MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- UPACARA `LELONGAN' DI KERDAU
- BAGAIMANA NEGARA BOLEH MAJU JIKA PM PUN KENA TIPU ?
- BENARKAH UMI HAFILDA `ADIK KANDUNG' AZMIN?
Posted: 01 Mar 2011 07:59 PM PST SEPERTI ada acara `lelongan' pula di Kerdau. Tukang lelong adalah Muhyiddin, peserta yang membuat tawar-menawar pula adalah PIBG Sekolah Kebangsaan Kerdau. Mengapa `lelongan' diadakan di Kerdau? Sesiapa yang tidak tahu jawapannya, sah lah mereka masih tidak kenal Umno dan Bn. Mengikut laporan di sini, Muhyiddin `secara kebetulan' meluluskan serta-merta permintaan ibu bapa dan guru bernilai jutaan ringgit bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau hari ini. Permintaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Abidin ketika berucap di perjumpaan Muhyiddin dengan ibu bapa dan guru dalam parlimen Kuala Krau. Upacara seperti `lelongan' dapat disaksikan oleh mereka yang hadir di dalam perjumpaan tersebut. Di antara yang dipohon adalah dewan baru, dan Mukhyiddin memulakan `lelongan'nya. Untuk dewan baru, Muhyiddin meminta supaya ibu bapa tunggu terlebih dahulu. Katanya, "Antara bilik darjah dan dewan (mahu) mana dahulu?" Hadirin menjawab: bilik darjah. "Jadi, bilik darjah dululah. Dewan kemudianlah," kata Muhyiddin. Sekolah itu juga akan diperluaskan dan dimasukkan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10). Muhyiddin turut berjanji 18 sekolah di parlimen Kuala Krau akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta. saya lupa mahu catat berapa kali Muhyiddin telah berjanji sepanjang pilihanraya kecil di adakan selepas PRU yang lalu. Melucukan, ada sindiran tajam dari Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang semasa berucap. Beliau berkata, "Bila lagi (mahu minta)?. Ertinya, ini lah masanya kita perlu berlakon sebagai `fakir miskin' untuk meminta apa sahaja. Serendah-rendah permintaan iaitu sardin dan susu, hinggalah kepada jutaan ringit. Itulah negara ku yang `tuannya adalah Melayu..."/wfauzdin.blogspot.com |
BAGAIMANA NEGARA BOLEH MAJU JIKA PM PUN KENA TIPU ? Posted: 01 Mar 2011 06:00 PM PST JIKA anda beranggapan semua Perdana Menteri itu adalah orang yang cerdik atau bijak, mungkin anda tersilap. Di negara kita, sukar untuk mendapatkan PM yang bijak yang mampu mengawal jemaah menterinya, bahkan ada kes menteri pula `menipu' PM. Ertinya, siapa yang bijak dan siapa yang tidak cerdik? Semalam kita dikejutkan dengan berita Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menipu bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ). Beliau dituduh menipu PM ketika itu bagi meluluskan syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) sebagai pemaju siap guna untuk melaksanakan projek Hab Pemindahan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian berjumlah RM1.9 bilion di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006. Beliau bagaimana pun tidak mengaku bersalah dan telah diikat jamin sebanyak RM 1 juta dan kes akan disebut semula pada 31 Mac nanti. Skandal PKFZ ini bukan baru kita dengar. Pemimpin pembangkang terutamanya DS Anwar lebih awal mendedahkan kes ini, tetapi seperti biasa pemimpin Umno mendakwa DS Anwar suka mencipta isu dan menyebarkan fitnah. Ketika itu Dr Ling Liong Sik yang sebelum ini turut dilibatkan di dalam skandal ini masih menjadi Menteri dan Presiden MCA. Tan Sri Chan Kong Choy juga begitu. Justeru itu, situasi yang selamat buat mereka ketika itu. Sekarang mereka menjadi `bekas' dan `power' pun sudah hilang. Habis sepah, madu dibuang. Tentulah tidak masuk akal jika mahu dakwa Abdullah Badawi atas skandal ini walaupun sepatutnya beliau perlu bertanggungjawab. Mungkin kerana `tertidor', maka beliau tidak menyedari ada `penipuan' berlaku. Benar atau tidak Pak Lah ditipu kita tidak tahu tetapi kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah menipu. Lojiknya, tentulah semasa proses kelulusan projek itu melibatkan banyak pihak bukan di antara Pak Lah dengan mereka sahaja. Agak sukar mahu difikirkan kesemua yang terlibat tidak mengetahui adanya `penipuan'. Jika tahu, mengapa tidak dilaporkan waktu itu kepada PM? Tidakkah itu sebagai satu subahat? Ada dakwaankah kepada yang bersubahat ini? Akhirnya ada yang berkata wujud `kambing hitam' untuk menyelamatkan seseorang. Siapa seseorang itu? Atau, sememangnya PM kita ditipu? Jika benar, malang sungguh kita ada PM yang mudah tertipu./wfauzdin.blogspot.com |
BENARKAH UMI HAFILDA `ADIK KANDUNG' AZMIN? Posted: 01 Mar 2011 07:00 AM PST LAPORAN akhbar Sinar semalam menyebut bahawasanya Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatun Badru Tun Said Keruak merasa terkejut atas dakwaan Umi Hafilda ke atas YB Azmin. Turut berkongsi rasa sedemikian adalah seorang lagi katak betina iaitu bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang yang pernah bertanding di dalam PRK tetapi tewas teruk iaitu Aminah Ahmad yang dikenali juga sebagai `Minah Ronggeng'. Tidak menghairankan komen sedemikian yang keluar dari mulut `bekas' atau `hampas' PKR yang terbuang itu. Tetapi, hujah mereka teramat dangkal sekali kununnya masakan Umi Hafilda ingin menfitnah `abang kandung'nya sendiri. Sebelum itu, saya mahu bertanya adakah benar Umi Hafilda itu `adik kandung' Azmin? Jika bapa Azmin pun tidak mahu mengaku Umi itu anak kandungnya, mustahil pula Umi itu adalah `adik kandung' Azmin. Malulah sikit untuk mengaku adik beradik kalau sudah terbuang dari keluarga. Jika benar pun mereka adik beradik, mustahilkah fitnah boleh berlaku? Isteri Nabi Allah Luth A.S beserta anak kandungnya terlibat melakukan fitnah terhadap Nabi Allah Luth A.S. Anak kandung Nabi Allah Nuh A.S juga demikian. Maka, pelik apanya Umi Hafilda jika beliau menfitnah Azmin, apatah lagi mereka berdua mungkin tiada hubungan kekeluargaan pun. Di dalam satu tandan pisang, mungkin ada satu ada dua buah yang busuk. Benar atau tidak, kita akan lihat nanti sejauh mana Umi akan terdaya bersandiwara tanpa penonton. Kita akan saksikan nanti, saman beliau terhadap DS Anwar, Azmin, Karpal Singh dan PAS akan memakan dirinya sendiri. Beliau telah diberi ruang seluas mungkin sewaktu menjadi saksi kes Liwat 1 DS Anwar dahulu, tetapi beliau gagal untuk mengambil kesempatan itu. Kini, siapa lagi mahu mendengar hikayat purbawara dari beliau? Hanya puak-puak Umno yang tegar di Selangor sahaja yang masih minat hikayat berkenaan sekadar untuk syok sendiri. /wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan