Selasa, 8 Mac 2011

Biaqpila

Biaqpila


Tu dia DURIAN FM

Posted: 08 Mar 2011 02:00 PM PST

Pengacara rancangan "Say Hi to Malaysia" yang "dipancung" pada Ogos 2010, Jamaluddin Ibrahim kini kembali ke ruang udara melalui saluran internet, dengan DurianFM.com. Stesen radio yang berpengkalan di laman internet ini menyasarkan audien berbilang kaum, dengan tiga bahasa pengantar, iaitu bahasa Cina, Inggeris dan Malaysia.

Ketika DurianFM.com dilancarkan pada jam 3.08 petang, Jamaluddin Ibrahim (gambar sebelah) menyifatkan ia sebagai detik yang terharu, sambil merakamkan penghargaannya kepada mereka yang menjayakan radio internet ini. "Akhirnya kita berjaya menubuhkan stesen radio internet ini," beliau berjanji untuk mempromosi kebebasan bersuara menerusi saluran ini.

Berkata kepada wartawan selepas upacara perlancaran, pengasas DurianFM.com Jamaluddin Ibrahim menjelaskan bahawa nama "durian" dipilih kerana sifat tempatannya (local), lebih-lebih lagi bunyinya hampir sama ketika diungkapkan dalam pelbagai bahasa.

Berbeza dengan stesen radio tradisional, stesen radio internet memerlukan kos yang lebih rendah. Jamaluddin menambah, penubuhan radio internet tidak memerlukan lesen daripada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC), lantas membenarkan ruang bersuara tanpa tapisan dan sekatan, selaras dengan slogannya, "Tiada Tapisan, Tiada Sekatan".

Apabila ditanya sama ada beliau berdepan dengan "tekanan politik" sepanjang penubuhan radio internet ini, Jamaluddin Ibrahim berkata, "Tiada, tiada. Setakat ini tiada. Saya berharap tiada (tekanan) pada masa depan, memandangkan penubuhan radio sedemikian adalah dibenarkan di bawah undang-undang."

Beliau memilih 8 Mac sebagai tarikh perlancaran radio internet ini untuk memperingati "tsunami politik" yang berlaku tiga tahun lalu. Untuk Jamaluddin Ibrahim, 8 Mac adalah tanda di mana rakyat bangkit untuk menggunakan hak mereka, dan beliau berharap ia diteruskan. Jamaluddin juga berharap agar ruang ini digunakan sebagai platform untuk perdebatan pandangan daripada latar belakang politik yang berbeza.

Radio internet ini dilancarkan oleh speaker DUN Selangor Teng Chang Khim, bersama EXCO Kanan Selangor Teresa Kok dari DAP. Turut hadir untuk memeriahkan upacara perlancaran termasuklah Timbalan Menteri Kewangan Donald Lim, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah, Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Zaid Ibrahim, EXCO Selangor Elizabeth Wong, ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh, Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin, dan wakil daripada MCA, selain aktivis sosial seperti Hishamuddin Rais.

Ketika diundang sebagai tetamu untuk rancangan tadi, Teng Chang Khim diminta untuk mengaitkan kebebasan dengan durian. Sambil berseloroh beliau berkata, "Durian bagaikan kebebasan. Kamu mungkin tercedera, dan berdarah seandainya tidak tahu cara untuk membuka durian. Kita perlu tahu cara untuk membuka durian, supaya kita mampu menikmati buahnya (kebebasan) tanpa berdarah"

Ruang semakin sempit dalam media elektronik

Sebelum ini, Jamaluddin Ibrahim terpaksa digugurkan dari rancangan call-in pada pagi 19 Ogos 2010, berikutan "tekanan politik" yang kononnya datang daripada majikannya, iaitu MCA. Rancangan tersebut didakwa "mengutarakan hujah yang tidak sesuai dan bias", sehingga disiasat Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC).

Susulan daripada kejadian tersebut, Star Rfm Sdn. Bhd mengambil langkah untuk menggantung jawatan (suspend) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO 98.8) Wong Lai Ngo, dan Pengarah Program (Director of Programming 98.8) Tan Chia Yong, sebelum memecat mereka kemudiannya.

Antara kejadian yang berlaku dalam media elektronik pada ketika itu termasuklah perletakan jawatan penerbit rancangan NTV7, Joshua Wong sebagai protes kerana self-censorship yang keterlaluan. Chou Z Lam, penerbit rancangan yang dihentikan RTM sebelum tempoh perkhidmatan tamat mengikut kontrak, dan Tan Ean Nee yang tidak diperbaharui kontraknya oleh RTM.

Kejadian bersiri ini dibaca sebagai tekanan terhadap media elektronik, yang semakin sempit ruang kebebasannya. Satu gerakan bergelar "1 Muted Malaysia" telah diadakan, dengan aktiviti perarakan dan forumnya, sebagai usaha untuk menyedarkan orang awam terhadap pencabulan kebebasan bersuara pada zaman pemerintahan PM keenam, Najib Razak. - Merdeka Review
KLIK DI SINI UNTUK MAKAN DURIAN

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAGI MATI KERANA MEJA LIPAT

Posted: 08 Mar 2011 08:26 AM PST

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati apabila ditemui dalam keadaan terkulai selepas lehernya tersepit pada sebuah meja lipat di luar rumahnya di Jalan Damai 9, Taman Damai, Senai di sini kelmarin.

Siti Nor Haiza Habibu Rahman dipercayai bermain di luar rumahnya seorang diri sehingga berlaku kejadian itu tanpa disedari keluarganya.

Ibunya, Jumaliah Amran, 37, berkata, ketika kejadian, dia masuk tidur di biliknya pada pukul 3.30 petang dan selepas bangun, dia terus melakukan kerja rumah.

"Kebiasaannya, Nor Haiza akan tidur sekali bersama saya selepas makan tengah hari tetapi pada hari itu, dia begitu leka bermain," katanya kepada pemberita semalam.

kosmo


INI PULA BERITA 22/9/2010, JUGA KES MEJA LIPAT



Budak mati tersepit meja lipat

Oleh ANI AWANG
pengarang@utusan.com.my
KUALA KANGSAR 22 Sept. - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun meninggal dunia setelah lehernya tersepit pada kaki meja lipat ketika bermain di rumahnya di Kampung Talang Hilir, di sini, semalam.

Kejadian berlaku pukul 5.50 petang ketika mangsa, Muhammad Irfan Mohd. Fadtah (gambar) bermain bersendirian di belakang rumahnya.

Dia meninggal dunia pada pukul 1.10 pagi selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk menerima rawatan.

Bapa mangsa, Mohd. Fadtah Sadhabil, 27, berkata, kejadian itu hanya disedari salah seorang bapa saudaranya yang membuat pemeriksaan tidak lama selepas anaknya tersepit.

Menurutnya, sebelum itu, ahli keluarga ada terdengar Muhammad Irfan menjerit tetapi menganggap jeritannya itu sebagai gurauan kerana anaknya itu memang suka menjerit semasa bermain.

"Kami sekeluarga menganggap ia perkara biasa dan tidak sangka yang jeritan itu sebenarnya dia meminta tolong.

"Sebaik sahaja menyedari anak saya tiba-tiba sahaja mendiamkan diri, salah seorang bapa saudaranya pergi memeriksa dan mendapati anak saya tersangkut di kaki meja lipat dalam keadaan tenat, malah tubuhnya kebiruan akibat tidak dapat bernafas.

"Saya kemudian segera menghantar Muhammad Irfan ke Hospital Kuala Kangsar untuk mendapatkan rawatan sebelum dia dihantar ke HRPB," katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di sini hari ini.

Mohd. Fadtah berkata, Muhammad Irfan adalah anak kedua daripada tiga beradik dan merupakan kanak-kanak yang sangat aktif.

Sementara itu, ibu mangsa, Salmah Sapiay, 25, pula berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergiannya sebagai satu suratan takdir.

Katanya, jenazah Muhammad Irfan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Talang Hilir di sini pada pukul 11 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Ghaffar Muhamad ketika dihubungi memberitahu pihaknya tidak menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Menurut beliau, sekiranya kejadian itu berkaitan dengan unsur jenayah, pakar perubatan di hospital kebiasaannya akan memaklumkannya kepada polis.

malangtakberbau

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

NAK KAJI APA LAGI? PRK DAH HABIS...PENAIK SAJA LA

Posted: 08 Mar 2011 02:00 AM PST



NAK BERBUNGA-BUNGA PULAK
KONON-KONON TUNJUK BAIK
KAH! KAH! KAH!

PENAIK SAJA LA HARGA MINYAK
TAK PAYAH DOK BERDOLAK-DALIH
SEMUA RAKYAT DAH SOKONG BN
APA-ADA HAL


Harga RON95 perlu dikaji semula

KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini.

Pada masa ini hanya harga petrol RON97 yang didagangkan mengikut harga semasa minyak mentah dunia.

Tambah Yeoh, diharap trend kenaikan harga pasaran minyak mentah global itu bersifat sementara dan akan kembali stabil apabila krisis politik di Timur Tengah kembali reda.

Sementara itu, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kadar inflasi semasa ekoran kenaikan harga makanan dunia.

''Penganalisis ekonomi berpendapat, peningkatan harga makanan akan menyebabkan kadar inflasi tempatan melonjak melebihi tiga peratus pada tahun ini,'' jelasnya.

Ketika ditanya mengenai pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini, Yeoh berkata, prestasi Malaysia adalah baik dengan pertumbuhan dijangka pada paras enam peratus.

''Pertumbuhan kukuh akan disokong oleh pemulihan dalam sektor eksport serta harga komoditi yang kukuh,'' tambah beliau.

Selain itu, prestasi pasaran saham tempatan juga kekal positif dan dijangka mencecah paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.

utusanmeloya


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tanpa parti SPR, siapalah BN

Posted: 07 Mar 2011 11:00 PM PST

Seperti mana yang telah dijangkakan, BN akan menang di kedua-dua PRK yang berlangsung serentak iaitu di DUN Merlimau, Melaka dan DUN Kerdau, Pahang.

Kedua-dua DUN tersebut sebelum ini adalah merupakan antara kubu UMNO/BN. Apa lagi apabila ianya adalah PRK.



PR bukan sahaja bertempur dengan jentera UMNO/BN tetapi berdepan dengan jentera Kerajaan Negeri, kerajaan Persekutuan termasuk komponen BN iaitu SPR dan PDRM. Bukan sesuatu yang luar biasa dengan kemenangan BN ini.

Tidak ada sesuatu yang membanggakan dan menimbulkan rasa teruja dengan kemenangan BN tersebut. Apa lagi setiap PRK kita berdepan dengan pelbagai taktik kotor dan jelek yang dilakukan oleh UMNO / BN yang mendapat sokongan dan bantuan khususnya daripada badan yang tidak pernah telus, tidak pernah profesional dan tidak punyai integriti seperti SPR.

SPR yang merupakan badan yang secara jelas berpihak kepada UMNO/BN. Tidak adil, tidak bebas, tidak telus dan tidak profesional demi menyelamatkan dan memberikan kemenangan kepada UMNO/BN setiap kali PRK berlangsung. Sikap berat sebelah dan tidak adil oleh SPR menjadi SPR terlalu kotor dan jelek. Segala apa yang berlaku di sepanjang PRK ditutup mata dan telinga.

SPR sendiri yang bertindak mem'bull-shit'kan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 daripada dikuatkuasakan, apabila UMNO/BN melakukan gerakerja mereka. Malah menjadi badan yang mengesahkan 'bersih dan betul' tindakan UMNO/BN walaupun ianya adalah secara jelas, terbukti serta sah kesalahan seperti mana yang terkandung di dalam Akta 5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Perkara 10. Malah Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan bahawa beliau 'bukan pakar' dalam menentukan sama ada pemberian barangan bercanggah dengan undang-undang pilihan raya.

Kenyataan bodoh dan dungu yang keluar daripada seorang Pengerusi SPR yang wajib mengimplimentasikan serta menguatkuasakan dengan tegas segala peruntukan undang-undang agar sesebuah pilihan raya berjalan dengan adil, telus dan betul tanpa berpihak kepada mana-mana parti-parti politik.

UMNO/BN terus mendidik rakyat dengan taktik dan strategi yang menyeleweng dengan menganggap "UMNO/BN adalah kerajaan, kerajaan adalah UMNO/BN" dengan sokongan daripada SPR. Sedangkan UMNO/BN adalah parti politik manakala kerajaan adalah kerajaan, waima ianya kerajaan negeri atau kerajaan pusat yang tidak sepatutnya dipergunakan dalam setiap kali pilihan raya.

Sesungguhnya "demokrasi tulen dan keadilan" sudah lama mati di negara Malaysia ini. Peranan SPR antara menyebabkan "demokrasi dan keadilan" tidak wujud di dalam negara ini. SPR dipalitkan dengan isu "pengundi hantu", "pengundi ragu", "berat sebelah" dan tidak dinafikan sebagai "benteng" bagi memenangkan UMNO/BN. Perjanjian Persefahaman atau MOU serta 'perjanjian sulit' antara SPR dan UMNO/BN semakin terserlah dan terbuka.

SPR menjadi dalang secara licik dan terancang menjadikan pilihan raya negara ini paling kotor dan menjijikkan. Segala bantahan, memorandum, bukti, fakta dan aduan di"bakul-sampah"kan oleh SPR. Adakala menjadi badan yang menjawab dan menafikan segala taktik kotor yang dilakukan oleh UMNO/BN.

Suara-suara sumbang dan sinis juga keluar daripada SPR contohnya apabila PR menang, tidak ada pula aduan "pengundi hantu". Kenyataan dangkal, sedangkan setiap kali PRK akan dilaporkan segala kepincangan, penyelewengan, kerja kotor UMNO/BN dan termasuk kes "pengundi hantu " mahupun "pengundi ragu". walaupun dengan segala taktik dan strategi kotor dilaksanakan oleh UMNO/BN dan SPR, tetapi kekuatan rakyat telah berjaya memenangkan PR.

Saya benar-benar terharu dengan semangat dan komitmen yang tidak berbelah bagi para petugas PR yang tidak pernah berputus asa dan kecewa walaupun menghadapi kekalahan di setiap PRK yang berlangsung. Mereka tidak dibayar apa lagi tidak meminta upah untuk berjuang dengan segala limitasi dan kekangan. Tetapi mereka adalah para pejuang kental dan istiqamah yang tidak mengaku kalah walaupun mereka sedar mereka berperang di padang yang tidak berpihak kepada PR.

Kepada para pejuang, kekalahan adalah adat berperang. Setiap pejuang mesti melalui dan merasai erti kekalahan. Kekalahan bukanlah sesuatu yang mutlak dan hakiki. Kekalahan adalah azimat kental untuk memperbaiki, muhasabah dan menjana perubahan untuk masa akan datang.

Dengan izin Allah, akan tiba masanya sinar kemenangan menjelma jua. Jangan putus asa dan kecewa. Allah sedang menguji kita. Kuat atau tidak keimanan dan perjuangan kita. Kita bangun & lawan !!!!


blog.marhaen.info

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Dicekup ketika ingin bersetubuh dalam kereta

Posted: 07 Mar 2011 08:00 PM PST

KAMPUNG RAJA, Besut: Seorang duda dan pasangannya yang ditangkap memadu asmara di dalam sebuah kereta didenda RM2,700 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas membuat pengakuan bersalah sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof memerintahkan duda berusia 36 tahun, dan pasangannya berumur 24 tahun, dipenjarakan sebulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, pasangan terbabit ditangkap di dalam sebuah kereta di Tanjung Demong dekat Bukit Keluang pada jam 3.50 petang, 22 Oktober tahun lalu.

Duda terbabit dari Jalan Sultan Zainab, Kota Bharu, Kelantan dan bekerja sendiri manakala pasangannya, beralamat di Taman Jati, Selangor seorang jurujual didakwa berada berdua-dua sedangkan mereka bukan muhrim, sekali gus dituduh sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 Terengganu yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

Nik Mohd Shahril Irwan ketika membacakan fakta kes memberitahu, penguat kuasa syariah yang membuat rondaan di sekitar pantai Tanjung Demong ternampak sebuah kereta jenis Honda City hitam dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, penguat kuasa menghampiri kereta bercermin kereta gelap itu, dan mendapati dua wanita berada tidak jauh dari kereta (luar kereta). Manakala, duda terbabit berada di tempat duduk pemandu dan pasangannya di sebelahnya dalam keadaan mengiring serta kerusi direbahkan.

Apabila pintu kereta diketuk, pasangan itu cuba memakai pakaian dan empat minit kemudian, baru pintu kereta dibuka. Penguat kuasa mendapati ketika itu lelaki terbabit memakai seluar pendek londeh sehingga paras paha.

Tertuduh perempuan pula memakai kemeja T lengan pendek diangkat ke paras dada dan tidak memakai seluar serta tudung.

Pendakwa memberitahu mahkamah beberapa barang kes milik tertuduh turut dirampas termasuk sehelai seluar pendek, kemeja T, seluar dalam warna kuning dan barang kes lain.

Mereka yang kini telah bertunang merayu dikenakan hukuman ringan dan hakim menegur perbuatan mereka yang keterlaluan itu.

Duda terbabit hadir ke mahkamah dengan berkemeja lengan panjang dan bersongkok, manakala tunangnya memakai baju kurung ditemani seorang rakan perempuan.

SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PAS amal Islam sebenar, Umno mengelirukan

Posted: 07 Mar 2011 05:00 PM PST


KEPALA BATAS, 7 Mac: Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng mengakui PAS mengamalkan Islam tulen berbanding Umno yang banyak mengelirukan agama itu menyebabkan parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain tidak berminat mendekati Islam.

PAS, kata beliau banyak mengajar dirinya lebih dekat dengan Islam dan merasai ada kelainan bila mana mengadakan perbincangan atau pertemuan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS lain dengan Umno yang saya kenal. Mereka memperjelaskan kekeliruan sehingga ramai bukan Islam dalam Parti Keadilan Rakyat dapat merasai kelainan berbanding berkawan dengan Umno," jelasnya yang juga Naib Presiden PKR ketika berucap dalam Karnival Penang Harmoni di Dewan Millenium, di sini malam tadi.

Turut berucap ialah Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Ketua Penerangan dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Mohamad Sabu.

Beliau turut memuji langkah PAS memperjelaskan isu penggunaan kalimah Allah sehingga ada yang pergi ke gereja untuk tujuan berkenaan tetapi sebelum ini tidak pernah terjadi demikian.

Natijahnya kata beliau, PAS bukan sahaja dapat merapatkan jurang dengan masyarakat bukan Islam apabila tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS tetapi juga individu bukan Islam tidak bimbang lagi dengan dasar Islam yang didokongi PAS.

"Dulu memang orang bukan Islam takut PAS kerana bimbangkan terlalu ekstrem, rupa-rupanya tidak, Umno pula dianggap parti asabiah kerana terlalu mengagung-agungkan kemelayuannya," kata beliau pada malam terakhir pada program anjuran Lajnah Penerangan PAS negeri yang berlangsung selama 10 hari itu.

Justeru itu, katanya kebanyakan kepimpinan Umno lebih suka melakukan rasuah, pecah amanah dan tidak mempedulikan penyelewengan untuk melonjakkan nama sendiri bagi memastikan kedudukan terjamin sedangkan PAS terbukti berjaya mempamerkan kejayaan hasil kerjasama dengan bukan Islam dalam PKR dan DAP.

Lagipun, ujarnya Kelantan di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri berjaya membawa contoh sebagai sebuah kerajaan yang bersih dan dapat meningkatkan kemajuan.

Ianya, kata beliau tidak seperti mana yang diwar-warkan oleh Umno dan BN kononnya jika memerintah mengikut cara Islam, negeri boleh bankrap dan pembangunan ketinggalan.

HD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: