SharpShooter |
- Ribut - 10 keluarga di Taman Bukit Minyak kehilangan tempat tinggal
- Gambar-gambar mimpi ngeri bik mama najib
- Anwar wajib berhenti jika terbukti benar...
| Ribut - 10 keluarga di Taman Bukit Minyak kehilangan tempat tinggal Posted: 28 Mar 2011 09:51 PM PDT Lebih kurang jam 10.30 malam ribut telah melanda flat Taman Bukit Minyak di Kawasan Dun Bukit Tengah Parlimen Batu Kawan. Sebanyak 10 buah rumah bumbung flat telah terbang dan lebih malang telah menimpa 4 buah kereta. YB Ong Chin Wen kebetulan berada di Taiwan mengikuti lawatan Kerajaan Negeri P.Pinang sejak hari Ahad dan akan pulang pada hari Sabtu. Beliau telah bersetuju untuk memberi bantuan segera RM500 untuk satu keluarga. Sharpshooter selaku pembantu YB terus menghubungi Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantuan mangsa ribut manakala Skuad Khas MPSP untuk membersih kawasan. Malam ini semua mangsa terlibat akan berbincang di Pusat Khidmat Adun Bukit Tengah untuk menangani masalah mereka. Mereka perlukan tempat tinggal sementara untuk membaik pulih bumbung flat rumah mereka. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
| Gambar-gambar mimpi ngeri bik mama najib Posted: 28 Mar 2011 12:02 PM PDT ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini. Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor. Program kemudian diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar, Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Program berkenaan dibuat berikutan amalan fitnah semakin menjadi-jadi dalam lanskap politik tanah air, khususnya melibatkan Anwar. Selain perbicaraan kes Fitnah II, umat Islam digemparkan dengan penayangan video seks palsu yang bertujuan meranapkan reputasi Ketua Pembangkang itu di mata rakyat tetapi usaha jahat itu gagal memikat hati rakyat. Ternyata penerbitan video lucah oleh kumpulan Dato T telah menaikkan semangat rakyat. Inilah hikmat di sebalik pendedahan video berkenaan. Rakyat bukan mempercayai apa yang didedahkan itu tetapi semakin menaikkan kemarahan dan kebencian kepada kerajaan umno dan b-end. Rakyat yakin video ini didalangi dan dilindungi olah kerajaan umno b-end sebab itu Nazri dan Hishammuddin bermati-matian mempertahankan Dato T.Kemunculan video ini ibarat seketul batu yang terlalu besar dilontarkan ke dalam air yang tenang dan mengakibatkan gelombang kebangkitan ledakan reformasi ke dua selepas era reformasi 98. Inilah igauan mimpi ngeri bik mama walaupun bik mama pernah menghabiskan wang rakyat RM100 ribu hanya untuk tidur semalaman di hotel terkemuka di Dubai. Mengapa Mat Sembab langsung tidak respon tentang video ini dan mempertahankan Dato T? Mengapa hanya Hishammuddin, Nazri dan Rais sahaja yang bermati-matian mempertahankan Dato T? Semoga Allah memberi kekuatan dan InsyaAllah kerajaan umno b-end akan dapat ditumbangkan pada PRU13. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Anwar wajib berhenti jika terbukti benar... Posted: 28 Mar 2011 03:39 AM PDT Chegubard terus memberi penerangan petang dan malam tentang isu-isu terkini termasuk isu video lucah fitnah 3. Chegubard sepentas bersama Anwar, Guan Eng dan Dato Johari Abdul di Permatang Pauh pada hari Sabtu dua hari lepas. Kelmarin sebelah petang Chegubard memberi penerangan dan merasmikan penubuhan Keadilan Ranting Kuala Muda Cabang Kepala Batas. Selepas itu pada sebelah malamnya Chegubard ceramah bersama Bob Lokman di Sg Seluang, Lunas. Sambutan memang amat memberangsangkan kerana isu video lucah menyebabkan rakyat cukup meluat dengan umno yang tidak mahu bincangkan masalah rakyat tentang kenaikan harga barang. Petang ini Chegubard kini berada di Sg Tiram, Bayan Lepas di Dewan JKKK Sg Tiram dan malam ini Chegubard akan sepentas bersama Mat Sabu di Sg Petani. Blogger Hijat Panjang "hentam sajalah labu.." turut hadir, beliau baru keluar Hospital Pantai. Chegubard yang telah menonton video sebanyak dua kali cukup yakin bahawa hero porno dalam video lucah tersebut bukanlah Anwar Ibrahim. Sebagai anak muda yang dididik dalam reformasi yang cukup tegas, benar kata benar, fitnah kata fitnah, Chegubard sebelum menonton berkata jika benar lelaki tersebut Anwar, Anwar wajib letak jawatan tetapi setelah menonton dua kali, Chegubard cukup yakin, bahawa lelaki dalam video itu bukanlah Anwar. Ini adalah fitnah jijik yang cukup jahat untuk mengaib dan menjatuhkan Anwar. Semoga Allah memberi kekuatan dan membuktikan kebenaran. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan