Rabu, 2 Mac 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Sekolah pun dipolitikkan di DUN Merlimau

Posted: 02 Mar 2011 12:36 AM PST

Apa saja gerombolan songkok tinggi dan gerombolan video lucah buat semuanya boleh, halal, dan sah di sisi undang-undang. Pakatan Rakyat tak boleh politikkan sekolah nanti SPR marah, tapi kalau Barisan Nasional nak politikkan sekolah SPR (Suruhanjaya Penipu Rakyat) kata ok! Bagus! di bawah ini buktinya, gambar diambil di salah sebuah sekolah cina di Pekan Merlimau.





ReJaM© "SPR parti komponen Barisan Nasional yang ke 15"

Polis syok sangat dengar ceramah di Merlimau ?

Posted: 01 Mar 2011 10:38 PM PST


Kempen pilihan raya kecil dewan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan.

Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam.

Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin di Permatang Pasir.

Menurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut.

Beliau kemudiannya terus membuat laporan polis.

Nor Azhanizam berkata keretanya itu dipecahkan kerana ia mempunyai pelekat gambar mursidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau adalah penyokong parti itu. Namun sebuah kereta lagi, yang langsung tidak mempunyai sebarang pelekat juga dipecahkan.

"Saya fikir kerana ia diletakkan di tempat gelap yang orang tidak nampak," katanya.

Menurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis terbut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya pada 4 Mac ini juga dibakar. [Pentas DAP dibakar]

Pada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir. Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN.

"Kami difahamkan gangguan ini berlaku pada hampir setiap malam ketika kami mengadakan majlis.

"Terdapat ramai anggota polis di sini dan saya pasti perbelanjaan mereka mungkin sehinga berjuta-juta ringgit tetapi mengapa mereka tidak boleh menghentikan tindakan sekupumpulan remaja nakal itu?" kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini.

Katanya, beliau akan menghubungi ketua polis Melaka jika kejadian seumpama itu terus berulang.

Pada sidang media itu, Salahuddin juga berkata ahli Pakatan dihalang daripada memasuki estet kelapa sawit Sime Darby.

"Kita telah hubungi Sime Darby dan mereka kata tidak ada masalah atau isu dengan kita tetapi ditekan daripada beberapa pihak.

"Kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilih Raya tetapi mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah tanah persendirian," katanya.

Sebelum ini, pemimpin BN dilaporkan sibuk berkempen di estet-estet berkenaan. [Malaysiakini]


ReJaM© "Polis beribu-ribu orang syok sangat dengar ceramah di Merlimau, sampai kereta kena pecah pun tak sedar kah kah kah..."

Lagi kempen tipu dan perbodohkan Melayu di Merlimau

Posted: 01 Mar 2011 09:22 PM PST

ReJaM© nak tergelak tengok gaya kempen gerombolan songkok tinggi, demi nak meraih undi Melayu, sanggup buat apa sahaja walaupun dengan memperbodohkan bangsa dan agama sendiri. Malah sanggup diri mereka dilihat sebagai Melayu bodoh.

Guna video rakaman sekerat-sekerat, untuk bodohkan Melayu, bodohkan orang Islam, kemudian mengaku mereka pejuang Islam [Sumber: Blog BN Merlimau].


Seperti biasa, orang Melayu masih ramai lagi sanggup malah bangga ditipu oleh pemimpin yang hanya mementingkan perut. Di bawah ini video yang dimaksudkan, sila klik untuk menonton.





ReJaM© "Lembu paling bodoh pun geleng kepala sambil terberak-berak tengok video ni..."

Laksana buku jingga negara bankrap dalam 2 tahun - Pak Din

Posted: 01 Mar 2011 10:58 AM PST

Apa sahaja rancangan Pakatan Rakyat untuk membahagikan hasil negara secara sama rata kepada rakyat akan mendapat tentangan kerajaan. Semua rancangan Pakatan Rakyat untuk menyenangkan rakyat dikatakan tidak bijak, tidak cekap. Seolah-olah pemimpin pakatan rakyat semuanya bodoh-bodoh belaka dan hanya BN sahajalah yang pandai memerintah.

Dalam kenyataan terbaru, Muhyidin Yassin atau nama manjanya Pak Din berkata jika janji-janji di dalam buku jingga dilaksanakan, maka negara akan bankrap dalam masa dua tahun [mStar]. Sebelum ini dalam satu kenyataannya di Buletin Utama TV3, Pak Din kata negara akan bankrap dalam masa 3 bulan jika laksanakan buku jingga. Sekarang dah naik kepada 3 tahun pulak.




Apa sahaja rancangan, pelan, idea dan 1001 buah fikiran Pakatan Rakyat untuk menyenangkan rakyat negara ini akan mendapat kritikan yang sama dari Perdana Menteri dan pak turutnya Pak Din iaitu "negara akan bankrap". Mereka mendakwa hanya BN sahaja yang paling pandai memerintah. Tapi negeri termiskin dalam Malaysia adalah Negeri yang menjadi kubu kuat BN iaitu Negeri Sabah.

Bila diajak berdebat isu buku jingga, dua-dua ekor makhluk yang perasan dialah yang paling pandai memerintah ini menyorok, lari, tak berani berdebat. Tapi terpekik terlolong dari jauh melaungkan kata keramat "Negara akan bankrap".

Rakyat pula diperbodohkan setiap hari dengan propaganda "Hanya BN yang pandai memerintah, hanya BN yang pandai ekonomi". Tapi duit negara RM880 billion hilang secara haram tak dapat nak jawab. Ibarat gajah masuk rumah dia tak sedar, isteri diambil orang dia tak tahu.

Pemimpin macam ini bagi lingkup sudahlah, cakap berapi-api ajak debat takut, buat sidang media sorang-sorang kutuk pihak lawan, lepas tu istihar dialah yang paling bijak, paling pandai, paling cermat, paling cekap tadbir ekonomi, mamposlah lu!


ReJaM© "Penyokong songkok tinggi akan terus bangga ditipu dan diperbodohkan..."

Fitnah terbaru di PRK DUN #Merlimau

Posted: 01 Mar 2011 04:49 AM PST

Sebuah banner palsu tertera lambang PAS dengan tulisan "PAS Melaka menyokong penuh fahaman plurisme agama Dato' Seri Anwar Ibrahim" dilihat diletakkan di Politeknik Merlimau dan Merlimau Pasir oleh individu yang tidak bertanggung jawab untuk memburukkan nama PAS sebagai salah satu taktik meraih undi gaya "hit and run".



Laporan di facebook Sinar Harian menjelaskan bahawa Ketua Pesuruhjaya Pas Pusat, Idris Ahmad menafikan bahawa PAS sengaja meletakkan banner itu untuk meraih undi. Sebaliknya jelas sekali banner ini adalah fitnah yang hanya akan memburukkan nama PAS [Facebook].

Di bawah ini pula satu lagi banner fitnah yang sengaja diletakkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab untuk memburukkan PAS yang bertulis "UNDI PAS MASUK SYURGA".



Namun begitu Pemuda UMNO Malaysia sengaja mencetuskan provokasi meskipun sudah mengetahui berita yang sebenar, Halaman Facebook Pemuda UMNO Malaysia memaparkan semula gambar di atas kemudian mempersoalkan semula dengan menulis "PAS MELAKA MENYOKONG PENUH FAHAMAN PLURALISME?" rujuk sini [FB Pemuda UMNO M'sia]

Sudah tahu ini adalah perbuatan fitnah, namun Pemuda UMNO Malaysia terus menyebarkannya untuk mengelirukan dan membebalkan para peminat di halaman facebooknya


ReJaM© Teringat cerita seorang kawan tentang kata-kata seorang penyokong tegar UMNO "Aku rela masuk neraka daripada menyokong PAS!"

Ismail Sabri suruh PAS turunkan harga gula alahai...

Posted: 01 Mar 2011 02:26 AM PST

Macam manalah Ismail Sabri ni boleh jadi menteri? Dia yang memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Kepenggunaan dan Koperasi. Dia tak mampu nak turunkan harga gula, disuruhnya PAS pulak turunkan harga gula di negeri-negeri Pakatan Rakyat. [mStar].

Kuasa untuk menurunkan harga di tangan bapak Dafi ini, tapi orang lain yang disuruh turunkan harga barang.



Kalau dah tak mampu nak jadi menteri letaklah jawatan jangan jadi menteri bengap menyusahkan orang. Sebelum ini Ismail Sabri sanggup membuat laporan Polis apabila anaknya si Dafi diejek oleh pengacara Raja Lawak, Johan dan Zizan. Pihak Polis pun geleng kepala memikirkan betapa bengapnya menteri ini. Bercakap macam budak tak sekolah.



ReJaM© Dafi kata "Baik punya..."

Tiada ulasan: