Selasa, 15 Mac 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


N dicabar laksana dakwat kekal dalam pilihan raya umum

Posted: 15 Mar 2011 09:00 AM PDT

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencabar kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika perkara sekecil ini pun tak mampu dilaksanakan, usah bicara soal reformasi politik.

"Sudah tiba masanya, kerajaan menghapuskan undang-undang serta peraturan yang menyinpang dan bertentangan dengan semangat perlembagaan.

"Jika ia tidak dan dilaksanakan, ini semua akan menjadikan Barisan Nasional rejim yang anti demokratik," kata Nurul Izzah dalam ucapannya pada perbahasan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.

Izzah memaklumkan, pada forum anjuran Bersih bulan lalu, Timbalan Pengerusi Suruhanya Pilihan Raya (SPR) , Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui menjelang pilihanraya umum 2008, SPR mempunyai kuasa untuk terus melaksanakan penggunaan dakwat kekal, sekalipun Kabinet ketika itu mengarahkan pembatalan atas alasan keselamatan.

Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) yang turut mencelah memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa, Pengerusi SPR pada waktu itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Abdul Rahman telah menerima surat daripada Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yang mengugut supaya tidak meneruskan penggunaan dakwat kekal.

Terdahulu sebelum itu, Nurul Izzah dalam ucapannya menuntut agar Dewan Rakyat pada perbahasan kali ini meluluskan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) seperti mana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM serta Akta Pemansuhan Uundang-undang Darurat 2011.

Selepas 54 tahun merdeka, Izzah mendedahkan, Malaysia masih lagi tidak memansuhkan 4 perisytiharan Undang-undang darurat iaitu Deklarasi Darurat Konfontasi Indonesia-Malaysia 1964, perisytiharan darurat di Sarawak pada tahun 1966, perisytiharan darurat ketika Rusuhan 13 Mei 1969 dan perisytiharan darurat di Kelantan pada tahun 1977.

"Akta Darurat ini pada asalnya bertujuan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman negara. Namun selepas itu, kerajaan yang berpembagaan kembali mentadbir.

"Persoalannya, mengapa kerajaan masih tidak menarik balik undang-undang ini? Kita telah melihat sebelum ini banyak rejim yang menggunakan Akta Darurat untuk menyekat suara rakyat," kata Izzah.

Tun Mahathir boleh didakwa di bawah Akta Hasutan- Aziz Bari

Posted: 15 Mar 2011 08:30 AM PDT

SHAH ALAM: Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan mantan Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jahil perlembagaan kerana mempersoalkan
peruntukan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Beliau mengulas demikian merujuk kepada blog Mahathir tahun lalu yang
boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana merpertikaikan peruntukan
tersebut di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Tulisan Tun Mahathir dalam blognya adalah salah apabila mempersoal
sekolah Rendah Jenis Cina (SRJC) dan Tamil (SRJT) untuk dapat
peruntukan. Beliau boleh ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan.

"Hak kaum Cina dan India dijamin di bawah Artikel 152 Perlembagaan
Persekutuan manakala bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya
ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Federalisme: Keadilan Dalam
Mengagihkan Kekayaan Negara' pada program Wacana Ekonomi di Dewan
Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini hari ini.

Aziz berkata, Artikel 152 menyatakan bahawa kedudukan dan hak bahasa
lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan
menggunakan dana awam tidak akan dinafikan.

"Di bawah Artikel 152 memberi jaminan dan mekanisma yang memastikan
semua orang mendapat hak masing-masing dan kerajaan boleh memberi
peruntukan kepada sekolah-sekolah ini," ujarnya.

Aziz turut menyifatkan isu-isu yang dibawa oleh Pertubuhan Peribumi
Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah tidak logik kerana pernah menentang
peruntukan kepada SRJC dan SRJT tahun lalu.

"Apa yang diperjuangkan Perkasa itu tidak logik dan masuk akal kerana
melanggar perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agong KEADILAN,
Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli; Pengarah
Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Adun
Sri Muda, Shuhaimi Shafei, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit
Melawati, P Muthiah dan Adun Taman Medan, Haniza Talha.

Majlis itu turut diserikan dengan ucapan pembukaan daripada Datuk Bandar
Shah Alam, Datuk Mazalan Mohd Nor.

MP Kuantan: Jangan beri Lynas lesen proses tanah jarang

Posted: 15 Mar 2011 08:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat hari ini menggesa agar kerajaan tidak sama sekali mengeluarkan lesen operasi memproses tanah jarang kepada syarikat dari Australia, Lynas Corporation — isu terbaru yang menjadi polemik sejak minggu lalu.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia perlu mengambil tindakan tegas tidak mengeluarkan lesen operasi kepada syarikat berkenaan.

Loji itu terletak di Gebeng, berhampiran dengan Kuantan.

"Saya tegaskan di sini bahawa apa yang terbaik patut dilakukan oleh AELB ialah hentikan segala niat untuk keluarkan lesen operasi memproses tanah jarang kepada Lynas," kata beliau ketika membahaskan usul titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Naib Presiden PKR ini, loji Lynas kini masih dalam binaan dan belum bermula operasi sehingga penggal terakhir tahun ini.

Oleh itu kata beliau, AELB masih sempat "balik ke pangkal jalan" dan buat keputusan yang terbaik demi rakyat.

Tengah hari tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak pasti sama ada kelulusan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng dekat Kuantan itu telah diberikan kepada sebuah syarikat di Australia.

"Kami faham penduduk bimbang tetapi beberapa syarat mesti dipatuhi seperti soal keselamatan dan alam sekitar.

"Jadi agensi-agensi yang relevan mesti kaji sebelum satu keputusan dibuat. Sama ada ia sudah dibuat keputusan atau tidak, saya tidak pasti," katanya.

Minggu lalu, akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT) melaporkan pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang yang paling besar di dunia.

Loji bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh Lynas Corp dan pihaknya akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.

Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980-an.

Sehubungan itu Fuziah juga menyoal "adakah kita mahu tunggu ada kes seperti di Bukit Merah, ada anak pekerja yang lahir cacat, abnormal, baru kita mahu bertindak?"

"Adakah nyawa dan keselamatan rakyat Kuantan begitu tidak berharga kepada kerajaan Malaysia?" kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Fuziah berkata, pada ketika ini, kebanyakan rakyat Kuantan sudah pun menyedari risiko yang dibawa oleh loji Lynas ini dan sedang bangkit untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

"Sekiranya selama ini pihak Mosti, kerajaan tempatan mahupun Lynas mampu memperkecilkan isu ini dengan membuat 'latihan PR', kini tidak lagi," katanya.

"Selaku wakil rakyat di Kuantan usaha saya membela keselamatan rakyat Kuantan akan saya teruskan sehinggalah loji pemprosesan Lynas yang kini dalam binaan ditutup dan kita hantar mereka balik ke Australia," katanya lagi.

Beliau menambah, jika mereka terdesak sangat mahu memproses tanah jarang, "buatlah loji pemprosesan di negara mereka sendiri."

Sehubungan itu kata Fuziah beliau mahu AELB agar menghentikan serta-merta segala usaha yang menjurus kepada pengeluaran lesen kepada Lynas untuk beroperasi.

"Malah pada saya isu ini tidak seharusnya timbul untuk dibahaskan kerana kerajaan Malaysia sepatutnya sudah awal-awal lagi menolak projek yang tidak mendatangkan manfaat serta tidak membawa keuntungan serta faedah didalam semua aspek kepada negara ini," katanya lagi.

Ummi Hafilda takkan buat sesuatu tanpa dibayar – Baginda

Posted: 15 Mar 2011 08:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.

Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut Malaysiakini, Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

Menurut Baginda, Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini.

Laporan itu menyebut, beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.

Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Baginda mendakwa Ummi ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.

Gobala beri Saifuddin kata dua, minta maaf atau disaman RM12 juta

Posted: 15 Mar 2011 07:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan hari ini menuntut Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail memohon maaf atas kenyataannya yang mendakwa Gobalakrishnan dibayar untuk keluar PKR.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR itu menyerahkan surat tuntutan itu kepada Saifuddin, yang juga anggota Parlimen Machang di ruang rehat anggota Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita, Gobalakrishnan berkata beliau memberi tempoh tujuh hari mulai hari ini kepada Saifuddin untuk meminta maaf dan jika Setiausaha Agung PKR itu gagal berbuat demikian, beliau akan menyamannya RM12 juta.

Kenyataan Saifuddin di Parlimen pada 10 Mac lalu mengenai tindakan (saya) keluar parti selepas dibayar menjejaskan maruah dan integriti (saya), selain menyebabkan (saya) dipandang serong.

"Justeru, saya memberi tempoh tujuh hari kepada Saifuddin untuk memohon maaf atau akan disaman sebanyak RM12 juta," katanya.

Khamis lalu, Saifuddin dalam sidang akhbar di lobi Parlimen mendakwa beberapa anggota parti itu, termasuk beberapa bekas wakil rakyatnya meninggalkan parti itu kerana dorongan habuan yang lumayan.

Beliau turut mendakwa Gobalakrishnan telah dapat menjelaskan bayaran pajakan tanah syarikat miliknya Embun Megah Sdn Bhd di Lojing, Kelantan kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd dengan nilai RM1.4 juta menerusi dua cek bank yang masing-masing bernilai RM700,000 bertarikh 12 Jan lepas dan RM701,250 bertarikh 15 Mac ini.

Saifuddin malah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat mengenai kemampuan kewangan Gobalakrishnan.

Sementara itu, Saifuddin ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak akan memohon maaf kepada Gobalakrishnan dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang yang akan diambil terhadapnya.

"Saya tidak akan memohon maaf. Saya serahkan kepada peguam R. Sivarasa untuk tindakan lanjut," katanya. — Bernama

Anwar gesa kerajaan wujud prosedur kewangan agih peruntukan negeri

Posted: 15 Mar 2011 07:30 AM PDT

SHAH ALAM: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan mewujudkan ketetapan pengurusan dana dan prosedur kewangan oleh kementeriannya supaya peruntukan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) tidak didiskriminasi.

Demikian saranan Anwar sekaligus menyifatkan tindakan kerajaan itu menyebabkan konsep federalisme kian terhakis ekoran beberapa negeri di bawah PR hanya menerima peruntukan kecil walaupun menyumbangkan sejumlah besar hasil negeri.

"Contohnya Selangor yang menyumbangkan sebanyak RM16 bilion setiap tahun tetapi hanya diberi pulangan daripada kerajaan Persekutuan RM400 juta sahaja.

"Perkara ini diberitahu oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang membandingkan peruntukan diterima negeri itu sebelum ini di bawah Barisan Nasional (BN) yang berlipat kali ganda," kata Anwar pada sidang media di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini hari ini pada program Wacana Ekonomi 'Federalisme – Keadilan dalam pengagihan kekayaan negara'.

Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor berkata, tiada pertikaian untuk pembahagian mengikut kepentingan dan keperluan negeri tetapi yang dipertikaikan ialah tidak ada kaedah yang rasional dalam pembahagian tersebut seraya menuntut kerajaan mengadakan dasarnya.

"Apabila negeri di bawah PR maka (peruntukan) terus disekat, malah Pulau Pinang juga terima nasib sama yang sama apabila menerima jumlah lebih kecil walaupun sumbangan negeri itu tinggi.

"Kita ada usul bukan sahaja kepada negeri Pakatan, tetapi Sabah Sarawak, Kelantan dan Terengganu yang mempunyai minyak dan melibatkan royalti yang perlu diterima mereka," kata Anwar.

Tegas Anwar lagi, kerajaan Persekutuan mesti mengambil kira dasar yang rasional dan tidak boleh mengikatnya melalui fahaman politik yang berbeza.

"Bukan soal nak ambil kuasa Pusat, tetapi mereka tidak ada kaedah asas yang rasional contohnya hanya 2.9 peratus (peruntukan) kepada negeri Pakatan tetapi negeri di bawah Barisan Nasional menerima peruntukan sebanyak 20 peratus.

"Jika negeri miskin dapat lebih tidak mengapa, tetapi Selangor walaupun negeri kaya, tetapi tidak semuanya berpendapatan tinggi seperti Melayu di Sabak Bernam, India di estet dan Cina di pinggir bandar," kata Anwar.

Pulau Jerejak: Guan Eng cabar BN saman jika mahu

Posted: 15 Mar 2011 07:15 AM PDT

GEORGE TOWN, 15 Mac — Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) Negeri supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berhubung isu pembangunan semula Pulau Jerejak.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata projek itu, yang dilaksanakan oleh pentadbiran terdahulu, telah mengalami defisit RM30 juta dan kerajaan Pulau Pinang sekarang menuntut supaya wang terbabit dikembalikan.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mencetak kira-kira 150,000 risalah untuk memaklumkan kepada rakyat mengenai kerugian itu dan menggesa pentadbiran terdahulu supaya mengembalikan wang berkenaan.

"Jika kami tidak memberitahu perkara yang benar kepada penduduk Pulau Pinang, mereka (pentadbiran terdahulu) seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap kami," kata Lim (gambar) kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan tugas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai yang baru.

Lim berkata kerajaan negeri berpendapat tiada gunanya untuk meneruskan projek yang mengalami defisit besar dalam fasa pertamanya.

Akhbar hari ini melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan mendakwa Lim menyalahgunakan kedudukannya dan menggunakan dana awam untuk mencetak risalah itu.

Lim berkata kos mencetak dan mengedar risalah berkenaan ialah beberapa ribu ringgit.

Risalah itu menyenaraikan defisit RM30 juta sebagai RM10.6 juta dalam bentuk premium tanah yang belum dilunaskan kepada Pentadbir Tanah Pulau Pinang, kos pelaburan RM15.44 juta dan pinjaman belum dijelaskan sebanyak RM3.6 juta daripada Tropical Island Resort.

Dalam majlis penerahan tugas itu, Pengurus Besar George Town World Heritage Incorporated Maimunah Mohd Shariff, 50, mengambil alih jawatan Yang Dipertua daripada Mokhtar Mohd Jait, 55, yang dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri. — Bernama

Nazri Aziz berdolak-dalik gagal jawab isu rasuah

Posted: 15 Mar 2011 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) masih lagi berdolak-dalik apabila diminta menjawab soalan berkenaan rasuah yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen sebaliknya memberi alasan kerajaan tidak memberi keutamaan kepada angka atau indeks yang dikeluarkan oleh pihak ketiga.

Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata, soalan beliau kepada Perdana Menteri semalam adalah bertujuan untuk mengenalpasti tindakan kerajaan dalam usaha untuk membasmi kadar rasuah yang semakin serius di setiap agensi kerajaan terutamanya isu pemberian tender-tender kerajaan secara runding terus ataupun melalui sokongan pegawai atasan.

"Anggaran yang dikeluarkan oleh perunding tersebut perlu diambil serius dan kerajaan tidak boleh menganggap ia hanyalah sebagai andaian semata-mata kerana angka akibat amalan rasuah itu adalah amat besar dan dalam tempoh 20 tahun kerajaan telah kehilangan USD100 bilion disebabkan oleh rasuah," katanya dalam satu kenyataan media kepada Keadilan Daily.com.

Soalan beliau semalam berikutan anggaran Perunding Morgan Stanley yang menyatakan Malaysia telah kehilangan USD100 bilion akibat rasuah sejak tahun 1980.

Menurut Kamarul, kegagalan kerajaan menggunakan perangkaan tersebut sebagai satu aras petanda kehilangan dana negara yang akan menyebabkan usaha kerajaan untuk mengatasi gejala rasuah dalam agensi kerajaan sukar dicapai.

Melalui jawapan bertulis, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz turut memberitahu, kerajaan tekad dan komited dalam usaha membina masyarakat Malaysia yang bebas rasuah.

Nazri juga memberitahu, beliau tidak menolak fakta bahawa masih terdapat amalan pemberian surat sokongan oleh ahli-ahli politik untuk mempengaruhi dan memintas dasar serta tatacara standard kerajaan dalam mendapatkan kontrak berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 8 Mac, 2010.

Mengulas lanjut, Kamarul bersetuju dengan usaha kerajaan yang ingin mengatasi aktiviti rasuah tetapi dalam masa yang sama beliau turut menekankan perlunya kesungguhan kerajaan untuk meliputi semua lapisan pagawai mahupun pemimpin politik.

Ini kerana amalan rasuah dapat dilihat paling ketara setiap kali berlakunya pilihan raya kecil yang mana bukan hanya pegawai bawahan yang mengamalkan rasuah malah ia melibatkan pucuk pimpinan tertinggi di dalam kerajaan dan juga Umno.

"Sikap SPRM yang gagal mengambil tindakan amalan rasuah semasa PRK ini akan memperlihatkan wang negara akan terus meningkat kehilangannya, jika dalam masa 20 tahun kehilangan USD100 bilion dan tidak mustahil dalam tempoh lima tahun boleh mencecah USD200 bilion," kata Kamarul.

Cuepacs minta kerajaan selaras gaji dengan kenaikan harga barang

Posted: 15 Mar 2011 06:45 AM PDT

MELAKA, 15 Mac — Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan meminta kerajaan supaya membuat pelarasan kenaikan gaji berikutan kenaikan harga barang yang dilihat telah menjejaskan penjawat awam bergaji rendah.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata kali terakhir pelarasan dibuat ialah empat tahun lepas.

"Kita mendapat keluhan dari kakitangan awam yang berpendapatan sederhana dan rendah yang bergaji RM3,500 ke bawah. Semasa kita minta kenaikan selepas 1 Julai 2007, harga barang OK tetapi selepas kenaikan gaji, harga naik mendadak 100 peratus.

"Ini yang kita nak seimbangkan semula penyelarasan berdasarkan kenaikan harga barang semasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Alternatif, di sini hari ini.

Beliau berkata perkara tersebut akan dibincang oleh Cuepacs bulan depan.

"Kita dah maklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi secara tidak rasmi," tambahnya.

Omar memberitahu terdapat penjawat awam sekarang terpaksa membuat kerja sampingan bagi menambahkan pendapatan.

"Kita tak mahu penjawat awam memikirkan sangat kerja sampingan supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada kerja hakiki dan supaya nak mengelakkan perkara yang tidak diingini yang akan menjejaskan kerja mereka," katanya.

Beliau juga menyedari bahawa apabila berlaku pelarasan gaji, maka peniaga akan mengambil kesempatan daripadanya dengan serta merta menaikkan harga barang.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap JPA dapat menyemak semula seramai 30 peratus kakitangan kerajaan dari gred 1 hingga gred 40 yang telah mencapai gaji maksimum, supaya dapat dinaikkan gred mereka kepada gred yang baru mengikut kelayakan mereka yang lebih sesuai.

"Ini supaya kita nak elakkan ramai kakitangan kerajaan duduk di tangga gaji yang maksimum. Bila gaji dah maksimum secara tidak langsung prestasi dan produktiviti mereka akan mula terjejas kerana gaji mereka sudah mati (sampai had)," katanya.

Beliau berkata di bawah sistem penilaian baru kelak yang menggantikan PTK, fokusnya ialah untuk membanyakkan peluang kenaikan pangkat di samping memansuhkan sistem gaji tiga lapis seperti yang ada sekarang iaitu P1, P2 dan P3 di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) yang telah berjalan selama lapan tahun.

"Kita mahu sistem gaji satu baris tanpa maksimum. Selagi dia (penjawat awam) berkhidmat, selagi itu gaji dia boleh naik. Baru boleh motivasi diri mereka untuk kerja kuat," katanya.

Mengenai kes bankrap di kalangan penjawat awam, Omar berkata sehingga tahun lepas hampir 3,000 orang terlibat dengan kes bankrap yang kebanyakannya kerana membuat pinjaman kenderaan.

"Ramai penjawat awam terlalu mudah mendapatkan pinjaman apabila disogokkan oleh pihak tertentu tanpa perlu membayar deposit. Sepatutnya ia tidak berlaku," katanya. — Bernama

Rosmah patut mohon maaf kepada rakyat Jepun dan Malaysia

Posted: 15 Mar 2011 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kenyataan dangkal Datin Seri Rosmah Mansor yang mendakwa kejadian tsunami di Jepun berlaku akibat kecuaian negara itu amat
dikesali malah menyebabkan seluruh rakyat dan kerajaan Malaysia dicemuh
dan dimalukan di mata dunia.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menyifatkan perlakuan isteri
Perdana Menteri itu amat memalukan dan bertentangan dengan pengakuan
beliau dan kerajaan Malaysia kononnya sebagai 'First Lady' beliau banyak
membantu dalam hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.

"Seluruh Malaysia diketawakan dan dicemuh serata dunia. Ini lebih teruk
kerana ia berlaku selepas kontroversi kartun yang menghina sensitiviti
rakyat Jepun dan seluruh dunia.

"Malahan, dari insiden ini menunjukkan beliau sebagai isteri Perdana
Menteri tidak layak untuk mewakili suara wanita Malaysia, apatah lagi
mahu mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia
(FLOM)," kata Zuraida dalam satu kenyataan media kepada Keadilan
Daily.com.

Ahli Parlimen Ampang itu mengulas demikian sebagai respon kepada
kenyataan Rosmahyang mendakwa kejadian tsunami di Jepun sebagai
pengajaran kepada kerajaan itu yang tidak menitikberatkan faktor alam
sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya.

Laporan kenyataan yang dilaporkan kepada Awani menjadi tajuk utama
berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman
sosial facebook dan twitter menunjukkan bahawa Rosmah seolah-olah tiada
naluri sensitiviti kepada kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini
sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana tersebut.

Mengulas lanjut, Zuraida mewakili pimpinan KEADILAN mengingatkan seluruh
rakyat Malaysia bahawa peristiwa yang berlaku di Jepun adalah kuasa
Tuhan.

"Malah, rakyat Jepun patut dipuji kerana tenang dan menerima ujian ini
dengan sabar. Semasa Malaysia dilanda tsunami pada tahun 2004, Jepunlah
antara negara pertama yang menghulurkan bantuan.

"Oleh itu, Rosmah patut minta maaf kepada rakyat dan kerajaan Jepun
kerana sikap tidak sensitivitinya ini, dan juga kepada rakyat Malaysia
kerana memalukan Malaysia," kata Zuraida.

Kerajaan didesak jelas alasan luput 5 bidang tanah GLC

Posted: 15 Mar 2011 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Tian Chua mempersoalkan rasional syarikat perunding McKinsey & Co yang dilantik kerajaan meluputkan lima bidang tanah milik kerajaan ataupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi projek Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh – Kajang.

McKinsey & Co dilantik bagi menjalankan Value Management Study (VMS) dengan nilai 8.2 juta bertujuan mengkaji hartanah secara optimum, mengurangkan kos, menggalakkan kerjasama dengan pihak swasta dan memaksimumkan perdapatan dari bukan penjualan tiket.

Dalam kenyataan medianya di lobi Parlimen hari ini, Tian mendedahkan, melalui McKinsey, Kabinet meluputkan tanah di Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Bangsar dengan keluasan lapan hektar, Lembaga Getah Malaysia Sungai Buloh (2,675 ekar), Kompleks Penyelidikan Kementerian Kesihatan Malaysia, Bangsar (40 ekar), Jalan Cochrane (60 ekar) dan Kem Cantonment (280 ekar).

"Jika dibandingkan dengan pendekatan yang digunakan oleh syarikat MRT di Hong Kong, mereka telah rezabkan tanah di sekitar kawasan MRT dan dijual secara tender terbuka.

"Kini mereka memperolehi keuntungan 30 hingga 50 peratus daripada pendapatan pembinaan kompleks komersil, perumahan dan pengiklanan. Ia juga mencatat rekod harga tambang MRT yang tidak meningkat dalam tempoh 15 tahun dan 90 peratus penduduknya menggunakan pengangkutan awam.

"Mengikut rekod, Kementerian Kewangan telah menebus balik bon milik Syarikat Prasarana Negara Berhad yang bernilai RM1.37 bilion yang telah matang pada tahun 2006 dan 2008," jelas Tian merangkap Naib Presiden KEADILAN.

Kini, Prasarana masih menanggung keseluruhan nilai bon bernilai RM10.47 bilion yang akan matang dalam tempoh 2011-2029, iaitu bon Sistem Transit Aliran Ringan (STAR) berjumlah RM3 bilion dan Projek Usahasama Transit Aliran Ringan Automatik (Putra) sebanyak RM5.25 bilion.

"Persoalannya, sama ada Prasarana masih berkemampuan menanggung kos MRT yang bernilai lebih daripada RM36 bilion ini?" soal Tian.

Beliau menambah, kos RM36 bilion itu tidak termasuk kos pengambilan tanah bagi 473 lot tanah dengan keluasan 97 hektar itu. Ini tidak termasuk kos pengambilan tanah bernilai tinggi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan kawasan Bukit Bintang yang dijangkakan melebihi RM 10 bilion.

Bahkan, kawasan kritikal berkepadatan tinggi seperti di Taman Suntex Cheras, Kampung Sungai Sekamat dan Kampung Sungai Balak masih tidak dimasukkan dalam anggaran ini.

"Ini menunjukkan kegagalan kerajaan dalam menjalankan kerja pembangunan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat. Bahkan, wang rakyat akan digunakan untuk menanggung kerugian.

"Ini merupakan bukti perancangan ETP (Program Transformasi Ekonomi) Najib yang hanya mementingkan kroninya," kata Tian.

Tahyul: PAS mahu libatkan ahli agama tapis filem

Posted: 15 Mar 2011 05:30 AM PDT

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 15 Mac: PAS mahu ahli yang mahir hukum hakam agama, dilibatkan sama dalam Lembaga Penapis Filem (LPF) bagi memastikan filem yang mahu ditayangkan tiada unsur yang boleh merosakan akidah.

Perkara itu dilontarkan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) sewaktu mencelah perbahasan Titah Diraja oleh Datuk Ismail Kassim (BN-Arau).

Ismail yang turut bersetuju dengan cadangan itu berkata, bukan sahaja filem yang mahu ditayangkan ditapis oleh LPF, tetapi juga perlu melepasi tapisan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Semalam dalam sesi soal jawab lisan, Siti Zailah meminta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menyatakan mengapa filem yang ditayangkan melalui televisyen Malaysia banyak berunsur tahyul, khurafat serta ganas yang memberi kesan negatif kepada penonton remaja.

Beliau juga bertanya sejauh mana penguatkuasaan dibuat pihak kementerian.

Timbalan Menteri, Datuk Joseph Salang Gandum ketika menjawab soalan itu berkata, rancangan berunsur tahyul, khurafat, seram dan ganas yang ada disiarkan hanya mengandungi kadar minima unsur-unsur tersebut dan mempunyai unsur pengajaran di pengakhiran cerita.

Kerajaan juga katanya memastikan kandungan mematuhi Akta komunikasi dan multimedia Malaysia 1998 (AKM'98) dan ditapis pihak LPF.

Isu tayangan filem dan cerita berunsur tahyul sebelum ini menjadi perdebatan hangat ekoran ianya banyak ditayangkan sama ada di stesen televisyen kerajaan mahupun swasta sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ekoran itu banyak pihak mahu kerajaan meneliti semula penapisan yang dibuat kerana ada di antara filem itu menonjolkan amalan syirik yang boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Rosmah Memang Bodoh, Tapi Wartawan Tetap Minta Jugak Dia Komen

Posted: 15 Mar 2011 05:00 AM PDT

Rosmah patut minta maaf pada k'jaan, rakyat Jepun

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor Rosmah patut minta maaf kepada rakyat dan kerajaan Jepun kerana sikap tidak sensitivitinya dan juga kepada rakyat Malaysia kerana memalukan negara.

Demikian kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sebagai respons kepada kenyataan Rosmah yang mendakwa kejadian tsunami di Jepun sebagai pengajaran kepada kerajaan Jepun yang tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya amat dikesali.

"Malahan, dari insiden ini menunjukkan beliau sebagai isteri Perdana Menteri tidak layak untuk mewakili suara wanita Malaysia, apatah lagi mahu mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia (FLOM)," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kenyataan Rosmah yang dilaporkan kepada Awani, menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter menunjukkan bahawa Rosmah seolah tiada naluri sensitiviti kepada kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana yang melanda.

"Ini adalah amat memalukan dan bertentangan dengan pengakuan beliau dan kerajaan Malaysia kononnya sebagai First Lady, beliau banyak membantu dalam hubungan diplomatik dengan negara-negara lain," katanya yang juga ahli Parlimen Ampang.

Akibat komennya yang dangkal, kata Zuraida seluruh Malaysia diketawakan dan dicemuh dunia.

Ini, tambahnya lebih teruk kerana ia berlaku selepas kontroversi kartun yang menghina sensitiviti rakyat Jepun dan seluruh dunia.

"Mewakili pimpinan PKR, ingin kami mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa peristiwa yang berlaku di Jepun adalah kuasa Allah yang telah menjadi ketentuan-Nya," ujarnya.

Malah, tambahnya rakyat Jepun patut dipuji kerana tenang dan menerima ujian itu dengan sabar.

Menurutnya lagi, semasa Malaysia dilanda tsunami dalam tahun 2004, Jepunlah antara negara pertama yang menghulurkan bantuan.

Jakim: Jangan cepat melatah isu persenda azan

Posted: 15 Mar 2011 04:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Umat Islam di negara ini diminta supaya tidak cepat melatah dengan perbuatan mempersendakan azan menerusi "You Tube" kerana itu mungkin perbuatan nakal kanak-kanak.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata umat Islam perlu berfikiran rasional dalam menangani masalah itu dan meneliti siapa yang bertanggungjawab melakukannya serta tujuan mereka.

"Pihak yang melakukannya mungkin daripada kalangan yang tidak mengetahui ia merupakan sensitiviti umat Islam, seperti budak-budak nakal. Tetapi jika ia dilakukan oleh mereka yang sememangnya bertujuan mengganggu keharmonian Islam, tindakan perlu diambil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap pihak yang bertanggungjawab menyiarkan video klip mempersendakan azan menerusi "You Tube".

Wan Mohamad berkata isu yang "tenggelam timbul" seperti itu tidak harus menjadikan umat Islam cepat melatah.

"Mungkin selepas ini lebih banyak isu yang akan cuba dimainkan dalam mencabar sensitiviti umat Islam, jadi umat Islam harus bersabar dan bersikap rasional," katanya. — Bernama

Putrajaya setuju benar keluar 35,000 kitab Injil ditahan KDN

Posted: 15 Mar 2011 04:37 AM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Putrajaya telah bersetuju untuk mengeluarkan kitab Injil Bahasa Malaysia yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Kuching dan Pelabuhan Klang — beberapa hari selepas pelbagai pihak mendesak kerajaan berbuat demikian.

Dulu ahli bina badan, kini mak nyah glamor

Posted: 14 Mar 2011 09:30 PM PDT

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0315/Kosmo/Dunia/du_05.1.jpg

CHRISIE EDKINS semasa dia seorang lelaki.Gambar kecil wajah Chrisie Edkins selepas menjadi mak nyah.

SOUTHAMPTON, Britain - Seorang bekas ahli bina badan lelaki, Chrisie Edkins kini bergelar model glamor selepas dia menukar identitinya menjadi seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.

Edkins, 31, ditawarkan banyak kontrak peragaan yang menyaksikannya beraksi sebagai model wanita malah dia juga menceburi bidang nyanyian.

Lelaki tersebut yang memiliki seorang anak perempuan berusia sembilan tahun, Chloe, hidup sebagai seorang wanita selama bertahun-tahun sebelum dia tampil secara terbuka dengan identiti barunya itu pada tahun 2003.

"Saya masih melaksanakan tanggungjawab sebagai penjaga dan anak saya memahami kehidupan baru saya," katanya.

Edkins yang dahulunya dikenali dengan nama lelaki, Chris pernah bekerja sebagai seorang mekanik dan juruelektrik dengan tujuan untuk membuktikan kepada dirinya bahawa dia ialah seorang lelaki 'sejati'.

Namun, dia kemudian memutuskan untuk akur kepada naluri kewanitaan yang kuat dalam dirinya.

Edkins kemudian menjalani terapi hormon dan pelbagai rawatan kosmetik termasuk rawatan membesarkan payu dara untuk tampil sebagai seorang wanita yang cantik.

Dia mengubah profil diri di Facebook kepada wanita pada tahun 2003. - Agensi

Kelantan cari penawar duka

Posted: 14 Mar 2011 09:00 PM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0315/Kosmo/Sukan/su_03.1.jpg

KARATHU (lima dari kanan) menyampaikan amanat kepada para pemain Kelantan pada sesi latihan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam.

KELANTAN tidak mempunyai pilihan kecuali menang ke atas Felda United pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.

Misi itu dilancarkan selepas Kelantan dikejutkan dengan leburnya rekod tanpa kalah sepanjang 540 minit (enam perlawanan) kepada Pahang dalam saingan Liga Super, Sabtu lalu,

Kemenangan bukan sahaja diperlukan untuk membangkitkan semula moral pasukan tetapi apa yang lebih penting ialah bekalan jaringan yang selesa perlu dibawa untuk perlawanan timbal balik pada Jumaat ini.

Meskipun aksi kedua akan berlangsung di Kota Bharu, ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu berkata, dia tidak akan mengambil mudah perlawanan malam ini.

Menurutnya, kekalahan kepada Pahang tempoh hari perlu dijadikan pengajaran berguna buat pasukan itu untuk tampil lebih bersedia dalam perlawanan seterusnya.

"Saya mahu pemain bangkit dengan semangat baru dan melupakan kekalahan kepada Pahang dan kembali fokus dalam saingan Piala FA malam esok (malam ini). Kita tiada pilihan selain mencatatkan kemenangan ke atas Felda United.

"Kemenangan pada aksi pertama cukup penting buat kita dan saya mahu pemain mencari gol sebanyak mungkin sebagai bekalan selesa sebelum perlawanan kedua," katanya semalam.

Tambahnya, kemenangan yang dilakar pada perlawanan malam ini dilihat akan memberikan kelebihan buat pasukannya untuk mara ke pusingan seterusnya.

Bekas jurulatih Perak itu memberitahu, dia turut mengingatkan barisan pemain supaya tidak mengambil mudah dalam perlawanan tersebut.

"Felda sebuah pasukan yang kuat, jadi kita kena berhati-hati dengan corak permaianan mereka. Mereka mempunyai ramai pemain yang berpengalaman dan kemenangan 2-0 keatas Perlis tempoh hari dilihat akan menyemarakkan lagi semangat mereka untuk bertemu kita.

"Mahu tak mahu pemain kena bersedia dengan perlawanan ini. Meskipun saya kehilangan khidmat Zairol Fitree Ishak yang mengumpul dua kad kuning mungkin menjejaskan persiapan pasukan saya," ujarnya.

Jelasnya, untuk perlawanan malam ini beliau sudah mengenalpasti kelemahan yang ada dalam pasukan selepas tewas kepada Pahang.

"Saya akan memperbaiki kelemahan tersebut dan saya mahu pemain yang diturunkan memberikan komitmen sepenuhnya terhadap perlawanan tersebut," katanya.

Sementara itu, ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi berkata, beliau yakin rakan-rakan sepasukannya mampu bangkit dan melupakan kekalahan pada perlawanan lalu.

"Untuk perlawanan malam esok (malam ini), saya serta rakan-rakan berjanji akan menggunakan setiap peluang yang dimiliki untuk menjaringkan gol bagi memastikan kita membawa bekalan selesa untuk perlawanan kedua nanti.

"Saya mahu rakan-rakan melupakan kekalahan dengan Pahang sebaliknya memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perlawanan malam esok (malam ini). Perlawanan ini cukup penting buat kita dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak KAFA," ujarnya.

Kelantan layak ke pusingan suku akhir selepas menewaskan Johor FC 1-0 pada aksi pusingan kedua dan sebelum itu membenam cabaran T-Team pada pusingan pertama.

11 cedera loji nuklear Jepun meletup

Posted: 14 Mar 2011 08:30 PM PDT

FUKUSHIMA - Letupan hidrogen kedua menggegarkan loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di sini selepas pihak berkuasa Jepun berkerja keras untuk mengelakkan reaktornuklear loji berkenaan daripada melebur susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu pada Jumaat lalu.

Peleburan teras radioaktif di dalam reaktor nuklear loji itu boleh menyebabkan pencemaran radiasi yang mengancam keselamatan beribu-ribu penduduk sekitarnya.

Namun, beberapa pegawai berkata, dinding-dinding tebal yang mengelilingi teras radioaktif reaktor nuklear itu masih kukuh selepas letupan hidrogen tersebut, yang kedua sejak Sabtu lepas.

Kebimbangan besar kerajaan Jepun sekarang, adalah berlakunya kebocoran radiasi di loji nuklear tersebut yang terletak di Fukushima, 240 kilometer ke utara bandar ini.

Sejak hujung minggu lalu, jurutera-jurutera bertungkus-lumus berusaha untuk mengelakkan kebocoran radiasi di tiga reaktor nuklear loji berkenaan.

Dinding teras reaktor nombor 3 masih utuh selepas letupan berlaku, kata kerajaan tetapi ia memberi amaran agar orang ramai yang berada dalam zon perpindahan sekitar 20 kilometer dari loji itu supaya tidak keluar rumah.

Pemilik loji tersebut, Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) menyatakan, 11 orang cedera dalam letupan itu.

"Semua yang saya lihat menyatakan bahawa dinding bekas teras reaktor nombor 3 itu masih berfungsi dan ia mengelak radiasi daripada tersebar dan berita ini adalah berita baik," kata pakar nuklear Universiti Negeri San Diego State, Murray Jennex.

"Letupan ini bukan seperti letupan di loji nuklear Chernobyl, Ukraine. Loji Chernobyl tiada dinding penghadang apabila ia meletup pada 1986 dan menghamburkan bahan radioaktif ke udara," tambahnya.

Namun begitu, seorang pegawai Jepun berkata, terdapat 22 orang yang disahkan mengalami pencemaran radiasi sebelum letupan itu dan 190 lagi mungkin terdedah pada kebocoran tersebut.

Perkembangan tersebut turut menyebabkan beberapa kapal perang dan pesawat AS yang membawa bantuan kemanusiaan menjauhi kawasan Fukushima buat sementara waktu.

Pemerintah Ketumbukan Ketujuh Tentera AS menyatakan, tindakan itu merupakan langkah pencegahan bagi mengelak pencemaran radioaktif.

Sementara itu, di timur laut Jepun, hampir keseluruhan prasarana terutamanya jalan raya, landasan keretapi, bekalan elektrik dan pelabuhan kini lumpuh.

Anggaran awal kerugian yang ditanggung akibat malapetaka gempa bumi dan tsunami itu mencecah AS$170 bilion (RM516 bilion).

Kerugian besar itu, kata beberapa penganalisis ekonomi, boleh menyebabkan Jepun diambang kemelesetan ekonomi.

Kesan ekonomi itu dilihat semalam apabila bursa saham Jepun mengalami kejatuhan lebih enam peratus dengan nilai mata wang yen pula diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Dalam perkembangan berkaitan, pekerja-pekerja penyelamat mencari mangsa-mangsa yang tertimbus di bawah timbunan runtuhan di utara ibu negara Jepun, di sini.

Berjuta-juta penduduk Jepun kini terputus bekalan elektrik dan air.

Keadaan di negara matahari terbit itu amat teruk sehinggakan Perdana Menteri Naoto Kan menyifatkan Jepun kini mengalami krisis terburuk sejak Perang Dunia Kedua.

Beberapa pegawai memberitahu, sekurang-kurangnya 10,000 orang dikhuatiri terkorban di Jepun dalam bencana gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter itu yang disusuli ombak besar tsunami.

Semalam, agensi berita Kyodo News melaporkan sebanyak 2,000 mayat telah ditemui di dua buah pantai pesisiran pantai di Miyagi, timur laut Jepun. - Reuters

Kempen ajak guna kondom untuk hindari HIV. Pelikkan?

Posted: 14 Mar 2011 08:00 PM PDT

Oleh SYAFIQ KAMARUL

OLEH kerana obses dengan minatnya banyak orang di negara kita terhadap golongan artis atau selebriti TV dan radio terkenal, maka banyak kempen kesedaran terhadap sesuatu isu atau gejala yang diadakan mesti akan membabitkan mereka. Alasan yang diberi ialah selebriti tersebut mampu menarik perhatian masyarakat.

Pada tahun lalu diadakan Kempen Kami Prihatin anjuran sebuah akhbar harian bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ramai artis terkenal dilibatkan, serta menyanyikan lagu tema, seperti Anuar Zain, Amy Search, Hattan, Lah VE, Fauziah Latiff, Maya Karin, dan Siti Nurhaliza. Bagaimanapun, kesan kempen yang bertujuan membendung gejala pembuangan bayi, dan penderaan kanak-kanak itu entah bagaimana tahapnya.


Pada 24 Feb hingga 13 Mac ini pula, diadakan Kempen Kesedaran AIDS di sebuah kompleks beli-belah tekenal di Bangsar, Kuala Lumpur. Kempen tersebut anjuran bersama PT Foundation dan ruumzcauses dengan Studio Phase, kyanite.tv, Orchan Consulting & Creative Juice/Sil yang menjadi projek pertama seumpamanya di Malaysia dari rakyat untuk rakyat.

Ia dijadikan kempen yang membabitkan penyertaan kita semua. Menurut penganjur, usaha bersungguh-sungguh amat diperlukan dalam meningkatkan kesedaran terhadap pencegahan, dan anti-diskriminasi terhadap pesakit HIV/AIDS melalui koleksi foto rakaman jurugambar profesional, Simon Chin.


Semua dana yang sempat dikumpulkan daripada kempen tersebut didermakan kepada PT Foundation, serta membantu PT mencapai matlamat menjadi pertubuhan berasaskan komuniti membanteras HIV/AIDs yang paling berkesan.

Penganjur menyeru rakyat Malaysia mengumpulkan 13,000 keping foto bermesej menentang HIV/AIDS, dan menentang diskriminasi terhadap penghidap HIV/AIDS, serta mengenang kembali 13,000 orang rakyat Malaysia yang telah meninggal dunia akibat AIDS.

Penganjur turut mengajak kita berkongsi nesej dengan berusaha mengambil foro diri sendiri yang disertakan coretan atau mesej, kemudian kirimkan kepada aidsaware.ruumz.com.

Antara selebriti terkenal yang foto mereka dirakam, dan dipamerkan termasuklah Erra Fazira, Ida Nerina, Harith Iskandar, Jehan Miskin, Tony Eusoff, Sazzy Falak, Sarimah Ibrahim, Daphne Iking, Yasmin Hani, Jojo Struys, serta supermodel antarabangsa popular kelahiran Malaysia, Amber Chia, dan Marina Mahathir.

Dari satu segi, kempen seperti ini baik dan wajar disokong, diperhati, dan diteruskan. Bagaimanapun, dari satu segi lain, amat ketara keganjilan dan kesongsangannya. Sambutan orang ramai sewaktu saya mengunjungi pameran kempen tersebut juga tidak memberangsangkan. Orang ramai seperti tidak peduli walaupun wajah-wajah jelita dan tampan dipamerkan.

Ganjil dan songsang, serta kemungkinan matlamat membendung HIV/AIDS akan gagal kerana saya nampak yang giat dan lebih ditekankan ialah mengelakkan gejala tersebut melalui kondom. Yang biasa menggunakan kondom ialah pasangan luar nikah. Pasangan suami isteri amat jarang menggunakannya kerana apa yang dibimbangkan kalau tidak menggunakan kondom?

Yang menggunakan kondom ialah mereka yang tidak berkahwin, pelanggan pelacur, ataupun tidak mengetahui penyakit pasangan seks haram, serta mahu mengelakkan HIV/AIDS. Jadi, kempen tersebut sepatutnya menekankan soal menghindari zina. Jika zina tidak berlaku, salah satu cara penularan wabak HIV/AIDS dapat dielakkan (dua cara lain ialah berkongsi jarum suntikan atau picagari, dan dari ibu kepada bayinya sewaktu kehamilan, kelahiran, atau penyusuan).

Kebanyakan foto yang dipamerkan pula tidak mengajak atau mengajar masyarakat, terutama orang Islam menghindari zina. Ia hanya menggalakkan penggunaan kondom - dalamperkahwinan atau luar perkahwinan. Adakah penganjur membuat perjanjian dengan syarikat pengeluar kondom?

Antara contoh yang boleh dilihat ialah foto yang menampilkan Harith Iskandar dengan mesej: "Kalau anda mencintainya ... gunakan pelindung (kondom). HENTIKAN AIDS" (If you love her ... wear a cover. STOP AIDS). Mencintai atau tidak, tidak terbatas pada pasangan suami isteri sahaja. Pasangan luar nikah juga saling mencintai!

Terdapat juga foto yang memaparkan Sazzy Falak dengan mesej dalam bahasa Melayu sepenuhnya: "Amalkan hubungan SEKS selamat. Gunakan KONDOM CEGAH AIDS." Selain itu, ada foto dua orang lelaki yang menyampaikan mesej, "Tak ada kondom, tak boleh main." (No Condom, No Play). Apa ini? Mengarut sungguh!

Kalau sudah pasangan suami isteri, secara logiknya harus selamat. Suami isteri telah tahu diri masing-masing selamat, malah menambah zuriat amat digalakkan oleh Islam. Hubungan seks yang tidak (pasti) selamat ialah yang dilakukan pasangan luar nikah.

Memang mengarut. Sudahlah hampir semua artis wanita yang ditampilkan termasuk beragama Islam tidak menutup aurat, ada pula sekeping dua foto yang boleh dianggap lucah. Contohnya, foto seorang lelaki yang berbogel menutup kemaluannya dengan sebiji botol. Simbolik dan sinis konon! Dalam doto yang lain, diletakkan koleksi beraneka kondom pada sebiji botol!

Bagaimana mahu mencegah HIV/AIDS, jauh sekali perzinaan jika foto yang dipaparkan ialah wanita dan lelaki seksi. Jehan Miskin pun tidak berbaju dengan coretan mesej pada tubuhnya.

Ternyata ini bukan kempen berunsur Islam. Ia adalah kempen retorik, palsu, kosong, dan langsung tidak dianjurkan oleh ajaran Islam. Namun, jika Marina Mahathir terlibat sama, fahamlah kita Islam atau tidaknya kempen tersebut. Masakan Marina mahu memasukkan unsur atau roh Islam dalam projeknya!

Jadi, kempen kesedaran yang menampilkan seni fotografi tersebut mengarut dan tidak akan mencapai matlamatnya. Menggalakkan penggunaan kondom, tetapi tidak mengajar, mendidik dan menghalang perzinaan adalah budaya songsang, dan bahaya. Sia-sia sahaja kempen dan pameran tersebut dianjurkan.

Jutaan mangsa hidup tanpa air

Posted: 14 Mar 2011 07:30 PM PDT

SOMA - Berjuta-juta penduduk di bahagian utara Jepun yang musnah dilanda gempa bumi dan tsunami pada Jumaat lalu terpaksa hidup tanpa air, makanan atau peralatan pemanas badan dalam cuaca sejuk yang hampir beku.

Keadaan meruncing itu masuk malam keempat semalam.

Di bandar ini berhampiran Miyagi, negeri yang paling teruk terjejas dalam bencana alam itu, rumah pembakaran mayat di situ tidak dapat menampung jumlah mayat yang dibawa masuk untuk dibakar.

"Kami telah mula membakar mayat tetapi kami boleh menangani cuma 18 mayat sehari. Kami merayu supaya bandar-bandar lain untuk membantu kami," kata seorang pegawai tempatan, Katsuhiko Abe.

Di Jepun, kebanyakan penduduknya memilih membakar mayat sebagai upacara pengebumian selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Namun, seorang pegawai Kementerian Kesihatan, Yukio Okuda berkata, kerajaan semalam mengecualikan kelulusan itu bagi menyegerakan pembakaran mayat-mayat mangsa gempa bumi dan tsunami.

"Situasi semasa amat luar biasa dan banyak rumah mayat tidak dapat menampung jumlah mayat yang banyak Langkah tersebut adalah langkah kecemasan. Kami mahu membantu penduduk di kawasan gempa bumi sebanyak mana yang boleh," kata Okada.

Bencana berkembar yang melanda timur laut Jepun pada Jumaat lalu itu menyebabkan penderitaan yang sukar di bayangkan kepada rakyatnya.

Rakyat negara matahari terbit itu yang hidup makmur sejak perang Dunia Kedua, belum pernah mengalami penderitaan seperti yang berlaku sekarang.

SEORANG wanita kebingungan dan menangis semasa duduk di sebatang jalan raya apabila melihat kemusnahan di bandar Natori, Miyagi, timur Jepun kelmarin.

Banyak kawasan di timur laut Jepun terputus bekalan air bersih, tiada bekalan elektrik dan petrol. Orang ramai terpaksa makan apa sahaja yang ada termasuk mi segera untuk mengalas perut ketika mereka masih bersedih kerana kehilangan orang tersayang dalam bencana itu.

"Orang ramai mengalami kekurangan makanan dan air.

Bantuan yang dijanjikan masih belum sampai," kata seorang pegawai kerajaan di negeri Iwate, Hajime Sato.

Beliau memberitahu, pihaknya menerima cuma 10 peratus daripada bekalan makanan dan bahan keperluan lain yang diperlukan oleh penduduk Iwate.

Bandar ini dilanda ratusan gegaran susulan sejak Jumaat lalu dengan gegaran susulan terbaru sekuat 6.2 pada skala Richter disusuli dengan amaran tsunami semalam. Ketika siren amaran dibunyikan, pihak tentera menangguhkan operasi menyelamat dan mengarahkan orang ramai supaya mencari perlindungan di kawasan tinggi.

Pasukan-pasukan penyelamat tiba di bandar ini untuk kali pertama pada Jumaat lepas bagi mengeluarkan mayat-ma yat mangsa yang tertanam di bawah runtuhan.

Banyak ambulans tiba dan sejumlah beg mayat disusun di kawasan terbuka sementara menunggu pekerja-pekerja penyelamat menyelongkar timbunan runtuhan untuk mencari mangsa-mangsa yang tertimbus. Beberapa helikopter berlegar-legar di udara di bandar ini untuk memeriksa kemusnahan yang berlaku.

Kapal-kapal dihanyutkan ke tengah bandar sejauh satu kilometer manakala beberapa pegawai menjelaskan bahawa satu pertiga kawasan bandar ini yang dihuni oleh 38,000 orang dipenuhi dengan air manakala ribuan orang lagi didapati hilang. - Agensi

Akuilah PAS, Pakatan dalam keadaan melemah!

Posted: 14 Mar 2011 07:00 PM PDT

Kemenangan selesa BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau baru-baru ini, bukanlah petunjuk muktamad berlakunya perubahan secara total kepercayaan politik rakyat negara ini. Demikian pandangan Pengasas Zentrum Future Studies Malaysia, Profesor Madya DR ABU HASSAN HASBULLAH. Ikuti hujah beliau ketika ditemubual oleh wartawan Harakah Salmiyah Harun baru-baru ini.


Mengapa majoriti BN meningkat dalam kedua-dua PRK kali ini?

Peningkatan majoriti adalah disebabkan oleh peningkatan jumlah pengundi di kedua-dua kawasan, serta peningkatan peratusan mengundi berbanding 2008. Peningkatan majoriti dalam mana-mana pilihan raya kecil bukanlah petunjuk muktamad berlakunya perubahan secara total Kepercayaan politik masyarakat di negara ini kerana pertembungan dalam PRK kecil adalah sebuah pertembungan antara jentera sebuah parti dengan jentera sebuah kerajaan atau jentera negara.


Sudah tentu jentera sebuah parti iaitu Pakatan Rakyat tidak akan mampu untuk mengalahkan jentera sebuah negara yang lengkap dengan segala macam institusi, jabatan, perkakasan, arahan dan perintah serta elemen-elemen logistik dan strategi. Maka tentulah keupayaan demokrasi menjadi tidak seimbang, lalu ketidakseimbangan ini akan mendatangkan keuntungan yang besar pada mana-mana jentera yang lebih besar dan lebih berkuasa.

Bagaimana Profesor melihat kelemahan PAS dalam kedua-dua PRK ini?

Meskipun begitu kekalahan Pakatan Rakyat yang kedua-duanya diwakili oleh PAS, dan yang ketiga diwakili oleh PAS dalam tempoh terdekat menunjukkan bahawa wujudnya kelemahan dari aspek strategi, taktikal dan operasi politik apabila kepentingan-kepentingan demografi, geografi dan antropologi politik tidak diterjemahkan dengan sempurna sebaliknya kebergantungan terhadap kepercayaan dan amalan politik lama.

PAS mungkin tidak sepatutnya menempatkan calon di Merlimau kerana di situ aliran demografi lebih liberal relatif, lebih dinamik yang memungkinkan pemahaman yang lebih liberal, lebih plural, dan lebih 'pop culture' diperlukan. PAS sepatutnya perlu fokus kepada Kerdau kerana keupayaan imej, taktikal dan strategi di kawasan luar bandar yang masih tertutup dan tidak begitu dipengaruhi oleh nilai modernisme relatif berlaku.

Merlimau seharusnya diberikan kepada KeADILan kerana keupayaan imej, strategi dan taktikal dari aspek politik relatif. PAS belum mampu memperbaiki imej dan strategi dengan mengukuhkan bentuk dan kandungan pembawaan politik yang lebih moden, lebih dinamik, lebih pragmatik tanpa bergantung secara total pada nilai-nilai ulama, sebaliknya mesti menjadi sebuah sistem dan organisasi yang memiliki kekuatan kedua-duanya iaitu ulamak dan profesional.

Apa faktor yang menyebabkan masyarakat Kerdau dan Merlimau menolak PAS, apakah kerana masalah Pakatan Rakyat yang digambarkan oleh media arus perdana benar-benar mempengaruhi masyarakat.

Masyarakat Kerdau dan Merlimau belum memahami fungsi sebenar dan potensi sebenar yang ada pada Pakatan Rakyat, khususnya PAS kerana pertarungan informasi terhadap imej-imej yang dibangkitkan adalah berkesan, manakala PAS dan Pakatan Rakyat tidak pula bersungguh-sungguh secara strategi memulihkan kepunahan imej yang dibentuk itu.

Beban imej DAP terhadap imej PAS, dan beban strategi akhirnya menjadi PAS tidak berdaya saing dari aspek taktikal dan komunikasi. PAS harus menggunakan perubahan sikap dan strategi khususnya dengan menempatkan tokoh-tokoh muda yang lebih dinamik dan moden sebagai strategi baru dalam politik.



Kekalahan ini adalah sebenarnya kekalahan taktikal, dan strategi serta gagalnya Pakatan Rakyat untuk bersekutu dalam semua proses baik bentuk, kandungan dan sistem politik.

Pakatan Rakyat harus menyusun semula gaya, bentuk, kandungan dan matlamat politik dalam keadaan pertarungan politik yang tidak seimbang, dan demokrasi yang tidak moden.

Apakah sokongan Melayu kembali kepada BN secara total?

Masyarakat Melayu adalah masyarakat yang emosi. Tentunya segala macam kekeliruan yang dibentuk oleh media, ahli politik, insitusi yang berkepentingan dengan menghidupkan ketakutan terhadap masa depan akan terus menyandarkan diri mereka kepada pelindungan-pelindungan. Strategi menyerang pelindungan ini akan menyebabkan masyarakat Melayu tidak berani untuk bersedia dengan perubahan.

Maka sebagai suatu parti Pakatan Rakyat dan PAS hendaklah mempunyai strategi komunikasi dan rencana ekonomi, politik dan sosial yang benar-benar bersepadu dan terancang dalam membina kepercayaan.

Kepercayaan ini tidak hanya boleh dibina dengan nilai-nilai perlawanan setiap masa, ada kala nilai-nilai progresif iaitu konstruktif perlu dibentuk juga. PAS perlu melihat sikap baru yakni menerima intelektualisme, profesionalisme, progresvisme sebagai bentuk dan kandungan politik maka barulah masyarakat akan lebih menerima dan yakin.

Apakah perkembangan ini memberi kesan kepada Pakatan Rakyat dan PAS dalam PRU ke-13 nanti?.

Tentulah kekalahan PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRK ini akan memberi kesan terhadap kepercayaan politik masa depan. Masyarakat tidak akan bertindak hanya kerana ingin bertindak, tetapi masyarakat bertindak kerana ada faktor-faktor yang mendorong mereka bertindak.

Pakatan Rakyat, atau PAS hendaklah mengakui mereka berada di situasi dan potensi yang lemah. Yang melemah.

Tidak boleh hanya bergantung pada dongeng bahawa golongan muda, profesional menyokong mereka. Atas dasar apa mereka akan sokong?

Seperti perbandingan kenapa masyarakat terus memilih untuk membeli baju lusuh bundle kerana baju lusuh bundle adalah memiliki jenama, sudah teruji kekuatan dan kebolehannya; sekira Pakatan Rakyat beranggapan mereka menawarkan baju baru meski tak berjenama maka hendaklah mempunyai tawaran fesyen, kualiti benang, jahitan, reka bentuk yang lebih baik dari baju lusuh bundle yang berjenama.

Apa plan drastik yang perlu dibuat oleh PAS dan Pakatan Rakyat dalam memenangi pilihan raya?

Pakatan Rakyat dan PAS perlu mengakui mereka di posisi melemah. Untuk mengatasi ini maka dalam demokrasi hendaklah diubah sikap, strategi, komunikasi, peranan dan pengaruh serta sistem ke arah lebih dinamik.

PAS tidak boleh berada dalam cara lama, sikap lama, kandungan lama kerana Revolusi 2.0 yang akhirnya menamatkan sistem politik demokrasi feudal di negara-negara Arab sebagai contoh adalah datang dari penggerak-penggerak partisipasi yang lebih dinamik dan intelektual.

PAS hendaklah menjadi dinamik selari dengan kedinamikan politik 2.0 itu sendiri. Sekira kepimpinan PAS masih banyak menghabiskan masa dengan polemik sejarah, budaya, aktiviti seperti isu-isu hari Valentina, dan lain-lain maka selagi itulah PAS dilihat sebagai sebuah parti yang tidak dapat menguruskan krisis masa depan.
PAS memerlukan politikawan yang lebih dinamik, profesional dan terbilang.

Turki minta Gaddafi lantik presiden

Posted: 14 Mar 2011 06:30 PM PDT

ANKARA - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meminta pemimpin Libya, Muammar Gaddafi melantik seorang presiden baru yang mendapat sokongan penduduk dalam usaha menamatkan pergolakan di negara itu, lapor stesen televisyan, Al Arabiya semalam.

Menurut Erdogan, beliau menjangkakan Gaddafi akan mengambil langkah positif dalam menyelesaikan pergolakan di Libya yang bermula sejak 15 Februari lalu dengan angka kematian dianggarkan lebih 1,000 orang.

Pergolakan itu bermula apabila para penunjuk perasaan menuntut Gaddafi meletakkan jawatan selepas beliau berkuasa hampir 42 tahun.

"Kami mahukan pertempuran antara kedua-dua belah pihak di kawasan timur dan barat negara itu dapat dihentikan," kata Erdogan.

Gaddafi merupakan pemimpin Libya bagi tempoh empat dekad tetapi beliau tidak memakai gelaran presiden.

Dalam perkembangan pergolakan di Libya, laman web kumpulan pemberontak Libya, Libya al-Youm dan Brnieq melaporkan, tentera Gaddafi melancarkan serangan udara semalam dengan membedil beberapa kawasan yang berdekatan dengan penempatan di bandar Ajdabiya.

Jika tentera Gaddafi berjaya menawan Ajdabiya dan bandar-bandar berdekatan, mereka boleh merampas kembali kedudukan terkuat penunjuk perasaan di bandar Benghazi.

Sementara itu, pihak berkuasa Libya berjanji untuk memberi pengampunan kepada penunjuk perasaan jika mereka mengaku kalah dan meletakkan senjata, lapor stesen Libyan TV.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Rusia, Dmitry Medvedev mengharamkan Gaddafi dan keluarga daripada membuat sebarang transaksi kewangan ke negara itu menurut dekri yang ditandatangani pada 10 Mac lalu.

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton kini berada di Paris bagi menghadiri seminar mengenai krisis yang sedang berlaku di Libya yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin dari Eropah. - Agensi

Kerajaan selektif bawa pulang rakyat Malaysia dari Jepun

Posted: 14 Mar 2011 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mempersoalkan sikap selektif kerajaan dalam membuat keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia khususnya mahasiswa di Jepun yang kini terancam akibat kesan radiasi berikutan letupan dan kebocoran loji janakuasa nuklear di negara itu.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa dengan kelembaban dan sikap dolak dalik pihak berwajib dalam menangani isu ini berbanding

dengan pelancaran Ops Piramid untuk membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir.

"Apakah kerajaan menyatakan bahawa bencana nuklear ini sama sekali tidak serius jika dibandingkan dengan 'tsunami politik''di Timur Tengah?

"Adakah tindakan kerajaan memanggil pulang rakyat Malaysia di Mesir kerana perubahan disana berpotensi terjadi di Malaysia jika mahasiswa

Malaysia terdedah dengan semangat kebangkitan rakyat Mesir?" kata Shamsul dalam kenyataannya hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano, mengesahkan letupan dan kebocoran radiasi telah berlaku di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi.

Ini diakibatkan oleh bencana tsunami yang disifatkan terburuk dalam sejarah negara itu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan masih menunggu penjelasan daripada agensi nuklear di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Nuclear Power Corporation mengenai kesan radiasi tersebut.

"AMK merasakan tindakan ini memperlihatkan ketidakseriusan kerajaan menangani keselamatan dan nyawa rakyat Malaysia di Jepun. Dalam hal ini, AMK mendesak kerajaan untuk menyedari bahawa impak radiasi radioaktif ini akan membawa kesan jangka panjang," tambah Shamsul.

Justeru, AMK menggesa agar tindakan proaktif diambil kerajaan melalui pihak yang berkenaan dengan segera untuk memastikan nyawa rakyat Malaysia di Jepun tidak tergadai sebegitu saja.

"Kerajaan harus menunjukkan komitmen di sebalik slogan 'Rakyat Didahulukan', bukannya 'Rakyat Kena Dahulu' baru tindakan hendak diambil.

"Sewajarnya dalam keadaan begini, iktibar dan pengajaran diambil untuk tidak meneruskan cadangan mewujudkan pusat pemprosesan 'rare earth' yang difahamkan terbesar di dunia di Gebeng, Kuantan," ujarnya.

Lelaki uzur kena saman

Posted: 14 Mar 2011 05:30 PM PDT

Oleh AZMAN MD.NOOR
berita@kosmo.com.my

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0315/Kosmo/Negara/ne_09.1.jpg


ABDUL WAHAB menunjukkan saman yang diterima di samping motosikal jenis Honda 70cc di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang, Baling semalam.

BALING - Seorang guru agama yang uzur terkejut apabila menerima saman atas kesalahan menunggang motosikal secara laju di Kilometer 46, Jalan Alor Setar Butterworth tiga tahun lalu.

Abdul Wahab Tampal, 65, yang hanya mampu menunggang motosikal sejauh tidak sampai lima kilometer itu mendakwa dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa di antara 90 hingga 250 kuasa kuda.

Guru agama ini juga hanya menggunakan motosikal Honda 70cc sahaja dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal itu kecuali ke masjid atau rumah saudara terdekat.

"Saya hanya menunggang motosikal buruk ini di sekitar kampung ini sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini semalam.

Abdul Wahab didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PCV 9314 melakukan kesalahan itu pada 10 September 2008 kira-kira pukul 7.30 pagi.

Rosmah Memang Bodoh, Tapi Wartawan Tetap Minta Jugak Dia Komen

Posted: 14 Mar 2011 05:00 PM PDT

Rosmah patut minta maaf pada k'jaan, rakyat Jepun

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor Rosmah patut minta maaf kepada rakyat dan kerajaan Jepun kerana sikap tidak sensitivitinya dan juga kepada rakyat Malaysia kerana memalukan negara.

Demikian kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sebagai respons kepada kenyataan Rosmah yang mendakwa kejadian tsunami di Jepun sebagai pengajaran kepada kerajaan Jepun yang tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya amat dikesali.

"Malahan, dari insiden ini menunjukkan beliau sebagai isteri Perdana Menteri tidak layak untuk mewakili suara wanita Malaysia, apatah lagi mahu mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia (FLOM)," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kenyataan Rosmah yang dilaporkan kepada Awani, menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter menunjukkan bahawa Rosmah seolah tiada naluri sensitiviti kepada kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana yang melanda.

"Ini adalah amat memalukan dan bertentangan dengan pengakuan beliau dan kerajaan Malaysia kononnya sebagai First Lady, beliau banyak membantu dalam hubungan diplomatik dengan negara-negara lain," katanya yang juga ahli Parlimen Ampang.

Akibat komennya yang dangkal, kata Zuraida seluruh Malaysia diketawakan dan dicemuh dunia.

Ini, tambahnya lebih teruk kerana ia berlaku selepas kontroversi kartun yang menghina sensitiviti rakyat Jepun dan seluruh dunia.

"Mewakili pimpinan PKR, ingin kami mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa peristiwa yang berlaku di Jepun adalah kuasa Allah yang telah menjadi ketentuan-Nya," ujarnya.

Malah, tambahnya rakyat Jepun patut dipuji kerana tenang dan menerima ujian itu dengan sabar.

Menurutnya lagi, semasa Malaysia dilanda tsunami dalam tahun 2004, Jepunlah antara negara pertama yang menghulurkan bantuan.

Tiada ulasan: