Rabu, 16 Mac 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


The "Erection" Man Talk (cock)....Hehe

Posted: 16 Mar 2011 08:55 PM PDT



Membaca The Star pagi ini membuatkan aku tersenyum sendirian. Teringat peristiwa Demostrasi BERSIH 2007.

Temu ramah 'live' antara Al-Jazeera dan Menteri Penerangan Malaysia merupakan jenaka bertaraf dunia.

Hari ini (agaknya setelah belajar dari peristiwa tersebut) mangkok ini membelasah dan melabelkan Pejuang Bahasa Melayu sebagai 'lunatics'.

Tak taulah aku samada dia faham apa erti lunatics tetapi apa yang jelas beliau nampaknya sedang berusaha bersungguh2 untuk menaikkan taraf para kutty yang sebelum ini mahu diiktiraf sebagai melayu sebagai pejuang Bahasa Inggeris pula. Mungkin dia mahu dirinya dipanggil dengan panggilan Sir atau Lord. Macam Belanda dapat tanah gamaknya...

ForTeen sudah bermula...

Posted: 15 Mar 2011 09:40 PM PDT

Hujung minggu lalu telah bermula aktiviti Kelab ForTeen Masjid Bukit Indah yang dikendalikan oleh STC.

Dimulakan dengan persatuan memanah dan diikuti oleh Alfarabi Band.

Sambutan agak perlahan. Mungkin kerana kebetulan cuti sekolah bermula dan informasi yang kurang lancar.

Hujung minggu ini pula, Hospital Clowning, Sabtu (10 pagi -12 tengahari) dan Kelab Fotografi (Ahad 10 pagi - 12 tengahari) akan mengambil giliran mereka.

Kepada adik-adik yang telah mendaftar, sila hadir ke MBI tepat pada masa yang telah ditetapkan.

Tiada ulasan: