MANDOR.BLOGSPOT.COM |
ANWAR BERSUMPAH PUN EZAM TIDAK PERCAYA, EZAM LEBIH PERCAYA KAT NAJIB DAN ROSMAH? Posted: 29 Mar 2011 11:46 AM PDT TEMBELANG SUMPAH EZAM PECAH EZAM raja sesumpah di dalam mana-mana ceramahnya selepas menganut fahaman Umno, tidak lekang dari mulutnya menyebut keburukan DS Anwar bekas bos pujaannya itu. Bukan Ezam raja sesumpah sekiranya dia berceramah tidak menyebut nama Anwar kerana beliau tahu populariti beliau sebagai pencacai Umno hanyalah bergantung kepada tokoh ternama ini. Sebelum ini, beliau kerap menjaja sumpahnya walaupun tiada siapa meminta beliau bersumpah. Kini, ilmu sesumpah beliau berjangkit kepada betina yang dibuang dari ahli keluarga sendiri iaitu makcik Umi. Makcik ini pun akan bersumpah sesuka hati bila dan di mana sahaja beliau mahu asalkan sumpahnya itu boleh menjadikan orang yang mendengarnya menjadi jahil atau bodoh. Selain daripada Ezam raja sesumpah suka bersumpah, beliau ke hulu ke hilir mencabar agar Anwar juga turut bersumpah dan menjadi bodoh sepertinya. Mainan sumpah ini kerja orang bodoh, tidak bertamadun dan orang tidak berilmu. Jika dilihat cara Ezam raja sesumpah sebelum ini yang bersungguh-sungguh mahu Anwar bersumpah di atas salah laku moralnya, seolah-olah jika Anwar bersumpah Ezam raja sesumpah akan percaya Anwar itu benar dan beliau akan melutut minta ampun pada Anwar. Tetapi itu dulu, kini Ezam raja sesumpah terbelit. Semenjak isu video seks yang ingin memerangkap Ketua Pembangkang itu `terkantoi', Ezam raja sesumpah mungkin sudah merasai betapa segala perancangan ke atas Anwar selalu gagal dan tidak dipercayai oleh rakyat. Kini, martabat Anwar bertambah berkali ganda akibat fitnah yang terkantoi itu. Sebaliknya, maruah Ezam raja sesumpah tercemar kerana beliau lah yang paling keras dan banyak membawa cerita keaiban Anwar. Sumpah tidak lagi membawa makna kepada Ezam kerana hati kecilnya sendiri mungkin sedar apa yang berlaku sebenarnya kepada Anwar. Maklumlah, bukan mudah untuk mendapat Senator hanya menjadi ahli Umno biasa sahaja. Di dalam kenyataannya di akhbar, Ezam raja sesumpah kini tidak berminat lagi dengan sumpah oleh Anwar. Seandainya Anwar bersumpah sekali pun, Ezam raja sesumpah tidak akan mempercayainya. " Ezam berkata, sebagai individu yang lama mengenali Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau sama sekali tidak akan percaya terhadap Anwar walaupun bekas ketuanya itu bersumpah menggunakan al-Quran. "Saya yakin Anwar akan bersumpah jika dia diletak di dalam suatu suasana terdesak dan jika dia sudah tidak ada jalan keluar (berhubung dakwaan yang dihadapinya)," katanya (Berita Harian Online) Jelas, selama ini cabaran Ezam raja sesumpah terhadap Anwar hanyalah bersifat mengampu sahaja. Beliau tahu Anwar tidak bermasalah untuk bersumpah asalkan ianya berlandaskan hukum Islam yang sebenar. Sebab itulah Anwar seboleh-bolehnya mahu merujuk kes yang beliau hadapi itu mengikut perundangan Islam kerana ada kaedah di mana Anwar mungkin diperintahkan untuk melakukan sumpah. Seperti yang Anwar selalu sebut, beliau bersedia untuk melakukan sumpah sekiranya itulah perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah Syariah atau mengikut perundangan Islam. Presiden PAS sendiri sebut, jika Mahkamah Syariah memerintahkan Anwar perlu bersumpah, maka Anwar kena melakukannya. Masalahnya, mengapa beliau dihalang dari mengikuti proses mengikut perundangan Islam? Oleh yang demikian, Ezam raja sesumpah secara jelas telah menunjukkan sikap beliau yang sebenarnya terhadap Ketua Umum PKR itu. Apa pun yang dilakukan oleh Anwar, pasti Ezam raja sesumpah tidak akan mempercayainya lagi. Sebaliknya, Ezam raja sesumpah lebih mempercayai Najib dan Rosmah walau apa pun yang mereka lakukan. Sebagai contoh, di dalam isu video seks yang terkantoi ini, ada kah Ezam raja sesumpah ingin mengulas? Tidak. Mengapa? Sebabnya mulut sudah terkunci rapat, maka kebenaran tidak lagi mampu untuk diluahkan./wfauzdin.blogspot.com |
AZMIN TUNTUT MENTERI DAN POLIS MINTA MAAF Posted: 29 Mar 2011 01:42 AM PDT Azmin tuntut Hisham dan polis minta maaf 29, 11 Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menghantar surat tuntutan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan dua pegawai tinggi polis, menuntut mereka meminta maaf secara terbuka ekoran gangguan ke atas satu ceramah malam Jumaat lalu. Dalam surat bertarikh 28 Mac 2011, peguam N Surendran - yang bertindak bagi pihak Azmin - mendakwa polis secara secara mala fide (dengan niat jahat), menyalahi undang-undang dan tanpa alasan munasabah, menyerbu, menganggu dan menamatkan ceramalh tersebut. "Adalah dianggarkan lebih 50 anggota polis, termasuk FRU (Unit Simpanan Persekutuan) terlibat dalam tindakan serbuan ini," kata Surendran yang juga naib presiden PKR. "Polis juga menggunakan kekerasan yang keterlaluan di mana anak guam kami ditolak dan terjatuh pada masa tersebut. Beberapa orang yang hadir juga telah ditangkap oleh polis secara salah," tambahnya. Salinan surat tersebut turut dihantar kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan OCPD Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin. Empat tuntutan Surendran menyenaraikan "kesalahan serius" yang telah dilakukan oleh polis - pencerobohan jenayah, intimidasi jenayah, serangan dan gangguan - dan menyifatkan serbuan tersebut sebagai 'bermotif politik'. "Kami telah diarahkan untuk membuat tuntutan (kepada pihak polis) dalam tempoh 48 jam dari tarikh surat ini, iaitu: 1. Membekalkan nama dan nombor kesemua anggota polis yang terlibat dalam serbuan tersebut. 2. Nama dan pangkat pegawai polis yang mengetuai dan/atau memberi arahan semasa tindakan serbuan tersebut. 3. PDRM meminta maaf secara terbuka atas terma-terma yang akan ditetapkan oleh Azmin; dan 4. PDRM memberi akujanji bertulis tidak akan mengulangi tindakan yang menyalahi undang-undang seperti itu. Surendran berkata, sekiranya pihak polis gagal berbuat demikian dalam tempoh 48 jam, maka anakguamnya merizab haknya untuk menuntut gantirugi keterlaluan, relif lain serta kos melalui prosiding mahkamah. Ceramah di Gombak itu, yang disampaikan oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah diganggu oleh polis yang turut menahan tiga orang. Polis telah memanggil Azmin untuk merakamkan kenyataannya, yang dijadualkan esok./Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan