Rabu, 2 Mac 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PRK Kerdau - Berita Yang Mengerikan Buat Umno

Posted: 01 Mar 2011 09:55 PM PST

PENGERUSI KUBU UMNO JENGKA MASUK PAS ! TAKBIR !!!PECAH MEMANG DIJANGKA !


TEMERLOH - 12 orang ahli Umno dari kawasan yang dianggap 'paling kebal' dan 'merupakan deposit tetap undi' untuk Umno-BN, Jengka 25 telah keluar dari parti tersebut semalam.

Mereka mengisytiharkan keluar Umno, sekaligus menyerahkan borang keahlian untuk menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mereka di ketuai oleh Encik Muzammil yang juga bekas Pengerusi Umno Cawangan Jengka 25.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah Pilihanraya PAS bagi PRK Kerdau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Encik Balasubramian.

Sumber di sini

PRK Merlimau - Kempen Paling Jijik Oleh Umno

Posted: 01 Mar 2011 09:30 PM PST

Premis awam turut jadi tumpuan kempen BN

Merlimau berbangga dengan sebuah masjid baru di tengah pekan tersebut dan seperti masjid-masjid lain di Malaysia, menaranya dilengkapi dengan pembesar suara.

Bagaimanapun, kini, bukan setakat azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sahaja yang boleh didengar dari Masjid as-Syuja'ah.

NONE"Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orang Melayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik.

"Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan," begitu antara yang disampaikan seorang penceramah sebelum masuk waktu solat Isyak pada hari Isnin.


Mungkin halus bunyinya tetapi mesej tersiratnya konsisten dengan risalah yang ditemui di sekitar kawasan pilihan raya kecil DUN Merlimau, bahawa mengundi Pakatan Rakyat adalah seperti memperjudikan masa depan orang Melayu di negara ini.

NONEManakala bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad - ketika berkempen di Permatang Pasir pada hari Isnin - pula berpesan: "Bila kita kalah (di satu kawasan), sangat sukar untuk menang kembali. Kami kalah Kelantan pada 1990 dan kami masih belum berjaya mendapatkannya kembali."

Oleh itu, jagalah Melaka baik-baik," kata beliau yang juga pengerusi Felda.

Begitu juga dengan satu risalah yang memuatkan keratan akhbar bertajuk Melayu hilang kuasa, bersebelahan gambar mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menangis, dengan judul "Anak cucu bagaimana?".

NONEManakala di satu majlis di SMK Dang Anum pada hari Isnin pula Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta hadirin yang terdiri daripada pelajar berusia 15 tahun, ibu bapa dan guru mereka, mengangkat tangan jika mereka adalah pengundi di DUN Merlimau.

Dan bila mereka berbuat demikian, Mohd Ali berkata terdapat 311 guru yang mengundi di Merlimau), sambil menambah bahawa Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah menaikkan elaun mereka.

"Ada ubi ada batas lah kan," katanya memetik pepatah Melayu yang membawa bermaksud membalas budi.

Anwar tuju 'Tiru macam saya' kepada 'seseorang'

Posted: 01 Mar 2011 07:39 PM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang buat pertama kalinya turun ke DUN Merlimau sejak kempen pilihan raya kecil bermula Sabtu lalu menegaskan beliau tidak pernah bermusuhan dengan Umno, lapor TV Selangor.

NONESebaliknya, ketua pembangkang itu berkata beliau memusuhi pemimpin-pemimpin parti Melayu terbesar itu yang zalim kepada rakyat dan mengamalkan rasuah,.

"Saya diberitahu Merlimau ini adalah kubu kuat Umno, saya dah tahu... saya tak masuk untuk bermusuh dengan orang, saya ambil keputusan untuk bersama (dalam politik) untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

"Saya tak bermusuh dengan Umno, saya bermusuh dengan pemimpin yang zalim, yang tak selesaikan masalah rakyat dan mengamalkan rasuah," katanya ketika berceramah di Permatang Serai di Merlimau, Melaka, malam semalam.


Ini ceramah pertama Anwar sempena kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau yang menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, yang juga adalah ahli jawatankuasa Umno Jasin dengan calon PAS Yuhaizat Abdullah, timbalan ketua pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

ali rustam and umnoDalam ucapannya, Anwar menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan sesiapa termasuk dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Musuh peribadi

"Bukan saya yang serang peribadi Najib dan (Mohd) Ali Rustam, saya tiada musuh peribadi," kata Anwar yang juga adalah ahli parlimen Permatang Pauh.

Usaha Anwar itu dilihat sebagai meraih sokongan masyarakat Merlimau yang dikatakan sebagai kubu kubu kuat Umno-BN itu.

Jumlah hadirin yang pada mulanya hanya kira-kira 500 orang meningkat kepada lebih 1000 ketika Anwar mendendangkan lagu Saloma 'Tiru Macam Saya'.

rosmah mansor singingLagu itu ditujukan khas kepada 'seseorang' yang pada kempennya dilaporkan berkata:"Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?"

Harakahdaily pula melaporkan Anwar juga membuat kejutan dengan mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan rejim Israel yang didakwa ditandatangani pada 1991 yang merupakan bukti pertalian erat kedua-dua pihak.

Beliau turut membaca satu perenggan daripada perjanjian itu.

"Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.

"Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan 'People First', Najib pula 'Rakyat Didahulukan'. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.

azlan"Ke-be-tu-lan," sindir Anwar dengan disambut sorakan ribuan hadirin.

Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.

RM88 bilion dibawa keluar negara

Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.

Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.

NONEAnwar juga pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000.

Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing.

Anwar juga kesal kerana Umno BN sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

"Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia," katanya.

Bangkit buat perubahaan

Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Siti Mariah Mahmud pula pada cermahnya menggesa supaya mengundi di DUN Merlimau agar bangkit untuk membuat perubahan terhadap sistem pentadbiran negara.

dr siti mariah interview 300408 01"Saya percaya kita boleh buat satu kejutan untuk mengubah landskap politik negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Negara kini mempunyai masalah yang lebih besar di bawah pemerintahan Umno-BN, mereka tidak menyelesaikan semua masalah di peringkat akar umbi, sebaliknya hanya membuat tempelan yang akhirnya ia menjadi satu barah yang teruk," katanya.

Ahli parlimen Kota Raja itu menambah, semua masalah yang timbul itu tidak akan dapat diselesaikan oleh Umno-BN disebabkan terlalu banyak penyelewengan.

"Ini yang terjadi pada Umno-BN, mereka sudah tidak mampu untuk mengawal kegagalan mereka selepas 53 tahun memerintah.

"Saya tak nampak Umno-BN berusaha untuk selesaikan masalah di peringkat akar umbi tapi hanya membuat tempelan untuk jangka masa pendek, kemudian masalah sama berulang semula," katanya.

- mkini

Mimpi Ngeri Umno Pulau Pinang

Posted: 01 Mar 2011 06:42 AM PST

Bas PERCUMA di Pulau Pinang dilancarkan dengan rasminya

YAB Guan Eng bersama seorang penumpang

Ucapan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang Sempena Perasmian & Pelancaran Operasi Perkhidmatan BEST Pada 1 Mac 2011:

Selamat pagi dan tahniah kepada semua!

Hari ini sekali lagi kita telah mencatat sejarah baru di Negeri Pulau Pinang apabila Kerajaan Negeri buat julung-julung kalinya menyediakan perkhidmatan bas percuma yang melintasi Jambatan Pulau Pinang untuk mengurangkan masalah kesesakan lalulintas semasa waktu kemuncak dan mengurangkan beban kewangan para pekerja. Perkhidmatan ini disediakan khas bagi kakitangan peringkat pengurusan pertengahan yang tinggal di Seberang Perai dan bekerja di FIZ Pulau Pinang.


Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang telah membantu menjayakan projek ini. Pertama sekali, terima kasih kepada Rapid Penang yang sudi menyediakan bas dan pemandu untuk memenuhi kehendak khas ini. Tidak lupa juga kepada pihak pengurusan Sunway Carnival yang sudi menyediakan 600 petak tempat letak kereta (400 terbuka & 200 bertingkat) dengan caj RM1 untuk sebuah kereta bagi satu hari. Saya turut difahamkan bahawa Sunway Carnival turut mencetak lebih daripada 50 papan tanda sementara yang memberi hala tuju kepada pekerja kilang yang ingin mencuba perkhidmatan BEST ini.

Tidak lupa juga kepada Parisign Sdn Bhd yang telah menaja pembinaan 25 perhentian bas di FIZ 3. Setakat ini,17 perhentian bas telah siap dibina dan 8 buah akan disiapkan pada akhir bulan ini. Lagi 25 perhentian bas akan dibina di FIZ 1,2 dan 4 selepas ini. Ini telah memberikan keselesaan kepada penumpang semasa menunggu bas. Syabas kepada pasukan Kerajaan Tempatan di bawah pimpinan YB Chow Kon Yeow yang telah bertungkus lumus menjayakan projek ini sejak 2 bulan yang lalu. Ini sekali lagi membuktikan bahawa kerjasama Awam dan Swasta (iaitu PPP, Public-Private Partnership model) adalah amat relevan demi menjayakan sesuatu program.

Dalam bajet 2011 yang telah dibentangkan pada 2 Nov 2010 dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang lepas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjanji untuk mencari inisiatif kreatif dan innovatif untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan beban kewangan warga Pulau Pinang, khususnya golongan bawahan.

Penyediaan 16 buah bas BEST ini adalah komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menunaikan janji ini. Ia diharapkan dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di Jambatan dan jalan terutamanya semasa waktu kemuncak. Pada masa yang sama, ia dapat mengurangkan kos pengangkutan kerana tambang bas ditaja sepenuhnya untuk tempoh masa 6 bulan pertama. Setiap orang pekerja / pengguna dijangka dapat berjimat sekurang-kurangnya RM250 sebulan.

Dalam usaha untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang sebuah negeri Hijau, kerajaan negeri juga berhasrat untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam walaupun ini melibatkan kos yang amat tinggi. Dengan pelaksanaan sistem Park and Ride, kita dapat mengurangkan lebih kurang 1000 kereta dalam perjalanan dari Seberang Perai dan kawasan perindustrian Bayan Lepas,bukan sahaja kita dapat menjimatkan penggunaan sumber asli , kita juga dapat mengurangkan pencemaran udara melalui pelepasan karbon yang diakibatkan oleh kenderaan-kenderaan. Ini adalah langkah-langkah yang amat penting bagi mengatasi masalah perubahan iklim sedunia.

Perkhidmatan BEST ini telah dibahagikan kepada 3 laluan iaitu Laluan A, Laluan B dan Laluan C. Laluan A bertumpu di kawasan FIZ 1,2 dan BLIP. Laluan B pula tertumpu di kawasan FIZ 3 manakala Laluan C adalah di kawasan FIZ 4 dan Technoplex.

Untuk menentukan masa ketibaan bas di kilang masing-masing, enam percubaan perjalanan bas (Test Run) telah diadakan sejak November 2010 sehingga 18 Februari 2011. Jadual masa BEST telah diedarkan kepada FREPENCA serta kilang-kilang di kawasan FIZ untuk edaran pengetahuan umum.

Merujuk kepada sebutharga yang dikemukakan oleh Rapid Penang, harga bulanan untuk perkhidmatan satu bas shuttle BEST adalah berjumlah RM10,000. Oleh yang demikian, kos operasi untuk 16 buah bas shuttle Bridge Express Shuttle Transit (BEST) adalah berjumlah RM160,000 sebulan.

Dengan adanya permulaan yang baik dan memberangsangkan pada pagi yang mulia ini, saya berharap agar lebih ramai penduduk Pulau Pinang akan memilih pengangkutan awam sebagai kenderaan harian mereka untuk mengurangkan kesesakan lalulintas. Sekiranya projek BEST ini mendapat sambutan yang baik, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk memperluaskannya ke bahagian-bahagian lain dalam negeri.

Kami percaya hanya dengan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkesan dan disambut baik di kalangan rakyat dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas dalam jangka masa panjang. Kini, Kerajaan yang berjiwa rakyat ini telah melangkah maju setapak dan sudi membelanjakan peruntukan yang banyak demi menjadikan keselesaan rakyat sebagai keutamaan serta memilih untuk memajukan pengangkutan awam.

Semoga kita akan terus bekerjasama untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri bertaraf antarabangsa yang bebas daripada masalah kesesakan lalulintas!

Sekian, terima kasih.

Mimpi Senja

BN Salah Guna Masjid, Sekolah; Pemuda PAS Serah Memo kepada SPR

Posted: 01 Mar 2011 05:15 AM PST

Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyerahkan memorandum mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengambil tindakan tegas dan pantas terhadap parti BN yang jelas melanggar undang-undang pilihanraya dengan menggunakan harta awam untuk berkempen di pilihanraya kecil DUN Kerdau.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas (DPP) Pusat, Ahmad Sabki Yusof yang mewakili DPP menyerahkan memorandum tersebut berkata, tindakan terang-terangan oleh BN menggunakan masjid dan sekolah di DUN Kerdau ini juga dipercayai tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan.

"Terang-terangan tindakan ini bersalahan dengan Akta Pilihanraya 154, menggunakan kemudahan awam sebagai tempat operasi kempen mana-mana parti, dan kami percaya mereka menggunakan tanpa permit daripada pihak berkuasa awam," kata beliau.


Beliau menjelaskan, antara harta awam yang 'ditakluk' oleh BN dan dijadikan pusat operasi di Kerdau adalah Padang Awam di Teluk Santang, Masjid Batu Sawar, Sekolah Rendah Batu Sawar, Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23 dan Pusat Jalur Lebar Komuniti Jengka 25.

Selain itu, beliau juga menegaskan membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana penggunaan harta awam juga melanggar peruntukkan dalam Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Kami juga bercadang membuat laporan SPRM sekejap lagi kerana perbuatan ini juga satu kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM, dan jika disabitkan dalam tempoh kempen merupakan satu kesalahan rasuah sepanjang kempen," kata beliau lagi.

Memorandum yang diserahkan oleh DPP hari ini antara lain turut mendesak SPR, SPRM dan badan-badan berkuasa lain untuk mengambil tindakan tegas dan pantas serta mengeluarkan satu kenyataan media berkaitan ini.

DPP juga turut mendesak agar tindakan undang-undang diambil ke atas pesalah pilihanraya dan mendakwa mereka di mahkamah agar keharmonian dan ketelusan sistem pilihanraya dapat dipelihara. - tvs

Aku Yakin PAS Yang Buat, Bukan UMNO!!

Posted: 01 Mar 2011 04:30 AM PST





Sumber di sini

Tukar BN kepada Pakatan selesai saman ekor

Posted: 01 Mar 2011 04:21 AM PST

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu rakyat sedar bahawa kesusahan rakyat akibat saman ekor hanya dapat diselesaikan dengan menukar parti pemerintah kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, dalam isu ini kerajaan Umno BN telah memperlihatkan sifat mereka yang tidak mahu memahami keperitan rakyat dengan tidak memberikan peluang untuk dibicarakan di mahkamah malah terus menghukum dengan menyenarai hitam tanpa dibuktikan bersalah.

"Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.


"PAS berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau turut memuji usaha murni NGO Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang berusaha memberi penerangan kepada rakyat dan menuntut kerajaan menghapuskan saman ekor.

Bagaimanapun beliau kecewa dengan layanan kerajaan yang mengenepikan tuntutan Kase itu malah mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan "menswastakan" urusan beberapa aspek saman ini,.

"Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut.

"PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di beberapa kaunter bayaran saman JPJ mendapati tempoh promosi bagi bayaran saman tertunggak yang berakhir semalam dilanjutkan sehingga jam 12 tengahari ini.

Hari ini pula telah berkuatkuasa kadar kompaun baru di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang dikeluarkan JPJ, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perubahan kadar itu membabitkan empat kategori kesalahan lalu lintas, iaitu mengikut kelas kenderaan, tahap keseriusan dan jenis kesalahan, nilai kompaun bertambah mengikut tempoh pembayaran kompaun dan kompaun berganda akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan berulang.

Mengikut penyelarasan baru itu, pengguna jalan raya yang gagal menjelaskan kadar kompaun dalam tempoh 15 hari akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200, seterusnya dinaikkan kepada RM300 sekiranya tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari.

Sementara pemandu yang gagal membayar saman dalam tempoh 60 hari pula akan diheret ke mahkamah.

Bagi pemandu yang menyumbang kepada kemalangan, kesesakan lalu lintas dan kesalahan berkaitan perkhidmatan teksi, kadar kompaun maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan dan ia tidak akan dikurangkan walaupun dijelaskan lebih awal. - hrkh


Tiada ulasan: