Biaqpila |
- Pilihanraya tempang dan pincang di Sarawak
- Tak Sedaq Baju Terlampau Seksi....kah!kah!kah!
- Warga asing 'bersesak' tinggalkan Jepun
- Demo jalan raya untuk demokrasi pilihan raya
- Libya akan diserang?
- Lawak Ahad: Dari Kuala Nerang
Pilihanraya tempang dan pincang di Sarawak Posted: 20 Mar 2011 03:00 PM PDT Oleh Roslan SMS Akhirnya Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar juga Isnin ini. Padamlah segala teka-teki dan kini semua pihak memerah otak untuk bertarung dalam pilihanraya umum negeri tersebut yang ternayta tidak dibuat serentak dengan pilihanraya umum ke 13 sebagaimana diramalkan oleh sesetengah jurutelek politik dikalangan kita. Kalau sesiapa berkesempatan menonton berita jam 8 malam semalam, lihatlah di TV3 contohnya 20 minit pertama dari berita TV berkenaan di “hadihkan” buat propaganda politik BN. Jutaan peruntukkan diluluskan oleh PM dan TPM dari satu bahagian parlimen ke satu bahagian yang lain Media arus perdana diperalatkan, wang peruntukkan kerajaan ditabur, inilah permulaan pilihanraya pincang dan tenpang sebagaimana yang biasa kita lihat di Malaysia. Itupun minggu lepas Menteri di JPM Nazri Tan Sri Aziz boleh mendabik dada di Dewan Rakyat mengatakan bahawa proses perjalanan pilihanraya di Negara ini adalah adil dan setanding dengan Negara-negara lain! Negara manakah itu? Myanmar? Iraq di zaman Saddam? Mesir di zaman Mubarrak? Kita akan saksikan BN mencabul proses pilihanraya di Sarawak semata-mata kerana mahu bertahan dan terus berkuasa di sana sebagaimana di tempat-tempat lain. Semoga rakan-rakan PR di sana terus berjuang dengan penuh sabar dan gigih menghadapi gergasi BN yang tidak senonoh itu. Mudah-mudahan terbukalah hati rakyat untuk menyokong dan bersama mereka yang benar sebagaimana di Kelantan, Pulau Pin ang, Kedah dan Selangor. DD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Tak Sedaq Baju Terlampau Seksi....kah!kah!kah! Posted: 20 Mar 2011 05:20 AM PDT Miera Leyana Miera Leyana Minta Maaf, Tak Sedar Baju Terlampau Seksi Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya. Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama. "Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi. "Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini. "Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu. Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur. "Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama," akhiri pelakon drama Luna Fantasiku dan Kamelia Katrina ini dalam nada kesal.mstar TAYANG SISI PAYUDARA TAPI ORANG DAH NAMPAK SEMUA KAH! KAH! KAH! BOLEH MAAFKAN KA NI? INI GANGGUAN SEKSUAL UNTUK KAUM LELAKI KAH! KAH! KAH! BUAT APA MINTAK MAAF KAT SEMUA PIHAK KAH! KAH! KAH! ALASAN BIJAK DAN KUKUH UNTUK TUNJUK SISI PAYUDARA: "Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang" KAH! KAH! KAH! TUKANG BUAT FESYEN PUN ISLAM JUGAK KAH! KAH! KAH! APA NAK JADI DENGAN MELAYU ISLAM MACAM NI? KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Warga asing 'bersesak' tinggalkan Jepun Posted: 20 Mar 2011 03:00 AM PDT Tiket penerbangan habis dan syarikat-syarikat jet privet dibanjiri tempahan semalam kerana warga asing cuba keluar dari Jepun setelah dinasihati pemerintah negara masingmasing agar berbuat begitu. Ini berikutan tragedi gempa bumi, tsunami dan kerosakan nuklear yang sejauh ini telah menyebabkan hingga 15,000 orang mati atau hilang, kata polis semalam. Mesin-mesin ATM tergendala dan kemungkinan gangguan bekalan elektrik memburukkan keadaan di Tokyo, yang penduduknya semakin tertekan dan kini berebut-rebut menyimpan bekalan beras dan keperluan lain, mengurung diri dalam rumah atau memenuhi lapangan terbang dengan harapan dapat lari dari negara yang dilanda krisis berlipat ganda itu. Di tengah-tengah kekhuatiran krisis nuklear di Jepun bertambah buruk, negara-negara seperti Britain dan Australia menasihati warga mereka supaya meninggalkan Tokyo sementara Amerika Syarikat pula telah menempah beberapa penerbangan khas. Sedang pekerja di loji nuklear Fukushima, yang terletak 250 kilometer ke timur laut Tokyo, bertungkus lumus mengelakkan satu peleburan nuklear, orang-orang berada mengambil langkah drastik untuk melarikan diri. Seorang pengarah urusan Jet Aviation Hongkong, Cik Iris Riesen, berkata syarikat-syarikat pesawat jet privet di wilayah China itu telah mendapat banyak sekali tempahan daripada mereka yang ingin keluar cepat dari Jepun. 'Kami dibanjiri permintaan,' katanya kepada AFP, sambil menambah satu penerbangan ulang-alik antara Hongkong dan Jepun berharga antara AS$90,000 (kira-kira $115,000) dengan AS$140,000, bergantung pada saiz pesawat. Sedang ramai warga asing pergi ke negara Asia lain, ada berkata mereka akan meninggalkan rantau itu sama sekali. 'Saya tahu kami berada jauh dari loji nuklear itu dan saya tidak rasa terancam secara langsung, tetapi saya mahu selamat,' kata seorang ibu dua anak asal Sweden, Cik Jeanette Hoch, 37, yang baru berpindah ke Hongkong tahun lalu. Kekhuatiran semakin meningkat di sebalik jaminan pihak berkuasa Jepun bahawa Tokyo kini tidak ada sebarang risiko, mentelah lagi di tempat lain, walaupun kebocoran radiasi di loji itu sendiri mencapai peringkat bahaya buat beberapa jam. Jabatan Negara Amerika telah menempah penerbangan bagi warganya yang hendak meninggalkan Jepun, dan memberi kuasa kepada kakitangan kedutaannya dan keluarga mereka keluar dari negara itu, selepas pengawal nuklear Amerika mempersoal langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh Jepun. Seorang ahli perniagaan Perancis yang mempunyai pejabat di Jepun berkata syarikatnya sedang 'mencari-cari satu persetujuan' kerana jika syarikatnya membawa keluar kakitangan warga asing, ia harus juga membantu pekerja setempat yang turut khuatirkan keselamatan mereka. 'Terdapat satu jurang pendapat antara warga Jepun di Tokyo dengan pengurusan kumpulan ini di Perancis,' kata lelaki yang enggan dinamakan itu kepada AFP. China telah memindahkan beriburibu warganya ke Tokyo untuk dibawa keluar Jepun. Perancis berkata ia sedang menghantar dua pesawat pemerintah bagi membawa keluar rakyatnya. Menteri Luar Australia, Encik Kevin Rudd, berkata 'gangguan pada khidmat-khidmat asas', dan bukan hanya kebimbangan akan berlaku radiasi, yang mendorong amaran pindah oleh pemerintahnya. Jika ramai warga asing berebut-rebut hendak keluar dari Jepun, warga tempatan pula terpaksa menghadapi kemungkinan bekalan elektrik terputus dan mesin-mesin ATM tergendala. Orang ramai yang gelabah untuk mengeluarkan wang menyebabkan ribuan mesin ATM Mizuho Bank tergendala. Mizuho berkata hal itu ekoran jumlah transaksi naik mendadak di beberapa cawangannya. Amaran pemerintah bahawa bekalan elektrik mungkin terputus meningkatkan lagi tekanan ke atas rakyat yang sudah terbiasa dengan keadaan teratur dan cekap. Angka kematian rasmi tragedi Jepun itu kini 5,457orang, sementara angka rasmi yang hilang 9,508. Sejumlah 2,409 orang pula cedera, kata Agensi Polis Negara. Namun laporan-laporan membayangkan angka itu mungkin naik lagi. Datuk bandar pekan pelabuhan Ishinomaki di Miyagi berkata lewat kelmarin bahawa angka orang hilang mungkin mencapai 10,000, lapor Kyodo News. -- AFP, Reuters. BO KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Demo jalan raya untuk demokrasi pilihan raya Posted: 20 Mar 2011 12:00 AM PDT Mohd Nasir Awang Alhamdulillah, satu permulaan sangat baik untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) di Besut, malam tadi (Jumaat, 18 Mac). Dianggarkan lebih 10 ribu hadirin membanjiri Dataran PGU yang terletak di belakang Masjid Bandar Jertih. Diharap sambutan luar biasa sebegitu berlanjutan dalam sesi-sesi seterusnya sepanjang hari ini hingga ke penghujung acara tengah malam nanti. Sepertimana kebiasaan bagi mana-mana perhimpunan besar dianjurkan PAS, majlis malam tadi juga berlangsung penuh tertib dan adab. Lautan hadirin seramai itu masih berupaya meminimakan sebarang kesulitan, kacau-ganggu atau apa-apa kesan negatif terhadap pihak yang tidak ikut serta, khususnya penduduk sekitar lokasi. Tidak syak lagi ketertiban itulah antara yang meyakinkan kepimpinan PAS untuk menganjurkan sebarang perhimpunan berskala besar. Mereka tahu ahli dan penyokong parti sangat mengutamakan disiplin diri. Mereka tahu adab, sama ada ketika menggunakan jalan raya, sepanjang berhimpun, mahu pun bersurai. Hakikat itu mewajarkan pendirian kita betapa pihak lain tidak sepatutnya gusar atau menelah dengan berbagai andaian negatif dan buruk sekiranya PAS berhasrat mengadakan sebarang perhimpunan. Lebih-lebih lagi itulah antara isyarat dan penegasan penting dalam ucapan penceramah utama malam tadi, Haji Mohamad Sabu. Beliau yang juga pengerusi lajnah berkaitan mobilisasi massa untuk demokrasi sekali lagi mengulangi pendiriannya berhubung kepentingan rakyat berhimpun menunjukkan sikap terhadap sebarang salahlaku atau kepincangan parti pemerintah. Isu paling ditekankan beliau ialah soal pengurusan pilihan raya negara ini yang disifatkannya masih belum meyakinkan. Rakyat memang tidak menilai keadaan proses demokrasi itu setakat ini diurus secara adil, telus dan bersih. Banyak sangat kepincangan dan kelompangan dalam urustadbir pilihan raya kita. Kita telah menyaksikan bagaimana kemuncak rasa benci dan muak rakyat terhadap penyelewengan dan ketidakadilan proses pilihan raya telah membuahkan satu perhimpunan lebih 100 ribu rakyat di ibu negara beberapa tahun lalu. Mereka menuntut pilihan raya negara diurus secara adil dan bersih. Antaranya, daftar pemilih dibersihkan daripada sebarang perkara meragukan, pendaftaran pemilih dibuat secara automatik, penghapusan undi pos dan penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berulang. Rakyat juga menuntut akses lebih luas dan adil kepada parti pembangkang dalam media arus perdana, termasuk yang dikuasai kerajaan. Seluruh negara gempar dengan komitmen luar biasa ditunjukkan rakyat menuntut keadilan demokrasi. Pada suatu peringkat Barisan Nasional (BN) kelihatan seolah-olah bakal meraikan tuntutan itu. Beberapa aspek perjalanan pilihan raya dikatakan lebih telus dan adil ketika pilihan raya umum lalu. Namun, tsunami politik yang terhasil daripada proses lebih demokratik itu tidak memihak kepada BN. Ia tumbang di lima negeri dan hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen. . "Inilah bukti, apabila demokrasi dilaksanakan dengan sebenarnya, rakyat diberi peluang memilih secara adil, BN boleh ditumbangkang. Betul atau tidak?", terjah Mohamad Sabu, dengan gaya yang menjadi 'trademark' beliau itu. Menurutnya, ekoran keputusan mengejutkan itu BN seakan hilang punca. Riak dan tingkahnya selepas itu hingga kini tidak menampakkan ia bersedia mengulangi proses pemilihan setelus pilihan raya 2008. Ia jelas tidak menguntungkan BN. Justeru, rakyat tidak meletakkan harapan tinggi untuk melihat proses demokrasi lebih baik dalam pilihan raya nanti. Setakat ini BN bukan sahaja tidak menunjukkan komitmen meyakinkan untuk memenuhi tuntutan rakyat. Pendaftaran pengundi secara automatik masih dalam perbahasan. Penggunaan dakwat kekal belum diterima, pembersihan daftar pemilih tidak dilakukan. Keadilan media untuk pembangkang pula suatu yang masih terlalu jauh untuk direalisasikan. Paling mengusik kesabaran rakyat ialah pendirian kerajaan berhubung undi pos. Jangan dikatakan ia bakal dihapuskan, kerajaan sebaliknya berura-ura memperkasa dan memperbanyakkan lagi kategori pemilih yang layak didaftarkan sebagai pengundi pos. Sebelum ini yang disenaraikan sebagai pengundi kategori itu majoritinya adalah anggota pasukan keselamatan, iaitu polis dan tentera. Namun kedengaran kebelakangan ini hasrat menjadikan suami atau isteri mereka pula sebagai pengundi pos. Bahkan, kecenderungan itu juga diura-ura turut melibatkan anggota pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela). "Jika benar anggota Rela pun nak dijadikan pengundi pos, ini terang-terang usaha menyelamatkan BN. Awas! Kita memberi amaran, kita tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi turun ke jalan raya," Mohamad Sabu memberi amarannya, disambut laungan takbir hadirin. Beliau menafsirkan pendirian meragukan ditunjukkan kerajaan, terutama pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seakan berusaha menukar status anggota Rela daripada pemilih biasa kepada pengundi pos yang banyak diperkatakan masyarakat sebelum ini. Semua kita akui undi pos setakat ini tidak pernah memihak kepada pembangkang. Ia bagaikan deposit tetap buat BN. Sebab itu sebarang usaha memperluaskan kategori pemilih yang layak didaftarkan sebagai pengundi pos secara mudahnya memang boleh dianggap usaha menambah undi tetap untuk BN. Logik, bukan? Ertinya undi pos adalah perkara yang sering menjadi bahan utama pertikaian. Ia dikaitkan sebagai lambang ketidaktelusan dan taktik jahat BN mengekalkan kuasa. Ia juga dilihat medan paling subur untuk penipuan BN demi mendapatkan undi tinggi. Apatah lagi kumpulan pengundi pos berada dalam persekitaran yang tertakluk sepenuhnya kepada manipulasi kuasa dan kawalan sepenuhnya oleh pihak-pihak yang menguntungkan BN selaku kerajaan. Justeru, jika benar Rela turut dijadikan undi pos, ia sebenarnya menambahkan kekecewaan rakyat dan memburukkan persepsi tidak telus perjalanan proses demokrasi negara. Apakah rakyat harus berdiam diri melihat penodaan itu di depan mata? Apakah menjadi kesalahan sekiranya rakyat sekali lagi menggunakan jalan raya untuk menuntut keadilan pilihan raya? Itulah intipati persoalan dilontar Mohamad Sabu malam tadi. Beliau menjelaskan apa yang bakal dilakukan PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat adalah bagi memastikan demokrasi terpelihara. Justeru, kemungkinan demonstrasi jalan raya yang disebutnya adalah dalam rangka memulihkan proses demokrasi dan menuntut keadilan pilihan raya, tidak lebih dari itu. Sebelum ini Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Harakah 1618, 28 Februari lalu) membayangkan kemungkinan mengadakan himpunan Bersih ke-2 jika kerajaan BN gagal memperbaiki kelemahan sistem pilihan raya diamalkan kini. HD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 19 Mar 2011 09:00 PM PDT PARA pemberontak menggunakan kereta kebal semasa mengawal pintu masuk ke bandar Tobruk, Libya kelmarin. PARIS – Perancis akan memulakan operasi ketenteraan menentang Libya dalam tempoh beberapa jam lagi bagi membantu para pemberontak menentang kepimpinan Muammar Gaddafi di negara itu. Operasi ketenteraan itu juga dilakukan selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi kelmarin yang menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya dan melancarkan satu operasi ketenteraan untuk mengatasi kemaraan tentera Gaddafi. Jurucakap pentadbiran Perancis, Francois Baroin mengesahkan bahawa negaranya akan memulakan operasi ketenteraan itu. Tindakan itu sekali gus akan membolehkan Libya diserang sekali gus menggulingkan Gaddafi yang telah memerintah hampir 42 tahun. Gaddafi sebelum ini menyatakan beliau tidak akan berundur sebaliknya akan terus berjuang menentang para pemberontak. Pemberontakan di negara itu bermula pada 15 Februari lalu selepas para penentang melihat kejayaan para penunjuk perasaan berhimpun di Tunisia dan Mesir sehingga mengakibatkan kedua-dua presiden di negara tersebut meletakkan jawatan. Para pemberontak mendakwa Gaddafi gagal memerintah dengan baik manakala pembaziran wang negara yang dilakukan anak-anaknya didedahkan media. Sementara itu, satu gencatan senjata diumumkan oleh Menteri Luar Libya, Moussa Koussa. Menurutnya, pihak tentera akan menghentikan serangan serta-merta ekoran resolusi PBB itu. Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, tentera negaranya akan menghantar jet-jet pejuang Tornado dan Typhoons termasuk pesawat lain bagi memastikan zon larangan terbang itu dikuatkuasakan. Sumber-sumber diplomatik menyatakan, Amerika Syarikat (AS) dan salah sebuah negara Arab mungkin menyertai operasi ketenteraan itu. – Agensi kosmo KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 19 Mar 2011 06:00 PM PDT Sorang pelancong mat saleh dok kayoh basikal nak menuju ke Pedu Lake Resort. Bila sampai kat Kuala Nerang,dia berenti untuk bertanya pada seorang pakcik tua yang kebetulan berada kat tepi jalan tu. Mat saleh: excuse me sir,how much of kilometer that need to go from here to Pedu Lake? Pakcik tua: tak thu dehh...(tak tahu dalam loghat Kuala Nerang) Mat saleh: hah?? what?? take two days??? oh my god...its very damn far..i think better i going back to Alor Setar.... Lepas pakcik tua tu berlalu pergi,kelihatan mat saleh tu pun pusing basikal dan berkayuh balik ke Alor Setar.Terkena dia dengan pakcik Kuala Nerang tu...padahal Pedu Lake tu dah dekat dah tu...kah!kah!kah! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan