Selasa, 8 Mac 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Posted: 08 Mar 2011 03:06 PM PST



European Cups - Champions League
00:06March 8

FTBarcelona3 - 1Arsenal

FTShakhtar Donetsk3 - 0AS Roma

PrK Merlimau & Kerdau: Poin kritikal persiapan PAS menghadapi PRU13.

Posted: 08 Mar 2011 02:00 PM PST

Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau tidak mengejutkan kerana ia berlaku di kubu Umno. Mungkin bagi setengah pihak, agak terkejut bila dilihat kepada lonjakan undi BN yang amat ketara. Apa pun, PAS tetap utuh dengan sokongan undi teras.

Keputusan PrK

a)PrK Merlimau

Berlaku di Merlimau, tatkala pada PRU 1999 undi PAS sebanyak 2,012 sudah dikira cukup baik dalam konteks bertempur di kubu teras Umno. Pada PRU 2004 pula, PAS tidak bertanding, sebaliknya KeADILan yang bertanding dan meraih 1,245 undi. Pada PRU 2008 PAS kembali bertanding dan meraih 2,827 undi. Prestasinya sudah cukup baik dengan hanya berbekalkan lima cawangan PAS. Maknanya, berlaku kenaikan sebanyak 1,582 undi di Merlimau.

Namun pada PRK lepas, PAS di Merlimau sudah meraih sebanyak 2,319. Bandingan dengan PRU 2008 berlaku penurunan hanya 508 undi. Tetapi ia tetap lebih baik jika dibanding dengan PRU 1999. Maka teras PAS di Merlimau adalah sekitar angka 2,000 dan tidaklah seteruk PRU 2004 ketika KeADILan bertanding.

b)PrK Kerdau

Pada pilihan raya umum (PRU) 2004, undi PAS di Kerdau 1,871 dan PRU 2008 meningkat kepada 2,250. Berlaku kenaikan sebanyak 649 undi. Namun pada PRK lepas, PAS meraih sebanyak 2,336. Berlaku kenaikan sebanyak 86. Mudah dikata, undi PAS masih utuh pada pengaruh status-quo. Sokongan kepada PAS masih segar dan pihak BN tidak mampu menggugat teras PAS di Kerdau.

Kempen melampau BN

Kebalikan daripada wujudnya kelemahan(?)yang membawa kecundangnya PAS di kedua-dua PRK, ia ada hubung kait dengan kempen melampau dan terlarang BN yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan BN. Hakikatnya jentera PAS telah berlawan dengan jentera kerajaan BN. Walaupun fakta ini dianggap sebagai 'alasan' menutup kelemahan(?), namun setakat keupayaan PAS berdepan dengan 'program kempen BN' menerusi jentera kerajaan itu, PAS tidak berdiam diri.

Beberapa report polis, SPRM dan SPR telah dibuat, di samping pendedahan media turut dibuat bagi membuktikan kempen terlampau dan terlarang BN. Kesannya, demokrasi ala-BN terus dihalalkan oleh badan penguatkuasa tersebut.

Report

Paling ketara pihak PAS telah membuat tiga jenis report yang siginifiken dalam kes PRK kali ini. Satunya (di Kerdau) melibatkan report polis mengenai sogokan janji Pengurus Felda Jengka kepada pengundi Kerdau berjumlah RM3.368 juta atas nama bayaran SES (dari RISDA) dan RM1.547 juta atas nama bayaran SITS (dari MPOB/kelapa sawit).

Keduanya (di Merlimau) melibatkan report SPRM mengenai integrity ketua menteri Melaka atas anggapan pecah amanah dan unsur rasuah di dalam projek pembinaan kompleks Majlis Agama Islam Melaka yang melibatkan pihak tertentu dengan kontraktor yang gagal menyiapkan projek ikut jadual serta penjualan lot tanah kepada kontraktor dan pihak tertentu.

Akhirnya, (di Merlimau dan Kerdau) melibatkan report SPR mengenai penggunaan premis awam (dewan orang ramai – Kerdau & politeknik – Merlimau) sebagai pusat operasi jentera BN yang dilihat secara terang-terangan premis untuk kepentimgan awam disalah guna untuk kepentingan jentera BN.

Kesemua report berkenaan tidak dipedulikan, dan kesannya pengundi menganggapkan perkara itu sebagai sah dan BN sebagai tidak bersalah. Justeru, pihak PAS boleh menggunakan report ini sebagai bahan kes kemungkinan tindakan petisyen membantah kempen melampau dan terlarang BN di Merlimau dan Kerdau. Ini sebagai move mencetuskan gelombang bersih menjelang PRU13.

Pengajaran menjelang PRU

PAS sebagai parti politik-dakwah tidak seharusnya serik mengorak langkah perjuangan yang kini bersama Pakatan Rakyat. Apa pun PAS memerlukan persiapan rapi menghadapi mencabar dalam meraih keyakinan rakyat. Masanya masih ada membina saf kemenangan menjelang PRU 13 nanti dengan memberi perhatian kepada tanggungjawab mendaftar pengundi baru, mengurus pengundi luar, mengurus selera pengundi muda, memperjelas isu-isu kejayaan pentadbiran Negeri Pakatan Rakyat, menguruskan dan membekalkan maklumat strategic menjawab fitnah dan provokasi serta pre-amptive pihak Umno-BN, dan pemerkasaan jentera parti dan cawangan sehingga menjelang PRU13.

http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2011/03/prk-merlimau-kerdau-poin-kritikal.html

Pertambahan pengundi pos: SPR perlu beri penjelasan

Posted: 08 Mar 2011 08:00 AM PST

AHLI Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan sama ada wujud campur tangan pihak tertentu sehingga berlakunya pertambahan mendadak pengundi pos terutamanya di kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Saifuddin berkata, jawapan Pengarah Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Omar bahawa kesedaran politik yang tinggi di kalangan isteri tentera untuk mendaftar sebagai pengundi pos adalah tidak masuk akal.

Beliau merujuk kepada isu yang dibangkitkan sebelum ini oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai, Chan Ming Kai mengenai pertambahan hampir 6,000 pengundi pos di DUN Pangkor dalam Parlimen Lumut.

"Solah-olah ada satu pihak yang melakukan perbuatan ini secara tersusun dan terancang. SPR perlu jawab perkara ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau turut memberikan contoh sinonim di Parlimen Ketereh, Kelantan apabila wujud 449 nama baru yang muncul sebagai pengundi pos di Kem 16 Rejimen Askar Melayu Diraja.

Justeru, dalam satu pendengaran awam yang diadakan di bilik mesyuarat Majlis Daerah Keterah pada 18 Januari lalu, bantahan yang dibuat oleh PAS kawasan Ketereh itu diterima.

"Anehnya, semua pengundi pos itu adalah wanita. Bahkan, mereka tidak tahu bahawa namanya telah ditukar daripada pengundi awam menjadi pengundi pos. Bahkan selepas bantahan dibuat, kesemua mereka ini tidak membuat sebarang rayuan.

"Kita kemudiannya berjaya membuktikan bahawa kesemua mereka itu tidak mengisi borang A, iaitu borang perpindahan yang wajib diisi untuk menukar status atau menukar kawasan.

"Kalau mereka tidak mengisi borang perpindahan, bagaimana nama mereka boleh ada dalam senarai pengundi pos? Apakah mekanisme penerimaan yang dibuat oleh SPR?" soal Saifuddin.

Akibat bantahan tersebut, PAS Ketereh terpaksa membuat semakan manual dan membayar RM 10 bagi setiap nama dengan nilai keseluruhan berjumlah RM4490.

Justeru, Saifuddin menuntut SPR untuk memberikan penjelasan dan menjejaki mereka yang menjadi dalang kepada tindakan tersebut.

"Bayangkan bantahan tidak dibuat. Akibat kelemahan SPR, proses yang bersih dalam sistem pilihan raya di negara ini tidak berlaku," katanya.

Zuraida kesal hak wanita Malaysia tidak diiktiraf

Posted: 08 Mar 2011 07:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin melahirkan kekesalan kerana wanita-wanita di negara maju seluruh dunia mampu menikmati hak-hak mereka tetapi perkara itu berlaku sebaliknya di negara ini.

Menurutnya, kesaksamaan hak wanita di Malaysia hanya boleh dikatakan sekadar mendapat pengiktirafan secara formal melalui penambahan perkataan 'jantina' dalam Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan sahaja kerana pada hakikatnya, tafsiran peruntukan itu masih terhad.

"Adalah masih sukar bagi wanita untuk mendapatkan perlindungan yang penuh dan sewajarnya di bawah undang-undang utama Persekutuan, apatah lagi di bawah undang-undang lain.

"Selain itu, masih terdapat beberapa aspek undang-undang di Malaysia di mana wanita masih mengalami diskriminasi, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, ataupun di mana hak dan kepentingan wanita gagal dilindungi sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan 100 tahun Hari Wanita Sedunia kepada Keadilan Daily.com hari ini.

Sehubungan itu, Zuraida mewakili suara wanita Malaysia menuntut agar kerajaan segera menguatkuasakan sepenuhnya peruntukan-peruntukan berkaitan gender yang telah diluluskan dan memasukkan dalam undang-undang (legislation) Malaysia berhubung takrif diskriminasi secara langsung dan tidak langsung.

"Kerajaan Malaysia hendaklah mewujudkan dan menguatkuasakan undang-undang kesaksamaan gender secara bersepadu dan menyeluruh dengan melibatkan setiap peringkat bermula daripada bawah sehingga ke kebangsaan, bagi mencerminkan kesaksamaan substantif antara lelaki dan wanita di arena umum dan persendirian," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata pelaksanaan segera tuntutan itu perlu bagi menjamin hak wanita sentiasa terpelihara dan merapatkan jurang gender, terutama dalam politik dan sektor pembuat keputusan yang mengambil contoh berlakunya gangguan seksual terhadap wanita.

"Dengan adanya pelaksanaan tegas begini, wanita tidak akan lagi terdedah dan tertekan kepada jenayah gender, stereotyping gender dan eksploitasi seksual.

"Contoh undang-undang sedemikian termasuk Kanun Keseksaan, Akta Keganasan Rumahtangga dan ketiadaan undang-undang sedia ada untuk menangani masalah gangguan seksual dan contoh terbaik sebagai bukti apa yang terjadi kepada gadis muda Penan dieksploitasi sebagai bahan dagangan dan pemuas nafsu pihak berkuasa dan berpengaruh amat menyedihkan.

"Ibu bapa Penan terpaksa berdiam diri, takut dek tekanan pentadbiran kuku besi pemerintah. Inikah erti sebuah suasana masyarakat yang kerajaan Umno Barisan Nasional anjurkan?" soal Zuraida.

Miskin tegar di Malaysia: 44,000 jadi 100?

Posted: 08 Mar 2011 07:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan
sama ada wujud manipulasi di dalam teks yang dibacakan oleh Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada titah
ucapan baginda sempena pembukaan mesyuarat di Dewan Rakyat, semalam.

Ia berkaitan data yang mencatatkan jumlah keluarga miskin tegar di
Malaysia yang berkurangan dari 44,000 kepada 100 keluarga sepanjang
tahun 2010.

Beliau menjelaskan demikian ketika mencelah pada sesi perbahasan
menjunjung kasih Ketua Pembangkang yang ketika itu dibacakan oleh Ahli
Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail petang tadi.

"Saya bimbang sekiranya wujud manipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang
ingin memberikan persepsi yang baik kepada Tuanku mengenai data dan
statistik keluarga miskin tegar di Malaysia, sedangkan perkara sebenar
adalah sebaliknya," jelas Azan.

Pada perenggan ke 27 ucapan Seri Paduka Baginda mencatatkan bahawa,
"Beta bangga jumlah miskin tegar telah berjaya dikurangkan pada tahun
2010. Daripada jumlah itu lebih empat puluh empat ribu ketua isi rumah
tegar yang dikenal pasti pada awal tahun, ia berjaya dikurangkan kepada
sekitar satu ratus pada hujung tahun."

Dalam pada itu Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohammad
menambah, merujuk kepada data yang diperolehi dari kawasannya sahaja,
sejumlah 414 pelajar yang terdiri dari keluarga yang masih berpendapatan
di bawah paras kemiskinan walaupun hanya seorang sahaja di antara mereka
yang menerima bantuan.

"Justeru, tidak masuk akal sekiranya pihak berkenaan memberikan maklumat
bahawa jumlah keluarga miskin tegar di negara ini telah berkurangan,"
jelas Siti Zailah.

Kapal perang tentera laut Amerika berlabuh di Pelabuhan Klang selama 3 hari

Posted: 08 Mar 2011 07:00 AM PST

PELABUHAN KLANG, 8 Mac – Kapal perang Tentera Laut Amerika, USS Blue Ridge berlabuh di sini selama tiga hari bermula Isnin bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala antara pasukan tentera laut kedua-dua buah negara.

Malah lawatan itu juga adalah untuk menggalakkan masyarakat mendekati tentera laut.

Komander Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Laksamana Madya (Vice Admiral) Scott R. Van Buskirk berkata, kehadiran mereka juga jelas menggambarkan kerjasama erat antara dua buah buah negara ini sejak tahun 2009.

Menurut Scott, dalam persinggahan di negara ini, pancaragam Armada Ketujuh Tentera Laut AS akan membuat persembahan konsert di pusat membeli belah One Utama pada jam 5.30 petang dan 7.30 malam Selasa.

Sementara itu, Paul Jones berkata, pertemuan antara dua pasukan tentera itu dapat merapatkan lagi hubungan erat sesama sendiri selain berkongsi kemahiran taktikal.

Dalam pada itu, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia atau TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, sebanyak 47 kapal perang telah berlabuh di negara ini pada tahun lalu.

Katanya, kehadiran USS Blue Ridge dapat membantu TLDM mempromosikan pelancongan tentera di negara ini.

USS Blue Ridge singgah di Pelabuhan Klang dari 7 hingga 9 Mac ini dalam rangka lawatannya ke beberapa buah destinasi di rantau ini.

Destinasi seterusnya ialah Singapura.

Selain Malaysia, kapal tersebut telah melawat Hong Kong dan Manila.

USS Blue Ridge ialah kapal laksamana atau flagship iaitu perintah kepada Armada Ketujuh Tentera Laut AS.

USS Blue Ridge berperanan sebagai pusat perintah dan kawalan amfibia.

Ia menyediakan bantuan dan arahan untuk mengatur pergerakan kapal-kapal tentera laut dan anggota-anggota tentera marin semasa sesuatu operasi.

Armada Ketujuh merupakan armada yang terbesar dalam Tentera Laut AS. Armada ialah angkatan laut yang terdiri daripada kapal-kapal perang.

USS Blue Ridge berpangkalan di White Beach Naval Facility, Okinawa, Jepun dan turut mempunyai detasmen operasi di Sasebo, Jepun.

Ucapan menjunjung titah YDP Agong oleh Ketua Pembangkang sarat mesej dan peringatan

Posted: 08 Mar 2011 06:45 AM PST

Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang yang disampaikan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution hari ini menyentuh pelbagai perkara, termasuk isu ekonomi, media dan kebajikan kepada rakyat.

Kehadiran ramai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional menunjukkan perhatian secara khusus diberikan kepada ucapan tersebut, meskipun tanpa kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Intipati yang dirumus dalam titah Yang Dipertuan Agong berkisar kepada perkara antaranya kepentingan memelihara agama, menjaga jiwa, menjaga akal, memelihara keturunan dan memelihara harta," kata Saifuddin dalam mukadimahnya.

Beliau menjelaskan bahawa agenda yang digagaskan oleh Pakatan Rakyat berhubung pengurusan ekonomi dan pentadbiran negara adalah berasaskan keadilan, kesaksamaan dan kebebasan dari ketakutan.

"Keadilan hanya dapat dicapai ketika rakyat ditadbir oleh pemerintahan yang berintegriti. Memang integriti itu tinggi, tetapi kekuasaan lebih kuat. Oleh itu, dimana-mana integriti sering dikalahkan oleh kekuasaan.

"Keyakinan kami adalah gerakan rakyat yang menggerakkan kuasa keramat yang mampu menundukkan keangkuhan dan kesombongan. Rakyat yang akan memimpin, pemimpin pula akan menuruti," katanya.

Ketika ucapan mulai menyentuh isu kebangkitan rakyat Arab di Timur Tengah, beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat turut bangun meminta laluan untuk 'menambah pedas' dalam ucapan perbahasan tersebut.

Antaranya ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

Mahfuz 'membidas' pandangan Saifuddin dengan menegaskan bahawa Malaysia dan Mesir 'jauh berbeza'.

"Salah tuduhan Yang Berhormat itu. Malaysia dengan Mesir memang tak sama, tapi 'serupa'," seloroh Mahfuz.

Saifuddin turut memberikan laluan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional, antaranya Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid.

Azmi berkata kerajaan Malaysia telah melaksanakan dasar kebebasan media, dengan mengemukakan bukti kewujudan akhbar-akhbar seperti Harakah dan Suara Keadilan.

Sementara itu, Khalid Samad (Shah Alam) mencelah dan bercadang agar tawaran dalam Buku Jingga yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat dikemukakan secara terbuka melalui forum atau debat yang disiarkan secara langsung.

"Dengan cara itu barulah rakyat dapat membuat penilaian berdasarkan kepada hujah kedua-dua pihak. Inilah penyakit yang dialami oleh negara kita, kerana hanya mendengar dari satu pihak sahaja," kata Khalid tanpa disanggah oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional,.

Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong Ketua Pembangkang yang disampaikan oleh Saifuddin berakhir dengan peringatan agar mana-mana pemerintah tidak lupa tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

"Kerajaan yang sudah hilang pedoman dan lupa realiti sebenar kesengsaraan rakyatnya selalunya akan bertemu dengan kebangkitan suara rakyat.

"Saya doakan supaya mana-mana kerajaan yang berkuasa baik di peringkat persekutuan atau negeri akan terus mendengar suara raya rakyat sebagai pedoman," katanya.

MP muslimat PAS tekad bela wanita

Posted: 08 Mar 2011 06:30 AM PST

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Ahli Parlimen muslimat PAS bertekad mahu membela nasib kaum wanita yang tertindas kerana mereka merupakan aset penting negara.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, gologan wanita yang berkualiti sangat diperlukan untuk membentuk keluarga, masyarakat dan negara.

"Kita kena lihat ramai lagi wanita yang ditindas. Jadi kita kena bela nasib mereka kerana mereka aset penting kepada negara," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini sempena Hari Wanita Sedunia ke-100 hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat juga berkata, Islam sendiri meletakkan pengiktirafan yang tinggi kepada kaum wanita.

"Seperti kata pepatah, wanita adalah tiang negara. Kalau wanita rosak, rosaklah negara. Kalau lihat dari sudut agama, Islam meletakkan kedudukan yang tinggi kepada kaum wanita malah Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk memartabatkan wanita. Islam meletakkan pengiktirafan yang tinggi kepada wanita," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, golongan wanita harus menyedari peranan mereka dalam meberikan kesedaran politik kepada anak-anak dan keluarga.

"Wanita sudah lama memainkan peranan dalam politik. Kalau tengok revolusi Iran dulu didepani wanita.

"Wanita memainkan peranan dalam membentuk pemikiran politik anak-anak ,suami dan juga rakan sekerja," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambahnya, golongan wanita tidak harus dipinggirkan dalam menentukan dasar negara dan hanya menjadi pemerhati politik sahaja.

"Kita tidak mahu lagi wanita terpinggir dari segi politik, hanya menjadi pemerhati dan penerima sahaja tetapi wanita juga penentu hala tuju politik negara kerana wanitalah yang menanamkan nilai-nilai keluhuran dan kesamatarataan kepada anak-anak.

"Guru-guru yang sebahagian besarnya wanita juga memainkan peranan penting untuk menanamkan bahawa politik ialah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua orang, bukan hanya lelaki sahaja," katanya.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali pula mahu kaum wanita sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersedia untuk menambah ilmu pengetahuan mereka dalam semua bidang.

"Saya harap kaum wanita bersikap positif, berani dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan ilmu supaya lebih maju dalam pemikiran untuk memajukan negara," katanya yang juga ahli jawatankuasa Muslimat PAS Pusat.

Terdahulu mereka memberikan liitan bunga melur kepada pemberita-pemberita wanita sebagai simbol kebangkitan wanita.

Suruhanjaya personal prosedur SPRM biarkan Teoh Beng Hock menunggu lama

Posted: 08 Mar 2011 06:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini mempersoalkan sama ada adil bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membiarkan seseorang saksi menunggu lama tanpa dipanggil semula.

Pengerusi suruhanjaya itu Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen bertanya adakah adil Teoh disuruh menunggu dan ditinggalkan begitu sahaja untuk beberapa jam, memandangkan Teoh adalah saksi untuk membantu siasatan.

Beliau berkata tindakannya membangkitkan perkara itu bukan bertujuan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi adalah untuk membetulkan sistem yang sedia ada.

"Saya hendak tahu mentaliti SPRM. Saya bukan hendak marah kamu, jika system (salah), boleh diperbetulkan prosedur," katanya.

Sebelum itu, pada awal prosiding Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus memberitahu suruhanjaya itu tindakan meminta saksi menunggu adalah amalan biasa di SPRM, dan pegawai atasan yang bertugas bertanggungjawap memberi arahan lanjut ke atas saksi.

Mohd Ashraf adalah pegawai SPRM yang meminta Teoh menunggu selepas soal siasat pada pukul 12.30 pagi, 16 Julai 2009 dan membiarkan Teoh berada di sofa sehingga pukul 4.45 pagi.

Dalam tempoh itu, iaitu dari pukul 1.30 pagi hingga 4.45 pagi, beliau telah menyiapkan kerja tertangguhnya, membaca akhbar dan tidur tanpa mengetahui apa yang berlaku ke atas Teoh.

Mohd Ashraf berkata bagaimanapun pada pukul 4.45 pagi itu beliau sempat memberi air minuman setelah diminta Teoh, tetapi Teoh tidak memandang wajahnya.

Apabila ditanya oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman apakah perasaan beliau apabila tidak memperdulikan Teoh yang masih menunggu sedangkan beliau sendiri yang mengarahkannya supaya menunggu, Mohd Ashraf berkata: "Tidak fikir."

Jawapan Mohd Ashraf itu kemudiannya mendapat reaksi lanjut daripada Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom yang bertanya tidakkah beliau berasa bersalah di atas tindakannya itu, sedangkan beliau sendiri membuat kerja lain serta sempat tidur sekejap.

Mohd Ashraf berkata: "Tidak, kerana selepas kita membuat penjelasan pada ketua kita, akan ada arahan pegawai lain untuk sambung siasatan."

Menjawab soalan pegawai pengendali suruhanjaya itu Awang Armadajaya Awang Mahmud sama ada terlintas di hatinya bahawa Teoh juga penat sepertimana beliau sendiri hingga boleh tertidur di dalam pejabat, Mohd Ashraf berkata: "Tidak terlintas."

Bagi soalan adakah pegawai SPRM itu tidak peduli tentang kebajikan Teoh yang diminta hadir sebagai saksi dan apa yang berlaku kepadanya, Mohd Ashraf berkata pada fikirannya ketika itu Teoh sedang berehat.

Abdul Kadir: "Ada beliau (Teoh) tanya (ketika minta air) kenapa suruh dia tunggu tapi tidak dipanggil?"

Mohd Ashraf: "Tidak tanya. Dia tidak tanya saya. Bila dia nampak saya dia bangun dan duduk sambil kata "Hoi, saya mahu air."

Mohamed Hatta: "Selepas kamu fikir dia sedang berihat dan kamu hendak balik pada ketika itu ada fikir dia masih lagi berada di pejabat atau tidak?"

Mohd Ashraf: "Saya telah beritahu Hairul Ilham Hamzah (pegawai atasannya mengenai perkembangan siasatan) jadi saya tidak peduli lagi."

Mohamed Hatta: "Jadi kamu tidak peduli lagi Teoh dalam hidup kamu?"

Mohd Ashraf: "Ya."

Selain itu Mohd Ashraf juga memberitahu bahawa selepas disoal siasat Teoh tidak meminta kebenaran untuk pulang dan sepanjang siasatan Teoh kelihatan biasa sahaja serta bekerjasama.

Selain Foong, Abdul Kadir dan Mohamed Hatta, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan dan Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat ''keputusan terbuka''.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Prosiding disambung esok. — Bernama

Perang persepsi menjelang PRU13

Posted: 08 Mar 2011 06:00 AM PST

Majdan Dagang

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau yang memihak kepada Umno-BN jelas menunjukkan bahawa mood pengundi sejak Pilihan Raya Umum ke-12 2008 (PRU12) dulu tidak banyak berubah.

Hal ini kerana sejak PRK pertama pada 16 Ogos 2008 di Permatang pauh yang dimenangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga ke PRK Kerdau yang dimenangi oleh Syed Ibrahim Syed Ahmad – menunjukkan kedua-dua pihak PR dan BN mempertahankan kawasan masing-masing.

Jika ada perubahan pun lebih kepada kehendak semasa, faktor calon dan kawasan itu pernah bersilih ganti pemenangnya seperti di Sibu, Galas, dan Kuala Terengganu. Yang lain-lain terus kekal dengan status quo asal. Keadaan ini boleh disifatkan sebagai PAS-PR tidak kalah sementara Umno-BN pula tidak menang.

Namun, jika dianalisis pola pengundian sejak merdeka sehingga PRU12 yang lalu banyak perkembangan dan perubahan yang dapat dilihat. Pola pengundian PRU12 telah banyak berubah bentuk sokongan tradsional kepada yang lebih terbuka. Jika dahulu, setiap kumpulan mempunyai penyokong tegar yang begitu setia dengan parti masing-masing, Kini keadaan itu mula berubah sedikit demi sedikit, terutama apabila generasi kedua dan ketiga memainkan peranan. Walaupun kumpulan penyokong tegar ini masih kekal tetapi generasi kedua dan ketiga tidak lagi terikat dengan apa-apa budi dan sentimen.

Sedikit demi sedikit generasi baru mengubah pola pengundian ini membentuk pola yang baru. Kini pengundi daripada generasi kedua dan ketiga mula membentuk pola pengundi bandar dan pinggir bandar. Kebanyakan mereka mempunyai pendidikan dan berhijrah keluar dan terdedah kepada kepada sumber maklumat.

Kelompok ini mula memberikan undi mereka kepada parti pembangkang kerana cara berfikir dan bertindak tidak lagi terikat kepada mana-mana pihak. mereka lebih bebas memilih dan menentukan hak. Kumpulan ini sukar untuk dijinakkan dengan rasuah wang, kebendaan dan pangkat. Mereka juga lebih celik maklumat dan tidak mudah menerima bulat-bulat apa-apa yang disampaikan oleh pihak kerajaan.

Sementara kelompok kedua ialah kumpulan pengundi luar bandar, pedalaman dan tanah rancangan. sebahagian besar yang berada di kawasan ini berada di bawah paras kemiskinan, banyak bergantung kepada media asas televisyen dan akhbar; mereka kurang terdedah dengan maklumat maya yang lebih terbuka.

Dalam hal ini, Umno menyedari bahawa talian hayat mereka yang sebenar ialah kelompok kedua iaitu pengundi luar bandar, pedalaman dan tanah rancangan. Serta jangan lupa satu lagi talian hayat tambahan bagi Umno-BN ialah undi pos.

Bagi mengekalkan dan mengembalikan kuasa mereka yang hampir kecundang dalam PRU12 yang lalu Umno-BN dijangka merangka dan telah melaksanakan beberapa polisi. Perancangan ini berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada terang-terangan atau secara tertutup.

Antara perancangan yang paling besar dan penting ialah membentuk persepsi. Untuk membentuk persepsi yang positif kepada Umno-BN, kuasa media digunakan sepenuhnya. Media elektronik, media cetak dan media maya disusun atur agar membentuk persepsi bahawa Umno baik dan pembangkang tidak baik. Usaha ini dilakukan secara berterusan dan terancang. Media juga berjaya digunakan sebagai "pembunuhan watak".

Pada masa yang sama pihak pembangkang agak lemah dalam mengendalikan perang media ini, tambahan pula mereka kekurangan sumber kewangan dan menghadapai sekatan daripada kerajaan melalui KDN.

Ada yang memandang sinis propaganda milik Umno-BN ini, namun PR perlu menyedari bahawa sasaran mereka adalah pengundi kumpulan kedua ini. Pengundi kategori ini perlu dipastikan terus mengundi mereka dan pada masa yang sama kaedah lain perlu dia dicari untuk mendapatkan kembali kawasan bandar dan pinggir bandar.

Ternyata, taktik ini berjaya digunakan dan pengundi kumpulan kedua terus kekal bersama Umno-BN walau apa isu pun. Sementara pengundi atas pagar ada yang berjaya dipengaruhi untuk kembali kepada Umno-BN

Dalam suasana begini adalah dijangkakan PRU13 nanti tidak banyak perubahan yang berlaku kecuali ada isu besar yang membentuk gelombang rakyat atau Umno-BN merancang taktik lain melalui pelbagai agensi kerajaan yang ada di bawahnya.

Umno-BN sedar mereka perlu melakukan lebih daripada itu untuk memperoleh majoriti 2/3 diparlimen dan merampas kembali beberapa negeri yang jatuh ke tangan PR. Media massa sahaja tidak cukup, maka kedengaranlah tentang kewujudan pengundi hantu walaupun sehingga kini tidak ada suatu bukti yang sahih dikemukakan. Peningkatan pemberian MyKad sejak kebelakangan ini menimbulkan spekulasi bahawa mereka bakal digunakan untuk mengundi Umno-BN.

Dalam usaha mengimbangi serangan dan perangkap Umno-BN, PR wajar bertindak pantas membetulkan persepsi dan salah faham yang dimainkan oleh media pemerintah. PR tidak boleh membiarkan rakyat sendiri mencari jawapan dan kebenaran. Hal ini kerana perkara yang betul tetapi jika diulang setiap hari dan mengatakannya salah, fikiran rakyat terutamanya golongan atas pagar akan berubah.

Perang persepsi adalah tentera barisan hadapan dalam proses untuk memperoleh kuasa pada hari ini. jika sesuatu pihak berjaya dalam peringkat ini bermakna mereka telah menang sebahagian dalam perang tersebut. Dalam konteks demokrasi pada hari ini, pembentukan persepsi penting untuk menentukan hala tuju strategi seterusnya.

Oleh sebab media PR agak terhad daripada pelbagai segi, maka tanggungjawab perlu dimainkan juga oleh peringkat jawatankuasa yang lebih rendah. Jawatankuasa PR peringkat daerah/kawasan perlu memainkan peranan dengan mengedarkan risalah-risalah ringkas untuk menangkis setiap tohmahan. Setiap mereka wajar mendekati seramai mungkin golongan atas pagar.

Strategi "M2M" atau mulut ke mulut yang sering digunakan oleh syarikat pemasaran boleh digunakan dalam perang persepsi sebagai penerangan yang berkesan. Sebagai contoh seorang pengguna barangan A memberitahu kawannya bahawa barang A ini bagus dan berkualiti. setelah kawannya menggunakan barangan A dan terbukti berkualiti, dia akan mengesyorkan pula barangan tersebut kepada pengguna lain. konsep yang sama boleh digunakan dalam perang persepsi ini, cuma mungkin perlu memerlukan kebijaksanaan untuk menyesuaikan dengan suasana politik.

Sebagai contoh cuti dua hari seminggu merupakan salah satu produk yang dimulakan oleh kerajaan Kelantan yang dikuasai PAS. Perkara ini boleh menjadi sesuatu yang besar jika PR bijak menggunakannya. Begitu juga produk air percuma oleh kerajaan Selangor. Produk yang sedemikian baik jika tidak dipasarkan dan dipromosikan akhirnya kan tenggelam begitu sahaja.

Pada masa yang sama produk pesaing, walaupun tidak berkualiti tetapi berjaya dipromosikan, dipasarkan dan dicanangkan dengan baik mampu mengalahkan produk lain yang lebih berkualiti.

Hakikatnya perang persepsi ini akan terus berlanjutan selagi ada pesaingan.

PM: Tidak langgar polisi privasi semasa hantar ucapan Selamat Tahun Baru Cina

Posted: 08 Mar 2011 05:45 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghantar ucapan Selamat Tahun Baru Cina melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel tidak melanggar sebarang Polisi Privasi syarikat telekomunikasi.

Malah beliau juga tidak mempunyai akses kepada data-data peribadi penerima.

Najib (gambar) dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini berkata pejabatnya telah memastikan prinsip perlindungan maklumat peribadi dipatuhi tanpa kecuali, selain menghormati sepenuhnya terma dan syarat syarikat telekomunikasi.

"Ingin ditegaskan bahawa pada sebarang masa dan pada setiap tahap proses penghantaran mesej ini, pejabat Perdana Menteri tidak sesekali pernah mempunyai akses kepada sebarang maklumat yang bersifat peribadi kepada penerima," katanya bagi menjawab soalan Teo yang ingin tahu sama ada tindakan itu telah mencabuli hak privasi rakyat Malaysia.

Selain itu Teo juga ingin tahu kos mengirim e-mel dan SMS ucapan Selamat Tahun Baru Cina daripada keluarga Perdana Menteri kepada rakyat dan bagaimana kerajaan pusat mendapat e-mel dan nombor telefon bimbit tersebut.

Najib berkata ucapan ringkas peribadi beliau telah dihantar kepada 4 juta rakyat Malaysia dengan kerjasama daripada tiga syarikat telekomunikasi utama iaitu Digi.Com Berhad, Maxis Berhad dan Celcom Berhad.

"Tiada sebarang kos yang dikenakan oleh ketiga-tiga syarikat tersebut, ucapan Perdana Menteri disebar luaskan dalam rangka memenuhi tanggungjawab sosial syarikat," katanya.

Menerusi e-mel pula, sebanyak 1,255,528 rakyat Malaysia telah menerima ucapan peribadi Najib di mana alamat e-mel tersebut telah dikumpulkan melalui tiga pangkalan data iaitu Media Prima Berhad, Kementerian Pengajian Tinggi dan laman web www.1Malaysia.com.my.

Najib berkata kos yang dikenakan adalah 5 sen setiap e-emel, di mana dengan kos yang begitu minimum, beliau telah dapat mendekati lebih sejuta rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama.

Beliau berkata bagi menghormati prinsip perlindungan maklumat peribadi serta terma dan syarat ketiga-tiga pangkalan data, beliau tidak mempunyai akses kepada data-data peribadi.

"Kesemua e-mel telah dihantar setelah kesemua syarat dan terma diteliti dengan sepenuhnya dari ketiga-tiga pangkalan data untuk memastikan prinsip perlindungan peribadi tidak dilanggar," katanya.

Inisiatif penyampaian mesej perayaan Tahun Baru Cina oleh Najib tahun ini menggunakan e-mel dan SMS adalah sebahagian daripada usaha berterusan pentadbiran ini bagi mengukuhkan perpaduan nasional serta memelihara hubungan rapat rakyat dan kerajaan selaras dengan gagasan 1Malaysia.

Inisiatif itu juga membolehkan Najib selaku Ketua Kerajaan dapat secara langsung berkongsi kegembiraan dengan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum yang meraikan perayaan masing-masing dengan menggunakan perantaraan media yang bersifat popular dan meluas. — Bernama

Menteri Besar dituntut semak perjanjian dengan Felda Plantation

Posted: 08 Mar 2011 05:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendesak semua Menteri Besar supaya menyemak semula perjanjian dengan Felda Plantation berikutan percanggahan dasar yang diwujudkan oleh Tun Dr Mahathir Muhamad pada 1992 dengan Akta Petempatan Berkelompok (GSA) 1960.

Presidennya, Mazlan Aliman mendedahkan perkara ini bahkan ada di antara Menteri Besar termasuk dari negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) yang tidak bersetuju untuk menyerahkan tanah kepada Felda Plantation, namun terpaksa akur kerana paksaan Perdana Menteri ketika itu.

"Ada di kalangan Menteri Besar yang memaklumkan kepada saya bahawa mereka menentang keputusan Tun Dr Mahathir untuk menyerahkan tanah kepada kerajaan Pusat untuk menubuhkan Felda Plantation," katanya pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi.

Menjelaskan beliau tidak dapat mendedahkan butiran perbincangan, Mazlan berkata maklumat itu diperolehi setelah berjumpa dengan beberapa Menteri Besar termasuk dari Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor ketika menyerahkan memorandum berkaitan isu Felda.

Justeru, beliau mengulangi pendiriannya bahawa Felda Plantation sebagai organisasi haram kerana kerajaan Pusat telah menipu dan mengkhianati kerajaan negeri dengan mewujudkan penempatan tanpa peneroka.

"Jika Felda Plantation ini tidak tertakluk di bawah Akta GSA, jadi ia tertakluk di bawah akta apa?" soalnya.

Membidas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, beliau menyatakan kerajaan negeri tidak memahami 51 kepentingan Koperasi Permodalan Peneroka Berhad yang ada dalam Felda Plantation.

Mazlan berpendapat, dividen 14 peratus secara tahunan yang diberikan kepada peneroka lari dari aspirasi pengasas Felda.

Dalam pada itu, beliau berkata, tawaran 100 hari Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga untuk memansuhkan Felda Plantation adalah langkah paling tepat untuk mengembalikan hak peneroka dan tanah milik kerajaan negeri.

Pilihanraya `Perang Bagi Mempengaruhi Dan Menguasai Hati Dan Minda`

Posted: 08 Mar 2011 05:15 AM PST

BBB, 02 Rabiul Akhir = 07 Mac (Isnin):

Keputusan pilihanraya kecil bagi kawasan Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang telah diketahui. Pihak BN mempertahankan kedua-dua kerusi yang disandang sebelum ini. (Roslan Ahmad Merlimau majority 3,643 berbanding 2008 majoriti 2,154 dan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Kerdau majority 2,724 berbanding 2008 ialah 1,615).

Pada masa penulis berkunjung ke Merlimau pada 23 Februari 2011 penulis dapati kawasan DUN Merlimau yang dipertandingkan berada di dalam suasana bersih dan teratur. Bendera dan postar yang dinaikkan, walaupun sebelum hari penamaan calon tidak diganggu, masyarakat dapat disifatkan adalah mesra. Pada masa itu hampir semua jalan ditar termasuk di kawasan surau dan masjid, bahkan jalan sampai ke kubur. Hati kecil penulis berkata, ``Tentulah pertandingan antara Pas (PR) dengan BN di sini `tough``. Tiada isu tempatan yang ketara. Sebaliknya apabila penulis meninjau ke Kerdau, penulis terkejut dengan kemunduran di kawasan Kerdau dan menjangka penduduk akan melahirkan protes terhadap kerajaan yang mengabaikan kawasan berkenaan dari pembangunan. Penulis mengharapkan semangat pilihanraya Temerloh 1999 dan Pilihanraya Kecil Sanggang awal 2000 dulu akan menjelma. Ada semacam harapan kemenangan bagi Pas di sini dan bukan perkara yang mustahil. Namun ini pandangan penulis yang meletakkan penilaian pada maju-mundurnya kawasan, sedang di sana banyak lagi faktor yang mengurang atau mempengaruhi kemenangan.

Pilihanraya sebenarnya `Perang Bagi Mempengaruhi Dan Menguasai Hati Dan Minda`, iaitu menggunakan saluran maklumat bagi disampai dan mempengaruhi rakyat. Pihak Kerajaan dilihat menguasai dan menggunakan saluran maklumat secara tidak adil, Segala saluran maklumat seperti media letronik dikuasai dan diguna secara berpihak kepada pihak kerajaan, termasuk mengguna jentera, peralatan dan kakitangan kerajaan berkempen bagi pihak BN. Rakyat dipukau dengan janji dan harapan, sementara sebagai daya tarikan semasa sama ada di Merlimau atau di Kerdau, projek mee segera seperti pembaikan jalan dilaksanakan. Rakyat seperti di Kerdau lupa dengan keadaan mereka yang ketinggalan dan menganggap apa yang mereka alami adalah seperti realiti dialami orang lain. Bagi Pakatan Rakyat, bukan mudah bagi mengangkat taraf kesedaran masyarakat, katakana kepada taraf semi Bandar yang minda mereka lebih terbuka, lebih faham dan lebih sedia menerima perubahan. Dalam hal ini bagi BN masyarakat lebih bersifat kampong dan ketinggalan, termasuk Felda yang dikawal mereka,yang sudah pasti tidak demokratik lebih menguntungkan mereka. Di sinilah keuntungan sementara bagi BN yang dapat mereka raih sebelum berlaku perubahan minda dan kesedaran setempat. Sementara dari satu segi PR tidak mampu menampilkan contoh-contoh baik yang dilakukan seperti di Selangor, kerana saluran maklumat terhad.

Dari satu segi malapnya penentangan oleh kerana tiadanya isu besar semasa yang boleh mencetus gelombang kesedaran menyeluruh dan menenggelamkan isu tempatan yang dapat dieksploitasi dan mempengaruhi rakyat. Bagi Kerdau ada isu peringkat negeri yang tenggelam dalam hutang melebihi 2 bilion. Isu ini sebenarnya dapat ditingkatkan dan dipergunakan tapi kesannya agak minimum. Bagi kedeua-dua tempat isu kenaikan barang juga isu penting, tetapi mereka dapat mengawal dan memendamkannya dengan media dan penerangan yang mereka kuasai. Sebaliknya dari satu segi memperlihatkan kelemahan pihak Pas dan Pakatan yang tidak mampu menterjemahkan isu-isu penting kepada tahap yang menjerat kerajaan negeri dan mengalih sokongan rakyat kepada Pas.

Selain dari melihat isu tempatan, negeri dan nasional, perlu diingat exploitasi musuh terhadap suasana di dalam Pas dan Pakatan dari segi keteguhan Pakatan Rakyat sendiri yang tidak solid dari segi kesatuan, isu-isu yang mencanggahi prinsip seperti mereka yang dari dalam menimbulkan soal `Negara Islam` dan terbaru penentangan terhadap prinsip Pas tridak membenarkan perjudian kerana implikasinya boleh merosakkkan rumah tangga, keharmonian masyarakat dan mencetus ke arah masalah sosial. Penentangan dari dalam Pakatan Rakyat tentang sekatan judi di Kelantan, berdasarkan dihalalkan judi berlesen, akan menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap solidariti dan kepercayaan terhadap Pakatan. Sepatutnya apa yang patut didengar dari Pakatan Rakyat ialah berusaha membawa usul ke Parlimen bagi merubah peruntukan perlembagaan yang menghalalkan judi kepada mengharam dan penghapusan.

Walau bagaimana dengan segala jentera dan kekuatan yang diturunkan oleh BN di Merlimau dan Kerdau, sedang kedua-dua tempat kuat dengan pengarah BN, maka kemenangan BN di Merlimau dengan majority hanya 3,643 dan Kerdau dengan hanya 2,724 bukanlah majoriti yang besar. Pas (PR) masih mampu menggugat BN. Kerja kuat perlu dilakukan bagi mempertingkatkan prestasi Pas dan PR di samping memperbaiki masalah dalaman yang sering ditimbulkan oleh kalangan dari PR sendiri.

Sekian.
Dicatat oleh DrShafie

Hari Wanita: Kembali kepada syariah Islam

Posted: 08 Mar 2011 05:00 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Umat Islam di negara ini perlu kembali kepada syariah Islam sepenuhnya dalam menjalani kehidupan agar kesejahteraan sosial, ekonomi dan politik dapat dinikmati dalam erti kata sebenar.

Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Ustazah Maznah Daud membuat saranan itu sempena sambutan 100 tahun Hari Wanita Sedunia 2011, hari ini.

Di samping itu, katanya perjuangan pembelaan hak wanita pula hendaklah selaras dengan apa yang digariskan oleh syarak iaitu untuk memartabatkan kedudukan wanita yang benar-benar sejahtera merangkumi kehidupan dunia dan akhirat.

"Keadaan ini akan hanya dapat dikembalikan apabila syariah Islam itu dilaksanakan sepenuhnya dan manusia menjalani kehidupan mengikut apa yang telah disusun oleh Allah SWT," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau menambah, pembangunan potensi wanita mesti berasaskan kepada satu sistem nilai yang menyeluruh meliputi pengukuhkan jati diri yang juga merangkumi aspek aqidah dan pegangan hidup, akhlak, jasadiah dan insaniah.

Semua pihak, katanya perlu terus memberikan sokongan kepada kaum wanita untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan agar wanita dapat sama-sama menyumbang dalam sektor pekerjaan.

Namun, tambahnya pada masa yang sama tidak mengambil kesempatan dan mengeksploitasi wanita dari sudut ekonomi dan kewangan.

Beliau turut menyatakan penilaian secara sepintas lalu dalam situasi Malaysia, menunjukkan bahawa kedudukan wanita di negara ini sudah jauh ke hadapan dari segi penglibatan mereka di dalam kerjaya dan pembangunan masyarakat serta negara.

Beliau berkatanya, ianya juga sekali gus menggambarkan polisi pendidikan negara dalam memberi peluang yang sama rata kepada kaum wanita untuk mendapat pendidikan, telah berjaya mendapat respon serta kesan yang positif daripada kalangan kaum wanita bagi membolehkan mereka meningkatkan keupayaan diri dan berdaya saing dalam kehidupan.

Katanya, jika kesaksamaan menjadi kayu ukur kejayaan yang diperjuangkan, dapat dilihat bahawa wanita di Malaysia telah berupaya menceburi dalam hampir kesemua bidang yang diceburi oleh kaum lelaki.

Namun demikian, ujarnya pada masa yang sama gejala sosial seperti penderaan, penindasan, keganasan, penipuan dan ketidakadilan terhadap wanita serta kanak-kanak terus berlaku dengan meluasnya.

"Tidak kurang juga mereka yang berpendidikan tinggi dan berjawatan tinggi yang turut terjebak di dalam gejala-gejala ini.

"Keadaan ini memberi gambaran bahawa kemajuan dan kejayaan material yang dicapai oleh kaum wanita masa kini yang tidak disertai dengan pembangunan spiritual tidak dapat menjamin dan tidak berupaya untuk melindungi diri mereka khususnya dan ahli masyarakat amnya dari segala bentuk ketidakadilan dan kekejaman," katanya..

Menurutnya, walaupun wanita telah maju dari sudut pendidikan tetapi dalam banyak hal masih banyak indeks kesejahteraan wanita yang lemah.

Sekali gus, ujarnya ini menunjukkan bahawa perjuangan wanita yang hanya menekankan kesaksamaan gender di dalam semua bidang semata-mata berdasarkan pencapaian material, bagi meningkatkan martabat wanita dan mencapai keadilan tidak mencukupi untuk menjadi penyelesaiaan menyeluruh kepada isu yang dihadapi oleh wanita masa kini.

"Apa yang jelas, adalah kehidupan ummah pada masa kini dilihat makin jauh menyimpang dari landasan hidup syariah yang telah disusun oleh Allah SWT," katanya lagi.

Mahathir: Ku Li tak sabar, hilang peluang jadi perdana menteri

Posted: 08 Mar 2011 04:45 AM PST

Oleh Shannon Teoh


KUALA LUMPUR, 8 Mac — Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya telah menjadi perdana menteri sekiranya beliau bersabar sedikit, kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam buku autobiografi yang dikeluarkan hari ini.

Tengku Razaleigh mencabar Dr Mahathir pada pemilihan Umno 1987 tetapi tewas tipis.

Beliau bergandingan dengan Tun Musa Hitam yang bersaing jawatan timbalan presiden Umno.

Bekas perdana menteri itu juga mendakwa puak "Team B" yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, yang lebih mesra dikenali sebagai "Ku Li", membawa kempen kotor untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan itu, yang kemudiannya menyumbang kepada keputusan mahkamah mengharamkan Umno.

"Sekiranya Tengku Razaleigh bersabar beliau kemungkinan telah menggantikan tempat Tun Musa sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya menjadi perdana menteri," tulis Dr Mahathir dalam buku berjudul "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad."

"Malah saya juga telah mempertimbangkan untuk melantik semula Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet, tetapi selepas beliau memberikan temu bual kepada majalah Far Eastern Economic Review yang sangat kritikal tentang saya dan kerajaan, saya telah mengubah fikiran saya," katanya lagi.Dr Mahathir juga berkata beliau tiada sebarang masalah dengan Musa, yang merupakan timbalannya dari 1981 hingga 1987 tetapi kemudian bergandingan dengan Tengku Razaleigh dalam pemilihan parti.

Katanya beliau telah melantik Musa untuk memegang pelbagai jawatan seperti duta khas ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan taraf menteri pada 1990 dan kemudian sebagai Pengerusi Suhakam pada 1999.

Perdana Menteri paling lama ini juga mendakwa "Team B" Tengku Razaleigh telah menggunakan politik wang dalam kempen pemilihan ketika itu.

"Kami juga mendengar yang Team B membelanjakan kira-kira RM20 juta ketika kempen mereka dengan kebanyakan wang disediakan oleh Tengku Razaleigh sendiri," kata Dr Mahathir.

"Pengundian dihentikan di tengah jalan untuk ahli-ahli menunaikan solat Jumaat, tetapi penyokong-penyokong Team B menggunakan waktu itu untuk berkempen.

"Malah mereka juga ikut perwakilan yang disasarkan ke hotel-hotel mereka, malah ke tandas, dan saya diberitahu bahawa banyak wang bertukar tangan," kata beliau dengan merujuk kepada pemilihan pada 24 April 1987.

"Mereka juga mengedarkan gambar saya dengan seorang perempuan Cina, yang mereka dakwa sebagai isteri Singapura saya.

"Sebenarnya dia isteri rakan universiti saya dan gambar itu diambil ketika majlis perkahwinan anak perempuan mereka," katanya lagi.

Kata Dr Mahathir, oleh kerana beliau memperoleh pencalonan dua kali ganda berbanding Tengku Razaleigh tidak nampak keperluan untuk berkempen sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika itu ketua Pemuda Umno, menggesanya agar berkempen dengan serius.

"Beliau tahu bahawa nasibnya terikat dengan (kedudukan) saya dan jika saya kalah, beliau juga akan dikuburkan," tulis Dr Mahathir.
Dr Mahathir memperoleh 761 undi untuk menewaskan Tengku Razaleigh yang menerima 718.

Bob Lokman & Azwan Ali menghiasi Suara Keadilan kali ini

Posted: 08 Mar 2011 04:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Suara Keadilan – akhbar rasmi terbitan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) versi terbitan tidak berkala, muncul kembali dengan membawa dua personaliti hiburan ke lembaran politik.

Edisi kali ini mengandungi wawancara khas dua halaman bersama penulis lirik terkenal, Bob Lokman yang menyertai PAS baru-baru ini.

Bob Lokman bukan satu-satunya selebriti bagi keluaran kali ini, bahkan laporan kenyataan personaliti televisyen, Azwan Ali berkaitan adiknya, Ummi Hafilda juga dimuatkan.

Tidak seperti media arus perdana, akhbar ini membawa perincian penuh perbicaraan kes Fitnah II, malah laporan itu terpilih sebagai berita tajuk muka depan iaitu DIBOGELKAN.

Fokus kali ini ialah lambakan plaza tol di Lembah Klang dan Suara Keadilan akan membantu pembaca mengira sendiri jumlah plaza tol dan nilai bayaran yang terpaksa dihabiskan.

Pelbagai program kepartian dan ceramah termasuk proses kempen pilihan raya kecil di Merlimau dan Kerdau juga tidak terlepas dari tumpuan lensa dan pena warga Suara Keadilan.

Seperti lazim, berita negeri Pakatan, Sabah dan Sarawak, mahkamah, rencana semasa, kolum dari Brickfields terus menghiasi akhbar ini.

Tentunya, kenyataan dan amanat dari pimpinan KEADILAN terkandung dalam akhbar ini.

Muhyiddin: Komponen Pakatan Rakyat tidak ‘sebulu’

Posted: 08 Mar 2011 04:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Tindakan pemimpin pakatan pembangkang yang membuat penafian bahawa ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai liability kepada PAS merupakan satu cara untuk mengaburi mata rakyat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hakikat sebenarnya adalah hubungan di antara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tidak ''sebulu''.

"Kenapa perlu buat kenyataan seperti ini (penafian), ia sudah menjadi lumrah pada pihak PAS dan Anwar bekerja dalam pakatan tetapi kenapa buat kenyataan untuk jelaskan, pengajaran bagi kita ialah sikap bermuka-muka antara mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau pada Ahad lepas antara lain disebabkan faktor Anwar sebagai liabiliti kepada parti tersebut.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution hari ini yang menolak keras tanggapan Najib dan menyifatkannya bahawa ia sebagai satu serangan politik biasa oleh Barisan Nasional (BN).

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata pembangkang mengakui bahawa Anwar bukanlah satu-satunya faktor kemenangan tetapi ianya seperti satu hakikat yang diterima bahawa faktor Anwar adalah sangat relevan dan signifikan dalam menentukan kekuatan pakatan pembangkang.

Muhyiddin berkata kekalahan itu memberikan satu tamparan hebat kepada PAS kerana kehadiran Anwar dan anggota pembangkang yang lain ketika kempen pilihan raya kecil tersebut dilihat tidak menyumbang kepada undi yang dikehendaki oleh PAS.

"Kalau boleh mereka (PAS) tidak mahu Anwar turun, mereka tidak mahu mengaku, tetapi kita tahu daripada beberapa sumber yang kita dapat bahawa mereka rasa Anwar sudah menjadi liabiliti, imej Anwar sudah tercalar dengan perkara yang telah berlaku pada diri beliau.

"Sebab itu PAS kalau boleh nak jauhkan diri, tetapi Anwar fikir ini adalah hak dia kerana dia adalah kepala (ketua) pembangkang sebab itu dia turun ke bawah (berkempen)," katanya.

Mengulas mengenai kerajaan PAS Kelantan yang tetap mempertahankan pendiriannya mengharamkan segala bentuk perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman tersebut, Muhyiddin berkata perkara itu perlu diserahkan kepada masyarakat bukan Islam untuk menilai sikap dan pendirian kerajaan PAS dalam soal itu.

"Di situ telah berbangkit masalah tentang perkara biasa yang diamalkan dan sekatan baru yang diperkenalkan oleh kerajaan PAS yang telah dianggap oleh pihak bukan Islam menyentuh hak mereka.

Mereka kata dari segi undang-undang tidak salah, disebabkan itu tindakan mereka telah menimbulkan rasa tidak puas hati, itu petanda tentang sikap PAS sebenar dan layanan (terhadap) masyarakat bukan Islam dalam negara kita," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau dimaklumkan bahawa MCA sudahpun mengambil maklum mengenai perkara itu dan difahamkan bahawa parti komponen BN itu sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

"Apakah tindakan yang pihak MCA hendak buat saya tidak tahu kerana saya tidak dapat laporan lagi, pihak-pihak tertentu merasakan bahawa hak mereka ini dihalang atau disekat dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan," katanya.

Pada 28 Februari lalu, pihak berkuasa tempatan menyaman dua pemilik kedai buku di Kelantan kerana menjual tiket loteri menyebabkan timbul dakwaan bahawa Kerajaan PAS Kelantan menidakkan hak penganut agama lain di negeri itu. — Bernama

Kenyataan Media

Posted: 08 Mar 2011 04:15 AM PST

KENYATAAN MEDIA YB ISKANDAR A. SAMAD

Mekanisme pelepasan automatik kuota hartanah Bumiputera yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini tidak akan menggadai kepentingan masyarakat Bumiputera.

Menurut peraturan baru ini, pelepasan secara automatik untuk kuota Bumiputera boleh diberikan apabila kemajuan projek di tapak sampai ke tahap 50%, 75% dan 100%.

Walaupun automatik, pemaju perlu membuat permohonan kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).

Tetapi sekiranya pemaju tidak mendapat jawapan dalam masa yang ditetapkan, mereka akan mendapat pelepasan automatik bagi peratus yang dibenarkan.

LPHS perlu memberi jawapan dalam masa 7 hari bekerja bagi setiap permohonan.

Pelepasan untuk tahap 50% adalah 20% dari jumlah baki kuota, untuk tahap 75% adalah 30% dari jumlah baki kuota dan untuk tahap 100% adalah 30% dari jumlah baki kuota.

Jika pemaju masih tidak boleh menjual kuota Bumiputera 6 bulan selepas mendapat Sijil Layak Menduduki Bangunan, mereka boleh memohon untuk pelepasan bagi kesemua kuota Bumiputera mereka dari satu jawatankuasa khas.

Jawatankuasa ini akan dipengerusi sendiri oleh YB Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan yang akan membuat keputusan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan tersebut.

Oleh itu, pemaju tidak boleh menjual kuota Bumiputera sesuka hati mereka kerana masih perlu merujuk kepada Kerajaan Negeri. Pelepasan hanyalah automatik sekiranya Kerajaan Negeri gagal memberi jawapan dalam tempoh yang ditetapkan.

Di dalam menyiapkan mekanisme pelepasan ini, YAB Dato' Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri telah beberapa kali bertemu dengan wakil-wakil pemaju (REHDA). Ada pihak yang bertanya kenapa Kerajaan Negeri hanya mengadakan rundingan dengan REHDA kerana mekanisme ini bukan hanya memberi kesan kepada para pemaju tetapi juga kepada masyarakat Bumiputera. Mereka mempersoalkan kenapa Kerajaan Negeri tidak mengadakan rundingan khusus dengan mereka yang terlibat memperjuangkan nasib masyarakat Bumiputera seperti NG0-NG0, para profesional, ahli-ahli akademik dan individu-individu tersohor.

Pada hakikatnya Kerajaan Negeri sentiasa mengadakan engagement dengan mereka. Pandangan mereka tidak sama sekali disisihkan. Mekanisme baru ini mengambil kira pandangan semua pihak.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
8 Mac 2011

The end of a chapter

Posted: 08 Mar 2011 04:00 AM PST

I have made a major decision.

I have decided that on this anniversary of the March 08 General Election, I will quit Parti Gerakan. Not so much because of the party itself, which has a good ideology and many good members and many good friends, but more because of the dominance of UMNO over everything else within the coalition.

I am sick of race based politics and Gerakan is actually getting further and further away from realising its ideology of building a fair and equitable society.

My decision to quit is nothing personal and not against anyone in the party. Even though I am quitting , I am still hoping against hope that the party can eventually realise its ideology of a fair and equal society, but given the political reality, it will not be possible in any foreseeable future.

I have drafted the statements below in both English and Chinese to expalin the reason of this.

Press Statement by Dr Hsu Dar Ren (08-03-2011)

It is with a heavy heart that I am announcing my resignation from all my positions in Parti Gerakan Rakyat Malaysia, including that of Central Committee member, FT state liaison committee member, division chairman, branch chairman and ordinary membership.

Parti Gerakan is a party with good ideology to establish a fair and equitable society in Malaysia . It too has many conscientious members who subscribe to this ideology.



Unfortunately, within the framework of BN, where the hegemonic race politics of UMNO predominates, it is impossible for Gerakan to realize this ideal.

In fact, as a result of more than 5 decades of race based politics, the country has drifted so much apart that racial polarization has never been as bad as now . Despite the many decades of trying to work from within, Gerakan is now further and further away from realising its ideals.

Three years after the 308 General election, I sense that apart from rhetoric, there is little change in policies gearing towards uniting the people and providing a fairer and more equal footing for all. I feel that it is now futile for me to try to fight within the system anymore.

I have no intention of joining any other political parties, but I will continue to voice out through writing and blogging on the importance of building a fair and equitable society.

http://hsudarren.wordpress.com/

BN menang PRK tidak sama Pakatan menang PRU – Anwar

Posted: 08 Mar 2011 03:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya kecil (PRK) adalah dua perkara
berbeza kerana kemenangan atau kekalahan dalam satu-satu PRK bukan
cerminan langsung turun naik sokongan rakyat kepada mana-mana parti.

"Kalau kita lihat pilihan raya umum 2008 sebagai kayu ukur, kita akan
sedar sebelumnya kita kalah teruk di Ijok apabila menurunkan Tan Sri
Khalid Ibrahim.

"Dalam masa kurang setahun, kita berjaya mengatasi kekalahan tersebut
dan kita bangkit (pada PRU 2008).

"Bukan sahaja Ijok, satu Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat," kata
Anwar.

Anwar berkata demikian sebagai reaksi terhadap dakwaan pihak tertentu
bahawa siri kemenangan kecil Barisan Nasional (BN) dalam beberapa PRK
mutakhir ini menandakan sokongan rakyat sudah kembali kepada BN.

BN baru sahaja memenangi PRK di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau yang diadakan serentak dan sebelum itu PRK Tenang di Johor yang
berlangsung dalam suasana banjir.

Mengulas lanjut, Anwar bagaimanapun tetap yakin sokongan rakyat kepada
Pakatan Rakyat (PR) akan terus meningkat menjelang PRU akan datang.
"Saya kekal optimis (PR terus mendapat sokongan rakyat)," katanya.

Anwar berkata, cabaran utama PR sekarang ini adalah penyampaian maklumat
berkenaan inisiatif Pakatan kepada segenap lapisan masyarakat.

"Kita perlu promosi Buku Jingga dengan lebih berkesan, memastikan
pengedarannya sampai ke semua kawasan terutamanya di luar bandar yang
masih merupakan satu cabaran," ujarnya.

Tambah Anwar, turut menjadi cabaran adalah keseluruhan proses pilihan
raya yang masih perlu diperbaiki.

"Yang menjadi fokus kita adalah keseluruhan proses pilihan raya yang
masih lagi sarat dengan ketidaksempurnaan.

"(Contohnya), tiada akses (buat pemimpin Pakatan Rakyat) kepada media,"
kata Anwar.

Kenyataan Sasterawan Negara tentang kes Interlok

Posted: 08 Mar 2011 03:00 AM PST

Oleh Sasterawan Negara

Sudah banyak perbincangan dan debat yang telah diadakan tentang buku Interlok oleh Abdullah Hussein - di akhbar, majalah, di tv dan dunia siber. Dalam wacana ini ada yang jernih di samping banyak juga yang keruh pada sungai perbincangannya.


Akan tetapi yang agak dikesalkan ialah hakikat bahawa sangat sedikit golongan, terutama partai politik yang menjadikan pembelaan nasib dan martabat kaum Melayu sebagai landasannya, tampil memberi sokongan moral kepada seorang pengarang Melayu bernama Abdullah Hussein, yang melalui Interlok berbicara tentang kemanusiaan yang merentas sempadan ras dan etnik di tanah airnya.

Kami, Sasterawan Negara Malaysia, ingin menegaskan bahawa sebuah teks sastera bukanlah sebuah teks politik, dan bukan juga teks sejarah atau geografi. Sebuah karya sastera ialah sebuah teks yang melukis jiwa manusia, perasaannya, nilai dan kepentingannya dalam konteks zaman dan sejarahnya. Yang dilukis didekatkan sehampir mungkin kepada kenyataan di dalam dan di luar diri manusia, kerana karya sastera tidak tercipta daripada kekosongan atau vakum. Peristiwa di luar - peperangan dan kedamaian, kesusahan dan kesenangan, kerusuhan dan ketenangan - dilukis oleh kata-kata dan peribadi pengarang. Ini telah dilakukan sejak beribu tahun oleh semua pengarang, di semua negara.

Sastera bukan dokumen rasmi pemerintah, atau maklumat yang dirapikan serta dicantikkan untuk disebarkan. Sastera ialah lukisan kehidupan, dan kehidupan tidak selalu rapi dan cantik. Inilah bahan sastera, dan untuk berlaku adil kepada bahan ini sastera melukis dengan warna berbagai-bagai - ada yang merah, kuning, kelabu dan hitam. Itulah warna kehidupan yang lebih banyak jalurnya. Malah pengarang-pengarang dari benua kecil India, telah turut menyentuh isu dalam Interlok yang oleh segelintir orang di sini disensasikan, kerana sistem sosial masyarakatnya telah dinormakan dalam perjalanan panjang peradabannya.

Berlainan dengan dokumen rasmi, sastera menderetkan berbagai-bagai jenis , manusia - seperti yang dilihat pengarang dalam ruang kehidupannya - daripada wira hinggalah penjenayah, daripada ketua hinggalah pengikut buta, daripada ulama hinggalah orang berdosa, dan dari berbagai-bagai bangsa dan kaum. Mereka semua kita temui dalam deretan kehidupan harian. Sastera ialah ucapan dan ingatan bangsa, kerana yang terlukis di dalamnya ialah pemerian tentang bangsa itu.

Kami berpendapat bahawa sastera ada ruangnya sendiri dengan keseniannya yang khusus pula. Kita harus membaca sastera sebagai sastera, dan bukan buku sejarah atau politik. Membaca sastera ialah suatu proses berfikir, merasa dan menghayati bahasa, peristiwa dan gagasan. Proses ini penting untuk diri manusia sendiri kerana yang ditawarkan ialah berbagai-bagai jenis pengalaman buat pembacanya - dari yang lahiriah sampailah kepada sikap dan pendiriannya. Semuanya dianggap sebagai cermin dan bayang makna kehidupan manusia. Ramai daripada kita yang merasakan pelajar kita kurang mampu untuk menilai apa yang mereka baca. Pada tahun 2011, dengan gunung maklumat di internet dan dunia cetakan, kami maklum bahawa mereka sudah lama dituntut dan dilatih untuk mempertimbangkan, memilih dan membuat kesimpulan sendiri. Sesuatu fakta yang diubah dan dimetaforakan secara halus sekalipun di dalam karya sastera dan kenyataan dengan wajah sebenar akan tetap muncul dalam pelbagai medium yang lain.

Interlok ialah sebuah novel yang melukis suatu deretan waktu, watak dan latar dari 1910 hinggalah sebelum Merdeka. Tujuan penulis cukup mulia, iaitu melukis gambaran kaum-kaum yang terdapat di negara ini, dengan masalah dalamannya sendiri, dan di akhirnya telah bersatu untuk menerima negara dan harapan baru. Inilah tujuan pengarang. Manusia yang dilukiskan juga cukup mulia, terutama Maniam, yang besar hati dan jiwanya, dan masih ingin membantu orang lain, walau pun dia pernah dimangsakan.

Kami tidak melihat masalah pada istilah dan lukisan yang digambarkan oleh pengarang. Kami juga tidak mengesan tujuan untuk menghina mana-mana kaum. Akhiran karya ini menawarkan harapan dan kecerahan. Itulah tujuan terpenting pengarang. Kami merasa sangat prihatin sekiranya pengarang terus didesak untuk merubah karya mereka sehingga gagasan awal mereka sudah dicairkan. Dan sekiranya perubahan pada lukisan satu kaum hanya dibuat, dan tidak pada kaum yang lain, maka akhirnya terdapat suatu lukisan yang tidak lagi berimbang dan benar - hanya cantik pada suatu kaum dan comot pada yang lainnya.

Benarkanlah penulis kita melukis kenyataan Malaysia, walau betapa pun tidak manis kenyataan itu. Kerana mereka juga berfikir bagi pihak kita, dengan sudut pandangan mereka sendiri, yang walau pun berlainan, masih diperlukan di negara yang demokratis, yang memberi kebebasan kepada sasterawannya untuk menulis, berfikir dan berpendirian.

Marilah kita, rakyat Malaysia, membaca sastera dari pendekatan sastera dan menghormatinya secara wajar dan pintar, supaya darinya dapat kita kutip pemikiran dan kearifan sasterawan kita.

*Kenyataan bersama oleh empat orang Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh, Anwar Ridhwan, Shahnon Ahmad dan Noordin Hassan.

Pekerja Ladang Bukit Jalil gesa DBKL tarik balik notis pengosongan

Posted: 08 Mar 2011 02:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Ladang Bukit Jalil menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik notis pengosongan tempat tinggal mereka sekarang sebelum aktiviti perobohan dijalankan 15 Mac ini.

Perkara ini dibangkitkan wakil penduduk menerusi peguam mereka Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers For Liberty (LFL).

Menurut Fadiah, notis yang dihantar oleh DBKL bertarikh 1 Mac lalu itu tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang di bawah Seksyen 7(2) Akta Relif Spesifik 1950.

"Merujuk kepada surat itu, DBKL sebenarnya memaksa supaya penduduk berpindah keluar dari tapak mulai tarikh notis diterima sehingga 14 Mac ini dan sekiranya tidak mematuhi, mereka akan mengambil tindakan penguatkuasaan pada hari perobohan tersebut.

"Sekiranya kerajaan tetap mahu merobohkan rumah penduduk, kami akan membawa perkara ini ke mahkamah kerana tindakan DBKL tidak sah," kata Fadiah dalam sidang media di pejabat Majlis Peguam dekat sini hari ini.

Bagaimanapun, mesyuarat bersama Menteri dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Datuk M Sarvanan serta Menteri Sumber Manusia, Datuk Subramaniam pada 1 Mac lalu tidak berhasil kerana suara mereka tidak didengar malah pihak terbabit cuba menafikannya.

"Pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan bercanggah di mana wakil penduduk Ladang Bukit Jalil sebenarnya tidak bersetuju mengenai isu pampasan yang ditawarkan sebelum ini. Perkara yang ingin kami tekankan adalah mengenai hak-hak penduduk yang telah lama menetap di ladang tersebut," ujar Fadiah.

Hadir sama, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang diwakili S Arutchelvan turut menuntut kerajaan supaya memberi hak kepada penduduk ladang tersebut.

"Kami membantah tindakan kerajaan yang melakukan pengusiran peneroka-peneroka bandar yang mendiami lebih kurang 80 tahun kerana melibatkan pencabulan hak asasi manusia.

"Di sebalik arahan daripada kerajaan, kami mendapat tahu bahawa syarikat Bukit Jalil Development Sdn Bhd akan mengambil alih dan saya tidak menolak wujudnya syarikat ini untuk mengaut keuntungan sahaja.

"Surat yang diterima penduduk itu notis kosong, kalau mahu mereka pindah mesti ikut perintah mahkamah dan perkara ini saya katakan sebagai 'pengusiran haram'," katanya.

Manakala wakil daripada Ladang Bukit Jalil, Balakrishnan Kunjoo berkata, pihaknya berharap kerajaan menarik semula notis itu kerana mereka sudah lama menetap di situ dan perkara ini melibatkan seramai 40 keluarga serta sekolah rendah Tamil.

"Saya berharap ada jalan penyelesaian dan bukan dengan cara meroboh tanpa memberikan hak-hak kepada kami sebagai penduduk ladang. Kerajaan seru slogan rakyat didahulukan, tetapi hak kami pula cuba dirampasnya," kata Balakrishnan.

NGO lain yang turut serta adalah Persatuan Masyarakat Selangor (Permas), Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan Perjuang Bahasa Ibunda.

Parlimen: Saifuddin wakili Ketua Pembangkang bahas titah Diraja

Posted: 08 Mar 2011 02:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail akan mengambil slot untuk membahaskan titah Diraja bagi mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pagi ini saya ada menerima e-mel dari Datuk Seri Anwar daripada
mahkamah (Jalan Duta). Kalau sempat petang ini, saya akan bahas, jika
tidak esok," jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi.

Beliau berkata, tidak timbul persoalan pelantikan Ketua Pembangkang,
kerana ia merupakan agenda bagi membahaskan titah Diraja.

"Majlis Presiden Pakatan Rakyat memutuskan, tidak ada pemilihan Ketua
Pembangkang," ujar Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sidang Dewan Rakyat di Parlimen bermula semalam tanpa kelibat Ketua
Pembangkang kerana digantung enam bulan tanpa dibenar membela diri.

Ketua Umum KEADILAN itu digantung selepas membuat pendedahan berkaitan
peranan Apco Worldwide dan kaitannya serta persamaan slogan Satu
Malaysia dan One Israel.

Turut digantung ialah Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Ahli
Parlimen Subang, R Sivarasa dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal
Singh, semuanya digantung tanpa sebarang perbahasan.

Sidang Dewan Rakyat Penggal Ke-4 pagi semalam itu dirasmikan Yang Di-
Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Mahmud Al-
Muktafi Billah Shah.

Ops Piramid: Malaysia belanja RM50 juta

Posted: 08 Mar 2011 01:45 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Kos keseluruhan bagi operasi pemindahan rakyat Malaysia dari Mesir menjangkau RM50 juta, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini.

Beliau berkata jumlah itu meliputi kos operasi tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia, tambang untuk penuntut Malaysia dari Jeddah dan tempat-tempat lain dengan penggunakan pesawat komersial.

"Kos itu juga meliputi pembiayaan makan minum dan tempat tinggal rakyat Malaysia di Jeddah dengan kerjasama Tabung Haji," katanya (gambar) menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed meminta penjelasan mengenai jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir baru-baru ini dan apakah status terkini hubungan dua hala Malaysia dan Mesir.

Anifah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam Ops Piramid itu termasuk kerajaan Arab Saudi, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pertahanan, Tabung Haji dan MAS serta syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang memaklumkan bersetuju menanggung segala kos operasinya sebagai tanggungjawab sosial korporat dalam operasi berkenaan.

Mengenai hubungan dua hala Malaysia-Mesir, Anifah berkata Malaysia akan terus menjalin hubungan diplomatik dengan negara itu di dalam usaha memelihara kepentingan politik dan ekonomi negara serta menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang berada di sana.

Katanya Malaysia berpandangan bahawa pergolakan politik di negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara antara lain disebabkan oleh masalah politik dan sosioekonomi dalaman akibat daripada peningkatan kadar pengangguran, kemiskinan, kadar inflasi yang tinggi serta ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan negara.

Katanya pergolakan politik di negara-negara berkenaan sekiranya berlanjutan akan memberi kesan ke atas ekonomi Malaysia dan dunia akibat kenaikan harga petroleum di pasaran global.

"Dalam hal ini, kerajaan akan terus memantau keadaan di rantau tersebut untuk memastikan kepentingan negara daripada segi politik dan ekonomi terjamin," katanya. — Bernama

Memoir Mahathir: Anwar didakwa dibekal empat wanita untuk seks

Posted: 08 Mar 2011 01:30 AM PST

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 8 Mac - Tun Dr Mahathir Mohamad dalam autobiografi yang dikeluarkan hari ini mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibekalkan empat wanita untuk mengadakan hubungan seks sebelum beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau ada menemu bual wanita-wanita yang memberitahunya bahawa mereka telah dibawa untuk mengadakan hubungan seks dengan timbalannya ketika itu, yang kemudian didakwa dan dihukum penjara berhubung tuduhan kes liwat dan salah guna kuasa.

Dr Mahathir menulis bahawa merema dipujuk agar berbuat demikian oleh seorang lelaki India bersama Nalla, dipercayai Datuk K. S. Nallakarupan, ketika itu rakan Anwar.

Nallakarupan telah memutuskan hubungan dengan Anwar selepas pemilihan PKR tahun 2007.

"Dia telah membawa setiap perempuan secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di sana mereka bertemu dengan seorang yang (mereka) kenalinya sebagai timbalan perdana menteri.

"Mereka telah diminta menanggalkan pakaian untuk tujuan mengadakan hubungan seks," tulis Dr Mahathir dalam memoir bertajuk "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad", yang pertama sejak bersara pada Oktober 2003.

"Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan," kata bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir berkata beliau memanggil pemimpin-pemimpin Umno termasuk ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar ke kediaman rasminya Sri Perdana di sini untuk memberi taklimat mengenai perkara itu dan menunjukkan mereka gambar para saksi.

"Dia mengisytiharkan dia tidak melakukan sesuatu yang luar biasa dan menegaskan bahawa setiap orang termasuk kesemua ahli Majlis Tertinggi memang ada berbuat demikian," tulis Dr Mahathir mengenai pendirian Anwar membela dirinya di hadapan kepimpinan tertinggi Umno.

"Ketika penjelasan panjang lebar, Anwar tidak pernah dirujuk kepada soal hubungan homoseks, hanya fokus hubungan dengan wanita," katanya.

Dr Mahathir juga mengulangi bahawa beliau buat pertama kali diberitahu mengenai aktiviti homoseksual Anwar pada awal 1990-an oleh ketua polis ketika itu Tun Haniff Omar.

Katanya, beliau diberikan buku berjudul "50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri", tetapi menolaknya kerana ia berunsur "sensasi" hanya untuk mendapatkan duit.

Kata Dr Mahathir, pada 1997, Ummi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, menghantar surat kepadanya dengan dakwaan khusus mengenai tingkah laku liwat Anwar.

Tiada ulasan: