Kami Sokong Tokguru |
- Sejarah Kelate Dan Ore Tuo
- Najib Mengaku Bazirkan RM63 Ribu Duit Rakyat
- Saman Ekor ,Ketahui hak Anda
Posted: 16 Mar 2011 10:57 PM PDT Santai Sebagaimana kita maklum bahawa tok nenek kita dulu2 ni kebanyakannya buta huruf, kalau ada yg jenis buleh bbaca dan menulis ni hanya sikit sangat mugo sekolah pun tak banyok supo lo ni. Jadinya bagi mereka2 ini kalau nak menceritakan sesuatu mereka akan mengenang sesuatu peristiwa yg pernah berlaku di zaman mereka. Sebagai contoh, orang tua2 kita zaman dulu ni kebanyakkannya takdok surat beranak ni, . Bila kerajaan nk buat pendaftaran utk nak buat kad pengenalan maka di situlah telah menjadi masaalah kerana masing2 tidak tahu tahun berapa mereka di lahirkan. Maka dengan mengingati beberapa peristiwa inilah akan dapat di jadikan sebagai kayu ukur utk mengandaikan berapakah sudah umur si anu itu. Umpamanya dalam sesi perbualan antara orang tua2 dulu mengenai umur ini mereka sering berbual: T : Masa bah air merah tu demo besar mano doh? J : Kawe tak masok jawi lagi....demo besar mano? T : Aeh...gemuloh mok ni royak kawe dok dale 40 lagi.. J : Hooh kalu ggitu demo ni mudo pado kawe banyok bena lagi.. Berpandu kpd detik peristiwa sprt ini-lah orang tua dulu dapat mengetahui berapa umur masing2. Kalu perbualan itu berlaku pada tahu 2008 dan bah air merah pula berlaku pada 1926, maka umur si T sekarang lebih kurang 94 tahun kerana budak zaman dulu masuk jawi umur antara 12-15 tahun, kadang2 dah tumbuh bulu pahat baru masuk jawi...bkn macam sekarang. Umur si J pula ialah 72 tahun kerana tahun 1926 itu umurnya lebihkurang sebulan. 1849-Gajah Mengamuk. Ramai penduduk disekitar Kota Bharu yg mati akibat dari se ekor gajah yang mengamok. Gajah tersebut bernama "Berma Sakti".Gajah tersebut akhirnya dapat di tundukkan oleh Datok Kaya Pahlawan Kadok. 1880-Angin Besar. Telah berlaku satu peristiwa taufan yang amat dahsyat di sebut oleh orang tua kelantan sebagai "angin besar". Di katakan bahawa angin ini bertiup pada hari raya haji petang sabtu 13hb nov hingga waktu subuh hari ahad. Mengikut bari orang tua2 sebelum itu tak ada lagi angin yang begitu dahsyat. 1881-Binatang Mati. Segala binatang ternakan habis mati kerana wabak penyakit, mungkin ada kaitan dengan peristiwa angin besar yang berlaku pada tahun sebelumnya. 1882-Peristiwa Kelaparan. Telah berlaku peritiwa kelaparan. Orang kampung nak bertanam padi sudah tak dapat kerana segala lembu kerbau yang selalu di guna untuk membajak telah mati akibat dari wabak penyakit pada tahun sebelumnya (mungkin penyakit kuku & mulut, tp orang zaman tu mana la tau nak sebut benda ni sumo). Orang ramai pula telah di serang penyakit taun dan malaria. Ekoran dari inilah ramai rakyat telah meninggalkan kelantan untuk pergi mencari makan dan memulakan penghidupan di luar kelantan, antara tempat yang menjadi tumpuan ialah Trengganu, Kedah, Perak dan Johor. Ekoran dari penghijrahan ini abg lokan pernah di ceritakan oleh salah seorang guru abg lokan, yang menceritakan bahwa abang kepada bapa mertuanya berhijrah ke Sungai Siput perak dengan berjalan kaki merentasi banjaranTitiwangsa. 1897-Bah Urai. Bandar Kota Bharu telah di landa banjir dan sagala ternakan mati. Dalam waktu yang sama seorang perempuan bernama Urai telah mati di tikam kerana bermukah. Mayatnya telah di heret kedalam air untuk di tanam. 1909-Api Hj Samba. Dalam kebakaran ini telah memusnahkan 390 buah rumah di Kota Bharu yang di percayai bermula di rumah Hj Samba. Oleh itu orang menyebut api hj samba. 1910- Lembu Belaga Harimau. Telah di adakan perlagaan antara lembu dengan harimau yang berlangsung di jel burok jalan Tok Hakim. Harimau tersebut di katakan kepunyaan seorang inggeris. Dalam peristiwa tersebut tiba2 harimau melompat keluar dan mencakar orang2 yan berada di situ menyebabkan ramai juga yang mati. 1915-Musoh Tok Janggut. Di antara banyak tragedi yang menjadi sebutan ramai di kelantan ialah cerita pemberontakan tok janggut menentang inggeris di kelantan. Akhirnya beliau gugur sebagai syuhada pada 24mei 1915 kerana membela tanah air dari cengkaman pejajah. 1921-Puja Umor. Buat pertama kalinya sambutan Puja Umor atau hari keputeraan sultan. Sambutan yang telah di adakan selama 3 hari ini di serikan dengan pelbagai permainan kebudayaan rakyat kelantan. 1922-Rombongan Kebudayaan. Pada 25hb mac satu rombongan kebudayaan telah di hantar ke Singapura sempena dengan Malay & Borneo Exhibition. Para serta terdiri dari 20 orang besilat, 60 orang jong kayuh perahu, 12 orang pemain bolasepak, 40 orang pemain makyung, menora, wayang kulit, 2 orang penenun kain sonket. Puok dikir barat demo tak padah sebab belum wujud lagi. 1926-Bah Air Merah. Banjir ini berlaku pada 24hb dec yang menenggelamkan bandar Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai. Air banjir ini di katakan berwarna kemerah2an dan berlaku selama 4 hari. Mengikut cerita orang tua2 itulah banjir yang paling besar yg belum pernah berlaku sebelum ini. Banjir tersebut surut pada 2hb jan 1927. 1927-Kota Bharu Terbakar. Sekali lagi bandar Kota Bharu mengalami kebakaran pada malam 13hb jan 1927. Antara harta benda yang musnah ialah 235 buah gudang dan 26 buah rumah. Api ini di katakan datang dari sebuah gudang cina yang terbakar bernama Bah Cik. 1931-Wayang Gambar. Pertama kali tayangan wayang gambar di Kota Bharu. Tayangan tersebut bertempat di panggung Sekebun Bunga Kota Bharu pada 11hb mei 1931. 1927-Sarkas. Pertama kalinya pertunjukkan sarkas di adakan di kelantan pada 14hb oktober 1927. 1941-Perang Jepun. Tentera jepun telah menyerang Kuala Pak Amat pada 8hb disember 1941 jama 12.25 pagi iaitu kira2 10 minit awal dari jepun menyerang Pearl Harbour di Hawaii. Seramai 6,000 orang tentera jepun mendarat melalui kuala pak amat ini. Jepun di katakan memerintah tanah melayu lebih kurang 3 tahun setengah. pada 15hb ogos 1945 tentera jepun menyerah kalah. 1957-Merdeka. -ijoks2009- Itu kisah negeri kawe,lagumano pulok kisah negeri demo,kalu ado buleh kongsi cerita.. |
Najib Mengaku Bazirkan RM63 Ribu Duit Rakyat Posted: 16 Mar 2011 07:07 PM PDT Isu Semasa Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi merekayang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini. Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil. Sudah pasti saya tidak akan ketinggalanmengikut ibu bapa saya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri olehrakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan. Semoga di Tahun Arnab ini,kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna. Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai! Ikhlas daripada Najib Razak & Keluarga ---------------------------- Pernahkah anda menerima email dan sms seperti diatas,tahukah anda berapa kos yang digunakan untuk menghantar email tersebut?Adakah duit tersebut diambil dari poket PM najib sendiri atau duit pembayar cukai?.Dibawah adalah kenyataan akhbar oleh PM Najib. KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM63,000 hanya untuk menghantar email ucapan 'Salam 1Malaysia' kepada 1.25 juta rakyat di negara ini. Email itu dihantar pada awal Febuari bersama ucapan SMS Tahun Baru Cina. Perkara itu didedahkan dalam satu soalan parlimen yang dibangkitkan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan semalam.Menurut laporan Malaysiakini, Najib dalam jawapan bertulisnya menyatakan empat juta SMS yang dihantar itu disediakan secara percuma oleh tiga syarikat telekomunikasi iaitu Digi Bhd, Maxis Bhd dan Celcom Bhd. Manakala syarikat yang mengendalikan penghantaran emel itu dilapor berpangkalan di Amerika Syarikat.Justeru Ahli Parlimen Seputeh, Teresa kok, mengingatkan Najib bahawa bajet yang diperuntukkan kementerian kewangan bukan lah dana peribadinya tetapi wang pembayar cukai yang perlu diurus dengan cermat.Beliau yang juga exco kerajaan Selangor turut mendakwa Najib menganugerahkan kontrak menghantar emel kepada pihak ketiga, Lyris Inc, yang merupakan syarikat pemasaran teknologi yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat. Teresa mendakwa, tiada proses tender terbuka, tetapi nama syarikat itu boleh dilihat dengan mengklik pada pautan 'tidak melanggan' (unsubscribe) pada emel berkenaan.Sehubungannya, beliau menggalakkan orang ramai mengklik 'tidak melanggan' (unsubscribe) senarai penghantaran 'Salam 1Malaysia' bagi menyelamatkan wang pembayar cukai dan sebagai satu mesej protes. -Ulasan ijoks2009- Tidak adakah cara lain yabg lebih jimat tanpa membazirkan duit rakyat untuk sesuatu yang tidak penting.jawabnya ada,PM boleh gunakan saluran yang jauh lebih murah dan lebih efisyen.Dia boleh gunakan Tv,radio,FB,Twiter,blog dan sebagainya.buat hebahan macam ni lebih murah dan dapat jimatkan duit rakyat daripada membazirkan duit untuk bagi pada syarikat yahudi Amarika tu. Dengan duit RM63 ribu tu kalau didermakan pada keluarga miskin tegar satu keluarga RM 100,maknanya kerajaan sudah dapat membantu 63 keluarga miskin tegar.Tentu dengan duit RM 1 ribu itu sangat besar nilainya dimata rakyat miskin,banyak yang boleh mereka lakukan untuk memulakan hidupbaru walaupun dengan nilai RM 1000 itu hanyalah harga sebatang pen bagi PM Najib. Inilah realitinya jika pemimpin yang tidak pernah merasa hidup susah maka dia tak akan dapat menyelami masaalah rakyat bawahan. saya teringat kisah Khalifah Umar Al-Khattab yang pada suatu ketika telah dihidangkan sekeping roti yang oleh salah seorang gabenornya dalam jamuan kerajaan.Umar bertanya adakah roti ini adalah roti yang menjadi makanan harian penduduk negeri itu , jawab gabenor,Tidak amirulmukminin,hidangan ini hanya untuk tetamu istimewa seperti tuan. Umar menolak untuk makan roti tersebut sebaliknya memarahi gabenor tersebut.Engakau telah membazirkan duit rakyat dengan menyediakan hidangan yang mewah ini,ada baiknya duit ini digunakan untuk kebajikan rakyat.Sediakan aku roti yang biasa dimakan rakyat biasa sahaja. |
Posted: 16 Mar 2011 04:01 PM PDT Isu Semasa Assalamualaikum dan salam blogger, Masih ramai yang masih kabur dan tidak memahami sepenuhnya hak anda sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan semua fahaman politik. Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13Perlembagaan Persekutuan. Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Hak terhadap harta. (a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. (b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi. Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta. Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut. Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan. Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain. Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda. Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 09/3/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA? Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak. Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja. Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Denda hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah. Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda… TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya. Bagaimana JPJ boleh menghalang pembaharuan cukai jalan? 1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010 JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis. Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI? 2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010 JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI. 3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010 Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik? Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh: a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang. b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul. c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan. Jadi, selepas ini, kami harap rakyat akan buka mata untuk mengambil tahu tentang apa hak anda dan bagaimana anda boleh menuntut hak anda, lebih-lebih lagi sekiranya anda disabitkan dengan saman ekor.Apa pendapat anda mengenai hak anda ini? Source: www.beritasemasa.com |
You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan