Selasa, 22 Mac 2011

dollah yankee

dollah yankee


Ini kah Datuk-T?

Posted: 22 Mar 2011 07:05 PM PDT

Gurkah-gurkah politik di'port' pun tercari-cari siapa Datuk-T yang sebenarnya...tapi tak jumpa, yang jumpa ialah Mr.T...
Kah..Kah..Kah..
Banyak sangat soalan daripada jawapan daa... itu kata gurkah-gurkah politik di'port'. Setelah membuat beberapa analisis maka dapat dirumuskan yang lelaki misteri Datuk-T ini boleh jadi millionaire hanya dalam satu malam kalau video itu benar-benar asli. Berapa nilai yang boleh dibayar untuk video itu jika ia melibatkan bakal seorang Perdana Menteri?

Berapa banyak orang-orang dalam umno yang sedang menunggu peluang terbaik untuk membunuh karier Anwar yang mana yang akan 'lari tak cukup tanah' jika Anwar menjadi PM, yang sanggup beli video ini kalau ianya betul-betul asli? 50 million? 100 million? cina kata sab sab sui... gurkah-gurkah kata 100 million nilai seorang Perdana Menteri 'celah gigi' saja lah.

Jadi kenapa Datuk-T ini bersusah payah mahu mendedahkan video ini? (Umi Hafilda mesti cemburu gila sebab dia telah bersusah payah menjelajah seluruh alam untuk mengaibkan Anwar, tapi Datuk-T ini telah jadi 'one nite celebrity' dengan video ini)

Gurkah-gurkah juga tertanya-tanya mengapa ini kejadian kali yang ke-2 mendedahkan isu besar Anwar ini pada hari mahu mengadakan pilihanraya? Ingat kali pertama? Semasa pengumuman SPR tentang pilihanraya kecil permatang Pauh.

'Strategist' ini cukup tahu yang dia tidak mungkin boleh 'saiko'kan kepala otak semua orang yakni seluruh rakyat marhain, tetapi sekurang-kurangnya dia telah berjaya menarik perhatian yang cukup besar dan boleh menjejaskan kredibiliti Anwar untuk lebih kurang 2-3 minggu bila Anwar akan di'kondem' habis-habisan kata "..kita tidak mahu perdana menteri yang suka berzina.." sebelum disahkan yang video itu adalah video rekaan.


dollah yankee -
Samun,curi,rembat $$$ boleh! Kong-Kek? Sorry tak boleh!

Tiada ulasan: