Selasa, 1 Mac 2011

Ajijoi

Ajijoi


SPR tidur mati di Kerdau dan Merlimau?

Posted: 01 Mar 2011 06:26 AM PST


SPR ni kalau kita kata dia tak buat kerja, marah pulak. Tapi memang betul pun tak buat kerja.

BN sogok rasuah pada pengundi gila-gila punya banyak, SPR buat bodoh saja. BN guna pendekatan samseng pun, SPR buat bengap saja.

Setahu saya, Pengerusi SPR Pahang yang meninggal, takkan seluruh SPR dah tak berfungsi langsung.

Cuba kalau ada aduan daripada BN yang mengatakan Pas melakukan kesalahan pilihanraya, pasti SPR daripada bawahan sampailah ke Bossnya akan keluar tv dan suratkhabar, mengata begitu, begini. Nak ambil tindakan itu, ini.

BN tak buat salah apa-apa? Jangan biarkan diri anda diperbodohkan oleh media milik Umno semata. Cuba-cubalah membaca daripada sumber yang lain juga. Janganlah hanya mengharapkan berita-berita daripada media umno saja.

Rajin-rajinkanlah membaca link-link tentang kebejatan Umno dan BN dalam kempen pilihanraya kecil di Dun Kerdau dan Merlimau di bawah ini:-

Dun N.28 Kerdau:-









Dun N.27 Merlimau:-









Banyak lagi blog-blog dan facebook yang menyiarkan pelbagai ragam kempen BN yang dipejamkan mata oleh SPR.

Kalau memang SPR hendak memenangkan Umno dan BN sekalipun, jangan nampak sangat berat sebelahnya. Professional lah sikit.

Calon Pas N.27 Merlimau bawa pendekatan mesra

Posted: 01 Mar 2011 05:38 AM PST


MERLIMAU, 1 Mac : Calon PAS Hj Yuhaizad Abdullah meneruskan kempen mesra beliau bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat dengan mengunjungi Pasar Merlimau yang menjadi tempat kunjungan bagi seluruh penduduk Merlimau pagi tadi.

Beliau telah mendapat sambutan yang amat mesra dan meriah dikalangan para peniaga dan pengunjung yang nampaknya teruja melihat penampilan calon PAS tersebut.

Ini membuktikan bahawa calon PAS ini mendapat sokongan dikalangan rakyat dan pengundi pelbagai kaum di Merlimau walaupun sokongan itu tidak dizahirkan sebelum ini.

Kempen yang bermula diawal pagi tadi diserikan dengan pemberian sejambak bunga kepada sesiapa sahaja yang disantuni oleh beliau.

Jika sambutan yang menggalakkan berterusan tidak mustahil Yuhaizat akan membuat kejutan dengan kemenangan untuk rakyat dalam PRK Merlimau kali ini.

Terkejut akak...suami pun tak pernah bagi bunga macam ni

Doa-doakanlah kemenangan Pas nanti ye

Anak kecil ini juga tidak terlepas daripada perhatian calon

Wanita daripada kaum Tionghua ini juga teruja menerima kuntuman bunga daripada calon Parti Islam Malaysia

Rata-rata ramai yang terharu diberikan perhatian yang amat istimewa daripada calon Pas ini

Satu situasi yang amat payah untuk dilihat dalam kem kempen BN

Kalau ular yang berbisa juga dapat dikuasai Haji Yuhaizad, tak mustahil Umno yang lidah bercabang dapat dikalahkan

Siapa kata kakitangan kerajaan tidak menyokong Pas?

Nyonya, ini bunga kalau campur dengan telor boleh jadi bunga telor tau...

Seronok sangat muslimat ni terima bunga daripada calon

Haji Yuhaizad meninjau kedalam pasar basah pula

Beramah mesra dengan pengunjung pasar

Sokongan padu daripada warga Merlimau jelas terbayang

Terserempak dengan calon BN yang juga berkunjung kepasar yang sama

Tersengih-sengih calon BN, Roslan Ahmad apabila ditanya: calon Pas berkempen dengan diiringi oleh ahli-ahli PKR dan DAP, mana MIC dan MCA? tak ikut calon Umno ke?

Saman ekor: Perlukah membayarnya sekarang?

Posted: 01 Mar 2011 05:26 AM PST



Saman ekor: Ketahui hak anda

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Pas punya banyak isu untuk dibongkar di Kerdau

Posted: 01 Mar 2011 05:17 AM PST



Kenyataan Media Pengarah PRK Kerdau - 01 Mac 2011


Dakwaan Menteri Besar Pahang bahawa PAS tidak punya isu dalam PRK N28 Kerdau ternyata adalah satu kenyataan yang cukup meleset. Semalam, kami telah mengemukakan sekaligus mendedahkan pelbagai kebejatan serta ketempangan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau. Kami akan terus membuat asakan tentang beberapa lagi kepincangan ini termasuk syarikat-syarikat yang menyaman kerajaan negeri atas pelbagai dakwaan pelanggaran perjanjian kontrak dalam urusan pembalakan dan perlombongan yang berjumlah hampir RM300 juta.

Hari ini kami mahu mendedahkan pelbagai perlakuan salah guna kuasa pemimpin Umno/BN Pahang khususnya dalam tempoh berkempen di PRK N28 Kerdau ini serentak menggambarkan betapa tertekannya Umno berhadapan dengan rakyat yang lebih matang dan bermaklumat. Pendedahan ini juga membuktikan bahawa DUN Kerdau jauh terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Justeru kerana kegagalan merancang pembangunan secara bersistematik, maka Perdana Menteri dan Menteri Besarnya amat tertekan sehingga sanggup mengisytiharkan projek luar kawasan mengundi diresmikan dalam kawasan mengundi.

Janji yang dibuat dalam pilihanraya kecil Sanggang pada tahun 2000 bagi membekalkan air bersih di kampong orang Asli Paya Sendayan gagal ditunai sehingga kini. Pada PRK kali ini, PM sekali terpaksa menjanjikan peruntukan RM9.25juta bagi menaikan taraf loji air Batu Sawar. Tindakan membekalkan air 3 hari sekali yang sedang berjalan adalah gambaran sebenar pengabaian nasib rakyat yang kini mahu dipancing undi mereka.

Maka tepatlah tuduhan rasuah dan membeli undi rakyat oleh pimpinan tertinggi Umno/BN apabila Perdana Menteri sendiri melakukannya dihadapan umum tanpa segan silu dengan menyatakan bahawa "Saya bukanlah hendak membeli undi. TETAPI kalau kamu menyokong kami (BN), saya akan tambah lagi peruntukan esok atau lusa. Dengan syarat kamu tunjukkan sokongan kepada BN terlebih dahulu".

Ucapan ini mengingatkan rakyat apa yang juag diucapkan oleh Perdana Menteri dalam PRK Sibu dengan kata-kata rasuah beliau "You help me, I help you!". Sebagaimana pengundi di Sibu bijak menilai lantas menolak sogokan tersebut dengan terus memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat, demikian juga harapan kami kepada pengundi DUN Kerdau.

Kerana terdesak bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum asal, PM secara terbuka meluluskan peruntukan RM400,000 untuk Dewan Terbuka Kampong Seri Kerdau, RM150,000 untuk Balai Bomba sukarela dan RM100,000 untuk Kuil Hindu. Ini tidak termasuk pemberian berbentuk hampers dan makanan yang diedar di kampong Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan sebagaimana dilaporkan oleh RTM.

Keseluruhan peruntukan yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri adalah melebihi RM10juta yakni 10 kali ganda peruntukan sebenar pembangunan di setiap parlimen. PAS mengharapkan satu tindakan tegas mesti diambil oleh pihak SPRM dan SPR yang terang-terangan bertentangan dengan peruntukan Akta Kesalahan (Penjalanan) Pilihanraya (1960).

Sehubungan dengan ini, Dewan Pemuda PAS negeri akan membuat laporan Polis, SPRM dan SPR atas pelanggaran Akta Pilihanraya.

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS,
Pengarah Pilihanraya N.28 Kerdau
01 Mac 2011

Aura Bob Lokman semakin ketara di Kerdau

Posted: 01 Mar 2011 04:58 AM PST


Bob Lokman semakin popular dikala ini apabila menyatakan pendiriannya untuk menyertai Pas dan seterusnya sanggup turun padang untuk membantu kempen calon-calon Pas di Dun Merlimau dan Kerdau.

Kemana sahaja beliau akan dikerumuni oleh orang ramai untuk bersalam, bertanya khabar serta bergambar. Dikesempatan itu juga Bob menggunakan peluang yang ada untuk berkempen serta menyerahkan bahan kempen bercetak buat warga Kerdau.

Media tidak melepaskan peluang untuk menemuramah Bob

Pasar pagi bertambah meriah dengan kehadiran Bob

Para peniaga juga mengambil kesempatan untuk bertemu dan bersalam dengan Bob

Bob tanpa segan silu berkempen serta memberikan bahan bacaan kempen kepada orang ramai

Melayani pertanyaan warga Kerdau

Sususk tubuhnya yang besar mudah kelihatan dikhalayak ramai

Bob 'menerjah' kaunter kempen BN

Sempat meninjau dan bertukar-tukar pandangan dengan orang ramai yang sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan kesihatan percuma

Calon PAS N.28 Kerdau tetap jadi tumpuan

Posted: 01 Mar 2011 03:11 AM PST

Hassanuddin Salim, calon Pas bagi Dun N.28 Kerdau menjadi tumpuan umum kemana sahaja beliau pergi.

Semasa berkempen di Pasar Sehari Desa Murni, susuk tubuh beliau sentiasa menjadi perhatian warga Kerdau. Walaupun kempen beliau tidaklah mendapat liputan yang menyeluruh sebagaimana calon daripada BN, namun rata-rata warga Kerdau telah sedia maklum akan calon Pas yang ini.

Setiap yang disapa pasti menyambut baik layanannya

Kehadirannya ditengah kehidupan warga Kerdau disenangi semua

Bagaikan warga Kerdau telah lama kenal akan calon Pas ini

Pihak media juga tidak ketinggalan menjejaki perjalanan kempen beliau


Mengambil peluang untuk bergambar bersama calon

Anak kecil ini seakan mengenali calon kita

Keramahan calon Pas disenangi tua dan muda

Bertanya khabar keadaan peniaga disana

Melihat dengan lebih dekat hasil jualan penduduk Kerdau

Meninjau ketempat pemeriksaan kesihatan percuma anjuran BN

Disambut sama seperti calon BN juga

Hassanuddin tiba di tempat ceramah kelompok di Lipat Kajang

"Maaf Ustaz, undi kami faham-faham sajalah...", itulah agaknya yang diperkatakan mereka kepada Hassanuddin

Beramah mesra dengan unit anggota polis yang mengawal keselamatan

Memberikan ceramah

Bersama Sdr Balasubramaniam, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pahang

Makan malam bersama tuan rumah tempat ceramah kelompok. Melihatkan daripada senyuman mereka semua, langit masih cerah buat Pas di Kerdau

Undi Pos bertambah, Zambry dan Umno Perak mahu jadi wakil pos?

Posted: 01 Mar 2011 01:33 AM PST

Kebimbangan Umno Perak dengan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat menampakkan realitinya apabila mereka beralih kepada taktik menggunakan undi pos untuk menang mudah pada pilihanraya yang akan datang.

Pertambahan yang ketara disemua dun yang diwakili oleh Umno membuktikan betapa pengecutnya mereka untuk berdepan dengan rakyat, mengambil jalan mudah dengan menggunakan undi pos.

Hamidah Osman yang kononnya hebat juga dikatakan mengharapkan tuah undi pos kali ini.

Statistik pilihanraya di Perak mungkin menunjukkan betapa Umno akan tersungkur jika diadakan pilihanraya waktu yang terdekat ini. Taktik bacul dengan memperalatkan undi pos bukanlah perkara baru buat Umno, tetapi dengan pertambahan yang ketara menjelaskan lagi kebimbangan mereka.

Setelah 2 tahun Umno Perak berkuasa dengan merampas kerajaan negeri, kini mereka rela untuk terus berkuasa walaupun sebenarnya hanya menjadi WAKIL POS, bukannya wakil rakyat.

5,669 undi pos bertambah di Dun diwakili Zambry

PETALING JAYA, 1 Mac: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR Perak, Chan Ming Kai telah mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan Dun diwakili Umno BN di Perak pada tahun 2010.

Bercakap dalam sidang media mingguan parti di sini, hari ini, beliau memberi contoh, di Dun Pangkor yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010.

Katanya, bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di Dun Pangkor yang merupakan sebahagian daripada Parlimen Lumut.

Katanya, calon PKR tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA BN pada Pilihan Raya Umum 2008.

Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di Dun Sungai Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan, Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS.

Katanya, pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke Dun itu.

"Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada Umno. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos," katanya.

Beliau yang juga Adun Simpang Pulai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan itu.

Selain Pangkor, pertambahan ketara pengundi pos ialah di Dun Kamunting yang menerima 1,102 berbanding keluar 146, Temenggor (masuk 690, keluar 38), Pengkalan Hulu (masuk 506, keluar 117), Chenderiang (masuk 255, keluar 31) dan Sungai Rapat (masuk 248, keluar 31).

Beranikah Zambry isytihar harta?

Posted: 01 Mar 2011 01:23 AM PST

Saranan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) agar Zambry dan exco-exconya mengisytiharkan harta mereka umpama meminta perompak memberitahu lokasi rompakan yang akan dilakukan mereka.

Setelah 2 tahun merampas kerajaan Perak, pasti Zambry dan exco-exconya telah 'senang' dan 'kenyang' sekarang.

Kalau dia tak isytihar hartanya pun, persepsi rakyat Perak terhadap dia dan exco-exconya pasti sama dengan pimpinan Umno yang lain.

Kenapa Zambry takut isytihar harta

IPOH, 1 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal komen yang telah diberikan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di atas saranan mengisytiharkan harta semua Exco Kerajaan Negeri Perak.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, ini sepertimana langkah Kerajaan Negeri Selangor bagi memberikan peluang kepada seluruh rakyat untuk menilai sendiri kedudukan sebenar harta setiap Exco Kerajaan Negeri tersebut.

Sepatutnya, kata beliau Zambry sebagai orang nombor satu menunjukkan contoh yang baik dikalangan semua Exco Kerajaan Negeri serta sebagai bukti bersihnya setiap Exco sedia ada.

"Siapakah yang mentadbir kerajaan negeri sekarang?

"Kenapa cuba memburukkan orang lain sedangkan perkara tersebut adalah untuk menunjukkan ketelusan kerajaan negeri," ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, DPPN Pk kesal sikap berdalih Zambry di dalam perkara itu.

Justeru, DPPN Pk mendesak agar Zambry dan semua exco mengisytiharkan harta mereka dengan segera.

Menurutnya, berdasarkan maklumat terkini dikatakan seorang Exco Kerajaan Negeri sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sepatutnya Zambry berusaha membersihkan imej mereka dengan mengisytiharkan harta.

"Tetapi Datuk Seri Zambry bersikap angkuh dan tidak mengambil ikhtibar langsung," ujarnya lagi.

DPPN Pk, tegasnya memberikan tempoh seminggu kepada Zambry untuk mengisytiharkan harta beliau dan seluruh Exco Kerajaan Negeri.

Tambahnya, jika Zambry dan Exco Kerajaan Negeri gagal mengemukakan atau mengisytihar harta untuk dinilai oleh rakyat, maka memang benarlah persepsi yang berlegar di kalangan rakyat ketika ini bahawa kepimpinan Barisan Nasional (BN) adalah di kalangan mereka yang tidak bersih.

Video kempen N.27 Merlimau dan N.28 Kerdau

Posted: 01 Mar 2011 12:59 AM PST

Dun N.28 Kerdau






Dun N.27 Merlimau




Sekolah agama Kerdau terbiar, penduduk miskin

Posted: 28 Feb 2011 09:38 PM PST


TEMERLOH, 1 Mac: Selepas membawa media meninjau pekan Kerdau, stesen keretapi dan projek kuarters polis terbengkalai kelmarin, semalam wakil-wakil media dibawa ke dua lagi lokasi lain yang membuktikan kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau tidak lekang dengan isu kemiskinan dan kemunduran.

Sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Kerdau, pemimpin Umno mendakwa daerah itu tidak pernah diabaikan malah Presiden Umno sendiri bertegas tiada isu kemiskinan di Kerdau.

Wakil PAS membawa pihak media ke lokasi sebuah sekolah menengah agama di tepi jalan utama Temerloh-Jerantut berdekatan Simpang Empat Kerdau (gambar).

Sekolah Menengah Agama At-Tarbiah Kerdau merupakan satu-satunya sekolah aliran agama di sini dan telah beroperasi sejak tahun 60-an lagi.

Bermula dengan menumpang di sebuah surau, Sekolah Agama At-Tarbiah akhirnya mempunyai bangunan sendiri.

Bagaimanapun lebih 20 tahun lalu sekolah ini tidak beroperasi sebagai sekolah menengah lagi, dipercayai tiada usaha-usaha dari pihak kerajaan untuk menjadikan sekolah tersebut terus berkembang.

Kini bangunannya hanya digunakan untuk kelas agama dan fardu ain (Kafa) kepada anak-anak penduduk di situ dan dibuat pusat tahfiz Quran.

"Bagaimana kerajaan BN Pahang dakwa tidak pernah mengabaikan pembangunan di Kerdau, sekolah agama yang menjadi keperluan kepada penduduk untuk anak-anak mereka dibiarkan," kata Abdul Wahid Endut, Timbalan Pengarah PRK PAS Dun Kerdau yang mengetuai tinjauan besama media itu.

Kata beliau, BN tidak pernah mahu mengambil berat keperluan pendidikan agama.

"Kita boleh lihat bagaimana sebuah sekolah agama akhirnya terpaksa ditutup, kerana tiada usaha pihak kerajaan untuk memajukannya, sedangkan permintaan untuk sekolah aliran agama semakin meningkat" ujar beliau.

Menurut Abdul Wahid, beliau dimaklumkan sekolah ini berkembang dengan baik pada peringkat awal, malah satu ketika pernah menjadi antara sekolah yang mencatatkan keputusan peperiksaan cemerlang di seluruh Pahang.

"Daripada sebuah sekolah yang beroperasi kemudiannya ditutup, apakah ini tidak bermaksud kemunduran," ujarnya.

Menurut penduduk di situ, sekarang ini, penduduk Kerdau yang mahu memasukkan anak mereka ke Sekolah Agama terpaksa pergi ke sekolah Al-Khairiah, Temerloh.

"Kalau sekolah agama di Temerloh penuh terpaksalah memilih sekolah aliran biasa, atau bagi yang berkemampuan mereka hantar anak ke sekolah agama yang lebih jauh.

Tetapi kata beliau, biasanya terlalu sukar untuk mendapat tempat di Sekolah Agama Al-Khairiah kerana permintaan terlalu ramai dan tempat amat terhad.

"Pada saya tiada sebab sekolah ini ditutup, tetapi kerajaan tidak pernah ambil peduli," katanya.

Siri tinjauan bersama media yang dikelolakan oleh PAS akan diadakan setiap hari sepanjang kempen PRK Kerdau berlangsung.

Selain meninjau sekolah agama, pihak media juga dibawa melawat sebuah rumah penduduk miskin di Kampung Paya Taram (kiri) sekaligus untuk membuktikan dakwaan Perdana Menteri yang mengatakan tiada isu kemiskinan di Kerdau tidak benar sama sekali.

Di kampung tersebut, pihak media ditemukan dengan Jusoh Abdullah, 61, yang hidup dalam keadaan menyedihkan.

Jusoh mengidap penyakit lelah yang serius tinggal di sebuah rumah usang, sebahagian atap rumahnya bocor tetapi tidak mampu menukar bumbung baru dengan pendapatan RM200 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Anak saya berumur 14 tahun tidak pernah mendapat bantuan persekolahan walaupun berkali-kali saya mohon," kata Jusoh kepada rombongan wakil PAS dan media yang mengunjunginya.

Beliau mempunyai seorang isteri, manakala anak lelakinya yang sudah berkeluarga turut tinggal bersama dalam rumah usang itu kerana tidak mampu mencari kediaman lain.

Ahmad Mohd Yaman, Imam masjid kampung Paya Taram yang turut sama melawat Jusoh mengesahkan terdapat ramai keluarga miskin di sekitar kampung tersebut.

"Saya tengok orang miskin tidak pernah diberi perhatian oleh kerajaan atau wakil mereka di sini. Malah saya sebagai Amir di sini pernah berjumpa dengan orang miskin yang tidak pernah mendapat agihan duit zakat," kata beliau.

Harakahdaily/-




Foto dan video ehsan: minaq-jinggo

Kempen Pas di N.28 (28.2.11) - Bob Lokman turun padang ke Desa Murni

Posted: 28 Feb 2011 08:29 PM PST


Setelah berkempen membantu calun Pas di Merlimau, kini kelibat artis bernama Bob Lokman kelihatan dikerumuni warga Kerdau. Bob membantu calun Pas di Kerdau pula dengan berjumpa para pengundi dan berceramah kepada yang hadir.

Kemana jua pun Bob pergi, pasti disambut mesra orang ramai. Sehinggakan Cina Dap juga telah mula mengenali selebriti terbaru yang bersama Pas ini

Habis hati warga Kerdau dapat bergambar bersama Bob Lokman. Nak bergambar dengan YB Umno? Jenuh kena ikut 'protokol'. Banyak 'orang kanan' dan 'orang kiri' yang perlu diminta izin dan perkenan.

Bob Lokman menyampaikan ucapan bersahajanya dihadapan warga Kerdau yang berkumpul


Video ehsan: minaq-jinggo

"Pas adalah sebuah parti yang membawa wadah Islam...", kata Bob dihadapan khalayak ramai.

Ramai yang mendengar ucapan Bob Lokman

Calon Pas di N.28 Kerdau juga turut serta

Kelihatan photographer Minaq-jinggo sedang mengambil shot bakal YB Kerdau

Hassanuddin Salim, calon Pas di N.28 Kerdau sedang memberikan ucapannya

Aje bebeno

Bob Lokman sedang ditemuramah wartawan

Petugas Pas Dun Kerdau membawa Bob Lokman kelokasi-lokasi yang telah ditetapkan

Nassaruddin Salim berpelukan dengan Salahuddin Ayub

Membeli jualan sambil berkempen

Menghargai sambil beramah mesra bersama pengundi

Mencuba rasai kehidupan sebagai peniaga burger

Petugas bilik gerakan sedang menyusun jadual calun

Berehat sambil minum sebentar dibilik gerakan sebelum menyambung pergerakan berkempen keserata Kerdau

Banner yang menyesakkan nafas MIC dan sekutunya

Foto-foto ehsan: Imran Ahmad Baihaqi

Kotak rasuah BN diedar secara sembunyi di Kerdau

Posted: 28 Feb 2011 08:03 PM PST


Taktik lama pilihanraya dengan mengedarkan barangan makanan masih diamalkan BN. Terbaru berlaku di PRK Dun Kerdau apabila BN mengedarkan lebih 100 kotak yang berisi bekalan makanan dengan wajah Najib Razak tertera di luar kotak tersebut.

SPR masih membodohkan diri apabila ianya melibatkan Umno dan BN tetapi akan bergegak gempita apabila tuduhan dipalitkan kepada Pas.

Permainan semakin kotor tetapi malangnya apabila 'pengadil' semacam lembu dicucuk hidung.

Jangan sampai proses pilihanraya dinegara kita menjadi bahan ketawa rakyat di Zimbabwe.

100 kotak 'bantuan' BN tiba ke Kerdau

BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan.

Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

NONESemua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka.

"Kami diminta mengundi BN dan kami diberitahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkang tidak akan mendapat bantuan," dakwanya.

Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi.

Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin.

NONEIa juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin".

Seorang lelaki yang memakai kemeja-t BN, dipercayai membantu mengedarkan kotak itu, berkata hanyalah "satu bentuk bantuan".

Tetapi apabila ditanya lanjut, beliau hanya menjawab "tak ada apa-apa".

Sementara itu Timbalan Pengerusi PAS Pahang Hamzah Jaafar yang ditemui di tempat itu mendakwa perkara itu merupakan satu bentuk rasuah.

Manakala ADUN Tras daripada DAP Chong Siew Onn pula berkata perkara itu bertentangan dengan undang-undang pilihan raya dan akan melaporkannya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.

-Malaysiakini

Tiada ulasan: