Kami Sokong Tokguru |
Posted: 29 Mar 2011 11:08 PM PDT Isu Semasa Nampak macam ada persamaan puak asli diatas dengan orang dibawah,gaya rambutpun lebih kurang sama. Sepupu dia kot.. Nak tahu lagi klik disini : http://anakmuaallaf.blogspot.com -ijoks2009- Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat kelak." (Hadis riwayat al-Bukhari). Menjelaskan mengenai perkara mendedahkan keaiban ini, Ibn Hajar dalam Kitab Fath al-Mubin membahagikan manusia kepada dua golongan. Pertama, orang yang tidak pernah disebut melakukan kejahatan atau kemungkaran. Jika terdengar atau diketahui bahawa mereka melakukan sesuatu kemungkaran, maka tidaklah harus didedah atau diperkatakan. Jika tetap diperkata atau didedahkan juga kemungkaran didengari itu maka ia menjadi ghibah (umpat) yang hukumnya haram dan berat dosanya. Kedua, orang yang sudah terkenal dengan kejahatan atau kemungkarannya secara terang-terangan malah tidak mempedulikan sebarang nasihat yang diberikan dan tidak malu dalam melakukan kejahatan secara terbuka. Golongan ini harus didedahkan keaibannya. Mendedah dan bercakap mengenai kejahatan mereka dalam situasi ini tidak lagi dianggap mengumpat. Malah, ada kalanya wajib didedahkan kejahatannya kepada orang ramai supaya mereka sentiasa berwaspada dengan tingkah lakunya. Sebab jika didiamkan tentulah ia akan bermaharajalela dan kejahatannya semakin hari akan bertambah, sehingga membahayakan masyarakat. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DedahkankeaibanorangbukanikutsyariatIslam/Article |
Wang Pembayar Cukai Bukan wang UMNO Posted: 29 Mar 2011 03:53 PM PDT Isu Semasa Tajuk ini penulis ambil dari DrMaza kerana bertepatan dengan pilihanraya Sarawak kerana sering kali menjelang sahaja pilihanraya. Kita akan dengar segala janji kerajaan kepada pengundi seperti menabur gandum kepada burung-burung merpati. Kerajaan berjanji bantuan sana RM50 juta, bantuan sini RM100 juta dan pelbagai projek seolah wang yang berjuta-juta itu, kerajaan yang punya atau PM yang punya seolah-olah memang duit ahli BN yang punya. Penulis amat setuju dengan pandangan DRMAZA dalam penggunaan istilah "Wang Pembayar Cukai" digunapakai dalam media supaya telinga tak sakit sangat mendengar janji kerajaan. Bila lawatan PM ketempat-tempat yang panas. Mesti dengar bantuan untuk itu dan ini. Maka bersorak dan bertepuk sakan pengundi digulakan. Senang-senang nak bagi berjuta seolah-olah wang itu mudah diperolehi dari pembayar cukai. Yang pembayar cukai termasuklah bini penulis juga. Tiap-tiap bulan kena potong gaji pulak tu!. Sampai kena ikat perut untuk makan. Senang-senang sahaja kerajaan bagi sana sini untuk pancing undi. |
Posted: 29 Mar 2011 09:58 AM PDT Santai Scientists have been baffled by the appearance of a mysterious cave at West India Quay, London. It is believed that a light earthquake unearthed the cave which is estimated to be over 10 million years old, but scientists cannot explain the intense glow of green lights emitting from its depths. kita kerapkali tertipu dengan pandangan mata kita sendiri .Otak sering salah tafsir dengan apa yang kita lihat. This is just the attached gallery. Go back to the belonging post: Mysterious Caves Project Kehidupan dunia penuh ilusi ,yang betul-betul real ialah alam akhirat. kata saiydina Ali,kehidupan dunia sebenarnya sebuah mimpi,bila kita mati baru kita tersedar dari mimpi. |
You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan