Rabu, 9 Mac 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Buah Dada I Diramas.. Aww...

Posted: 08 Mar 2011 09:11 PM PST

Doktor: Saiful dakwa dadanya diramas

Doktor keempat dari Hospital Kuala Lumpur memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa berlaku penetrasi dalam kejadian liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Razuin Rahimi yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 berkata, dia menerima panggilan dari pihak hospital ketika berada di rumahnya pada kira-kira 3.30 petang 26 Jun 2008, mengenai seorang mangsa yang mendakwa telah diliwat oleh seorang ahli politik berprofil tinggi.

Katanya. dia minta kakitangan tersebut supaya memberitahu pengadu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Saksi itu memberitahu mahkamah bahawa yang dia memaklumkan kepada pegawai atasannya Dr Siew Sheue Feng, mengenai perkara itu dan Siew memintanya datang ke hospital.


Dia tiba di pusat krisis HKL dan menemui Saiful dan mengambil maklumat mengenainya.

Dr Razuin berkata, Saiful mendakwa berlaku penetrasi di duburnya dan bahan pelincir digunakan.

Saiful juga, katanya, mendakwa ahli politik berkenaan turut meramas dadanya.

Dr Razuin kata Saiful juga memberitahu yang dia diminta melakukan seks oral tetapi dia menolaknya.

Katanya, temubual dengan Saiful berjalan selama 20 minit sehingga jam 9 malam, apabila doktor lain - Dr Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam Hassan - sampai.

Menurutnya, Saiful sekali lagi menceritakan mengenai kejadian tersebut.

Dr Razuin berkata, dia hadir ketika pemeriksaan dilakukan dan Saifu menceritakan perkara yang sama kepada doktor-doktor berkenaan.

Katanya, dia membantu Dr Siew menulis sejarah dan hasil pemeriksaan itu.

Dr Razuin berkata, dia mengisi muka surat tiga, lima dan enam borang pro-forma.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengisi semua butiran dalam borang pro-forma kerana Dr Siew berkata borang itu tidak sesuai.

Oleh it, katanya, dia menggunakan kertas kosong.

Sudah-Sudahlah Menabur Fitnah Wahai Mahathir..

Posted: 08 Mar 2011 07:33 PM PST

Anwar dibekal 4 wanita untuk seks : siapa cakap benar Anwar atau Mahathir?

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad memang konsisten menuduh Anwar Ibrahim terlibat dengan kes liwat sejak dari 1998. Kini beliau mengeluarkan cerita baru dalam bukunya menuduh bahawa Anwar pernah dibekalkan dengan dengan 4 wanita untuk hubungan seks.

Dalam bukunya Mahathir mencoretkan bahawa 2 wanita itu menolak untuk mengadakan hubungan seks.

"Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan," kata bekas perdana menteri itu.

Berat sungguh tuduhan Mahathir ini. Hukum menuduh orang berzina bukannya suatu perkara yang kecil dan boleh dibuat main-main.Semua tuduhan di atas dinafikan oleh Anwar.

Bila seorang menuduh dan si tertuduh tidak mengaku maka sudah tentu salah seorangnya pembohong dan pemfitnah. Jadi antara Mahathir dan Anwar siapa yang pemfitnah dan pembohong. Cuba tuan-tuan renung air muka dan wajah kedua-dua pemimpin tersebut agak-agaknya siapa pembohong dan siapa yang bercakap benar.

http://mutaligat.blogspot.com/

Datuk Seri Dr. Wan Azizah: BN selesa dan memanggil PRU13 seawal mungkin

Posted: 08 Mar 2011 07:25 PM PST

Keputusan pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau yang baru sahaja berlangsung pada 6 Mac lalu sememangnya telah diduga. Selain menyedari dua DUN tersebut adalah kubu kuat BN kita dapati imbuhan keterlaluan telah dilemparkan kepada pengundi. KEADILAN mendesak supaya SPR dapat bertindak dengan bebas dan berkecuali serta peka terhadap aduan-aduan yang diajukan oleh kedua-dua belah pihak secara adil dan telus.

KEADILAN mengucapkan tahniah dan syabas kepada petugas PR yang terpaksa menongkah arus dengan berhadapan jentera gergasi BN. Apatah lagi seluruh jentera kerajaan diguna sewenangnya. Media arus perdana pula kekal tempang dan begitu mudah diperkudakan.


Pakatan Rakyat akan mengorak langkah bagi menghadapi pilihanraya Sarawak dan PRU13. Gerakerja tersusun di setiap peringkat perlu dimulakan sekarang. Kemenangan dua PRK ini pastinya menjadikan BN selesa dan memanggil PRU13 seawal mungkin. PR harus terus mendekati rakyat kerana kesejahteraan rakyat tidak memadai dengan gula-gula pilihanraya. Apa-apapun, kita harapkan SPR akan lebih telus dan bebas lantas mengizinkan sistem demokrasi di negara ini dilaksanakan sebaik mungkin. Amat penting untuk kita menyelamatkan negara demi kesejahteraan berpanjangan.

Dr Wan Azizah Wan Ismail

Bila Tak Haram, Bising.. Dah Harampun Bising Jugak??

Posted: 08 Mar 2011 05:21 PM PST

Muhyidin kritik tindakan Kelantan haramkan loteri .....kalau halalkan loteri Mat Sembab suke bebenor..!!!

Inilah halangannya di dalam menegakkan hukum, membasmi maksiat yang dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kelantan. Bila terdapat premis-premis loteri haram di Kelantan yang beroperasi menggunakan lesen Kerajaan Pusat, gerombolan songkok tinggi heboh di dada-dada akhbar, internet dan facebook menghina Kelantan dengan jolokan Serambi Loteri, Cakap tak serupa bikin, Islam palsu dan sebagainya.

Mereka menghina Tuan Guru Nik Aziz dengan jolokan kononnya sengaja membiarkan premis judi haram beroperasi di Kelantan. Mereka kata perjuangan Islam PAS bohong kerana tidak mahu membasmi judi dan loteri di Kelantan. Namun apabila Kerajaan Kelantan mengambil tindakan terhadap premis-premis loteri tersebut, MCA bangun menentang Kerajaan Kelantan dan mahu mengambil tindakan kerana mereka mendakwa sudah mendapatkan lesen dari Kerajaan Pusat [MCA Mengamuk].

MCA tu dah terang-terang cina kafir, kalau dia bantah memang tak pelik, tapi yang agak pelik bila kali ini Muhyidin Yassin pula tampil sebagai hero untuk membela tokey-tokey judi di Kelantan. Muhyidin dengan yakin berkata kononnya Orang Cina tidak puas hati kerana menyentuh hak mereka. Nampaknya Muhyidin lebih tau dari orang cina sendiri [mStar]



Bila terdapat judi haram di Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz dituduh tidak mengamalkan Islam sebenar, pembohong, penakut, diperkudakan DAP dan sebagainya. Bila ambil tindakan, mereka kata menyentuh hak Orang Cina pula. Orang yang mengaku Islam, sepatutnya menyokong sebaliknya mengkritik tindakan mengharamkan judi dan loteri. Perangai sama sahaja macam orang kafir.


ReJaM© "ReJaM rasa macam nak cepuk je mulut busuk Pak Din ni..."

Milo Suam

Dah Agak Dah.... Harussani Tak Berani Punya.. HaHaHa...

Posted: 08 Mar 2011 04:33 PM PST

Saya tak perlu beri Nik Aziz penjelasan, kata Mufti Perak

KUALA LUMPUR, 9 Mac — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan beliau tidak perlu membuat penjelasan kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung tulisan responsnya menyentuh isu "undi PAS masuk syurga", Ahad lalu.

Ini kerana, jelas Harussani, sekiranya penjelasan diberikan kepada Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan itu akan tetap mengeluarkan kenyaataan yang bercanggah dengan kehendak agama Islam.

Selain itu, Harussani percaya Nik Aziz akan tetap menggunakan hukum agama dalam politik yang boleh mengelirukan umat Islam.


"Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan.

"Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata, Nik Aziz tidak layak untuk menentukan sama ada seseorang individu itu masuk syurga atau tidak.

"Syurga adalah hak Tuhan... bukan hak kita sebagai manusia untuk menentukanya.

"Bukan hak kita untuk cakap macam itu, ini adalah kuasa Tuhan," tegasnya.

Nik Aziz telah menghantar surat rasmi memohon penjelasan Harussani ekoran penyataan "undi PAS masuk syurga" semalam.

Harussani baru-baru ini dilaporkan menasihatkan Nik Aziz, agar tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi kerana dibimbangi mengelirukan umat Islam.

Surat itu dihantar pagi semalam oleh pejabat Nik Aziz.

Mengenai hasrat Dewan Pemuda PAS Perak untuk menjadi orang tengah, Harussani berkata, beliau tidak memerlukan sesiapa untuk mengaturkan pertemuan dengan Nik Aziz.

Sebaliknya, beliau berkata sesiapa sahaja termasuk Nik Aziz jika ingin menemuinya boleh terus datang ke pejabat Mufti Perak.

"Siapa nak jumpa saya, datang jumpa di pejabat saya, saya tak perlu untuk jumpa mereka.

"Bukan saya yang berhasrat untuk mengadakan pertemuan," kata Harussani.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan kelmarin, Dewan Pemuda PAS Perak berkata pihaknya berhasrat menemukan Harussani dan Nik Aziz berhubung "perang kenyataan" menyentuh isu-isu Islam baru-baru ini.

Mereka menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi merealisasikan pertemuan tersebut.

Menurut mereka, sudah tiba masanya untuk kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam.

Mereka berpendapat, dengan menghormati ilmu Harussani, pihaknya merasakan kaedah itu adalah yang terbaik bagi menidakkan semua pandangan yang telah dikemukakan secara terbuka.

Ku Li Yang Gelojoh

Posted: 08 Mar 2011 05:57 AM PST

Mahathir: Ku Li tak sabar, hilang peluang jadi perdana menteri

Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya telah menjadi perdana menteri sekiranya beliau bersabar sedikit, kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam buku autobiografi yang dikeluarkan hari ini.

Tengku Razaleigh mencabar Dr Mahathir pada pemilihan Umno 1987 tetapi tewas tipis.

Beliau bergandingan dengan Tun Musa Hitam yang bersaing jawatan timbalan presiden Umno.

Bekas perdana menteri itu juga mendakwa puak "Team B" yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, yang lebih mesra dikenali sebagai "Ku Li", membawa kempen kotor untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan itu, yang kemudiannya menyumbang kepada keputusan mahkamah mengharamkan Umno.


"Sekiranya Tengku Razaleigh bersabar beliau kemungkinan telah menggantikan tempat Tun Musa sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya menjadi perdana menteri," tulis Dr Mahathir dalam buku berjudul "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad."

"Malah saya juga telah mempertimbangkan untuk melantik semula Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet, tetapi selepas beliau memberikan temu bual kepada majalah Far Eastern Economic Review yang sangat kritikal tentang saya dan kerajaan, saya telah mengubah fikiran saya," katanya lagi.Dr Mahathir juga berkata beliau tiada sebarang masalah dengan Musa, yang merupakan timbalannya dari 1981 hingga 1987 tetapi kemudian bergandingan dengan Tengku Razaleigh dalam pemilihan parti.

Katanya beliau telah melantik Musa untuk memegang pelbagai jawatan seperti duta khas ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan taraf menteri pada 1990 dan kemudian sebagai Pengerusi Suhakam pada 1999.

Perdana Menteri paling lama ini juga mendakwa "Team B" Tengku Razaleigh telah menggunakan politik wang dalam kempen pemilihan ketika itu.

"Kami juga mendengar yang Team B membelanjakan kira-kira RM20 juta ketika kempen mereka dengan kebanyakan wang disediakan oleh Tengku Razaleigh sendiri," kata Dr Mahathir.

"Pengundian dihentikan di tengah jalan untuk ahli-ahli menunaikan solat Jumaat, tetapi penyokong-penyokong Team B menggunakan waktu itu untuk berkempen.

"Malah mereka juga ikut perwakilan yang disasarkan ke hotel-hotel mereka, malah ke tandas, dan saya diberitahu bahawa banyak wang bertukar tangan," kata beliau dengan merujuk kepada pemilihan pada 24 April 1987.

"Mereka juga mengedarkan gambar saya dengan seorang perempuan Cina, yang mereka dakwa sebagai isteri Singapura saya.

"Sebenarnya dia isteri rakan universiti saya dan gambar itu diambil ketika majlis perkahwinan anak perempuan mereka," katanya lagi.

Kata Dr Mahathir, oleh kerana beliau memperoleh pencalonan dua kali ganda berbanding Tengku Razaleigh tidak nampak keperluan untuk berkempen sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika itu ketua Pemuda Umno, menggesanya agar berkempen dengan serius.

"Beliau tahu bahawa nasibnya terikat dengan (kedudukan) saya dan jika saya kalah, beliau juga akan dikuburkan," tulis Dr Mahathir. Dr Mahathir memperoleh 761 undi untuk menewaskan Tengku Razaleigh yang menerima 718.

Saman Ekor - Ketahui Hak Anda

Posted: 08 Mar 2011 04:37 AM PST


Lagi Pemimpin Tinggalkan BN Kerana Umno

Posted: 08 Mar 2011 02:28 AM PST

Pemimpin pusat Gerakan keluar parti, salahkan hegemoni Umno

Dr Hsu Dar Ren, pemimpin pusat Gerakan, memutuskan untuk keluar parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dengan menuding jari ke arah Umno, yang menurutunya mendominasi kuasa politik perikatan tersebut.

Dr Hsu mengumumkan keputusan mengejutkan ini ketika genap tiga tahun negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 di mana BN kehilangan tambahan empat negeri dan majoriti dua pertiga di Parlimen pada 8 Mac 2008.

Salah satu negeri itu ialah Pulau Pinang di mana pemimpin Gerakan mengetuai kerajaan negeri itu selama 39 tahun.


"Gerakan sebuah parti yang mempunyai ideologi baik untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama di Malaysia. Ia juga mempunyai ramai ahli yang (sangat) berhati-hati dalam menerima ideologi ini.

"Malangnya, dalam rangka kerja BN, di mana dalam politik bertunjangkan kaum, hegemoni Umno lebih berkuasa, mustahil bagi Gerakan merealisasikan pendirian ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

"Saya telah membuat satu keputusan besar (hari ini)," kata doktor perubatan ini dalam tulisan blognya.

"Saya telah memutuskan pada ulang tahun pilihan raya umum 8 Mac (hari ini), saya akan keluar Gerakan.

"(Keputusan) ini bukan kerana parti (Gerakan) itu sendiri, yang mempunyai ideologi yang baik, ramai ahli yang baik dan ramai kawan-kawan yang baik, tetapi lebih disebabkan dominasi Umno dalam setiap perkara dalam perikatan (BN)," katanya lagi.

Pemimpin Gerakan Wilayah Persekutuan ini juga berkata beliau kecewa dengan politik berasaskan kaum dan Gerakan sebenarnya semakin berjauhan daripada mencapai ideologi politiknya.

Katanya, disebabkan politik berasaskan kaum, negara ini telah negara berhadapan dengan polarisasi kaum paling buruk, yang tidak pernah disaksikan selama ini.

"Meskipun cuba untuk bertindak dari dalam sejak berdekad lamanya, Gerakan semakin berjauhan daripada mencapai cita-cita ini," katanya.

Malah kata Dr Hsu, selepas tiga tahun pilihan raya umum 2008 beliau merasakan tidak banyak dicapai dalam polisi ke arah menyatukan rakyat dan menyediakan peluang saksama kepada semua kecuali hanya kenyataan-kenyataan retorik.

"Saya merasakan sia-sia bagi saya untuk cuba berjuang dari dalam sistem itu sendiri," katanya lagi.

Ekoran keputusan hari ini, Dr Hsu juga berkata beliau tiada hasrat untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Tetapi (saya) akan terus menyuarakan menerusi tulisan dan blog mengenai kepentingan membina masyarakat yang adil dan saksama," katanya lagi. - MI

Ada Darah India Tapi Mengaku Melayu

Posted: 08 Mar 2011 01:41 AM PST

Saya keturunan India, tapi mengaku Melayu - Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mempunyai darah keturunan India dalam badannya tetapi mempertahankan beliau masih seorang Melayu dan "bangga" kerana status itu.

"Saya mengaku ada (darah) India atau lebih tepat lagi darah Asia Selatan mengalir dalam urat saya, tetapi dari bahagian mana di benua kecil India nenek moyang saya datang, saya tidak tahu," kata beliau dalam buku autobiografinya "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad."

"Saya seorang Melayu dan bangga kerana itu. Saya seorang Melayu bukan setakat atas kertas. Dari segi sentimen dan semangat, saya juga seorang Melayu," kata beliau dalam memoir 809 halaman ini.


"Ada yang mendakwa bapa saya Malayali dan fasih berbahasa Tamil dan Malayalam.

"Ada yang menulis beliau seorang Hindu yang menganut Islam untuk berkahwin dengan ibu saya.

"Yang lain mengatakan mereka ada melihat dokumen yang dengan jelas mengatakan etnik saya," kata bekas perdana menteri ini.

"Hampir setiap orang Melayu di Malaysia mempunyai sedikit darah bukan Melayu," kata beliau sambil menambah, ia tidak bermakna mereka kurang Melayu.

Dr Mahathir berkata kebanyakan orang Melayu tidak menyimpan asal usul mereka meskipun mereka yang mempunyai darah Arab boleh mengesan keturunan mereka sehingga Yemen dan tahu keluarga asal mereka.

Sehubungan itu kata Dr Mahathir, menjadi orang Melayu bukan lagi persoalan keturunan tetapi satu ikatan perundangan.

"Dari segi perundangan, seorang Melayu didefinisikan sebagai seorang yang bercakap bahasa Melayu, amalkan budaya orang Melayu dan beragama Islam," katanya.

Oleh itu katanya, mereka yang memenuhi syarat-syarat itu adalah orang Melayu dan layak untuk menikmati "sesetengah hak" di bawah lunas perundangan.

Sejak beberapa tahun lalu Dr Mahathir meningkatkan kelantangannya dalam mempertahankan hak perlembagaan orang Melayu dan dikritik kerana sealiran dengan kumpulan pendesak hak orang Melayu seperti Perkasa.

Ekoran pendirian itu bekas perdana menteri ini dituduh sebagai rasis — label yang beliau menafikan berulang kali.

Beliau menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003.


The Malaysian Insider

Tiada ulasan: