Rabu, 2 Mac 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Melaka Serah Bukti Kepada SPRM

Posted: 02 Mar 2011 12:57 AM PST

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Melaka, Adly Zahari (gambar): semalam memberi keterangan selama kira-kira tiga jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Melaka (Maim).

Adly berkata, beliau berbuat demikian antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari berkaitan laporan yang dibuatnya kepada pihak berkenaan 23 Februari lalu.

"Saya telah menyerahkan segala bukti penggunaan wang zakat sebanyak RM13.85 juta untuk membina bangunan MAIM dan penyerahan hak milik tanah Maim kepada satu syarikat walaupun tempoh perjanjian telah tamat.

"Ini termasuk bukti penjualan tanah lot 105 dan 106 kepada pihak ketiga oleh syarikat berkenaan dan mengapa Maim masih tidak mengambil tindakan terhadap syarikat itu kerana secara jelas kontraktor berkenaan tidak melaksanakan projeknya," katanya pada sidang media di Markas Induk Pas Taman Muhibbah di sini, semalam.

Menurutnya, SPRM telah berjanji akan menyiasat secara telus dakwaan itu.

"Kita berharap SPRM dapat kotakan janjinya kerana saya akan sentiasa akan menghubungi mereka mengenai perkembangan siasatan itu. Projek pembangunan secara usahasama dengan syarikat itu gagal kerana pihak berkenaan dikatakan mengingkari perjanjian dengan tidak membina kompleks Maim sehingga tamat tempoh perjanjian pada Jun 2004.

Kegagalan penguatkuasaan perjanjian projek usaha sama itu mengakibatkan Maim mendahulukan wang zakat untuk membina kompleks bangunannya. -SH


Budaya Gangterisme UMNO Bakal Tewaskan UMNO Di PRK Merlimau

Posted: 01 Mar 2011 11:30 PM PST

Merlimau terus dicemari angkara khianat

Kempen pilihan raya kecil dewangan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan.

Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam.

Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin di Permatang Pasir.

Menurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut.

Beliau kemudiannya terus membuat laporan polis.

Nor Azhanizam berkata keretanya itu dipecahkan kerana ia mempunyai pelekat gambar mursidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau adalah penyokong parti itu. Namun sebuah kereta lagi, yang langsung tidak mempunyai sebarang pelekat juga dipecahkan.

"Saya fikir kerana ia diletakkan di tempat gelap yang orang tidak nampak," katanya.

Menurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis terbut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya pada 4 Mac ini juga dibakar.

Pada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir. Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN.

"Kami difahamkan gangguan ini berlaku pada hampir setiap malam ketika kami mengadakan majlis.

"Terdapat ramai anggota polis di sini dan saya pasti perbelanjaan mereka mungkin sehinga berjuta-juta ringgit tetapi mengapa mereka tidak boleh menghentikan tindakan sekupumpulan remaja nakal itu?" kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini.

Katanya, beliau akan menghubungi ketua polis Melaka jika kejadian seumpama itu terus berulang.

Pada sidang media itu, Salahuddin juga berkata ahli Pakatan dihalang daripada memasuki estet kelapa sawit Sime Darby.

"Kita telah hubungi Sime Darby dan mereka kata tidak ada masalah atau isu dengan kita tetapi ditekan daripada beberapa pihak.

"Kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilih Raya tetapi mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah tanah persendirian," katanya.

Sebelum ini, pemimpin BN dilaporkan sibuk berkempen di estet-estet berkenaan. -mk

3 Polis Bantuan Bersubahat Dalam Kes Culik

Posted: 01 Mar 2011 10:30 PM PST

Kuala Lumpur: Tiga anggota polis bantuan yang bertugas di sebuah syarikat di ibu negara diberkas dalam beberapa serbuan minggu lalu kerana dipercayai bersubahat dengan satu kumpulan penculikan membabitkan warga Pakistan.

DICULIK...tiga mangsa culik warga Pakistan yang diselamatkan.

Ketiga-tiga lelaki berusia 30-an itu dipercayai bersubahat dengan kumpulan penculik yang didalangi warga Pakistan untuk menyamar sebagai polis dengan mereka berpura-pura memeriksa mangsa yang juga warga Pakistan sebelum menculik mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata tangkapan itu dilakukan susulan kejayaan memberkas empat dalang utama kumpulan terbabit baru-baru ini yang turut menyelamatkan tiga mangsa culik.

"Pada 19 Februari lalu, kami menahan empat suspek warga Pakistan yang dipercayai menculik tiga lelaki senegara untuk meminta wang tebusan dianggar RM620,000.

"Susulan itu, siasatan mendapati tiga lagi suspek warga tempatan yang bekerja sebagai polis bantuan terbabit penculikan itu," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, polis merampas beberapa gari dan pistol mainan yang dipercayai digunakan suspek untuk menyamar sebagai polis sebelum menculik mangsa dan menyerahkan kepada dalang kumpulan itu untuk urusan tuntutan wang tebusan.

"Kami percaya ketiga-tiga suspek terbaru ini terbabit sekurang-kurangnya lima kes penculikan warga Pakistan sejak tahun lalu dan semuanya direman sehingga 6 Mac ini," katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Ku berkata pihaknya kini memburu suspek utama berhubung dua kes samun van keselamatan membabitkan kerugian RM1.18 juta.

Katanya, suspek yang juga pengurus syarikat keselamatan, S Krishnan, 53, dikehendaki bagi membantu siasatan kes samun di Kepong pada 20 Disember tahun lalu membabitkan jumlah wang RM850,000 dan satu lagi kes di Taman Segar Cheras membabitkan RM330,000.

"Dua suspek berusia 50-an sudah ditahan dan suspek utama kes ini diburu, bagaimanapun serbuan ke rumah suspek baru-baru ini mendapati suspek sudah menghilangkan diri," katanya. -hm

Saman Ekor: Polis Tak Bertolak Ansur, Bagaimana Jika Rakyat Juga Begitu?

Posted: 01 Mar 2011 09:56 PM PST

Tiada lagi tolak ansur

KUALA LUMPUR – Kesemua 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pesalah trafik setelah tempoh tawaran diskaun 50 peratus berakhir kelmarin kini disenarai hitam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia berkuat kuasa serta-merta semalam sekali gus bermakna kesemua pesalah trafik terbabit tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu selagi tidak membayar saman tersebut sepenuhnya.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Aziz Yusof berkata, sebanyak 1.5 juta saman diselesaikan oleh pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam kelmarin iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis tamat.

Bagaimanapun katanya, masih ada 17.3 juta saman yang belum dibayar.

"Jadi untuk pemandu yang belum menyelesaikan saman, mereka telah disenarai hitam berkuat kuasa semalam,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini. -kosmo

Ulasan GB

Begitu suara polis. Tak bertolak ansur.

Bagaimana pula jika rakyat juga mengambil sikap TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR?

Bawa berjuta-juta rakyat yang tak bayar saman ekor ke mahkamah kerana mahkamah yang berhak menentukan samada tindakan polis berkenaan betul atau salah.

Bagi penduduk Merlimau dan Kerdau, nyatakan bantahan anda dengan memilih Pakatan Rakyat menjadi wakil anda, gunakan setiap peluang yang ada bagi menghentikan salahlaku pihak polis yang menyenaraihitam pemandu kerana mahkamah telah membuat keputusan di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) tanpa siasatan dan alasan yang wajar adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Malaysia.

RM200 Ribu Untuk Makan Malam BN Di Merlimau, SPR Tutup Mata

Posted: 01 Mar 2011 08:50 PM PST

Lebih RM200 ribu ditelan dalam jamuan 1Malaysia di Merlimau

Jamuan, angpow, hamper, malah hadiah istimewa seperti motorsikal, basikal, barangan elekronik dan sebagainya terus diberikan melalui cabutan bertuah oleh NGO 1Malaysia, yang bertapak di Merlimau dua minggu sebelum PRK Merlimau membuka tirai. Setakat ini dua jamuan malam telah diadakan, dan lebih RM200 ribu dibelanjakan, mengikut anggaran kasar wartawan.

Jamuan malam diadakan pada 20 dan 28 Februari, dengan kehadiran kira-kira 1300 orang masing-masing. Menurut seorang penduduk tempatan, Fua Yong Siong, jamuan yang disediakan kononnya berharga kira-kira RM200 semeja, dan kedua-dua jamuan menyediakan 130 meja masing-masing (semeja untuk 10 orang). Dengan kata lain, RM52,000 telah dibelanjakan hanya untuk makanan jamuan.

Ia belum termasuk angpow yang diberikan selepas jamuan pertama pada 20 Februari. Menurut Fua Yong Siong, penduduk hanya perlu mendaftarkan nama dan nombor kad pengenalan dirinya, untuk menghadiri jamuan bersama Perdana Menteri Najib Razak pada minggu lalu. Berbekalkan tiket yang berwarna kuning, penduduk di situ boleh mendapat wang tunai RM100, dan berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Seandainya kesemua 1300 orang memperolehi angpow bernilai RM100 masing-masing, maka RM130 ribu telah diberikan. Menurut Fua Yong Siong lagi, kira-kira 600 bungkusan yang mengandungi teh, susu dan sebagainya juga diedarkan, dijangka bernilai RM10 setiapnya.

Perkiraan kasar perbelanjaan NGO 1Malaysia di Merlimau setakat ini membawa kepada jumlah RM188,000 (RM52,000 + RM130 ,000 + RM6,000), belum termasuk barangan elektronik (televisyen LCD, mesin basuh, periuk nasi), basikal, pakaian, hamper dan sebagainya yang diberikan melalui cabutan bertuah. Malah, kos lain seperti upah pekerja, upah untuk persembahan, banner dengan gambar Najib dan sebagainya belum diambil kira.

Satu lagi jamuan sebelum hari pengundian

Fua Yong Siong menambah, sebagaimana yang diketahuinya, satu lagi jamuan yang menyasarkan 3,000 orang bakal dianjurkan pada 5 Mac, iaitu sehari sebelum hari pengundian PRK Merlimau. Bagaimanapun, Fua Yong Siong tidak pasti sama ada jamuan tersebut juga dianjurkan NGO 1Malaysia.

"NGO" 1Malaysia ini muncul buat kali pertama di PRK Galas pada Oktober 2010. Mereka mengerah pengundi untuk menyertai perarakan dan jamuan yang diadakan oleh mereka. "Pulangan" berharga RM100 hanya sampai ke tangan setelah hampir sebulan PRK Galas melabuh tirai.

Secara umumnya, kewujudan "NGO" 1Malaysia ini dikatakan kerana MCA dan Gerakan tidak yakin terhadap kemampuan dirinya untuk memikat undi Cina. Bagaimanapun, Barisan Nasional telah menafikan hubung-kaitnya dengan NGO 1Malaysia ini, mendakwa bahawa NGO 1Malaysia berkempen kerana menyokong idealisme BN. -MR

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting daripada teks asal.

Bersih 2 Jika Pilihanraya Terus Senget

Posted: 01 Mar 2011 07:00 PM PST

Pemuda PAS gesa Bersih II jika BN gagal jamin pilihan raya adil

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Dewan Pemuda PAS memberi tempoh dua bulan kepada kerajaan pusat agar melakukan transformasi sistem pilihan raya adil dan telus, yang boleh meyakinkan rakyat, dan jika tidak akan mengadakan Himpunan Bersih kali kedua dengan kerjasama Pakatan Rakyat.

Parti-parti politik yang membentuk Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan mengadakan himpunan seumpama itu pada 2007, beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

"Kita telah memberikan tempoh sehingga 1 Mei 2011 untuk kerajaan Umno dan BN segera melakukan satu transformasi yang meyakinkan rakyat dalam pengurusan dan pengendalian sistem demokrasi negara agar adil, telus dan baik.

"Rakyat telah menanti dalam satu tempoh yang terlalu lama untuk kerajaan melakukan perubahan yang dimaksudkan sejak tuntutan mereka melalui perarakan Bersih 1 (pada 2007)," kata Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan dalam ruangannya di Harakahdaily hari ini.

Kata Nasrudin, "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan" selayaknya menjadi slogan yang baik untuk kerajaan bertindak drastik untuk memulihkan persekitaran dan meratakan padang demokrasi negara agar semua parti yang menyertai pilihan raya dapat bertanding dan bersaing di atas padang yang sama rata.

"Sebagaimana tindakan drastik yang diambil oleh Pengerusi PTPTN yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Krau melanjutkan tempoh bayar peminjam PTPTN dari enam bulan kepada 30 bulan dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas Dewan Pemuda PAS Malaysia mengumumkan Perhimpunan Peminjam PTPTN dan Mara akan diadakan di Hotel Sri Malaysia Temerloh pada 26 Feb 2011 baru-baru ini," katanya.

Oleh itu kata Nasrudin, kerajaan tidak mempunyai pilihan selain akur terhadap tuntutan rakyat dengan segera melakukan transformasi yang dimaksudkan.

Nasrudin menambah tanpa tindakan bijak dan hikmah di pihak kerajaan, beliau yakin kebangkitan semula rakyat menuntut keadilan proses demokrasi negara akan kembali meletus.

"Sehingga hari ini, bukan sahaja undi pos yang masih belum dimansuhkan dan kebebasan media juga masih parah, terlalu banyak pencabulan demokrasi terus berlaku dalam negara kita dan ia meresahkan rakyatm" katanya.

Menurutnya ia termasuklah amalan pencabulan demokrasi di Malaysia di mana Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin telah menafikan hak Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan bukti serta berhujah dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengenai isu 1Malaysia dan APCO Worldwide.

Selain itu katanya, Akta Keselamatan Dalam Negeri masih dikekalkan meskipun pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia mendesak supaya kerajaan memansuhkan akta zalim tersebut manakala polis menggunakan kuasa dan kekerasan menangkap para peserta perhimpunan aman yang dianjurkan oleh parti politik Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan, mengganggu program-program yang dianjurkan oleh parti politik Pakatan Rakyat meskipun diadakan dalam premis persendirian dan permohonan permit telah dilakukan.

Malah menurut Nasrudin, sistem dan amalan demokrasi pilihan raya kampus telah dicabul apabila pihak pentadbiran universiti memperkenalkan beberapa perkara baru yang tidak menjamin keadilan, ketelusan dan bersikap berat sebelah.

Nasrudin juga berkata, Pendaftar Pertubuhan bercadang untuk mengehadkan dan mengetatkan proses penubuhan parti politik, yang diumumkan bulan lalu, bercanggah dengan semangat demokrasi dan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

"Umno dan BN telah menggunakan pelbagai jentera kerajaan dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini. Antaranya, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, kerajaan persekutuan telah berkampung di Kampung Ladui dan Pos Hau ketika pilihan raya kecil DUN Galas.

"Perkara yang sama turut dilakukan oleh Felda apabila badan berkanun tersebut menggunakan bajet sokongan serta jentera pentadbirannya untuk membantu Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

"Demikian dari sebahagian pencabulan demokrasi dalam negara kita yang mewajarkan rakyat bangkit mendasak agar Kerajaan memulih dan meratakan padang demokrasi negara agar persaingan berlangsung secara adil, telus dan saksama," katanya lagi. -TMI



Pas buat laporan terhadap kerajaan BN

TEMERLOH - Dewan Pemuda Pas negeri akan membuat laporan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN) atas pelanggaran Akta Pilihan Raya.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelbagai janji dan peruntukkan diberi oleh pemimpin BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, Najib pernah menyatakan "Saya bukan hendak beli undi, tetapi kalau kamu sokong kami, saya akan tambah lagi peruntukkan esok atau lusa".

"Ini menunjukkan beliau (Najib) cuba membeli rakyat dengan pelbagai imbuhan dan projek segera yang ditawarkan kepada rakyat.

"Perdana Menteri juga secara terbuka meluluskan peruntukkan untuk Dewan Terbuka Kampung Seri Kerdau, Balai Bomba Sukarela dan Kuli Hindu bernilai hampir RM650,000.

"Ini tidak termasuk hamper serta makanan yang diedarkan di Kampung Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan," katanya yang juga Naib Presiden Pas.

Tuan Ibrahim berkata, Pas mengharapkan satu tindakan akan diambil oleh SPRM dan SPR kerana ia bertentangan dengan Akta Kesalahan (Perjalanan) Pilihan Raya 1960. -Bernama



[Bergambar] Sekuntum Mawar Merah: Ingat Daku Di Hari Mengundi

Posted: 01 Mar 2011 05:00 PM PST

Calon PAS Hj Yuhaizad Abdullah meneruskan kempen mesra beliau bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat dengan mengunjungi Pasar Merlimau yang menjadi tempat kunjungan bagi seluruh penduduk Merlimau pagi tadi.

Beliau telah mendapat sambutan yang amat mesra dan meriah dikalangan para peniaga dan pengunjung yang nampaknya teruja melihat penampilan calon PAS tersebut.

Ini membuktikan bahawa calon PAS ini mendapat sokongan dikalangan rakyat dan pengundi pelbagai kaum di Merlimau walaupun sokongan itu tidak dizahirkan sebelum ini.

Kempen yang bermula diawal pagi tadi diserikan dengan pemberian sejambak bunga kepada sesiapa sahaja yang disantuni oleh beliau.

Jika sambutan yang menggalakkan berterusan tidak mustahil Yuhaizat akan membuat kejutan dengan kemenangan untuk rakyat dalam PRK Merlimau kali ini. -n27merlimau

ehsan album n27merlimau















Tren Baru Pilih Maknyah Untuk Majlis Walimatul-Urus, Halal Haram Tak Dihiraukan

Posted: 01 Mar 2011 04:37 PM PST

20 gigit jari ditipu nyah

GOMBAK: "Kami hanya berikan minuman dan makanan ringan kepada tetamu," kata seorang mangsa penganjur perkahwinan yang gagal menyediakan pakej dijanjikan menyebabkan pelanggannya bukan saja kerugian puluhan ribu ringgit, tetapi turut menanggung malu.

Mangsa yang meminta identitinya tidak didedahkan berkata, dia sudah membayar RM37,000 kepada penganjur perkahwinan terbabit untuk pakej perkahwinannya merangkumi khidmat katering, kad jemputan, baju pengantin, gubahan hantaran, pelamin dan katil.

"Malangnya, sehari sebelum perkahwinan saya pada September tahun lalu, dia menghubungi saya dan memaklumkan gagal menyediakan semua yang dijanjikan.

"Tiada apa yang dapat dilakukan saya dan keluarga ketika itu kerana masa terlalu suntuk. Akibatnya, pada hari perkahwinan saya, kami sekeluarga hanya memberi minuman dan makanan ringan kepada tetamu," kata lelaki berusia lewat 20-an itu.

Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, dia berjumpa ibu penganjur perkahwinan terbabit, namun wanita itu mendakwa tiada kaitan dalam aktiviti anaknya. "Malah, ibunya mendakwa sudah tiada hubungan dengan anaknya sedangkan sebelum itu semua wang dimasukkan ke dalam akaun ibunya," katanya.

Penganjur perkahwinan terbabit yang juga seorang lelaki berpakaian wanita atau mak nyah berusia 37 tahun didakwa sudah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit selepas memperdaya lebih 20 pelanggan sepanjang hampir enam tahun lalu. Selain bijak berkata-kata, dia hanya menggunakan sepasang pakaian pengantin dan satu sampel cenderamata bagi memperdaya puluhan bakal pengantin dan keluarga mereka.

Antara modus operandi mak nyah itu ialah meminta pelanggan memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun yang didaftarkan atas nama ibunya yang berusia lewat 50-an.

Mangsa terbaru mak nyah terbabit ialah Ab Wahab SH Salim, 57, yang merancang mengadakan majlis perkahwinan anak ketiganya, Mohd Fitri, 27, pada Sabtu ini dan sudah membuat bayaran pendahuluan RM21,000.

"Saya mengenalinya lima tahun lalu di pameran perunding perkahwinan. Apabila anak saya nak berkahwin, saya menghubunginya dan berbincang mengenai pakej perkahwinan yang dia tawarkan.

"Dalam kunjungan ke rumah saya Oktober lalu, dia menawarkan pakej perkahwinan lengkap katering, pakaian pengantin, hantaran, katil dan pelamin, selain kad undangan perkahwinan dengan harga murah," katanya. Menurut Ab Wahab, selepas dia membuat bayaran RM21,000, mak nyah terbabit lesap sebelum menghantar SMS mengatakan gagal menguruskan majlis perkahwinan itu.

"Dia mengaku sudah menggunakan wang yang saya bayar dan berjanji akan melunaskan secara ansuran," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Gombak, di sini, semalam.

Ab Wahab berkata, dia tidak membayar wang yang diminta mak nyah terbabit secara terus, sebaliknya secara ansuran setiap kali diminta, namun transaksi itu dilakukan ke atas akaun ibunya.

"Selepas membuat laporan di Balai Polis Gombak, saya sekeluarga dimaklumkan terdapat beberapa mangsa lain yang turut berbuat demikian selepas ditipu lelaki terbabit," katanya.

Seorang lagi mangsa, Syed Danial Syed Shaffri, 26, mengalami nasib sama apabila dia dan tunangnya kerugian RM11,000 selepas diperdaya lelaki terbabit untuk urusan sama.

"Saya yakin dia mengamalkan ilmu salah seperti penunduk kerana setiap kali dia meminta wang, saya dan pasangan akan memberikannya dengan mudah.

"Cara dia menipu sama dengan mangsa lain. Biarpun mustahil untuk mendapatkan semula wang yang dilarikan itu, kami mendedahkan perkara ini bertujuan menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya tawaran pakej perkahwinan terbabit," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit. -hm




KESAL...mangsa dan ahli keluarga masing-masing menunjukkan laporan polis yang dibuat dan dokumen yang digunakan suspek.


BUKTI...Mohd Fitri menunjukkan SMS yang dihantar lelaki terbabit.


BUKTI...antara dokumen dan perjanjian yang dibuat lelaki terbabit dengan mangsa.



Ulasan GB

Bukan sekadar kisah di atas.

Telah menjadi satu tren kebelakangan ini di mana di majlis-majlis perkahwinan, "tuanrumah" menggunakan khidmat maknyah untuk pelbagai upacara dari mak andam, penyediaan pelamin sehinggalah ke majlis jamuan.

Hal ini sudah menjadi semacam satu budaya yang diterima oleh masyarakat sehingga maknyah-maknyah ini diberikan kepercayaan mengandam dan mendandan pengantin perempuan bukan sahaja dari pemilihan pakaian, menyolek wajah tetapi sehingga ke tahap yang kadang-kala terlampau seperti pemakaian kostum-kostum pengantin termasuk "memakai bra dan seluar dalam pengantin perempuan" pun dipilih dan dipakaikan sendiri oleh maknyah-maknyah ini. Ia dilakukan di dalam bilik pengantin yang tiada siapa lain dibenarkan masuk sewaktu itu.

Malah ada maknyah-maknyah "menipu" pengantin perempuan sehinggakan terdapat laporan di dalam kes-kes yang ekstrim, nak mandi pun dilakukan oleh maknyah-maknyah ini dengan pelbagai alasan kononnya untuk membersihkan kotoran yang tak diketahui orang awam katanya, disamping untuk menyiram air mawar supaya pengantin tampak segar dan wangi sewaktu bersanding.

Kesempatan-kesempatan ini diambil oleh maknyah kerana telah terlalu diberikan kepercayaan penuh oleh tuanrumah (ibu-bapa pengantin) tanpa ada halangan dan tanpa menghiraukan batas-batas halal-haram lagi.

Kemudian kita dikejutkan dengan kisah di atas, satu sindiket maknyah yang menipu pelanggannya untuk pakej perkahwinannya merangkumi khidmat katering, kad jemputan, baju pengantin, gubahan hantaran, pelamin dan katil.

Bagi GB, kisah seperti di atas adalah seperti satu loceng amaran untuk seluruh masyarakat Islam bahawa fenomena penggunaan maknyah di majlis perkahwinan ini perlu dihentikan segera.

Masyarakat yang bersikap acuh tak acuh mengenai hukum-hakam Islam perlu berwaspada dan kembali menjunjung ajaran Islam dengan menghapuskan unsur-unsur yang membuka pintu-pintu kerosakan dan perkara-perkara haram yang semakin menapak kuat di dalam masyarakat Melayu ini lewat majlis-majlis perkahwinan.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

PRK Merlimau: Pengundi Merlimau Mewakili Suara 28 Juta Rakyat Malaysia

Posted: 01 Mar 2011 02:49 PM PST

Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr. Siti Mariah Mahmud menggesa penduduk Merlimau menamatkan mitos bahawa kononnya Merlimau sebagai kubu kuat UMNO BN dengan menolak mereka pada 6hb Mac nanti.

Beliau berharap penduduk Merlimau yang akan menghadapi pilihanraya kecil ini akan membuat satu kejutan yang akan mengubah senario dan lanskap politik tanahair melalui pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Beliau membuat seruan tersebut di dalam satu ceramah sempena kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau di Jalan Pahlawan, Merlimau malam tadi.

Menurut Dr Siti Mariah, negara kita menghadapi penyakit yang kronik setelah diperintah oleh UMNO BN selama 53 tahun dan gejala-gejala penyakit tersebut dapat dirasai sepanjang masa melalui pelbagai masalah yang timbul akibat sistem pemerintahan UMNO BN yang korup.

"Apa yang kita lihat dan kita rasai ialah simptom ataupun gejala, walhal penyakit yang sebenar lebih jauh ke dalam," ujarnya.

Justeru pengubatan terhadap segala simptom penyakit tersebut hendaklah dengan mengubati penyakit tersebut di akar umbinya - iaitu dengan menukarkan sistem pemerintahan UMNO BN yang telah berkuasa selama 53 tahun itu.

Ahli Parlimen Kuala Langat, YB Abdullah Sani Hamid pula membidas kenyataan Tun Dr Mahathir yang telah menuduh TG Nik Aziz dan Anwar Ibrahim sebagai pemecah-belah orang-orang Melayu.

"Siapa yang sebenarnya melucutkan kuasa raja-raja melalui pindaan perlembagaan di dalam tahun 1993 kalau bukan Mahathir sendiri?" Soal Abdullah Sani.

"Nak cakap pasal perpaduan Melayu sedangkan rekod pemerintannya sendiri penuh lumpur dan najis di dalam soal perpaduan Melayu," tambahnya.

Beliau menyeru kepada pengundi-pengundi di Merlimau supaya membuat perubahan pada tanggal 6 Mac ini dengan mengundi calon pakatan Rakyat iaitu Tn Hj Yuhaizad Abdullah.

Beliau menyatakan pengundi-pengundi di DUN Merlimau bukan sekadar mewakili suara penduduk Merlimau tetapi mewakili suara 28 juta rakyat Malaysia untuk membawa perubahan di dalam lanskap politik negara.

Beliau turut menggesa dan merayu supaya penduduk Merlimau memberikan undi mereka kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada hari mengundi Ahad ini.

Perencanaan Jahat Kekalkan BN Di Perak: Undi Pos Naik Mendadak

Posted: 01 Mar 2011 08:26 AM PST

Undi pos naik mendadak di Perak

Sejumlah 8,470 nama pengundi baru pos telah dimasukkan dalam senarai pengundi di enam kerusi DUN di Perak tahun lalu - langkah yang didakwa oleh PKR negeri, bertujuan untuk menguntungkan Umno.

Timbalan pengarah pilihan raya PKR negeri, Chan Ming Kai (gambar) berkata, jumlah teramai adalah dalam senarai pemilih di DUN Pangkor, yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Menurut Chan, data dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikemaskini Disember lalu, menunjukkan kebanjiran 5,669 pengundi pos di DUN tersebut.

"Jumlah pengundi pos sekarang hampir setengah daripada 26,000 pengundi di situ," kata Chan, yang tidak memberikan data lengkap dalam pernyataannya.

Pada tahun 2008, Zambry memenangi kerusi dengan majoriti selesa 5,785 undi, menewaskan calon PKR, Pkhrazi @ Pakhrazi Muda, yang memperolehi 5,121 undi.

Kerusi Pangkor terletak dalam parlimen Lumut yang dimenangi calon BN, Datuk Seri Kong Cho Ha dari MCA - dengan majoriti tipis 298 pada 2008.

Menurut Chan, kebanjiran pengundi pos di Pangkor boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi Lumut.

"Pertambahan (mendadak itu) benar-benar mengejutkan," katanya sambil bertanya bolehkah pangkalan tentera laut di Pangkor menampung jumlah yang begitu ramai.

Sedangkan data, katanya, menunjukkan hanya 368 telah dipindah keluar.

Chan berkata, ada kemungkinan isteri/suami anggota tentera dikategorikan sebagai pengundi pos.

Sebagai contoh, katanya, 248 pengundi baru pos dimasukkan dalam senarai pemilih DUN Sungai Rapat.

Kerusi tersebut dimenangi calon BN, Hamidah Osman yang juga exco kerajaan negeri, dengan majoriti 636 undi.

"Jelas bahawa usaha-usaha tersebut adalah untuk manfaat Umno. Kerusi majoriti Cina, seperti Canning Garden, yang mempunyai sebuah kem tentera, tidak ada penambahan pengundi pos," kata Chan. -mk


5,669 undi pos bertambah di Dun diwakili Zambry

PETALING JAYA, 1 Mac: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR Perak, Chan Ming Kai telah mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan Dun diwakili Umno BN di Perak pada tahun 2010.

Bercakap dalam sidang media mingguan parti di sini, hari ini, beliau memberi contoh, di Dun Pangkor yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010.

Katanya, bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di Dun Pangkor yang merupakan sebahagian daripada Parlimen Lumut.

Katanya, calon PKR tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA BN pada Pilihan Raya Umum 2008.

Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di Dun Sungai Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan, Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS.

Katanya, pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke Dun itu.

"Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada Umno. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos," katanya.

Beliau yang juga Adun Simpang Pulai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan itu.

Selain Pangkor, pertambahan ketara pengundi pos ialah di Dun Kamunting yang menerima 1,102 berbanding keluar 146, Temenggor (masuk 690, keluar 38), Pengkalan Hulu (masuk 506, keluar 117), Chenderiang (masuk 255, keluar 31) dan Sungai Rapat (masuk 248, keluar 31). -harakahdaily





Saman Ekor: Tukar Segera Kerajaan Dari BN Kepada PR

Posted: 01 Mar 2011 07:00 AM PST

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu rakyat sedar bahawa kesusahan rakyat akibat saman ekor hanya dapat diselesaikan dengan menukar parti pemerintah kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, dalam isu ini kerajaan Umno BN telah memperlihatkan sifat mereka yang tidak mahu memahami keperitan rakyat dengan tidak memberikan peluang untuk dibicarakan di mahkamah malah terus menghukum dengan menyenarai hitam tanpa dibuktikan bersalah.

"Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.

"PAS berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau turut memuji usaha murni NGO Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang berusaha memberi penerangan kepada rakyat dan menuntut kerajaan menghapuskan saman ekor.

Bagaimanapun beliau kecewa dengan layanan kerajaan yang mengenepikan tuntutan Kase itu malah mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan "menswastakan" urusan beberapa aspek saman ini,.

"Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut.

"PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di beberapa kaunter bayaran saman JPJ mendapati tempoh promosi bagi bayaran saman tertunggak yang berakhir semalam dilanjutkan sehingga jam 12 tengahari ini.

Hari ini pula telah berkuatkuasa kadar kompaun baru di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang dikeluarkan JPJ, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perubahan kadar itu membabitkan empat kategori kesalahan lalu lintas, iaitu mengikut kelas kenderaan, tahap keseriusan dan jenis kesalahan, nilai kompaun bertambah mengikut tempoh pembayaran kompaun dan kompaun berganda akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan berulang.

Mengikut penyelarasan baru itu, pengguna jalan raya yang gagal menjelaskan kadar kompaun dalam tempoh 15 hari akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200, seterusnya dinaikkan kepada RM300 sekiranya tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari.

Sementara pemandu yang gagal membayar saman dalam tempoh 60 hari pula akan diheret ke mahkamah.

Bagi pemandu yang menyumbang kepada kemalangan, kesesakan lalu lintas dan kesalahan berkaitan perkhidmatan teksi, kadar kompaun maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan dan ia tidak akan dikurangkan walaupun dijelaskan lebih awal. -HD


Kase ulangi desak kerajaan hapuskan saman ekor

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Kerajaan BN didesak menghapuskan saman ekor kerana ia merupakan sesuatu yang amat tidak praktikal untuk dilaksanakan, di samping bertentangan dengan undang-undang.

Selain itu, Kerajaan BN turut didesak menarik balik semua senarai hitam ke atas pemandu dan menghapuskan saman ekor yang lama kerana dua perkara itu juga turut bertentang dengan undang-undang, di samping jelas menindas rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar dalam desakannya berkata, setiap saman sepatutnya dikeluarkan secara terus kepada individu terbabit sejurus selepas kesalahan dilakukan, tetapi saman ekor tidak pula sedemikian.

Menurut beliau, sebaliknya, saman ekor atau istilah rasminya, Notis Pol. 170A merupakan notis yang dikeluarkan oleh PDRM kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan memandu melebihi had laju.

Katanya, saman ekor dihantar secara pos berdaftar kepada pemilik kenderaan, manakala saman lain dikeluarkan secara terus kepada pemandu kenderaan sejurus selepas kesalahan dilakukan (kendiri).

"Pindaan yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memasukkan takrif imej yang dirakam ke dalam Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan 2010), dengan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), jelas amat menindas rakyat dan menguntungkan syarikat swasta terbabit iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd," katanya.

Menjelaskan perkara itu dalam sidang akhbarnya yang diadakan ketika pertemuannya dengan pemilik-pemilik kenderaan yang mempunyai saman ekor di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, di sini, hari ini, beliau berkata, pelaksanaan AES akan membolehkan dua syarikat swasta terbabit mengaut keuntungan sekurang-kurangnya RM3.8 bilion setahun.

Dalam pertemuan yang diadakan sekitar jam 11 pagi itu, beliau turut ditemani barisan peguam Kase dan beberapa orang kepimpinan Kase lain yang begitu prihatin dengan nasib para pemandu yang semakin tertindas berada di bawah pemerintahan BN sejak dulu.

Penindasan tersebut pasti lebih dirasai rakyat apabila kadar kompaun baru di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang dikeluarkan JPJ, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dikuatkuasakan hari ini.

Ini berikutan penyusunan semula kesalahan lalu lintas yang dibuat oleh kabinet daripada tiga kategori kepada empat kategori, iaitu mengikut kelas kenderaan, tahap keseriusan dan jenis kesalahan, nilai kompaun bertambah mengikut tempoh pembayaran kompaun dan kompaun berganda akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan berulang.

Mengikut penyelarasan baru itu, pengguna jalan raya yang gagal menjelaskan kadar kompaun dalam tempoh 15 hari akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200, seterusnya dinaikkan kepada RM300 sekiranya tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari, sementara pemandu yang gagal membayar saman dalam tempoh 60 hari pula akan diheret ke mahkamah.

Bagi pemandu yang menyumbang kepada kemalangan, kesesakan lalu lintas dan kesalahan berkaitan perkhidmatan teksi, kadar kompaun maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan dan ia tidak akan dikurangkan walaupun dijelaskan lebih awal.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, kesemua itu akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan oleh Kerajaan BN apabila ia turut dikaitkan dengan pelaksanaan AES.

"Sistem tersebut diwujudkan bukan untuk mendidik pemandu supaya menjadi pemandu berhemah, tetapi untuk mengaut keuntungan hasil dari penindasan terhadap rakyat, pemandu atau orang ramai," katanya.

Justeru itu, pihaknya tidak akan membiarkan Kerajaan BN terus menindas rakyat berhubung perkara itu dan beliau berjanji akan turut mendedahkannya secara terperinci dalam persidangan Dewan Rakyat nanti.

"Demikian juga dengan tindakan menyenarai hitamkan pemandu yang tidak menjelaskan saman ekor dalam masa segera dan sehingga tertunggak, ia bukan berada di bawah bidang kuasa polis, tetapi JPJ.

"Itu pun tidak boleh dilaksanakan dengan mudah oleh JPJ kerana ia hanya boleh dilaksanakan setelah dibawa kemahkamah dan diputus oleh mahkamah,"
katanya.

Namun kini, katanya, perkara itu menjadi di sebaliknya pula apabila tindakan tersebut dilakukan oleh pihak polis, menjadikan semua itu bertentangan dengan undang-undang.

"Tentangan kami ke atas saman ekor bukanlah untuk menggalakkan orang ramai memandu laju melebihi had laju yang dibenarkan, tetapi kepada pihak polis, untuk mendidik orang ramai supaya menjadi pemandu berhemah, polis sendiri perlu berhemah dengan mematuhi peraturan-peraturan itu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan saman ekor kepada orang ramai," katanya.

Pada pertemuan itu, beliau turut mengedarkan contoh surat yang dibuat oleh pihaknya kepada orang ramai untuk dikemukakan kepada Pengarah JPJ yang berupa tindakan pemandu untuk membawa kes itu ke mahkamah sekiranya disenaraihitamkan. -HD


P.Pinang & Selangor Tarik Pelabur Paling Ramai

Posted: 01 Mar 2011 06:15 AM PST

Georgetown - Pulau Pinang merupakan negeri yang paling ramai pelabur di Malaysia diikuti Selangor dan ini buktikan Kerajaan Pakatan Rakyat boleh membawa Malaysia ke arah kemakmuran, sejahtera dan bertrampilan.

Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu majlis dekat sini.

Ujarnya, apa yang diperlekehkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononya jika Pakatan Rakyat menguasai negara ini rakyat semakin mundur kebelakang sebab kejatuhan ekonomi tidak benar sama sekali.

Katanya lagi, kedatangan pelabur paling ramai itu sekaligus menafikan kenyataan Najib yang mempertikaikan buku jingga yang memaparkan 100 Pakatan Rakyat memerintah berbagai barangan akan diturun atau dikaji semula.

"Tengok apa yang dah kita amalkan menjadi tarikan pelabur yang ramai ke Pulau Pinang. Selangor pula kedua semua itu bukti Pakatan Rakyat tahu memerintah, " tegasnya ketika menyampaikan watikah perlantikan 291 orang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) seluruh Pulau Pinang di tingkat 5, Komtar semalam.

Baru-baru ini Najib mengatakan pertumbuhan ekononi Malaysia mengembang kembali tanpa menyebut nama negeri berkenaan kerana mungkin memberi kesan pada pemerintahanya terutama dalam suasana pilihanraya kecil di Dewan Undangan (Dun) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang.

Najib patut sedar kewibawaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat kerana dapat menambahbaik kelemahan yang ketara ketika Barisan Nasional (BN) memerintah seperti rasuah, penyelewengan dan mementingkan kroni.

Di Pulau Pinang hasil penjimatan yang BN tidak pernah lakukan ialah Kerajaan Pakatan Rakyat dapat memberikan kembali wang RM100 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan atasi kemiskinan tegar,

Mulai tahun ini ujar Lim, kerajaan memperluaskan lagi bantuan kepada golongan ibu tunggal serta Orang Kurang Upaya (OKU) dan menaikan elaun JKKK dan setiausahanya.

Bukan itu sahaja elaun guru Kelas Fardhu Ain (KAFA), Tok Imam, Huffaz dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) juga diberikan.

"Dulu masa Umno dan BN perintah mereka menindas tidak membantu. Kini rakyat lega kerana kerajaan lebih berhati rakyat, " tambahnya yang juga Adun Air Putih, Balik Pulau.

Dasar Cekap, Akautabiliti dan Telus (C.A.T) katanya, memang berjaya dan berharap semua JKKK mainkan peranan menerangkan kepada keseluruhan rakyat agar mereka memahami hasil tindakan pembaharuan Kerajaan Pakatan yang memerintah.

CAT tambahnya, bukan sahaja menambah ekonomi dan menjimatkan wang rakyat malahan boleh menyakinkan rakyat jika maklumat dicambahkan kepada mereka.

"Saya mahu semua rakyat didedahkan hasil amalkan dalam pemerintahan. Peranan JKKK kena dilipat gandakan, " jelasnya. -HD

Sogokan Mee Segera: Mengapa SPR Membisu?

Posted: 01 Mar 2011 05:47 AM PST

Sebelum pergi kepada isu yang akan saya sentuh, mari kita imbas antara bajet yang diperuntukkan kerajaan Malaysia untuk pembangunan ekonomi negara meliputi perindustrian, pertanian dan infrastruktur sepanjang tempoh lebih separuh dekad ini.

Bajet 2005 antara lain menyebutkan sebanyak 49.1% peruntukan untuk pembangunan. Ini bererti sejumlah RM13.9 bilion telah disediakan bagi sektor ekonomi dalam menampung keperluan infrastruktur, pertanian dan perindustrian.

Dalam Bajet 2007 pula, kerajaan di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi telah memperuntukkan sebanyak RM3.4 billion untuk pembangunan luar Bandar antaranya melibatkan projek pembinaan jalan, bekalan air dan elektrik. Ia turut melibatkan perkembangan pendidikan pra-sekolah di bawah KEMAS, kegiatan masyarakat dan latihan kemahiran. Jumlah keseluruhan bajet 2007 yang diperuntukkan kepada sektor ekonomi melibatkan sektor pertanian, perindustrian dan infrastruktur ialah RM20.8 billion manakala bajet pada tahun 2008 pula adalah sebanyak RM20.6 billion diperuntukkan untuk sektor-sektor tersebut.

Manakala Bajet 2009 telah memperlihatkan peningkatan lebih RM7 billion. Secara keseluruhannya, bajet ini memperuntukkan RM27.8 billion untuk pembangunan sektor ekonomi yang merangkumi sektor pertanian, perindustrian dan infrastruktur.

Kerajaan dilihat terus memberi penekanan serius dalam mempertingkatkan pembangunan negara. Bajet 2010 telah memperlihatkan sejumlah RM25.4 billion diperuntukkan walaupun mencatatkan pengurangan lebih RM2 billion. Peruntukan-peruntukan kepada pembangunan ekonomi melibatkan infrastruktur dalam bajet yang dibentangkan memperlihatkan usaha kerajaan dalam memperbaiki taraf hidup dan ekonomi rakyat.

SPRM: Penubuhan yang sia-sia

Isu pada kali ini kita akan memberi fokus kepada beberapa perkara penting yang mungkin telah kita terlepas pandang dan lupakan. Isu ini adalah antara isu yang sangat penting dalam pembentukan sebuah negara yang berintegriti dan telus. Berintegriti dan telus boleh diertikan dengan keberkesanan urus tadbir dan bebas rasuah. Apa pula kaitan bajet-bajet berkenaan dengan isu integriti dan rasuah?

SPRM telah ditubuhkan sejak zaman Abdullah Ahmad Badawi untuk memerangi gejala rasuah secara lebih meluas dan bebas dalam mewujudkan urus tadbir yang telus dan berkesan. Apakah rakyat boleh katakan bahawa objektif SPRM tercapai sejak penubuhannya?

Melihat kepada siri-siri berita jam 8 di RTM1, semestinya kerajaan pimpinan Najib diperlihat sangat cakna terhadap masalah rakyat, berintegriti dan telus dalam menjalankan tanggungjawab termasuk memerangi rasuah. Soalan pertama saya; sejauh mana rakyat yakin kepada ketelusan dan integriti pentadbiran Najib? Teluskah pentadbiran Najib apabila indeks CPI Malaysia berada pada skor 4.4 di tangga ke-56 pada tahun 2010 berbanding tahun 2009 berada pada skor 4.5? Apakah ertinya semua ini?

Terus terang saya katakan bahawa usaha kerajaan dalam memerangi rasuah tidak akan mencapai matlamat yang diingini walaupun kerajaan dilihat bersungguh menaik-taraf BPR kepada sebuah suruhanjaya, SPRM. Usaha memerangi rasuah digambarkan sebagai menyeluruh tetapi hasilnya ala-kadar, bersifat kosmetik dan berpilih-pilih. Saya percaya, anda juga akan bersetuju dengan saya. Rakyat dipertontonkan malah muak dengan siri-siri penangkapan "ikan bilis" manakala "jerung-jerung" besar masih bebas dan mengganas. Rakyat juga tidak terkejut dengan timbunan fail-fail berprofil tinggi yang masih "dalam siasatan" dan ada pula yang sudah mulai "mereput"- malah, sejak sekian lama, ia telah pun menjadi rahsia umum.


Isu rasuah bukan cuma melibatkan pemberian kontrak kepada kroni-kroni, sampul bawah meja di pejabat-pejabat maupun di kopitiam-kopitiam, antara pesalah trafik dan pihak berkuasa, hadiah melancong ke Batam seumpamanya ataupun hamper dan seperti yang kita sedia maklumi. Isu rasuah juga boleh menjadi sebuah "cara hidup"-gaya hidup yang boleh menjamin kemewahan. Seperti sumpah-sumpah, rasuah mampu mencorak dirinya mengikut tempat dan keadaan!

Integriti dan jalan kampung yang tak pernah sempurna?

Seperti kebiasaan, rasuah juga berlaku secara berleluasa semasa pilihan raya. Saya sangat tertarik dengan isu rasuah semasa pilihanraya memandangkan tahun 2010 dan 2011 telah menyaksikan banyak pilihan raya kecil diadakan. Sehingga saat ini Kerdau dan Merlimau sedang menyaksikan persaingan sengit siapa yang akan merangkul juara sebagai YB nanti. Banyak projek kononnya untuk "memperkasa ekonomi rakyat" dilancarkan, banyak jalan-jalan kampung yang diturap. Malah jalan yang masih elok tetap juga diturap. Buldozer dan lori pasir mula masuk kampung. Episod-episod drama sedang bermula, inilah medan untuk berlumba-lumba membuat kebajikan.

Mari kita imbas kembali ketika berlangsungnya proses kempen di Pilihanraya Kecil di Galas. Selain dituduh merasuah syurga kepada para pengundi (isu evergreen), sosok kerdil Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan ini juga dituduh merasuah beberapa warga orang asal dengan wang sebanyak RM300 walaupun ia merupakan wang zakat. Relevan atau tidak pemberian wang zakat semasa pilihan raya kecil di Galas bukan isu yang ingin saya bawakan.

Mengulas isu "rasuah zakat" ini, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar berkata, mengikut tafsiran undang-undang, pemberian wang kepada pengundi yang boleh mendorong mereka mengundi adalah rasuah. Ia juga boleh ditafsir sebagai membeli undi yang mana perkara ini jelas diletakkan di bawah tajuk sogokan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Bahagian III.


Mari kita lihat salah satu kandungan akta tersebut di bawah tajuk "Penyogokan":

Orang-orang yang berikut hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan menyogok:

(a) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberi, meminjamkan atau bersetuju untuk memberi atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha untuk mendapatkan, apa- apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain.

Persoalan penting yang harus diselesaikan

Persoalan demi persoalan timbul. Sekiranya Menteri Besar Kelantan dituduh "menyogok", apa pula istilah yang sesuai untuk Najib yang baru beberapa hari lepas meluluskan RM10 juta bagi pembangunan Kerdau. Dan apa pula istilah untuk peruntukan RM500,000 untuk pembinaan dewan serbaguna di tokong Yong Hock Kiong di Labis semasa pilihanraya Tenang baru-baru ini. Ini cuma sebahagian kecil fakta yang diketahui. Banyak lagi "peruntukan-peruntukan khas" telahpun diumumkan sepanjang berlangsungnya pilihanraya-pilihanraya kecil ini. Ya. Secara terang-terangan. Rakyat semakin musykil; dari manakah pula peruntukan untuk projek mee segera ini datang?

Selain itu, saya ingin mengajak anda untuk berfikir. Bagaimana pula dengan sejumlah peruntukan besar dalam bajet-bajet Malaysia semenjak tahun 2005 sehingga 2010 yang memberi tumpuan utama kepada pembangunan infrastruktur luar bandar seperti yang telah saya senaraikan di atas.

Apakah bajet-bajet tersebut dilihat tidak berjaya membangunkan kawasan luar bandar sehingga menyebabkan kerajaan menjanjikan pelbagai projek mee segera semasa pilihanraya kecil? Maka, apakah pula rasional projek mee segera ini ketika pilihanraya kecil? Atau kita boleh labelkan sahaja sebagai "sogokan" yang bertujuan memancing undi. Kalau begitu, ternyata Najib telah melakukan rasuah pilihan raya bukan? Mana dia suara-suara meminta SPRM untuk menyiasat Najib? Sejauh mana integriti rakyat Malaysia dalam berhadapan dengan isu rasuah pilihanraya ini?

Saya tidak mahu mengulas mengenai isu "projek mee segera" ini. Ia telahpun diulas banyak pihak. Isunya ialah kenapa SPR mendiamkan diri? Kenapa Wan Ahmad membisu? Perkara ini jelas menunjukkan SPR berat sebelah. Dalam ertikata lain; SPR telah diperalatkan pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka. Inilah yang dipanggil sebagai double standard. Isu-isu yang melibatkan pilihanraya seringkali mencerminkan sikap SPR yang diragui dan hilang integritinya.

Kebangkitan Gelombang Kuning

Sejak sekian lamanya, kelemahan SPR inilah yang memberi inspirasi kepada Penubuhan gabungan BERSIH yang berjuang mendesak SPR untuk memenuhi tuntutan agar pilihanraya dijalankan secara bersih dan adil sehingga tercetusnya kebangkitan "gelombang kuning 100,000 rakyat" pada 10 November 2007 yang lepas. Gelombang ini telah memberikan impak besar kepada lanskap politik negara.

Keadaan perjalanan pilihanraya kecil yang semakin dicemari kekotoran dan manipulasi sejak akhir-akhir ini membawa erti sistem pilihanraya perlu diubah dan BERSIH sekali lagi memainkan peranan mereka dalam mendesak SPR agar bersikap adil dan professional. SPR harus bebas dari tekanan mana-mana pihak. Sistem demokrasi harus diberi keutamaan. Saya berpendapat, selagi SPR tidak mereformasikan sistem pilihanraya yang ada dan sanggup menjadi boneka BN, selagi itu mungkin ada kewarasan untuk BERSIH mengulangi sejarah yang pernah dicipta. -MR

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

Ibu Anak Dua Ditangkap Khalwat

Posted: 01 Mar 2011 05:17 AM PST

Kulim - Seorang ibu beranak dua berusia 23 tahun ditangkap khalwat bersama kekasihnya di sini, kira-kira jam 9 malam.

Ketua Unit Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) Azmi Rejab berkata, suami pasangan perempuan berusia 25 tahun, telah beberapa kali memberi amaran kepada teman lelaki isterinya supaya tidak menjalinkan hubungan kerana mereka sudah mempunyai anak berusia enam bulan dan satu tahun setengah.

Menurutnya, pada hari kejadian, dia (suami) menerima panggilan telefon daripada penduduk memaklumkan seorang lelaki telah pun masuk ke rumahnya.

Dia yang ketika itu sedang bekerja balik ke rumah bersama seorang rakan.

Sebaik sahaja sampai di rumah, dia mendapati pintu rumahnya berkunci. Apabila pintu dibuka oleh isterinya, dia melihat teman lelaki isterinya sedang berbaring di atas sofa. Dia kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada PADK untuk tindakan seterusnya.

"PADK pergi ke tempat kejadian bersama tiga penguat kuasa. Apabila sampai di rumah pasangan itu, PADK mendapati berlaku pergelutan di antara suami dengan teman lelaki isterinya.

"Kami dimaklumkan oleh si suami bahawa dia pernah terserempak isteri dan kekasihnya keluar bersama-sama beberapa kali, " katanya.

Azmi berkata, keadaan lebih tegang apabila pasangan perempuan mengamuk dengan memecahkan beberapa barangan di dalam rumahnya.

Untuk memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini, orang ramai yang ada terpaksa mengikat tangannya.

Pasangan itu akan disiasat di bawah seksyen 9(1)(2) Enekman Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 setiap seorang atau kedua-duanya sekali.

Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan tangkapan terhadap diri mereka.

"Saya sudah berbincang dengan mahkamah dan akan melaksanakan pertuduhan yang lebih berat terhadap mana-mana pasangan yang terlibat dalam kesalahan berkhalwat.

"Dari bulan Januari hingga Februari tahun ini, 20 kes tangkapan mengikut seksyen 9 sudah dibuat dan ia melibatkan hampir 40 individu.

"Mereka yang terlibat terdiri dari kalangan pelajar, warga asing, kakitangan awam dan pegawai kanan pertubuhan beruniform serta sukarelawan," katanya kepada Sinar Harian. -SH

PRK Merlimau: Pengundi Bukan Melayu Semakin Buka Mata Tindakan Khianat Pihak Tertentu

Posted: 01 Mar 2011 03:52 AM PST

Lagi perbuatan khianat, cermin kereta dipecah

Kempen pilihan raya kecil dewang undangan negeri Merlimau terus dicemari perbuatan khianat.

Jika semalam, sebuah pentas berdekatan bilik operasi DAP yang didirikan oleh parti itu untuk satu majlis anjurannya yang dijadualkan pada 4 Mac ini dibakar, hari ini cermin belakang kereta seorang penduduk pula dipecahkan.

Kereta itu diletak di hadapan bilik operasi DAP di pekan Merlimau.

ADUN Ayer Keroh dari DAP Khoo Poay Tiong berkata beliau percaya kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk berkenaan yang bukan ahli DAP membuat laporan polis.

Dalam kejadian semalam, permaidani pentas DAP musnah tetapi bahagian lain pentas tetap utuh kerana ia diperbuat daripda keluli. Sebuah botol kosong dengan kesan petrol juga ditemui pada tempat kejadian. -mk




Pentas DAP dibakar, dipercayai angkara khianat



Sebuah pentas berdekatan bilik operasi DAP di Merlimau yang didirikan oleh parti itu untuk satu majlis anjurannya yang dijadualkan pada 4 Mac ini dibakar pagi ini.

Menurut pengerusi DAP Merlimau, Shelley Fook, pemilik tanah lapang itu di mana pentas berkenaan didirikan mendapati kepulan asap pada sekitar jam 6 pagi.

"Dia pergi periksa dan mendapati pentas itu dibakar. Dia juga menjumpai sebuah botol kosong dengan kesan petrol," katanya kepada Malaysiakini.

Namun, hanya permaidani di pentas itu yang musnah kerana bahagian lain diperbuat daripada keluli.

Fook berkata partinya tidak akan membuat laporan polis kerana percaya pihak polis tidak akan bertindak ke atas dalang tersebut.

Pentas itu didirikan bagi majlis ceramah dan juga makan malam bagi merancakkan kempen pilihan raya kecil Merlimau. Antara pemimpin yang dijangka hadir dan berucap adalah setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang. -mk


[Bergambar] Tanah Runtuh Di Bolivia, 400 Kediaman Musnah

Posted: 01 Mar 2011 03:15 AM PST

Hujan lebat meruntuhkan suatu puncak bukit di ibukota Bolivia, La Paz, akhir minggu lalu. Bencana itu menghancurkan sekurang-kurangnya 400 unit rumah di suatu kawasan miskin di La Paz.

Menurut pejabat berita Associated Press, tanah runtuh itu tidak menimbulkan korban jiwa. Namun, banyak warga kehilangan harta benda, yang hancur ditelan lumpur dan puing-puing.

Menurut Jurucakap Balai Kota La Paz, Edwin Herrera, bencana itu merupakan yang terburuk dialami penduduk La Paz. "Sejauh ini, sekitar 5,000 orang terkena kesannya," kata Herrera.

Penduduk mulai mengosongkan kediaman pada Sabtu malam waktu tempatan. Ketika itu permukaan tanah di Bukit Callapa mulai berguncang setelah dilanda hujan selama beberapa hari. Jalanan bertar banyak yang retak dan sebahagian permukaan tanah tenggelam.

Menteri Pertahanan, Ruben Saavedra, memerintahkan tentara untuk membantu pemindahan dan pemulihan wilayah bencana. Dalam beberapa minggu terakhir, Bolivia dilanda hujan lebat sehingga menewaskan 44 orang.










PRK Merlimau: UMNO Ketandusan Isu Tuduh PAS Kuda Tunggangan DAP

Posted: 01 Mar 2011 01:30 AM PST

Tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan berada dalam Pakatan Rakyat bukan 'perbincangan kedai kopi' sebaliknya mendapat sokongan daripada gerakan Islam di seluruh dunia, lapor harakahdaily.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, keputusan untuk menubuhkan Pakatan Rakyat (dahulu dikenali sebagai Barisan Alternatif) dan bekerjasama dengan parti bukan Islam dicapai hasil perbincangan panjang dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang dipengerusikan oleh Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Menurutnya, Presiden PAS ketika itu Datuk Fadzil Mohd Noor mengarahkan beliau yang ketika itu memegang lajnah antarabangsa PAS Pusat mengatur pertemuan dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam dunia untuk berbincang mengenai pendekatan politik yang harus dilaksanakan di Malaysia.

Ini berikutan pergolakan politik melibatkan pemecatan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dakwaan beliau terlibat dalam kes liwat.

"Kita tubuhkan Pakatan Rakyat pada tahun 1998 bukan kita bincang di kedai kopi tapi dicapai selepas pertemuan 13 orang pimpinan terkanan PAS yang diketuai Allahyarham Ustaz Fadzil (Noor), Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi (Awang), Datuk Harun Taib dan pimpinan lain dengan 13 orang pemimpin gerakan Islam Antarabangsa.

"Majlis itu dipengerusikan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi di England. Tiga hari tiga malam kita bincang akhirnya keputusan dicapai, dibaca sendiri oleh Dr. Yusuf Qardhawi," katanya dalam ceramah di Kampung Chin Chin, dekat sini, malam tadi.

Nasharudin berkata, menurut Dr Yusuf Al-Qardhawi, dalam konteks Malaysia, gerakan Islam harus berkerjasama dengan parti bukan Islam yang menyokong prinsip keadilan dan ingin melawan kezaliman Umno BN.


"Untuk kita bawa risalah keadilan dan untuk rakyat rasa keadilan, menjadi satu dasar kepada pergerakan kerja kita ini, kita kena berganding bahu dengan mana-mana parti politik yang walaupun nama dan dasarnya tidak Islam asalkan mereka itu bersedia menerima prinsip yang diperjuangkan PAS.

"kita kena berkawan dengan dia dan lawan kezaliman yang dilakukan Umno BN," katanya di hadapan kira-kira 200 penyokong yang hadir.

Justeru ujar ahli Parlimen Bachok itu, dakwaan Umno BN bahawa PAS menjadi kuda tunggangan DAP adalah tidak berasas dan menggambarkan parti itu ketandusan isu.

"Umno kata PAS ini kuda tunggangan DAP. Ini perkara yang dimainkan sebab (Umno BN) dah tak ada isu," katanya.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Majlis Mesra Bersama Warga Felda Jengka 23 berkata, PAS sepatutnya bekerjasama dengan Umno untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan umat Islam di negara ini dan bukannya memilih DAP untuk bersahabat.

Petang sebelum ke Chinchin, Ustaz Nasharuddin telah menyampaikan bantuan kepada seorang pesakit di Taman Merlimau Utara di dalam program Muswah anjuran UPU Merlimau Utara. Beliau turut diiringi oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ustaz Khamis Saat, Timb Pesuruhjaya PAS Melaka dan Cikgu Azrin Abdul Majid Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia.

Sejurus selepasnya, satu program hi-tea bersama dengan calon PAS, Tn Hj Yuhaizad Abdullah bersama penduduk tempatan diadakan di Merlimau Corner, di taman berkenaan.


Tiada ulasan: