Kopitiam Bang Nan |
Posted: 22 Mar 2011 06:50 PM PDT Beginilah. Suka tak suka, hendak tak tak nak...aku percaya Anwar Ibrahim akan dipenjarakan dalam kes Saiful ni. Bukan sebab ada bukti atau Anwar bersalah tetapi, in light of court decision today, kita boleh menjangkakan apa yang bakal menimpa pemimpin yang hebat ini. Tak kiralah berapa banyak DNA lelaki di dubur Saiful namun DNA Anwar juga yang jadi pilihan. Inilah yang UMno mahu, inilah yang BN mau, inilah yang Najib mahu, inilah yang balaci2 mereka mahu...dan mahkamah akan memenuhi hasrat mereka. Tak kiralah betapa dubiuospun bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah oleh pihak pendakwaraya. So, Anwar will be behind the bar for another...say 6 years. Jadi apa yang perlu dilakukan oleh Pakatan Rakyat? Pada aku, inilah masanya Pakatan Rakyat perlu (wajib) menonjolkan muka-muka baru untuk mengambilalih kepimpinan yang sedia ada. Kita bukan sahaja perlukan paradigm shift tetapi juga quantum leap bagi memberi nafas baru sekaligus mengarahkan misi Pakatan Rakyat agar lebih fokus membawa Malaysia keluar dari kemelut jahat Barisan Nasional. Apakah Anwar perlu ditinggalkan? Sama sekali tidak. Lawan tetap lawan tetapi Pakatan Rakyat perlu disegarkan dengan pemimpin-pemimpin baru dengan cara dan approach baru yang melangkaui kelesuan dan kebergantungan yang hakiki terhadap susuk tubuh itu. PAS dan DAP tidak ketandusan pemimpin-pemimpin muda yang hebat. Dr. Dzul, Dr. Mujahid, Khalid Samad, DS Nizar, Hanipa Maidin, Dr. Hatta Ramly dan Dato' Tuan Ibrahim adalah muka2 segar dalam PAS. Begitu juga Tony Phua, Anthony Loke dan Nga Kor Meng dari DAP. PKR sudah menonjolkan ramai pemimpin muda dan mereka kelihatan energetic. Apa yang paling diperlukan ialah good governance dan delivery system yang ampuh dan ini hanya mungkin terlaksana dengan tenaga muda yang berdaya maju, innovatif dan effektif. Aproach2 baru yang lebih kreatif mesti diteroka dan ini memerlukan idea baru. Sudah sampai masanya muka-muka lesu (baik tua atau muda) dengan cara lama yang ketinggalan keretapi mengambil giliran untuk duduk di barisan belakang dan menjadi penyokong yang baik pula. Beranikah kita membuat perubahan ini? Jika tidak, 10 tahun lagi kita mungkin akan masih membicarakan soal liwat, seks dengan kambing dan hmmmm...Zulbawe.!! What say you bro? Wallahua'alam. |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan