DIALOG RAKYAT |
- Judi: Muhyiddin persenda Islam
- Rosmah Lawat Negara Luar Tanpa Kelulusan Kabinet?
- Isu bomoh: Ganesan tak layak jadi Speaker Dun
- Analisis PRK Kerdau: Undi PAS meningkat di Felda
- Saranan Buku Jingga Mansuhkan Felda Plantations Amat Tepat
- Ahli Parlimen PKR Lompat Parti terus Mampu beli Tanah RM1.5 Juta?
- Muktamar, Pemilihan PAS Dijangka Hangat
- ISA Boleh Diambil Ke Atas Radio Free Sarawak
- Uthayakumar : Keputusan Mahkamah Berat Sebelah
- Kes liwat: Saiful dakwa ada penetrasi penuh, kata doktor
- Sebutan tuntutan fasakh RM400 juta menantu Taib Mahmud 24 Mac
- Mahkamah Rayuan tolak saman Uthayakumar
- Nazri: Unit Wanita Pertama tidak wujud di JPM
- Samy Vellu setuju pinda perlembagaan jamin MIED entiti MIC
- Pengikut Syiah dilarang sebar ajaran kepada pengikut ahli Sunnah al-Jamaah
- Interlok: DAP kemuka usul tergempar di Parlimen minggu depan
- Suruhanjaya personal prosedur SPRM biarkan Teoh Beng Hock menunggu lama
- Mahathir: Ku Li tak sabar, hilang peluang jadi perdana menteri
- Anwar label Mahathir pembohong besar, pecat kerana takut dicabar
- Umno-BN kaki fitnah: Tuanku Mizan bertitah jauhi perbuatan fitnah
- Berita Ini Menyebabkan Umno-Bn Susah Hati
- Parlimen tanpa kelibat Anwar angkara APCO lebih berkuasa!
- Wah, Dia Dah Berkahwin Dengan 29 Wanita!
- Bangunan Di Menara Jam Besar Mekah Terbakar
- Ibu Bapa Pelajar Yang Lakukan Kesalahan Trafik Akan Dikenakan Tindakan
Judi: Muhyiddin persenda Islam Posted: 09 Mar 2011 02:03 AM PST
| ||
Rosmah Lawat Negara Luar Tanpa Kelulusan Kabinet? Posted: 09 Mar 2011 02:02 AM PST KUALA LUMPUR : Lawatan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor ke tiga negara Timur Tengah dan Bangladesh baru-baru ini menelan belanja RM134 ribu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz. | ||
Isu bomoh: Ganesan tak layak jadi Speaker Dun Posted: 09 Mar 2011 01:59 AM PST
| ||
Analisis PRK Kerdau: Undi PAS meningkat di Felda Posted: 09 Mar 2011 01:49 AM PST
| ||
Saranan Buku Jingga Mansuhkan Felda Plantations Amat Tepat Posted: 09 Mar 2011 01:44 AM PST Ditulis oleh shuaib ayob KUALA LUMPUR : Tawaran PR melalui Buku Jingga yang menyebut akan menyemak dan memansuhkan Felda Plantations amat tepat untuk mengembalikan hak rakyat dan tanah milik kerajaan negeri kembali. Dalam sidang media di Parlimen petang tadi, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata saranan PR amat relevan serta bertepatan dengan matlamat asal Felda iaitu menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. "Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan mempertegas kenyataan sebelum ini bahawa Felda Plantations adalah organisasi haram dan terbatal kerana bertentangan dengan Akta GSA 1960 yang mana status pemilikan hanya individu berdasarkan Seksyen 7(2) atau koperasi, Seksyen 11(1)," tegas beliau. Kata beliau, dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Mazlan bahawa Felda Plantations tidak tertakluk di bawah Akta GSA hanya alasan semata-mata untuk menghalalkan tindakan kerajaan Umno-BN yang bertentangan dengan matlamat asal iaitu menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Beliau menjelaskan, Allahyaraham Tun Abdul Razak telah membentang dan menggubal Akta GSA ataupun Group Settlement Act 1960 yang memperincikan kuasa-kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang menyatakan tanah-tanah yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri adalah untuk diberikan kepada rakyat dalam bentuk individu ataupun pemilikan koperasi. Katanya lagi, Felda Plantations yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Muhammad sangat bertentangan dengan dasar yang diwujudkan oleh Allahyarham Tun ABdul Razak. "Kerajaan pusat telah menipu dan mengkhianati kerajaan negeri kerana mewujudkan penempatan tanpa peneroka. Dasar yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir pada tahun 1992 bercanggah dengan hasrat Tun Abdul Razak ketika beliau membentangkan Akta GSA di Parlimen pada 27 April 1960," tegas Mazlan. Beliau seterusnya mempersoalkan, keseluruhan tanah milikan Felda Plantations yang berjumlah 360,710 hektar merupakan tanah pemberian kerajaan-kerajaan negeri, maka apa peruntukkan yang digunakan untuk memegang milikna tanah tersebut sekiranya Felda Plantations tidak tertakluk di bawah GSA seperti didakwa oleh Ahmad. "ANAK ingin menegaskan, saya ingin mempertegaskan dan mendedahkan bahawa pengambilan tanah untuk tujuan Felda Plantations dibuat secara paksaan dari kerajaan negeri yang tidak difahami secara jelas apa maksudnya. Hujah PM yang mengatakan bahawa 51 peratus kepentingan Koperasi Permodalan Felda Bhd ada dalam Felda Plantations dan memberi dividen 14 peratus setiap tahun kepada peneroka adalah lari daripada realiti sebenar aspirasi ayahanda beliau, Tun Abdul Razak," tegas beliau. Katanya lagi, Anak juga mencadangkan agar kesemua kerajaan negeri menyemak semula pemberian tanah kepada Felda Plantation kerana ia boleh ditamatkan dengan merujuk kepada Seksyen 44 Akta GSA. | ||
Ahli Parlimen PKR Lompat Parti terus Mampu beli Tanah RM1.5 Juta? Posted: 09 Mar 2011 01:39 AM PST TVS NEWS KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen hari ini beberapa keping cek ditandatangan oleh seorang ahli parlimen bagi membeli tanah bernilai RM1.5 juta. Beliau mendedahkan perkara tersebut semasa membahaskan ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung petang tadi menjelaskan, cek tersebut ditandatangani oleh seorang ahli parlimen PKR yang baru-baru ini keluar parti tetapi yang menghairankan beliau ialah ahli parlimen tersebut berkemampuan membeli tanah tersebut dalam masa dua bulan sahaja selepas keluar parti. Beliau menegaskan parti PKR bukanlah tempat untuk menjadi kaya ataupun membuat duit seperti tanggapan segelintir yang keluar parti, maka ahli yang tidak berpuas hati bertindak keluar parti dan mula melontarkan tohmahan yang tidak benar terhadap parti. | ||
Muktamar, Pemilihan PAS Dijangka Hangat Posted: 09 Mar 2011 01:37 AM PST TVS NEWS KUALA LUMPUR : Perwakilan Dewan Pemuda PAS kawasan-kawasan di seluruh negara wajar mengambil peluang dalam mesyuarat agungnya yang bermula 7 Mac lalu hingga 18 April ini untuk membincangkan prestasi parti itu khususnya kekalahan mereka dalam empat pilihan raya kecil. Jawatan tersebut sekarang ini disandang oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff. | ||
ISA Boleh Diambil Ke Atas Radio Free Sarawak Posted: 09 Mar 2011 01:34 AM PST BERNAMA KUCHING : Siasatan terhadap Radio Free Sarawak, stesen radio yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, telah pun bermula dengan memberi tumpuan kepada kandungan yang disiarkan kepada orang ramai, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein. "Ini bukanlah tentang politik, ini mengenai penyebaran pembohongan berniat jahat, isu membabitkan perpaduan dan keharmonian kaum," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Kementerian Dalam Negeri di Pusat Latihan Pegawai Penjara (Pulapen) Sarawak di Kuching. | ||
Uthayakumar : Keputusan Mahkamah Berat Sebelah Posted: 09 Mar 2011 01:30 AM PST TVS NEWS SHAH ALAM : Penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar menyifatkan penolakan permohonan saman fitnah beliau terhadap bekas ketua polis negara dan peguam negara adalah keputusan berat sebelah. Tambahnya lagi, walaupun Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan ini, namun peguam beliau M Manoharan akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. | ||
Kes liwat: Saiful dakwa ada penetrasi penuh, kata doktor Posted: 09 Mar 2011 01:26 AM PST TERKINI KUALA LUMPUR — Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa ada penetrasi penuh ketika dia mengadu diliwat oleh bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut ahli patologi kerajaan hari ini. Dr Razuin Rahimi, pegawai perubatan yang bekerja pada 28 Jun 2008 - hari Saiful membuat laporan terhadap Anwar berkata, beliau yang menemu bual Saiful dan mengisi laporan proforma. Peguam-peguam pembela sebelum ini mencabar dakwaan Saiful memandangkan kandungan laporan mengatakan hanya wujud cubaan penetrasi dan oleh itu tidak wujud perbuatan liwat yang sebenar. Ketua pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden cuba untuk memperjelaskan perkara itu hari ini dan bertanya pakar itu apa yang dimaksudkan cubaan penetrasi pada rektal. "Saiful berkata ada persetubuhan dubur, bagaimanapun rektum terletak di sebelah atas dubur, perkataan (agak) mengelirukan. Ketika itu, saya tidak tahu sama ia sampai ke rektum (atau sebaliknya)," katanya. Apabila ditanya mengapa beliau tidak mencatatkan sebarang rujukan tentang bahan pelincir pada borang itu seperti yang dinyatakan oleh Saiful dalam keterangannya, Dr Razuin berkata beliau merekodkan bahan pelincir itu pada kertas lain kerana borang proforma itu hanya untuk kes rogol memandangkan HKL tidak mempunyai borang khusus untuk kes liwat. "Maklumat itu telah direkodkan di atas kertas yang saya kemudian serahkan kepada Dr Siew dengan catatan nota yang saya buat ketika pemeriksaan perubatan dijalankan oleh pakar," jelas Dr Razuin. Dalam pemeriksaan balas oleh Karpal Singh untuk menjelaskan makna ''rectal attempted'' seperti yang tercatat di dalam borang itu, Dr Razuin menerangkan ''rektum'' adalah bahagian di dalam dubur. "Ia adalah liwat walaupun penetrasi tidak sampai ke kawasan rektum, itu adalah makna dalam istilah perubatan untuk ''rectal attempted''," jelas saksi. Bekas pakar patologi forensik HKL itu juga memberitahu mahkamah bahawa Saiful telah memberitahunya dia melawan ketika diminta lakukan oral seks pada hari kejadian liwat itu didakwa berlaku. Dr Razuin berkata Saiful memaklumkan kepadanya ketika beliau merekodkan nota sejarah perubatannya kira-kira 9 malam, 28 Jun 2008 di HKL. Beliau mengambil masa hampir 20 minit untuk merekodkan nota itu selepas pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira memaklumkan secara ringkas tentang dakwaan Saiful yang dia diliwat oleh Anwar. Beliau berkata tiga doktor lain, Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng, tiada ketika catatan itu direkodkan dan beliau memberi penjelasan ringkas kepada mereka selepas selesai tugasnya. "Mohd Saiful juga memberitahu saya yang dia telah diliwat oleh Anwar pada 26 Jun lebih kurang 3.30 petang di mana dia tidak memberi kebenaran untuk melakukan hubungan seks itu," kata Dr Razuin. Dr Razuin yang kini bertugas di Hospital Sungai Buloh berkata hubungan seks itu berlangsung hampir setengah jam di mana pengadu juga mendakwa dadanya telah diraba. Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Sementara itu, Ketua Staf di pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob berkata Saiful tidak dilantik sebagai pekerja secara rasmi. "Dia bukan pekerja tetapi sukarela yang menerima arahan terus daripada saya," katanya. Ditanya oleh Mohamed Yusof, beliau mengesahkan Anwar menghadiri majlis makan tengah hari di sebuah kondominium milik ''Hassanuddin'' pada 26 Jun 2008. Bagaimanapun, katanya pada hari itu Anwar telah menghubunginya dan memberitahu dia ada meninggalkan sampul surat di pejabatnya di Seksyen 15, Petaling Jaya dan beliau (Ibrahim) telah meminta Saiful menghantar envelop itu kepada Anwar kerana dia sibuk pada hari itu. Kepada soalan lain sama ada beliau tahu Saiful telah menghantar surat peletakan jawatan pada 27 Jun 2008, Ibrahim berkata, ia telah diemel kepada Anwar dan Anwar telah menyerahkan kepadanya. Ditanya oleh Mohamed Yusof apakah alasan Saiful untuk berhenti kerja, Ibrahim berkata Mohd Saiful menyatakan dia tidak boleh melaksanakan tugasnya dan mahu menjadi juruterbang. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menangguhkan perbicaraan ke esok, dengan DSP Jude dijangka mengangkat sumpah sebagai saksi ke-25 sebelum pihak pendakwaan menutup kes. | ||
Sebutan tuntutan fasakh RM400 juta menantu Taib Mahmud 24 Mac Posted: 09 Mar 2011 01:24 AM PST BERNAMA KUALA LUMPUR — Sebutan tuntutan fasakh Datin Seri Shahnaz Abdul Majid, menantu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, ditetapkan pada 24 Mac ini oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini. Hakim Syarie Mohd Amirul Adam Ahmad menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Rafie Mohd Shafie yang mewakili Shahnaz selaku plaintif memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat menghantar surat saman tersebut kepada defendan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib. Menurut beliau, saman itu telah dihantar ke rumah Mahmud Abu Bekir di No. 8, Duta Nusantara, Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Duta di sini, pada 28 Februari lalu. Bagaimanapun, defendan yang merupakan Timbalan Pengerusi Kumpulan Cahya Mata Sarawak itu tidak hadir hari ini. "Saman tersebut telah dihantar tetapi tidak diserahkan kepada defendan sendiri di mana ketika itu pembantu rumah yang menerimanya. "Oleh demikian kami memohon supaya saman itu dihantar melalui surat berdaftar yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah," kata Rafie. Mohd Amirul Adam bagaimanapun tidak membenarkan permohonan Rafie selagi plaintif tidak memfailkan afidavit berhubung tuntutan perkara itu. "Sepatutnya failkan afidavit terdahulu, selepas itu baru saya boleh mempertimbangkan apa-apa permohonan," kata hakim itu. Rafie, kemudian memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan afidavit itu dalam masa terdekat. Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Rafie memberitahu, Shahnaz, 48, telah memfailkan tuntutan fasakh tersebut pada 22 Februari lalu dengan mendakwa defendan gagal menjalankan tugas sebagai suami yang tidak memberikan nafkah batin sejak 2001. Dalam tuntutan itu, Shahnaz yang merupakan kakak kepada penyanyi Datuk Sheila Majid, mendakwa defendan melakukan penderaan secara fizikal dan mental dengan menumbuknya di bahagian muka, kepala dan mata sehingga lebam, selain turut menendang rusuk dan mencekiknya. Selain itu, Shahnaz mendakwa suaminya suka memaki hamun dengan menggunakan perkataan kesat terhadapnya menyebabkan dirinya tertekan, aib dan mengalami gangguan emosi. Shahnaz, turut mengemukakan tuntutan mutaah sebanyak RM300 juta dan harta sepencarian bernilai RM100 juta terhadap ahli perniagaan itu. Plaintif menyatakan jumlah tuntutan tersebut adalah munasabah kerana mereka telah berkahwin lebih 19 tahun dan menyatakan defendan mempunyai pendapatan serta harta-harta yang mencecah berbilion ringgit. Plaintif juga memohon aset-aset milik defendan seperti tujuh buah kereta mewah, beribu hektar tanah di Sarawak dan saham di dalam 15 syarikat diisytiharkan sebagai harta sepencarian. Beliau turut menuntut sebanyak 50 peratus ke atas semua harta-harta itu, selain lain-lain perintah atau relief atau apa-apa yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Jan 1992 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya Abdul Taib Mahmud, 18. | ||
Mahkamah Rayuan tolak saman Uthayakumar Posted: 09 Mar 2011 01:23 AM PST BERNAMA PUTRAJAYA— Mahkamah Rayuan di sini, hari ini menolak saman fitnah RM100 juta penasihat undang-undang Hindraf P.Uthayakumar terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan kerajaan Malaysia. Datuk K.N.Segara yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan bahawa tindakan undang-undang yang dibuat oleh Uthayakumar tidak dapat dikekalkan kerana perkataan yang didakwa bersifat fitnah yang disebut oleh Musa tidak merujuk kepada Uthayakumar tetapi kepada Hindraf sebagai satu kumpulan. Beliau berkata Hindraf tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman sivil kerana ia bukan sebuah persatuan yang berdaftar. Dalam satu keputusan majoriti 2-1, panel itu membenarkan rayuan tiga perayu (Musa, Abdul Gani dan kerajaan Malaysia) dan membatalkan saman sivil terhadap mereka. Hakim Segara dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang memutuskan untuk para perayu, juga memerintahkan Uthayakumar supaya membayar kos perundangan sebanyak RM20,000. Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus pula berbeza pendapat, memutuskan bahawa kes itu perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi memandangkan, katanya, kes itu bukan satu yang polos dan ketara kes yang tidak kekal ditolak. Beliau mempertahankan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 April 2009 yang menolak permohonan perayu untuk menolak saman itu. Uthayakumar, 48, memfailkan saman terhadap kerajaan dan dua pegawai tingginya pada 2008 kerana didakwa mengaitkannya dengan kumpulan penganas. Dia mendakwa bahawa kenyataan media oleh Musa, yang dilaporkan secara meluas oleh media, adalah bersifat fitnah dan satu cubaan untuk merosakkan kredibiliti dan reputasinya. Sebelum ini, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof (pada masa itu Pesuruhjaya Kehakiman) menolak permohonan Musa, Abdul Gani dan kerajaan Malaysia bagi mengetepikan saman itu. Di luar mahkamah, peguam M.Manoharan yang mewakili Uthayakumar berkata beliau akan mendapatkan kebenaran Magkamah Peprsekutuan untuk merayu terhadap keputusan hari ini. Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili ketiga-tiga perayu itu. | ||
Nazri: Unit Wanita Pertama tidak wujud di JPM Posted: 09 Mar 2011 01:21 AM PST BERNAMA KUALA LUMPUR — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menafikan kewujudan unit Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Justeru katanya, persoalan mengenai kewujudan pegawai-pegawai khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewajarnya tidak timbul. "Telah dinyatakan sebelum ini bahawa tidak ada kakitangan tetap dan kontrak yang diperuntukkan khusus untuk isteri Perdana Menteri. "Oleh yang demikian tidak timbul elemen-elemen kos tambahan dan kakitangan yang menguruskan isteri Perdana Menteri kerana mereka adalah kakitangan kepada Perdana Menteri," katanya ketika menjawab pertanyaan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Loke ingin tahu fungsi unit FLOM, jumlah kakitangan dan peruntukan kos operasi unit itu bagi tahun 2011. Menjawab soalan Loke yang ingin tahu bahawa sebelum ini tertera nama serta jawatan pegawai-pegawai yang ditugaskan membantu Rosmah dalam laman web JPM, Mohamed Nazri berkata pegawai itu merupakan kakitangan JPM yang ditugaskan membantu Rosmah dalam menjalankan tugas-tugas beliau selaku isteri Perdana Menteri. Ini termasuk memudahkan kerja-kerja pentadbiran dan surat menyurat bagi mengelolakan jemputan rasmi yang diterima dari luar dan dalam negara, katanya. | ||
Samy Vellu setuju pinda perlembagaan jamin MIED entiti MIC Posted: 09 Mar 2011 01:19 AM PST The Malaysian Insider difahamkan ia antara kompromi yang telah dicapai hujng minggu lalu di sebalik desakan pelbagai pihak dan kemudiannya telah dibincangkan pada mesyuarat lembaga itu kelmarin. Sumber memberitahu, dalam persekitaran mesyuarat yang "agak panas" kelmarin lembaga pemegang amanah telah mencapai kata sepakat supaya satu klausa baru dimasukkan ke dalam perlembagaan MIED bagi memberi jaminan sayap pendidikan itu kekal sebagai eniti MIC, sekali gus mengatasi kebimbangan ramai bahawa ia akan "dilarikan" oleh pihak tertentu. Ramai bimbang dengan kemungkinan itu kerana tiada peruntukan perundangan yang mengikat MIED dan MIC walaupun ia ditubuhkan oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) itu lebih dua dekad lalu. Sayap itu kini mempunyai aset sekitar RM1 bilion dan dakwaan tersebar Samy Vellu mahu menambah ahli untuk memisahkan MIED dari milikan MIC. Minggu lalu Samy Vellu memberi jaminan MIED tetap merupakan aset MIC. "Pindaan ini telah dibincangkan dan pada dasarnya telah dipersetujui oleh pemegang-pemegang amanah. Peguam-peguam MIED sedang menghalusi perkara ini selain kesan dan implikasi pindaan yang hendak dibawa," kata seorang pemimpin MIC kepada The Malaysian Insider. MIED ditubuhkan awal 1980-an ketika era kepimpinan Samy Vellu sebagai presiden MIC. Justeru, selaku presiden MIC ketika itu, Samy Vellu yang berundur Disember lalu, dilantik sebagai pengerusi pertamanya dan terus kekal sehingga sekarang. Pindaan itu akan dibawa ke mesyuarat agung tergempar (EGM) MIED yang dijangka diadakan dalam masa dua bulan. The Malaysian Insider juga difahamkan pindaan itu juga memerlukan lembaga pemegang amanahnya mendapatkan persetujuan jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC jika mahu menambah ahli baru pada masa-masa akan datang. "Ini langkah menyediakan peruntukan hitam putih, di mana jika MIED mahu menambah ahli baru mereka harus mendapatkan perakuan daripada CWC terlebih dahulu," kata sumber itu lagi. Samy Vellu mahu menambah 10 lagi ahli, tambahan kepada 34 kerusi yang ada sekarang. Menurut sumber itu lagi, pindaan itu adalah hasil perbincangan yang diadakan antara Samy Vellu dan penggantinya, Datuk G. Palanivel dengan Tan Sri Dr KS Nijhar menjadi perantara perbincangan. Difahamkan Palanivel juga ada memberikan persetujuan bertulis kepada Samy Vellu untuk menambah ahli baru, tetapi dengan syarat memasukkan klausa yang memastikan MIED kekal dalam milikan MIC dan langkah menambah ahli-ahli baru pada masa depan pula harus mendapat persetujuan CWC parti. Dalam pada itu, Nijhar ketika dihubungi malam tadi berkata, beliau tidak menentang langkah menambah ahli baru ke dalam MIED. "Saya hanya menentang prosedur semasa di mana lembaga pemegang amanah boleh menambah ahli-ahli baru mengikut budi bicara mereka. "Saya sebenarnya mengesyorkan agar memorandum (perlembagaan) dipinda di mana lembaga pemegang amanah hanya menerima ahli-ahli baru dengan mendapatkan persetujuan CWC MIC terlebih dahulu," kata beliau dengan meneliti syor itu akan memastikan milikan MIC ke atas MIED terus dipertahankan. Dalam satu kenyataan dikeluarkan kelmarin, lembaga pemegang amanah MIED, Samy Vellu menegaskan pihaknya memang ada sokongan penuh MIC untuk menambah 10 ahli baru. Persetujuan itu dilihat merujuk kepada surat dihantar oleh Palanivel hujung minggu lalu sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar permohonan injunksi sementara menghalang agenda menambah keahlian MIED. Kenyataan MIED kelmarin itu dikeluarkan selepas mahkamah membenarkan injunksi sementara sehingga permohonan asal didengar pada Isnin ini. Injunksi sementara itu membolehkan bekas timbalan presiden MIC Datuk S. Subramaniam dan dua yang lain memperoleh perintah mahkamah untuk menyekat Samy Vellu daripada menerima masuk 10 anggota baru. Jumaat lalu, Subramaniam, bekas ketua Pemuda MIC S. Vigneswaran dan timbalan pengerusi MIC Kedah Datuk S. Ganesan memfailkan injunksi itu di Mahkamah Tinggi yang menamakan MIED, Samy Vellu dan beberapa anggota lembaga pemegang sebagai defendan. Ketiga-tiga merupakan ahli MIED. Hakim memberikan injunksi interim kepada ketiga-tiga mereka sehingga 14 Mac ini, di mana mahkamah akan memutuskan sama ada untuk melanjutkan injunksi interim sehingga EGM MIED yang akan diadakan dalam masa dua bulan selepas 1 Mac. Malah, ketiga-tiganya juga telah mengemukakan satu rekuisisi kepada setiausaha syarikat MIED Rabu lepas untuk mengadakan EGM, yang akan diadakan dalam masa dua bulan dari 1 Mac, untuk menyingkirkan Samy Vellu sebagai pemegang amanah dalam MIED. Injunksi itu diperoleh kira-kira sejam sebelum lembaga pemegang amanah mengadakan mesyuaratnya kelmarin. Ini kali pertama keputusan seumpama itu dibantah oleh anggota lembaga amanahnya sendiri. Sebelum ini ada pandangan bahawa MIED dan AIMST merupakan dua sayap pendidikan milik MIC, dan tidak wajar disusun menjadi entiti berasingan sebagai sebuah yayasan. MIED kini menguruskan AIMST atau Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia yang terletak di Semeling, Kedah. Pada tahun 1996/97, MIED menerusi MIC memulakan usaha menubuhkan AIMST. MIED juga menyediakan bantuan kewangan pendidikan. Ketika itu, Samy Vellu menegaskan, tiada apa-apa kaitan antara MIED dan AIMST dengan MIC. | ||
Pengikut Syiah dilarang sebar ajaran kepada pengikut ahli Sunnah al-Jamaah Posted: 09 Mar 2011 01:18 AM PST BERNAMA KUALA LUMPUR — Pengikut ajaran Syiah di negara ini adalah dilarang sama sekali menyebarluaskan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi bebas untuk terus mengamalkannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata mereka dibenarkan berbuat demikian selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan hak beragama kepada rakyat negara ini. "Kita tidak melarang pengikut ajaran ini untuk terus beramal, tetapi terdapat akta-akta yang telah diperuntukkan dalam undang-undang syariah di negeri-negeri yang tidak membenarkan ajaran ini disebarkan kepada penganut ahli Sunnah wal-Jamaah yang sedia ada," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Ismail mahu tahu sama ada Syiah merupakan satu ajaran baru atau mazhab baru dan tindakan yang dikenakan terhadap pengikut Syiah. Jamil Khir berkata walaupun Syiah telah dikategorikan sebagai ajaran menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi tidak semua ajaran fahaman itu yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti yang diamalkan oleh umat Islam di negara ini. "Oleh sebab itu mereka (pengikut Syiah) tidak boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA)," katanya ketika menjawab soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) yang mahu tahu mengapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA. Menjawab soalan asal Ismail, Jamil Khir berkata pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam membanteras fahaman Syiah daripada terus menular. Ini termasuk menyebarluaskan fatwa-fatwa yang telah dibuat tentang larangan penyebaran fahaman tersebut, sesi penerangan kepada masyarakat menerusi ceramah dan media massa, pemantauan dan mengawal bahan-bahan media yang cenderung dalam menyebarkan fahaman Syiah. Selain itu, kerjasama antara agensi-agensi agama turut ditingkatkan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar peruntukan negeri-negeri yang mewartakan kesalahan penyebaran ajaran Syiah. | ||
Interlok: DAP kemuka usul tergempar di Parlimen minggu depan Posted: 09 Mar 2011 01:17 AM PST KUALA LUMPUR– DAP akan memfailkan usul tergempar minggu depan bagi meminta Parlimen membincangkan isu kontroversial novel Interlok sambila menggesa agar kerajaan menarik balik teks itu daripada digunakan sebagai sukatan di sekolah. Ahli Parlimen Klang Charles Santiago memberitahu partinya juga berhasrat untuk bertemu dengan Menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu tersebut. "Kami mahu merayu kepada beliau sekali lagi agar menarik balik novel itu daripada sistem sekolah," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. "Buku ini diperkenalkan untuk mewujudkan harmoni dan perpaduan nasional, tetapi sekarang ia pasti akan menyebabkan perpecahan di kalangan pelajar dan guru, dan juga akan mewujudkan persekitaran permusuhan antara guru-guru Melayu dan pelajar India," katanya lagi. Kata beliau, pemimpin-pemimpin DAP telah mengadakan satu pertemuan semalam dan bersetuju untuk mengemukakan usul tergempar di Parlimen Isnin ini bagi menggesa kerajaan agar menarik balik novel Interlok. "Kami mahu isu ini dibincang dan dibahaskan di kalangan ahli Parlimen," katanya lagi. Charles juga berkata DAP akan mengadakan program jelajah negara, yang akan dimulakan di Sungai Petani, dalam dua minggu ini untuk menjelaskan sebab novel itu akan menjadi penghalang kepada usaha menyemai perpaduan negara. Akhir Januari lalu, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India. Katanya, satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan. "Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik," katanya. Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini. Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah. Sementara pindaan itu disiapkan, beliau berkata Kementerian Pelajaran akan mengarahkan guru-guru untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan menggunakan silibus yang sedia ada untuk tidak menjejaskan pembelajaran murid. Panel bebas mengkaji pindaan novel, Interlok, menjangkakan untuk mengemukakan perakuan kepada kerajaan mengenai bentuk pindaan terhadap novel itu dalam tempoh sebulan dari sekarang. Pada sidang media hari ini, Charles juga membangkitkan insiden di Kuala Kubu Baru di mana seorang didakwa menghina tujuh pelajar apabila mereka mahu memulangkan novel tersebut. Guru berkenaan didakwa berkata "Kenapa orang India garang? India memang suka rosakkan nama sekolah. Keling memang dasar pariah sejak sejarah lagi." "Ini bukan kali pertama insiden macam ini berlaku. Insiden-insiden seperti ini juga terjadi tahun ini, di Taman Tasik Ampang, apabila pengetua wanita menggunakan perkataan 'pariah' ketika perhimpunan pagi," katanya. Kata beliau, apabila ditanya dari mana beliau mendapat perkataan itu, pengetua itu mengatakan bahawa dari novel itu. "Proses pembelajaran kini menjadi lebih bersifat memecahbelahkan, bukannya menyatupadukan," kata beliau lagi. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau terkejut apabila mengetuai pelajar-pelajar terbabit dibawa ke balai polis tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. "Mengapa sekolah membawa pelajar ke balai polis tanpa memaklumkan ibu bapa mereka? Ini untuk menyemai budaya takut," katanya. | ||
Suruhanjaya personal prosedur SPRM biarkan Teoh Beng Hock menunggu lama Posted: 08 Mar 2011 04:16 PM PST BERNAMA KUALA LUMPUR — Suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini mempersoalkan sama ada adil bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membiarkan seseorang saksi menunggu lama tanpa dipanggil semula. Pengerusi suruhanjaya itu Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen bertanya adakah adil Teoh disuruh menunggu dan ditinggalkan begitu sahaja untuk beberapa jam, memandangkan Teoh adalah saksi untuk membantu siasatan. Beliau berkata tindakannya membangkitkan perkara itu bukan bertujuan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi adalah untuk membetulkan sistem yang sedia ada. "Saya hendak tahu mentaliti SPRM. Saya bukan hendak marah kamu, jika system (salah), boleh diperbetulkan prosedur," katanya. Sebelum itu, pada awal prosiding Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus memberitahu suruhanjaya itu tindakan meminta saksi menunggu adalah amalan biasa di SPRM, dan pegawai atasan yang bertugas bertanggungjawap memberi arahan lanjut ke atas saksi. Mohd Ashraf adalah pegawai SPRM yang meminta Teoh menunggu selepas soal siasat pada pukul 12.30 pagi, 16 Julai 2009 dan membiarkan Teoh berada di sofa sehingga pukul 4.45 pagi. Dalam tempoh itu, iaitu dari pukul 1.30 pagi hingga 4.45 pagi, beliau telah menyiapkan kerja tertangguhnya, membaca akhbar dan tidur tanpa mengetahui apa yang berlaku ke atas Teoh. Mohd Ashraf berkata bagaimanapun pada pukul 4.45 pagi itu beliau sempat memberi air minuman setelah diminta Teoh, tetapi Teoh tidak memandang wajahnya. Apabila ditanya oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman apakah perasaan beliau apabila tidak memperdulikan Teoh yang masih menunggu sedangkan beliau sendiri yang mengarahkannya supaya menunggu, Mohd Ashraf berkata: "Tidak fikir." Jawapan Mohd Ashraf itu kemudiannya mendapat reaksi lanjut daripada Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom yang bertanya tidakkah beliau berasa bersalah di atas tindakannya itu, sedangkan beliau sendiri membuat kerja lain serta sempat tidur sekejap. Mohd Ashraf berkata: "Tidak, kerana selepas kita membuat penjelasan pada ketua kita, akan ada arahan pegawai lain untuk sambung siasatan." Menjawab soalan pegawai pengendali suruhanjaya itu Awang Armadajaya Awang Mahmud sama ada terlintas di hatinya bahawa Teoh juga penat sepertimana beliau sendiri hingga boleh tertidur di dalam pejabat, Mohd Ashraf berkata: "Tidak terlintas." Bagi soalan adakah pegawai SPRM itu tidak peduli tentang kebajikan Teoh yang diminta hadir sebagai saksi dan apa yang berlaku kepadanya, Mohd Ashraf berkata pada fikirannya ketika itu Teoh sedang berehat. Abdul Kadir: "Ada beliau (Teoh) tanya (ketika minta air) kenapa suruh dia tunggu tapi tidak dipanggil?" Mohd Ashraf: "Tidak tanya. Dia tidak tanya saya. Bila dia nampak saya dia bangun dan duduk sambil kata "Hoi, saya mahu air." Mohamed Hatta: "Selepas kamu fikir dia sedang berihat dan kamu hendak balik pada ketika itu ada fikir dia masih lagi berada di pejabat atau tidak?" Mohd Ashraf: "Saya telah beritahu Hairul Ilham Hamzah (pegawai atasannya mengenai perkembangan siasatan) jadi saya tidak peduli lagi." Mohamed Hatta: "Jadi kamu tidak peduli lagi Teoh dalam hidup kamu?" Mohd Ashraf: "Ya." Selain itu Mohd Ashraf juga memberitahu bahawa selepas disoal siasat Teoh tidak meminta kebenaran untuk pulang dan sepanjang siasatan Teoh kelihatan biasa sahaja serta bekerjasama. Selain Foong, Abdul Kadir dan Mohamed Hatta, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan dan Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh. Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat ''keputusan terbuka''. Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. Prosiding disambung esok. | ||
Mahathir: Ku Li tak sabar, hilang peluang jadi perdana menteri Posted: 08 Mar 2011 04:14 PM PST TERKINI Tengku Razaleigh mencabar Dr Mahathir pada pemilihan Umno 1987 tetapi tewas tipis. Beliau bergandingan dengan Tun Musa Hitam yang bersaing jawatan timbalan presiden Umno. Bekas perdana menteri itu juga mendakwa puak "Team B" yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, yang lebih mesra dikenali sebagai "Ku Li", membawa kempen kotor untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan itu, yang kemudiannya menyumbang kepada keputusan mahkamah mengharamkan Umno. "Sekiranya Tengku Razaleigh bersabar beliau kemungkinan telah menggantikan tempat Tun Musa sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya menjadi perdana menteri," tulis Dr Mahathir dalam buku berjudul "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad." "Malah saya juga telah mempertimbangkan untuk melantik semula Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet, tetapi selepas beliau memberikan temu bual kepada majalah Far Eastern Economic Review yang sangat kritikal tentang saya dan kerajaan, saya telah mengubah fikiran saya," katanya lagi.Dr Mahathir juga berkata beliau tiada sebarang masalah dengan Musa, yang merupakan timbalannya dari 1981 hingga 1987 tetapi kemudian bergandingan dengan Tengku Razaleigh dalam pemilihan parti. Katanya beliau telah melantik Musa untuk memegang pelbagai jawatan seperti duta khas ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan taraf menteri pada 1990 dan kemudian sebagai Pengerusi Suhakam pada 1999. Perdana Menteri paling lama ini juga mendakwa "Team B" Tengku Razaleigh telah menggunakan politik wang dalam kempen pemilihan ketika itu. "Kami juga mendengar yang Team B membelanjakan kira-kira RM20 juta ketika kempen mereka dengan kebanyakan wang disediakan oleh Tengku Razaleigh sendiri," kata Dr Mahathir. "Pengundian dihentikan di tengah jalan untuk ahli-ahli menunaikan solat Jumaat, tetapi penyokong-penyokong Team B menggunakan waktu itu untuk berkempen. "Malah mereka juga ikut perwakilan yang disasarkan ke hotel-hotel mereka, malah ke tandas, dan saya diberitahu bahawa banyak wang bertukar tangan," kata beliau dengan merujuk kepada pemilihan pada 24 April 1987. "Mereka juga mengedarkan gambar saya dengan seorang perempuan Cina, yang mereka dakwa sebagai isteri Singapura saya. "Sebenarnya dia isteri rakan universiti saya dan gambar itu diambil ketika majlis perkahwinan anak perempuan mereka," katanya lagi. Kata Dr Mahathir, oleh kerana beliau memperoleh pencalonan dua kali ganda berbanding Tengku Razaleigh tidak nampak keperluan untuk berkempen sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika itu ketua Pemuda Umno, menggesanya agar berkempen dengan serius. "Beliau tahu bahawa nasibnya terikat dengan (kedudukan) saya dan jika saya kalah, beliau juga akan dikuburkan," tulis Dr Mahathir. | ||
Anwar label Mahathir pembohong besar, pecat kerana takut dicabar Posted: 08 Mar 2011 04:08 PM PST KUALA LUMPUR— Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pelbagai dakwaan dibuat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam buku autobiografinya yang dipasarkan bermula hari ini. "Dr Mahathir pembohong besar, (dengan) amnesia yang selektif," kata Anwar kepada The Malaysian Insider menerusi e-mel hari ini menjawab perkara-perkara disentuh bekas ketuanya itu dalam buku tersebut. Kata Anwar (gambar), dakwaan-dakwaan yang digariskan Dr Mahathir dalam bukunya bukan sesuatu yang baru dan secara konsisten telah menjawab perkara tersebut sejak sebelum dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri. "Saya telah menafikan dakwaan ini secara terbuka sejak 1997. "Rujukan beliau kepada empat wanita, saya nafikan," kata Ketua Umum PKR ini. Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen juga berkata beliau tidak mengulas dakwaan berhubung aktiviti homoseksual kerana dari segi "konteks" yang sebenar telah pun menafikan dakwaan berkaitan hubungan seks melibatkan empat wanita. "Dalam konteks itu, saya tidak menyebut mengenai (dakwaan) liwat," kata Anwar lagi. Dalam bukunya ini, Dr Mahathir menulis bahawa beliau memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri atas dua sebab iaitu tidak layak untuk berkhidmat dalam kerajaan dan juga untuk menggantikannya sebagai perdana menteri. Bagaimanapun Anwar menegaskan bahawa pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri ekoran keputusan dibuat oleh beliau selaku pemimpin nombor dua ketika itu. "Keputusan berhubung pemecatan saya: keputusan saya agar Price Waterhouse Coopers menyiasat penyelewengan kewangan melibatkan Tan Sri Eric Chia dan Perwaja," kata Anwar. Malah Anwar juga berkata Dr Mahathir menganggapnya sebagai ancaman dan bimbang akan mencabarnya kerana tahu tentang rasuah di kalangan keluarga Dr Mahathir. "Kebimbangan akan dicabar: saham-saham dan kontrak-kontrak kepada Mokhzani (Mahathir) dan Mukhriz (Mahathir) serta 'bailout' bagi Mirzan (Mahathir)," tambah Anwar. Dr Mahathir mendakwa Anwar telah dibekalkan empat wanita untuk mengadakan hubungan seks sebelum beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998. Bekas timbalan presiden itu berkata beliau ada menemu bual wanita-wanita yang memberitahunya bahawa mereka telah dibawa untuk mengadakan hubungan seks dengan timbalannya ketika itu, yang kemudian didakwa dan dihukum penjara berhubung tuduhan kes liwat dan salah guna kuasa. Dr Mahathir menulis bahawa merema dipujuk agar berbuat demikian oleh seorang lelaki India bersama Nalla, dipercayai Datuk K. S. Nallakarupan, ketika itu rakan Anwar. Nallakarupan telah memutuskan hubungan dengan Anwar selepas pemilihan PKR tahun 2007. "Dia telah membawa setiap perempuan secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di sana mereka bertemu dengan seorang yang (mereka) kenalinya sebagai timbalan perdana menteri. "Mereka telah diminta menanggalkan pakaian untuk tujuan mengadakan hubungan seks," tulis Dr Mahathir. "Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan," kata bekas perdana menteri itu. Dr Mahathir berkata beliau memanggil pemimpin-pemimpin Umno termasuk ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar ke kediaman rasminya Sri Perdana di sini untuk memberi taklimat mengenai perkara itu dan menunjukkan mereka gambar para saksi. "Dia mengisytiharkan dia tidak melakukan sesuatu yang luar biasa dan menegaskan bahawa setiap orang termasuk kesemua ahli Majlis Tertinggi memang ada berbuat demikian," tulis Dr Mahathir mengenai pendirian Anwar membela dirinya di hadapan kepimpinan tertinggi Umno. "Ketika penjelasan panjang lebar, Anwar tidak pernah dirujuk kepada soal hubungan homoseks, hanya fokus hubungan dengan wanita," katanya. Anwar kini berhadapan dengan tuduhan kes liwat kali kedua. | ||
Umno-BN kaki fitnah: Tuanku Mizan bertitah jauhi perbuatan fitnah Posted: 08 Mar 2011 04:02 PM PST WARKAH DAILY Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai budaya fitnah sebagai sangat relevan dengan situasi politik negara ketika ini. Mahfuz yang merupakan ahli Parlimen Pokok Sena berkata, budaya fitnah memfinah yang berlaku dalam politik hari ini menyebabkan Malaysia lari daripada landasan demokrasi yang sebenar. Beliau berkata demikian sebagai mengulas titah Tuanku Mizan sempena mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-12, kelmarin. "Peringatan Tuanku Mizan sangat relevan khususnya budaya fitnah yang sedang menguasai persekitaran politik negara ketika ini. "Peringatan ini sangat relevan kerana fitnah akan menyebabkan negara kita terbabas dari landasan yang betul. Kita sudah pun terbabas daripada landasan demokrasi yang sebenar kerana landasan demokrasi yang sebenar ialah kekuatan politik itu mesti berasaskan kepada intelektual, bukan berdasarkan budaya ganas dan fitnah," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen. Menurutnya, pemimpin-pemimpin semua parti harus memberi perhatian terhadap seruan Tuanku Mizan agar semua pihak menjauhi fitnah untuk mencapai taraf negara maju. Beliau turut merujuk kepada fitnah terbaru yang dilakukan Umno BN terhadap Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada pilihan raya kecil Dun Kerdau. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang difitnah membeli tanah peneroka Felda menggunakan nama isterinya. "Peringatan mengenai ftnah ini sangat wajar untuk diberi perhatian kerana yang terbaru berlaku di Merlimau dan Kerdau apabila pemimpin-pemimpin seperti Datuk Tuan Ibrahim difitnah dan sebagainya. "Ini satu perkara yang tidak sewajarnya berlaku dalam negara ini. Dalam usaha kita nak mencapai negara maju kita tak boleh maju berasaskan fitnah dan rasuah," katanya. Tuanku Mizan semasa bertitah merasmikan persidang Dewan Rakyat menyeru semua pihak agar menjauhi perbuatan fitnah yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian negara. "Beta menyeru semua pihak agar sentiasa mengekalkan keharmonian serta maruah negara. "Jadilah warga yang bijak, bertanggungawab dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. "Sayugia diingatkan bahawa perbuatan fitnah memfitnah boleh menjejaskan perpaduan rakyat adalah perbuatan yang amat tercela dan dilarang oleh semua agama. "Ambillah iktibar daripada keruntuhan beberapa empayar terdahulu akibat perpecahan angkara fitnah," titah Tuanku Mizan. -HRKH | ||
Berita Ini Menyebabkan Umno-Bn Susah Hati Posted: 08 Mar 2011 03:58 PM PST Oleh Angkasanuri Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah hari ini menolak tiga bahan bukti iaitu botol air mineral, berus gigi dan tuala Good Morning yang menjadi rujukan DNA dalam perbicaraan Liwat 2 melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim. Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini," katanya.Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima. Keputusan ini tak bermakna keyakinan saya pada sistem kehakiman Malaysia sudah berubah. Perbicaraan masih berlangsung macam-macam boleh berlaku.Cuma saya bimbang selepas ini DNA siapa bakal menjadi mangsa? Pastikan anda tidak meninggalkan kesan DNA anda di tempat umum dan terbuka. Semasa di Kerdau dahulu, banner lelaki Y bakal datang ke kawasan itu tersebar luar dipercayai didalangi oleh Umno. Begitu juga semasa di Merlimau, gambar lucah isu berkenaan menjadi bahan kempen Umno. sekarang apa lagi modal Umno? Tak habis-habis nak sebar cerita dan gambar lucah? Keputusan Hakim itu juga menyebabkan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi. Kita tunggu apa lagi drama yang seterusnya... http://angkasanuri.blogspot.com/ | ||
Parlimen tanpa kelibat Anwar angkara APCO lebih berkuasa! Posted: 08 Mar 2011 03:55 PM PST Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB Sejak tahun 1999-hingga 2008, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menjengah masuk ke Dewan Rakyat untuk bersidang, setelah dipecat dan diaibkan oleh kerajaan Tun Dr Mahathir Mohammad ketika itu. Meskipun dibebaskan oleh kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2004, namun eddah politik yang dikenakan ke atas Anwar tidak memberi kesempatan kepadanya untuk bergerak di Parlimen seperti semasa duduk dalam Umno dan menjadi Timbalan Presiden Umno. Namun, pada tahun 2008, selepas tsunami besar berlaku dalam politik negara ketika itu, Anwar kembali ke persadanya, malah pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang diadakan setelah isterinya, Dato' Seri Dr wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi tersebut membuka lembaran baru dalam sejarah politik negara. Bermulalah semula kerjaya politik Anwar yang ditulang belakangkan dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang selaku pemain utama gabungan tersebut. Beberapa pilihan raya kecil memberikan gambaran, Pakatan Rakyat mampu untuk menawan Putrajaya, dan tanggal 16 September 2009 hampir menjadi sebuah tarikh keramat kepada Pakatan Rakyat membentu kerajaan, namun digagalkan oleh usaha BN menyekat beberapa ahli Parlimennya untuk berhijrah. Sejak itu pula, dunia politik Anwar dihujani dengan dugaan yang sangat besar, malah beberapa orang kanannya mula menyeberang masuk semula menyertai parti lama, Umno-BN. Antaranya, Ezam Mohd Noor (bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK); beberapa ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Perak, termasuk Jamaluddin Radzi dan Osman Jailu yang menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang. Malah kemasukan sementara Adun Bota, Dato' Nasharudin Hashim ke dalam KeADILan tidak membawa kesan, dengan Nasharudin kembali semula kepada Umno beberap hari selepas menyertai perjuangan Anwar. Sejak itu bermulakan era suram politik Anwar, meskipun usaha Pakatan Rakyat memenangi hati rakyat masih berjaya dengan beberapa pilihan raya kecil selepas itu banyak dimenangi gabungan itu. Namun pada September 2010, percubaan Anwar mendedahkan kerjasama jahat antara kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak dengan sebuah firma perunding berkaitan Israel, Apco Worldwide akhirnya menyebabkan beliau terpelanting dari Dewan Rakyat. Beliau dan tiga lagi ahli Parlimen, iaitu ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, semuanya digantung tanpa sebarang perbahasan. Ianya menyebabkan, sidang Dewan Rakyat di Parlimen sessi ke empat yang bermula 7 Mac lalu tanpa kelibat Ketua Pembangkang itu yang digantung enam bulan tanpa dibenar membela diri. Ketua Umum KEADILAN itu digantung selepas membuat pendedahan berkaitan peranan Apco Worldwide dan kaitannya serta persamaan slogan Satu Malaysia dan One Israel. Sidang Dewan Rakyat Penggal Ke-4 dirasmikan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Baru-baru ini, Anwar pada satu ceramah pilihan raya kecil di Merlimau, mendedahkan dokumen perjanjian antara Apco dan kerajaan Israel pada 1991. One Israel diperkenal pada 1999 ketika Israel diterajui Ehud Barrack manakala Satu Malaysia diperkenal pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada 2009. Antara persamaan ketara kedua-dua slogan itu ialah One Israel membawa tema People First manakala Satu Malaysia (Rakyat Didahulukan), selain mengadakan klinik percuma kepada rakyat Israel manakakala Malaysia memperkenal klinik Satu Malaysia. Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM77 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu. Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem. Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel. | ||
Wah, Dia Dah Berkahwin Dengan 29 Wanita! Posted: 08 Mar 2011 03:50 PM PST KELAB GREENBOC Besut - Umurnya kini sudah menjangkau 90 tahun, dan sekali imbas, tiada apa-apa istimewa mengenai warga emas ini. Namun, bila dia membuka cerita pernah berkahwin dengan 29 wanita, nyata dia bukan calang-calang orang. Abdullah Awang Besar, 90, atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Loh memberitahu, dia berkahwin pertama kali ketika berusia 14 tahun, selepas sebulah berkhatan. Sejak itu, berkali-kali lagi Ayah Loh bertemu jodoh, menggenggam tangan kadi dan naik pelamin, hinggalah mencecah angka 29. Dia mula 'rancak' berkahwin ketika umur 40 hingga 50 tahun, dan ketika itu kebanyakan isterinya adalah anak dara sunti berusia 20-an. Hasil perkahwinannya sebanyak 29 kali, Ayah Loh dikurniakan tujuh anak, dua daripadanya sudah meninggal dunia. "Kalau ikutkan hati memang mahu kahwin lagi. Tetapi tidak terdaya kerana sudah tua sangat," luah warga emas, Abdullah Awang Besar, 90, yang pernah berkahwin dengan 29 wanita. Penghuni Pondok Agama (Pondok Paku) itu memberitahu, dia melangsungkan pernikahan dengan isteri pertama ketika berusia 14 tahun, selepas sebulan berkhatan. Dia yang lebih mesra dengan panggilan Ayah Loh atau Pak Ngah Dollah mula memasuki pondok itu kira-kira lima tahun lalu, tidak lama selepas berpisah dengan isteri terakhirnya, dari Seberang Jertih. "Dahulu mas kahwin murah biasanya sekitar RM52 sahaja untuk kahwin dengan anak dara. Biasanya bila bercerai baru saya berkahwin lain. "Tetapi pernah juga saya ada tiga isteri sekali gus, memandangkan isteri tua tidak mahu berpisah. Namun, akhirnya semua bercerai," katanya yang masih sihat tanpa menghidap sebarang penyakit, malah penglihatannya juga jelas dan tidak menghadapi masalah pendengaran. Menurutnya, walaupun berkahwin ramai, tetapi dia hanya memperoleh tujuh cahaya mata. Dua daripadanya, hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama, sudah meninggal dunia hasil. Isterinya pertamanya, Habsah Abdullah juga telah meninggal dunia. Abdullah berkata, kebanyakannya dia berkahwin untuk tempoh sebulan hingga setahun, bergantung terhadap perangai isterinya, malah dia pernah berkahwin tiga kali dalam setahun. "Sekarang empat anak saya menetap di Kuantan, Pahang dan yang sulung tinggal di Kampung Telaga Nibong, Besut," katanya yang pernah bekerja sebagai pekerja biji timah dengan sebuah syarikat Inggeris di Sungai Lembing, Kuantan, Pahang pada 1 Januari 1951. Menurutnya, dia rancak berkahwin silih berganti ketika usianya mencecah 40 hingga 50 tahun, dan sebahagian besar isterinya adalah anak dara berusia bawah 20 tahun. "Dahulu Ayah Loh nakal sikit. Hendak buat macam mana, kadang kala orang gilakan Ayah Loh. Malah kalau ada yang berkenan, Ayah Loh akan pergi minta dengan keluarga perempuan itu dan pasti tidak ditolak," ceritanya cuba menyembunyikan ilmu yang penuh di dadanya. Malah katanya, ada dalam kalangan wanita yang pernah dikahwininya sanggup menawarkan diri tidur bersama madu dalam satu kelambu, tetapi ditolaknya kerana bertentangan dengan agama. -SH | ||
Bangunan Di Menara Jam Besar Mekah Terbakar Posted: 08 Mar 2011 03:44 PM PST KELAB GREENBOC Satu kebakaran besar berlaku di salah satu menara gedung King Abdul Aziz Endowment - rumah menara jam tertinggi di Makkah pada Selasa lepas. Kebakaran itu membuatkan jamaah umrah di Masjidilharam yang sedang melakukan tawaf dan sa'i menjadi panik. Kebakaran tersebut telah mengakibatkan bekalan elektrik terputus di sekitar Masjidil Haram selama lebih dari satu jam, satu sumber mengatakan kepada Arab News. Tidak ada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam insiden itu. Petugas pemadam kebakaran bergegas ke lokasi dan orang ramai telah dikeluarkan dari bangunan dengan bantuan anggota masyarakat. Pertahanan Awam juga memotong sambungan elektrik ke menara sebagai sebahagian dari usaha untuk mencegah api dari merebak. Beberapa saksi menyatakan mereka melihat asap tebal mengepul keluar dari bangunan. Menurut laporan awal, api bermula di ruang generator. Namun elektrik kembali menyala setelah api berjaya dipadamkan. Leftenan Kolonel Ali Al-Muntashri, jurucakap Pertahanan Awam, menyatakan pihaknya menghantar pasukan penyelamat 15 dan 10 pasukan bantuan pertama ke lokasi kebakaran. Namun tak ditemukan mangsa luka atau cedera serius yang lain. Penyelidikan telah dilakukan untuk mengenalpasti punca kebakaran berlaku, katanya. Perusahaan Elktrik Saudi juga menghantar lima pasukan untuk mengatasi masalah itu. | ||
Ibu Bapa Pelajar Yang Lakukan Kesalahan Trafik Akan Dikenakan Tindakan Posted: 08 Mar 2011 03:43 PM PST BERNAMA KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang anak mereka melakukan kesalahan trafik ketika ke sekolah bakal menghadapi tindakan undang-undang, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah. Beliau berkata antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk tidak memiliki lesen, tidak memakai topi keledar dan cukai jalan tamat tempoh. "Ini merupakan antara usaha bagi menurunkan kadar jenayah melibatkan pelajar sekolah selain membentuk jati diri mereka agar lebih berdisiplin," katanya kepada pemberita selepas sesi perbincangan dengan Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur Mohd Adenan Deraman di sini. Beliau berkata, tindakan akan dikenakan mengikut kesalahan yang dilakukan dan perkara ini akan dilaksanakan dalam satu tempoh yang akan ditetapkan pada bulan ini. Katanya, tindakan ini merupakan kerjasama pelbagai pihak dalam membentuk sahsiah pelajar yang bebas daripada kesalahan trafik, jenayah jalanan dan samseng sekolah. Zulkifli berkata, bagi membantu memantapkan jati diri dan disiplin pelajar, sebanyak 10 daripada 199 sekolah di bandar raya akan dijadikan sekolah angkat polis. Menurutnya, sekolah ini merupakan sekolah cemerlang dan juga yang bermasalah di mana pihaknya akan meletakkan pegawai polis atau pegawai perhubungan yang dilantik kedua-dua pihak bagi menjelaskan perihal undang-undang. Beliau berkata, terdapat lebih 250,000 pelajar di Kuala Lumpur dan daripada jumlah itu seramai 134 pelajar ditahan tahun lepas melibatkan 80 kes berbanding 171 pelajar ditahan pada 2009 membabitkan 95 kes. Sementara itu, Mohd Adenan Deraman berkata pihaknya berharap usaha ini akan diteruskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa dan mencari idea lain untuk membentuk disiplin pelajar. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan