Blog-list Malaysia |
- Demo Tuntut DNA Halal Tapi Bantah DNA Jadi Haram Pulak..
- Zul Kulim Akan Wakili Gobala Saman Saifuddin.. KehKehKeh
- Interlok - Muhyiddin Punca Semua Masalah
- Umno Kedah Dah Tak Boleh Perbodohkan Rakyat Lagi
- Lagi Selebriti Sertai PAS
- Mufti Selangor Larang Pengedaran Kitab Injil Guna Kalimah Allah
- Sekatan Internet Lebih Hebat Menjelang PRU13
- Loji Nuklear di Malaysia : Muhyiddin Digesa Jangan Terlalu Angkuh
- Nuklear - Menteri Najib Takut Nak Jawab Soalan
- Penduduk Kg. Baru Tak Rela Dikencing Umno
- Berapa Harga Bulu Dan Air Mani Anda?
Demo Tuntut DNA Halal Tapi Bantah DNA Jadi Haram Pulak.. Posted: 17 Mar 2011 12:20 AM PDT Demo bantah DNA, Ketua, Timbalan AMK Pulau Pinang ditahan polis NIBONG TEBAL: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali dan timbalannya yang dikenali sebagai Haji Wan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Jawi di sini, petang ini. Mereka ditahan jam 6 petang dan disoal siasat selepas mengadakan demontrasi membantah mana-mana pihak mengenakan tekanan untuk memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerah DNA kepada mahkamah. "Ketua Polis Daerah memberi masa dua minit untuk bersurai dan kami akur. Sebaliknya, mereka meminta kad pengenalan Amir dan Haji Wan sebelum dibawa ke balai polis," kata Zulfadli Md Noordin kepada KeadilanDaily. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Cabang Bayan Baru, berkata demontrasi itu disertai antara 30 hingga 50 orang ahli parti dan rakyat kebanyakan. Ironinya, satu demontrasi yang disertai badan bukan kerajaan (NGO mesra Barisan Nasional, antaranya Perkasa dan Gaps di depan ibu pejabat KEADILAN, baru-baru ini pula tidak 'disentuh' polis. Undang-undang Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh diambil sampel DNA tanpa kebenaran. Selain itu, wujud kebimbangan kemungkinan sampel DNA disalah guna sebegaimana dalam kes Fitnah I pada 1998 apabila seorang pegawai polis, ASP Rodwan memanipulasikannya dengan meletakkan DNA itu pada tilam yang dijadikan bahan bukti. Keadilandaily.com/ |
Zul Kulim Akan Wakili Gobala Saman Saifuddin.. KehKehKeh Posted: 17 Mar 2011 12:15 AM PDT Disaman RM 12 Juta : Saifuddin Takkan Minta Maaf,Sedia Jumpa Gobala Di Mahkamah KUALA LUMPUR 17 MAC : Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, beliau sedia untuk bertemu ahli parlimen Bebas dari Padang Serai, N Gobalakrishnan di mahkamah berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya. Saifuddin ketika ditemui di lobi parlimen hari ini berkata, beliau juga sama sekali tidak akan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut oleh Gobala. "Saya menerima notis saman daripada peguam Gobala semalam yang menuntut dua perkara. Yang pertama ialah mulai semalam dalam masa tujuh hari . Yang kedua,jika saya gagal berbuat demikian proses saman libel akan dimulakan. Yang pertama reaksi saya ialah saya menolak sama sekali tuntutan untuk saya memohon maaf," kata Saifuddin kepada TV Selangor. Gobala pada Selasa berkata, beliau akan mengemukakan saman RM12 juta ke atas Saifuddin kerana mendakwa beliau menerima habuan daripada pihak tertentu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat. Beliau juga memberi tempoh tujuh hari kepada Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR untuk membuat permohonan maaf mengenai hal itu. Namun menurut Saifuddin beliau tidak akan berganjak dari kenyataannya sebelum ini. "Alasan saya ialah saya telah ketengahkan beberapa fakta yang mengukuhkan kenyaaan awal saya mengenai punca dan sebab musabab kenapa beliau telah mengkhianati parti walaupun bertanding atas tiket KEADILAN kemudian mereka-reka segala alasan melalut untuk mengesahkan atau mensahihkan tindakannya mengkhianati parti,"jelasnya lagi. Katanya, sepanjang 12 tahun mengenali Gobala dalam PKR, beliau tahu kemampuan kewangan wakil rakyat itu. "Isu yang saya timbulkan ialah selama 12 tahun mengenali beliau, beliau langsung tidak punya keupayaan kewangan apa lagi membuat bayaaran mencecah angka jutaan,"katanya.- TVS |
Interlok - Muhyiddin Punca Semua Masalah Posted: 16 Mar 2011 11:32 PM PDT Sikap Perkauman Muhyiddin Punca Panel Bebas Interlok Gagal SHAH ALAM 17 MAC : Bekas Naib Presiden MIC, Datuk SS Subramiam menyifatkan sikap perkauman Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi punca kepada kegagalan panel bebas Interlok bagi merungkai kemelut novel kontroversi karya sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussin. Beliau ketika dihubungi Tv Selangor berkata, sikap perkauman sempit Muhyiddin dapat dilihat dengan jelas apabila semua wakil rakyat dari India dalam panel berkenaan sebulat suara mengundurkan diri. " Tan Sri Muhyiddin yang menjadi punca kepada semua masalah, dia yang menjadi pendorong kepada ahli-ahli panel Melayu. " Semua orang tahu (Muhyiddin) mengamalkan perkauman. semua polisi beliau juga mengamalkan perkauman,"katanya. Pada mesyuarat susulan panel bebas berkenaan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, ketiga-tiga wakil India itu memutuskan untuk berundur dari badan yang dibentuk kerajaan itu. Menurut salah seorang penulis, Uthaya Sankar, tindakan itu dibuat setelah ahli-ahli panel lain menolak kira-kira 100 pindaan yang dicadangkan mereka walalaupun pada awalnya sudah disepakati bersama. "Jadi, kami rasa dikhianati," katanya dipetik dari Malaysiakini. Sementara itu, dua lagi anggota yang mewakili masyarakat India adalah Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan. Panel itu yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran dan dianggotai lapan orang yang terdiri daripada pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan, wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta wakil masyarakat India. Menurut Subramaniam, beliau setuju dengan tindakan ketiga-tiga wakil masyarakat India itu mengundurkan diri kerana mereka mewakili kepentingan seluruh masyarakat India di negara ini. " Ini berkaitan satu kaum, bukan masalah satu atau dua orang," jelasnya yang menyifatkan novel berkenaan banyak mengandungi perkataan sensitif kepada kaum itu. Mesyuarat bersama Muhyiddin semalam walaupun memutuskan untuk menggugurkan perkataan "paria" namun lain-lain pindaan yang diputuskan panel masyarakat itu sebagai menghina kaum mereka, ditolak oleh Muhyiddin dan panel lain. - TVS |
Umno Kedah Dah Tak Boleh Perbodohkan Rakyat Lagi Posted: 16 Mar 2011 06:31 PM PDT 3 tahun Kedah Sejahtera, rakyat makin matang Rakyat Negeri Kedah Darulaman sedang berada melewati tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat yang ber'Menteri Besar'kan pemimpin daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS). 50 tahun Kerajaan Negeri Kedah dipimpin oleh Perikatan kemudiannya Barisan Nasional yang diterajui oleh Pekembar ataupun Umno. Saya ingat, perlu ada beberapa catatan untuk menunjukkan ada beberapa perubahan dan anjakan paradigm rakyat negeri Kedah yang jumlahnya sudah mencecah 1.9 juta. Saya gembira untuk berkongsi pengalaman demokrasi dan cita-cita saya untuk melihat perubahan berlaku baik secara politik, ekonomi, pendidikan, sosial, dan lain-lain sekitar saya dan seputar negeri saya. ORDE LAMA DAN PERUBAHAN 1. Sepanjang sejarah Negeri Jelapang Padi ini, dipasakkan di dalam pemikiran rakyat bahawa hanya Barisan Nasional sahaja mempunyai kemampuan untuk memerintah Kedah dan Negara. Satu khurafat dan takhayyul yang memundurkan. Sihir dan mentera ini berlangsung dan diimani begitu lama. Segala seruan ke arah perubahan berjaya ditepis dan BN terus memerintah. Pakatan Rakyat datang dan memberi harapan baru kepada perjalanan demokrasi negara. 2. Keadaan was-was berlegar dan disebar di kalangan rakyat adakah kerajaan baru boleh berkhidmat dan bertahan. Beberapa dongeng beredar di kalangan masyarakat bahawa kerajaan akan tumbang dalam masa beberapa bulan. Dah tiga tahun dah. Rakyat pun dah boleh fikir. 3. Pemikiran dan pandangan yang dibawa oleh BN dan Umno banhawa pembangkang tidak betul dan hanya pandai membangkang sudah mula sirna. Peranan pembangkang sebagai check and balance kepada sistem demokrasi mula difahami. Era "I know everything" dan "I always right" sudah berakhir. 4. Ratib umno dan BN yang mendakwa pembangkang hanya PAS dan lain-lain parti sekarang sudah berbalik kepada diri sendiri. UMNO dan BN yang diajar oleh rakyat dalam PRU sedar pengertian menjadi pembangkang di dalam sistem demokrasi. Walaupun kadang-kadang BN dan UMNO masih merasa diri merasa kerajaan. Berlagak dan tak sedar diri masih mengusai BN dan UMNO; pemimpin dan ahlinya. 5. Rakyat mula sedar bagaimana pembangkang yang selalu didiskriminasi tanpa sebarang peruntukan untuk membangunkan negara. Ahli Parlimen pembangkang atau ADUN yang selama ini menang dalam pilihanraya tetapi partinya kalah di peringkat negeri atau persekutuan biasanya tidak mempunyai sumber kewangan untuk melaksanakan projek atau apa-apa program kecuali melalui gaji atau usaha sendiri. 6. Rakyat sudah mula menyedari peranan agensi-agensi kerajaan yang selama ini peranannya diambil alih oleh ahli politik. Manakala ahli politik termasuk Ahli Parlimen dan ADUN yang peranan dan tanggungjawab mereka lebih besar dalam membahas dasar-dasar negara tidak dilaksanakan. YB-YB menjadi welfare officer, manakala pegawai kerajaan menjadi pegawai kepada ahli politik. 7. Sistem kehakiman yang sepatutnya tempat menegakkan keadilan kepada semua sudah mula difahami oleh rakyat bahawa selama ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan elit politik. Pemisahan kuasa yang menjadi konsep besar sistem demokrasi di Malaysia mula mengambil peranannya. 8. Rakyat mula sedar bagaimana setiap sen yang mereka belanjakan atau mereka membayar setiap sen cukai kepada negara adalah hak mereka sendiri dan perlu dipulangkan kepada mereka. Pemikiran bahawa semua duit atau pembangunan yang berlaku adalah dari BN atau Umno sudah tidak relevan. Slogan bahawa "BN Menang, Kedah Senang" adalah slogan sampah. 9. Billboard yang tertulis seperti "Projek Kerajaan oleh Barisan Nasional", "baja subsidi Kerajaan Barisan Nasional" sudah mula difahami dan di'gelak'kan oleh oleh rakyat. 10. Rakyat sudah mula fahami makna pembangunan bukan sekadar membina bangunan. Bangunan boleh dibina termasuk oleh Komunis dan Kapitalis. Pembangunan lestari, pembangunan insan; roh, mental, fizikal mula berkumandang. 11. Kejayaan Kerajaan baru yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat di Kedah seumpama membina institusi pengajian tinggi, peruntukan kepada sekolah-sekolah, petuntukan kepada belia termasuk membina pusat belia Kedah, peruntukan kepada setiap kaum, proses men"sifar"kan rasuah, proses membebaskan KCS dari belenggu politik. Bagi sarjana ia adalah merupakan satu kejayaan dan perubahan yang sangat besar. Hasil kebangkitan rakyat. 12. Kejayaan menambahkan pendapatan daripada sumber asli negeri, balak, batuan, sumbangan dan GLC yang diakui oleh Ketua Audit Negara membuka mata rakyat dan pengkaji politik. Ia juga menimbulkan tandatanya kepada ahli-ahli UMNO sendiri disebabkan sumber dan keluasan yang sama namun hasilnya amat minimum. 13. Kegagalan projek seumpama Marina Harbour, Pusat Akuatik, Lapang Sasar dan lain-lain projek kerajaan negeri mula diperkatakan rakyat. Pembelian temasuk pen untuk hadiah dengan harga yang tidak munasabah oleh Menteri Besar, pembayaran anak syarikat kerajaan negeri (wang rakyat) kepada UMNO (parti politik) menimbulkan tandatanya besar. Rakyat sudah mula berani persoalkan wang mereka. 14. Projek-projek segera untuk berdepan pilihanraya seumpama membina rumah-rumah rakyat yang kemudiannya membuat tuntutan kepada kertajaan selepas pilihanraya berleluasa sehinggakan mendedahkan kontraktor kepada hutang dan kemungkinan bankruptcy. 15. Kerja-kerja menempah poster untuk pilihanraya yang dibuat melalui anak kerajan negeri seumpama tuntutan yang dibuat terhadap Seri Temin selepas BN dan UMNO kalah selepas pilihanraya terhadap pengurusan baru amat memalukan. 16. Kegagalan menyiapkan projek-projek kerajaan pusat seperti 8 jambatan Naka-Nami, projek oleh kementerian pendidikan seperti kuarters-kusrters guru, sekolah-sekolah yang tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran amat menjijikkkan. Semua ini adalah hasil pendedahan yang berjaya dikemukan kepada rakyat selepas perubahan. 17. Sistem kerajaan, pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan persekutuan mula difahami oleh rakyat, peranan kerajaan pusat dan negeri, hubungan simbiosis antara keduanya mula difahami oleh awam. 18. Penerusan semua projek kerajaan dahulu kecuali yang membazir memberikan satu persepsi bahawa menukar kerajaan bukanlah seperti menerbalikkan bumi. 19. Politik pembangunan dan perkauman yang dijaja oleh BN dan parti sekutunya sudah ditunjukkan jalan keluar oleh rakyat. Lagu lama yang cuba diputar kembali itu sudah mula mereputkan mereka. 20. Kematangan rakyat untuk memilih pemimpin dan bebas menentukan kerajaan sendirihubungan antara kaum dan agama yang selama ini selalu diragukan oleh BN dan UMNO dengan penukaran kerajaan sudah mula berakhir. Sikap saling hormat menghormati dan mengiktiraf peranan masing dalam pembangunan negara membuktikan bahawa ada bertukarnya kerajaan hanya seperti kita menukar pengurus pasukan bola. Dah asyik kalah tukarlah pengurus dan jurulatih. Bukannya pi racun pemain sampai mati atau bubarkan pasukan!!! Apapun perubahan ini adalah sepatutnya kembali kepada rakyat. Rakyat yang matang dan bijak perlu menilai dan membuat pilihan. Rakyat yang bodoh hanya menjadi pak turut. Pengalaman tiga tahun masih terlalu muda untuk membuat penilaian objektif. Kelemahan tetap ada untuk diperbaiki. Rakyat yang bijak akan terus memberi pandangan kedua kepada kerajaan. Oleh : Nasir Zakaria / kedahlanie |
Posted: 16 Mar 2011 05:47 PM PDT |
Mufti Selangor Larang Pengedaran Kitab Injil Guna Kalimah Allah Posted: 16 Mar 2011 06:19 AM PDT Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid mengesahkan 5,000 naskah Kitab Injil berbahasa Melayu dilarang pengedaran di negeri itu kerana ia tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor bersabit penggunaan kalimah Allah didalam Kitab Suci Kristian itu. Tamyes sekali gus mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz bahawa tindakan kerajaan memansuhkan penahanan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu tidak sah di sisi undang-undang syariah di Selangor. Mufti Selangor itu berkata kebimbangan utama pihaknya terhadap arahan kerajaan pusat menarik balik penahanan itu adalah kesannya ke atas generasi muda umat Islam. "Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran Kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya kepada Tv Selangor. Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang syariah yang menghalang penggunaan kalimah "Allah" sama ada secara lisan ataupun bertulis. Selain 5,000 naskah di Pelabuhan Kelang, penahanan 30,000 naskah Kitab Injil yang sama di Kuching turut di tarik balik, mengikut pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala petang semalam. Kenyataan Nazri dan Tamyes bersabit pengedaran Kitab Injil itu dijangka menambah kemelut susulan kenyataan-kenyataan yang bercanggah oleh Kementerian Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersabit isu itu. Tamyes sendiri melahirkan rasa kesal kerana tidak ada penyelarasan dalam menangani isu Kitab-Kitab Injil berbahasa Melayu itu yang diimport dari Indonesia. "Sepatutnya kita ni kalau nak buat keputusan biarlah ada persepakatan, kenapa pula seorang mengatakan boleh seorang mengatakan tidak," kata beliau. Ahad lalu, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya menunggu keputusan Peguam Negara sama ada penahanan 35,000 Kitab Injil di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang boleh ditarik balik. Menurut Hishamuddin, keputusan itu berkait dengan kes penggunaan kalimah Allah yang masih belum dibicarakan di Mahkamah Rayuan yang berlarutan sejak 2010. Namun pagi semalam, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan isu itu akan dibincangkan di mesyuarat mingguan Kabinet Jumaat ini. Beliau menegaskan Jemaah Menteri harus berbincang isu itu sebelum sebarang keputusan dibuat. Ironinya, sebelah petang hari sama Idris Jala mengumumkan kesemua 35,000 naskah yang ditahan di Pelabuhan Kelang (sejak 2009) dan Pelabuhan Kuching (sejak Januari 2011) akan dibenarkan masuk ke negara ini. Bagaimanapun KDN meletakkan dua syarat iaitu setiap naskah Kitab suci itu harus mempunyai nombor bersiri dan cop "Hanya Untuk Penganut Kristian" sebelum dibenarkan pengedaran. Syarat itu ditolak oleh pihak gereja di Sarawak yang melihatnya sebagai satu penghinaan terhadap kesucian agama Kristian dan kekangan terhadap kerja-kerja dakwah yang dijalankan oleh gerakan mubaligh. Paderi Goodnews Church, Jefferey Wei ketika dihubungi Tv Selangor menegaskan penganut kristian tidak dapat menerima perkara yang merendahkan martabat kitab suci mereka. "Saya rasa jika kita letak nombor siri dan cop atas Kitab Injil ini, kita seperti mencemarkan kitab suci kami dan menghina kedudukannya. Ia menjadikan seolah-olah seseorang yang memiliki kitab ini melakukan satu jenayah. Tiada penganut Kristian akan menerima perkara ini," katanya. |
Sekatan Internet Lebih Hebat Menjelang PRU13 Posted: 16 Mar 2011 03:25 AM PDT Pemantau media jangka lebih sekatan di internet Kumpulan pemantau kebebasan media Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menjangkakan kawalan lebih ketat ke atas internet apabila Malaysia menuju ke arah pilihan raya ke-13. Dalam laporan tahunannya yang berjudul 'Internet Enemies' atau 'Musuh Internet' kumpulan pemantau itu berkata tidak mungkin kerajaan mengurangkan tekanan khususnya kepada penulis internet dan blog kerana ia dilihat sebagai "sumber yang lebih berwibawa berbanding media tradisional" di Malaysia. RSF berkata internet di Malaysia membekalkan "perbicangan dan landasan bagi berdebat yang tiada bandingannya" dan "ubat paling mujarab bagi menentang penapisan sendiri" yang dilakukan oleh media tradisional kerana gentar lpermit yang diberikan menurut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ditarik balik. "Penulis blog Malaysian masih ditekan tetapi mendapat sokongan di kalangan rakyat yang tidak lagi berpuas hati dengan versi rasmi 'sesuatu kenyataan', kata laporan yang dikeluarkan pada Hari Menentang Penapisan pada 12 Mac lalu. "Dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, cengkaman pihak kerajaan ke atas penulis blog dijangka semakin kukuh." - mkini |
Loji Nuklear di Malaysia : Muhyiddin Digesa Jangan Terlalu Angkuh Posted: 16 Mar 2011 02:50 AM PDT Exco Pelancongan, Hal Ehwal Kepenggunaan dan Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong kesal dengan kenyataan sombong dan tidak berlandas fakta dan nilai saintifik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa projek Janakuasa Nuklear Malaysia tetap akan diteruskan walaupun ia mendatangkan bahaya seperti yang berlaku di Jepun. Elizabeth turut mempersoalkan tindakan kerajaan Malaysia yang meluluskan projek sebelum penilaian keselamatan dilakukan. "Pegangan Muhyiddin bukannya sains, atau pelaksanaan polisi berdasarkan fakta, ia hanyalah keangkuhan. "Ini bukan cara menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia. Semua teknologi merbahaya perlu melalui penilaian dan proses yang teliti melalui pelbagai agensi selain dipamerkan untuk penilaian awam sebelum sebarang kelulusan polisi diberikan untuk pelaksanaannya," tegas beliau dalam satu kenyataan media hari ini. Dalam kenyataan ketika sidang media di Putrajaya semalam Muhyiddin tidak memberi kenyataan jitu mengenai hal ini tetapi menyatakan perkara paling penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Beliau juga menaruh kepercayaan terhadap agensi yang bertanggungjawab atas alasan 'mereka' (agensi terbabit) tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik Apabila ditanya mengenai kelulusan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng dekat Kuantan yang dikatakan telah diberikan kepada sebuah syarikat di Australia dan mencetuskan kebimbangan ramai, Muhyiddin berkata beliau tidak pasti. Isu projek Nuklear Malaysia menjadi kecoh berikutan kejadian magnitud 8.9 pada skala Richter yang menggoncang Jepun sehingga mengakibatkan reaktor nuklearnya di Fukushima, yang hanya kira-kira 250 km dari Tokyo menghadapi kemungkinan musnah dan menyebabkan puluhan ribu masyarakat yang tinggal berhampiran pusat itu juga terpaksa dipindahkan kerana kebimbangan kebocoran radiasi. Elizabeth turut menyuarakan rasa kurang senangnya terhadap sikap Muhyiddin yang tidak peka terhadap perkembangan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng yang didakwa diserahkan kepada sebuah syarikat Australia. Menurut Elizabeth lagi, pendedahan akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT) melaporkan pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia bernilai RM700 juta yang sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp membuktikan betapa kerajaan hanya pentingkan keuntungan berbanding keselamatan rakyat. "Kerajaan Persekutuan perlu menetapkan fikiran. Mana lebih penting? Keselamatan Awam atau janji dengan rakan niaga mereka? " soal Elizabeth lagi. |
Nuklear - Menteri Najib Takut Nak Jawab Soalan Posted: 16 Mar 2011 02:47 AM PDT Menteri yang bertanggungjawab terhadap kuasa nuklear, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, enggan menyatakan pendirian kerajaan berhubung tenaga atom untuk penjanaan kuasa walaupun ianya di bawah bidangkuasa kementeriannya. Chin enggan untuk mengesahkan atau menafikan rancangan kerajaan itu ekoran kemungkinan berlakunya peleburan reaktor atom akibat gempa bumi yang melanda Jepun. Ketika diserbu wartawan selepas satu majlis pelancaran motosikal berkuasa bateri litium-ion di ibunegara pagi ini, Chin menjawab "tiada komen" beberapa kali apabila ditanyakan sama ada kerajaan akan meneruskan rancangannya untuk membina loji kuasa nuklear. Beliau juga mencampuradukkan nama-nama agensi dalam sidang akhbar selama tiga minit itu dan sering merujuk kepada Perbadanan Tenaga Nuclear, sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, sebagai 'Agensi Pembangunan Nuklear' Malaysia merancang untuk membina loji 1,000 megawatt kuasa nuklear pada 2022. Ini diumumkan oleh Chin Disember tahun lepas. Bagaimanapun, kebimbangan terhadap keselamatan loji-loji nuklear timbul di Jepun - operator terbesar loji seumpama itu yang menjana tenaga elektrik -apabila ia kini berdepan dengan ancaman peleburan di loji kuasa nuklear Fukushimanya yang dilanda gempa selepas reaktor gagal untuk menyejukkannya berikutan gempa bumi 9.0 di wilayah Miyagi. |
Penduduk Kg. Baru Tak Rela Dikencing Umno Posted: 16 Mar 2011 01:54 AM PDT Pemilik Kg Baru: Gugur akta baru, jika tidak akan serah Istana memorandum KUALA LUMPUR, 16 Mac — Ahli Parlimen Tititwangsa berkata pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru memberi kata dua - tidak akan teragak-agak untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal dan Sultan Selangor jika Putrajaya masih berhasrat membawa Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 ke Parlimen. Dr Lo' Lo' Ghazali berkata, dalam Majlis Deklarasi Pemilik dan Pewaris Tanah Kampung Baru kelmarin, majoriti mereka membantah keras cadangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk menggubal rang undang-undang bagi membangunkan kawasan yang sudah berusia 111 tahun itu. "Pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru mendesak kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menarik balik pembentangan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 di Parlimen dengan segera, bukan hanya menangguhkannya. "Jika tindakan ini tidak diambil, pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru akan menyerahkan memorandum bantahan mereka ke kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan kemudian Yang di-Pertuan Agong, mereka juga tidak teragak-agak untuk turun ke Parlimen bersama ahli-ahli Parlimen yang bersama mempertahankan hak mereka," kata wakil rakyat ini dalam satu kenyataan hari ini. Semenjak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengumumkan cadangan untuk mewujudkan rang undang-undang itu, ia mendapat tentangan hebat pemilik dan pewaris tanah kawasan tersebut. Malah ada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru berkata mereka tidak pernah sama sekali memberi persetujuan agar rang undang-undang itu digubal seperti mana dikatakan oleh Raja Nong Chik bahawa hampir 90 peratus telah bersetuju. Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar. Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat Jun ini. Banner di sebuah rumah di Kampung Baru. Sepatutnya ia dibentang pada bulan ini namun ditangguhkan sehingga Jun bagi memperhalusi semula draf undang-undang itu. Sebelum ini Raja Nong Chik berkata kerajaan komited dalam membangunkan Kampung Baru demi manfaat kira-kira 5,000 pemilik tanah di kampung tertua di ibu negara itu. Menurut Lo' Lo', dalam pertemuan kelmarin, pemilik dan pewaris tanah mendesak kerajaan sebarang pindaan atau penyediaan rang undang-undang baru perlu membuat perbincangan terlebih dahulu dengan mereka. "Pemilik dan pewaris tanah mendesak sebarang pindaan dan juga penyediaan suatu rang undang-undang baru hendaklah dibuat setelah mengadakan perbincangan dengan pemilik dan pewaris tanah dan juga wakil-wakil yang dipilih serta dilantik sendiri oleh mereka. "Mereka mahukan draf terakhir yang telah dipersetujui dibentangkan kepada mereka terlebih dahulu sebelum dibentangkan di Parlimen," katanya. Jelas beliau, pemilik dan pewaris tanah tidak menentang pembangunan tetapi dengan syarat ia perlu mengekalkan ciri-ciri orang Melayu yang sudah lama mendiami kawasan itu. "Pemilik dan pewaris juga menyatakan pendirian mereka bahawa mereka tidak menentang pembangunan sebaliknya mahukan sebarang pembangunan perlu mengambil kira kepentingan mereka dan terus mengekalkan ciri-ciri Melayu Islam dan bukannya pembangunan moden komersial 100 peratus. "Mereka juga mendesak kerajaan agar memberikan mereka satu dana khas untuk mereka membangunkan sendiri tanah mereka seperti mana yang telah dilaksanakan oleh PKNS lebih 20 yang lalu, jika benar kerajaan ikhlas ingin membantu mereka membangun. "Bagi pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru isu yang paling penting ialah sebarang bentuk pembangunan atau rancangan yang melibatkan mereka hendaklah dipersetujui oleh mereka terlebih dahulu dan mengambil kira kepentingan mereka bukannya kepentingan pihak-pihak lain," katanya. - Malaysia Insider |
Berapa Harga Bulu Dan Air Mani Anda? Posted: 16 Mar 2011 01:34 AM PDT Air Mani dan Bulu Anwar bernilai Usd16.92 Billion Seorang jutawan, saintis yang juga pengemar barangan aneh tersohur telah menawarkan bayaran sebanyak Usd16.92 billion (RM54.15billion) untuk mendapatkan bulu dan air mani Anwar Ibrahim. Menurut email yang dikirimkan kepada Agensi Berita Syndicate (ABS), Dr. Clit Zakarbig mengikuti perkembangan perbicaraan Anwar Ibrahim sejak dari 1998. Minat beliau terhadap kajian berkaitan sperma dan bulu kontol timbul setelah kajiannya terhadap tahap keghairahan dan keaktifan seksual seorang wanita Melayu beberapa tahun lalu. Dr. Clit Zakarbig dalam email balasannya kepada Agensi Berita Syndicate (ABS) terhadap tawaran bulu dan mani Rosmah, Najib, Mahathir, Saiful dan Ummi Hafilda dengan tegas menyatakan beliau tidak berminat terhadap DNA keempat-empat orang tersebut kerna tiada nilai komensial dan dibimbangi mengandungi virus gilapigtologi. Agensi Berita Syndicate (ABS) akan menghubungi Anwar untuk menyampaikan tawaran tersebut. Menurut Guinness Book Of World Records, ini adalah tawaran termahal terhadap sehelai bulu dan secalit mani. Sumber - Agensi Berita Syndicate |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan