakui oleh ayahnya sebagai anak itu. Begitu lah nasib Ezam sesumpah menjadi hina sehina-hinanya. Apa pun beliau sudah menjadi Senatak (Senator Katak). Kita lihat di dalam PRU ke 13 nanti, di mana Ezam sesumpah ini mahu bertanding. YB Khalid Samad MP Shah Alam sebelum ini pernah mencabar Ezam sesumpah bertanding di Shah Alam iaitu kawasan Ezam sesumpah sendiri. Saya nasihatkan Ezam sesumpah, jika mahu menang jangan bertanding di Shah Alam, tetapi carilah tempat yang mana banyak kawasan felda atau ramai pengundi pos. Atau, Ezam sesumpah rasa selesa jadi Senatak melalui pintu belakang tanpa berani berjuang? /wfauzdin.blogspot.com |
RASUAH PILIHANRAYA DI MERLIMAU, KERDAU TETAPI DI LENGGENG YANG KENA Posted: 05 Mar 2011 10:35 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS MENGIKUT laporan Malaysiakini, ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu. Mahkamah Sesyen Seremban petang ini memutuskan supaya hukuman ke atas wakil rakyat itu ditetapkan pada 1 April. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kelayakan Wakil Rakyat akan gugur sekiranya didapati bersalah serta dipenjarakan melebihi setahun atau dikenakan denda melebihi RM 2 Ribu. Beliau didakwa di mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.
Sekiranya berlaku PRK di Dun tersebut, nampaknya kantung kerajaan akan terus berkurangan. Projek kilat yang `secara kebetulan' akan berlaku dan mulai sekarang bolehlah penduduk-penduduk di kawasan berkenaan berangan. Mungkin ada yang berdoa agar pilihanraya kecil dapat diadakan kerana ketika itu `Aladdin' datang dengan lampu ajaibnya. Di dalam PRU 2008, Dun berkenaan dimenangi oleh Bn dengan hanya majoriti 1, 285 sahaja menewaskan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar. Ini tentunya menyemakkan kepala Najib sekali lagi. Namun harus diingat, di dalam kes Adun tersebut hukuman akan ditetapkan pada 01 April. Bermacam-macam perkara boleh berlaku di dalam tempoh tersebut, justeru itu buat masyarakat di Dun Lenggeng jangan cepat berangan. Kita tidak kisah ada pilihanraya atau tidak. Apa yang penting, terbukti sekali lagi Adun dari Bn melakukan rasuah. Maka, satu kerugian buat pengundi-pengundi di Dun Lenggeng yang dulunya mengundi Adun dari Umno/Bn ini. Bayangkan jika mengundi calon dari PAS ketika itu, masalah seperti ini tidak akan berlaku. Justeru itu, pengundi-pengundi di Merlimau dan Kerdau boleh belajar dari apa yang mereka saksikan. Paling membanggakan semenjak Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu, tidak seorang pun Adun/MP dari PR yang disabitkan dengan rasuah walaupun memang ada aduan terhadap beberapa Adun/MP dari PR. Cuba buat perbezaan di antara PR dengan Bn dengan menggunakan akal yang bersih tanpa diganggu oleh habuan keduniaan./wfauzdin.blogspot.com |
MURID TIDAK SUKA GURU, BALING KERETA GURU DENGAN BATU - AJARAN SIAPA INI? Posted: 05 Mar 2011 08:40 AM PST JIKA kita sebagai guru sekolah yang ingin mengajar anak murid kita agar menjadi seorang yang bijak dan berdisiplin, maka sudah tentu kita juga kena tegas dan berdisplin. Apabila seseorang guru itu tegas, sudah tentu ada beberapa orang murid yang tidak suka dengan kita terutamanya murid-murid yang nakal di sekolah. Kita sering terdengar cerita ada guru yang dipukul oleh murid dan ada murid yang bertindak ganas ke atas harta benda guru yang dibencinya. Ada guru yang keretanya dicalar atau dibaling batu dan dipancitkan tayarnya oleh anak murid yang tidak suka atau benci kepada guru tersebut. Adakah betul cara anak murid berkenaan? Jika kita tanya Menteri Pelajaran yang juga TPM sekarang iaitu Muhyiddin, beliau ada jawapannya. Anda boleh baca tulisan saya sebelum ini tentang sikap Muhyiddin di sini. Apabila kenderaan DS Anwar dikepung dan dibaling batu oleh sekumpulan `monyet' di Kerdau baru-baru ini, wartawan meminta komen Muhyiddin. Beliau memberi komen paling `bijak' sebagai Menteri Pelajaran dan TPM iaitu perbuatan `monyet-monyet' berkenaan adalah kerana mereka tidak suka kepada DS Anwar. Lebih baik DS Anwar jangan datang situ lagi, katanya. Itulah komen paling bijak yang beliau boleh beri. Beliau tidak minta Polis siasat atau sekurang-kurangnya menasihati sekumpulan `monyet' itu agar menjadi manusia yang bertamaddun. Jika inilah pemimpin yang kita ada, tidak pelik suatu hari nanti pelajar-pelajar kita naik tocang kerana mereka diberi nasihat yang songsang oleh Menteri seperti ini. Mungkin kita telah dikelabukan dengan umpan kebendaan hingga kita sesat di dalam memilih pemimpin. Yang merasai kesannya adalah anak bangsa kita dan cucu cicit kita kelak. Oleh itu, marilah kita mengubahnya mulai sekarang. Jangan biarkan pemimpin seperti ini mengajar anak kita menjadi ego dan bongkak sepertinya./wfauzdin.blogspot.com |
KERETA ANWAR DIKEPUNG DAN DIBALING BATU, APA KOMEN `SI LEMBAM'? Posted: 05 Mar 2011 08:35 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS MUHYIDDIN secara terang-terangan merestui tindakan tidak bertamaddun beberapa kumpulan yang mengkasari DS Anwar yang berkunjung ke Felda Jengka 22 pada Khamis malam lepas. Kereta yang dinaiki oleh DS Anwar dikepung dan dibaling batu oleh sekumpulan `monyet' upahan. Apa kata Muhyiddin selaku PM 1 Malaysia? Beliau memberi komen seperti orang bodoh iaitu katanya, "Insiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari di kawasan Felda di Kerdau mungkin disebabkan penduduk kawasan itu menyampah dengannya. "Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Kerana itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata Muhyddin yang juga timbalan presiden Umno. Dilaporkan sekitar tapak ceramah ditabur dengan paku dan beberapa kenderaan mengalami kerosakan. Ini kerja bangsat dan bacul oleh puak yang tidak beragama dan tidak bermoral. Pemimpin yang merestui puak ini pun setaraf dengan mereka juga."Mungkin kerana mereka dah menyampah, (dan) tidak hendak dengar lagi cerita karut-marut dan berdosa lagi. Jadi lebih baik (Anwar) jangan masuk." (Malaysiakini) Itukah komen dari seorang PM? Bayangkan jika Muhyiddin bertandang ke Kalantan, Selangor atau P.Pinang yang ramai orang tidak suka kepadanya maka beliau dilakukan sedemikian? Agak-agaknya apa komen beliau? Agak-agaknya pihak polis akan buat apa? Mesti kecoh Utusan Meloya dan TV 3 suku akan ulas macam lalat hurung tahi. Satu kelemahan di pihak kita ialah kita mungkin tidak mempunyai satu Unit yang mampu mengawal pimpinan kita. Jika ada pun, kita mungkin tidak merancang serapi mungkin apakah tindakan yang boleh kita lakukan jika berlaku situasi seperti itu. Sebab itu saya ada menulis di sini betapa kita perlu wujudkan Unit Gerak Jihad. Tidak mustahil suatu hari nanti kita hanya mampu melihat Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Hadi dibaling batu atau diludah oleh `monyet-monyet' upahan Apco itu. Ini satu pengajaran buat kita yang sering lalai atau tidak peka dengan aspek keselamatan pimpinan dan para penyokong kita. Bagaimana mungkin puak mereka boleh datang ke tapak ceramah kita dengan melakukan kerja menabur paku-paku di serata tempat? Mana mungkin kenderaan yang membawa pimpinan kita tidak dikawal serapi mungkin? Kita mahu harapkan kawalan pihak Polis semata-mata?/wfauzdin.blogspot.com |
RM 13 RIBU TUNAI ISNIN INI, DUGAAN BUAT PENEROKA FELDA Posted: 05 Mar 2011 02:32 AM PST ISNIN nanti dapat atau tidak Peneroksa Felda seramai 260 wang tunai sejumlah RM 13 Ribu seorang bagi pembayaran CESS? Wang itu dijanjikan oleh Maslan di Kerdau iaitu kawasan pilihanraya kecil yang mana majoritinya adalah pengundi dari Peneroka Felda. Jangan lupa, Ahad ini hari mengundi. Siapa pemenang belum tentu dan Kerdau dikatakan amat panas buat Umno sekarang. Pengundi mungkin tidak percaya cakap Najib, Muhyiddin jauh sekali mahu percaya anak terbuang Mak Cik Umi itu. Tetapi, bila sebut ada wang tunai seorang boleh dapat RM 13 Ribu, bagaimana agaknya? Hanya iman dan takwa berlandaskan kebijaksanaan yang boleh membuat keputusan. Jika perut diletakkan ke depan berbanding nilai maruah, maka sudah pasti wang tunai satu pilihan terbaik. Masalahnya, jika Umno tewas adakah wang tunai itu diserahkan? Tahniah, buat ANAK satu pertubuhan yang sanggup dikeji dan dihina semata-mata untuk menjaga kebajikan para Peneroka. Hasilnya, Isnin ini ada wang buat para Peneroka berkenaan. Fikir-fikirkanlah./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan