Ahad, 20 Mac 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Bodohnya Artis: Maaf, Saya Tak Perasan Pakaian Ni Seksi Sampai Nampak Sisi Payudara

Posted: 20 Mar 2011 05:03 AM PDT

http://www.mstar.com.my/archives/2011/3/20/mstar_hiburan/mieraliyana.jpg

Miera Leyana

KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya.

Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.

"Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.

"Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.

"Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu.

Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.

"Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama," akhiri pelakon drama Luna Fantasiku dan Kamelia Katrina ini dalam nada kesal.

Gambar: Tok Guru Nik Aziz Diiktiraf Di Luar Negara, Umno Masih Dok Hina

Posted: 20 Mar 2011 02:00 AM PDT

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/190463_10150114716077592_358919387591_7067035_648408_n.jpg

Gila Beb! Polis Salah Guna Kuasa Di Malaysia? Mari Tengok

Posted: 20 Mar 2011 12:00 AM PDT

Dia mempunyai sehingga 15 syarikat kawalan keselamatan yang mana kesemua pengarah & pemegang saham di syarikat-syarikat tersebut terdiri daripada isteri, anak, adik, adik ipar, sepupu, anak saudara, rakan, jiran dan isteri rakan (bekas pengarah - meletak jawatan kerana pernah seseorang ingin melaporkan kepada KPN) iaitu isteri kepada Datuk Khalid Abu Bakar (Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam KDN/KA).

Maklumat ini boleh dirujuk dalam lampiran yang saya berikan. Dia memperolehi lesen-lesen tersebut adalah daripada adanya "connection" dia dengan salah seorang panel/orang kanan yang meluluskan lesen kawalan keselamatan selain daripada kerani yang bekerja di KDN. Memang diketahui umum di KDN dan dipercayai dia ada membayar (memberi rasuah) secara bulanan kepada mereka-mereka tersebut. Bukti tidak dapat diberikan kerana dia dipercayai memberikan mereka secara tunai. Ramai yang beranggapan bahawa modal awalan untuk kesemua syarikat beliau datang dari duit rasuah yang mana mudah diperolehi daripada tugas hakikinya kerana dia bukan datang dari keturunan yang kaya atau berada.

Suatu ketika dahulu dia pernah ditahan oleh BPR (SPRM) untuk siasatan dan kemudian pengadu telah menarik balik laporan atas rasa kasihan terhadap dia. Kerana dia pernah berjanji tidak akan menganiaya sesiapa lagi selepas itu. Hasil daripada tahanan terhadap dia oleh BPR dahulu, kini dia sudah mempunyai kenalan (pegawai penyiasat) yang rapat dimana setiap bulan dia akan membayar sekurang-kurangnya RM1000 kepada pegawai penyiasat tersebut.

Saya tidak ada masalah untuk tampil apabila PDRM, SPRM atau apa-apa badan yang ingin menyiasat malah saya tidak keberatan untuk memberikan maklumat yang saya ada. Tujuan saya mengedarkan maklumat ini kepada media adalah kerana tidak mahu nanti jika maklumat ini diadukan pada SPRM @ PDRM, mereka hanya akan simpan atau buang kes sahaja. Ini adalah kerana dipercayai dia mempunyai hubungan yang baik dengan pengarah-pengarah atasan PDRM & SPRM. Kerana pada tahun lalu ada individu yang telah membuat laporan terhadap dia dan ada surat telah dihantarkan kepada Ketua Polis Negara akan tetapi ia hanya sampai ditangan P.A KPN kemudian tiada apa-apa tindakan diambil. Laporan/surat yang telah dihantar akan didedahkan jika ada keperluan nanti.

Yang benar,

Mohammad Fahmy

[Baca Seterusnya Untuk Lebih Banyak Pendedahan]

Pakatan Rakyat akan hapus saman ekor

Posted: 19 Mar 2011 11:44 PM PDT

TERENGGANU: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat berikrar akan menghapuskan peraturan saman ekor jika memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah," katanya ketika berceramah di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Jertih malam tadi.

Hadir dalam majlis itu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Mohamed Azmin Ali, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik.

Sementara itu, ketika mengadakan sidang media selepas itu, Abdul Hadi Awang berkata beliau yakin dengan peluang pakatan pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Ia katanya berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Mei tahun lepas yang dimenangi DAP.

"Tak mustahil pengundi di sana akan buat perubahan kali ini," katanya.

Edaran Segera: Pendirian Nik Aziz : Jawapan Terhadap NST

Posted: 19 Mar 2011 10:37 PM PDT

Oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari (20 Mac 2011)

Saya merujuk kepada artikel yang tersiar di muka 10, akhbar New Straits Time bertarikh 19 Mac 2011 yang bertajuk Nik Aziz's Outlandish Edicts (Fatwa Pelik Nik Aziz). Saya kira penulis artikel tersebut Azmi Anshar berniat jahat dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan sewaktu menulis artikel yang sebahagian besarnya mengandungi unsur-unsur prejudis terhadap Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Dari para pertama lagi, penulis menampakkan kedangkalannya apabila menyentuh berkenaan dengan gesaan YAB Tuan Guru supaya wanita Kelantan berpakaian sopan dan menutup aurat. Penulis menyifatkan gesaan ini sebagai seemingly denuded women of their long-held rights to dress, appear and behave as they always had in Malaysia (kelihatan menafikan hak wanita selama ini yang bebas untuk berpakaian, muncul di khalayak dan menampilkan diri sebagaimana kebiasaan wanita di Malaysia). Hairan sekali, apabila seorang penulis yang namanya mencerminkan dirinya sebagai seorang muslim boleh mempertikaikan apa yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu. Sedarkah penulis, bahawa pakaian menutup aurat bukannya difardhukan oleh Nik Aziz, apa lagi Muhammad SAW, bahkan ia merupakan kefardhuan daripada Allah SWT. Tidak malukah penulis sebagai seorang muslim mempertikaikan kata-kata Menteri Besar Kelantan itu dalam keadaan dirinya masih merupakan seorang yang bersyahadah ; bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah

Perlu diingatkan, bermula tahun 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya menyebut isu aurat sebagai satu teguran kepada rakyat dan juga kakitangan wanita yang bekerja, tidak pernah ada satu tangkapan yang dibuat terhadap mereka yang tidak menutup aurat sehinggalah pada tahun 2005, barulah diperkenalkan kod berpakaian dan dikenakan denda kepada mereka yang melanggarnya. Adakah ini merupakan satu perkara yang pelik sehingga dianggap fatwa pelik oleh Azmi Anshar?

Sedarkah Azmi bahawa di Amerika Syarikat sendiri pada hari ini, fesyen berseluar londeh dan mendedahkan pakaian dalam juga telah dilarang demi memastikan keamanan dan ketenteraman awam. Tidakkah itu juga merupakan satu fatwa pelik? Atau Azmi Anshar ingin berkata bahawa PAS juga wujud di Amerika? (sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0830&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_08.htm) Demikian juga di China, pakaian seksi sehingga menggangu mata orang lain juga turut dilarang di atas alasan menjaga ketenteraman awam. (sumber : http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/3621864.stm) Apa jawapan Azmi Anshar terhadap langkah kedua-dua negara ini?

Artikel ini juga bagi saya penuh fitnah terhadap dasar Membangun Bersama Islam yang diperkenalkan di Kelantan. Seolah-olah kerana dasar inilah wanita di Kelantan ditindas. Barangkali Azmi Anshar ini seorang penghuni gua yang baru keluar melihat cahaya. Sedarkah beliau bahawa di Kelantanlah, golongan wanita dibela dengan pelbagai dasar kebajikan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Di sini terdapat skim perlindungan kepada armalah, cuti wanita bersalin selama 60 hari, penggalakan wanita yang bekerja di kilang-kilang agar diberikan shif bekerja pada waktu siang sahaja, perlantikan Senator daripada kalangan wanita dan juga perlantikan penghulu khas untuk golongan wanita. Semuanya ini merupakan cetusan perubahan yang dimulakan oleh kerajaan yang menindas wanita seperti yang digambarkan oleh penulis Azmi Anshar. Dan jangan lupa, di saat cuti dua hari seminggu yang dinikmati oleh kakitangan awam di seluruh negara pada hari ini termasuklah golongan wanita, ia bermula di negeri Kelantan yang mana Doctor In The House itu pernah melabelnya sebagai budaya pemalas!

Azmi Anshar juga mempertikaikan soal calon wanita yang bertanding mewakili PAS pada hari ini sebagai satu perubahan terhadap fatwa pelik Nik Aziz. Kasihan sungguh apabila beliau tidur selama dua dekad sehingga gagal untuk melihat punca wanita tidak digalakkan bertanding sekitar tahun 1970an – 1990an. Sedarkah Azmi Anshar, parti yang pertama meletakkan calon wanita ialah PAS melalui calonnya Khatijah Sidek yang bertanding di kerusi Dungun, Terengganu pada tahun 1955. Pada waktu itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih berada di luar negara dan masih belum mengeluarkan pandangannya (atau dalam istilah Azmi Anshar sebagai fatwa pelik).

Apa yang menyebabkan golongan wanita agak terkebelakang satu ketika dahulu ialah kerana permainan politik kasar UMNO yang menggunakan politik ala samseng dengan pemuda tahan lasaknya dan lain-lain. Senario ini meletakkan ahli politik terutama dari pembangkang seperti PAS dalam keadaan bahaya dan ini tidak sesuai untuk dipikul oleh golongan wanita. Lupakah kita kepada tragedi yang berlaku kepada Allahyarham Abdul Samad Gul, ahli parlimen PAS yang mati dibunuh satu ketika dahulu? Lupakah kita kepada insiden-insiden berdarah yang menimpa penceramah-penceramah PAS satu ketika dahulu? Hari ini, senario tersebut beransur reda dan wanita dibenarkan kembali untuk berada di pentas politik ekoran keselamatannya yang sudah agak terjamin berbanding sebelum ini. Azmi Anshar perlu sedar, polisi tersebut bukannya satu fatwa, tetapi pendirian sementara mengikut senario semasa. Sepatutnya Azmi Anshar lebih fokus kepada agama yang diperalatkan oleh UMNO yang hanya bersifat sementara. Islam Hadhari sebagai contoh, di longkang mana ia dicampakkan pada hari ini setelah ia dijulang bagaikan ratib wajib satu ketika dahulu?

Melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai anti wanita ialah satu tuduhan songsang yang sangat tersasar. Jangan dilupa cadangan Tuan Guru agar diberikan peluang kepada Muslimat PAS menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS beberapa tahun yang lampau. Bolehkah UMNO membuka pintunya seluas itu? Tentu sekali tidak, kerana jawatan dalam parti UMNO umpama lubuk yang boleh menjanjikan seribu satu projek dan tender.

Azmi Anshar tidak berjaya membuktikan apa-apa melalui tulisannya, hanya sekadar memenuhi separuh muka surat akhbar NST dengan satu tulisan sampah yang tidak mempunyai apa-apa nilai. Sekian.

- Penulis ialah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

Cabaran Pilihan Raya Negeri Sarawak

Posted: 19 Mar 2011 10:26 PM PDT

A Kadir Jasin

RAMAI yang minta saya mengulas mengenai pilihan raya negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri Sarawak. Pada 19 Mac pengumuman dibuat bahawa DUN Sarawak akan dibubarkan pada 21 Mac.

Pada waktu ini, saya hanya boleh membuat analisis kasar dan rambang. Lagipun, politik Sarawak tidaklah semudah yang disangka. Malah dalam beberapa hal ia lebih rumit daripada politik nasional.

Buat permulaan, Barisan Nasional diwakili oleh BN negeri yang tidak membabitkan parti-parti utama BN dari Semenanjung. BN Sarawak adalah gabungan parti-parti bangsa dan suku kaum negeri itu.

Antara perkara yang boleh dan perlu dipertimbangkan adalah:-

1. PRN ini akan menjadi penentu masa depan politik Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud. Beliau sudah pun membayangkan yang beliau akan berundur selepas PRN;

2. PRN ini akan menjadi kayu pengukur kepada kemampuan BN untuk terus bergantung kepada Sarawak sebagai "penyelamat" di Parlimen. Kalau BN Sarawak dapat mengekalkan kedudukannya, BN pusat boleh terus bergantung kepada pengundi Sarawak untuk mengekalkan penguasaannya terhadap Dewan Rakyat.

(Dalam PRU 2008, BN Sarawak menyumbangkan 30 kerusi Parlimen dan Sabah 24 kerusi untuk menjadikan kerusi Parlimen BN 140.)

3. Faktor Abdul Taib akan memainkan peranan penting menentukan sama ada BN Sarawak akan terus mendapat sokongan atau tidak. Tuduhan dan dakwaan rasuah serta salah guna kuasa oleh beliau pasti akan dipergunakan sepenuhnya oleh parti-parti Pakatan Rakyat;

4. Siapa akan menggantikan Abdul Taib juga penting. Dalam amalan sistem pecah dan perintahnya, Abdul Taib tidak memberi kata putus siapa bakal menggantikan beliau.

5. Kerana Abdul Taib memerintah begitu lama iaitu sejak 1981, kepemimpinan BN Sarawak menjadi tua dan ramai pemimpin berkaliber tersingkir atau bersara daripada politik. Kalau BN gagal mengemukakan pengganti yang meyakinkan bagi Abdul Taib dan menawarkan ramai calon muda, BN Sarawak akan mengalami masalah imej dan integriti, khasnya di kalangan pengundi muda;

6. Manakala rasisme menjadi semakin ketara di Semenanjung selepas PRU 2008, di Sarawak "nasionalisme" anak negeri juga memuncak akibat isu agama dan pemilikan tanah;

7. Isu-isu seperti Tanah Adat, dakwaan pencerobohan ke atas Tanah Adat oleh pembalak dan kontroversi mengenai penyebaran kitab Injil dalam bahasa Melayu serta tuntutan Gereja Roman Katolik ke atas kalimah Allah akan mempengaruhi pengundi;

8. Di kalangan orang Islam pun komitmen kepada BN Sarawak tidak padu lagi kerana persepsi bahawa mereka dipinggirkan atas dasar suku kaum dalam apa yang sering disebut Melanau-lawan-Melayu;

9. BN Sarawak mempunyai kelebihan (advantage) berbanding pembangkang dalam aspek kewangan dan logistik. Kempen di Sarawak sukar kerana keluasan wilayah dan kesukaran untuk sampai ke pedalaman. Banyak tempat hanya boleh dihubungi dengan helikopter;

10. Cabaran kepada PR pula adalah sama ada ia berani bertanding atau boleh bertanding atas platform yang sama, khasnya mengenai isu agama dan adat resam kerana ideologi mereka yang berlainan; dan

11. Namun PR berkemungkinan memperbaiki prestasinya di kawasan-kawasan bandar di mana ramai pengundi Cina dan di luar bandar di mana Iban/Dayak menjadi majoriti pengundi.

Berpandukan hal-hal di atas, maka buat masa ini saya hanya mampu dan berani memberikan "open verdict" kepada keputusan PRN Sarawak walaupun ia masih memihak kepada BN.

Nota kaki: Mohon maaf jika terlambat menyiarkan komen. Di perantauan. Terima kasih.

http://kadirjasin.blogspot.com/2011/03/cabaran-pilihan-raya-negeri-sarawak.html

22 TAHUN, RUGI RM100 BILION

Posted: 19 Mar 2011 08:30 PM PDT

Bekas penulis Asian Wall Street Journal, Barry Wain, di dalam bukunya "Malaysian Maverick" telah melaporkan Kerajaan Malaysia kerugian RM100 bilion sepanjang Tun Dr. Maharhir Mohamed menjadi Perdana Menteri.

Pembaziran ini berlaku akibat dari amalan rasuah yang berlaku sepanjang tempoh pemerintahan beliau.

Projek-projek atau kontrak-kontrak menjadi mahal sekiranya ia tidak diberi kepada pihak yang benar-benar melaksanakannya tetapi kepada pihak yang hanya akan mengambil komisyen. Yang buat kerja orang lain. Ianya cara mudah untuk membuat duit tetapi rakyat akan rugi.

Bayangkan jika RM100 billion ini dapat diselamatkan. Kita boleh mempunyai rangkaian lebuhraya yang lebih canggih dari sekarang tanpa perlu membayar tol untuk menggunakannya. Kita mungkin telah ada sistem LRT dan MRT yang lebih canggih dari negara-negara maju. Kita mungkin telahpun menjadi negara maju.

Malah bukan sahaja di bawah pemerintahan beliau tetapi rakyat turut rugi selepas pemerintahan beliau. Satu contoh ialah pembelian dua buah kapal selam Scorpene di mana RM557 juta telah dibayar sebagai "komisyen" kepada pihak ketiga. Kes yang sama juga berlaku di dalam pembelian kapal selam Agosta.

Pembaziran bukan hanya boleh berlaku di dalam projek-projek mega tetapi pada projek-projek kecil. Bukan sahaja di bandar-bandar besar tetapi di kampung-kampung.

Seorang Ketua Kampung di Terengganu, saudara isteri saya, pernah memberitahu saya bagaimana projek membuat parit di kampung beliau pernah diberikan kepada sebuah syarikat kontraktor dengan nilai hampir RM20,000. Tetapi akhirnya projek itu dilaksanakan dengan kos kurang dari RM5,000 oleh pihak lain. Ini bermakna rakyat telah rugi RM15,000. Kalau ada 100 projek begitu maka rakyat akan rugi RM1.5 juta.

Bukan membuat parit sahaja boleh merugikan rakyat malah menempah bihun pun boleh merugikan rakyat. Ada orang pernah menawarkan saya untuk membekalkan bihun dan minuman dengan harga RM5 seorang untuk satu program mesra rakyat. Kalau dibeli di warung atau gerai, harga bihun adalah RM2 sepinggan dan teh secawan RM1. Ini bermakna pembekal itu telah "mark-up" RM2. Kalau saya menempah untuk 200 orang, ini bermakna rakyat akan rugi RM400. Walaupun ia tidak setinggi komisyen untuk membeli kapal selam tetapi duit rakyat telah tetap dibazirkan. Di akhirat tetap akan disoal.

http://iskandar56100.blogspot.com/2011/03/22-tahun-rugi-rm100-bilion.html

Sekadar isu, belum cukup kuat untuk heret Taib Mahmud, BN Sarawak jatuh?

Posted: 19 Mar 2011 08:00 PM PDT

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Pada tanggapan umum, laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya mudah disekat oleh "simpanan tetap" BN di Sarawak. Dalam pilihan raya umum 2008, tsunami politik tidak berjaya melanda Laut China Selatan sehingga Sarawak (dan Sarawak) terselamat daripada badai yang mengejutkan itu. Kini, sebelum PRU13 menjelma, keutuhan BN akan diuji lebih awal dalam pilihan raya negeri ke-10, yang mesti diadakan sebelum 24 Julai depan.

Meskipun isu-isu politik di Sarawak semakin panas dan heboh diperkatakan bukan setakat di sekitar Kuching, malah sudah diangkat menjadi agenda nasional -- dan turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa -- namun di atas kertas seolah-olah kekuatan BN di bawah teraju Ketua Menteri, Taib Mahmud, yang genap memerintah 30 tahun, sukar digugat.

Sekali pandang, cabaran paling getir yang dialami Taib mungkin dalam pilihan raya negeri 1987 apabila Dun Sarawak terpaksa dibubarkan pada 13 Mac berikutan tuntutan 27 Adun (jumlah Adun ketika itu 48 orang) mendesak Taib meletakkan jawatan atau menghadapi undi tidak percaya. Bekas ketua menteri, Abdul Rahman Yaakub, yang juga bapa saudara Taib mengetuai Kumpulan Maju (terdiri dari Permas dan PBDS), yang popular dengan peristiwa Hotel Ming Court.

Kumpulan Maju berjaya merebut 20 kerusi, tetapi kebanyakannya (15 kerusi) di kawasan majoriti kaum Dayak. Rahman sendiri kalah. Belum pun berakhir tahun 1987, sembilan Adun Kumpulan Maju telah melompat parti, dan dengan itu saingan sengit buat Taib boleh dikira berakhir.

Selepas 25 tahun, Taib masih kekal berkuasa, tetapi dicemari dengan rekod buruk penyalahgunaan kuasa dan pengumpulan kekayaan yang dahsyat. Tempoh tiga dekad Taib berkuasa mengingatkan rakyat Malaysia tentang pemerintahan diktator Mesir, Hosni Mubarak, yang akhirnya berjaya ditumbangkan melalui revolusi rakyat.

Maka ramai mula membayangkan, jika Mubarak yang disokong hampir 100 peratus dalam setiap kali pilihan raya boleh diusir dengan begitu hina, apakah Taib yang nampak gagah langsung tidak terusik dalam siri pilihan raya negeri sebelum ini akan terus bertakhta, sambil menimbun kekayaan dan "merampas tanah" untuk diri, anak-anak, saudara-mara, suku-sakat dan kroninya?

Namun, timbul persoalan besar, apakah rakyat Sarawak, terutama yang tinggal di kawasan pedalaman, yang terhimpit dengan kemiskinan, kedaifan dan penindasan, mampu serta bersedia untuk berubah? Apakah mereka akses dengan maklumat dan pendedahan tentang penyelewengan Taib yang banyak disebarkan melalui media baru?

Apa lagi dalam politik Sarawak, khabarnya budaya samseng ugut-mengugut masih bermaharajela dan ini agak membimbangkan golongan prihatin yang mahu menyedarkan komuniti mereka terhadap kezaliman yang berlaku.

Perhimpunan politik terutama membabitkan penjelasan terhadap isu-isu rakyat bawahan selalu dihalang. Taib dikatakan memperalatkan pihak polis bagi kepentingan diri dan survival BN. Beberapa tokoh politik Semenanjung juga dihalang daripada memasuki negeri itu.

Sarawak menyaksikan jurang pendapatan dan kehidupan yang cukup ketara di antara golongan kaya dengan kelompok miskin. Ahli-ahli politik dan kroni Taib mengumpulkemewahan yang melampau-lampau. Negeri makmur terutama dengan hasil mahsul buminya tetapi majoriti rakyat papa kedana. Apa pun, rakyat yang dikepung kemelaratan dan sentiasa terikat dengan bantuan kerajaan, seringkali sukar melakukan reformasi.

Dun Sarawak menawarkan 71 kerusi, BN menawan 63; pesaing terdekat adalah DAP yang menguasai 6 kerusi, manakala KeADILan dan Parti Cinta Malaysia, masing-masing satu. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dikemudi Taib menang semua 35 kerusi yang ditandinginya. Hanya SUPP (Sarawak United Peoples' Party) -- parti pertama ditubuhkan di Sarawak -- yang bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina menerima tamparan hebat daripada DAP apabila ramai calon-calonnya kalah pada 2006, dan yang terakhir calonnya juga tewas dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Gelombang peralihan undi masyarakat Tionghoa yang melanda Semenanjung pada 2008 -- dan momentumnya berkekalan di Sibu pada Mei 2010 -- dijangka banyak memberi kelebihan kepada DAP dalam pilihan raya umum negeri tidak lama lagi. Ramai pemerhati politik meramalkan DAP boleh menambah jumlah Adunnya menjadi 12. Sarawak mempunyai 15 kerusi yang majoritinya pengundinya Cina.

Justeru, Taib dilihat cuba memberi lebih tumpuan untuk menarik hati pengundi Cina dan memperkukuhkan kekuatan SUPP. Bagaimanapun, trend pengundian masyarakat Cina dijangka tidak berubah bukan sahaja di Sarawak, tetapi juga di Semenanjung. Beberapa "pembaharuan" yang cuba diperkenal Perdana Menteri, Najib Razak seperti slogan 1Malaysia seperti tidak berbekas di kalangan orang Cina. Namun, sekiranya SUPP tewas semua kerusi pun, majoriti dua pertiga BN masih gagal dinafikan.

Difahamkan, pengundi Melayu-Melanau agak payah untuk menolak BN. Kesedaran untuk berubah dirasakan lebih mudah di kalangan pengundi Iban. Kebetulan isu diskriminasi dan rampasan tanah adat NCR banyak membabitkan mereka (tetapi juga tidak terkecuali masyarakat Melanau, asal-usul Taib sendiri). Seperti kata Pengerusi KeADILan negeri, Baru Bian, tanah bagi majoriti penduduk Sarawak ibarat nyawa kerana kerana kehidupan mereka sejak nenek moyang sangat berkait rapat dengan tanah adat itu. Isu rampasan tanah dijangka menjadi polemik besar dalam kempen pilihan raya nanti.


Adun Padungan, Dominique Ng semasa mengulas isu rampasan tanah penempatan kaum Iban, menegaskan: "Ketamakan keluarga Taib tiada hadnya, dan telah melampaui batasan rasa malu. Mereka tetap akan mencuri, dan mencuri lagi, sepanjang masa mereka dapat lakukannya, sehinggalah mereka dilucutkan dari kekuasaan atau mati."

Terbaru, kes tuntutan harta sepencarian sebanyak RM400 juta isteri anak Taib, Shahnaz Majid terhadap suaminya, Mahmud Abu Bekir Taib cukup mengejutkan. Kekayaan Abu Bekir dijangka melebihi RM1.3 bilion. "Itu baru seorang anak, bagaimana dengan tiga lagi anaknya yang lain? Bagaimana dengan adik beradiknya pula, lelaki dan wanita, juga tidak terkecuali dengan aset ipar-duainya. Hampir semua suku-sakatnya terbabit dengan kontrak kerajaan negeri tanpa melalui tender terbuka," kata seorang penganalisis politik yang tidak mahu dikenali.

"Harta mereka banyak tersimpan di luar negara, tetapi Taib dan suku-sakatnya tidak segan silu memperagakan kemewahan yang diperolehi daripada khazanah negeri. Cuba anda rujuk laman web sarawakreport.org, banyak aksi-aksi menjengkelkan dirakam. Tuduhan keluarga Taib memonopoli projek kerajaan negeri, tanah dan balak disertakan dengan dokumen sahih," ujarnya. - lutfi_detik@yahoo.com

Taib hendak berundur? - Jangan hiraukan janji itu.

Posted: 19 Mar 2011 07:30 PM PDT

Taib Mahmud berkata beliau akan mengundurkan diri sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas kemenangan BN di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan tiba tidak lama lagi. Walau bagaimana pun beliau akan berundur sesudah dapat mencari pengganti beliau yang sesuai. Tidak diberitahu pula kita samada yang sesuai untuk beliau atau untuk rakyat yang inginkan kerajaan yang bersih. Sudah 30 tahun beliau menerajui negeri itu, namun sehingga hari ini beliau masih tidak dapat mencari pengganti beliau. Mungkin rakyatlah yang patut mencari pengganti Taib ini.

Setakat ini beliau hanya mampu untuk membuktikan yang Sarawak tidak ada pemimpin yang boleh memimpin selain dari diri beliau sendiri. Kalau dahulu, dalam keadaan Sarawak mempunyai ramai pemimpin yang boleh menggantikan beliau, Taib tetap tidak mahu berundur. Maka kita tidak nampak sesiapa yang mampu pada hari ini setelah pemimpin yang berkemampuan semuanya telah berhenti dan bersara dari bergiat dalam politik negeri itu.

Di kalangan kepimpinan BN Sarawak khusunya PBB sekarang sedang menghadapi ketandusan kepimpinan dan 'vacuum' yang disebabkan keengganan Taib untuk berundur selama ini menjadi masalah yang sangat besar di Sarawak. Jika pilihanraya di adakan dengan bersih sudah pasti Taib dengan BN nya sudah lama jatuh dan tidak berkuasa lagi.

Tetapi oleh kerana Sarawak masih mundur dan ramai di antara pengundinya berada di pedalaman dan miskin mereka akan terus bersama BN apabila Taib dan wang ringgitnya sampai lima tahun sekali bagi membeli belah undi untuk berkuasa selama 5 tahun lagi. Dalam lima tahun itu segala perbelanjaan pilihanraya itu akan dapat digantikan dengan kerja-kerja rasuah dan melalui penebangan hutan belantara negeri itu.

Janji pemimpin rakus seperti ini memang sudah biasa didengar oleh rakyat khususnya mereka yang sudah lama hidup dan banyak pengalaman. Janji pemimpin untuk berundur diri hanya mainan bibir sahaja. Lidah yang lembut itu mudah mengenakan kata-kata manis untuk menabur janji yang akhirnya tidak ditepati.

Di antara yang saya ingat ialah janji Dr Mahathir semasa ucapan penggulungan Perhimpunan Agong UMNO 1981 dahulu semasa mengambil alih kepimpinan dari Datuk Husein Onn. Semasa itu perhimpunan agong tahunan UMNO masih di adakan di Dewan Nirwana Hotel Hilton Kuala Lumpur. Saya mendengar ucapan itu dengan jelas kerana perwakilan dari Bahagian saya duduk di hadapan sekali didalam Dewan Persidangan itu. Dr Mahathir memberi tahu perhimpunan itu agar memberi beliau signal jika ada tanda-tanda yang beliau tidak digemari lagi oleh rakyat dan ahli UMNO, dan beliau akan berundur secara terhormat.

Tetapi apabila ahli-ahli UMNO telah menunjukkan tanda-tanda itu beliau tetap bertahan sehingga beliau memimpin negara selama 22 tahun. Apabila UMNO sudah menunjukkan yang beliau sudah tidak popular lagi beliau menubuhkan parti baru untuk membawa pemulaan baru bagi beliau dan terus memimpin sambil meninggalkan ramai pemimpin yang beliau geruni duduk di luar parti yang baru beliau tubuhkan itu.

Pada tahun 1985 apabila PBS ditubuhkan dengan pantas untuk menyertai pilihanraya negeri Sabah bagi menandingi parti Berjaya pimpinan Ketua Menteri Haris Salleh, Dr Mahathir telah berucap keseluruh negara melalui stesen-stesen TV, Dr Mahathir berkata "I will sink and swim with Berjaya'.

Tetapi apabila Berjaya kalah dan Haris sendiri kalah di tangan Kaduh Agundung Dr Mahathir "swam with PBS and ignored the sinking Berjaya". Berjaya hanya tinggalkan dalam coretan ahli-ahli sejarah dan kalau tidak silap saya parti itu sudah tidak ada lagi di dalam pendaftar pertubuhan. Dr Mahathir bermain politik mengikut resmi air; dimana lekok di situ beliau berhenti.

Berbalik kita kepada janji Taib Mahmud tadi, lebih elok jangan kita hiraukan janji-janji manis beliau itu sehingga beliau benar-benar berundur. Kita anggap sahaja beliau akan terus duduk di singgahsana kuasa sampai beliau meninggalkan kita semua. Janji-janji seperti ini memang selalu kita dengar. Jarang-jarang janji-janji itu ditepati.

Kadang-kadang ingin rasanya meminta pemimpin kita membuka mulut mereka luas-luas; nak tengok lidah di dalam mulut mereka itu lidah manusia atau lidah…… .

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/03/taib-hendak-berundur-jangan-hiraukan.html

Siapa Farok Majeed dan kaitan dengan kekayaan adik Taib Mahmud?

Posted: 19 Mar 2011 07:00 PM PDT

Fokus Isu [onn] SEJAK sembilan bulan yang lalu Sarawak Report telah berusaha mencari Farok Majeed, kali terakhir dia bekerja di luar Sydney untuk saudara Ketua Menteri Sarawak, iaitu Onn Mahmud. Kami gagal mengesan Encik Majeed sejak dia hilang dalam masa kes mahkamah di mana dia telah menyaman Onn Mahmud lebih $15 juta dollar Australia.

Pada laporan kami yang lalu, kami telah memperincikan bagaimana Farok telah menyerahkan bil-bil kepada Onn Mahmud bagi kerja-kerja "membangunkan dan menguruskan" projek mengenai sebuah penthouse yang termahal di Australia.

Onn Mahmud - Taib's brother and former businessness partner and chief of family businesses CMS

Kes mahkamah itu juga memperincikan lebih banyak urusan harta yang berkaitan dengan Onn Mahmud, tetapi kes itu berhenti separuh jalan setelah kehilangan Farok Majeed.

Hakim Australia, Tuan Hakim Brereton dari Mahkamah Tinggi New South Wales, telah menangguhkan perbicaraan ke atas kes itu pada 1hb Januari 2008 atas dasar Encik Farok Majeed telah gagal menghadirkan diri ketika itu dan juga pada perbicaraan 13hb Disember 2007 yang lalu.

Memandangkan Farok Majeed gagal menghadirkan diri ke mahkamah, hakim Brereton telah mendendanya dengan mengenakan hukuman sebanyak $2,212,615 sebagai gantirugi yang harus dibayar kepada Onn Mahmud atas kerja-kerja yang belum berbayar yang dilakukan oleh syarikat Australasia Pacific milik Farok Majeed.

Hakim berkenaan juga meminta Farok Majeed membayar perbelanjaan guaman Onn Mahmud pada perbicaraan akan datang. Alangkah gembiranya hati kami mengetahui jika Onn Mahmud dapat membuktikan bahawa dia telah menerima bayaran-bayaran yang dijelaskan oleh Farok Majeed.

Kes berkenaan telah ditangguhkan pada bulan Februari 2008, tetapi tiada bukti menunjukkan dia telah melakukan apa yang telah diperintahkan oleh mahkamah.

Skandal dan bukti Farok mengenai kekayaan Onn

Kes Farok Majeed menentang Onn Mahmud timbul serentak pada masa saudara Ketua Menteri itu menghadapi tekanan masalah yang begitu sensitif.

[onn flat]

1902 Peach Gardens - a Singapore penthouse worth over $7 million Singapore Dollars. At 5,261 square feet and with 5 bedrooms Estate Agents rave that you "cant find such a spacious apartment anymore"

Akhbar-akhbar Jepun telah mula melaporkan mengenai badan percukaian mereka sedang mendakwa syarikat-syarikat perkapalan Jepun kerana membayar berbilion-bilion dollar hasil keuntungan tak-isytihar bagi penjualan dan pengankutan kayu bergergaji kepada sebuah syarikat di Hong Kong yang diuruskan oleh setiausaha peribadi Onn Mahmud, iaitu Kin Kwok Shea.

Syarikat Regent Star yang menjalankan operasi menggunakan ruang pejabat yang sama dengan pejabat Syarikat Richfold milik saudara perempuannya, di mana Onn juga merupakan pemegang utama ke atas saham-saham di situ.

Dalam masa berlakunya skandal itu Onn bertindak selaku pengarah dan juga pemegang saham di syarikat Achipelego, yang telah dilesenkan untuk mengawal ekspot kayu-kayan dari negeri Sarawak oleh saudaranya sendiri, Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud.

Syarikat-syarikat perkapalan dari Jepun mendakwa mereka menghadapi kesukaran mendapatkan lesen ekspot dari Achiplego sehingga bayaran dibuat kepada Regent Star!



[farok case]

The list of properties Majeed claims he worked on for Onn Mahmud in Australia.

Harta-harta yang dinyatakan dalam dokumen Farok yang difailkan di mahkamah



Kes mahkamah Farok Majeed, pada mulanya difailkan pada bulan September 2006, jelas menunjukkan bahawa dia telah diberikan suatu kontrak kerja oleh Onn untuk membangunkan beberapa harta mewah di Sydney.

Kerja-kerja itu diperincikan di dalam dokumen-dokumen mahkamah, termasuk butir-butir kediaman-kediaman eksklusif milik Onn Mahmud di Singapura dan Sydney. Farok juga pernah didengar cuba mengemukakan saman mahkamahnya ke atas kediaman-kediaman Onn yang lain, dengan memberikan alamat-alamatnya sekali.

Farok juga telah mengemukakan beberapa bukti yang berkaitan dengan syarikat-syarikat hartanah milik Onn, isteri dan anak-anaknya.

Pertamanya, Farok menyebut mengenai flat keluarga Onn di 1902 Peach Gardens, Singapura. Ianya merupakan sebuah apartmen penthouse bekembar, mempunyai ruang yang luas bagi sebuah bandaraya yang sesak. Kembar apartmen tersebut yang serupa telah diiklankan dengan tandaharga sebanyak $7 juta dollar Singapura.

Namun, kemegahan Peach Gardens kelihatan kurang berbanding sebuah lagi kediaman keluarga Onn di 26 Carrara Road, Vaucluse di barat Australia, di mana Farok Majeed juga didapati cuba mengemukakan samannya.

Kediaman tersebut dikatakan sebagai salah sebuah premis yang paling pintar yang dibina di sebuah kawasan paling mahal di Sydney. Premis-premis di Carrara Road secara konsistennya pernah mencatatkan harga jualan paling tinggi di Sydney, di mana salah sebuah rumah di situ telah dijual pada harga $27 juta dollar Australia pada masa pasaran hartanah sedang mengalami kemerosotan.

Luasnya harta, hasil pembalakan yang dicemari rasuah?

Para penunjuk perasaan kini menuntut agar harta-harta keluarga Taib di Australia, US, Canada, UK dan lain-lain negara seharusnya disiasat sebagai hasil jenayah rasuah yang berkisar pada industry kayu balak Sarawak.

Terdapat beberapa siri tunjuk perasaan telah dirancang untuk diadakan di Australia pada minggu hadapan, mulai Isnin di Sydney. Hubungan mesra antara Onn Mahmud dengan beberapa usahawan-usahawan pembalakan Sarawak akan menjadikan harta-hartanya sasaran-sasaran siasatan.

Berdasarkan keterangan-keterangan yang didokumenkan, di mana pada tahun 1983, Onn dan isterinya telah melaburkan modal saham mereka sebanyak RM2.00 ke dalam anak syarikat Achi Jaya, iaitu Achipelego Shipping, yang kemudiannya dilantik oleh Taib secara nepotisme, untuk mengawal pengeluaran lesen-lesen mengangkut kayu-kayan dari Sarawak.

Setelah hanya beberapa tahun memainkan peranan berkenaan, walaupun di tengah-tengah skandal, kami dapat membuktikan bahawa pasangan itu telah hidup secara sederhana kepada hidup yang mampu memiliki beberapa hartanah yang menakjubkan di peringkat antarabangsa.

Kami telah dapat menjejaki dan mengenalpasti harta-harta mereka di Amerika Utara, Sarawak, Malaysia dan kini beberapa harta mewah di Australia, terima kasih kepada maklumat yang diberikan oleh Encik Farok Majeed.

Malaysia
[coronade kl 20 story 225 rooms]

The 20 story, 225 room Coronade Hotel in downtown KL sold for RM 93 million last year



Dokumen-dokumen mahkamah yang dibuat oleh Farok menunjukkan bahawa beliau pernah cuba untuk memberikan surat-surat kepada Onn secara bersemuka di hotelnya di Kuala Lumpur.

Hotel berkenaan adalah The Coronade, sebuah hotel pencakar langit di tengah-tengah Kuala Lumpur yang telahpun dijual pada tahun lalu dengan harga RM93 juta. Setelah menjual The Coronade, Onn dikatakan melabur semula di Langkawi dengan membeli sebuah hotel bertaraf 5 bintang.


Ladang-ladang – jualan RM930 juta


[4588604305_6b32fec29f[1]] Commercial Skyscraper – Ottawa's 'Xerox Tower', part of the Sakto Property Empire which Onn founded with Taib's children in Canada

Dalam konteks ini kita tidak harus mengenepikan perladangan yang diusahakan oleh Mahmud, yang boleh kita temui di seluruh bumi Sarawak yang digunakan untuk mengembangkan pelaburannya ke seluruh Malaysia dan luar negara.

Pada suatu ketika Onn telah menjual ladangnya seluas 30,000 hektar dengan harga RM930 juta, iaitu pada harga RM31 ribu seekar! Para pembaca kita pastinya masih ingat akan laporan mengenai rakyat di kawasan pilihanraya Balingian yang telah dibayar RM250 untuk seekar tanah NCR mereka oleh pengusaha ladang.

Nampaknya Taib dan orang-orang BN-nya tidak sedikitpun bersimpati dengan rakyat mereka yang hidup merana setelah mereka kehilangan tempat mencari makanan.

Adalah relevan bagi kita untuk perlu mengetahui hubungan perniagaan antara Onn Mahmud dan Farok Majeed. Farok, menurut maklumat dalaman kita, pada asalnya terlibat menguruskan kegiatan pengambilan tanah-tanah NCR untuk Taib Mahmud di Sarawak, dan beliau juga dikenali sebagai pakar rundingan tanah NCR.

Banyak lagi harta di Australia

Namun pada tahun 2007, Farok Majeed telah mengemukakan tuntutan saman pada Onn bagi kerja-kerja yang didakwanya telah dilakukannya untuk membantu Onn membangunkan beberapa projek di Australia.

Salah sebuah projek yang dinamakan dalam kes berkenaan adalah merupakan 'hotel butik' yang masih dimiliki oleh Onn yang dikenali sebagai The Valentine yang terletak di George Street, dan yang telah dirasmikan oleh Sultan Kedah pada tahun 2007.

Pembangunan The Valentine dan dua buah lagi restoren, yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh isteri Onn, suadara, dan anak perempuannya, telah menjadi perniagaan yang berprofil. Namun, bukanlah ketinggian profil perniagaannya yang diterima di situ.

Syarikat Donmastry di Australia, yang memaju dan pembangunkan harta Onn itu pernah menjadi bahan perbincangan dalam dewan parlimen di Australia berikutan beberapa siri skandal yang wujud dan dilaporkan di dalam akhbar-akhbar negara itu. Antara lainnya, adalah kes di mana para pekerjanya mengadakan tunjuk perasaan kerana tidak dibayar gaji.

Publisiti berkenaan telah ditujukan terhadap seorang pemegang saham yang juga selaku pengarahnya, James Nasmi, tetapi para pemegang utama saham-saham dalam syarikat itu adalah isteri, anak perempuan dan juga adik ipar Onn Mahmud sendiri.

Farok Majeed telah mengemukakan saman tuntutan terhadap Onn kerana telah mengeluarkan belanja untuk mengheret James Nasmi ke mahkamah mengenai kes tersebut, sebagai mana yang dinyatakan di dalam dokumen-dokumen yang difailkannya di mahkamah.

Onn telah jelas mencuba untuk memisahkan dirinya dari pelbagai perniagaan yang berkaitan dengan hartanah, di mana dia pada asalnya memegang saham di dalam syarikatnya, Kesuma Holdings. Pada awal 2009, Onn telah membubarkan Kesuma Holdings. Namun pemilikan syarikat-syarikat lain oleh isteri, anak perempuannya dan juga adik iparnya yang berpangkalan di Carrara Road telah menggagalkan cubaannya menyembunyikan identiti dan penglibatannya!

Penthouse yang paling mahal pernah dijual di Sydney!



Namun, menurut Farok lagi terdapat sebuah lagi harta yang dianggap amat signifikan yang melibatkan Onn Mahmud. Harta berkenaan, Ten Wylde Street, telah menarik perhatian akhbar-akhbar Australia yang terletak di kawasan pekan pelabuhan Potts Point, yang telah dijual dengan harga yang telah mencatatkan rekod jualan sebanyak $20 juta dollar Australia pada tahun 2008!

Penthouse berkenaan merupakan salah satu siri flat-slat yang dibangunkan semula yang melibatkan Onn. Kerja-kerja pembangunannya sebenarnya dilakukan ke atas bangunan-bangunan yang lama, yang kemudiannya mahkamah telah mendapati bahawa Onn telah membeli bangunan berkenaan dan diperbaikinya semula bertujuan untuk dijual sebagai flat-flat berkualiti tinggi.

Kemudian, besar kemungkinan Onn telah bertindak selaku 'pembeli bermisteri' ke atas rumah itu dengan menyetujui harga jualannya RM20 juta dollar Australia, yang akhirnya terdedah pada pengetahuan umum. Pihak berkuasa Australia seharusnya memutuskan bahawa suatu siasatan perlu dijalankan, sama ada produk-produk hasil dari kegiatan rasuah pembalakan di Sarawak telah terjana sebagai sumber untuk mempengaruhi kuasa belian ke atas pasaran hartanah mereka!


Apakah yang terjadi kepada Farok kini?



Pihak kami ingin menjalankan siasatan selanjutnya ke atas perkara ini dan untuk mengetahui apakah aset-aset yang dimiliki oleh beberapa syarikat seperti yang terdapat di dalam dokumen-dokumen yang dikemukakan Farok kepada mahkamah.

Namun, kami masih gagal menemui Farok Majeed. Kami faham bahawa dia sememangnya telah dijadikan bankrap di beberapa peringkat, maka kami mengandaikan Farok tidak berjaya menuntut segala sesuatu bayaran balik daripada keluarga Mahmud.

Namun kesemua bekas tempat kerja dan tempat pengajiannya tidak dapat memberikan kami sebarang maklumat mengenainya.

Farok Majeed merupakan pengasas dan pengerusi persatuan pengubahsuai dan pembangun bangunan di Singapura, yang dikenali sebagai RADAC. Namun, walaupun Farok telah menggunakan alamat RADAC dalam laporan tahunan bagi tahun 2010, tiada seorangpun dalam RADAC tahu akan bos mereka itu.

Sebaik sahaja setelah kami bertanyakan pemergiannya, RADAC telah menggantikan Majeed sebagai pengerusi mereka dengan orang lain. Para staf dalam RADAC juga memberitahu kami bahawa mereka tidak Berjaya mengesannya sejak beberapa bulan yang lalu.

Begitu juga sebuah pertubuhan yang dikaitkan dengan Farok, Construction Dispute Resolution Services yang beribupejabat di US, telah memberitahu kami bahawa mereka juga telah gagal mengesannya "sejak dua tahun yang lalu".

Kami juga telah cuba untuk mengesannya di bekas tempat pengajiannya, University of Sydney, tetapi professornya juga memberitahu kami bahawa Farok tidak kedengaran sejak sekian lama.

Akhirnya kami cuba mendapatkan peguam kebankrapannya, namun mereka juga mengatakan bahawa mereka telah gagal mengesannya. Syarikat-syarikatnya telah ditutup dan dia tidak lagi didaftarkan menggunakan sebarang alamat dan agensi penyiasat persendirian di Australia juga gagal mengesannya. Mungkin dia telah kembali ke Malaysia? Mungkin juga dia menyembunyikan dirinya, sesuatu yang pelik dilakukan oleh seseorang jururunding perniagaan hartanah?

Mungkin Encik Farok Majeed telah berjaya mengases artikel ini dan menghubungi kami, maka kami amat percaya dia boleh memberikan kami maklumat-maklumat yang ekstensif mengenai harta kekayaan keluarga Taib Mahmud?

Sebaliknya, mungkinkah Encik Onn bin Mahmud dapat member kami segala maklumat yang kami perlukan? Mungkinkah Onn dapat memberitahu kami apa yang telah terjadi ke atas bekas rakan niaganya dan juga penasihat undang-undangnya, Farok Majeed?

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=12744

Dakwa curi ‘hasil’ tanah orang asal, Umno penipu.

Posted: 19 Mar 2011 06:30 PM PDT

KUALA LANGAT: Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata tuduhan bahawa kerajaan Selangor 'memunggah hasil' tanah orang Asal di Kuala Langat sebagai satu pembohongan besar.

"Umno ini penipu, pembohong, pencacai. Dia buat isu ini, dia patut tunjukkan bukti" tegas Abdullah Sani kepada Keadilan Daily.

Beliau mengulas dakwaan Umno Barisan Nasional (BN) melalui akhbar Utusan Malaysia hari ini bahawa kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, mengambil hasil tanah orang Asal di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat.

Akhbar utama Umno BN itu memuatkan laporan kononnya kerajaan Selangor menyerahkan Tanah Simpanan Sakai itu kepada 'pihak ketiga' tanpa pengetahuan 4,000 penduduk orang Asal berketurunan suku Temuan di situ.

Menyifatkan berita itu satu 'penipuan berdasarkan 'cakap-cakap orang' tanpa menyelidiki kebenaran sebenar, kerajaan Selangor katanya tidak pernah mengambil tanah rakyat sesuka hati seperti dilaporkan.

"Dia (Utusan) patut tunjuk bukti. Kita tak pernah ambil walau satu inci pun tanah rakyat, kita lagi bagi (tanah) ada lah. Kalau betul, dah tentu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), polis atau badan-badan tertentu dah datang ketuk pintu rumah kami (kerajaan Selangor)," tambahnya.

Jelasnya lagi, Umno BN harus berdepan dengan kerajaan Selangor sebagai 'anak jantan', bukan dengan melakukan propaganda jahat di media.

"Mereka ini (Umno BN) kalau tak menipu, mereka tak boleh hidup. Sila berdepan kami sebagai anak jantan, bukan dengan menipu di media perdana," katanya.

Justeru, Abdullah Sani berkata, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya Umno BN mengaitkan beliau dalam isu ini.

"Kalau dia sebut apa-apa berkaitan saya, saya tak akan teragak untuk saman mereka," katanya.

Pilihanraya tempang dan pincang di Sarawak

Posted: 19 Mar 2011 06:00 PM PDT

Akhirnya Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar juga Isnin ini. Padamlah segala teka-teki dan kini semua pihak memerah otak untuk bertarung dalam pilihanraya umum negeri tersebut yang ternayta tidak dibuat serentak dengan pilihanraya umum ke 13 sebagaimana diramalkan oleh sesetengah jurutelek politik dikalangan kita.

Kalau sesiapa berkesempatan menonton berita jam 8 malam semalam, lihatlah di TV3 contohnya 20 minit pertama dari berita TV berkenaan di "hadihkan" buat propaganda politik BN. Jutaan peruntukkan diluluskan oleh PM dan TPM dari satu bahagian parlimen ke satu bahagian yang lain

Media arus perdana diperalatkan, wang peruntukkan kerajaan ditabur, inilah permulaan pilihanraya pincang dan tenpang sebagaimana yang biasa kita lihat di Malaysia.

Itupun minggu lepas Menteri di JPM Nazri Tan Sri Aziz boleh mendabik dada di Dewan Rakyat mengatakan bahawa proses perjalanan pilihanraya di Negara ini adalah adil dan setanding dengan Negara-negara lain! Negara manakah itu? Myanmar? Iraq di zaman Saddam? Mesir di zaman Mubarrak?

Kita akan saksikan BN mencabul proses pilihanraya di Sarawak semata-mata kerana mahu bertahan dan terus berkuasa di sana sebagaimana di tempat-tempat lain. Semoga rakan-rakan PR di sana terus berjuang dengan penuh sabar dan gigih menghadapi gergasi BN yang tidak senonoh itu. Mudah-mudahan terbukalah hati rakyat untuk menyokong dan bersama mereka yang benar sebagaimana di Kelantan, Pulau Pin ang, Kedah dan Selangor.

http://n32.blogspot.com/

Pilihan raya Sarawak 16 April; Bidayuh akan protes BN?

Posted: 19 Mar 2011 05:30 PM PDT

Oleh DR JENERI AMIR

Pada hujung minggu lepas saya telah balik ke tempat asal saya, Mukah. Saya sempat singgah di beberapa bandar dan pekan Sarawak iaitu Serian, Sri Aman dan Sibu. Serian, sekitar sejam perjalanan dari Sibu merupakan kawasan Bidayuh, Sri Aman didominasi kaum Iban, bandar Sibu kaum Cina, manakala Mukah kebanyakannya didiami etnik Melanau.

Dalam persinggahan di pekan berkenaan, menjadi kebiasaan saya untuk singgah di kedai kopi tempat tumpuan orang ramai. Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi dengan 28 kerusi mempunyai majoriti Melayu/Melanau, Iban 19 kerusi, Cina 15 kerusi, Orang Ulu tiga kerusi, dan Bidayuh enam kerusi.

Keunikan Sarawak terletak kepada kewujudan masyarakat pelbagai kaum yang mengamalkan agama dan budaya yang berlainan. Meskipun berbeza dari segi kepercayaan, sikap tolak ansur dan saling menghormati menyebabkan mereka dapat hidup dalam keadaan harmoni. Tidak pernah berlaku konflik atau ketegangan hubungan kaum di negeri ini.

Pemimpin dan ahli politik bagai faham akan hakikat bahawa mereka perlu sentiasa menjaga sensitiviti dan perasaan kaum lain. Sikap sedemikianlah yang menjadi rahsia dan resipi kestabilan sosial dan keharmonian hubungan kaum di Sarawak.

Mereka tidak terpengaruh oleh sesetengah ahli politik yang menjadikan isu perkauman sebagai modal politik. Mereka sedar, keadaan sekarang perlu dipelihara.

Masyarakat Sarawak hidup harmoni

Di kedai kopi milik orang Cina di bandar berkenaan saya dapati masyarakat pelbagai kaum duduk semeja memperkatakan pelbagai isu. Sudah pasti isu paling hangat dan banyak diperkatakan adalah tentang politik dan tarikh pilihan raya.

Ramai yang tiba-tiba menjadi nujum pak belalang atau tukang ramal. Penduduk luar bandar sentiasa menunggu pilihan raya yang datang setiap dua tahun sekali di negeri ini, iaitu pilihan raya parlimen dan negeri.

Mereka menganggapnya seolah-olah seperti pesta. Pada waktu menjelang pilihan raya mereka berpeluang melihat pelbagai wajah pemimpin yang hanya dapat disaksikan melalui kaca televisyen.

Sesungguhnya, pilihan raya negeri Sarawak kesepuluh semakin dekat. Bahang pilihan raya semakin terasa di mana-mana, tidak kira di bandar atau di rumah panjang dan kampung di pedalaman.

Berdasarkan perkembangan terkini, besar kemungkinan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Serian bagi menghadiri program Sejiwa Senada ialah petanda ada sesuatu yang penting akan berlaku sesudah peristiwa itu. Kunjungan Ketua Menteri ke Astana Negeri Khamis, 17 April dikatakan satu lagi petanda.

Pilihan raya 16 April

Saya menjangkakan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan 21 Mac ini manakala hari penamaan calon 9 April dan pilihan raya besar kemungkinan seminggu kemudian, iaitu 16 April.

Sejiwa Senada merupakan program penting bagi mendekatkan kerajaan dengan rakyat. Program ini dilancarkan tahun lalu, dan boleh disifatkan memberi petunjuk penting bila pilihan raya diadakan. Program itu hampir mencapai puncaknya dengan yang terakhir dijangka diadakan di Kuching menjelang akhir bulan ini.

Apakah tujuan Perdana Menteri ke Serian?

Yang jelas, beliau ingin menyelami secara dekat aspirasi masyarakat tempatan sesuai dengan gagasan 1Malaysia. Kawasan kediaman masyarakat Bidayuh itu merupakan penyokong kuat Barisan Nasional, tetapi enam kerusi DUN Bidayuh bukanlah boleh dikatakan dapat dimenangi dengan mudah jika diambil kira pelbagai isu yang membelenggu masyarakat itu.

Keunikan masyarakat Bidayuh

Masyarakat Bidayuh dengan penduduk 200,000 jiwa merupakan 6 peratus daripada 2.5 juta penduduk Sarawak. Kebanyakan mereka tinggal di Bau, Lundu, Siburan, Penrissen, Padawan dan Serian.

Masyarakat Bidayuh terdiri daripada Bukar-Sadong yang tinggal di Serian, Biatah di Kuching, Bau-Jagoi di Bau, dan Selako-Lara di Lundu.

Masyarakat Bidayuh mempunyai sembilan kerusi, tiga kerusi Parlimen, iaitu Mas Gading, Serian, dan Mambong, dan enam kerusi DUN. Kerusi DUN berkenaan diwakili Ranum ak Mina (N1 Opar), Datuk Peter Nansien Ngusie (N2 Tasik Biru), Dr Jerip ak Susil (N16 Bengoh), Roland Sagah (N17 Tarat), Datuk Sri Michael Manyin (N18 Tebedu), dan Federick Bayoi Manggie (N19 Kedup).

Masyarakat Bidayuh menganggotai pelbagai parti – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mengakibatkan suara mereka berpecah meskipun mereka semua bernaung di bawah PBB. Seorang daripada wakil rakyat Bidayuh dijangka digugurkan dalam pilihan raya nanti.

Sejauh manakah enam kerusi Bidayuh selamat dalam pilihan raya nanti? Meskipun peluang semua kerusi itu dimenangi BN cerah, tetapi pertarungan di dua kawasan, iaitu kedup dan Bengoh dijangka sengit.

PKR bakal mengemukakan calon daripada kalangan intelektual dan profesional Bidayuh. Pemimpin politik Bidayuh sedar akan hakikat bahawa kali ini mereka tidak lagi boleh mengambil mudah akan ancaman dan tentangan pihak pembangkang,

Secara khusus, antara isu yang dimanipulasikan parti pembangkang di kawasan Bidayuh ialah tanah hak adat bumiputera (NCR). Penduduk mendakwa bahawa tanah NCR yang diwarisi daripada nenek moyang mereka diambil tanpa pampasan munasabah oleh pihak kerajaan.

Satu daripada punca kekecewaan masyarakat Bidayuh ialah SUPP dikatakan tidak begitu mempedulikan masyarakat Bidayuh. Dikatakan sebahagian pengundi di kawasan terbabit akan memprotes dengan mengundi calon pembangkang dalam pilihan raya nanti.

Mungkinkah masyarakat Bidayuh rela mengorbankan kerusi sebagai manifestasi kekecewaan dan protes?

Perlukah mereka berbuat demikian?

Kehadiran Perdana Menteri sekali lagi ke pangkuan masyarakat Bidayuh membuktikan keinginan dan kesungguhan beliau untuk menangani isu dan masalah yang membelenggu masyarakat itu.

*Penulis ialah penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak

Pilihan Raya Sarawak: KEADILAN sudah lama bersedia- Baru Bian

Posted: 19 Mar 2011 05:00 PM PDT

KUCHING: KEADILAN sudah lama bersedia dan sentiasa bersedia untuk berdepan Pilihan Raya Negeri Sarawak pada bila-bila masa, kata Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian.

Baru mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan Isnin ini.

Bercakap kepada Suara Keadilan, Baru menjelaskan, tahap kesiap siagaan parti itu kali ini lebih baik berbanding pilihan raya negeri 2006.

"Kita baru sahaja selesai mengadakan Konvensyen KEADILAN dan gerak kerja aktif dalam kalangan parti diteruskan. Mudah-mudahan kita mampu melakukan kejutan kali ini," katanya kepada Suara Keadilan.

Menyentuh mengenai agihan kerusi sesama komponen Pakatan Rakyat, Baru berkata, gabungan parti itu bersama PAS, DAP dan SNAP menjadikan meja rundingan sebagai penyelesaian secara kekeluargaan.

Menurut Baru yang juga Biro Politik KEADILAN Pusat, tindakan media pro BN mempropagandakan isu itu sekadar usikan nakal untuk melaga-lagakan Pakatan Rakyat.

"Hakikatnya, hanya wakil komponen Pakatan Rakyat yang berunding. Laporan media BN hanya berprasangka jahat dan saya yakin persepsi yang ingin mereka cipta akan memakan diri," katanya.

Tambah beliau, krisis yang melanda sekutu BN di Sarawak, semakin parah dan sukar diselesaikan sehingga kini meskipun dengan campurtangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sekalipun.

"DUN Pelagus misalnya, Presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Taib Mahmud mahukan kaum Cina, Larry Sng Wei Shen sebagai calon. Manakala Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), James Jemut Masing mahukan calon Dayak.

"Berpuluh tahun mentadbir, satu kerusi yang diwakili menteri (Larry) pun terlalu sukar diselesaikan?" soal Baru.

Menurut rekod, DUN Pelagus merupakan kuota untuk PRS namun sehingga kini, Taib tetap mahu Larry bertanding di kawasan itu.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Sarawak mengundi setiap calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kali ini sekaligus memberikan peluang untuk perubahan dasar secara menyeluruh dilaksana negeri itu melalui agenda Buku Jingga Pakatan rakyat.

"Esok, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali akan ke Sarawak untuk memuktamadkan senarai calon akhir parti itu untuk bertanding pada pilihan raya negeri kali ini sebelum membawanya ke mesyuarat Biro Politik di Kuala Lumpur pada Rabu depan," kata Baru.

Pilihan raya Sarawak: BN berdepan pelbagai isu kritikal

Posted: 19 Mar 2011 04:11 PM PDT

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan Isnin, 21 Mac ini, menamatkan spekulasi tarikh pilihan raya negeri itu.

Pembubaran itu membolehkan pilihan raya negeri kali ke-10 diadakan, ketika Taib dan Barisan Nasional negeri berdepan pelbagai isu yang kritikal.

Tarikh penamaan calon dan pengundian walau bagaimanapun belum diumumkan. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.

Pilihan raya ini menggambarkan keyakinan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka menyusul tidak lama selepas pilihan raya Sarawak.

BN mencapai kemenangan cemerlang di Dun Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang dalam pilihan raya kecil 6 Mac lalu.

Taib yang memimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama parti komponen BN di Sarawak memenangi 61 daripada 69 kerusi dalam pilihan raya terakhir pada 2006.

BN Sarawak di bawah Taib walau bagaimanapun berdepan isu-isu sukar pemerintahan berdekad ketua menteri itu dan rampasan kitab Injil berbahasa Melayu oleh kerajaan.

Kedua-dua isu meletakkan Taib dan BN dalam keadaan defensif, terutama isu Injil yang ditujukan untuk menjejaskan sokongan masyarakat Kristian Katolik yang besar di negeri itu.

Isu pemerintahan Taib dan kemelut Injil bahasa Melayu yang ditahan pihak berkuasa mula panas dan menjadi perhatian menjelang pilihan raya Sarawak yang dijangka banyak pihak.

Tekanan yang meningkat terhadap BN Sarawak ini dijangka akan memberi kesan kepada persembahan Taib dan BN negeri itu nanti.

Selain itu, era selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008 yang menyaksikan pengaruh dan sokongan parti-parti pembangkang meningkat dan penubuhan parti baharu Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) dijangka turut memberi kesan kepada pilihan raya ini nanti.

Parti-parti Pakatan Rakyat selain DAP walau bagaimanapun dijangka berdepan laluan sukar di Sarawak kerana masih dilihat parti Semenanjung di sebahagian besar negeri itu, dan bagi PKR, kesan negatif dijangka tercetus akibat krisis dalaman parti itu kebelakangan ini.

Populariti PKR terjejas di Sarawak dan Sabah ekoran ketidakpuasan hati ahli-ahli di kedua-dua negeri.

Selepas 16 pilihan raya kecil Dun dan Parlimen pasca-Pilihan Raya Umum ke-12, BN dan PR memiliki kekuatan yang setara dengan kedua-dua pihak memenangi 8 kerusi.

Malah BN mungkin mempunyai beberapa kelebihan ekoran persaingan dalaman parti-parti PR, termasuk PAS yang akan melalui pemilihan kepimpinan awal Jun nanti.

http://siasahdaily.blogspot.com/2011/03/pilihan-raya-sarawak-bn-berdepan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FIqBc+(SIASAH)

Tiada ulasan: