Rabu, 30 Mac 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Video Seks Anugerah Tuhan - Eskay

Posted: 30 Mar 2011 01:02 AM PDT

"Datuk T", Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai "anugerah Allah." Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan semalam, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah s.w.t.

Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga "Datuk T" mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.

Pertemuan semalam turut dihadiri seorang lagi "Datuk T" iaitu Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ia disertai lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif.

Kata blog itu, Shazryl Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah "jawapan dari Allah s.w.t."


"Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk 'check and balance'.

"Saya bukan ahli Umno dan mana-mana parti pun. Tetapi, saya suka bila pembangkang kuat supaya kepentingan rakyat terjaga," katanya.


Bagaimanapun blog itu memetik Shazryl Eskay berkata, "tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat ditipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan."
Malah Eskay juga berkata, beliau tidak mahu penyokong-penyokong Anwar menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian, Eskay mendakwa dia akan bertindak balas.
"Jangan biar saya dedahkan lebih banyak," katanya.

Jumaat lalu, Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl Eskay ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Anwar dari arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, 21 Mac lalu.

Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.

Menurut Mohamad Mahti, Shazryl Eskay marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.

"Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata 'saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun," katanya.

"Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan," Shazryl Eskay dipetik berkata.

Menurut blog Kickdefella hari ini, soalan-soalan tersebut ialah "pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?"

"Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya" kata Shazryl Eskay.

"Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog," kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif.

"Saya tidak takut kepada Anwar…" akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Tantawi Sedia Terima Pemuda Songkok Tinggi Ini Sertai PAS

Posted: 29 Mar 2011 11:48 PM PDT

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan at-Tantawi bersedia untuk "menerima" bekas ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah menyertai partinya jika beliau sanggup meninggalkan pertubuhan bukan kerajaan membela hak orang Melayu itu.

Semalam, Arman Azha yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara melepaskan jawatan tersebut yang disandangnya sejak awal 2009 kerana mahu aktif dalam politik.

Menurut Arman Azha, tindakan beliau melepaskan jawatan itu tiada kaitan dengan desakan atau masalah dengan kepimpinan dalam Perkasa yang diterajui Datuk Ibrahim Ali.


"Saya cuba menghubungi beliau (Arman Azha) tapi tidak dapat sebab kita nak tahu apa asas beliau meletakkan jawatan itu, apa yang saya tahu beliau mahu terlibat aktif dalam politik dan sekarang beliau adalah ahli Umno.

"Saya nak tahu sama ada beliau mahu kekal (dalam Umno) atau akan sertai parti lain, sebab itu kita nak bincang dengan beliau dan kita bersedia untuk terima dan undang beliau dalam PAS dan Pakatan Rakyat," kata Nasrudin.

Nasrudin berkata jika Arman Azha bersedia tinggalkan Perkasa dan Umno untuk sertai PAS dan Pakatan Rakyat, "saya mengalu-alukan."

Bagaimanapun, jelas Nasrudin, pihaknya tidak akan memaksa Arman Azha untuk menyertai PAS dan keputusan itu harus dibuat dengan rela hati.

Beliau juga menafikan pernah mempelawa Arman Azha untuk menyertai PAS.

"Saya tidak pernah (pelawa), mungkin ada pihak lain tapi bukan saya dan saya difahamkan beliau ada menghadiri program ceramah kita (Pakatan Rakyat) di Stadium Melawati (Shah Alam) kelmarin dan mungkin beliau ada buat penilaian tersendiri.

"Kalau ikut slogan kita, 'PAS Untuk Semua' dan kita bersedia untuk menerima sesiapa sahaja termasuk Arman Azha," katanya.

Ketika mengumumkan peletakan jawatan itu, Arman Azha juga mendedahkan beliau turut menerima pelawaan parti-parti politik termasuk Pakatan Rakyat.

Beliau bagaimanapun enggan memberitahu bila menerima pelawaan itu dan masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.

Jelas Nasrudin, beliau sedia menerima Arman Azha dalam parti Islam itu kerana bekas ketua Wira Perkasa itu merupakan seorang individu yang berprinsip dan rasional.

"Saya pernah kenali beliau dan pernah bersemuka... saya lihat beliau seorang yang boleh berfikir secara matang, terbuka dan rasional selain boleh dibawa berbincang dan mudah mesra.

"Beliau juga tidak sombong dan mudah didekati," katanya.

Sebelum ini PAS turut menerima pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman untuk menyertai parti Islam itu malah turut membantu berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau bulan lalu.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Menjawab Hujah Pemimpin & Blogger UMNO KEDAH

Posted: 29 Mar 2011 10:16 PM PDT

1. Kata Blogger UMNO, Kerajaan Negeri la ni tak buat apa-apa...kata Bashah pulak rakyat Kedah rugi 3 tahun berbanding negeri lain, kata Daim, Kedah negeri miskin dan perlukan kerajaan pusat, khususnya di Langkawi.

2. Jawab saya rakyat kedah bukan rugi 3 tahun, tapi 53 tahun yakni sepanjang tempoh berada di bawah Barisan Nasional. Kedah tak pernah kaya kalau Daim nak tau, tapi sejak 3 tahun ni, para pegawai negeri tak kena meminjam dari perbendaharaan persekutuan untuk bayar gaji kakitangan awam...kalau dulu di bawah BN, Ya! Bulan Januari hingga Mac, pegawai kewangan terpaksa menebal muka ke Putrajaya pinjam untuk bayar gaji.

3. Mulai tahun 2013, SADA akan mula membayar hutang kerajaan dulu untuk bekalan air sebanyak 1.9 bilion, dan kerajaan sudah menyusun jadual perolehan dan pembayaran. Maklumlah kerajaan BN hanya tahu berhutang dan tak reti nak bayar...maklumlah dulu Kedah kaya! Kayap kot?


4. Bashah bersungguh-sungguh kata rakyat Kedah rugi berbanding Negeri 9 dan Melaka. Ada apa di negeri-negeri tu dalam 3 tahun ni. Melaka ada sekolah mengandung, Negeri 9 sunyi sepi kecuali Nilai yang kaya dengan kain baju. Yang banyak pi beli ialah orang luar termasuk orang Kedah.

5. Daim kata PAS tak mampu bawak kemajuan, kita tanya dia selama 53 tahun UMNO buat apa di Kedah...awat Kedah masih miskin...takkan baru miskin 3 tahun kebelakangan ni pulak? Kedah dulu buat KUIN atas rumah kedai di Mergong, Kedah sekarang buat kampus tetap RM330 juta, tak sapu duit pusat pun!

6. Depa kata PAS tak reti perintah, malas dan baloq liat! Tak bawa industri besar untuk buka peluang kerja. Awat? Dulu peluang banyak ka? Depa kata infrastruktur tak bertambah. Laaaa...dulu bajet dekat JKR sekitar 50 – 60 juta setahun, la ni pun bajet kepada JKR tahun 2010 RM70 juta... apa yang kurang? Pegawai dan jabatan yang dok buat dan dok belanja bajet tu, jabatan dan orang tu la juga, kita tak ada buka jabatan baru pun!

7. Bashah kata PAS tak laksana janji dalam manifesto pilihanraya, satu pun tak buat! Aik betoi ka...ha dengar ni! Lusa saya akan tunjukkan satu persatu bagaimana 74% kandungan manifesto terlaksana. 8.7% dalam proses pelaksanaan dan 17.3% yang tak dapat dilaksanakan...kita tengok dia nak kata apa pulak.

8. Blogger UMNO yang makan upah mencaci PAS kata PAS pokka hijau, kita jawab depa boya merah! Boya makan bangkai apa saja yang ada di depan, belakang ekoq dia libas lagi.

9. Blogger kata PAS kerja dok ceramah, tak reti memerintah. Kita jawab Nabi pun ceramah, berkhutbah, mengajaq sebab ceramah juga medium dakwah. Lagipun depa kawal semua TV dan akhbar perdana, kita radio pun tak dak.

10. Blogger UMNO kata kerajaan tak gentlement sebab batalkan ceramah Umni Hafilda. Kita kata PAS tak ada kuasa batalkan ceramah, polis saja ada kuasa walaupun selalu salah guna kuasa. Wahai UMNO! Ceramahlah di mana pun tapi jangan guna premis awam. Dewan tu dewan orang ramai guna duit kerajaan, jangan guna untuk aktiviti parti politik. Ini baru demokrasi. Buatlah markaz sendiri, atas tanah sendiri, duit sendiri, pastu hentam lah ceramah sampai pagi pun tak dak sapa nak kacau.

Kita bagi 10 ni dulu untuk pusingan awal ni. Esok kita tanya pulak bagi depa jawab. Isu-isu esok ialah balak yang menggondolkan bukit di Bendang Man, Sik, perbandingan pendapatan kerajaan dari industri balak, guna duit GLC berjuta-juta untuk UMNO dan pemimpin UMNO dan banyak lagi!

Muhammad Sanusi Md Nor,
SETPOL MB Kedah.
http://sanusisetpol.blogspot.com / Kedahlani.info

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Lebih 200 Aktivis Berhimpun Bantah Kilang Tanah Jarang, Gebeng

Posted: 29 Mar 2011 10:08 PM PDT

Pekarangan Parlimen pagi tadi dikejutkan dengan kehadiran ratusan warga Kuantan berarak bagi menyampaikan satu memorandun membantah perlombongan tanah jarang (rare earth) di Gebeng, Kuantan.

Kira-kira 200 ahli badan bukan kerajaan (NGO), Warga Prihatin Kuantan (CCOK) berarak di persimpangan masuk Parlimen memakai baju bertulis 'Hentikan Lynas' serta memegang sepanduk-sepanduk yang membantah kelulusan perlombngan diberi kepada syarikat Australia, Lynas Corporation daripada melombong 'thorium', sejenis elemen radioaktif yang kebiasannya digunakan sebagai bahanapi reaktor nuklear.

Kordinator CCOK, Ahmad Shah berkata perarakan hari ini bertujuan mengiring wakil CCOK untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar kerajaan Umno-BN tidak membenarkan kilang tersebut dibina di Kuantan.


Beliau menjelaskan, buat masa ini Lynas hanya diberi kebenaran untuk membina kilang sahaja dan lesen perlombongan serta pemprosesan bahan radioaktif belum diluluskan lagi.

Tambah beliau, sebelum ini warga Kuantan yang bimbang kerajaan akan memberikan lesen tanpa mengambil kira pandangan dan kebajikan masyarakat tempatan ada menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri menyatakan pandangan mereka tetapi tiada maklumbalas sehingga hari ini.

Wakil Majlis Peguam, Andrew Khoo Chin Hock yang hadir sebagai pemerhati berkata Majlis Peguam bimbang dengan perjalanan isu ini kerana ia mmelibatkan kebajikan masyarakat tempatan, dan kerajaan sepatutnya mendengar rintihan masyarakat tempatan berkenaan isu ini.

Dijangkakan wakil CCOK akan menyampaikan memorandum tersebut kepada wakil Perdana Menteri di Parlimen pagi ini.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Dakwaan video seks buat Anwar makin kukuh, tulis Wall Street Journal

Posted: 29 Mar 2011 09:15 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Pendedahan rakaman video seks awal minggu lalu boleh memperkukuh imej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dapat meyakinkan rakyat bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, demikian menurut Wall Street Journal hari ini.

Akhbar yang mempunyai edaran di seluruh dunia menulis, jika Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berjaya dalam usahanya menafikan pembabitan beliau, ia akan memperkukuh kepercayaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu adalah mangsa komplot politik dan akan mendatangkan kesan buruk ke atas Umno, yang dilihat ramai sebagai pihak di sebalik pendedahannya.

"Jika Encik Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini hanya akan menjadikannya lebih kuat, ia akan memperkukuhkan kepercayaan di dalam dan luar negara bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan bermotifkan politik," kata akhbar itu.


"Ia akan membawa berita buruk bagi Umno, yang telah pun mengatakan rakaman video itu tidak kaitan dengan mereka," tulis akhbar itu dalam ruangan pendapatnya, siaran hari ini.

Ia menulis bahawa Barisan Nasional (BN) diterajui Umno kini terdedah kepada tanggapan tidak memihak mereka meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada dalam "kapal selesa" sejak menerajui kepimpinan pada April 2009.

Jumaat lalu, Najib yang Presiden Umno berkata, partinya tidak terlibat dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T", yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

"Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan," kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

"... sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak," tambahnya.

Anwar yang membuat laporan polis Selasa lalu mendakwa wujud pembabitan Najib dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga Naib Presiden Umno, dalam isu ini.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mahu Najib dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memikul tanggungjawab dalam hal ini ekoran pengakuan "Datuk T' bahawa mereka yang mendedahkan rakaman video seks ini.

Najib berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.

Rabu lalu, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memberi keterangan

mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada pihak polis.

Abdul Rahim merupakan bekas ketua Pemuda Umno pusat dan Pengerusi Risda.

Akhbar Wall Street Journal menambah, waktu rakaman video seks ini didedahkan juga signifikan dari segi politik memandangkan pilihan raya umum tergempar dijangkakan lewat tahun ini.

Pilihan raya negeri Sarawak yang pembangkang meletakkan sasaran untuk merekodkan prestasi lebih baik kali ini akan berlangsung 16 April.

Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan nasibnya dijangka diketahui bulan depan selepas pendakwa telah menutup kes mereka baru-baru ini.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Anwar dilarang berucap di Sarawak

Posted: 29 Mar 2011 09:09 PM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis PKR Sarawak di sebuah kedai makan di Ban Hock Road di Kuching, malam semalam dilarang berucap atas alasan perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada polis.

Menurut Bernama, Anwar yang tiba di kedai makan itu pada jam 7.30 malam dan kemudiannya dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Keong bahawa beliau tidak dibenarkan berceramah kerana tiada permit.

Mun bagaimanapun dikatakan membenar Anwar membuat ucapan ringkas dengan syarat ia dilakukan di dalam kedai makan itu dan tidak mengganggu lalu lintas.

Anwar dalam ucapannya turut memuji tindakan Mun kerana membenarkan beliau memberikan ucapan kepada kira-kira 100 penyokongnya.

Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April.

Hari penamaan calon ditetapkan 6 April.



KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Demi Allah Itu Adalah Malta..

Posted: 29 Mar 2011 06:48 PM PDT



Petang semalam pukul 7:02 PM siap bersumpah bagai dengan nama Allah, siap nak bersumpah cara Saiful Bukhari, tiba-tiba cabar orang buktikan bahawa dia di dalam gambar tu kah kah kah. Mungkin masa dia bersumpah ni masih dalam keadaan mabuk kot?



source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/blogger-kaki-botol-minta-buktikan-dia.html#ixzz1I2lWSfPp

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Anwar tidak akan disiasat berhubung video seks

Posted: 29 Mar 2011 06:47 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pihak polis tidak akan menyiasat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendedahan video seks yang didakwa menunjukkan beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur, meskipun para pengkritiknya mahukan siasatan sedemikian ke atas ketua umum Pakatan Rakyat (PR) itu, menurut laporan sebuah laman berita tempatan semalam.

Ketua Sekretariat Polis Bukit Aman, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Ghazali Mohd Amin, berkata pemimpin pembangkang itu tidak akan disiasat kerana tiada tanda menunjukkan wujudnya salah laku jenayah.

'Tidak, tidak, tidak,' kata beliau kepada laman berita The Malaysian Insider kelmarin, apabila ditanya sama ada Datuk Seri Anwar, yang juga ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan dikenakan sebarang tuduhan berhubung jenayah video itu.


Datuk Ghazali enggan menjawab sebarang soalan lain kerana beliau sedang menaiki pesawat ketika dihubungi laman berita tersebut.

Mantan Menteri Besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, dan seorang peniaga, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, dua daripada tiga individu yang menggelar diri mereka sebagai 'Datuk T' menggesa diadakan satu suruhanjaya siasatan untuk menentukan ketulenan rakaman video itu.

Rabu lalu, Tan Sri Abdul Rahim dan Datuk Shazryl Eskay mengakui mereka bersama Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim, adalah trio 'Datuk T'.

Mereka mendakwa bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang itu dengan seorang pelacur China pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur kepada sebahagian wakil media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Datuk Seri Anwar menafikannya dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan lewat kelmarin, Datuk Ghazali berkata polis sedang membuat pengesahan berhubung bahan bukti yang diperoleh berkaitan kes video seks itu.

Polis juga mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang melarang pengedaran bahan lucah, dan membentuk satu unit khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman untuk menerajui siasatan.

Dalam satu perkembangan terbaru, Ahli Parlimen PKR bagi Lembah Pantai, Cik Nurul Izzah Anwar, yang juga anak sulung Datuk Seri Anwar, dalam satu kenyataan yang turut dikirim kepada Berita Harian di Singapura, semalam berkata senaskhah komik 16 muka surat bertajuk Kisah Juara Raja Lawak, yang mengandungi imej lucah kelihatan serupa Datuk Seri Anwar, telah dihantar kepada semua pengundi baru di kawasan undi Lembah Pantai, Selangor.

Menurutnya, komik itu dihantar melalui sebuah pejabat pos di Shah Alam.

'Tindakan mengedar komik berniat jahat ini kelihatan seperti suatu kempen untuk menjatuhkan reputasi dan kredibiliti ketua pembangkang kami dan juga imej seluruh Pakatan Rakyat.

'Saya menggesa PDRM (Polis Diraja Malaysia) supaya menyiasat aduan ini dengan pantas, adil dan secara menyeluruh dan memastikan mereka yang bertanggungjawab bermain politik lucah sebegini dibawa ke muka pengadilan,' tegas beliau dalam kenyataannya.

Menurut Cik Nurul Izzah, beliau telah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung perkara itu semalam.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

'Kempen Tolak Politik Durjana'

Posted: 29 Mar 2011 04:48 PM PDT

Wanita Keadilan hari ini melancarkan "Kempen Tolak Politik Durjana" dalam usaha memerangi politik fitnah yang dimainkan UMNO Barisan Nasional mutakhir ini.

Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin menegaskan politik berbaur fitnah yang sering dimainkan UMNO BN, akan menyumbang kepada krisis keyakinan bukan sahaja dikalangan rakyat negara ini bahkan juga dikalangan masyarakat dunia.

Terbaru, pendedahan video lucah yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai 'Datuk T'.


Mereka dibarisi oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Politik fitnah ini kata Zuraida tidak membawa apa- apa kebaikan kepada pembangunan ekonomi negara malah ia bakal menyebabkan para pelabur luar negara berasa tidak yakin untuk menanam modal dinegara ini.

"Inilah bukti bahawa kelacuran Umno- BN ssudah di tahap melampau dan saya ingatkan kepada pimpnan Umno-BN bahawa Wanita Keadilan tidak akan sesekali bertolak ansur dengan politik kotor sebegini," katanya.

Justeru, Wanita Keadilan melancarkan "Kempen Tolak Politik Durjana" dalam usaha mengekang budaya politik seumpama ini semakin subur dalam minda generasi akan datang.

"Saya menjemput seluruh NGO terutama NGO wanita untuk bersama-sama dalam kempen ini kerana fitnah sebegini bukan sahaja memalukan negara

kita tetapi juga telah menghina imej wanita di negara ini.

Wanita Keadilan akan menjelajah seluruh negara bagi menjelaskan dan mendedahkan strategi licik UMNO BN dan kemudiannya menyerahkan kepada rakyat untuk menggunakan kematangan fikiran mereka menilai sesuatu maklumat sebelum dijadikan pegangan.

Zuraida berkata, tatkala rakyat negara ini bertungkus lumus melepaskan diri daripada cengkaman ekonomi yang dasyat, pemimpin politik lebih berminat berpolitik sehingga mengabaikan kebajikan rakyat.

Zuraida turut melahirkan kekesalannya terhadap media arus perdana yang agresif 'menyelak' cerita peribadi seseorang pemimpin pembangkang dan tidak membantu menjana perkembangan minda rakyat.

"Dalam krisis peningkatan haarga barang yang terus membebankan rakyat, kerajaan harus bekerja memikirkan usaha membantu rakyat dan bukan hanya membazirkan wang rakyat dengan agenda fitnah semacam ini," ujarnya.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Jangan Ambil Alih Tugas Tuhan

Posted: 29 Mar 2011 08:11 AM PDT

Berbagai-bagai cara masing-masing pihak untuk menegakan kebenaran masing-masing. Cara yang paling popular di kalangan pihak-pihak yang bertelagah ialah dengan membawa isu agama. Satu pihak mengatakan yang pihaknyalah yang paling benar dari sudut pandangan agama.

Ada pihak memberikan alasan yang mereka melambakan aib seseorang dengan isu seks kerana agama. Katanya nak jadi pemimpin tidak boleh terlibat dengan seks. Walaupun belum tentu seseorang yang dituduh itu benar melakukannya nampaknya kita sudah boleh mengaibkan orang itu dan tidak payah mencari saksi-saksi yang muktabar. Tetapi mereka tidak pula menyalahkan pihak yang melakukan iniaya dengan merakamkan orang lain yang sedang bersetubuh itu. Kerana apa? Kononnya kerana agama.

Ada pihak lain yang tidak percaya dengan isu itu menuduh pihak lain melakukan konspirasi politik yang menjijikan kerana ingin mempastikan kuasa yang enak dipegang itu tidak jatuh ketangan pihak lain. Masing-masing dengan alasan masing-masing dan semuanya mengaku kerana hendak menjaga kesucian agama.


Mengintai dan merakamkan orang lain sedang bersetubuh di dalam bilek yang berkunci itu apa hukumnya? Tidak pula diketengahkan persoalan ini. DAN yang paling hebat berbahas ini ialah orang-orang yang belum lagi melihat video yang menjadi isu itu tetapi bercakap dan bercerita seolah-olah orang yang dituduh berzina itu dilakukan depan mata mereka sendiri.

Berzina itu haram, tetapi kenapa tercari-cari dan terintai-intai orang yang sedang berzina itu. DAN kenapa pilih hanya orang yang tertentu sahaja? Kalau benar isu tegahan agama adakah mengintai dan memilih seseorang yang tertentu sahaja itu disuruh agama? Carilah jawapannya dengan jujur.

Yang di cegah agama bukan sahaja berzina tetapi ada yang lain yang lebih besar dosanya dari berzina. Kenapa tidak tekankan yang rasuah itu lebih besar dosanya. Maklumlah, agama kita mengkategorikan manusia yang rasuah itu sama seperti memakan daging saudaranya sendiri. Kenapa tidak intai dan videokan kegiatan rasuah di dalam jabatan-jabatan kerajaan, pejabat-pejabat MB-MB dan Menteri-Menteri?

Yang melakukan kerja-kerja ini kebanyakannya dari orang Islam. Saya ingin bertanya, bagaimana pula, bagaimana agaknya pendapat saudara/i sekelian tentang peperangan Shifin, iaitu peperangan di antara kumpulan Saidina Aisyah yang disokong oleh muawiyah dengan puak yang di ketuai oleh Saidina Ali? Ini merupakan peperangan di antara Islam dengan Islam yang pertama yang telah mengorbankan ribuan nyawa? Boleh sesiapa menentukan siapa yang bersalah?

Kita perlu diingatkan yang Saidina Aisyah merupakan janda Muhammad s.a.w. dan Ali pula adalah menantu dan sahabat Rasul? Adakah anda hairan perbezaan di antara Islam dengan Islam? Saya menekankan jika ilmu tentang Islam itu nipis seperti saya juga, elok kita jangan cuba merendahkan kedudukan seseorang di sisi tuhan, kerana itu adalah tanggungjawab yang Maha Esa sahaja.

Menuduh orang lain lalai dengan Tuhan seolah-oleh diri mereka lebih baik itu merupakan kerja yang tidak di tuntut Tuhan. Yang saya tahulah; jika seseorang itu hampir kepada Tuhan dirinya akan merasa lebih kotor lagi kerana Tuhan yang Maha Suci. Lagi hampir dengan Tuhan lagi terasa kecilnya kita dan kotornya diri kita yang berbentuk baharu ini.

Berhati-hatilah kepada sesiapa yang merasakan dirinya sudah bersih di sisi Tuhan ini. Takut-takut sampai di Yaumil Mahsya nanti kita akan kecewa. Jangan kita ambil tugas Tuhan kerana tugas kita masih terlalu banyak belum selesai lagi sebelum kita kembali kepadaNya.

Kita pilihlah! Hendak mati dengan dicabut nyawa atau dengan dijemput untuk kembali kepadaNya. Kalau kita ikuti cara setengah pihak membelasah musuh seperti Anwar seolah-olah mereka sudah pasti masuk syurga dan Anwar sudah pasti masuk neraka.

Saya tidak pernah bersesuaian dengan Anwar tapi saya tidak akan bersekongkol untuk menghina beliau dan keluarga beliau. Nasib kita sendiri pun belum tentu lagi, tetapi ada pula yang sudah bersedia untuk bertemu Anwar di neraka.

Jangan ambil tugas Tuhan. Tuhan telah memberikan tugas sepanjang hayat kepada kita; iaitu untuk melawan diri kita sendiri…maksudnya melawan hawa nafsu kita sendiri.

Aspan Alias

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Umno-JPN Bersekongkol Supaya Warga Asing Boleh Mengundi

Posted: 29 Mar 2011 06:30 AM PDT

Umno dan Jabatan Pendaftaran Negara dilaporkan bersekongkol menyediakan kad pengenalan untuk pendatang asing supaya mereka mengundi parti itu pada pilihanraya umum akan datang.

ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang membuat pendedahan itu berkata, ketua Umno cawangan tertentu dan kakitangan JPN "membuka kaunter' di lokasi-lokasi tertentu di luar waktu pejabat bagi mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing.

Berucap di sidang Dewan Negeri Selangor, Azmin berkata usaha-usaha licik juga sedang dilakukan untuk membawa penyokong-penyokong tegar Pakatan Rakyat keluar daripada Selangor bagi mencerahkan peluang BN merampas balik negeri ini pada PRU akan datang.


"Kita akan teliti pengundi yang dibawa keluar dari Selangor dan pengundi yang dibawa masuk ke Selangor," kata beliau ketika menyertai perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Pada suku tahun ketiga 2010, seramai 130,097 mendaftarkan diri sebagai pengundi baru di negeri Selangor terdiri di kalangan generasi muda.

Azmin menggesa kerajaan negeri Pakatan Rakyat memantau JPN kerana agensi itu dilihat campurtangan dalam aliran politik negara.

"Kerajaan (Pakatan Rakyat) harus memantau JPN sebab terdapat sumber sahih JPN mengeluarkan kad pengenalan di luar waktu pejabat dan lokasi yang mencurigakan dan turut hadir ketua-ketua Umno cawangan mengeluarkan kad-kad pengenalan kepada warga asing mahu jamin kuasa," katanya.

Dalam pada itu, Azmin turut mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mampu mengekang amalan rasuah secara terang-terangan apabila Pilihan Raya Kecil sejak tahun 2008 dan pada Pilihan Raya Negeri yang akan berlangsung di Sarawak.

Beliau berkata kecenderungan SPR memihak kepada Umno terserlah menerusi kegagalan badan itu bertindak terhadap Perdana Menteri Najib Razak kerana menawarkan sogokan secara terang-terang khususnya kepada pengundi di Sibu tahun lalu dan Merlimau baru-baru ini.

"Nyata sekali SPR bertindak bagi mewakili kepentingan UMNO dan BN bukannya rakyat. Media yang tidak adil, malahan memutarbelitkan kenyataan Pakatan Rakyat dan membakar sentimen perkauman sempit menjadi hidangan harian media milik UMNO," ujar Azmin lagi. - tvs

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

PARPUKARI KAKI BOTOL

Posted: 29 Mar 2011 04:10 AM PDT

Wajah blogger UMNO kaki togok arak




Setelah berteka-teki sejak semalam, kali ini kita bongkarkan wajah blogger gerombolan songkok tinggi yang selama ini tak henti-henti bercakap soal moral, bercerita tentang Islam, memaki hamun ulama, menggelarkan Tuan Guru Nik Aziz dengan gelaran-gelaran yang hina. Tapi sebenarnya dia hanyalah seorang kaki botol.

Blogger inilah yang selama ini bermati-matian mahu anda percaya bahawa Parti Islam se-Malaysia, PAS adalah Parti Ajaran Sesat, manakala UMNO adalah parti yang benar-benar memperjuangkan Islam. Blogger inilah yang diupah oleh UMNO untuk mempertahankan perjuangan Islam UMNO.

Baca juga ulasan Topeng Perak di sini [TopengPerak]

Nantikan pendedahan Blogger UMNO yang seterusnya.

ReJaM© "Seperti biasa, penyokong gerombolan songkok tinggi akan terus mempertahankan blogger kaki botol ini..."

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/wajah-blogger-umno-kaki-togok-arak.html#ixzz1HzBaiE73

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

SPR letak ‘hantu’ di rumah ibu saya – Azmin

Posted: 29 Mar 2011 03:55 AM PDT

SHAH ALAM: Jika daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diguna pakai, rumah ibu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, ada 'hantu'.

Bercakap pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, Azmin (KEADILAN-Bukit Antarabangsa), berkata terlalu banyak pengundi hantu muncul dan bilangannya bukan satu tetapi lapan karakter.

"Kalau ikut istilah pengundi hantu sebenarnya orang yang mati dihidupkan semula tetapi yang berlaku kini melibatkan penambahan pengundi dan pengalihan nama-nama pendafar.

"Contohnya, rumah ibu saya didafarkan seramai lapan orang dengan kaum Cina dan India sedangkan ibu saya tinggal seorang diri dan saya tidak mempunyai adik beradik kaum lain," katanya yang menyifatkan SPR sebagai kuda tunggangan Umno.


Pendedahan itu menunjukkan daftar pemilih atau pengundi SPR tidak bersih hingga menimbulkan banyak keraguan besar walaupun pimpinan Umno kerap menyebelahi SPR yang didakwa mereka sebagai 'telus' dan 'cekap'.

Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata, pengundi hantu yang diwujudkan Umno pasti akan mengundi parti pemerintah itu untuk dijadikan sebagai taktik kemenangan pilihan raya akan datang.

"Ikut tradisi, pengundi hantu akan undi Umno, kerana hati mereka juga mati. Mereka akan memberikan kemenangan kepada Umno," katanya.

Azmin juga menyarankan kerajaan negeri supaya melakukan pemantauan terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana beliau mendapat maklumat jabatan itu menjalankan 'kerja kotor' selepas waktu kerja.

"Kerajaan negeri perlu pantau JPN kerana mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing yang dilakukan selepas waktu kerja.

"Perkara itu berlaku di Sepang yang didakwa lebih 200 orang diberi kad pengenalan kerana sedar rakyat negara ini tidak memberi sokongan dan terpaksa bergantung kepada warga asing," katanya.

-keadilandaily-

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Selamat Tinggal PERKASA

Posted: 29 Mar 2011 03:38 AM PDT

Ketua Wira tinggalkan PERKASA

Ketua wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah hari ini mengumumkan peletakan jawatannya secara serta merta.

Katanya, beliau membuat keputusan itu "atas dasar prinsip" kerana PERKASA tidak mempunyai political will atau keupayaan politik dalam perjuangannya.

Arman berkata, beliau telah lama berkira-kira untuk meletakkan jawatan kerana PERKASA tidak berjaya mengetengahkan isu yang diperjuangkannya.

Isu itu termasuk kuota 30 peratus untuk Bumiputera dan juga hak istimewa dalam Model Ekonomi Baru.


Walaupun telah meletak jawatan, Arman, 35, menegaskan bahawa beliau masih lagi ahli seumur hidup PERKASA.

Arman yang dilantik ke jawatan itu sejak lebih dua tahun lalu berkata, beliau akan menemui presidennya Datuk Ibrahim Ali berhubung peletakan jawatannya itu.

"Saya tidak ada dendam atau apa-apa kekesalan terhadap mana-mana pemimpin PERKASA.

"Saya amat menghormati Datuk Ibrahim Ali yang saya anggap sebagai bapa saya sendiri," katanya.

Arman yang juga ketua penerangan Umno bahagian Petaling Jaya Utara berkata, beliau telah berkira-kira untuk meletak jawatan sejak lebih dua bulan lalu.

Dalam pada itu beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau bertindak demikian kerana tidak menerima projek daripada PERKASA.

"Bukan kata ada orang lamar saya dengan berjuta-juta. Itu semua fitnah.

"Kalau saya gila jawatan, saya tidak akan letak jawatan," kata Arman lagi sidang media di sebuah restoran di ibu negara petang ini.

Ditanya lanjut, Arman berkata beliau menyerahkan kepada anggota jawatankuasanya sama ada akan turut meletak jawatan.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Izzah buat laporan 'kartun lucah' bapanya

Posted: 29 Mar 2011 03:36 AM PDT

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung sebuah komik yang memaparkan kartun lucah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Seri Anwar Ibrahim dalam pelbagai aksi.

NONEMenurut Nurul Izzah, komik 16 halaman bertajuk "Kisah Juara Raja Lawak" yang mempersendakan Anwar - yang juga bapanya - dihantar kepada pengundi baru di kawasan parlimennya di Lembah Pantai.

Dalam laporan polisnya, Nurul Izzah antaranya mendakwa, pengedaran komik itu berniat jahat "kelihatan seperti suatu kempen" bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta imej beliau sendiri sebagai anak sulungnya.


Nurul Izzah membuat laporan polis itu di Ibu pejabat polis Dang Wangi kira-kira jam 2.40 petang ini.

Turut mengiringi beliau empat orang termasuk Ketua Pemuda PKR cabang itu Abdullah Izhar Yusof dan seorang peguam.


Dalam aduannya, Nurul Izzah berkata pengedaran komik tersebut adalah satu kesalahan mengikut seksyen 292 dan 499 Kanun Keseksaan.



"Pengedaran pamplet lucah adalah satu kesalahan di bawah seksyen 292(a) Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjaara tiga tahun atau dikenakan denda, atau kedua-duanya.



NONE"Dan juga seksyen 499 yang boleh dihukum di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah memfitnah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya," laporan polis itu dipetik.



Dalam laporan polis itu juga, Nurul Izzah mengesyaki komik tersebut dihantar melalui pos kepada lebih ramai lagi pengundi baru di kawasan parlimennya.



Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis untuk menyiasat aduan beliau "dengan pantas, adil dan menyeluruh".



Katanya, ia bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab bermain politik lucah di bawa ke muka pengadilan secepat mungkin.


Ditanya selepas itu, bila dan bagaimana beliau mendapatkan komik tersebut, Nurul Izzah berkata, beliau menerimanya semalam daripada seorang pengundi baru.



Menjawab soalan, Nurul Izzah berkata, beliau tidak pasti berapa ramai pengundi yang menerima komik tersebut.



Sementara itu, dalam kenyataan medianya, Nurul Izzah menggesa semua pimpinan politik - tidak mengira parti mereka - supaya mendokong sebuah politik baru yang menolak politik fitnah atau lucah.



Katanya, politik tersebut menghancurkan nilai integriti dan manusiawi.



"Rakyat menuntut pimpinan yang berwibawa dan memepertahankan etika moral. Janganlah kita menghampakan harapan rakyat," katanya.



Nurul Izzah bagaimanapun enggan menunjukkan kandungan komik itu kepada pemberita, kerana tidak mahu pihak dituduh "mempromosikan gambar lucah".



Dalam laporan polisnya itu, Nurul Izzah turut menggesa polis menyiasat empat aduan polis bapanya berhubung dakwaan salahguna kuasa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohomad dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, seperti yang disebut dalam surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim - bekas pegawai penyiasat tragedi mata lembam Anwar - kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam.



Laporan polis itu bertarikh antara 9 Julai hingga 20 Ogos 1999.



KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Tiada ulasan: