| Majlis Resepsi pengantin lelaki di Kg Meranti Lapan - 20.03.11 Posted: 27 Mar 2011 06:37 AM PDT  Hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Keluarga mertuaku yang dah berapa malam kurang tidur menyiapkan persiapan kenduri kahwin ini, tetap berseri-seri wajah menyambut kehadiran tetamu yang dianggarkan sekitar 1000 orang.
Sanak-saudara kedua mertuaku yang datang dari jauh dan dekat, ada juga yang pertama kali kulihat. Semuanya hadir untuk meraikan perkahwinan anak lelaki tunggal mertuaku ini.  Suasana Kg Meranti Lapan yang biasanya suram, berubah meriah hari ini  Tuan rumah menyambut tetamu yang datang dari KL  Warga emas juga turut memeriahkan suasana majlis  Tetamu menjamu selera 'Bunga Telur' hadiah buat tetamu
 Pasukan rebana daripada Batu Gajah Gaya Sweet Charity ataupun kawad cam?
  Ketibaan pasangan pengantin   Jauh merenung masa depan  Semoga kebahagiaan milik mereka berdua....buat selamanya
|
| Majlis Resepsi dirumah pengantin perempuan - 19.03.11 Posted: 27 Mar 2011 03:57 AM PDT  Hari Sabtu itu, pihak pengantin lelaki bertandang ke rumah pengantin perempuan yang terletak di Kg Pengkalan Gate Tambahan II, Lahat, Perak.
Tak jauh pun jaraknya antara rumah pengantin berdua. Namun, dari segi persiapan dan sambutan, majlis jelas berseri riang buat kenangan sepanjang hayat sang mempelai.
Seperti yang telah dijanjikan, tepat jam 1.00 tengahari, pihak pengantin lelaki bersama rombongan tiba dengan sedozen kereta.  Pengantin lelaki, Zamani bergambar bersama rakan baiknya, Rahim (kiri, bertopi) dan Bad yang ditugaskan sebagai pengapit  Bagai lagak pelakon bangsawan yang pastinya peranan Sultan penuh sepersalinan
 Shot yang terover exposed tetapi tetap menarik bagi pandangan mata anak seni  Bagai pinang dibelah dua, digandingkan bersama  Ketibaan Raja Sehari, yang bagai bulan penuh berseri  Dimeja santapan utama buat pasangan pengantin  Walau tanpa pelamin, kedua pengantin tetap menjadi tumpuan utama para hadirin  Gambar kenangan bersama adik-beradik pengantin lelaki  Senyuman lebar sang pengantin lelaki punya seribu makna  Setelah bergelar sebagai isteri, taat setia terbahagi kini
|
| Akad Nikah Zamani & Atie - 18.03.11 Posted: 26 Mar 2011 05:23 PM PDT  Akad Nikah Ahmad Zamani Bin Ahmad Zaaba dan Noryasadati Binti Ahmad telah dilangsungkan di Masjid Lahat Baru jam 6.30 petang hari Jumaat lalu.
Pernikahan yang disempurnakan oleh Naib Kadi Lahat, Haji Wahab bersama dua pasangan pengantin yang lain dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.  Keluarga pengantin lelaki dan perempuan menyaksikan majlis akad nikah  Kadi membacakan khutbah nikah  Pak mertua kelihatan tenang manakala menantu masih gelisah tak menentu  Akad dilakukan sendiri oleh wali pengantin perempuan, Imam Ahmad  Dengan hanya sekali lafaz, gelaran suami sah digenggam  Wajah lega pengantin  Tok kadi  Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang  Lafaz taklik  Sain untuk sehidup semati  Sah kini bergelar Pak Mertua dan Menantu  Duit nikah dibayar  Tanda penghargaan bapa pengantin lelaki  Solat Sunat Nikah  Ucapan tahniah juga diterima daripada ibunda   Jelingan buat lelaki yang kini bergelar suami  Hadiah buat isteri tersayang, gelang penyeri tangan  Tanda taat setia, semoga berbahagia selamanya  Bergambar buat tatapan keluarga  Selamat Pengantin Baru, layarkanlah bahtera rumahtangga sepertimana tinggalan sunnah Rasulullah, semoga kekal bahagia dibawah lindungan rahmatNya
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan