Kerabu Bersuara ® |
- Tolong Baca Terbalik Tajuk Dibawah Ok.
- Qazaf dalam Kanun Keseksaan mampu elak fitnah seks
- Video fitnah bukti Umno amal politik durjana
- Kenyataan MP Bakri: Penghantaran Memorandum kepada Perdana Menteri Dihalang
- Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Isu : Pasar Lama MPKB
- Apabila Kaki Betina Bercakap Soal Moral Dan Akhlak
- PKR: Soi Lek, Rahim perlu letak jawatan, jangan hanya cabar Anwar
- Anwar mampu hadapi cabaran fitnah – Wan Azizah
- Wan Azizah: Saya tidak kesal suamikan Anwar
- Adakan Perhimpunan Anti Politik Lucah
Tolong Baca Terbalik Tajuk Dibawah Ok. Posted: 27 Mar 2011 05:15 AM PDT Ezam: Saya tak berminat tanding PRU13 BANTING, 27 Mac — Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Ezam Mohd Nor berkata beliau tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Katanya beliau akan menolak sekiranya ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen. Ini kerana, katanya beliau sudah serik dengan senario politik semasa yang dilihat telah banyak mengikis nilai moral manusia. "Sehingga hari ini saya tidak ada perancangan ke arah itu (bertanding), bagaimanapun walaupun tidak bertanding saya akan tetap berjuang dan berusaha sedaya upaya membantu BN melawan mereka (pembangkang) dan membantu merampas kembali Selangor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Bugis dan Mesyuarat Agung Kelima Persatuan Kebajikan Pekerja Bugis Sabah (PKPBS) di sini hari ini. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuala Langat Datuk Sulaiman Karli. — Bernama |
Qazaf dalam Kanun Keseksaan mampu elak fitnah seks Posted: 27 Mar 2011 05:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz menggesa eleman qazaf dikenakan terhadap penuduh jika gagal membawa empat saksi, dimasukkan dalam Kanun Keseksaan. "PKPIM berpandangan pertuduhan dengan cara sedemikian (berpandukan video semata-mata) tidak sah memandangkan ia dilakukan di luar lingkungan prosiding perundangan yang digariskan undang-undang Syariah. "Islam menggariskan prosedur mensyaratkan empat saksi yang adil dan benar-benar melihat aksi sedemikian seperti melihat masuknya celak ke dalam penutupnya, bukan sekadar menonton video yang samar-samar hitam putih," katanya. Beliau berkata demikian pada satu kenyataan media dengan merujuk kepada konspirasi Datuk T untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pendedahan video seks palsu, Isnin lalu. Faisal berkata, pendedahan berkaitan seks dianggap senjata paling ampuh untuk menjatuhkan seseorang berikutan perkembangan politik masa kini mengabai prinsip memelihara kemuliaan insan, maruah dan harga diri seseorang individu. "PKPIM bimbang situasi sedemikian akan meletakkan masyarakat berada dalam keadaan terumbang ambing dan hilang kredibiliti untuk menjadi masyarakat contoh. "Hal ini berlaku apabila senjata ini sudah dibudayakan setiap kali berlaku pertelingkahan," katanya dan menasihatkan masyarakat lebih berhati-hati membuat dakwaan melibatkan maruah seseorang. Beliau berkata, dakwaan sedemikian adalah sesuatu yang cukup berat untuk ditanggung tertuduh memandangkan ia melibatkan harga diri, maruah, dan air muka individu berkenaan. "Dalam jenayah seperti hudud, pembuktian seharusnya dibuat bukan sekadar menjangkaui keraguan munasabah, tetapi menjangkaui sebarang bayang-bayang keraguan untuk memastikan tertuduh benar-benar bersalah. "Ia bertujuan mengelakkan sebarang bentuk kezaliman kepada tertuduh," katanya. |
Video fitnah bukti Umno amal politik durjana Posted: 27 Mar 2011 04:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Fitnah menggunakan video seks palsu adalah politik durjana dan ia melanggar Artikel 12 Deklarasi Hak Asasi Manusia yang menetapkan tiada mana-mana individu boleh diserang maruah dan reputasinya. Tindakan Umno mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila memfitnah beliau melalui video fitnah dan palsu bertentangan dengan Hak Asasi Manusia. Ini kerana, kata Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Haniza Talha, Artikel 12 Deklarasi Hak Asasi Manusia menetapkan tiada individu boleh diserang maruah dan reputasinya termasuk Anwar. Oleh itu, pihaknya mengecam keras tindakan itu dan yakin taktik jahat seumpanya pasti gagal. "Politik durjana pemimpin Umno yang memperbodohkan rakyat dan meneruskan agenda pembohongan mereka tidak akan berhasil. "Rakyat sudah celik mata dan sudah jelak dengan kebobrokan pemimpin-pemimpin yang pembohong, korup, penjenayah dan perasuah," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. Haniza turut menyifatkan fitnah itu sengaja diadakan menjelang Pilihan raya Sarawak yang bakal diadakan bulan depan. |
Kenyataan MP Bakri: Penghantaran Memorandum kepada Perdana Menteri Dihalang Posted: 27 Mar 2011 03:00 AM PDT Pada 26 March 2011, Perdana Menteri telah melawat ke Muar sempena lawatan bersiri ke seluruh negara untuk mendengar masalah rakyat. Er telah mengambil kesempatan ini untuk menghantar satu memorandum kepada PM sempena lawatannya ke bandar Muar. Dalam memorandum tersebut, beliau telah mengungkitkan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk Muar. Er berharap masalah tersebut dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat sempena lawatan PM ke Muar. Namum begitu, pengawal peribadi PM telah menghalang Er daripada mendekati PM. Er telah ditarik dan diberikan amaran oleh pengawal peribadinya supaya tidak menghampiri PM dan menyatakan kepadanya memorandum tersebut boleh diserahkan kepada PM melalui mereka. Walaupun dihalang, Er berkeras untuk menghantar memorandum tersebut kepada PM secara peribadi dan beredar dari situ setelah PM membaca memorandumnya. Er amat sangsi dengan tujuan PM yang mengadakan lawatan ke seluruh negara untuk mendengar masalah rakyat hal ini demikian kerana Er sebagai wakil rakyat kawasan Bakri telah mewakili penduduk setempat untuk mengemukakan masalah penduduk kepada PM namum kedatangannya telah dihalang oleh pengawal peribadi PM. Sekiranya Er yang merupakan seorang wakil rakyat telah mendapatkan sambutan sebegini apatah lagi rakyat biasa yang cuba untuk menyampaikan masalah mereka kepada PM? Pengawal peribadi PM telah menghalang Er daripada mendekati PM dan menyatakan penyerahan memorandum tersebut boleh dilakukan melalui mereka. Tindakan sebegini telah berlawan dengan tujuan asal lawatan bersiri PM ke seluruh negara iaitu mendekati rakyat dan mendengar masalah rakyat. Kebiasaanya masalah rakyat akan disampaikan oleh pegawai tempatan termasuk wakil rakyat kepada PM dan PM akan melawat kawasan tersebut untuk menyelesaikan masalah rakyat. Sekiranya masalah tersebut telah diserahkan melalui pihak ketiga tanpa sebarang penerangan dan penjelasan lanjut, adakah PM akan memahami masalah rakyat? sedangkan pihak ketiga tersebut bukan berasal dari kawasan tersebut. Sekiranya tindakan pengawal tersebut adalah sah, mengapa PM harus melawat ke seluruh negara? PM hanya perlu menempatkan mereka di seluruha negara dan masalah rakyat hanya perlu diserahkan kepada mereka dan mereka akan menyerahkanya kepada PM. Berikut adalah kandungan memorandum tersebut: |
Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Isu : Pasar Lama MPKB Posted: 27 Mar 2011 02:26 AM PDT Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Berhubung dengan isu Bazar Tok Guru dan perpindahan para peniaga yang sedang menjalankan aktiviti perniagaan di Pasar Lama MPKB dan Arked Uda pada masa ke Bazar Tok Guru, sukalah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mencadangkan beberapa cadangan seperti berikut : 1. Agar pihak kerajaan negeri dapat mengambil alih semula Pasar Lama MPKB daripada Sensa Timur Sdn. Bhd. yang merupakan pemilik sekarang. 2. Memohon agar pihak kerajaan dapat membaik pulih Pasar Lama MPKB agar lebih selesa untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan menjamin keselesaan para pengunjung. 3. Menyokong sepenuhnya cadangan pihak kerajaan negeri untuk membuat pengambil alihan semula tanah yang merupakan tapak Arked Uda pada hari ini daripada UDA Holdings Sdn. Bhd. dan membina satu arked baru untuk digunakan oleh peniaga yang sedia ada pada hari ini. Rasional daripada ketiga-tiga cadangan tersebut di atas adalah demi kebaikan para peniaga kecil di mana DPPNK berpandangan perpindahan ke Bazar Tok Guru telah dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu sehingga menampakkan seolah-olah kebajikan para peniaga tidak diutamakan oleh kerajaan negeri. Justeru, pelaksanaan cadangan ini menurut pandangan DPPNK akan lebih merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk muncul sebagai negeri berkebajikan yang mengutamakan kebajikan rakyat termasuklah para peniaga kecil. Sekian, terima kasih. Yang benar, YB HAJI ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK). Bertarikh : 27 Mac 2011. |
Apabila Kaki Betina Bercakap Soal Moral Dan Akhlak Posted: 27 Mar 2011 12:37 AM PDT 'Siapa' Soi Lek, Rahim Thamby Chik untuk cakap soal moral KUALA LUMPUR: Datuk Seri Chua Soi Lek dan Tan Sri Rahim Thamby Chik tidak layak bercakap soal integriti dan moral, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Beliau merujuk kenyataan The Star memetik seruan Soi Lek supaya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan bukti tak bersalah dalam kes video seks palsu. "Seluruh rakyat Malaysia mual apabila politikus yang mempunyai rekod tak bermoral yang diketahui umum, berbicara mengenai moral dan integriti. "Kalau benar mereka ini nak bersyarah pasal moral, mereka perlu tunjuk teladan yang baik kepada rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan media hari ini. Tian Chua, Ahli Parlimen Batu itu menyelar Soi Lek kerana menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya. "Kenyataan Soi Lek jelas mahu meletakkan beban bukti kepada Anwar sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk di dalam politik," katanya. Beliau berkata, situasi Anwar jauh berbeza dengan Soi Lek yang mengakui melakukan hubungan seks di luar perkahwinan manakala Rahim Thamby Chik dituduh di mahakamah atas dakwaan merogol gadis bawah umur. "Mereka tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi UMNO ini kerana rekod moral mereka sangat memualkan. "Bila yang tak bermoral ini bersyarah, jelaslah bukti mereka ini terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Anwar, yang tak habis-habis di fitnah Umno BN," katanya. Tian juga mengulangi desakan supaya Soi Lek dan Rahim Thamby Chik meletak semua jawatan dalam kerajaan. "Soi Lek patut bersara terus sebagai tanda insaf. Rahim Thamby Chik juga harus meletak semua jawatan dalam kerajaan terutama sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dalam kes rogol gadis bawah umur yang masih kekal dalam ingatan rakyat," katanya. |
PKR: Soi Lek, Rahim perlu letak jawatan, jangan hanya cabar Anwar Posted: 27 Mar 2011 12:25 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Mac — Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mencabar Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik supaya meletakkan jawatan yang dipegang sekarang jika benar-benar mahu menunjukkan teladan baik kepada pimpinan muda dan rakyat negara ini. Kata Chua, kedua-dua pemimpin itu perlu berbuat tanpa hanya mencabar Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendedahan rakaman video seks Isnin lalu. "Kalau benar individu-individu ini mahu bersyarah mengenai moral, maka mereka perlu menunjukkan teladan baik kepada pimpinan muda dan rakyat Malaysia," kata Ahli Parlimen Batu ini dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Oleh itu, kata Chua, beliau mengulangi desakan yang telah dibuat oleh rakan-rakannya agar Dr Chua meletakkan semua jawatan politik dan bersara terus sebagai tanda beliau insaf selepas skandal seksnya tersebar luas manakala Abdul Rahim melepaskan semua kedudukan dalam kerajaan terutamanya sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur masih kekal dalam ingatan rakyat sehingga kini. "Jika Datuk Seri Chua tidak sanggup menunjukkan teladan yang baik, dia tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi Umno ini kerana rekod moralnya sangat memualkan," katanya dalam reaksi berhubung "perang kenyataan" dalam isu semasa ekoran pendedahan rakaman video seks melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat Isnin lalu. Beliau yang turut dikenali sebagai Tian Chua merujuk kepada kenyataan Dr Chua Soi Lek mengenai skandal seks video yang didalangi oleh tokoh-tokoh Umno. Kenyataan itu memetik seruan Dr Chua, Presiden MCA, supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau bukanlah si pelaku dalam video. Abdul Rahim merupakan bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pemuda Umno manakala Dr Chua pula melepaskan jawatan naib presiden MCA dan menteri kesihatan tiga tahun lalu sebelum dipilih semula sebagai presiden MCA awal tahun lalu. "Saya pasti rakyat Malaysia turut sama berkongsi rasa mual apabila seorang ahli politik yang mempunyai rekod kurang moral yang diketahui umum cuba membuat komen mengenai moral dan integriti. "Seluruh rakyat Malaysia arif tentang skandal seks yang melibatkan Datuk Seri Chua dan dia sendiri mengakui bahawa dia menjalin hubungan seks di luar perkahwinan dengan seorang wanita dan dirakam melakukannya," katanya. Chua menambah perancangan Umno untuk memfitnah Anwar melalui video seks terbaru semakin ditolak rakyat apabila individu-individu yang telah dibuktikan terbabit dalam skandal seks sebelum ini tampil untuk menjadi juara moral dan integriti. "Rabu lalu ramai rakyat Malaysia terketawa apabila Tan Sri Rahim Thamby Chik (berkata) yang terpaksa (beliau) meletakkan jawatan politik kerana terbabit dalam kes rogol kanak-kanak bawah umur muncul kononnya untuk memastikan bakal pemimpin negara mempunyai moral. "Semalam, seorang lagi ahli politik Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Chua Soi Lek mula berani bercakap mengenai moral walaupun rekodnya penuh kotor dengan skandal seks," katanya. Hakikatnya, kata beliau, individu-individu ini tidak layak untuk bercakap mengenai moral dan integriti dan mereka juga tidak wajar dibenarkan menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya. "Kenyataan Datuk Seri Chua semalam secara jelas ingin meletakkan beban bukti kepada Datuk Seri Anwar sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk dalam politik," kata Chua lagi. |
Anwar mampu hadapi cabaran fitnah – Wan Azizah Posted: 26 Mar 2011 11:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu berdepan segala cabaran politik termasuk fitnah dahsyat yang dilemparkan musuh politik suaminya itu. "Sejak usia 20 tahun hingga sekarang, pelbagai perkara sudah dilaluinya. Insya-Allah dia (Anwar) mampu. Boleh. Sudah terlalu banyak dugaan dilaluinya itu. "Anwar boleh jadi Perdana Menteri yang bagus. Saya yakin itu!" kata Azizah dalam yang pernah menjawat Ketua Pembangkang Wanita yang pertama di Malaysia, dalam wawancara bersama Sinar Harian, hari ini. Azizah yang terlibat secara langsung dalam dunia politik selepas pemecatan Anwar berkali-kali menegaskan, beliau sama sekali tidak pernah menyesal dengan pengalaman yang dilaluinya sehingga kini. "Alhamdulillah, sehingga kini keyakinan kami pada Anwar tidak pernah luntur. Saya sentiasa tanamkan dalam diri terima segala dugaan yang Allah datangkan. Azizah berkata, beliau bersama enam anak, tiga cucu serta menantu dan keluarganya yang lain lebih mengenali siapa lelaki yang bernama Anwar Ibrahim. Beliau berkata, selama mendirikan rumah tangga bersama Ketua Umum KEADILAN itu 30 tahun, beliau sedikitpun tidak pernah menyesal. "Jika dulu selepas Anwar dipecat, keluar masuk mahkamah, macam-macam berita di akhbar, ada juga mereka bertanya 'kenapa orang buat papa macam tu'. Tapi sekarang mereka sudah matang. "Mereka lebih kenal siapa Anwar. Mereka lebih tahu siapa lelaki yang selalu mengimamkan solat kami setiap kali berjemaah di rumah. "Alhamdulillah, sehingga kini keyakinan kami pada Anwar tidak pernah luntur. Saya sentiasa tanamkan dalam diri terima segala dugaan yang Allah datangkan. Melaluinya dengan sabar, sentiasa berdoa memohon Allah permudahkan segalanya dan tunjukan kebenaran dan saya tidak pernah membenarkan rasa sesal singgah di dada," kata Azizah. Azizah turut memberitahu bahawa kehidupan mereka sekeluarga aman seketika selepas Anwar keluar dari penjara. Namun mula mendapat gangguan sebaik suaminya itu mengumumkan mahu aktif kembali dalam dunia politik. |
Wan Azizah: Saya tidak kesal suamikan Anwar Posted: 26 Mar 2011 10:09 PM PDT KUALA LUMPUR, 27 Mac — Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak pernah menyesal bersuamikan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebalik siri dakwaan menyentuh soal moral Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, termasuk terbaru rakaman video seks. "Saya tidak pernah menyesali. Sebelum Anwar, saya pernah menerima lamaran lain. Tetapi solat istikharah, apabila Anwar melamar untuk menjadikan saya isterinya, saya bermimpi melihat banyak poster yang seperti poster pilihan raya. "Dan, semua poster ini adalah gambar Anwar. Bagi saya itu petunjuk yang diberi Tuhan. Maka saya pilih Anwar," kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)ini kepada Sinar Harian edisi hari ini. "Allah janjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Allah tidak pernah mendustai kita. Jadi, tidak pernah timbul rasa kesal di hati saya. Ya! Saya tidak pernah menyesal," kata beliau yang mendirikan rumah tangga dengan Anwar 30 tahun lalu. Akhir 1990-an, Anwar berhadapan dengan tuduhan liwat dan salah guna kuasa. Tiga tahun lalu, Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua yang kesnya sedang berlangsung. Tiga hari sebelum pasukan pendakwaan menutup kes liwat kedua ke atas Anwar, tiga "Datuk T" membuat pendedahan rakaman video seks, yang didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu, dan dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Anwar menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai konspirasi politik pemimpin-pemimpin Umno. Dr Wan Azizah berkata, sehingga kini keyakinan beliau dan keluarganya ke atas Anwar tidak pernah luntur. "Saya sentiasa tanamkan dalam diri terima segala dugaan yang Allah datangkan. Melaluinya dengan sabar, sentiasa berdoa memohon Allah permudahkan segalanya dan tunjukkan kebenaran. "Dan, saya tidak pernah membenaekan rasa sesal singgah di dada," kata beliau. Mengenai soalan keyakinan terhadap cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri, Dr Wan Azizah berkata: "Sejak usia 20 tahun hingga sekarang, pelbagai perkara sudah dilaluinya. Insya-Allah dia mampu. Boleh. "Sudah terlalu banyak dugaan ditempuhnya. Dengan dugaan yang pernah dilaluinya itu, Anwar boleh jadi perdana menteri yang bagus. Saya yakin itu," kata bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Pada Ogos 2008, beliau mengosongkan kerusi itu untuk membolehkan Anwar bertanding, sekali gus menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. |
Adakan Perhimpunan Anti Politik Lucah Posted: 26 Mar 2011 06:00 PM PDT ADAKAN PERHIMPUNAN ANTI POLITIK LUCAH Saya mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan media di negara ini. Kita menentang POLITIK LUCAH dan POLITIK SELAK KAIN. Semua rakyat Malaysia yang bermaruah dan mempunyai harga diri sebagai manusia bertamadun menuntut perkara-perkara berikut; 1. Semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat. Ia adalah amalan jijik dan kotor. Samada dalam UMNO, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; samada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang. Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain. 2. Bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini. Ini akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan. 3. Media hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik. Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah. 4. Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif. Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita. Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri. 5. Rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti. Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran. - Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan