Jumaat, 25 Mac 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Video seks: Suruhanjaya diraja tidak perlu, Dr Shamrahayu tempelak Datuk Trio

Posted: 25 Mar 2011 01:02 AM PDT

SHAH ALAM, 25 Mac - Suruhanjaya diraja bagi menyiasat rakaman video seks melibatkan individu yang didakwa pemimpin pembangkang tidak perlu ditubuhkan kerana ia dilihat akan menjejaskan kredibiliti polis sebagai pihak berkuasa.

Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan dan Jenayah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Shamrahayu A Aziz menyifatkan penubuhan itu juga mewujudkan persepsi bahawa masyarakat tidak lagi mempercayai pihak berkuasa dalam mencari keadilan dan kebenaran.

Menurutnya, desakan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja kini sering kali dijadikan mainan politik dalam kalangan pemimpin sedangkan ia melibatkan bidang kuasa polis untuk menyiasat.


"Suruhanjaya diraja berfungsi menyiasat sesuatu yang melibatkan di luar bidang kuasa polis dan menjadi perhatian umum," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau mengulas berhubung permintaan Kumpulan Datuk 'T' yang di anggotai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Shuib Lazim yang mahukan suruhanjaya diraja bagi menyiasat ketulenan video seks yang didedahkan mereka Isnin lalu.

Trio terbabit mahu suruhanjaya itu disertai pemimpin Pakatan Rakyat (PR), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media dan mungkin pihak luar supaya kebenarannya dapat dibuktikan.

Shamrahayu berkata, tindakan menubuhkan suruhanjaya juga seolah-olah merendahkan kredibiliti polis yang seharusnya menyiasat sedangkan laporan polis oleh pihak yang didakwa melakukannya telah dibuat.

Beliau merujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat sehari selepas rakaman video itu didedahkan kepada media di Carcosa Seri Negara.

"Laporan telah dibuat dan ini merupakan kes jenayah yang memerlukan siasatan terperinci daripada pihak Polis. Biarkan pihak terbabit menjalankan tugasnya.

"Siapa mereka (Datuk T) untuk mendesak kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya diraja," katanya.

Menurutnya, penubuhan suruhanjaya juga hanya akan membazirkan wang rakyat memandangkan mereka yang terbabit perlu dibayar imbuhan. -SH

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Video seks: Polis tahan dua lelaki, rampas bukti

Posted: 25 Mar 2011 12:17 AM PDT

Dua lelaki telah ditahan polis berhubung siasatan video seks yang dikatakan membabitkan seorang lelaki yang mirip seorang ahli politik terkenal mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita.

The Star Online yang memetik setiausaha PDRM, Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin berkata beberapa barangan yang mungkin boleh digunakan sebagai bukti juga dirampas daripada kedua-dua mereka.

Katanya, seorang daripada mereka juga memaklumkan kepada polis, lokasi di mana video seks itu dirakamkan dan pihak polis telah menghantar pasukan forensik bagi menyiasat lokasi tersebut.


Ghazali juga berkata kedua-dua lelaki berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti kedua-dua lelaki tersebut.

Semalam, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Selain Rahim, turut memberi keterangan berhubung video seks tersebut semalam ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Rabu lalu, Rahim dan Eskay mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, adalah 'Datuk T' di sebalik tayangan video seks tersebut.

Mereka telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.

Rahim dijadual mengadakan sidang akhbar di bangunan Risda, Jalan Ampang pada jam 3 petang ini. Beliau adalah pengerusi agensi kerajaan itu.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Skandal Seks Anwar - Edisi Kantoi Dimarah Boss

Posted: 24 Mar 2011 11:28 PM PDT



KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Perhimpunan ahli AMK bantah video seks

Posted: 24 Mar 2011 08:43 PM PDT

Kira-kira 100 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan berhimpun di Masjid Jamek Kuala Lumpur hari ini bagi membantah video seks yang dikaitkan dengan ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantahan tersebut akan bermula selepas solat Jumaat dengan diketuai ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

Ketika dihubungi, ketua AMK cabang Batu, Rozan Azen Mat Rasip berkata anggota AMK Wilayah Persekutuan dan Selangor dikerahkan menghadiri perhimpunan tersebut.

Selepas itu, katanya, mereka akan bergerak menuju ke pejabat pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Thamby Chik, yang merupakan antara individu di sebalik tayangan video seks kepada pihak media di Hotel Carcosa Negara, Isnin lalu.


Dalam tayangan tersebut, mereka mendakwa lelaki yang melakukan aksi seks dalam video mirip Anwar yang juga ketua pembangkang.

Bagaimanapun, Anwar telah menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video itu dan turut membuat laporan polis.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

‘Jangan kata palsu’ - Hishammuddin

Posted: 24 Mar 2011 06:45 PM PDT

PUTRAJAYA 24 Mac – Semua pihak termasuk pembangkang tidak berhak mengeluarkan kenyataan bahawa rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang adalah palsu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, adalah menjadi satu kesalahan mengeluarkan kenyataan awal seperti itu kerana mereka tidak tahu kesahihannya. "Mereka tidak berhak mengeluarkan kenyataan untuk menentukan kesahihan video tersebut kerana ketulenannya hanya dapat ditentukan selepas pihak polis selesai melakukan siasatan.

"Mengapa hendak menghakimi kes ini, sedangkan orang yang mengeluarkan kenyataan itu sendiri berkemungkinan besar belum tengok lagi rakaman itu," jelasnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-59, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam dan Ketua Pengarah Pertahanan Awam, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid.

Hishammuddin diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin parti pembangkang yang mendakwa rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel yang didedahkan kepada pihak media, Isnin lalu sebagai palsu.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan tidak akan campur tangan dalam siasatan polis kerana bimbang akan dituduh sebagai konspirasi.

"Saya tidak berminat mengulas panjang mengenainya kerana saya hanya berminat untuk mencari kebenaran dan mahu polis melakukan siasatan secara telus dan penuh berintegriti," katanya. - utusan meloya


KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

SKANDAL SEKS VIDEO: PERTEMBUNGAN FAKTA DAN PEMBABITAN PIMPINAN UMNO

Posted: 24 Mar 2011 06:14 PM PDT

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Dato' Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka "Dato T" berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dato' Eskay menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Dato' Eskay sendiri.

Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Dato' Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.


Pengakuan Dato' Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.



Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal.

Saya juga mendesak Perdana Menteri sendiri memberi maklumbalas kepada satu laporan bahawa ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini.

KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas.

Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi ini, tidak ubah seperti mana konspirasi tahun 1998 dahulu.

Demi membersihkan namanya dan UMNO, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
24 MAC 2011

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Ezam minta kerajaan rampas pasport antarabangsa Anwar

Posted: 24 Mar 2011 06:09 PM PDT

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Ezam Mohd Nor meminta pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalang ketua pembangkang itu daripada terus memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara.

"Saya mohon pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Anwar dengan kadar segera. Dia (Anwar) akan terus berusaha untuk menghancurkan politik dan ekonomi negara.

"Ini bagi mengelakkan Anwar daripada terus menjaja kes liwat yang sedang dihadapinya itu di luar negara serta memburuk-burukan nama Malaysia," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.


Ezam berkata sebagai individu yang telah lama mengenali Anggota Parlimen Permatang Pauh itu, beliau sama sekali tidak akan percaya terhadap Anwar walaupun bekas ketuanya itu bersumpah menggunakan al-Quran.

"Saya yakin bahawa Anwar akan bersumpah jika beliau diletak di dalam suatu suasana terdesak dan jika beliau sudah tidak ada jalan keluar (berhubung dakwaan yang dihadapinya)," katanya.

Selain berhadapan dengan kes liwat membabitkan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, Anwar juga berhadapan dengan isu terbaru apabila dikaitkan dengan video aksi seks dengan seorang wanita.

Anwar telah menafikan penglibatannya dalam video itu. — Bernama

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Johari - Bukan RM100,000.. Tapi RM4 Juta Laa..

Posted: 24 Mar 2011 06:12 AM PDT

Johari: 'Datuk Shuib pun tak percaya'

Ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang juga bapa saudaranya, juga tidak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditunjukkan kepadanya.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari.

Menurut Johari, Shuib hanya membawa beliau menonton video itu bagi membuat pengesahan sama ada lelaki dalam video itu benar-benar Anwar.

Malah, Johari (kiri) mendakwa, Datuk Trio itu bukanlah tiga, sebaliknya hanya melibatkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.


Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Johari menjangkakan beliau menjadi pilihan Datuk T kerana hubungannya yang rapat dengan beberapa pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tum Razak sendiri.

Selain itu, tambahnya, latar belakangnya sebagai "orang sembahyang" mungkin menyebabkan isu moral berkesan digunakan padanya.

"Saya memanglah stylish, tapi kami sembahyang. Memanglah macho, tetapi saya sembahyang," katanya berseloroh.

Sambil mendakwa apa berlaku sebagai konspirasi, Johari menafikan beliau meminta wang "pelincir" sebanyak RM100,000 untuk membawa lebih ramai wakil rakyat Pakatan menonton video seks.

"Takkanlah RM100,000. Kita ahli parlimen ni bukanlah lekeh sangat. Baik saya minta RM3 juta atau RM4 juta," katanya.

Ditanya sama ada beliau mahu menyaman Eskay dan Rahim, Johari enggan melukannya.

"Tak perlulah. Mereka pun old man," katanya lagi. - mkini

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Johari : Rahim Thamby Chik Tutup Fitnah Video Dengan Fitnah Rasuah

Posted: 24 Mar 2011 04:35 AM PDT

Muslihat Tan Sri Rahim Thamby Chik dan gandingan dua individu yang dikenali sebagai Datuk T untuk menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terbukti apabila beliau enggan membenarkan lima ahli Parlimen PKR menonton video lucah itu Isnin lalu.

Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul mendedahkan Rahim membatalkan hasrat itu setelah lima wakil itu – Azan Ismail, Amran Ghani, Abdullah Sani, Kamarul Bahrin dan Rashid Din dikenalpasti untuk menilai kesahihan video berkenaan.

Johari berkata dakwaan Rahim bahawa beliau menuntut wang pelincir RM100,000 dan RM1 juta untuk membawa keluar ahli parlimen PKR tidak masuk akal kerana jumlah itu terlalu kecil, jika benar beliau mahukan sogokan.


Johari adalah Ahli Parlimen PKR pertama yang menonton video 21 minit itu Isnin lalu.

Beliau dibawa ke Hotel Flamingo di Ampang dan diperkenalkan kepada Rahim, dan ahli perniagaan Shazryl Eskay yang cuba meyakinkannya untuk berpaling tadah dan membawa bersama wakil rakyat PKR yang lain.

Eskay juga adalah bekas Konsul Kehormat Malaysia di Thailand.

Johari di bawa ke hotel itu oleh Shuaib Lazim, bendahari Perkasa dan bapa mertua kepada Naib Presiden Umno Shafie Apdal.

Johari berkata beliau yakin seratus peratus orang dalam video itu bukan Anwar, walaupun sekali imbas, ada miripnya.

Namun Johari berpura-pura bersetuju dengan Rahim dan Eskay yang bertegas pelaku itu dalam rakaman itu adalah Ketua Pembangkang.

Johari turut mempersoalkan kenapa Rahim mahupun Eskay tidak menangani persoalan yang ditanya oleh wartawan dan mereka yang menyaksikan video berkenaan - kenapa susuk badan, khususnya bahagian perut, pelaku dalam video itu tidak menyerupai Anwar.

"Soalan ini tidak dijawab oleh Eskay walaupun dibangkitkan sendiri dalam akhbar Utusan Malaysia milik Umno," kata Johari.

Johari juga berkata beberapa kenyataan Eskay semalam tidak masuk akal.

Contohnya beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang rapat dengan Anwar tetapi menghubungi musuh ketat Anwar iaitu Rahim Thamby Chik untuk membongkar video berkenaan.

"Beliau juga mendakwa diminta untuk kembali ke hotel itu mendapatkan jam Anwar yang tertinggal di bilik berkenaan. Namun dakwaannya bahawa beliau memecah laci untuk kononnya untuk mencari jam itu tidak lojik,' tambah beliau.

Johari berkata "pendedahan" Eskay kononnya beliau membawa Anwar ke sarang-sarang pelacuran di Thailand juga sukar diterima kerana pada masa sama ahli perniagaan itu mendakwa berkata beliau mengutamakan soal moral dan prinsip. - TVS

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Terkini : Zulkifli nordin sah dapat gelaran datuk!!

Posted: 24 Mar 2011 04:08 AM PDT

Aku dah tahu kenapa zulkifli nordin asyik muncul dalam buletin utama di tv3 beberapa hari ini. Jawapan nya ada di bawah ;



Siapalah yang suggest ke sultan pahang untuk berikan gelaran "datuk" kepada dia? Menteri besar pahang ke? Perdana menteri kita yang dari pahang tue ke? Entah. Lue fikir sendiri. Apa pun artikel ini bukan menghina sultan ya. So jangan nak salah faham sesuka hati.

Dia kalau ikut rekod, mana ada jasa pun. Lainlah m.nasir dan ramli ms. Mereka dah lama berkecimpung dalam bidang masing2, dah bertahun2. Memang nampak ada juga kelayakkan nya.. yang si zul neh? Entah.. lue fikir sendiri larh!! Heh

Ameno : Katak pun dapat datuk. Hebat!


KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Video Seks - Pembohongan Demi Pembohongan Terbongkar

Posted: 24 Mar 2011 02:20 AM PDT

Pelakon dalam video seks bukan Anwar – Chegubard

KUALA LUMPUR: Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang dipelawa Datuk T untuk menonton video seks kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakin 'pelakon' dalam video itu bukan Ketua Umum KEADILAN.

"Dari pemerhatian saya, video itu kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem berkenaan bukan Anwar.

"Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu, itu bukan Anwar.

Beliau mengumpamakan hal itu dengan keberkesanan Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang-kurangnya 11 anugerah peringkat dunia.

"Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya," katanya pada kenyataan media, hari ini, dan menganggap politik kotor dan jijik itu harus dikecam rakyat yang kian bosan dengan politik 'selak kain'.


Macam James Bond

Badrul yang dikenali sebagai Chegubard juga percaya kumpulan Datuk T mendapat perlindungan istimewa kerana modus operadi ketika membawanya menonton video itu umpama filem James Bond.

"Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel seperti babak filem James Bond.

"Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi," katanya.

Badrul berkata, beliau menerima pelawaan menonton video itu selepas menerima panggilan pada 21 Mac lalu dan seorang rakannya dari Umno menyertainya dan mereka diarah menunggu depan Institut Jantung Negara (IJN) jam 7.45 malam sebelum dihubungi Datuk T.

Badrul kemudian diminta meletak kereta di pakir IJN dan dijemput jam 8 malam manakala beberapa kenderaan ketika itu dilihat berpusing beberapa kali memerhatikan mereka, Mereka kemudian dibawa ke Hotel Shangrila.

Sebelum dibawa ke bilik menonton, beliau berkata, badan mereka diperiksa dan diminta meninggalkan telefon bimbit sebelum Datuk T memperkenalkan diri bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan seorang lelaki yang dikenali sebagai Tengku Suleiman.

Rahim Tamby Chik menipu

Mengikut kenyataan media itu, Badrul berkata, beliau mendapati kenyataan media Rahim Tamby Chik berbeza dengan pengalamannya ketika bertemu bekas Ketua Menteri Melaka itu dan Datuk Eskay Abdullah.

"Rahim Tamby Chik menipu kerana dalam sidang media semalam, dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya, dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga.

"Kami dimaklumkan, Rahim Tamby Chik baru menonton video itu. Ini berbeza sekali dengan kenyataannya pada 23 Mac sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T.

"Ketika menonton bersama, Rahim Tamby Chik beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah-olah inilah kali pertama menonton," katanya.

Badrul berkata, identiti sebenar Datuk T juga diragui kerana Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T, malah Rahim juga memanggilnya dengan panggilan sama kecuali tersasul dua kali dengan memanggil Eskay.

Salinan video kepada Wan Azizah

Pada kenyataan itu, Badrul berkata, beliau dipanggil diminta menyerahkan salinan video itu kepada Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Ismail

"Saya diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu kepada Wan Azizah. Bagaimanapun, ia terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah.

"Untuk mendapat video itu, saya berpura-pura bersetuju mengenai apa yang diberitahu mengenai video itu," katanya.

Namun, Badrul yang meninggal hotel berkenaan kira-kira jam 10 malam, turut mendapati mereka tidak bersungguh-sungguh mahu Wan Azizah menerima salinan video itu.

Keadilandaily

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Video Seks: UMNO Cuba Lempar Batu Sembunyi Tangan.

Posted: 24 Mar 2011 01:45 AM PDT

Sebelum mengadakan sidang media mereka semalam (Rabu,23 Mac 2011) untuk membuat pengakuan bahawa mereka adalah dalang video seks yang kononnya membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk T (atau Datuk Trio – Rahim Thamby Chik, Shazril Eskay Abdullah dan Shuaib Lazim) pergi menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Rekod Parlimen mengesahkan kehadiran mereka itu. Kebetulan juga Najib ada mempengerusikan mesyuarat Biro Politik Umno di bangunan berkenaan. Apakah tujuan mereka menemui Najib itu boleh mendorong umum untuk membuat pelbagai spekulasi dan rumusan.

Ini kerana semalam memang hari kelam kabut bagi Umno. Apakah mereka berjumpa Najib meminta nasihat atau arahan apa yang hendak disebut dalam sidang media? Atau, adakah mereka cuma hendak memaklumkan kepada Najib apa yang telah mereka lakukan kerana Najib sebelum itu kononnya tidak tahu?


Pendedahan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pada sebelah pagi semalam berhubung siapa Datuk T dan siapa lagi yang terbabit dalam penayangan video lucah berkenaan kepada wartawan Isnin lalu benar-benar menyerlahkan sikap dan belang Umno.

Berita Penuh

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Perkasa Tumpang Semangkuk

Posted: 24 Mar 2011 01:30 AM PDT

Video seks: Perkasa masih pertahan Datuk T termasuk bendaharinya

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Perkasa mempertahankan tindakan "Datuk T" termasuk bendaharinya yang menayangkan rakaman video seks kepada media yang didakwa melibatkan pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR).

Datuk T terdiri daripada tiga individu iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Tayangan video seks itu ditayangkan pada Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

"Ini satu pembongkaran dan kita nak tahu siapa yang terlibat kerana ia (video seks) itu tidak ditunjukkan kepada umum.

"Salah tetap salah . . . betul tetap betul . . . siapa yang lebih berdosa pembunuh atau yang dituduh membunuh, siapa yang lebih berdosa?" kata Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah.

Kata beliau, pihaknya tidak menuduh siapa individu dalam video seks tetapi satu siasatan segera perlu dilakukan bagi menyiasat kebenaran video seks itu.


Justeru, menurut Arman Azha, pihaknya tetap berpendirian agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk siasat ketulenan video seks itu.

"Sebab itu kita nak kerajaan tubuhkan suruhanjaya diraja, kita tak tuduh sesiapa dan kita juga tak tahu siapa yang terlibat.

"Kita juga tidak mempertahankan mana-mana pihak baik di pihak Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional (BN), tapi kita mahu individu yang terlibat dalam video seks itu bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata sekiranya individu dalam video seks itu terbukti pemimpin kanan Pakatan Rakyat maka individu tersebut perlu meletakkan jawatan serta-merta.

Semalam Abdul Rahim mengaku Shazry, Shuib dan dirinya adalah individu yang digelar Datuk T yang berada di belakang tayangan video seks itu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Shuib.

Ini kerana jelas beliau, Shuib bertindak secara peribadi dan ia tidak kaitan dengan badan pertubuhan Melayu itu.

"Perkasa tidak terlibat dengan isu pendedahan video seks itu, saya nak tegaskan Perkasa tidak terlibat apatah lagi terlibat dengan merakam aksi video seks itu.

"Kita tidak akan ambil tindakan terhadap beliau (Shuib) sebab kita langsung tak tahu lagipun beliau bertindak secara individu," katanya.

Jelas Syed Hassan, walaupun imej Perkasa nampak tercabar namun sekiranya video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu ia akan membuktikan kebenarannya.

Ekoran tuduhan itu, Anwar telah membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut. - MI

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Tiada ulasan: