Kelab Greenboc |
- [Bergambar] Lintas Lansung PRK N27 Merlimau & N28 Kerdau
- [Bergambar] Penyebar Risalah Lucah dan Fitnah Di Merlimau
- Pekebun Mati Dihumban Gajah Dengan Belalainya
- Waspada: Minya Masak Kitar Semula Di Pasaran
- Jatuhkan Pemimpin UMNO Baru Kita Tahu Jumlah Harta Mereka
- Kerdau: Ahli UMNO Dari FELDA Jengka 22 & 23 Sertai PAS
- PRK Merlimau: Kempen PAS Berjaya
- Guru-guru Lain Beri Sokongan Moral Kepada Guru Cabul Yang Terlampau Ini?
- Lelaki Dibuang Bawah Pelepah Sawit Lepas Ditetak
- [Bergambar] Bas Terbalik, 30 Nyaris Maut
- ADUN Lenggeng Bakal Dilepaskan Jugak Dari Tuduhan Rasuah?
[Bergambar] Lintas Lansung PRK N27 Merlimau & N28 Kerdau Posted: 05 Mar 2011 09:20 PM PST HHari ini berlangsung serentak pengundian bagi pilihan raya kecil Dun Merlimau di Melaka dan Dun Kerdau di Pahang. Di PRK Merlimau, pertandingan satu lawan satu antara PAS yang diwakili Yuhaizad Abdullah dan Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad sementara di Kerdau PAS diwakili Hassanuddin Salim dan BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad. MERLIMAU 8.44 am: Di Chin Chin calon PAS, Yuhaizad Abdullah tiba di sana, menemani ibunya membuang undi. 8.00 am Kesemua 7 pusat mengundi telah dibuka tepat jam 8 pagi tadi. 7 pusat mengundi: Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Ladang Merlimau, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak. KERDAU 8.20 am: Calon PAS, Hassanuddin Salim akan memulakan lawatan ke tempat mengundi jam 8.20 pg di Sek. Keb. Paya Taram Akan dekamaskinikan sentiasa |
[Bergambar] Penyebar Risalah Lucah dan Fitnah Di Merlimau Posted: 05 Mar 2011 04:15 PM PST Akhirnya terungkai siapakah dalang penyebaran risalah lucah dan fitnah yang selama ini bertebaran di Merlimau. Akhirnya Skuad Kamera dapat menjejaki dihari terakhir penamaan calon mengenai taktik kotor pihak lawan. Penyebaran risalah lucah dan fitnah telah dinafikan oleh pihak lawan dan mengatakan bahawa pihak PAS yang membuat risalah tersebut dan menuduh bahawa sebaran ini adalah dari pihak PAS. Maka segala-galanya telah terbukti dengan adanya gambar di atas. Lokasi tersebut adalah berdekatan dengan pekan Merlimau berhampiran dengan pasar Merlimau. Keadaan itu menjelaskan bahawa pihak lawan sudah berada di tahap kemuncak dan tidak lagi mampu mencari isu yang berkaitan fakta maka disebrkan fitnah tersebut. Sebentar lagi pendedahan MIC memberi beras kepada penduduk. Ikuti perkembangan ini sehingga proses pengundian selesai. Skuad Kamera akan buktikan segala-galanya tentang kepincangan pihak lawan. -n27merlimau [skuad camera] |
Pekebun Mati Dihumban Gajah Dengan Belalainya Posted: 05 Mar 2011 03:59 PM PST Cubaan seorang pemilik kebun getah menghalau sekumpulan enam gajah liar yang memasuki kebunnya menggunakan mercun bola berakhir dengan tragedi apabila dia 'mati terduduk' selepas diserang seekor daripada gajah itu. Gambar: MAUT... mayat mangsa dibawa keluar dari tempat kejadian. Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang di Kampung Serian Batu 11, di sini, kelmarin, Lee Mat Hassan, 46, dikatakan sempat menghubungi ahli keluarganya sebelum ditemui mati oleh abangnya, Che Mohd Zi, 52, dalam keadaan terduduk di sebatang pokok dan cedera parah di kepala, pada jam 2.30 petang. Ini kejadian kedua membabitkan tragedi serangan gajah dalam tempoh tiga bulan selepas seorang pemuda, Muhamad Adnan Iberahim, 26, menemui ajal apabila dipijak sekumpulan gajah liar di Hutan Bering, dekat Pos Pasik, di sini, ketika mencari buah keranji bersama empat rakannya, Disember lalu. Menurut Che, ketika kejadian, adiknya yang menetap di Kampung Kala, di sini, ke kebun getah miliknya bersama seorang rakan untuk meracun semak sebelum terserempak dengan sekumpulan enam gajah liar, termasuk seekor ibu gajah bersama anaknya, memasuki kebunnya. Katanya, adiknya cuba menghalau kumpulan gajah berkenaan menggunakan sebiji mercun bola dengan melemparnya ke arah seekor anak gajah, tetapi tindakan itu membuatkan ibu anak gajah itu naik minyak lalu menyerangnya. "Rakannya sempat melarikan diri, tetapi adik saya tidak sempat berbuat apa-apa. Ibu gajah itu dikatakan mencengkam adik saya menggunakan belalai sebelum menghumbannya ke arah sebatang pokok. "Adik saya dikatakan sempat menghubungi ahli keluarganya, namun panggilan dibuat tidak berjawab. Saya bergegas ke tempat kejadian selepas diberitahu rakannya yang berjaya menyelamatkan diri dan menemuinya dalam keadaan cedera parah di kepala, manakala tangannya menutup muka yang lebam di sebatang pokok," katanya. Che berkata, dia turut hampir menjadi mangsa serangan gajah kerana ketika tiba di tempat kejadian, ibu gajah itu masih berlegar-legar di situ bersama anaknya. "Saya memang nampak gajah dua beranak itu berada tidak jauh dari mayat adik saya, namun tidak menyangka ia masih naik minyak dan cuba menyerang saya. Dalam keadaan kelam kabut, saya sempat menyelamatkan diri. "Saya hanya sempat menutup mayat Lee dengan baju yang saya pakai sebelum melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Perlindungan Kehidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Gua Musang," katanya. Sepasukan lima anggota jabatan itu diketuai Ketua Perhilitan Daerah Gua Musang, Nor Eliana Muda bergegas ke tempat kejadian pada jam 2.45 petang untuk menghalau gajah berkenaan sebelum membawa mayat mangsa keluar jam 5.30 petang. Menurut Che, adiknya memang kerap ke kebun getah untuk mengawasinya daripada dimusnahkan sekumpulan gajah yang kerap memasuki kawasan berkenaan. Katanya, tahun lalu saja banyak pokok getah milik adiknya yang baru berusia tiga tahun musnah angkara gajah. "Adik saya pernah pergi bersendirian ke kebun getahnya pada jam 4 pagi untuk menghalau sekumpulan gajah kerana tidak mahu menanggung kerugian berulang kali. "Tak sangka pula dia diserang gajah sehingga menemui ajalnya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan. Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya lewat malam kelmarin dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kala, pagi semalam. -hm |
Waspada: Minya Masak Kitar Semula Di Pasaran Posted: 05 Mar 2011 03:30 PM PST Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya merampas 38,000 kilogram minyak masak yang dikitar semula sebelum dijual kepada pengguna kelmarin. Operasi yang melibatkan sembilan anggota tersebut dilakukan pada pukul 5.30 petang di sebuah premis memproses dan membungkus minyak masak yang berpangkalan di Kampung Pendamar, Pandamaran, Klang. Menurut Ketua Operasinya, Md. Hashim Daud, rampasan itu dilakukan hasil siasatan selama dua minggu terhadap premis terbabit dalam operasi yang dinamakan 'Ops Goreng' bermula Januari lalu. "Pemeriksaan mendapati premis terbabit mengitar semula minyak masak terpakai yang diperoleh daripada restoran-restoran dan hotel berdekatan sebelum dicampurkan dengan minyak masak sebenar bagi meraih keuntungan lumayan. "Rampasan ini adalah antara terbesar pernah dilakukan dan kelmarin sahaja kita menganggarkan hasil rampasan bernilai RM200,000," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam. -kosmo |
Jatuhkan Pemimpin UMNO Baru Kita Tahu Jumlah Harta Mereka Posted: 05 Mar 2011 03:15 PM PST Rakyat perlu menjatuhkan pemimpin Umno untuk membolehkan rakyat mengetahui harta kekayaan mereka, gesa seorang pemimpin PAS di Kerdau malam tadi. "(Tun) Dr Mahathir Mohamad, (Datuk Seri) Najib Tun Razak dan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, kita kena jatuhkan baru kita tahu jumlah harta mereka," kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Pemimpin PAS bersuara lantang itu berkata demikian dalam ceramahnya membantu calon PAS, Hasanuddin Salim di Kerdau malam tadi. Beliau menambah, mereka (pemimpin Umno) takut apa yang berlaku kepada Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali dan Presiden Mesir Hosni Mubarak kerana setelah jatuh, rakyat baru tahu harta kekayaan mereka. Ceramah Khalid di Desa Murni, Kerdau diadakan bersebelahan dengan ceramah Barisan Nasisonal (BN) yang menurut beberapa ahli PAS, ceramah BN itu tidak lain tidak bukan sekadar mahu menganggu ceramah PAS. Hanya beberapa kerat sahaja yang berada di kawasan ceramah BN walaupun disediakan sate, mi dan nasi briyani manakala ceramah Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dihadiri sekitar 400 hingga 500 orang. Umno ganggu ceramah PAS "Umno cuma nak ganggu ceramah PAS kerana mereka takut kepada kita di Kerdau," kata Khalid secara berseloroh. Khalid juga menjelaskan betapa pentingnya PAS menang di Kerdau dalam pilihan raya kecil kali ini. "Kita perlu menang di sini untuk membolehkan kita menjawab tohmahan-tohmahan yang dikeluarkan kepada Pakatan Rakyat. "Kerajaan (Pakatan Rakyat) yang hendak kita buat dengan PKR dan DAP adalah kerajaan anti rasuah, bukan seperti Umno yang menipu rakyat," katanya. Dalam ceramah tersebut, Khalid menyelar sikap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang berbelanja besar dan membeli pakaian- pakaian mahal di luar negeri. Beliau mengaitkan Rosmah dengan Imelda Marcos (isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos) dan Leila Ben Ali (isteri Presiden Tunisia), yang membeli pakaian-pakaian mahal di Perancis dan Itali dengan menggunakan wang rakyat. Pilihan raya umum Kerdau esok menyaksikan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menentang Hasanuddin dari PAS, dengan jumlah pengundi 8,999 orang. |
Kerdau: Ahli UMNO Dari FELDA Jengka 22 & 23 Sertai PAS Posted: 05 Mar 2011 07:00 AM PST PAS dapat lonjakan politik di Kerdau PAS terus mendapat lonjakan politik dengan penyertaan ahli-ahli Umno dari kawasan Felda Jengka 22 dan Jengka 23. Dalam satu majlis bersama Persatuan Anak Peneroka Feda Kebangsaan (Anak) di Jengka 23, PAS menerima kemasukan 18 orang keahlian baru yang kebanyakannya ahli Umno yang kecewa dengan pretasi Barisan Nasional selama ini. Dalam majlis tersebut, borang keahlian PAS mereka diserahkan kepada Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Sementara itu, PAS terus mendapat sokongan daripada penghuni di Jengka 22 apabila 30 ahli baru yang kebanyakannya bekas ahli Umno juga mengambil keputusan menyertai perjuangan PAS. Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan Tantawi dalam satu mesej di Twitter mengumumkan bahawa Anak menerima 176 penyertaan ahli baru dari Felda Jengka 23, 22, 25, 16 dan 18 semasa Majlis Pelancaran Anak di Felda Jengka 23, malam tadi. Perkembangan terbaru ini menggambarkan harapan baik bagi PAS untuk pilihan raya kecil Kerdau kali ini. Hari ini, dijangkakan akan berlaku lebih ramai kemasukan ahli baru di beberapa peti undi lagi. Namun, Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden PAS mengingatkan para petugas PAS untuk PRK Kerdau untuk berwaspada dengan strategi akhir yang digunakan oleh BN bagi mengugut pengundi dengan pelbagai tawaran kewangan yang telah dan akan diumumkan. |
PRK Merlimau: Kempen PAS Berjaya Posted: 05 Mar 2011 06:00 AM PST Sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau, PAS berjaya menyampaikan mesej perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat walaupun terdapat beberapa kekangan dan halangan. Walaupun beberapa insiden yang tidak diingini berlaku seperti cermin kereta dipecah, poster dan risalah berunsur fitnah, tayar kereta dipancit dan gangguan ceramah oleh budak-budak upahan. Cara kempen calon PAS mendahului calon Umno. Malah pendekatan calon PAS ditiru pula oleh Umno seperti pemberian bunga kepada wanita. Calon PAS membangkitkan masalah pengangkutan awam, maka terus pendududk Merlimau mendapat khidmat MARA Liner. Banyak rungutan yang sudah disampaikan kepada beliau sepanjang berkempen. Rupa-rupanya banyak masalah di Dun Merlimau yang masih terlindung di sebalik slogan yang indah. Alhamdulillah pengundi di Dun Merlimau merupakan masyarakat yang terbuka dan boleh berubah walaupun di luar nampak berwajah Umno. Peluang ini memberi kesempatan kepada PAS untuk menerangkan dasar PAS yang berteraskan Islam kepada penduduk Dun Merlimau dengan secara dekat. Mungkin selama ini mereka menganggap PAS adalah parti yang pelik di kalangan mereka. PAS cukup bergembira sambutan pengundi Cina dan India kepada calon PAS sehingga menimbulkan keresahan kepada Umno. Orang bukan Islam sudah tidak gerun kepada PAS, walaupun berbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan kepada PAS. PAS menyeru supaya pengundi Dun Merlimau memilih Haji Yuhaizad Abdullah untuk menambah suara pembangkang di Dewan Undangan negeri Melaka. Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat |
Guru-guru Lain Beri Sokongan Moral Kepada Guru Cabul Yang Terlampau Ini? Posted: 05 Mar 2011 05:00 AM PST Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas 11 pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun, bulan lalu. Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azaraorni Abd Rahman. Mengikut pertuduhan, Ismazi didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada semua pelajar itu di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, 25 Februari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan jika disabit kesalahan. Ketika pertuduhan dibacakan, isteri tertuduh menekup muka sambil ditenangkan seorang rakan perempuannya. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Jaizah Jaafar Sidek menawarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira keseriusan kes. Bagaimanapun, peguam Amir Asree Meor Nordin yang mewakili tertuduh memohon wang jaminan itu dikurangkan kepada RM800 untuk setiap pertuduhan kerana jumlah yang ditawarkan pendakwaan adalah tinggi memandangkan anak guamnya penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara empat anak yang masih bersekolah kerana isterinya tidak bekerja. "Tambahan pula, sejak dia ditangkap pada 25 Februari lalu, berita mengenainya tersebar sehingga menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai penjawat awam tercalar kerana tertuduh berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun. "Rakan tertuduh yang rata-ratanya guru di sekolah sama turut hadir sebagai tanda sokongan moral terhadap tertuduh," katanya. Azaraorni membenarkan tertuduh diikat jamin RM11,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 25 Mac ini untuk sebutan semula kes. Isteri tertuduh membayar wang jaminan itu. Harian Metro pada 28 Februari lalu melaporkan gara-gara mahu menjadi 'doktor', seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah diberkas polis selepas didakwa mencabul 11 pelajar perempuan. Difahamkan, guru lelaki itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir perhimpunan sekolah. Sumber berkata, dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli. Ulasan GB Yang anehnya, kisah guru cabul ini mendapat sokongan moral dari guru-guru lain. Agaknya guru-guru itu semua sekepala dengan si pencabiul yang seorang itu, suka meraba murid-murid? Dan suka anak-anak mereka kena raba? |
Lelaki Dibuang Bawah Pelepah Sawit Lepas Ditetak Posted: 05 Mar 2011 04:13 AM PST Kulim: Seorang lelaki berusia 31 tahun yang cedera parah di kepala, badan dan tangan akibat ditetak sebelum dia dibuang di bawah longgokan pelepah sawit, dalam satu kejadian samun di Lunas, dekat sini, kelmarin. Gambar fail. Berikutan kejadian itu, mangsa menahan kesakitan kira-kira dua jam berikutan kesukaran menemuinya di bawah timbunan pelepah sawit dalam kejadian jam 2.30 petang. Difahamkan, mangsa kerugian RM700 selepas disamun sekumpulan lima lelaki sebelum dia ditetak dan disorokkan di bawah timbunan pelepah sawit. Bagaimanapun, motosikal milik mangsa Honda EX5 tidak dilarikan sekali gus menjadi petunjuk kepada orang ramai untuk mencari mangsa. Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) iaitu badan bukan kerajaan di sini, Khor Eng Khim berkata, seorang saksi menemui motosikal di ladang sawit itu sebelum menghubungi pihaknya. Katanya, sejurus menerima panggilan itu, PPKM ke tempat kejadian dan menghubungi polis sambil mencari mangsa. Menurutnya, seorang ahli PPKM ternampak tompokan darah sebelum mereka bersama polis meneruskan operasi mencari dan menemui pakaian mangsa di lokasi kejadian. "Ketika mencari mangsa di tempat tompokan darah dan baju itu, kami terdengar suara orang meminta tolong," katanya. "Suara itu dikenal pasti dari bawah longgokan pelepah sawit berkenaan dan ketika ditemui mangsa berlumuran darah sebelum dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapat rawatan lanjut," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, polis menjejaki lima lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian itu. -hm |
[Bergambar] Bas Terbalik, 30 Nyaris Maut Posted: 05 Mar 2011 03:27 AM PST Berpantang maut sebelum ajal. Itulah momen yang mencemaskan lebih 30 penumpang selepas bas ekpress yang mereka naiki terbalik di Kilometer 41, Jalan Miri Bintulu, jam 1.30 petang tadi. Antara penumpang yang cedera dikenalpasti ialah seorang lelaki warga tua yang merupakan sepupu kepada Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang dan isterinya dari Brunei Darussalam. Pasangan tersebut yang berusia 70 dan 60 dalam perjalanan cuti dan melawat saudara mara mereka yang tinggal di Bintulu. Pegawai Trafik Miri, Inspektor Rosmadi Ismail berkata, bas ekpress tersebut bertolak dari Miri pada jam 1 petang sebelum pemandunya hilang kawalan lalu terbalik selepas 30 minit perjalanan. "Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Tujuh daripada penumpang dimasukkan ke Hospital Miri untuk rawatan manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau menambah, pasukan penyelamat mengambil masa dua jam untuk membantu dan membawa kesemua mangsa ke Hospital Miri. Menurut penumpang yang ditemui, semasa kejadian hari hujan dan jalan raya licin menyebabkan pemandu hilang kawalan. -sarawakupdate |
ADUN Lenggeng Bakal Dilepaskan Jugak Dari Tuduhan Rasuah? Posted: 05 Mar 2011 02:37 AM PST Adun Lenggeng bersalah atas tuduhan rasuah ADUN Lenggeng, Mustafa Salim semalam didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu. Beliau didapati bersalah atas tuduhan berkenaan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pagi ini. Sehubungan itu, mahkamah pada petang ini memutuskan supaya hukuman ke atas wakil rakyat itu ditetapkan pada 1 April. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan. Beliau didakwa telah melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos, 2008. ADUN Umno itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000. Hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas Mustafa mungkin akan menyebabkan beliau hilang kelayakan ke atas kawasan yang diwakilinya itu. Perkara 48(1)e) dalam perlembagaan persekutuan menggariskan bahawa kelayakan seseorang wakil rakyat akan gugur sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah serta dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000. Terdahulu, mahkamah yang bersidang pada pagi ini turut membebaskan Mustafa, 51, daripada dua lagi tuduhan menerima rasuah. Satu daripadanya melibatkan tuduhan melakukan kesalahan menerima rasuah sebanyak RM3,000 yang didakwa dilakukan pada 28 Ogos, 2008. Satu lagi tuduhan itu melibatkan kesalahan menerima rasuah sebanyak RM2,000 yang didakwa dilakukan di satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 30 Ogos, 2008. Ulasan GB Dengan cepat SPR memaklumkan Mustafa Salim adalah masih ADUN Lenggeng kerana keputusan muktamad di mahkamah belum diputuskan, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Katanya, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi beliau masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan. KIta akan dapati nanti ADUN ini dilepaskan jugak. Ia berdasarkan kepada beberapa kes pemimpin UMNO BN yang pernah dibawa ke mahkamah selepas itu dibebaskan, seperti : Bekas Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Norza Zakaria, ADUN Lenggeng, Mustafa Salim, Bekas Setiausaha UMNO Bhgn Wangsa Maju, Ramli Abdul Manan, ADUN Mesra UMNO, Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi Bekas ADUN Jelai, Datuk Omar Othman dan yang terbaru Bekas ADUN Semenyih, Ahmad Kuris dan ramai lagi. Mana rakyat tak marah? |
You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan