Biaqpila |
- TARIF ELEKTRIK PULAK NAK NAIK
- KEPUTUSAN PIALA FA 15/3/11
- LAGI KES SAMUN EKOR
- Umno Marah PAS Tak Haram Judi..........
- KES FITNAH PEGAWAI ADUN KHALWAT
- Maksiat Di Dataran Merdeka
- Mohon sampel DNA Anwar bukti DPP dieksplotasi ahli politik – Karpal
Posted: 15 Mar 2011 03:00 PM PDT Tarif Elektrik Mungkin Naik Dalam Masa 6 Bulan KUALA LUMPUR 15 MAC : Tarif elektrik mungkin menyaksikan peningkatan dalam tempoh enam bulan ke hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. Ia dijangka berlaku sekiranya harga minyak mentah seperti gas asli dan arang batu tiba-tiba meningkat dalam pasaran dunia, katanya dalam jawapan bertulis kepada anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan. Fong bertanya menteri berkenaan sama ada akan terjadi peningkatan atau semakan terhadap tarif elektrik dalam tempoh setengah tahun lagi. Chin bagaimanapun memberikan jaminan bahawa kerajaan akan menjalankan penyelidikan terperinci sebelum menguatkuasakan sebarang kenaikan tarif. Tambahnya, kerajaan akan sentiasa memastikan bahawa apa sahaja tarif baru hendaklah datang bersama keselamatan bagi melindungi pengguna, terutamanya yang berpendapatan rendah. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 15 Mar 2011 08:04 AM PDT KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 15 Mar 2011 05:00 AM PDT NI BUKAN GAMBAQ MOTOR PAK CIK YANG KENA SAMUN EKOQ TU... DEY MACHA!!! SAMAN EKOR KA SAMUN EKOR? AKU PUN DAH KONPIUS DAH... KAH! KAH! KAH! BALING 14 Mac 2011 – Seorang guru agama yang kabur mata kiri terkejut apabila menerima saman trafik atas kesalahan menunggang motosikal melebihi had laju di Km 46 Jalan Alor Setar-Butterworth, tiga tahun lalu. Abdul Wahab Tampal, 65, yang mengalami masalah kabur mata kirinya berkata, selain tidak pernah melakukan kesalahan melebihi had laju itu, dia juga tidak pernah melalui jalan tersebut selama ini. Dia yang hanya mampu menunggang motosikal tidak sampai 10 km di sekitar tempat tinggalnya di sini, hairan bagaimana dia boleh dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa antara 90 hingga 250 kuasa kuda. Sedangkan, kata Abdul Wahab, dia hanya mempunyai motosikal Honda berkuasa 70cc dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal itu kecuali ke masjid atau ke rumah saudara berdekatan. "Saya hanya menunggang motosikal buruk berkuasa 70 cc sahaja itupun di daerah ini sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini hari ini. Dalam notis saman yang diterimanya, Abdul Wahab didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PEX 9314 dan melakukan kesalahan tersebut pada 10 September 2008, kira-kira pukul 7.30 pagi. sumber KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Umno Marah PAS Tak Haram Judi.......... Posted: 15 Mar 2011 03:00 AM PDT Umno merupakan tulang belakang pemerintahan Selangor selama lebih 50 tahun sehinggalah rebah kecundang ditewaskan dalam PRU ke 12 tahun 2008 lalu.Menteri Besar dan barisan EXCO Umno silih berganti. MB terakhir Umno di Selangor adalah Khir Toyo manakala EXCO Agama yang terakhir adalah Rahman Palil. BN yang dinaungi Umno ditewaskan di Selangor oleh gabungan PKR, PAS dan DAP yang bergabung atas nama Pakatan Rakyat. Memang banyaklah dilakukan oleh BN dan Umno sepanjang menongkat langit kuasa selama lebih 5 dekad. Islam bagaimana? Saya kemukan persoalan ini kerana akhbar Sinar Harian menyiarkan pandangan Rahman Pali ADUN Umno dari Sementa yang juga bekas EXCO Agama. Dalam kes pengharaman judi di Selangor Rahman mendakwa PAS tidak melihat aktiviti judi sebagai sesuatu yang salah disisi agama. Kononnya PAS tidak menghormati sensitiviti umat Islam apabila bersekongkol dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam tidak mengharamkan judi di Selangor. Semasa Rahman EXCO Agama dahulu, semasa Umno tulang belakang kerajaan Selangor dahulu apakah yang telah dilakukan terhadap judi? Agaknya lantaran terkejut hilang kuasa sejak 3 tahun kebelakangan ini Rahman dan rakan-rakannya lupa yang mereka dahulu pernah berkuasa di negeri ini. Semasa mereka berkuasa judi tidak diharamkan walau memiliki kerusi jauh lebih banyak dari PAS ketika itu. Memang PAS sebagai sebuah parti Islam bertanggungjawab dalam menyuntik semangat Islam dalam kerajaan Selangor. Walau dalam keterbatasan kuasa PAS perlu berikhtiar meyakinkan rakan-rakannya dalam kerajaan, sedang semasa Umno berkuasa dahulu (kalau Umno parti orang Islam) mereka boleh sahaja terus mengharamkan apa sahaja yang mahu dioharamkan kerana mereka punya kuasa mutlak. Ternyata dalam 3 tahun kebelakangan ini Selangor melihat PAS mengambil insiatif yang positif dalam hal amar makruf nahi mungkar. Tampak lebih berani dan realistik berbanding Umno yang sekadar berpeluk tubuh memanaskan kerusi kuasa. Kawalan jualan arak, larangan pekerja Islam bekerja di pusat hiburan yang menghidang arak, penguatkuasaan terhadap kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah terus menerus ditekankan sehingga pencapaiannya begitu ketara berbanding dengan ketika Umno berkuasa dahulu. Geli melihat gelagat Rahman Palil. Umno juga Islam tetapi tidak pernah meletakkan amar makruf nahi mungkar sebagai sesuatu yang perlu diberikan kepentingan. Tetapi apabila PAS berkuasa, maka berkokoklah mereka seolah mahu lebih Islamik. Dalam buku Memoir Khatijah Sidek, bekas Ketua Wanita Umno yang juga ahli parlimen wanita PAS yang pertama pada thuan 1959 (mewakili Parlimen Dungun) Khatijah menyebut: Kami (ahli-ahli parlimen PAS) tidak setuju menggunakan wang Loteri Kebajikan Masyarakat untuk membaiki atau membangun masjid tapi wang tersebutlah yang banyak dicurahkan kepada pembangunan masjid (oleh kerajaan Persekutuan yang dikuasai Umno). Kami tidak mahu menggunakan wang ini kerana puncanya tidak bersih. Wang ini dikutip dari perjudian, satu perbuatan haram dan bertentangan dengan Islam tapi kerajaan tak peduli semua itu. Benar PAS memikul amanah melaksanakan Islam, tapi kalau Umno juga parti orang Islam, judi di Perlis, Johor, Pahang dan lain-lain macam mana? Pahang jangankan judi loteri dan tikam nombor, kasino terbesar di rantau ini tersergam di puncak banjarannya! n32.blogspot.com UO KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
KES FITNAH PEGAWAI ADUN KHALWAT Posted: 15 Mar 2011 12:00 AM PDT KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat satu laporan polis, berikutan berita fitnah disiarkan akhbar Berita Harian pada Isnin, 14 Mac 2011. yang bertajuk 'Pegawai ADUN mengaku khalwat'. Laporan polis tersebut terpaksa dibuat pada jam 3.15 petang di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu setelah Balai Polis Kuala Terengganu tidak dapat menerima laporan kerana mengalami masalah talian internet. Ketika ditemui media selepas membuat laporan, Ustaz Mohd Nor berkata laporan tersebut dibuat kerana berita yang disiarkan oleh akhbar tersebut berunsur fitnah serta memalukan dirinya sebagai wakil rakyat. Beliau meminta pihak polis supaya segera bertindak membuat siasatan terhadap penulis serta akhbar terbabit agar tidak meneruskan laporan bersifat fitnah dan memalukan itu. "Kami buat laporan polis ini supaya pihak polis segera buat siasatan terhadap akhbar yang terlibat agar jangan meneruskan lagi. "Kita (PAS) minta mereka (akhbar) segera menunaikan beberapa tanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka buat dengan menjatuhkan imej saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat," tegasnya. Menurutnya, beliau rasa kesal dan malu kerana akhbar yang melaporkan berita tersebut telah mengaitkan beliau selaku Adun Bukit Payung dengan fitnah khalwat yang dilaporkan, telah dilakukan oleh 'Pegawai Adun Bukit Payung'. "Saya buat laporan fitnah dan malu. Memalukan saya dan rakyat di Bukit Payung. Fitnah 'jahat' yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks, sedangkan saya tidak memiliki mana-mana pegawai. "Ini (laporan) bukan hanya memalukan saya tetapi memalukan rakyat di Dun Bukit Payung, yang mereka memilih saya menjadi wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-12, lalu," ujarnya. Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu menafikan beliau kenal dan tidak ada kaitan dengan orang yang disebutkan oleh akhbar tersebut sebagai 'Md Din Jusoh' Katanya, dalam Dun Bukit Payung mempunyai lebih 19,000 pengundi yang terdiri dari kalangan rakyat Umno, PAS dan lain-lain. "Saya tidak kenal individu itu berdasarkan laporan berita tersebut. Pengundi di Dun Bukit Payung seramai 19,000 orang yang terdiri dari rakyat Umno, PAS dan sebagainya. "Nama Mohd Din Jusoh mungkin ramai yang terdapat di Dun Bukit Payung. Saya tidak pernah melantik dia (Mohd Din) sebagai pegawai Adun. "Ini fitnah 'jahat' yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks. Sedangkan, saya tidak memiliki mana-mana pegawai." jelasnya. Sehubungan itu, Ustaz Mohd Nor telah menyerahkan kes tersebut kepada pihak peguam dari dari Dewan Pemuda PAS Terengganu bagi meneliti serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit. Hadir sama mengiringinya, Ketua Penerangan Dun Bukit Payung, Mohd Nasir Ismail dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payung. BO KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 14 Mar 2011 09:00 PM PDT Jelek lihat aksi remaja KUALA LUMPUR: Bukan saja kawasan sunyi menjadi tempat memadu kasih, malah tempat terbuka termasuk Dataran Merdeka menjadi pilihan remaja untuk melepaskan rindu walaupun ia dikunjungi warga kota yang berkeluarga termasuk anak kecil. Mereka semakin berani melakukan pelbagai aksi tidak menyenangkan di situ kerana beranggapan tempat berkenaan tidak dikunjungi pencegah maksiat dan mereka boleh berpelukan dengan pasangan yang menimbulkan rasa jelek di kalangan orang awam. Tinjauan Metroplus di Dataran Merdeka mendapati berpuluh pasangan menjadikan kawasan itu setiap malam terutama pada larut malam untuk melakukan pelbagai aksi tidak senonoh. Suri rumah, Noriza Abdullah, 35, berkata, setiap malam terutama hari minggu dipenuhi pasangan remaja yang mengambil kesempatan melepaskan rindu dengan pasangan masing-masing tanpa menghiraukan kehadiran orang lain. Katanya, keadaan itu boleh menyebabkan isu gejala sosial merebak kerana pasangan berani melakukan aksi romantik termasuk tidur di atas peha pasangan. "Keadaan itu tidak elok untuk kami yang sudah berkeluarga terutama kanak-kanak kerana mereka mungkin akan meniru aksi berkenaan pada masa depan. "Saya risau keadaan ini berleluasa sekiranya tidak dipantau pihak terbabit kerana Dataran Merdeka dipenuhi keluarga yang mahu meluangkan masa bersama anak," katanya ketika ditemui. Menurutnya, pasangan remaja itu langsung tidak menghiraukan kehadiran orang ramai kerana mereka asyik melakukan perbuatan terkutuk dan bimbang sekiranya mereka berani melakukan aksi tidak elok. Pengunjung, Suffian Ghazali, 40, mahu pihak berkuasa berkaitan melakukan rondaan setiap masa mencegah gejala pasangan kekasih yang melakukan aksi romantik di tempat awam. "Mereka perlu melakukan aktiviti pencegahan bagi membendung pasangan membuat perkara sumbang kerana Dataran Merdeka dikunjungi ratusan keluarga. "Nampaknya bilangan pasangan makin bertambah kerana tidak ada orang yang memarahi mereka walaupun melakukan perbuatan salah," katanya. HM KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Mohon sampel DNA Anwar bukti DPP dieksplotasi ahli politik – Karpal Posted: 14 Mar 2011 06:00 PM PDT Anwar dibantu isteri dan anak sulungnya menaiki tangga ke mahkamah KUALA LUMPUR: Permohonan pendakwa raya untuk mendapatkan sampel DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan mereka dieksploitasi ahli politik tertentu, kata Karpal Singh. Beliau yang mengetuai pasukan peguam bela Anwar percaya pendakwa raya kes Fitnah II mahu menutup kes itu, tetapi membatalkan hasrat akibat campur tangan politik. "DPP (Timbalan Pendakwa Raya) dieksploitasi ahli politik. Beliau (Yusof) mahu menutup kesnya selepas pegawai penyiasat memberi keterangan minggu lepas. "Malah, beliau memberi isyarat kepada mahkamah untuk berbuat demikian minggu lalu," katanya di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Namun, beliau terkejut kerana pendakwa raya tiba-tiba berubah fikiran dan membuat dua permohonan di mahkamah, hari ini. Pendakwa raya hari ini memohon Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah mengkaji semula keputusan menolak bukti DNA yang diperoleh polis secara tipu muslihat ketika Anwar ditahan. Mereka juga memohon mahkamah supaya mengarahkan Anwar memberi sampel darah bagi pemprofailan DNA dan proses penghujahan kedua-dua berlangsung hari ini. "Sangat jelas, ada seseorang meminta beliau (Yusof) berbuat demikian," kata Karpal lagi. Mengulas tindakan Perkasa, Gaps dan Suara Anak-anak Mamak Malaysia yang berdemontrasi meminta Anwar menyerahkan DNA, Karpal mengingatkan mereka supaya tidak campur tangan dalam proses perbicaraan. "Perkara ini sangat serius. Ia boleh jadi penghinaan kepada mahkamah. Hakim sudah memberi amaran agar pihak luar tidak masuk campur sehinggalah hakim membuat keputusan berdasarkan bukti-bukti yang ada. "Saya tidak teragak-agak membawa pihak berkenaan ke mahkamah dan sumbat mereka ke penjara," kata Karpal. Beliau juga menganggap keputusan Anwar untuk tidak menyerahkan sampel DNA sebagai tepat bagi mengelak kemungkinan terdedah kepada eksploitasi seperti dalam kes Fitnah I. "Pada 1998, terdapat salah guna sampel DNA yang diambil. Anwar membuat keputusan sangat tepat untuk tidak memberikan sampel darahnya," katanya. Pada kes Fitnah I, hakim ketika itu menolak bukti DNA yang dikemukakan pendakwa selepas pegawai polis yang menyiasat kes itu, ASP Rodwan didapati meletakkan DNA Anwar pada tilam yang dikemukakan sebagai bukti di mahkamah. Perbicaraan itu, akhirnya berlangsung berdasarkan surat-surat tuduhan yang ditulis saksi pendakwa serta keterangan lisan semata-mata. Antaranya surat Ummi Hafilda Ali. Karpal berkata, undang-undang yang sedia ada tidak membenarkan tertuduh untuk menyerahkan DNA dan jika mereka dipaksa berbuat demikian, tertuduh boleh mengambil tindakan saman boleh dibuat terhadap pendakwa atau polis. "Undang-undang dalam negara ini jelas. Anda tidak boleh memaksa seseorang itu menyerahkan DNA mereka. Undang-undang menyatakan jika kita dipaksa memberikan sampel darah, kita boleh menyaman individu yang memaksa kita berbuat demikian," katanya. keadilandaily KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan