Selasa, 15 Mac 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Kasut Manusia Kaki Kuda

Posted: 15 Mar 2011 10:27 AM PDT

Kasut yang dibuat berbentuk kaki kuda, yang lengkap dengan bulu asli mula akan mula dijual. Pereka kasut yang mereka kasut ini menetapkan untuk mula menjual kasutnya ini di Festival Cheltenham


Dua jenis kasut yang direka, untuk ketinggian hingga paras lutut atau setakat pergelangan kaki ini lengkap dengan zip dan menjadi pertaruhan syarikat Betfair untuk merayakan sambutan 100 tahun festival ini yang bermula esok.

Kasut kuda yang dijual dengan harga £ 1,300 (lebih RM 6 ribu) sepasang, dengan semua hasil jualannya akan didermakan.

Setiap pasang kasut yang dibuat menggunakan kuku tiruan dengan serat karbon dan hampir 5,000 bulu kuda dijahit sehingga paras lutut (55cm) atau pergelangan kaki (25cm).

Bayi 4 Bulan Selamat Dari Tsunami, Jumpa Dicelah Runtuhan

Posted: 14 Mar 2011 07:38 PM PDT

Suara tangisan bayi di tengah sisa runtuhan bangunan kelihatan begitu mustahil sehingga sepasukan tentera yang menjalankan kerja-kerja menyelamat di sebuah desa pada awalnya menganggap mereka hanya tersalah dengar.

Tapi bunyi tangisan itu datang lagi. Dan kali ini mereka pasti itu adalah tangisan bayi. Mereka mula menolak serpihan-serpihan kayu dan batu, menggali lapisan tebal lumpur - dan terjumpa seorang bayi kecil yang mereka sifatkan penemuan ini sebagai 'keajaiban kecil'.

Gembira: Seorang anggota tentera memegang bayi perempuan berusia 4 bulan di Ishinomaki, utara Jepun setelah menyelamatkannya.

Bayi perempuan berusia 4 bulan ini berpisah daripada ibu bapanya ketika desa di Ishinomaki ini hancur dilanda gelombang tsunami.

Selama tiga hari, keluarga bayi ini panik mencari anak mereka dan percaya bahawa ia telah hilang untuk selama-lamanya.

Tapi semalam, harapan dan kesedihan akibat bencana itu mulai cerah apabila tersebar berita penemuan seorang bayi yang tidak berdaya tetapi terus bertahan hidup.

Tentera Jepun telah pergi dari satu rumah ke satu rumah mengeluarkan mangsa korban di Ishinomaki, sebuah bandar di pesisir timur laut Sendai. Sebahagian besar korban adalah warga tua yang tidak sempat melarikan diri ketika ombak tsunami datang.

Tetapi semalam merupakan saat paling berharga buat keluarga bayi ini, adapila pasukan penyelamat berjaya menemuinya.

Salah seorang anggota tentera segera meletakkan bayi ini dalam dakapan, membalutnya dengan selimut dan memeluk erat bayi ini bersama rakan tentera yang lain. Sukar untuk percaya bagaimana bayi semuda ini dapat bertahan ketika semua harapan telah hilang. Bagaimanapun itulah kekuasaanNya!.

Anak kecil itu kesejukan kerana basah dan menangis, tapi dia tidak mengalami apa-apa kecederaan. Bagaimana dia tidak tenggelam dan hanyut di bawa arus menjadi misteri kehebatan keagunganNya. Akhirnya anggota tentera ini berjaya menjejaki ayah bayi ini, yang telah berjaya mengosongkan rumah mereka yang rosak bersama ahli keluarga yang lain.

Bagaimanapun mimpi buruk itu belum berakhir. Beberapa minit selepas pertemuan yang emosional ini, mereka menerima berita tsunami kedua di dalam perjalanan.

Ayah bayi ini memohon kepada askar untuk membawa bayi mereka ke tempat selamat yang lebih tinggi.

Tetapi penggera 11:00 pagi mengesahkan amaran itu palsu dan semua ahli keluarga ini berkumpul kembali. Di tengah-tengah kehancuran yang dahsyat ini, ada beberapa kisah berharga untuk kelangsungan hidup.

Namun penemuan anak kecil yang tidak disebutkan namanya ini telah memberikan harapan kembali kepada orang lain ada kemungkinan untuk menemui mangsa yang masih hidup di sebalik runtuhan bangunan dan batu yang meliputi puluhan batu dari pantai timur pulau Honshu ini.

Takut: Setelah mendengar amaran tsunami, ayah bayi ini cuba untuk melarikan diri ke tempat yang lebih selamat sebaik saja ditemukan dengan bayinya.


Kredit : AP

Tiada ulasan: