ALHUSSEYN |
Posted: 27 Mar 2011 11:04 AM PDT Siapakah Dubuk Umno yang sedang berada dalam PAS? Dubuk Umno ini bukan sahaja mengancam integriti PAS, malah dikhuatiri sedang mengancam kedudukan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat. Dubuk ini merupakan seorang Exco yang juga pemimpin PAS negeri Selangor; dikatakan terbabit mengadakan rundingan langsung dengan seorang kontraktor (pro Umno) di luar mesyuarat kerajaan negeri? Dubuk tersebut dilaporkan mempunyai hubungan erat dengan Pengerusi SYABAS Tan Sri Rozali Ismail dan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din. Dubuk ini pernah mengadakan 'rundingan dalam gelap' dengan bekas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo (Umno) untuk membawa PAS bergabung dengan Umno menubuhkan kerajaan bercampur selepas 8 Mac 2008 lalu. Sehingga kini, tiga pemimpin PAS Selangor dilantik sebagai Exco. Mereka adalah Datuk Dr Hasan Mohamad Ali (Adun Gombak Setia), Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang) dan Iskandar Abdul Samad (Adun Chempaka). sumber |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan