RAKYAT MARHAEN |
- Krisis Yemen: Presiden sedia undur Januari 2012, pembangkang tolak
- Isa sebagai Pengerusi Felda terus dipertikai
- Power : Amerika sahkan buku jingga cilok idea MEB Najib!
- UMNO lebih bemaruah..
- Video seks, siapa tipu Nazri atau Akhbar Bebas?
- Video Seks - Kenyataan Datuk T Yang Kantoi
- Pelik Bila TV3 Siarkan Gambar Babi Dan Anjing Dalam Buletin Utama Tadi
- Rare Earth : Tidak ada negara mahu bina loji pembuangan sisa radioaktif
- Mengenal pasti kesahihan video
- Video : Gagal Fitnah Liwat, Kini Skandal Seks Pula
- SNAP : SARAWAK STATE ELECTIONS 2011
- Anwar : Pakatan-SNAP Gerak Sebagai Satu Pasukan Di Sarawak
- Keputusan Politik : Putrajaya setuju lepaskan Alkitab tanpa syarat, hanya tertera ‘Untuk Kristian’
- Video Sex :Disiasat ikut seksyen 292 Kanun Keseksaan...kata polis lah..!!!
- Pakatan selesai bahagi kerusi p'raya Sarawak
- Video : Pakatan leaders trash sex video as 'dirty tactic'
- Video : Anwar Ibrahim: Police Report On Alleged Sex Video
- Video : Tangan Najib Dalam Video Fitnah
- Karpal : Tangkap segera Datuk T,..... Tapi kat Msia ada dua undang2..!!!
- Adun Pelabuhan Klang: Speaker belum terima notis
- Polis Tidak Akan Menyiasat Laporan Anwar
- Video Seks: Datuk "T" Bodoh dan Datuk Hishammuddin 2 x Bodoh
- Pakatan gesa kempen Pilihan Raya Sarawak minima 21 hari
- Video lucah: Persoalan Di Sebalik Berbagai Jawapan
- Harga getah turun hingga 48 peratus
Krisis Yemen: Presiden sedia undur Januari 2012, pembangkang tolak Posted: 22 Mar 2011 07:54 AM PDT SANAA, 22 Mac — Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh melahirkan kesediaan untuk melepaskan jawatannya setelah mengadakan pilihan raya Parlimen menjelang Januari depan. Beliau enggan menyerahkan tampuk kuasa tanpa mengetahui siapa yang akan menggantikannya, kata seorang pembantunya hari ini. "Presiden Ali Abdullah Saleh (gambar) akan menyerahkan kuasa menerusi pilihan raya (Parlimen) dan pembentukan institusi-institusi demokratik akhir 2011 atau Januari 2012," kata setiausaha medianya Ahmed al-Sufi kepada Reuters. "Ali Abdullah Saleh tidak mahukan kuasa. Ali Abdullah Saleh tidak akan melepaskan jawatan tanpa mengetahui kepada siapa beliau akan menyerahkan jawatan," katanya. Bagaimanapun satu pakatan pembangkang Yemen menolak tawaran Ali Abdullah itu, yang berhadapan dengan tekanan dan siri protes. "Pembangkang menolak tawaran itu yang datang pada masa yang getir ini," kata jurucakap kumpulan utama pembangkang Mohammed al-Sabry kepada Reuters. | ||
Isa sebagai Pengerusi Felda terus dipertikai Posted: 22 Mar 2011 07:53 AM PDT KUALA LUMPUR, 22 Mac: Perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru terus menjadi pertikaian, apabila ia turut dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Isa dikatakan tidak selayaknya dilantik mengetuai Felda kerana beliau bukanlah individu yang boleh diyakini dan berkelayakan, malahan perlantikannya telah memberikan implikasi yang buruk kepada Felda. Disebabkan perlantikan Isa, nama baik dan reputasi Felda sebagai organisasi pembangunan tanah yang unggul di tanah air kini telah terjejas dan ia turut memberikan kesan buruk kepada aset organisasi itu sendiri. Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika membangkitkan perkara itu, bertanya kepada Perdana Menteri apakah rasional Isa dilantik sebagai Pengerusi Felda. "Apakah tindakan kerajaan berikutan kenyataan beberapa penganalisis ekonomi bahawa perlantikan tersebut memberi kesan dan isyarat negatif kepada pasaran?" katanya yang juga Bendahari PAS Pusat pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini. Soalan tersebut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi telah dijawab oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Ketika menjawab soalan itu, Ahmad bagaimanapun tetap mempertahankan perlantikan Isa sebagai Pengerusi Felda yang baru, walaupun ia jelas menafikan realiti sebenar yang berlaku kepada negara, masyarakat Felda dan pandangan pelbagai pihak terutama penganalisis ekonomi. Sementara itu, dalam perbahasan sebelum itu, Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok Suh Sim turut membangkitkan persoalan penting mengenai Perlembagaan Persekutuan dan persempadanan kawasan Parlimen. Beliau antara lain meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan akan meminda Perlembagaan Persekutuan pada tahun ini demi menukar persempadan kawasan Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun). "Kenapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sengaja memindah pengundi ke pusat pengundian yang jauh daripada pusat pengundian asal mereka dan mencetuskan kekeliruan di kalangan pengundi dalam siri pilihanraya kecil yang lepas," katanya. | ||
Power : Amerika sahkan buku jingga cilok idea MEB Najib! Posted: 22 Mar 2011 07:48 AM PDT Buletin utama tadi memang best. Mereka dah mula mainkan lagu kebencian terhadap dsai. Korang tahu BU [singkatan untuk buletin utama okeyh] citer pasal apa tadi? Heh. Meh aku citer. Aku hari neh rajin nak mengata buletin utama. Berita di awal-awal siaran neh ramai orang tengok. Sapa setuju dengan aku? Tak setuju lantak korang la. Ada aku kesah? Heh. Dan BU memang hebat racun minda rakyat. Citer dia macam neh ; 1. Mula-mula BU jemput sapa tah nama perempuan neh dia berhujah mengenai buku jingga. Wanita neh pakar dalam something-something la juga, aku tak catat nama dia tadi. Dia berhujah mengatakan buku jingga tidak realistik. Dia berikan serba sedikit pandangan dia mengapa buku jingga ini tidak realistik. Antara pandangan dia yang aku ingat ialah ; - Buku jingga hanya menerangkan bagaimana wang kerajaan dibelanjakan. - Buku jingga tidak mencatatkan bagaimana kerajaan menjana pendapatan. - Buku jingga akan menambahkan hutang negara ke tahap yang membimbangkan. Okey. Ini adalah seorang pakar yang bercakap. Aku takmo ulas apa yang dia cakap. Tak penting pun pasal bukan bidang aku. Then 2. Ada seorang orang putih dari amerika [ada nama persatuan ke apa ke aku lupa] mengulas bahawa ; - Buku jingga ialah versi copypaste daripada dasar MEB yang diasaskan oleh najib tahun lepas. - Pembangkang tiada idea lain selain mencedok idea najib. So, korang nampak apa yang aku nampak? MEB = buku jingga. buku jingga = tidak realistik kesimpulan nya MEB = Buku jingga = tidak realistik? Korang faham kan? Tapi nampaknya penerbit BU tak faham. Ataupun mungkin team BU nak mengutuk kerajaan dalam diam. Siapa tahu mungkin mereka nak tunjukkan protes mereka kan? Heh. Lepas habis citer neh, mereka sambung isu skandal video seks pula. Mereka buat macam semalam cuma kali neh mereka cuma interview dua orang katak je. Katak yang pertama ialah ; Zahrain. Si zahrain neh cakap ada orang bagi maklumat dalaman kepada dia bahawa konon nya video skandal seks yang melibatkan dsai ialah konspirasi pkr semata-mata. Tetapi maklumat itu dia belum pastikan kesahihannya. Isu skandal seks adalah untuk menutup isu DNA. WOW.. sapa la yang bagi maklumat dalaman tu kat dia kan? Kenapa teori dorang neh asyik bertukar je. Pelik aku. Katak yang kedua ialah ; Zulkifli nordin. ZN pula mengulas bahawa dsai akan menuduh ini semua adalah konspirasi kerajaan. Resepi wajib bagi pkr. Dalam pada itu ZN juga memberitahu dia mendapat maklumat sulit bahawa kepimpinan ulama meminta anwar ibrahim serahkan dna kepada pihak polis untuk siasatan lanjut bagi membuktikan dsai tidak bersalah ataupun mereka akan menimbangkan semula kerjasama dengan pkr dan anwar ibrahim pada masa akan datang. WOW.. apa yang BU buat ialah menyerapkan kepada minda penonton untuk melihat pkr sebagai parti yang wajar dibenci. Mereka juga cuba melaga-lagakan pkr dan pas. Selalunya umno sering mengutuk pas mempergunakan islam tetapi rata-rata orang islam tak percayakan kata-kata umno sebab apa yang mereka jelas nampak ialah umno yang mempermainkan islam. So kali neh mereka tukar strategi dengan memainkan sentimen pkr mempergunakan pas. Dan nampaknya sentimen neh berjaya sebab ramai orang islam geram kat pkr akibat beberapa krisis dalaman dan ketidakcekapan beberapa ahli parlimen pkr menghanddle beberapa isu penting. Lepas tue mereka siarkan pula berita yang datuk t tiba-tiba tak jadi bagi rakaman video terbabit kepada dsai pada hari ini atau pada bila2 masa pun. Sebaliknya dia hanya akan serahkan ia kepada badan penyiasat bebas yang disediakan untuk mengendalikan kes ini. Dia juga menuntut dsai untuk meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu. Aik... aku nak tengok video tue woitttt... ko faham ke tak faham wahai datuk tttttttttipppuuu....! Kan aku dah geram tue. Ambek ko. Heh. Berita neh disiarkan di awal berita. Ini bermaksud ramai yang tengok. Bagi yang tidak tahu memang akan mempercayai bulat-bulat apa yang tv3 rasukkan dalam minda penonton. Macam aku dulu. Aku dulu selalu ingat apa yang tv3 beritakan adalah berita yang benar dan sahih. Ini juga bermaksud mereka dah mula perang manipulasi untuk menang besar di pilihanraya sarawak. Hebat. Mereka ada media arus perdana untuk kekalkan kuasa dan kita? Takde. Apatah lagi kawasan yg kita nak menang neh ialah sarawak yang mana hampir kebanyakkan tempat tiada kemudahan internet. So macam mana maklumat kita nak sampai kat mereka? Ibarat kancil bertanding dengan ferrari. Sukar nak menang tapi bukan mustahil. Ameno : Berani betul ZN jual nama "kepimpinan ulama" tue ya.. sumber dalaman??? Mulut dia makin lama makin lancang menfitnah.. hebat! | ||
Posted: 22 Mar 2011 07:44 AM PDT Salam Sejahtera.. Bila aku terbaca satu artikel di blog pencacai UMNO... Rasa nak berguling-guling aku bila satu soalan bodoh yang dilontarkan oleh penulis yang cuba nak membangangkan pembaca terutama umat melayu mazhab UMNO... Tak apalah, biar aku yang bagi kredit.. diantara Anuar Ibrahim dengan Chua Soi Lek, UMNO sahaja yang lebih bermaruah, bukan sahaja setakat di Semenanjung Malaysia, malah di Sabah Sarawak, lebih lagi,, di sekitar jajahan Asia Tenggara melangkaui Asia, UMNO lebih bermaruah, malah hingga ke peringkat dunia, keseluruhan makhluk dunia, manusia, jin syaitan dan binatang semuanya tahu yang UMNO lebih bermaruah... UMNO bermaruah.. Tak payahlah aku nak kena ulas kenapa UMNO 1Malaysia lebih bermaruah, moga-moga selepas PRU13 nanti UMNO akan jadi arwah.. Amin ya rab bal alamin.... | ||
Video seks, siapa tipu Nazri atau Akhbar Bebas? Posted: 22 Mar 2011 07:03 AM PDT Sebelum ini Portal Berita Bebas atas talian, Malaysian Insider melaporkan bahawa ramai di kalangan ahli parlimen Barisan Nasional telah menyaksikan sendiri video lucah, yang dikatakan skandal seks lelaki mirip Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur wanita cina. Portal tersebut mendakwa video tersebut ditayangkan di dalam sebuah laptop milik kakitangan parlimen. Bagaimanapun didakwa laptop tersebut telah dirampas berikutan tersebarnya video tersebut [Msian Insider]. Namun begitu, selepas dibidas kerana membenarkan video lucah ditayangkan di parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz menafikan laporan itu. Katanya Malaysian Insider yang salah lapor. Berani betul Malaysian Insider buat cerita bohong kan? Sampai kata laptop kena rampas. Tapi bohong rupanya, siapa kata bohong? Nazri Aziz yang kata kah kah kah... [Utusan] ReJaM© "Budak kecik pun boleh gelak dengar menteri buat cerita bohong... siapa percaya angkat kaki! kah kah kah..." | ||
Video Seks - Kenyataan Datuk T Yang Kantoi Posted: 22 Mar 2011 06:56 AM PDT Ulasan GB Pertama, bagaimana batang tubuh yang memegang video lucah itu mengetahui bahawa ia adalah rakaman asal video berkenaan jika bukan beliau sendiri yang terlibat di dalam menghasilkannya? Kerana sebelum ini dilaporkan bahawa: Datuk T memberitahu, pita rakaman itu ditemuinya secara tidak sengaja di bilik hotel tempat didakwa berlakunya hubungan seks ketika dia disuruh oleh pemimpin politik itu mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel. Yang ditemui itu mungkin salinan, mungkin yang telah diubahsuai, mungkin telah mengalami sentuhan perisian komputer, BUKAN RAKAMAN ASAL. Jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu konspirasi yang kantoi. Kedua, ketulenan pita itu memang diragui kerana dewasa ini CCTV yang murah pun adalah jenis berwarna. Tetapi video lucah yang dipertontonkan itu adalah hitam-putih. Tidak sukar untuk memberi jawapan mengapa rakaman itu sengaja dihitam putihkan oleh para konspirator - iaitu untuk melindung dan memadamkan kesan "superimposed" yang jelas tampak jika ia di dalam keadaan berwarna sekalipun di tahap 8 bits/channel. Malah tahap warna hitam di skala grey scale itupun dipertingkatkan untuk tidak menampakkan sebarang kesan ton warna. Ketiga: Datuk T berkata: "Oleh itu, saya memutuskan untuk tidak menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa. Saya akan menyerahkan kepada suruhanjaya awam yang terdiri daripada media dan NGO," katanya. Besar sangat pangkat DATUK kamu sehingga boleh mengatasi undang-undang dan tidak mahu menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa? Ini menunjukkan kamu adalah sebahagian dari kumpulan yang melakukan konsprasi itu. Keempat: Dalam kenyataan itu, Datuk T berkata, suruhanjaya yang disyorkan agar dibentuk boleh menghantar jam tangan tersebut kepada pakar forensik untuk menentukan sama ada DNA ditemui sepadan dengan pemimpin tersebut. Sekali lagi persoalan DNA ditimbulkan. Saya katakan bahawa jam itu mungkin jam Anwar dan DNA mungkin sepadan tetapi ia tidak menjelaskan apa-apa hubungkait mengenai video seks berkenaan. Kerana anda mungkin sebagai anggota polis SUDAH mempunyai simpanan DNA Anwar yang boleh dicalitkan di mana-mana sepertimana dicalitkan didubur Saiful! Kelima, kalau kamu anak jantan, kita cabar Datuk T itu usah berselindung. Dedahkan diri kamu siapa jika benar kamu seorang yang disuruh oleh Anwar mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel tersebut? Setakat artikel ini ditulis, Datuk T belum ditahan sedangkan Anwar sudah membuat laporan polis. Semakin jelas kini siapa beliau sebenarnya. Kami ada Tuhan untuk kami berlindung dan bermohon, (bukan sekadar Suruhanjaya), agar Allah mendedahkan siapa kamu sebenarnya, dan mendedahkan segala konspirasi ini. | ||
Pelik Bila TV3 Siarkan Gambar Babi Dan Anjing Dalam Buletin Utama Tadi Posted: 22 Mar 2011 06:48 AM PDT | ||
Rare Earth : Tidak ada negara mahu bina loji pembuangan sisa radioaktif Posted: 22 Mar 2011 06:28 AM PDT Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempersoalkan kewajaran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengeluarkan lesen bagi membenarkan kawasan Gebeng di Kuantan dijadikan lokasi memproses 'rare earth' yang menghasilkan sisa buangan radioaktif. Beliau mengulas jawapan menteri berkenaan, Datuk Dr Maximus Jonity Ongkili bahawa kementerian itu akan mengeluarkan lesen kepada pemaju, Lynas Corp Ltd, selepas mendapat kelulusan agensi alam sekitar di bawah kementerian yang sama dengan kerjasama kerajaan kerajaan tempatan. Menurut Fuziah, keputusan itu tidak mengambil pandangan rakyat terbanyak, khususnya mereka yang tinggal berhampiran lokasi berkenaan yang akan berdepan dengan risiko kesihatan. "Kenapa Malaysia menerima tawaran syarikat dari Australia ini? Sedangkan tidak ada negara di dunia kecuali China yang sanggup untuk menerima dan mahu membina loji pemprosesan tersebut di negara mereka, " kata Fuziah pada soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini. Beliau juga mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembinaan loji berkenaan tidak memberikan sebarang mudarat. "Sisa thorium ini bukan radioaktif biasa. Ia mempunyai 'half life' (jangka hayat) berbilion tahun. Faktanya ialah selama 30 tahun tidak ada satu pun negara di dunia yang mahu menjadikan negara mereka sebagai pusat memproses sisa tersebut. "Mengapa pula kita yang mahu menerima? soal Fuziah. Dalam pada itu, Fuziah mendedahkan bahawa, sebelum ini Lynas pernah memohon kepada kerajaan Terengganu atas tujuan yang sama dengan berdasarkan 'Radioactive Waste Management Code Of Practise 1988 mengikut standard China. Sedangkan, syarikat itu seharusnya memohon pembinaan loji tersebut dengan bersandarkan kepada 'Radioactive Waste Management Code Of Practise 1992′ seperti di Asutralia. Lynas merupakan syarikat milik penuh Australia dan dianugerahkan selama 12 tahun kebenaran dan tanpa perlu membayar cukai. Jumlah eksport mereka apabila beroperasi sepenuhnya adalah kira-kira RM8 bilion setahun. "Mereka tidak langsung perlu membayar cukai, sebaliknya meninggalkan risiko sisa buangan radioaktif. Kita bimbangkan keselamatan rakyat setempat," tegas beliau. Beliau turut membidas alasan yang dikemukakan Mosti bahawa pembinaan loji tersebut merupakan usaha mewujudkan peluang pekerjaan sebagai tidak masuk akal. "Ia hanyalah alasan untuk menerima kelulusan pembinaan kilang tersebut," ujar Fuziah. Bantahan Rakyat : http://www.thepetitionsite.com/1/stop-lynas/ STOP LYNAS!
We, the undersigned, want the government to stop Lynas Malaysia Sdn. Bhd. from operating its rare earth refining plant in Kuantan or anywhere in Malaysia. We do not have faith in the safeguards claimed to have been put in place to ensure that there will not be radioactive leakages neither do we feel assured that the waste will be disposed properly. We do not want to face a radioactive problem in our backyard and we do not want to subject ourselves or our family members to severe health problems. YB Fuziah Salleh MP of Kuantan, Malaysia On behalf of the Concern Citizens of Kuantan
| ||
Mengenal pasti kesahihan video Posted: 22 Mar 2011 06:20 AM PDT Sebaik sahaja meletup kisah video seks seorang lelaki menyerupai Ketua Pembangkang mengadakan seks oral dan diikuti dengan penetrasi pelbagai posisi di sebuah hotel, pimpinan pembangkang segera mempertikaikan kesahihan video tersebut sebagai 'doctored' dan 'tampered'. Bagaimanapun beberapa jam kemudian, yang tertuduh pula seolah-olah mengakui kesahihan video tersebut tetapi menafikan lelaki itu adalah dirinya. Lelaki itu adalah seseorang yang menyerupai dirinya cuma perutnya sedikit buncit. Kata Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kepada kebanyakan kita, hanya Wan Azizah dan tuan punya tubuh sendiri yang mampu mempertikaikan kesahihan dakwaan bahawa lelaki di dalam video itu bukan Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, saya suka untuk mengulas sedikit berhubung dengan dakwaan video tersebut dihasilkan dengan teknik-teknik kesan visual bagi menampakan bahawa pemainnya adalah Anwar Ibrahim walhal pada waktu yang sama, ianya bukan Anwar Ibrahim. Saya berseloroh dengan seorang yang bertanya kepada saya kesahihan video tersebut bebas dari kesan khas. Jawab saya, beri saya sebuah peti televisyen berdefinasi tinggi 62 inci, saya akan beri jawapannya. Apakah video sedemikian boleh di buat? Jawab saya tidak dan jawab saya juga boleh. Jawab saya tidak adalah kerana video adalah gambar bergerak, untuk filem ia bergerak dengan kelajuan 24 frame per saat dan untuk video lebih 25 frame se saat. Ia bukan gambar still seperti mana Tian Chua pernah mencantumkan gambar Perdana Menteri Najib Razak dan Abdul Razak Baginda dengan seorang wanita yang didakwa oleh Tian Chua sebagai Mendiang Altantunya. Tian Chua harus mengolah 24 frame gambar tersebut untuk menjadikan ianya bergerak untuk sesaat. Untuk menggerakkan satu adegan dalam filem selama 17 minit, ia memerlukan 24,480* frame di olah sedemikian rupa. Lebih banyak lagi jika format asalnya ialah video. Jadi bagi saya video tersebut tidak boleh dihasilkan. Tetapi bagaimana pula saya juga menjawab ia boleh dihasilkan. Iya, kita terpengaruh dengan kehebatan kesan tampak Hollywood terutama sejak munculnya kesan tampak (visual) digital era pasca Jurassic Park. Benarlah ianya mampu dihasilkan bagaimanapun, ianya hanya boleh dihasilkan didalam suasana terkawal. Apa itu suasana terkawal? Suasana terkawal ialah adegan tersebut dihasilkan dengan menggunakan beberapa teknik kesan khas dan kesan tampak. Sumber asal sering dirakam ia dalam studio khas dengan menggunakan tirai latar belakang khas. Juga jika adegan itu memerlukan pemainnya melakukan beberapa pergerakkan, maka sejenis kamera khas dengan alat kawalan pergerakan (motion control) digunakan. Penyelenggara kesan tampak diperlukan untuk berada dilokasi bagi menasihati pengarah dan selain daripada monitornya, pengarah juga disediakan sebuah monitor yang menyiarkan gambar yang sudah digabungkan. Ia bagi memastikan sebarang kejanggalan dapat dielakkan. Apakah hasil kerja-kerja kesan tampak boleh dikesan di dalam sesebuah karya? Iya, sebarang kerja-kerja kesan tampak masih boleh dikenalpasti di dalam sesebuah karya bagi mereka yang memahaminya. Bagaimana kita mengenalpasti kesan-kesan tampak yang terdapat di dalam sesebuah adegan? Terdapat dua kegunaan kesan tampak, pertama ialah bagi 'enhance' sesebuah adegan. Selalunya ia tidak dominan, dan sering terlepas pandang. Kadang-kadang ia digunakan bagi memadamkan beberapa latar belakang dalam sesebuah adegan. Kadang-kadang ia digunakan untuk membina latar belakang dan props di dalam sesebuah adegan. Kegunaan kedua ialah untuk membentuk pemain atau objek yang merupakan subjek penting di dalam sesebuah adegan atau filem. Contohnya kesan tampak digunakan untuk membina dinasour atau barisan jutaan atau ribuan tentera. Sudah tentu kesan tampak sebegini mudah kita kenalpasti dari mula lagi. Contohnya dinasour dalam Jurassic Park atau wakak-watak bukan manusia di dalam Lord of The Rings. Kita tentu sekali tahu itu adalah kesan tampak kerana benda-benda itu tidak wujud di dalam dunia kita hari ini. Saya rasa rumusan tersebut sudah cukup menjelaskan segala-galanya. Bagaimana pula jika dikatakan video tersebut dihasilkan dengan gabungan beberapa petikan video Anwar dan dicantumkan dengan video pemain yang menyerupai Anwar? Jawapannya ialah ia boleh dibuat dan senang dikenalpasti. Sekiranya Anwar bukan pelaku yang rela, ini bererti video Anwar dihasilkan di dalam suasana tidak terkawal. Oleh yang demikian walaupun pelbagai teknik kesan tampak boleh digunakan untuk 'enhance' video tersebut bagi mengelak kejanggalannya, ia masih boleh dikenalpasti. Perbandingan dari aspek penataan cahaya dan bebayang boleh dinilai dan walaupun ianya boleh di 'enhance' secara digital ia masih boleh dikenalpasti. Kedalaman fokus di antara shot asal dan shot-shot seterusnya akan menjelaskan penggunaan lensa dan jenis lensa. Sebarang ketidak konsitennya boleh dibaca. Ini adalah antara kaedah paling mudah dan tidak kurang teknikal untuk dikenalpasti. Rumusannya, kemunculan video ini adalah sama juga dengan keperluan DNA Anwar untuk membersihkan namanya. Kedua-duanya hanya Anwar yang dapat membersihkan dirinya. Bagi kita yang yakin dengan kebersihan Anwar, tidak ada apa yang hendak dirisaukan. Penyelesaiannya ada pada Anwar Bin Ibrahim. Dan memandangkan semalam yang dituduh sudah menafikan pengbabitannya di dalam video tersebut, maka pelakon lelaki didalam video itu harus disebut sebagai 'Lelaki Y'. | ||
Video : Gagal Fitnah Liwat, Kini Skandal Seks Pula Posted: 22 Mar 2011 05:39 AM PDT | ||
SNAP : SARAWAK STATE ELECTIONS 2011 Posted: 22 Mar 2011 05:13 AM PDT MEDIA STATEMENT
For immediate release Date: 22 March 2011 Following the announcement on 15 March 2011, when the Sarawak National Party (SNAP) revealed its first list which consisted of sixteen candidates, today SNAP is very pleased to announce the names of our candidates for an additional 11 constituencies for the impending state elections. They are: 1. Ateng Jeros (N. 17 Tarat) 2. Anthony Nais (N. 18 Tebedu) 3. Ivanhoe Anthony Belon (N. 26 Bukit Begunan) 4. Bakin Umpa (N. 42 Meluan) 5. Alexius Douglas (N. 43 Ngemah) 6. Munan John Andrew (N. 52 Tamin) 7. Adang Anak Jirau (N. 53 Kakus) 8. Douglas Alau (N. 54 Pelagus) 9. Toh Heng San (N. 55 Katibas) 10. Rosnah Bte Mohamad (N. 58 Jepak) 11. Lawrence Cosmas Sundang (N. 69 Batu Danau) With today's 11 candidates, we now have a total of 27 candidates. We were initially planning to announce 13 names today, which would have meant that we would have nearly a full complement of candidates for all of the Dayak seats in Sarawak. However, we leave 2 seats, specifically Ba'kelalan and Batang Ai because these are 'hot seats' and PKR is understood to want to announce the names of Baru Bian and Nicholas Bawin as candidates in these respective constituencies. Both Baru Bian and Nicholas Bawin are exemplary Dayak leaders. There are those who we have already confirmed but have requested that their names are not to be released until a later date. Altogether we intend to contest in 40 constituencies. SNAP reiterates that it is a multiracial party and welcomes Malays, Melanaus and Chinese to its membership. However, its base has been the Dayak peoples of Sarawak and over the years it has been the political party where Dayaks congregate. Now, in 2011 SNAP is growing again very nicely and it is well on the way to become the political platform where Dayaks could once again unite. Since last week's announcement, SNAP candidates have been diligently working the ground in their various constituencies. The feedback received has been very positive and encouraging. People see the return of a rejuvenated and re-energised SNAP as very welcome news and want us to be the crucial player to change the political landscape of the state. As a responsible party, we have to respond to the requests from the grass-roots. Of equal importance is the fact that SNAP reiterates that our preference is for straight one-against-one contests against the ruling party. This is because in Dayak-majority areas particularly, we have the better chance of winning compared to any other opposition party. The coming Sarawak state elections will be nothing less than a watershed in the political history of the state and for that reason, SNAP wants to be the party that unites the multi-racial people Sarawak. SNAP also stands for Dayak unity, and SNAP intends to contest in as many seats as we deem possible. SNAP was born in Sarawak, grew up in Sarawak and therefore will always have the interests of Sarawakians in mind. SNAP is the Parti Asal Bansa Sarawak. God bless the people of Sarawak. EDWIN DUNDANG
President
Sarawak National Party (SNAP) -- SARAWAK NATIONAL PARTY (SNAP)Parti Asal Bansa Sarawak SNAP Headquarters, Rubber Road, 93400 Kuching, Sarawak | ||
Anwar : Pakatan-SNAP Gerak Sebagai Satu Pasukan Di Sarawak Posted: 22 Mar 2011 05:11 AM PDT KUALA LUMPUR 22 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan Pakatan Rakyat dan Parti Kebangsaan Sarawak akan bergerak sebagai "satu pasukan" dalam mencabar Barisan Nasional pada pilihanraya negeri itu. SPR akan bermesyuarat esok untuk menetapkan hari penamaan calon dan tarikh mengundi untuk 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan dipertandingkan. Anwar menolak dakwaan kononnya Pakatan Rakyat yang merangkum Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS tidak sehaluan dengan SNAP dalam soal pengagihan kerusi. "Soal rundingan di antara parti sudah pun hampir selesai. Kita sudah bersetuju dalam semua kerusi-kerusi yang akan dipertandingkan di antara tiga-tiga parti dan juga SNAP," kata Anwar. "Ada beberapa perkara kecil dan beberapa kerusi lain yang akan diputuskan dalam beberapa hari lagi tetapi dari segi keseluruhannya kita dah bersetuju dengan pengagihan kerusi dan kita akan bekerja sebagai satu pasukan," tegas beliau. Anwar yang juga Ketua Umum PKR turut menggesa SPR memastikan pilihanraya diadakan secara telus dan adil selain membenarkan tempoh berkempen selama tiga minggu, memandangkan kekangan logistik untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Sarawak. "Kita telah menggesa supaya Sarawak memperkenalkan sistem pilihanraya yang bersih dan adil dengan… ruang media mengelakkan sebarang sekatan dan kertas undi dan undian pos yang telus," tegas Anwar. "Kalau tidak, nyata Sarawak (akan jadi ) satu lagi contoh di mana kerakusan kuasa BN Sarawak dan BN Malaysia untuk merebut kemenangan dengan cara tipu helah bertentangan dengan prinsip dan amalan demokrasi," kata Anwar. | ||
Keputusan Politik : Putrajaya setuju lepaskan Alkitab tanpa syarat, hanya tertera ‘Untuk Kristian’ Posted: 22 Mar 2011 05:08 AM PDT KUALA LUMPUR, 22 Mac — Kerajaan menggugurkan dua syarat pelepasan kesemua 35,100 naskhah Alkitab yang ditahan Kementerian Dalam Negeri — dilihat sebagai keputusan menerima desakan agar tidak mengenakan sebarang syarat, jika tidak enggan menerima buku suci penganut Kristian dalam Bahasa Malaysia itu. Sebaliknya, hanya cap "Untuk Kristian" (For Christianity) akan diletakkan berbanding tag dan nombor siri sebelum ini. Langkah itu diumumkan sehari selepas Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya negeri ke-10. Tarikh pilihan raya akan diumumkan esok. Daripada 35,100 naskhah yang ditahan itu, 30,000 tersadai di Pelabuhan Kuching manakala bakinya di Pelabuhan Klang. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dalam kenyataan dikeluarkan petang ini. | ||
Video Sex :Disiasat ikut seksyen 292 Kanun Keseksaan...kata polis lah..!!! Posted: 22 Mar 2011 05:06 AM PDT Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan klip video aksi seks di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata laporan polis telah diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi. "...apa yang saya boleh katakan polis akan menyiasat kes ini," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini. Mengikut peruntukan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. Anwar membuat laporan di Ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur pagi ini berhubung video yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara semalam. Dalam laporan itu, di mana salinan diedarkan kepada media, Anwar menafikan penglibatannya dalam video lucah itu. Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks. Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini. Sementara itu, Ismail memberi amaran kepada pihak yang terbabit dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan datang, agar tidak melanggar peraturan sehingga boleh mencetuskan insiden yang tidak diingini. Katanya pada masa yang sama, para penyokong parti-parti politik yang terlibat dalam pilihan raya itu nanti, perlu bersikap matang dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan. Beliau berkata polis telah bersiap sedia untuk berkhidmat sepanjang pilihan raya itu dan tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap pihak yang melanggar peraturan. "Semua pihak termasuk para penyokong parti politik diingatkan untuk mematuhi undang-undang serta prosedur yang ditetapkan dan tunjukkan moral yang tinggi," katanya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian untuk pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10, esok. - Bernama | ||
Pakatan selesai bahagi kerusi p'raya Sarawak Posted: 22 Mar 2011 05:04 AM PDT KUALA LUMPUR, 22 Mac: Pengagihan kerusi bagi PAS, PKR dan DAP bagi pilihan raya negeri Sarawak telah selesai dan Pakatan Rakyat bersedia bekerja sebagai satu pasukan di negeri itu. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketiga-tiga parti termasuk Snap bersetuju dengan kerusi yang ditetapkan. "Secara keseluruhan kita telah bersetuju dengan pengagihan kerusi dan kita akan bekerja sebagai satu pasukan Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang, bangunan Parlimen, sebentar tadi. Tiga pengarah jentera pilihan raya yang akan menyelaras jentera kempen Pakatan Rakyat ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, dan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Tan Kok Wai. | ||
Video : Pakatan leaders trash sex video as 'dirty tactic' Posted: 22 Mar 2011 05:01 AM PDT | ||
Video : Anwar Ibrahim: Police Report On Alleged Sex Video Posted: 22 Mar 2011 04:34 AM PDT | ||
Video : Tangan Najib Dalam Video Fitnah Posted: 22 Mar 2011 04:31 AM PDT | ||
Karpal : Tangkap segera Datuk T,..... Tapi kat Msia ada dua undang2..!!! Posted: 22 Mar 2011 04:29 AM PDT Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh. Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal. Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu. Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam. | ||
Adun Pelabuhan Klang: Speaker belum terima notis Posted: 22 Mar 2011 04:18 AM PDT Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata beliau setakat ini masih belum menerima notis mahkamah berhubung kedudukan wakil rakyat Pelabuhan Klang. Teng berkata demikian ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini sama ada bekas ADUN PKR itu akan hadir ke sidang DUN Selangor yang akan bermula pada 28 Mac. Teng (kiri) bagaimanapun sekadar berkata, dari segi teknikal, beliau masih belum diberikan notis berhubung status Badrul Hisham. "Setakat ini kita masih belum (terima) perintah mahkamah bahawa beliau masih lagi seorang ADUN. "Tapi siapa tahu, saya mungkin akan diserahkan dengan satu perintah (mahkamah) pada Jumaat ini," katanya lagi. Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Februari lalu memutuskan bahawa Badrul Hisham masih kekal sebagai ADUN. Keputusan mahkamah itu membatalkan satu notis yang dikeluarkan oleh Teng bahawa kerusi DUN Pelabuhan Klang telahpun dikosongkan. Tidak puas hati dengan keputusan itu, Teng kemudiannya memfailkan satu lagi permohonan untuk mengenepikannya, sebaik mahkamah membuat keputusan berkenaan. | ||
Polis Tidak Akan Menyiasat Laporan Anwar Posted: 22 Mar 2011 04:12 AM PDT Iya saya yakin berpandukan sejarah masa lampau polis tidak akan segera menyiasat laporan Anwar berhubung pendedahan vido lucah yang dikatakan membabitkan dirinya. Mungkin alasan seperti mana digunakan spekaer dewan rakyat, perkara itu bukan perkara perlu disegerakan. Hari ini dengan ditemani kira-kira 100 orang penyokong termasuk pemimpin PKR dan Pas Anwar telah membuat laproan polis di Balai Polis Dang Wangi. Anwar menyifatkan pendedahan itu untuk melenyapkan kerier politiknya. Kenapa saya berkata demikian kerana tidak mungkin untuk polis menyiasat sesutau perbuatan atau kegiatan yang dilakukan sendiri. Anwar membayangkan pendedahan itu tidak mungkin berlaku kalau bukan melibatkan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Seperti mana saya katakan sebelum ini, andaian itu tepat dan benar sekali. Kalau kerja busuk dan jijik itu tidak mendapat restui pihak berkuasa tidak mungkin ianya dilakukan di Carcosa Sri Negara? Walhasil balik asal laporan Anwar itu akan tinggal laporan sahaja kecuali pihak konspirator sudah mengatur pelan agar mereka disiasat polis untuk membolehkan mereka mendedah apa yang masih menjadi misteri itu. Makanya kita tunggu dan lihat. MSO | ||
Video Seks: Datuk "T" Bodoh dan Datuk Hishammuddin 2 x Bodoh Posted: 22 Mar 2011 04:04 AM PDT Oleh: mohdnoorawang "Rakyat digembarkan dengan satu rakaman FITNAH video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yag berdurasi selama 20 hingga 30 minit. Kerja Fitnah diketuai seorang begelar "Datuk T" mengikut sumbar dari akhbar atau porter berinternet dan akhbar arus perdana Malaysia. Yang amat malang komen Datuk Hishamuddin Naib presiden Umno Malaysia da menteri dalam negeri dalam media tv sungguh mengecewakan, malah komennya mahu mengenakan Anwar Ibrahim. Kerja fitnah dan rakaman video seks terhadap Anwar Ibrahim diwar-warkan oleh pehak wartawan adalah kerjasama dari pehak berkuasa keselamatan atau dari cawangan khas pdrm bersama geng Datuk T. Jika benar untuk memerangkap Anwar Ibrahim sepatutnya tindakkan perlu diambil oleh geng Datuk T:- 1- Jika betul individu itu Anwar sedang bersetubuh mengapa tidak melaporkan kepada pehak berkuasa seperti PDRM dan JABATAN UGAMA ISLAM?. 2- Semasa adegan seks sepatutnya pehak geng Datuk T dan PDRM dan JABATAN UGAMA ISLAM MENYERBU KEDALAM BILIK HOTEL TERSEBUT. Mengapa tidak bertindak sedemikian?. 3- Sepatutnya Datuk T dan PDRM serta JABATAN UGAMA ISLAM bergabung tenaga dan pegawai pegawainya kerana pehak geng Datuk T telah menghidu kehadiran insan yang bernama Anwar Ibrahim di bilik hotel tersebut. 4- Mengapa geng Datuk T begitu lambat untuk dipetontonkan kepada wartawan media adegan seks Anwar Ibrahim , kerana adegan seks diambil bertarikh 21/02/2011 melalui rakaman litar tertutup di bilik hotel. 5- Jelas dan cukup terang dan cukup nyata pehak geng datuk T dan kerajasma pehak keselamatan dan pehak berkuasa BN/UMNO menjadi dalang untuk menjatuhkan dan menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jikak benar video seks itu dirakam adalah adegan seks atau lucahadlah menjadi satu kesalahn jenayah yang serius. Sepatutnya Hishammuddin menteri yang menjaga keselamatan@ PDRM bertindak menangkap serta mendakwa kerana kesalahan merakam, menerbit, memiliki, video seks. Jika benar rakaman vidoe seksyang dirakam itu batang tubuh Anwar Ibrahim serah sahaja kepada Jabatan Ugama Islam dan PDRM untuk menentukan watak ataknya dan ketulinan dan kesahihan video tersebut. Saranan kepada Hishammuddin menteri yang menjaga PDRM sepatutnya bertindak merampas video seks tersebut dan mengheret geng Datuk T serta yang dikatakan Anwar Ibrahim kemuka pengadilan. Jika tidak ada tindakkan dari Hishamuddin, rakyat menghukum Hishamuddin 2x bodoh dan Datuk T pun cukup bodoh tindakannya." | ||
Pakatan gesa kempen Pilihan Raya Sarawak minima 21 hari Posted: 22 Mar 2011 04:02 AM PDT "Jika perkara ini tidak dilaksanakan, nyatalah bahawa pilihanraya di Sarawak ini adalah satu lagi contoh kerakusan Barisan Nasional untuk merebut kemenangan dengan cara tipu helah yang bertentangan dengan prinsip demokrasi. "Seperti mana di dalam tuntutan kita minggu lalu, kesemua sistem termasuk kertas undi, undi pos perlu telus, manakala tiada sekatan terhadap ruang media," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen, hari ini. Turut hadir dalam sidang media itu ialah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul hadi Awang, Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali. Dalam pada itu beliau memaklumkan, rundingan di antara parti-parti Pakatan Rakyat mengenai pembahagian kerusi hampir selesai, termasuk rundingan bersama Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). "Masih ada beberapa lagi perkara yang belum selesai dan kita akan putuskan dalam beberapa hari lagi. Secara keseluruhannya kita akan bergerak sebagai satu pasukan atas nama Pakatan Rakyat," tambah Anwar. | ||
Video lucah: Persoalan Di Sebalik Berbagai Jawapan Posted: 22 Mar 2011 04:01 AM PDT Oleh ramziredang "Hasil dari pembacaan berbagai artikel, isu yang sedang heboh diperkatakan sekarang tentang video lucah dapatlah disimpulkan balik bahawa ia sebenarnya adalah video lucu. Kita cuma memerlukan tempoh seminggu lagi untuk membuktikan ianya video lucu kerana pembikinnya Datuk 'T' berjanji akan mendedahkannya. Ada sebab yang boleh kita rumuskan sesuatu yang amat bodoh lucah ini akan bertukar menjadi sesuatu bodoh lucu. Perhatikan persoalan di bawah. 1. Hishamuddin berkata jangan ada sesiapa yang berani menuduh polis terlibat dalam pembikinan video ini. Opss...ada orang tuduh ke 2. Nazri Aziz kata kenapa Anwar mengadakan sidang akhbar dan menafikannya sedangkan tidak ada orangpun menuduh Anwar terlibat. Tak ah, berita sekarang mungkin tuduh nazri kutttt. 3. Ketika saya mencari jam tersebut di sebalik cermin, saya terlihat banyak wayar yang berserabut di belakang cermin, lalu saya terjumpa camera video di dalam laci yang terkunci. Saya mengambilnya. (Soalan cepumas untuk saya. Kenapa saya mencari jam di sebalik cermin. Adakah saya telah tahu bahawa kebiasaannya Anwar akan menanggalkan jam dan meletakkan disebalik cermin? Adakah saya telah menyedari adanya adegan sex telah berlaku lalu saya mengambil kamera video tersebut. Saya tidak tahu siapa yang memasang kamera tersebut. Mungkin pihak hotel yang merakamkannya lalu saya mencuri harta hotel tersebut. Saya juga menjadi penayang video lucah kepada umum di dalam hotel. Adakah anda menyangka saya akan ditangkap? Heh heh heh saya tidak akan ditangkap polis kerana saya tidak ada apa apa hubunganpun dengan orang atasan BN) Selepas ini sesiapapun boleh menayangkan video lucah kepada umum dalam bilik hotel tanpa ditangkap polis. Saya hanya menayang sekejab sahaja video tersebut dan tidak menyebarkan kepada umum seperti video Pelakon Utama parti Lucah Negara Chua Soi Lek. Video chua cepat cepat tersebar kerana hendak membuktikan memang dia, Sedangkan video ini saya akan simpan kerana sangat sangatlah ianya Anwar. Video ini juga tidak akan disiarkan langsung di dalam berita tv seperti video Chua kerana alasan saya ialah ianya memang Anwar. Tentu sahaja seluruh negara ternanti nanti untuk melihat dan menantikan kesahihan dakwaan saya, jadi saya akan 'jual mahal'. Saya juga berjanji akan menyebarkannya di media antarabangsa dan saya telah mengedarkannya..opss..saya telah mengedarkannya ke? 4. Wartawan yang menonton video tersebut ada memberitahu bahawa pelakonnya mirip Anwar tetapi perutnya lebih buncit. Ahhh mungkin ketika itu baru lepas makan. 5. Pada 21 feb, Anwar sentiasa meng'update twitter dan facebook' ketika kejadian.(untuk makluman penulis artikel ini juga adalah follower twitter Anwar)...ahhh mungkin 'sambil kerja sambil juga kerja'. 6. Saya zulkfili nordin dan saya berkopiah kerana saya berimej islam. Saya memang belum melihat video tersebut tetapi saya pasti pelakonnya adalah Anwar. Sebab Islam yang saya bawa mengajar saya mengesahkan sebelum melihat bukti kerana ada ayat quran atau hadis yang saya belajar supaya tidak menyiasat sesuatu berita dan jangan takut samada berita itu dari kalangan munafik...ops ada ke saya belajar ayat ni? 7. Saya ulama negara. Orang selalu menuduh saya sebagai ulama bisu padahal saya tidak bisu. Cuma dalam berita yang seperti ini saya tidak mahu bersuara. Anda boleh berkata macam macam terhadap saya tetapi tahukah anda berapa gaji saya? ah ah ah? kalu gaji saya ilang macamana? Tidakkah Islam melarang kita tidak bekerja? Nanti anak isteri kita akan susah, padahal Islam menetapkan suami sebagai penanggung nafkah. Anda tahu ke? 8. Dengan berita ini tersebar walaupun ianya belum dipastikan, maka saya dapat untung. Siapakah saya? | ||
Harga getah turun hingga 48 peratus Posted: 22 Mar 2011 03:59 AM PDT KUALA LUMPUR, 22 Mac: Harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal berada di paras tinggi sejak 5 tahun lalu hanyalah pada kedudukan umum, tetapi kini para penoreh getah kembali terhimpit apabila harga komoditi utama itu telah turun mendadak sehingga 48 peratus. Sehubungan itu, kerajaan diminta menubuhkan stok pengimbal getah negara bagi mengawal harga komoditi utama itu agar terus kekal tinggi dan tidak naik dan turun mendadak. Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, penurunan harga getah sehingga 48 peratus berlaku sejak dua minggu lalu apabila harga sekilogram getah sekerap hanya RM4.60 berbanding harga tertinggi sebelum ini RM8.80 sekilogram. Menurut beliau, penurunan harga sehingga RM4.20 sekilogram itu tentunya amat membebankan para penoreh getah, tetapi harga itu juga belum diketahui sama ada akan terus bertahan pada paras itu atau akan terus turun lagi sehingga lebih membebankan para penoreh getah di kampung-kampung. Katanya, untuk menjaga kebajikan para petani, peneroka dan penoreh getah, beliau telah bertanyakan kepada pihak kerajaan apakah langkah yang dilakukan agar harga komoditi utama itu terus kekal tinggi menerusi soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat semalam. "Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin itu memang betul, tetapi ia tidak merujuk kepada keadaan sebenar harga getah sejak dua minggu kebelakangan ini yang telah turun mendadak sehingga sebanyak itu," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini. Semalam ketika menjawab pertanyaan Wan Abdul Rahim, Hamzah menjelaskan harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal di paras tinggi sejak 5 tahun lalu. Contohnya, harga purata minyak sawit mentah (crude palm oil - CPO) pada tahun 2010 adalah di paras RM3,620 setan berbanding dengan RM1,395 setan pada tahun 2005, iaitu kenaikan sebanyak 159 peratus dalam tempoh 5 tahun. Bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 pula, harga purata CPO adalah RM3,789 berbanding RM2,532.50 dalam tempoh yang sama pada tahun 2010. Harga getah gred SMR 20 telah meningkat daripada RM5.23 sekilogram pada tahun 2005 kepada RM10.58 sekilogram pada tahun 2010. Paras tertinggi dalam sejarah yang telah dicapai adalah RM17.17 sekilogram iaitu pada 18 Februari 2011. Manakala bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 harga purata gred SMR 20 adalah RM16.26 sekilogram. Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Wan Abdul Rahim menjelaskan, penurunan harga getah sehingga hampir 50 peratus itu sebenarnya bukan berpunca dari kekurangan permintaan terhadap getah asli di seluruh dunia, tetapi disebabkan stok yang tinggi atau berlebihan di kilang-kilang getah sehingga menyebabkan pihak kilang kurang melakukan pembelian daripada para penoreh. "Apabila pihak kilang telah menghantar atau mengeksport dalam kuantiti yang banyak ke luar negara, harga getah akan tinggi kembali, tetapi kita tidak pasti bila akan berlaku dan akan bertahan selama mana," katanya. Untuk membolehkan harga getah terus kekal tinggi, beliau menyarankan pihak kerajaan agar mengawal selia kedudukan pengilang-pengilang supaya penurunan sebanyak itu tidak berlaku. Selain itu, beliau juga menyarankan kerajaan agar mewujudkan semula stok pengimbal getah negara supaya dapat mengawal harga getah secara langsung bagi membolehkan harga getah terus kekal tinggi demi kepentingan para penoreh dan negara. Dalam masa yang sama, beliau turun mengingatkan pihak kerajaan agar turut memikirkan tentang kepentingan mengembalikan semula kedudukan negara sebagai negara pengeluar getah asli utama dunia dengan melakukan beberapa langkah yang diperlukan, memandangkan Malaysia kini berada di tangga kedua di belakang Thailand dalam senarai pengeluar getah dunia. "10 tahun lalu, harga getah (sekerat) hanya 35 sen sekilogram. Kini harganya memang dah jauh lebih tinggi, tetapi turun pula hingga 48 peratus dua minggu lalu. 40 tahun lalu juga, Malaysia adalah pengeluar utama getah dunia dan kerajaan turut ujudkan stok pengimbal getah negara. "Kini kita minta kerajaan wujudkan kembali stok pengimbal getah negara dan lakukan beberapa langkah bagi mengembalikan kedudukan negara sebagai pengeluar getah utama dunia. "Kita tak rugi kalau terus menjadi pengeluar getah utama dunia kerana permintaan terhadap getah asli dunia tidak pernah berkurangan. Contohnya Jepun. Di Jepun, getah asli digunakan sebagai tapak pembinaan bangunan. Selain Jepun, getah asli juga turut diimport oleh negara-negara lain lagi," ujar beliau. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan