Sabtu, 12 Mac 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


[Video] Imej UFO Kelihatan Ketika Tsunami Jepun

Posted: 12 Mar 2011 07:25 AM PST

Swing Votes Melayu Kembali Kepada Bn?

Posted: 12 Mar 2011 06:30 AM PST

Oleh Mosli Oli

Hari ini masuk minggu kedua saya berada di ibukota KL. Sejak semalam saya membaca buku A Doctor In The House. Buku dihadiahkan anak Khamis lalu. Saya cadang kepada penulis termasuk blogger, jika ada masa, bacalah buku ini untuk memahami latar belakang sejarah politik negara. Penulis politik yang baik ialah penulis yang mengetahu sejarah.

Minggu lepas, 3 hari bermula Khamis hingga Sabtu saya berada di Merlimau Melaka. Sehari sebelumnya saya memandu sendiri ke Kerdau, Pahang melihat suasana pilihan raya kecil di kedua-dua tempat.

Saya tinggal lebih lama di Merlimau kerana lebih mudah mendapat tempat penginapan berbanding dengan Kerdau. Pekan Merlimau hanya lebih kurang 30 minit dari Bandar Bersejarah Melaka. Saya menyewa sebuah bilik bajet hotel di Banda Hilir.

Di Melaka saya kerap menghadiri ceramah yang dianjur kedua-dua parti yang bertanding. Saya juga mengikuti perkembangan calon pembangkang dan menghadiri ceramah PAS dan DAP. Malang saya tidak dapat menghadiri ceramah Anwar Ibrahim kerana biasanya jalan menuju ke tempat ceramah akan jem dan penuh sesak.

Samada ramai yang hadir, sukar saya pastikan kerana saya tidak berpeluang menghadiri ceramahnya. Tetapi secara umumnya, penceramah PAS lebih pandai berpidato berbanding dengan penceramah UMNO.

Setelah 16 pilihan raya kecil, rakyat semakin matang berpolitik. Jika dibanding dengan PRK yang pertama Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, suasana pilihan raya kecil lebih aman. Saya perhatikan selepas berkempen dan mendengar ceramah, para penyokong parti dengan baju dan topi parti boleh duduk minum dan makan di kedai yang sama. Bersalaman dan bertegur sapa. Malah ada yang duduk semeja.

Kemarahan orang Melayu kepada kerajaan sudah mulai kendur setelah 16 by election diadakan. Rasanya rakyat pun dah jemu nak gaduh pasal politik. Bila dilihat negeri-negeri yang diperintah parti pembangkang tidak banyak perbezaan daripada sebelumnya. Dalam masa yang sama, masalah dalaman dalam parti pembangkang terutama PKR menyebabkan rakyat kembali menjadi rasional.

Jika dibanding dengan PRU 2008. Swing votes orang Melayu kepada parti pembangkang di Pulau Pinang 27%, WP 21%, Selangor 20%, Perak 18% dan Kedah 16%. Swing yang paling rendah ialah di Terengganu hanya 2.2% sahaja.

Sokongan kaum India juga mula kembali kepada BN. Pada PRU 2008, dianggarkan hanya 14.7% sahaja pengundi India menyokong parti-parti BN berbanding 39% pengundi Cina.

Berdasarkan keputusan 5 pilihan raya kecil yang terakhir, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau, yang kesemuanya dimenangi BN, momentum sokongan telah kembali kepada BN. Swing votes Melayu telah kembali kepada BN walaupun keyakinan rakyat terutama Melayu kepada UMNO belum pulih sepenuhnya.

Apakah momentum ini akan dapat dipertahankan dalam PRU negeri Sarawak dan PRU13? Sama-sama kita renungkan.
http://muslioli.blogspot.com

[Video] Tsunami Jepun Sudah Tiba Di Teluk Emeryville, California

Posted: 12 Mar 2011 04:45 AM PST

Umno Sungai Petani parah rebut duit

Posted: 12 Mar 2011 04:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Pergolakan Umno Bahagian Sungai Petani melibatkan ketuanya Khairul Anuar Zainol dan timbalannya Ali Yahya semakin parah akibat berebut duit.

Ketika mendedahkan hal itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul pergolakan itu berpunca daripada soal duit dan harta pampasan yang diberikan kerajaan pusat untuk pembangunan dan kebajikan rakyat.

Sudah menjadi rahsia umum wang peruntukan berjumlah RM1 Juta untuk kawasan Parlimen itu disalur melalui bahagian Umno, kerana parlimen itu dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

"Punca pergolakan mereka kerana individu yang terima duit itu tidak membahagikan kepada pihak satu lagi sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati," kata Johari ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN berkata, akibatnya timbul rasa marah sehingga senario mengugut keluar parti pula timbul.

"Kumpulan yang tidak dapat duit itu mula berang dan tidak mahu menyokong sepenuhnya ketua mereka sehingga menimbulkan kekecohan.

"Mereka tidak sedar percakaran itu akan membuatkan sokongan rakyat terutama daripada anak muda kian merosot," ujarnya.

Tambah beliau, pergolakan itu dengan sendirinya menyebabkan kebajikan rakyat diabaikan.

Sementara itu, Johari memberitahu Umno semakin hari hilang kuasa dan susah untuk dibangunkan kerana bergantung kepada agensi kerajaan sahaja.

"Kekuatan mereka (Umno) hanya agensi kerajaan sahaja dan akan jadi parti yang semakin pupus kerana rakyat kini tidak mahu lagi beri sokongan kepada mereka," katanya.

RM888 bilion lesap: Najib membisu takut disamakan dengan Mubarak

Posted: 12 Mar 2011 04:00 AM PST

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus enggan menjawab pendedahan mengenai pengaliran wang haram bernilai RM888 bilion ke luar negara dalam tempoh sembilan tahun kerana tidak mahu rakyat tahu penyelewengan itu.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau membangkitkan isu mengenai wang haram itu yang didedah badan kewangan antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, hampir setiap hari tetapi Najib gagal untuk memberi sebarang jawapan.

"Ada jawapan dari Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan? Tidak ada. Sudah sebulan setengah, setiap hari, saya serang dia dari Perlis hingga ke Sarawak. Tapi, tidak ada jawapan. Sebab apa? Sebab mereka fikir rakyat tidak tahu.

"Wang haram adalah wang rasuah, kedua, wang jualan dadah bernilai berbilion ringgit dan ketiga, wang yang dikumpulkan pembesar dan tauke-tauke besar. Ini dijelaskan dalam laporan GFI," katanya pada ucapan perasmian dalam konvensyen KEADILAN Sabah di Kinarut, Papar di sini, hari ini.

Anwar juga menyatakan, jumlah wang haram yang dilarikan ke luar negara pada 2008 sahaja sama dengan kekayaan Hosni Mubarak yang dibawa keluar dari negara itu, sebaik sahaja bekas Presiden Mesir itu digulingkan rakyat.

"Lonjakan wang haram di bank Switzerland, tahun 2008 Malaysia mencatatkan kedudukan paling tinggi iaitu RM200 bilion. Kekayaan Mubarak sama dengan wang yang dibawa keluar. Apa bezanya Malaysia dengan Mesir," katanya.

Anwar turut menimbulkan kontrak bernilai RM23 bilion kepada tiga syarikat milik kroni Umno Barisan Nasional (BN) termasuk syarikat milik anak Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Mokhzani Mahathir melalui Kenchana Petroleum.

"Dia individu melayu terkaya di Malaysia. Ini pemimpin (Umno) yang bicara soal rakyat. Keris Melayu, darah Melayu tetapi hisap darah Melayu," katanya yang mengingatkan rakyat Sabah, Petronas berkait rapat dengan negeri itu, selaku pengeluar utama minyak dan gas di Malaysia.

Kata Anwar, cara pentadbiran Najib berbeza dengan dasar Pakatan Rakyat yang membawa tatakelola baik bagi menghapus dan mengawal segala bentuk penyelewengan bagi mengembalikan wang itu kepada rakyat, termasuk memberi semula subsidi minyak.

"Saya bincang Lim Kit Siang dan Ustaz Hadi (Awang). hari ini pilihan raya, esok jika menang saya umum atas nama kerajaan rakyat malaysia, saya dengan ini mengisytiharkan berkuatkuasa sekarang, harga minyak di seluruh negara turun serta merta," katanya.

Dalam ucapannya, beliau juga menyentuh tentang tindakan Umno BN yang akan menggunakan segala cara bagi mengheretnya ke penjara mellaui pertuduhan kes Fitnah II terhadapnya.

Halang Sivarasa masuk Sarawak persis amalan Mubarak – Anwar

Posted: 12 Mar 2011 03:30 AM PST

KUCHING: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan melarang Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa Rasiah daripada masuk ke Sarawak persis amalan regim bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan negeri menghalang Sivarasa di lapangan terbang Kuching di sini, hari ni.

"Tindakan menghalang Sivarasa itu merupakan kali kedua selepas mengalami kejadian sama pada 2009," katanya semasa memberi ucapan sempena Konvensyen Sarawak di Bau, Kuching.

Sementara itu, Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian berkata alasan kerajaan negeri yang memanipulasi undang-undang untuk menghalang Sivarasa sebagai tidak relevan.

"Undang-undang yang diguna itu tidak relevan dan bermotifkan politik," ujarnya.

Naib Presiden KEADILAN, R Sivarasa Rasiah telah ditahan dari memasuki Sarawak sebaik tiba di lapangan terbang yang dijemput ke Konvensyen KEADILAN yang berlangsung sepanjang hari ini.

Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Kuching, pagi tadi dilarang dari menjejakkan kaki ke negeri itu oleh pegawai imigresen Sarawak.

Larangan dari Taib Mahmud

Sementara itu, Sivarasa ketika dihubungi Suara Keadilan selepas 'pulang' ke Semenanjung berkata, beliau diberitahu oleh Pegawai Imigresen bahawa larangan itu adalah dari Pejabat Ketua Negeri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Pegawai Imigresen hanya memberitahu saya, larangan itu mengikut notis dari Pejabat Ketua Negeri yang tidak membenarkan saya masuk mengikut Akta Imigresen Seksyen 65(1)(a)," kata Sivarasa.

Ketika sampai di Lapangan Terbang Kuching 10.15 pagi hingga 12.30 petang, beliau tidak dibenarkan keluar ke mana-mana, hanya dibenarkan berada di bilik Imigresen sahaja.

Menjawab satu soalan, Sivarasa berkata beliau akan merujuk kepada peguamnya untuk bertindak balas terhadap larangan itu.

Ini kerana menurut beliau, seksyen tersebut tidak boleh diguna pakai untuk urusan politik.

"Jika atas urusan politik, seksyen 67 menyebut; …(larangan) tidak akan berkuatkuasa atas seorang warganegara yang memasuki Malaysia Timur untuk kegiatan politik yang sah," jelas Sivarasa.

Ini adalah kali kedua Sivarasa dilarang masuk Sarawak selepas 2009, juga atas 'larangan' sama.

Cubaan BN Sabotaj Konvensyen KEADILAN Sarawak gagal

Posted: 12 Mar 2011 03:14 AM PST

KUCHING: KEADILAN Sarawak menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) mensabotaj konvensyen parti itu membuktikan kerajaan terancam dengan kebangkitan parti itu.

Menurut Pengarah Jawatankuasa Pelaksanaan Konvensyen, Abang Zulkifli Abang Engkeh, program yang sepatutnya berlangsung di tempat yang dicadangkan itu terpaksa diubah saat-saat akhir ke tempat lain iaitu di Batu Kawah, Kuching yang jaraknya 30 kilometer daripada tempat asal.

Katanya, sewa ditempat asal pula tiba-tiba dinaikan RM100,000 untuk semalam berbanding harga asal yang jauh lebih rendah.

Selain itu, beliau memberitahu pemimpin BN tertentu juga turut menggesa sebuah syarikat agar membatalkan penyewaan sistem bunyi yang sudah dibuat seminggu lebih awal.

"Beberapa jam sebelum berlangsungnya konvensyen KEADILAN, syarikat itu secara tiba-tiba membatalkan sistem bunyi yang kita sudah tempah.

"Namun begitu, saya ucapkan syabas dan tahniah pada ratusan anggota dan masyarakat setempat yang konsisten dan tetap hadir hari ini walaupun tempat diubah saat-saat akhir," katanya yang juga ketua penerangan KEADILAN Sarawak.

Difahamkan, konvensyen itu mensasarkan kurang 300 anggota, tetapi mengagumkan apabila dihadiri melebihi 500 orang.

Turut serta dalam konvensyen itu, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Kuching, Chong Chien Jen dan puluhan pimpinan pakatan negeri dan pusat.

Gempa bumi Jepun: Letupan di loji tenaga nuklear Fukushima

Posted: 12 Mar 2011 01:47 AM PST

TOKYO, 12 Mac – Letupan didengar dan asap kelihatn di loji tenaga nuklear No. 1 Fukushima hari ini, lapor agensi berita Jiji memetik polis tempatan.

Awal hari ini, kerajaan Jepun memberi amaran elemen cairan di reaktor nuklear yang rosak ekoran gempa bumi dan tsunami semalam, tetapi berkata, risikonya kecil.

MP PKR Subang dilarang masuk Sarawak

Posted: 11 Mar 2011 11:05 PM PST

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Pemimpin PKR R. Sivarasa dihalang daripada memasuki Sarawak hari ini, didakwa atas arahan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Bekas naib presiden PKR itu ditahan di lapangan terbang Kuching kira-kira 10.10 pagi ini oleh pegawai-pegawai imigresen.

Ini kali kedua Sivarasa dilarang memasuki Sarawak.

Beliau juga dilarang pada 2009 dan dihantar balik ke Kuala Lumpur.

Dalam mesej menerusi akaun Twitter tadi, Sivarasa berkata beliau berada di Kuching untuk menghadiri konvensyen PKR negeri yang merupakan aktiviti politik yang sah.

Ahli Parlimen Subang itu menaiki pesawat bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar, isterinya Sheila dan seorang kakitangan bernama Razak.

Kesemua mereka dibenarkan masuk kecuali beliau.

Dalam mesej susulan, Sivarasa berkata, "pegawai imigresen En Mehuen mengesahkan saya dilarang memasuki Sarawak atas arahan Ketua Menteri. Saya akan dihantar balik ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan seterusnya."

Beliau diberikan notis rasmi berhubung keputusan melarangnya memasuki Kuching dan diiringi anggota keselamatan ke Kuala Lumpur.

Sivarasa juga berkata tiada sebab diberikan berhubung keputusan melarangnya memasuki Sarawak kecuali mengatakan ia arahan pejabat Ketua Menteri.

Harga gula naik 20 sen setiap 6 bulan!

Posted: 11 Mar 2011 09:00 PM PST

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil, dan al-Quran. Siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu. Kemenangan itulah yang besar." (al-Taubah 9:111)
***

KETIKA menghadiri majlis penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dun Merlimau di Politeknik Merlimau baru-baru ini, penulis diberikan beberapa bahan bacaan antaranya akhbar Debat Rakyat sebanyak dua keluaran.

Dalam salah satu edisi akhbar itu ada termuat sebuah artikel mengenai kenaikan harga barang yang dakwa akhbar berkenaan pembangkang gagal fahami trend pasaran dunia.

Menurut akhbar berkenaan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Ismail Sabri Yaakob, pernah menegaskan bahawa harga barangan tidak mampu dikawal sepenuhnya oleh kerajaan walaupun pelbagai langkah menanganinya telah diambil.

Bagi kita pengakuan menteri berkenaan adalah wajar tetapi jika tahu tidak dapat mengawal keadaan adalah tidak wajar bagi pihak berkenaan membuat janji manis kepada rakyat menjelang pilihan raya tetapi gagal menepatinya.

Misalnya bagi kempen pilihan raya kecil Galas yang berlangsung akhir tahun 2010, menteri memberi jaminan bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan bagi tahun berkenaan.

Tetapi belum pun tahun itu berakhir, harga minyak sudah dinaikkan jadi rakyat boleh membuat tanggapan bahawa pemimpin cakap tidak serupa bikin atau menyamai sebuah pantun yang diubah suai - ikan senahak, ikan duri, bercakap bohong, lama-lama jadi menteri.

Demikian juga janji BN tidak akan membebankan rakyat menjelang pilihan raya kecil Tenang; sebaik saja BN memang, pada malam itu juga diumumkan harga minyak RON 97 dinaikkan lagi. Tidakkah ini pembohongan secara terang-terangan, sayangnya sejumlah rakyat masih percaya kepada kerajaan Umno-BN yang berslogankan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Debat Rakyat melaporkan: "Kerajaan melalui Pemandu (Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi) yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Seri Idris Jala (yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri) telah menganjurkan langkah bijak, yang mana sebarang kenaikan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi memberikan rakyat peluang untuk menyesuaikan diri dengan langkah yang diambil.

"…Kerajaan sebenarnya tidaklah menaikkan harga barang secara membabi buta seperti yang didakwa oleh pembangkang. Bahkan dalam Makmal Rasionalisasi Subsidi kerajaan yang diperjelaskan oleh Pemandu, jelas sekali kerajaan telah memaklumkan kepada rakyat terlebih dahulu akan kenaikan harga barang-berang tertentu.

"Sebagai contoh, gula akan dinaikkan sebanyak 20 sen (sekilogram?) bagi setiap enam bulan sehingga 2012, tepung pula akan dinaikkan sebanyak 20 sen bagi tahun 2010 dan 25 sen bagi tahun 2011 manakala minyak masak pula akan dinaikkan sebanyak 15 peratus pada than 2010 dan 2011, dan akan dinaikkan sebanyak 5 peratus setahun sehingga Januari 2014." (Debat Rakyat muka surat 9)

Harga gula pasir telah dinaikkan 25 sen sekilogram pada pertengahan tahun 2010 dan kemudian dinaikkan lagi 20 sen pada Disember 2010. Jika kaedah ini diteruskan, harga gula akan dinaikkan lagi 20 atau 25 sen pertengahan tahun ini (2011).

Jika Pemandu merasionalkan rakyat akan bersedia untuk menghadapi kenaikan itu, saya percaya pemborong, penjual dan peruncit lagi sudah bersedia. Itulah agaknya sebulan atau dua dan tiga bulan sebelum tarikh kenaikan ini berlangsung, barangan keperluan seperti gula tiba-tiba hilang daripada pasaran.

Buat apa pekedai menjual gula pada masa itu sebab mereka boleh tunggu sebulan dua lagi kerana mereka akan untung besar; kalau 1 kilogram mereka dapat untung tambahan 20 sen; 1,000 kilogram mereka sudah dapat wang tambahan 'buta' sebanyak RM200.

Kaedah kerajaan Umno-BN yang menaikkan harga barangan keperluan setiap enam bulan ini akan membebankan rakyat. Ini kerana pendapatan hampir keseluruhan rakyat tidak sejajar dengan kenaikan itu. Bagi penjawat awam dan swasta gaji mereka dinaikkan setahun sekali; bagi orang kampung seperti petani, penoreh getah dan nelayan, pendapatan mereka adalah berdasarkan hasil diusahakan mereka.

Apabila harga gula dan barangan keperluan asas lain dinaikkan, secara automatik harga makanan seperti kuih muih, nasi lemak dan minuman dinaikkan sekali gus menambah beban rakyat. Tentunya mereka yang menerajui Pemandu tidak terasa akan kenaikan barangan asas sebanyak 10 sen atau 20 sen tetapi penambahan itu membawa kesan besar kerapa rakyat.

Apabila ini berlaku, bukanlah kebajikan rakyat didahulukan sebaliknya rakyat didahulukan untuk menanggung beban. Lebih menyakitkan hati apabila wang penjimatan akibat pengurangan subsidi itu dihamburkan secara boros seperti melaksanakan projek-projek mi segera yang tidak terlalu diperlukan ketika pilihan raya kecil termasuklah di Merlimau dan Kerdau!

http://lanh14.blogspot.com/2011/03/harga-gula-naik-20-sen-setiap-6-bulan.html

(Video Dan Gambar) Tsunami Jepun 8.9 Skala Richter

Posted: 11 Mar 2011 08:00 PM PST

tsunami jepun (Video) Tsunami Jepun 8.9 Skala Richter

tsunami jepun 12 (Video) Tsunami Jepun 8.9 Skala Richter

tsunami jepun 3 (Video) Tsunami Jepun 8.9 Skala Richter

tsunami jepun 41 (Video) Tsunami Jepun 8.9 Skala Richter

tsunami jepun 5 (Video) Tsunami Jepun 8.9 Skala Richter

tsunami jepun 6 (Video) Tsunami Jepun 8.9 Skala Richter

tsunami jepun 7 (Video) Tsunami Jepun 8.9 Skala Richter

tsunami jepun 10 (Video) Tsunami Jepun 8.9 Skala Richter

tsunami jepun 8 (Video) Tsunami Jepun 8.9 Skala Richter

tsunami jepun 9 (Video) Tsunami Jepun 8.9 Skala Richter








Ku Li nafi semua dakwaan Mahathir

Posted: 11 Mar 2011 07:30 PM PST

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 11 Mac — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan sekerang-kerasnya termasuk atas nama Allah dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau menggunakan wang ketika pemilihan Umno 1987.

Ketika itu Tengku Razaleigh mencabah Dr Mahathir bagi jawatan presiden tetapi tewas tipis.

"Sekai lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987," kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.

Tengku Razaleigh menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno.

"Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu.

"Sungguhpun demikian, saya dipilih setiap kali saya bertanding di Gua Musang," kata Ketua Umno Gua Musang ini sambil menambah, "saya tidak pernah mencuri. Saya tidak pernah menipu."

Dalam buku berjudul "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad", bekas presiden Umno itu berkata, Tengku Razaleigh sepatutnya telah menjadi perdana menteri sekiranya beliau bersabar sedikit.

Tengku Razaleigh Beliau bergandingan dengan Tun Musa Hitam yang bersaing jawatan timbalan presiden Umno.

Bekas perdana menteri itu juga mendakwa puak "Team B" yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, yang lebih mesra dikenali sebagai "Ku Li", membawa kempen kotor untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan itu, yang kemudiannya menyumbang kepada keputusan mahkamah mengharamkan Umno.

"Sekiranya Tengku Razaleigh bersabar beliau kemungkinan telah menggantikan tempat Tun Musa sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya menjadi perdana menteri," tulis Dr Mahathir.

"Malah saya juga telah mempertimbangkan untuk melantik semula Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet, tetapi selepas beliau memberikan temu bual kepada majalah Far Eastern Economic Review yang sangat kritikal tentang saya dan kerajaan, saya telah mengubah fikiran saya," katanya lagi.

Mahathir 'paranoid' dengan Anwar

Posted: 11 Mar 2011 07:00 PM PST

Anwar Ibrahim, nama yang tidak dapat dilupakan oleh Dr Mahathir dan nama Anwar adalah nama wajib untuk disebut di dalam memoirnya yang baru dilancarkan beberapa hari yang lalu. Setelah buku itu dilancarkan polimik Anwar-Mahathir kembali bergema. Dua hari yang lepas Anwar telah merembat kembali Dr Mahathir di hadapan ribuan manusia yang hadzir di dalam rapat umum PKR.

Tulisan Dr Mahathir ini telah mengingatkan kembali segala-gala yang berlaku di antara kedua-dua pemimpin yang pernah bersekutu dan mentadbir negara kita bersama. Seorang jadi Perdana Menteri dan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri. Perpecahan Dr Mahahir dengan Anwar telah menukar lanskap politik tanahair dengan begitu ketara.

Jika Dr Mahathir menyebut isu Anwar, tentulah isu sodomy merupakan isu yang paling gemar disentuh oleh Dr Mahathir. Malahan isu sodomy inilah yang menjadi alasan atau sebab kenapa Mahathir untuk memecat Anwar dan sekali gus dapat mempastikan tempatnya sebagai PM kekal sehingga melewati 22 tahun lamanya.

Dr Mahathir memang seorang yang sentiasa berjaya di dalam krisis. Di dalam situasi yang aman Dr Mahathir tidak akan berjaya menempa kejayaan. Dari kaca mata psikolojinya orang-orang yang lemah selalunya akan berjaya di dalam keadaan krisis yang besar. Lagi besar krisis itu lagi besar kejayaan yang ditempanya. Itulah sebabnya di dalam memoirnya Dr Mahathir terpaksa menulis dengan mengatakan dan mencerca teman-teman seperjuangan beliau kerana beliau dalam sejarah politiknya sentiasa berkrisis dengan semua pihak.

Isu sodomy Anwar ini merupakan santapan batin Dr Mahathir yang paling enak di makanya dan isu yang paling lunak di dengarnya bersama-sama penyokong-penyokongnya. Dr Mahathir sebenarnya tidak berapa kisah tentang sodomy Anwar. Tetapi Mahathir hanya menggunakan isu itu secara 'expedient' setelah beliau merasakan kedudukan beliau tercabar jika Anwar masih berada di sisinya di dalam pentadbiran negara.

Mahathir hanya kisah siapa yang akan menjadi pencabar kepadanya. Dia tidak suka dicabar dan di tentang walaupun beliau sudah selayaknya ditentang. Dr Mahathir sendiri mengakui yang Ketua Polis Negara Tan Sri Hanif Omar telah memberikan lapuran kepada beliau tentang kegiatan sodomy Anwar pada tahun 1992 dan Hanif sendiri mengajui lapuran itu.

Tetapi jika Mahathir benar-benar mempunyai moral dan etika kepimpinan yang baik beliau sepatutnya bertindak terhadap Anwar pada 1992 dulu lagi. Tetapi Mahathir tidak berbuat apa-apa malahan pada tahun 1993 Anwar dijadikan Menteri Kewangan, menggantikaqn Daim yang begitu 'tersohor' dengan manipulasinya bagi memperkayakan diri sendiri. Daim menjadi Menteri Kewangan sejak tahun 1984 menggantikan Tengku Razaleigh Hamzah yang telah dipindahkan ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Tetapi pada pertengahan sembilam puluhan cakap-cakap di bawah terlalu 'rampant' yang Anwar akan menandingi Mahathir pada pemilihan parti. Mahathir mengambil berita ini dengan penuh ketakutan dan di dalam salah satu perhimpunan agong UMNO Mahathir telah menyebut isu ini secara terbuka dan memberikan gambaran betapa buruknya nasib Anwar jika pertandingan itu berlaku.

Mahathir berkata jika beliau di kalahkan beliau sudah duduk di kerusi PM begitu lama tetapi jika Anwar kalah maka itulah saat yang terakhir bagi Anwar untuk berangan menjadi PM negara ini. Hasutan demi hasutan di dengar oleh Dr Mahathir tentang Anwar terutamanya dari mereka yang telah berkerat rotan dengan Anwar seperti Rahim Thamby Chik. Rahim terlalu marah dengan Anwar kerana beliau di turunkan dari jawatan Ketua Menteri di sebabkan isu skandal Rahim dengn perempuan bawah umur semasa itu.

Akhirnya Mahathir menggunakan isu sodomy Anwar sebagai alasan yang sangat sesuai untuk menjatuhkan Anwar. Isu itu telah dipengapkan oleh Mahathir sejak bebarapa lama dan waktu untuk menggunakan isu itu pun sampai dan kita telah lihat apa yang telah pun berlaku. Anwar sebenarnya seorang yang begitu bodoh kerana terlibat dengan perkara tidak senonoh yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemimpin yang menjadi harapan rakyat dan negara.

Pendeknya tindakan Dr Mahathir terhadap Anwar semata-mata kerana keresahan beliau jika Anwar menandingi beliau sebagai Presiden UMNO dan menggantikan beliau sebagai PM negara ini. Tindakannya terhadap Anwar bukan kerana isu sodomy sebagai mana yang difahami orang ramai. Inilah akibatnya jika seseorang pucuk pimpinan memilih barisan kepimpinan mengikut kehendak politik peribadi semata-mata.

Nampaknya isu ini tidak pula ditulis di dalam memoir beliau yang begitu popular itu. Jika ada percetakan tambahan elok di masukkan isu ini di dalam memoir tersebut kerana inilah isu yang telah membuat beliau tidak nyenyak tidur sehingga hari ini.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/03/mahathir-paranoid-dengan-anwar.html

Murid 11 tahun lebih bijak daripada Einstein

Posted: 11 Mar 2011 06:30 PM PST

CLAVERLEY - Seorang murid perempuan, Victoria Cowie (gambar) yang baru berusia 11 tahun dikatakan lebih bijak berbanding saintis terkenal seperti Albert Einstein dan Stephen Hawking kerana dia memiliki skor kecerdasan (IQ) mencecah 162, lapor sebuah akhbar semalam.

Kepintaran Cowie diakui selepas dia mendapat skor 162 dalam ujian IQ.

Pencapaian itu adalah lebih baik daripada skor yang diperoleh oleh saintis terkenal, Albert Einstein, Stephen Hawking dan pengasas perisian komputer, Bill Gates iaitu 160.

"Saya sangat sukakan teka-teki dan menyelesaikan masalah. Saya mahu belajar dalam jurusan sains, terutama biologi," katanya yang sudah mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di empat buah sekolah berprestij.

Selain meminati mata pelajaran sains dan membuat eksperimen, Cowie juga suka berlakon, menari dan bermain alat muzik.

Ibunya, Alison, memberitahu, anaknya itu mempunyai kemampuan membaca sejak kecil dan pernah memenangi anugerah sains di sekolah.

Ibu bapanya kurang pasti daripada mana Cowie mewarisi kepintarannya itu.

Purata IQ manusia ialah 100.

Ekoran keputusan tersebut, Cowie mengalahkan kepintaran Napoleon Bonaparte yang mendapat skor 145, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton (140), penyanyi terkenal, Madonna (140) dan pengarah filem, Quentin Tarantino (160). - Agensi

Lebih 1,000 mati gempa bumi, tsunami Jepun

Posted: 11 Mar 2011 06:18 PM PST

TOKYO, 12 Mac — Angka kematian akibat gempa bumi di Jepun petang semalam dan kejadian tsunami yang menyusul telah melebihi 1,000 orang, demikian menurut laporan Kyodo hari ini.

Kementerian Pertahanan berkata sebanyak 1,800 rumah turut musnah di kawasan Fukushima.

Gempa bumi yang melanda di luar kawasan pesisir, terjadi 2.46 petang semalam (waktu Jepun) adalah yang terburuk di negara itu sejak 1800-an.

Ada laporan yang menyebut gempa bumi semalam 1,800 kali lebih kuat berbanding yang memusnahkan Christchurch, New Zealand dua minggu lalu.

Gempa bumi semalam juga menggegarkan berpuluh-puluh bandar dan kawasan perkampungan sepanjang pantai sejauh 2,100 kilometer dan menjejaskan bangunan-bangunan tinggi di ibu negara Jepun.

"Saya ingat saya akan mati," kata pekerja pemasaran di sini Koto Fujikawa, 28.

"Saya dapat merasakan seolah-olah keseluruhan struktur runtuh," katanya.

Di salah satu kawasan penempatan yang dilanda teruk, penduduk tertimbus di bawah runtuhan dan ada kedengaran jeritan "tolong" dan "bila kami akan diselamatkan," lapor Kyodo lagi.

Kerajaan memberi amaran kebocoran radiasi pada skala kecil ekoran kegagalan sistem pendinginan.

Sementara Jepun masuk hari kedua selepas tragedi semalam, ia menerima tawaran operasi mencari dan menyelamat daripada 45 negara.

Menurut laporan agensi berita Jiji, di bandar timur laut Jepun, Kesennuma yang mempunyai 74,000 penduduk, berhadapan dengan kebakaran dan dua pertiga kawasannya dinaiki air.

Lapangan terbang bandar raya Sendai, kawasan bagi sejuta penduduk, juga berhadapan dengan kebakaran.

Media-media tempatan juga melaporkan kadar kematian akan melebihi 1,000 orang yang kebanyakannya mati kerana lemas. — Reuters

10,000 penduduk berkeliaran di Tokyo

Posted: 11 Mar 2011 06:00 PM PST

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0312/Kosmo/Dunia/du_02.1.jpg

RATUSAN orang menunggu untuk menggunakan perkhidmatan awam di Tokyo, Jepun selepas gempa bumi kuat melanda timur laut negara itu semalam.

TOKYO - Lebih 10,000 penduduk kelihatan berkeliaran di jalan-jalan raya di Tokyo atau mengambil keputusan tinggal di pejabat atau stesen kereta api akibat gempa bumi terkuat yang melanda Jepun dalam sejarah moden negara itu semalam.

Gegaran pada ukuran 8.9 skala Richter itu menggegarkan pantai timur laut Jepun mengakibat berjuta-juta rumah di seluruh Jepun bergelap, rangkaian telekomunikasi ditutup dan sistem kereta api dihentikan serta-merta menyebabkan 10 juta rakyat Jepun terkandas. Seorang pekerja restoran, Akira Tanaka, 54 merupakan antara orang awam yang mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke rumahnya yang terletak di pinggir bandar, Saitama, 20 kilometer ke utara Jepun.

Dia mengakui tidak pernah melakukan perkara tersebut (berjalan kaki pulang ke rumah) sebelum ini.

"Saya sudah berjalan selama sejam dan 10 minit dan masih memerlukan tiga jam lagi untuk sampai. Gempa bumi seperti ini akan berlaku setiap 100 tahun," katanya.

Talian telefon sesak sekali gus menghalang sebarang panggilan dibuat termasuk khidmat pesanan ringkas.

Kegagalan menggunakan telefon bimbit menyebabkan orang ramai berbaris panjang untuk menggunakan telefon awam yang pada kebiasaannya lenggang.

Syarikat telekomunikasi Jepun, Nippon Telegraph dan Telephone Corp. menyediakan talian telefon untuk kecemasan dan laman web Internet untuk pengguna memberi mesej kepada keluarga.

Menurut East Japan Railways Co., perkhidmatan kereta api komuter Tokyo, kereta api bawah tanah dan kereta api had laju tinggi dihentikan, kereta api bawah tanah kembali beroperasi selepas enam jam perkhidmatan ia dihentikan. - AP

Tsunami Jepun berlaku selepas saintis beri amaran

Posted: 11 Mar 2011 05:30 PM PST

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0312/Kosmo/Dunia/du_01.1.jpg


LONDON - Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi, lapor sebuah akhbar semalam.

Pergerakan bulan itu yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada 19 Mac ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun 1992.

Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.

Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi.

"Fenomena itu memiliki kaitan sejarah dengan ribut kencang, air pasang besar dan gempa bumi," katanya dalam satu wawancara dengan stesen ABC minggu ini.

Fenomena itu pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Bencana tsunami yang menyebabkan 200,000 orang di Indonesia terbunuh itu melanda dua minggu sebelum fenomena bulan berada dekat dengan Bumi pada Januari 2005. - Agensi

Permintaan Kim Swee kepada FAM

Posted: 11 Mar 2011 05:00 PM PST

JURULATIH skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee mempunyai satu permintaan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dia mahu permintaannya itu ditunaikan sebelum aksi timbal balik pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 pada 19 dan 23 Jun depan.

Menyedari jadual ketat dalam saingan Liga Super yang terpaksa diharungi, pengendali berusia 41 tahun itu mahu tiga perlawanan liga sepanjang Jun yang membabitkan pasukan Harimau Muda A ditunda ke Julai.

Ia bagi membolehkan skuad Olimpik kebangsaan mempunyai masa lebih panjang mengadakan kem latihan pusat selain mengatur aksi persahabatan antarabangsa sebelum aksi timbal balik pusingan kedua itu bermula.

"Perlawanan terakhir Liga Super bagi bulan Mei ialah pada 24 Mei apabila Harimau Muda A bertemu Selangor untuk perlawanan ke-21.

"Saya akan meminta kepada FAM supaya tiga perlawanan kami sepanjang Julai (14, 17 dan 21 Julai) ditunda selepas selesai aksi pusingan kedua Kelayakan Olimpik.

"Jadi, dapatlah saya kumpul pemain bermula 25 Mei dan mempunyai masa tiga minggu untuk mengadakan persiapan," katanya ketika ditemui Kosmo! setibanya dari Pakistan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pagi semalam.

Malaysia mara setelah menyingkirkan Pakistan dengan agregat 2-0 dan lawan mereka pada pusingan kedua akan ditentukan pada majlis undian 30 Mac depan.

Ditanya sama ada berlaku pertukaran pemain untuk pusingan kedua, Kim Swee berkata, ia bergantung kepada prestasi para pemain berusia 22 tahun dan ke bawah pada saingan Liga Super dan Liga Premier sepanjang dua bulan ini.

"Saya sudah daftar 47 pemain termasuk daripada skuad Harimau Muda B dan PKNS FC. Peluang masih terbuka jika ada pemain yang saya lihat mempamerkan aksi baik pada saingan liga selepas ini," jelasnya.

Sebaik tiba pagi semalam, Kim Swee bersama-sama 12 pemain skuad Olimpik kebangsaan terus berlepas ke Kota Kinabalu untuk aksi Liga Super yang menemukan Harimau Muda A dengan Sabah.

"Saya terpaksa panggil enam pemain yang tidak ke Pakistan kerana dua pemain cedera dan tidak dapat ke Sabah iaitu Fadhli Shas (hamstring) dan Irfan Fazail (buku lali)," ujar Kim Swee.

Berjuang Tidak Sekadar Berpilihanraya

Posted: 11 Mar 2011 04:00 PM PST

1. Perjuangan kita tidak sekadar pilihanraya. Justeru itu, janganlah kita bertindak, bertugas, bekerja atau lebih jelas saya sebut, berjuang hanya pada musim pilihanraya. Sebaliknya pilihanraya itu hanyalah menepati sebahagian dari tugas wajib yang perlu kita lakukan. Ertinya di sana masih terlalu banyak perkara yang mesti kita lakukan bagi melengkapkan amanah dan tanggungjawab perjuangan Islam yang kita dokong ini.

2. Sejurus selesai pilihanraya umum 2008, saya akui kita terpaksa sibuk dengan pilihanraya kecil. Kita hadapi 16 pilihanraya kecil dan saya secara peribadi berharap tiada lagi pilihanraya kecil sebelum kita menghadapi pilihanraya umum akan datang insyaallah, kecuali kita telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya Negeri Sarawak dan mungkin juga serentak dengan Negeri Perak.

3. Bukan kerana penat atau jemu lantaran prinsip kita berjuang ialah " sehingga Islam tegak berdaulat atau aku mati kerananya" , tetapi kerana bimbang kita hilang kesimbangan antara :

* tumpuan masa mengendali strategi dan operasi untuk memenangi pilihanraya dan
* tumpuan untuk mengkaderkan anggota jamaah agar layak dan menepati piawaian sebagai ansoorullah [ pejuang - pejuang agama Allah swt ].

4. Sebagai sebuah Gerakan Islam yang melibatkan diri secara rasmi dipentas politik di negara kita, kedua - kedua aspek tersebut sangat penting dan perlu diberi tumpuan seimbang. Pincang salah satu darinya, membuatkan kita hilang keseimbangan dan mudahlah kita tersungkur meskipun kita mendokong kebenaran.

5. Ambillah masa seketika yang kita miliki ini sementara hadhir pula detik pilihanraya selepas ini untuk kita memantapkan sekurang - kurangnya 3 perkara asas :

* Pemantapan fikrah Islami yang syumul
* Pengukuhan dan pemerkasaan parti [ organisasi ]
* Pembinaan sumber manusia [ murabitun - ahli atau pimpinan ]

6. Ianya mesti bermula disemua peringkat organisasi parti. Bermula dengan pusat, negeri, kawasan , cawangan dan dewan - dewan disemua peringkat. Secara kebetulannya, parti kini sedang menghadapi mesyuarat agong di peringkat kawasan sebelum kemuncaknya muktamar di peringkat pusat pada bulan june ini. Mesyuarat agong dan muktamar tahun ini pula adalah tahun pemilihan.

7. Saya mengharapkan 3 perkara utama yang saya sebutkan diatas menjadi asas perbahasan dan muhasabah anggota parti selain membahaskan prestasi dan potensinya dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Juga menganalisa performance saff kepimpinan parti. Pencalonan dan pemilihan pimpinan parti mestilah diserah kepada mereka yang benar - benar mewarisi prinsip asas keupayaan pemimpin seperti :

* amanah terhadap tanggungjawab,
* setia kepada perjuangan Islam,
* memiliki wibawa dan karisma yang menepati kehendak Islam
* bekerja keras untuk memantapkan fikrah dan syakhsiyah Islam.

8. Hindarilah dari terjebak dalam sebarang bentuk konspirasi yang merosakkan keutuhan jamaah dan kesatuannya. Sebaliknya bantu jamaah agar ia semakin mantap dan kuat bersendikan ukhuwwah Islamiyyah yang kukuh. Bukan menyusahkan jamaah dan mengkucar - kacirkannya dengan idea dan tindakan yang tidak menepati akhlak Islami.

9. Tidak dinafikan, antara perkara yang perlu jua diberikan tumpuan ialah mencari formula baru dan efektif guna menangkis segala tohmahan dan fitnah jahat dari musuh yang sememangnya mahu melemahkan jamaah dan memisahkan jamaah dari rakan - rakan parti kompenan dalam Pakatan Rakyat.

10. Kita mesti berfikir positif jika kita mahu jamaah yang kita dokong ini maju dan tabah meredah zaman yang semakin kompleks namun zaman ini memerlukan bahtera penyelamat. Fikir positif pada nokhtah - nokhtah di bawah insyaallah, sedikit sebanyak akan membantu jamaah kita mara selangkah kehadapan.

* Jangan kecewa dan melatah kerana kalah pilihanraya.
* Usah resah berdepan fitnah dan tohmahan musuh.
* Segera selesaikan masaalah yang dihadapi oleh jamaah.
* Bantu dan beri kepercayaan kepada pemimpin yang dipilih.
* Hidupkan budaya tegur dan nasihat namun beradab.
* Pamerkan akhlak Islami kepada kawan dan lawan.
* Asaskan tindakan berpandu wahyu dan sunnah.
* Senantiasa berfikir dan merangka strategi
* Santuni masyarkat dan menangi hati mereka
* dan banyak lagi ....


Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tanah adat: Rakyat Sabah harus contohi Selangor

Posted: 11 Mar 2011 03:15 PM PST

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah harus memilih kerajaan negeri yang mampu membela dan mempertahan kedudukan tanah adat di negeri itu, kata Exco Selangor, Elizabeth Wong.

"Isu tanah terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri, bukan bidang kuasa kerajaan Persekutuan seperti sangkaan kebanyakan orang. Kalau kerajaan negeri itu bagus, mereka akan buat undang-undang yang bagus untuk orang Asal.

"Tapi kalau kerajaan negeri tamak dan rasuah, mereka akan curi dan rompak tanah orang-orang Asal," katanya ketika membuat rumusan dalam pembentangan kertas kerja pada forum Tanah Adat: Isu Polisi dan Cabaran di Sabah, petang tadi.

Forum anjuran KEADILAN Sabah itu dihadiri kira-kira 200 perwakilan dari setiap daerah negeri berkenaan. Turut hadir ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang merasmikan forum tersebut.

Elizabeth berkata, kerajaan Pakatan Rakyat sememangnya mengiktiraf peranan dan kedudukan orang Asal termasuk hak pemilikan tanah.

"Pakatan Rakyat sudah membuktikan perkara ini dalam manifesto. Kita ada Buku Jingga yang menyenaraikan isu-isu di peringkat nasional.

"Tetapi di peringkat negeri, rakyat perlu pilih calon dan parti mana yang akan pertahankan hak orang Asal di Sabah," katanya.

Dalam pembentangan kertas kerja, Elizabeth menunjukkan contoh kejayaan kerajaan negeri dalam mempertahan kedudukan orang Asal, termasuk pelbagai program yang ditawar kerajaan negeri.

"Kita perlu pilih calon dan parti yang pertahankan hak orang Asal sama ada di Sabah atau di peringkat negeri mana-mana pun," katanya.

Selain Elizabeth, turut membentangkan kertas kerja ialah Datuk Hong Kong Ming, Advocate & Silicitor Mahkamah Tinggi bertajuk Hak Tanah Adat: undang-Undang, Dasar dan Cabaran.

Pembentang kertas kerja keempat nerkaitan isu PTI & Royal Comission Of Inquiry (RCI) oleh aktivis hak asasi manusia, Dr Chong Eng Leong.

Nicholas Mujjah, Advocate & Silicitor Of High Court Sarawak aktivis Sarawak Dayak Association NCR Land Pembentangan kertas kerja ketiga bertajuk Hak Tanah Adat-pengalaman di Sarawak.

Tiada ulasan: