Sabtu, 12 Mac 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Ibu Bunuh 3 Anak: "Saya tikam mereka 8 Kali Seorang"

Posted: 12 Mar 2011 05:00 AM PST


Berita tragis dan sadis yang berlaku di Edinburgh ini panjang. Saya tulis yang penting sahaja.

Theresa Riggi berusia 47 tahun bertindak sadis dan kejam dengan menikam tiga orang anaknya sebanyak lapan kali seorang. Bagaikan sudah hilang naluri ibu dan sifat perikemanusiaan, Riggi mengaku membunuh anak kembarnya Austin dan Luke, 8 tahun dan Cecilia 5 tahun, sebelum menikam dadanya sendiri dan melompat dari balkoni flat yang dihuninya dalam usaha untuk membunuh diri. Dia terselamat dan dibicarakan atas kesalahan membunuh sebelum pertuduhan itu ditukar kepada homisid salah.

Apakah yang membuatkan ibu yang berasal dari California, Amerika Syarikat ini bertindak membunuh kesemua anaknya dan juga cuba membunuh dirinya? Berdasarkan laporan The Sun, Riggi bertindak demikian kerana kecewa dengan masalah rumah tangga serta perebutan hak penjagaan anak yang berlarutan dengan suaminya, Pasquale Riggi. 

Menurut peguam belanya, Donald Findlay, "Riggi bukanlah bukanlah syaitan, dia bukan juga jahat, dia bukan "monster". Riggi percaya dia dan anaknya lebih selamat jika mereka mati bersama daripada hidup di dunia nyata." 

Menurut keterangan mahkamah, bekas suaminya yang mahu mengambil anak-anaknya telah menyebabkan Riggi tertekan. Dia bertindak membunuh anak-anaknya dua hari selepas menelefon suaminya berkaitan dengan hak penjagaan anak-anak mereka. 

Theresa berkahwin dengan Pasquale Riggi yang berasal dari Denver, Colorado, pada 30 September 1989. Mereka tinggal di California sebelum berpindah ke Colorado, dan kemudian ke England pada tahun 1997.

P/s: Sadis! Oleh sebab perempuan ini gagal membunuh diri, maka sudah tentu dia akan dihantui oleh peristiwa ini sepanjang hidupnya.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


[Video] Loji Nuklear Daiichi Okumamachi Jepun Meletup!

Posted: 12 Mar 2011 03:55 AM PST



Video: 



* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Amoi Cun Didakwa Jual 350 DVD Lucah

Posted: 12 Mar 2011 12:40 AM PST


Saya petik:
[SH] GEORGETOWN- Seorang remaja perempuan di tuduh di Mahkamah Sesyen Georgetown kerana didapati menjual 350 keping cakera video digital (DVD) filem lucah pelbagai tajuk di sebuah premis di kompleks membeli-belah, di sini.

Aw Yong Swee Kee, 19 yang berasal dari Relau, Bayan Lepas dituduh melakukan kesalahan itu di premis DTS Movie Entertaiment, Prangin Mall pada jam 2 petang 7 Mac lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan Majistret, Noor Aini Yusof membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Noor Aini menetapkan kes itu akan disebut semula pada 30 Mac ini bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. Pertuduhan dibaca Timbalan Pendakwa Raya, Nor Farhana Adham.

P/s: Tauke terlepas begitu sahaja! Bodoh!


[Wajib Baca] Kisah Seks Mahatma Ghandi: Menarik & Mengejutkan

Posted: 11 Mar 2011 10:00 PM PST


Saya petik:
[SISTEM-DUNIA] Mahatma Gandhi, seperti yang diketahui umum, pemimpin kerohanian dan pemimpin politik yang sangat dihormati. Beliau memperjuangkan kemerdekaan India daripada penjajahan British melalui penentangan tanpa kekerasan, dan beliau diberikan penghormatan Bapa Negara India. Penentangan tanpa kekerasan memang sebati dengan beliau, bahkan penentangan seperti ini pernah dicadangkan untuk penduduk Palestin dalam menghadapi kekejaman rejim Israel. Apabila baru-baru ini, rakyat Mesir melancarkan penentangan terhadap Hosni Mubarak, seorang pengulas berkata, "Gandhi di Nile." Gandhi hidup secara merendah diri, "dengan kain sehelai sepinggang," meskipun beliau berkelulusan undang-undang dari England dan pendapatan profesionnya sebagai peguam di Afrika Selatan agak lumayan.

Namun, kira-kira setahun lalu, The Independent menerbitkan makalah yang agak memeranjatkan, "Thrill of the Chaste: The Truth about Gandhi's Sex Life." Memang tidak ada rahsia bahawa Mohandas Gandhi mempunyai kehidupan seks yang luar biasa. Lapor akhbar itu, "beliau sering bercakap tentang seks dan memberikan tunjuk ajar yang terperinci, selalunya provokatif kepada pengikutnya seperti bagaimana mereka mungkin mengamalkan kesucian."

Gandhi yang lahir di Gujarat pada tahun 1883 berkahwin ketika berusia 13 tahun dengan Kasturbai (kemudian dipanggil Kasturba) yang berusia 14 tahun. Pengantin muda ini mempunyai kehidupan seks yang biasa, berkongsi katil dalam bilik yang berasingan di rumah keluarga Gandhi, dan tidak lama kemudian, Kasturba mengandung.

Kehidupan Gandhi, seperti yang dibahaskan dalam The Oxonian Review, merupakan cabaran paling besar untuk penulis biografi. Untuk beliau, segala-galanya mempesonakan: kehidupan politik, kehidupan kerohanian, kehidupan keluarga, dan kehidupan seks. Hubungannya dengan makanan boleh memenuhi satu jilid."

Jad Adams dalam Gandhi: Naked Ambition (Quercus, London, 323 hlm., RM87.95), menyusurgalurkan perjalanan hidup pelbagai wajah Gandhi, dan perkembangan yang mengiringi agama, politik, dan pemikiran sosial beliau sepanjang tujuh dekad yang huru-hara. Jad Adams juga memeriksa dengan teliti percanggahan manusia yang paling kompleks ini, antaranya pencinta damai sepanjang hayat yang melayan isteri dan anak-anak lelakinya dengan yang disempadani kekejaman.

Kasturba, menurut Jad Adams tidak mempunyai pendidikan formal, dan buta huruf, maka Gandhi bercadang untuk memberikan tunjuk ajar kepada isterinya. Namun, Gandhi mengakui bahawa selain isterinya sendiri keberatan, beliau juga berasa dukacita bahawa "cinta yang penuh nafsu" menyebabkan beliau tidak mempunyai masa untuk membimbing isterinya. "Saya pasti," kata Gandhi, "cinta saya pada dia tidak dirosakkan oleh nafsu syahwat sama sekali, dia akan menjadi isteri yang terpelajar pada hari ini."

Pada suatu malam, 16 November 1885, Gandhi bercadang mengadakan hubungan seks dengan Kasturba, lalu dikejutkannya isterinya itu. Tiba-tiba berapa minit kemudian, orang gaji datang di muka pintu. Gandhi yang bingkas dari katil diberitahu bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Beliau berasa sedih kerana ayahnya meninggal tidak dalam pelukannya dan berasa malu kerana pada saat ayahnya nazak, beliau masih mempunyai keinginan untuk bersetubuh.

Gandhi bergaul dengan kawan abangnya, Syeikh Mehtab – budak nakal yang mengajar beliau makan daging – amalan yang ajaran Hindu larang - ketika beliau berusia 14 atau 15 tahun. Syeikh Mehtab sanggup mengeluarkan duit untuk Gandhi, meskipun dia bukannya daripada keluarga kaya, seperti keluarga Gandhi. Mehtab, tulis Jad Adams, membawa Gandhi makan di restoran, bahkan pernah membawa beliau ke rumah pelacuran. "Beliau duduk di atas katil berdekatan dengan pelacur, tetapi lidahnya kelu; beliau tidak memberitahu apakah usaha yang dilakukan oleh pelacur itu untuk merangsangkannya, tetapi akhirnya pelacur itu hilang sabar dan menghalau beliau keluar." Gandhi mengakui bahawa Mehtab yang menyebabkan beliau terpedaya ke dalam amalan merokok, mencuri, makan daging, dan seks.

Idea Gandhi tentang diet dan seks, tulis Adams, kelihatan idiosinkratik hingga takat mania, tetapi wujud alasan psikologi mengapa diet yang berbeza berfungsi untuk merendahkan keinginan seksnya. Pada bahagian lain, Adams menulis, rasa meluat Gandhi terhadap seks berpunca daripada kepercayaannya bahawa beliau mesti mengawal keinginan seksnya yang kuat atau beliau tidak dapat memperoleh keagungan kerohanian.

Di sebalik kehidupannya yang terlalu merendah diri, keinginannya terhadap wanita lain pula ceritanya. Sifat romantiknya boleh mengalahkan lelaki romeo. Beliau dikatakan tertarik pada Saraladevi Choudhurani, aktivis nasionalis Bengali, anak saudara Rabindranath Tagore. Ketika suaminya, Rambhuj Dutt Choudjhuri dalam tahanan, Saraladevi menjadi tuan rumahnya semasa beliau melawat Punjab. Pada tahun 1920, apabila Gandhi buat pertama kali tinggal di rumah Saraladevi, wanita itu berumur 47 tahun, manakala beliau berumur 50. Wanita itu mempamerkan semua keupayaan intelektualnya, teman wanita yang Kasturba tidak pernah berikan. "Saya menyebutnya isteri kerohanian saya," tulis Gandhi dalam suratnya kepada Kallenbach. "Seorang sahabat menyebutnya perkahwinan intelektual."

Pada Mac 1920, Gandhi tinggal bersama-sama Saraladevi dan menulis dalam istilah penuh kasih sayang biasa: "Saraladevi mencurah kasih sayang dalam setiap cara yang mungkin." Apabila beliau merasa tidak sihat, beliau menulis kepada wanita itu dengan penuh mesra: "Saya masih belum sihat hari ini. Saya mesti terbaring di atas katil. Kamu terus menjelma dalam diri saya, bahkan ketika saya tidur."

Meskipun bentuk fizikalnya tidak menawan, tulis Jad Adams, "Gandhi menjadi daya tarikan kepada wanita dan beliau berasa seronok dengan perhatian mereka. Saraladevi hanya yang paling serius yang beliau pernah temui." Biasanya daya tarikan itu datangnya daripada wanita yang belum berkahwin yang tinggal dalam komuniti agama (ashram), seperti mubaligh Denmark, Easther Faering yang menerima banyak surat meluahkan perasaan daripada Gandhi. Menurut pemerhatian Millie Polak yang mentafsirkan daya tarikan Gandhi: "Kebanyakan wanita jatuh cinta pada lelaki kerana sifat lelaki itu yang biasanya dianggap maskulin. Namun, Mahatma Gandhi dicurahkan kasih sayang oleh banyak wanita kerana kewanitaannya."

Dalam komuniti agama, lelaki dan wanita diasingkan, dan Gandhi menasihatkan bahawa suami tidak sepatutnya bersama-sama isteri mereka, dan apabila mereka naik berahi, mereka sepatutnya mandi air sejuk. Namun, peraturan itu tidak dikenakan pada dirinya sendiri. Sushila Nayar, doktor peribadi Gandhi menemani Gandhi sejak dia kecil lagi. Dia selalu tidur dan mandi bersama-sama Gandhi.

"Tidak apa-apa yang istimewa tidur dengan Bapu... kata Sushila. Saya biasa tidur dengan beliau, sebagaimana saya tidur dengan ibu saya. Beliau mungkin kata, 'belakang saya gatal, tolong garu.' Jadi, saya garu atau berbaring di atas badannya dan beliau mungkin hanya pergi tidur."

Gandhi sendiri pernah menjelaskan bahawa beliau mandi dengan Sushila tidak salah. "Ketika dia mandi, saya menutup mata saya rapat-rapat. Saya tidak tahu sama ada dia mandi telanjang ataupun memakai seluar dalam. Saya boleh beritahu daripada bunyi dia menggunakan sabun. Saya tidak melihat mana-mana bahagian bandannya yang setiap orang di sini tidak akan lihat." Kemudian, dia mengurut saya ketika beliau berbaring berbogel. Beliau berbincang tentang seks secara terperinci dengan Sushila yang pada tahun 1938 berusia 24 tahun.

Pada tahun 1970-an, Sushila pernah mendedahkan bahawa hubungan fizikal Gandhi dengan wanita adalah sebahagian gaya hidup. "Kemudian, apabila orang ramai mula menanyakan soalan hubungan fizikalnya dengan wanita – dengan Manu (cucu saudaranya, dengan Abba (seorang lagi cucu saudaranya), dengan saya – idea eksperimen brahmacharya dibangunkan."

Apabila Gandhi semakin tua dan berikutan kematian isterinya, Kasturba, beliau mempunyai lebih banyak wanita di kelilingnya dan merayu wanita supaya tidur dengannya. Pada waktu dinihari 17 Disember 1946 berlaku pergaduhan antara Gandhi dengan Sushila yang dikatakan berpunca daripada eksprimen seks beliau dengan wanita yang hampir separuh umur Sushila. Manu Gandhi yang berusia 19 tahun ialah cucu saudara Gandhi yang beliau selalu sebut cucunya. Ketika berusia 12 tahun, ibunya meninggal dunia dan dijaga oleh Kasturba. Selepas Kasturba meninggal dunia, Gandhi menjadi "ibu" gadis itu. Kedua-duanya, tulis Adams, pernah tidur bersama-sama dalam keadaan bogel, bahkan Gandhi pernah memberitahu Pyarelal, "Gadis itu tidur berbogel, tetapi dia tidur lena."

Gandhi mengaitkan keadaan fizikalnya sendiri dengan betul-betul kelangsungan India bersatu. Beliau dilaporkan berkata percubaan seks, "Jika saya dapat menguasainya, saya masih dapat menewaskan Jinah."

Kelakuan Gandhi dibincangkan dan dikritik secara meluas. Beliau menulis surat kepada anak lelakinya, Manilal: "Jangan biarkan hakikat Manu tidur bersama-sama saya mengganggu kamu. Saya percaya bahawa Tuhan menggalakkan saya melakukannya." ... sambung bacaan anda di SISTEM-DUNIA (Ikut dan pautkan blog ini untuk membaca artikel yang menarik)

P/s: Menarik dan memeranjatkan! Siapa sangka?

[Gambar-18 SX] Banyak Lelaki Mahu Berjiran dengan Wanita Ini. Mengapa?

Posted: 11 Mar 2011 06:30 PM PST


Seorang wanita kelihatan menghantar/mengucapkan selamat jalan kepada suami/teman lelakinya yang mahu pergi bekerja/ke sesuatu tempat. Biasalah!



Wanita ini melambaikan tangan ke arah suami/teman lelakinya itu. Biasalah!


Wanita itu perasan jirannya sedang merakamkan momen tersebut. Dia merenung tajam ke arah jirannya itu. Mungkin perbuatan "skodeng" sambil merakamkan momen tadi mengundang ketidakpuasan hati wanita ini. Biasalah!

Wanita itu kelihatan seolah-olah membetulkan baju tidurnya. Dia mungkin berasa malu kerana dirinya sedang dirakam oleh jirannya. Biasalah!

Tetapi yang luar biasanyalah apabila wanita itu bertindak menayangkan buah dadanya kepada lelaki yang merakamkan perlakuan dirinya sejak mula-mula tadi. Sungguh luar biasa! Gila!


P/s: Sejak perkhidmatan talian beruk band saya pulih, banyak sangat artikel politik yang disiarkan di DCM. Saya kutip beberapa gelagat manusia untuk dikongsikan bersama. Maaflah jika gambar-gambar/kiriman ini dan sebelumnya agak keterlaluan. Memandangkan saya kutip gambar ini di laman forum di Indonesia, maka saya yakin kejadian ini berlaku di luar negara.



* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Pengarah Teater Didakwa Mencabul

Posted: 11 Mar 2011 05:30 PM PST


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Dua pelakon remaja yang terbabit dalam sebuah pementasan teater di Seremban, Negeri Sembilan, membuat laporan polis mendakwa dicabul pengarah teater itu ketika mengikuti sesi latihan.
Difahamkan, pengarah teater terkenal berusia 60-an itu dipercayai mencabul ramai lagi pelakon remaja yang mengikuti sesi latihan teater berkenaan, namun setakat ini polis menerima hanya dua laporan berhubung kejadian.

Suspek dikatakan mengambil kesempatan meraba mangsa di sebuah rumah di Seremban yang dijadikan tempat latihan pementasan bakal diadakan bulan depan.

Sumber berkata, latihan teater itu berjalan sejak tiga bulan lalu dan kejadian itu dipercayai berlaku beberapa minggu lalu. 

"Setakat ini dua mangsa membuat laporan polis awal minggu ini dan akibat pendedahan itu, projek pementasan dijadualkan berlangsung pada 1 dan 2 April ini dibatalkan serta-merta," katanya.  

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, polis menerima laporan mangsa masing-masing berusia 14 dan 17 tahun.

Menurutnya, mangsa bersama 24 lagi pelajar sekolah menengah mengikuti sesi latihan itu setiap Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

"Mangsa yang belajar di sekolah menengah di luar Seremban mendakwa pengarah produksi persembahan itu mengambil kesempatan mencabul mereka ketika latihan.

"Siasatan terperinci dijalankan kerana kita belum dapat pastikan berapa kali mangsa dicabul serta sama ada pelajar lain turut menjadi mangsa," katanya yang dihubungi semalam.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda atau sebatan....- Muhd Izawan Baharin dan Suraya Roslan


P/s: Umur dalam lingkungan 60-an, tetapi nafsu berahi macam orang muda yang rakus!

Spekulasi Kuat Ramal DUN Sarawak Bubar Hujung Bulan Mac

Posted: 11 Mar 2011 05:05 PM PST


Saya petik:
Program padat ketua menteri kuatkan spekulasi pilihan raya

[BH] KUCHING: Bayangan mengenai tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 semakin ketara dan sumber memberitahu bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) kemungkinan dibubarkan sebelum akhir bulan ini.
Berdasarkan senario ini, pengundian mungkin diadakan pertengahan April dan penamaan calon sebelum itu. Jika menjadi kenyataan, bermakna pilihan raya negeri kali ini diadakan tiga bulan sebelum tamat tempoh DUN Sarawak berakhir, pada 24 Julai ini. 

Berdasarkan perkembangan terkini, termasuk program Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang sangat padat ketika ini, spekulasi pilihan raya diadakan dalam bulan April semakin bertiup kencang....-Misiah Taib

P/s: Semua orang akan sibuk, termasuk jurblog kuman macam saya!


Tiada ulasan: