MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- USAHA NAJIB MAHU PECAH BELAHKAN PAS DAN PKR
- TIDAK CUKUP DENGAN MULUT, MAHATHIR BURUKKAN ANWAR MELALUI TULISAN PULA
- KERDAU - KISAH TETAMU YANG DITIPU DAN DIKHIANATI
USAHA NAJIB MAHU PECAH BELAHKAN PAS DAN PKR Posted: 08 Mar 2011 08:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS AKHBAR hari ini memetik kenyataan Najib bahawa semasa PRK Dun Merlimau dan Dun Kerdau, terdapat pimpinan PAS tidak menggalakkan DS Anwar datang berkempen ke kawasan tersebut. Satu lagi usaha Najib untuk melaga-lagakan kerjasama PKR dan PAS setelah usaha memperdayakan PAS dengan `Kerajaan Perpaduan' gagal. Najib selaku PM tentunya mempunyai ramai SB yang ditugaskan meninjau kempen PR di dua kawasan tersebut, malangnya beliau masih tidak tahu apa-apa maklumat atau sememangnya beliau tidak diberitahu. Najib tidak tahu betapa Anwar telah menjelajah dari satu tempat ke satu tempat di dalam satu hari sahaja di Merlimau. Begitu juga di Kerdau, di mana kehadiran Anwar disambut secara `samseng' berperangai `monyet' oleh sekumpulan pemuda yang mengepung dan melontar batu ke kereta Anwar. Kehadiran Anwar di dalam mana-mana kempen PRK amat dinantikan oleh semua penyokong PR termasuk PAS, ini dibuktikan semua ceramah Anwar mendapat sambutan yang hangat. Jika tidak, masakan ada `monyet upahan' yang menanti kehadiran Ketua Pembangkang itu. Tidak seperti Umno, jika Najib atau Muhyiddin tidak membawa `bekal' serta uncang-uncang yang mahu ditaburkan kepada pengundi, sudah pasti kehadiran beliau tidak dipedulikan rakyat. Bayangkan, Umno sampai ke tahap memanggil betina tua yang masih bujang itu untuk mengajar anak-anak muda dio Merlimau dan Kerdau bagaimana untuk mencarut, bercakap lucah dan melakukan fitnah. Betina itu mahu anak-anak muda Melayu khususnya menjadi sepertinya yang tiada moral sehingga dibuang oleh keluarganya sendiri. Umno juga sanggup menjemput raja golek punggung M.Daud Kilau dan berdangdut selepas ceramah Ezam sesumpah dan Berahim raja katak. Mengapa bergelek dan berdangdut selepas ceramah? Ini adalah kerana untuk mengelakkan penonton lari sebaik sahaja selesai bergelek dan ceramah pun tidak laku. Itu bezanya cara kita dengan cara mereka. Namun puak mereka menang bukan kerana Najib, Muhyiddin, betina tua atau ketiga-tiga raja itu iaitu raja gelek, raja sesumpah atau pun raja katak. Mereka menang kerana `habuan' yang diberi dan dijanjikan. Dijanjikan wang tunai RM13 Ribu dibayar Isnin selepas selesai pilihanraya bagi beberapa ratus Peneroka Felda. Terbukti ianya dibayar juga tetapi dengan cek. Tidak kisah cek atau tunai, tetapi mereka telah mendapat apa yang mereka mahu. Peduli apa mereka dengan perjuangan Islam yang ingin dibawa oleh PAS. Selepas ini mereka akan bayar balik wang itu, itu tiada masalah kerana setiap tahun mereka sudah pasti ada bonus kerana harga sawit tetap akan tinggi sehingga kiamat. Peneroka felda orang bertuah di Malaysia sekarang. Bagaimana dengan warga felda yang lain yang mencukupi syarat untuk mendapat imbuhan seperti yang diperolehi oleh wara felda di Kerdau? Kamu jangan bimbang, bersabarlah manalah tahu ada pula PRK di kawasan kamu selepas ini. Cuma, jangan berdoa Wakil Rakyat kamu mati pula. /wfauzdin.blogspot.com |
TIDAK CUKUP DENGAN MULUT, MAHATHIR BURUKKAN ANWAR MELALUI TULISAN PULA Posted: 08 Mar 2011 05:00 PM PST KES liwat DS Anwar `Siri 2' kini sedang dibicarakan oleh mahkamah. Di dalam kes Liwat `Siri 1' mahkamah akhirnya membebaskan Anwar dari pertuduhan tersebut walaupun pihak tertentu menyebut bahawa pembebasan Anwar hanyalah kerana teknikal sahaja. Jika mahu disebut soal teknikal, di dalam kes Liwat `Siri 1' dulu terlalu banyak teknikal bahkan fakta yang dipersoalkan. Kita masih ingat bagaimana tarikh kejadian di dalam pertuduhan dipinda beberapa kali kununnya `typing error'. Kita juga tidak lupa keterangan Azizan yang menyebut beliau tidak diliwat oleh Anwar, dan banyak lagi. Oleh itu, pelik apanya Anwar dibebaskan kununnya atas sebab teknikal? Kini, Anwar diheret lagi di dalam kes yang sama melibatkan seorang pemuda yang kuat dan gagah berani jika dibandingkan dengan Azizan. Tidak cukup dengan itu, kini Mahathir mengeluarkan sebuah buku atau Memoir Dr Mahathir bertajuk "A Doctor In The House' yang menulis juga tentang kisah seks Anwar bersama lelaki dan wanita. Malaysiakini melaporkan, "Tun Dr Mahathir Mohamad memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998. Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'." Ertinya, kerja-kerja untuk memusnahkan karier politik Anwar tidak akan terhenti di mahkamah. Mahathir tidak akan berpuas hati selagi Anwar masih memimpin PR untuk ke Putrajaya kerana beliau cukup bimbang rahsia beliau dan kroni-kroninya akan terbongkar sekiranya Anwar berada di Putrajaya. Mahathir cukup ngeri membayangkan apa yang telah terjadi kepada pemimpin Tunisia dan juga Hosni Mubarak di Mesir. Apa yang ditulis oleh Mahathir di dalam buku tersebut, seolah-olah Mahathir tahu kesemua cerita seks Anwar dan Mahathir akui beliau mempunyai bukti. Hairannya, Mahathir tidak berani tampil ke mahkamah sebagai saksi di dalam kes liwat `Siri 1' ketika itu. Bukan Mahathir sahaja, wanita-wanita yang Mahathir menyimpan fotonya yang dikatakan terlibat dengan seks bersama Anwar juga tidak tampil sebagai saksi ketika itu. Hanya Umi Hafilda sahaja yang tampil, tetapi wanita ini tidak membawa apa-apa bukti kukuh untuk menyabitkan Anwar di dalam kes tersebut. Berbeza dengan ceramah Umi sejak kebelakangan ini yang mendakwa beliau punyai bukti kukuh, malahan mempunyai pita video rakaman lagi. Mengapa tidak didedahkan di mahkamah dahulu? Kununnya, Umi tidak mahu dedahkan ketika itu kerana mahu beri peluang kepada Anwar untuk insaf. Jika benar ingin memberi peluang, mengapa sanggup jadi saksi ketika itu? Ini semua kerja-kerja jahat puak yang begitu takut Anwar berada di Putrajaya. Kehebatan Anwar bukan saja ditakuti oleh penguasa sekarang bahkan yang sudah bersara pun takut seperti Mahathir. Mengapa takut jika tidak pernah melakukan penyelewengan? Mahathir sentiasa berdendam dengan Anwar, jika beliau tidak mampu lagi bersuara kerana sudah semakin tua, beliau tetap akan burukkan dan aibkan Anwar melalui tulisan pula. /wfauzdin.blogspot.com |
KERDAU - KISAH TETAMU YANG DITIPU DAN DIKHIANATI Posted: 08 Mar 2011 08:02 AM PST DI DALAM kehangatan kempen PRK Dun Kerdau baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita kemasukan bekas Ketua cawangan Umno Jengka 25, Muzammil Mualip yang menyerahkan borang menyertai PAS bersama 11 lagi rakannya pada 01 Mac yang lalu. Kemasukan beliau ke dalam PAS kita raikan dan disyukuri walaupun kita tahu kemasukannya bukan menjadi satu laluan mudah untuk PAS memenangi PRK tersebut kerana penghalang yang lebih besar menanti di situ iaitu umpan dan sogokan kepada pengundi-pengundi. Namun, sebagai sebuah parti yang sentiasa menjalankan usaha dakwahnya maka kemasukan beliau kita syukuri dan kita raikan sebagai penambah semangat kita di PRK tersebut. PAS tidak memaksa atau mengugut beliau, jauh sekali untuk memberikan apa-apa habuan kepada Muzammil dan rakan-rakannya. Sebagai meraikannya, PAS memberi penghormatan terhadapnya dengan Presiden PAS sendiri Tuan Guru Hj Hadi bersama Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man datang ke rumahnya untuk menerima borang penyertaan ke dalam PAS. Terlalu istimewa kita raikan beliau, dan saya percaya mungkin tidak ramai ahli-ahli PAS yang mendapat layanan istimewa seperti itu. Siapa di antara kita yang memasuki PAS yang Presiden PAS sendiri terima borang kita di rumah kita sendiri? Oleh kerana ketika itu PAS sedang berdepan dengan situasi getir berdepan dengan seluruh jentera kerajaan, maka Presiden PAS bersedia hadir ke rumah beliau menandakan keikhlasan PAS menerimanya sebagai jemaah. Amat menyedihkan, selang tiga hari lebih kurang Muzammil kembali `rujuk' kepada Umno. Mengapa Muzammil tergamak bermain politik semurah itu? Mengapa tergamaknya beliau mengkhianati Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang pernah menjejakkan kaki ke rumahnya sebagai tetamu? Kita tidak sedih jika beliau tidak mahu bersama PAS tetapi mengapa cara itu beliau lakukan? Bukankah jelas itu merupakan satu cara terancang untuk memalukan PAS terutamanya Tuan Guru Hj Hadi? Mustahil Muzammil keluar PAS kerana tidak setuju dengan dasar PAS kerana di dalam masa tiga hari mana mungkin Muzammil boleh mengenali PAS secara mendalam. Sebenarnya beliau telah merancang itu semua dan beliau sanggup menjadikan rumahnya sebagai saksi pengkhianatannya terhadap PAS. Sedikit pun beliau tidak menghargai kedatangan Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man ke rumahnya, sebaliknya beliau sanggup menipu demi untuk memalukan PAS sekaligus kemenangan moral buat Umno. Perbuatan Muzammil pada saya adalah satu perbuatan yang jahat dan tidak bermoral. Adakah PAS merasa marah terhadap beliau? Tidak, malahan dengan sabar dan tenang Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan ahli-ahli PAS agar tidak memusuhi Muzammil. Sepatutnya Muzammil tidak perlu berbuat demikian jika inginkan kemenangan buat Umno kerana Umno sudah cukup kuat dengan segala jentera kerajaan dan wang rakyat yang mereka curahkan di Kerdau. Tidak perlu melakukan perbuatan tidak bermoral seperti itu. Menipu di siang hari nescaya kehidupan orang seperti ini tidak aklan mendapat keberkatan. Sekiranya beliau terasa rugi menyertai PAS setelah mendengar pengumuman wang tunai RM13 ribu itu akan dibayar selepas PRK, kita berharap Muzammil akan berbahagia dan senang dengan apa yang dihajati olehnya. PAS bukan parti senang lenang dan mungkin Muzammil tidak layak berada di dalam jemaah PAS. Buat kita yang menyokong perjuangan PAS teruskan perjuangan ini. Meski pun kita tewas, kita mesti bersyukur kerana kita tidak tergolong di dalam golongan orang yang memikirkan kebendaan duniawi yang sementara ini. Teruskan berjuang./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan