Rabu, 16 Mac 2011

dollah yankee

dollah yankee


'BLACK RAIN'

Posted: 16 Mar 2011 07:46 PM PDT

Sebelum Jepun kena tsunami, hampir semua rakyat malaysia tak berapa ambik pot sangat bila kerajaan BN bercadang nak buat loji nuklear. Tapi bila loji nuklear di Jepun sudah meletup lepas kena tsunami, dan satu dunia sekarang sedang bertumpu pada berita-berita tentang loji nuklear ni, tentang radioaktif, tentang kesan jangka panjang, tentang bahayanya, tentang mudaratnya, maka barulah orang ramai sudah ada kesedaran.

Semalaman gurkah-gurkah politik di'port' tak dapat tidur sebab menteri yang jaga benda dah cakap yang kabinet BELUM LAGI setuju untuk membina loji nuklear yang dicadangkan. Yang jadi tak boleh tidur tu bukan pasal apa, kita kena setuju dengan Blog Tukar Tiub bila dia kata berita-berita dalam akhbar malaysia kena baca secara kebelakang. Jadi bila gurkha-gurkha sudah baca berita kata kabinet belum lagi setuju maknanya mereka dah pun bersetuju nak buat loji itu.

Bila pagi-pagi ini gurkah-gurkah politik sudah baca pula berita ini... maka lagi tak lena lah tidur... sebab memang sah mereka dah pun setuju, kalau tidak Mahathir tak kan buka suara...dan untuk kali ini gurkah-gurkah politik di'port' sangat bersetuju dengan Tun Mahathir.

BETTER NOT TO HAVE NUCLEAR POWER PLANT, SAYS DR M

CYBERJAYA, March 16 (Bernama) – Former prime minister Tun Dr Mahathir
Mohamad reiterated his view on not having a nuclear power plant in this country.
"You know my view about it. We do not know enough about the reaction of this
material," he told reporters when asked on his view on building the plant.

Dr Mahathir said the radiation leaking from the stricken Japanese nuclear
power plant due to the tsunami after the 9.0-magnitude earthquake seemed to lend
support for his concern.
"Once it is activated, it becomes radioactive. People do not know how to get
rid of the waste," he said.

He noted that during his premiership the government had decided on four fuel
strategies namely oil, gas, coal, hydro, and "nuclear was not included."

-- MORE

MAHATHIR-NUCLEAR 2 (LAST) CYBERJAYA

"We have bad experience already with nuclear. I don't know whether people
are aware about it or not," he said.

Asked whether he would advise Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak
not to have nuclear power plant, Dr Mahathir said, "I'm not an advisor. That is
why I use my blog."

Malaysia plans to build two nuclear power plants that will generate 1,000
megawatts each with the first plant ready for operation in 2021 and the second
plant, a year later.

It was part of the overall long-term plan to balance energy supply.

Dr Mahathir was met by reporters after launching Bangunan Lestari Kumpulan
EMKAY, here.

-- BERNAMA

MAS AO

dollah yankee -
Cuba lah tonton filem 'Black Rain' lakunan Micheal Douglas...

Pilihanraya negeri Sarawak 16hb April??

Posted: 16 Mar 2011 05:30 AM PDT


Berapa lama orang-orang di Sarawak mau tunggu daaa...?? Dah berbulan-bulan... bila tanya dia kata.. tak ada ilham lagi, bila tanya.. tak dapat inspirasi lagi, bila tanya lagi.. dia kata tunggu nak pergi buat haji dulu, nak minta pertunjuk nak minta doa depan Kaabah.

Itu bulan November 2010 dulu. Lepas balik dari Mekah ditanya lagi bila?? Dia kata doa dia tak dimakbulkan lagi, nak makbul macam mana? kalau dah rakyat Sarawak pun meluat apa tah lagi Allah SWT?

Akibat tak boleh tahan jadi penunggu, rakan-rakan Taib dalam komponen BN telah bermesyuarat secara rahsia dan diam-diam tanpa pengetahuan Taib dan telah bersetuju dengan tarikh yang diusulkan iaitu pembubaran dewan undangan negeri pada 26hb Mac, penamaan calon pada 8hb April manakala hari mengundi ialah 16hb. Dan rakan-rakan Taib ini juga telah mendesak Taib agar bersetuju dengan tarikh-tarikh yang telah dipersetujui itu.

Secara dasarnya Taib Mahmud telah bersetuju setelah 'di-cekik' oleh rakan-rakannya, namun begitu bila Taib Mahmud cuba mendapatkan nasihat dari 'panel tok bomo'nya ia telah diberitahu yang pilihanraya negeri yang bakal berlangsung nanti merupakan pilihanraya yang paling mencabar disepanjang 30 tahun beliau berkuasa, jadi sebelum dia berjumpa dengan Gabenor sarawak untuk memberitahu perkara dan tarikh ini dia kata dia nak ke Mekah sekali lagi untuk buat umrah dan sekali lagi nak minta pertunjuk dan nak minta doa depan Kaabah pada 20hb Mac ini sama ada dia boleh mendapat mandat lagi sekali atau tidak.


dollah yankee -
Respek lah selera si-Taib mahmud ini...

Tiada ulasan: