Isnin, 28 Mac 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


2 Jam Yang Dipertikaikan. Anwar Berkenderaan Apa Ke Hotel Itu?

Posted: 28 Mar 2011 01:05 AM PDT

Dua jam 'hilang' masih misteri

Misteri 'kehilangan' Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua jam seperti yang dipaparkan laman Twitter dan Facebook pada 21 Februari 2011 masih belum terjawab kerana waktu yang dipaparkan pada kedua-dua laman berkenaan tidak sama dan lewat sejam.

Justeru, penafian Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung persoalan mengenai 'kehilangan' Anwar tidak memberikan gambaran yang sebenar.

Masa yang dicatatkan melalui laman Facebook 21 Februari 2011, waktu sebelum DST (Waktu Musim Panas) yang dipraktikkan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Berikutan itu, waktu yang tertera di Facebook lebih awal daripada waktu yang dicatatkan di Malaysia.

Perkara itu diulas penulis blog, Dr Novandri Hasan Basri, dalam laman blognya http://novandri.blogspot.com bagi menjawab penjelasan yang dikemukakan Rafizi dalam sebuah portal berita online kelmarin yang mendakwa Anwar tidak hilang antara jam 10.38 malam hingga 11.06 malam pada tarikh itu, iaitu masa dikatakan adegan seks membabitkan pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

"Rafizi menyembunyikan satu fakta yang penting iaitu tidak menyebut 'kehilangan' Anwar selama dua jam iaitu antara jam 8.20 hingga 10.40 malam (seperti tercatat di Facebook).

"Disebabkan DST berlaku sebelum 13 Mac, waktu di Facebook lebih awal daripada waktu Twitter di Malaysia, maka waktu Facebook yang didakwa Rafizi perlu ditambah satu jam," katanya yang dipetik dari laman blognya semalam.

Novandri berkata, ramai yang masih tidak faham mengenai DST yang menyebabkan waktu di Facebook adalah lebih awal daripada Twitter pada 21 Februari di Malaysia.

"Waktu musim panas, dikenali di Amerika sebagai DST, adalah sistem yang bertujuan untuk 'menyimpan cahaya siang hari' pada musim panas dan oleh sebab itu di Eropah sistem ini dikenali sebagai 'Waktu Musim Panas'.

"Waktu rasmi dimajukan (biasanya) satu jam lebih awal daripada zon waktu rasmi dan dilakukan selama musim bunga dan musim panas. Hal ini bertujuan untuk lebih menyesuaikan waktu ketika hari masih terang dengan waktu kegiatan kerja dan sekolah," katanya.

Sehubungan itu, katanya, selepas 13 Mac, masa Facebook turut dipercepatkan (ditambah) selama satu jam, tetapi Malaysia tidak lagi mempraktikkan DST sejak 31 Disember 1981, maka waktu Malaysia tidak berubah.

"Perlu ditekankan di sini sekali lagi, jika Twitter menunjukkan waktu yang tepat, standard dan semasa tetapi waktu di Facebook menunjukkan waktu yang lebih awal dari sebenarnya," katanya. -BH


'Di manakah Anwar Ibrahim?' PKR kemuka bukti

Pejabat PKR hari ini tampil memberi urutan catatan Twitter dan Facebook oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan ketua umum parti itu berada di rumah dan berhubung menerusi alam siber ketika rakaman sebuah video lucah dikatakan berlangsung di sebuah hotel.

Dua akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia dan New Straits Times hari ini mendakwa tidak ada catatan Twitter atau Facebook Anwar pada 21 Februari antara jam 10.23 hingga 10.45 malam – masa yang dikatakan adengan seks membabitkan pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pengarah Strategi Komunikasi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu.

Tertera adalah catatan yang dimaksudkan:

1040 malam: "Inshaallah"
1049 malam: "That's d Najib's plan. Our task: pursue reform agenda"
1050 malam: "Varsity students: Conscience of the majority"
1052 malam: "Modus operandi of rogue leaders"
1058 malam: "Bisa"
1103 malam: "Waras"
1103 malam: "Ada ruang bias ja"
1105 malam: "Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah di UGM"
1108 malam: "RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed"

Jelas Rafizi, masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat 'Selective Tweets'.

Sembilan pesanan

Rafizi berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara jam 10.38 hingga 11.06 malam.

Waktu rakaman video berkenaan adalah antara 10.20 hingga 10.41 malam.

"Semua laporan setakat ini oleh mereka yang menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter," jelas beliau.

Malah Rafizi menegaskan pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang itu sendiri kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya diketahui umum.

"Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Rafizi berkata ada pihak termasuk blog upahan Umno mendakwa wujud perbezaan masa sejam di antara catatan di laman Facebook dan laman Twitter.

Bohong besar

Itu kata beliau adalah pembohongan besar yang direka cipta kerana hakikatnya adalah Anwar di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

"Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Datuk Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook dua minit kemudian.

Oleh itu kata beliau, penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya akhbar-akhbar milik Umno itu yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno.

"Dengan pendedahan ini, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut," katanya.

Dalam laporan muka depannya hari ini bertajuk "Di Manakah Anwar Ibrahim" akhbar kawalan Umno itu mendakwa Ketua Pembangkang 'hilang' kira-kira dua jam pada 21 Febuari lalu, kerana tidak ada catatan dalam Twitter dan Facebooknya.

Niat jahat

Rafizi berkata, laporan itu jelas berniat jahat, dan bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan Umno ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat.

Menurut Rafizi, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan.

"Malah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau," katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Menurut Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks Isnin lalu ia dirakamkan di sebuah hotel di ibu negara pada 21 Februari lalu. -mk


Ulasan GB

Katalah benar 2 jam Anwar "hilang", hotel terdekat mana yang Anwar pergi, lakukan kerja terkutuk itu dan kemudian balik, yang hanya memakan masa 2 jam?

Naik apa? Motorsikal dengan membonceng Velentino Rossi? Super Lumborghini? Jumbo jet?

Atau Anwar mempunyai keistimewaan sebagaimana pak menteri dan polis boleh memasang dan membunyikan siren pada kenderaannya meredah lampu trafik dan supaya orang lain ketepi di jalanraya untuk memberi laluan kepadanya supaya cepat sampai ke hotel berkenaan?

Justeru itu, keseluruhan episod video seks tersebut JELAS satu rekaan, satu konspirasi yang dilakukan oleh Datuk T yang disokong kuat oleh UMNO termasuk para blogger yang mencari sedikit habuan populariti dan tumpang sekaki dengan harapan jerat dan fitnah itu menjadi.

Dari segi teknikalnya sahaja sudah out, video hitam putih. Kenapa hitam putih sednagkan kedai runcit paling cokia pun sekarang ini guna CCTV berwarna? Sebab tidak mahu bagi nampak sebarang kesan "doctored" ke atas video berkenaan.

Dah ler pelakon yang diambil tidak menepati ciri-ciri fizikal Anwar, cuma wajahnya sahaja yang berjaya diubah.

UMNO hidup bertunjangkan fitnah. Itulah kebenarannya!



Sesungguhnya mereka yang memfitnah mukmin yang lelaki mukminah yang perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka ke atas mereka neraka jahanam, dan azab yang membakar. (Al-Buruj 85:10)


Dapur Restoran Dikesani Banyak Najis Tikus & Lipas

Posted: 27 Mar 2011 11:42 PM PDT

Klang: Sisa makanan tidak diuruskan, najis tikus bertaburan dan anak lipas merayap di dapur restoran. Sukar dipercayai tetapi itulah hasil penemuan operasi penutupan premis makanan dan penguatkuasaan dinamakan 'Ops Bersih 4' di Jalan Istana, di sini, baru-baru ini.

Pemilik restoran terbabit mendakwa dapurnya sebelum ini dalam keadaan bersih dan terurus tetapi alasan terbabit gagal melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan tegas bahagian penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Sentral yang mengikuti operasi bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang diketuai Timbalan Pemangku Pengarah Kesihatan MPK, Amran Jali mendapati kebanyakan premis yang diperiksa pasukan penguat kuasa itu meloyakan.

Dalam operasi bulanan itu, pasukan berkenaan terpaksa melayan kerenah pengusaha restoran yang tidak berpuas hati apabila premis mereka dikenakan tindakan.

Ada antara mereka bersikap biadap apabila mengherdik dan mempertikaikan tugas pihak penguat kuasa.

Bagaimanapun, peniaga terbabit terpaksa mengalah selepas pihak penguat kuasa menerangkan kesalahan mereka.

Amran berkata, lapan premis yang diperiksa gagal mempamerkan tahap kebersihan yang sepatutnya dan kebanyakan premis hanya bersih di bahagian depan tetapi kotor di belakang.

"Kami sudah mengenal pasti kawasan ini dan memberi notis sebelum mengadakan operasi.

Kebanyakan restoran yang diperiksa gagal menepati piawaian kebersihan seperti ditetapkan, antaranya membungkus makanan menggunakan surat khabar dan menggunakan pinggan mangkuk sumbing.

"Mereka mencampur bahan mentah bersama makanan yang sudah dimasak di dalam peti sejuk dan tidak memberi suntikan demam kepialu kepada pekerja," katanya sambil menambah kebanyakan premis yang terbabit dalam operasi ini adalah kategori C, iaitu memuaskan.

Amran berkata, pihaknya menjumpai najis tikus dan lipas di beberapa premis.
Berikutan itu, katanya, tujuh daripada lapan premis yang diperiksa diarah tutup dua minggu bagi memberi masa kepada mereka membersihkan premis masing-masing.

Pemilik premis boleh beroperasi kembali jika MPK dan PKD Klang berpuas hati dengan tindakan yang mereka ambil daripada aspek kebersihan tetapi jika gagal, kes mereka akan dibawa ke mahkamah.

Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1987.

Bulan lalu, lapan premis restoran diarahkan tutup dalam Ops Bersih 3 yang diadakan di sekitar Jalan Tengku Kelana. -BH

Mengapa SPRM Yang Mahu Soal Balas Peter Vanezis, Bukan Suruhanjaya Siasatan?

Posted: 27 Mar 2011 10:06 PM PDT

Shafee akan soal balas Peter Vanezis

Peguam Kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock Hock, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata, beliau akan menyoal balas ahli pathologi ternama, Prof Dr Peter Vanezis (gambar) minggu depan berhubung kemungkinan punca kematian Teoh.

Vanezis adalah pengarah kepada Cameron Center, William Harvey Research bagi sains perubatan forensik dan perunding kanan dalam sains perubatan forensik angkatan tentera British.

Beliau susah melakukan lebih 2,000 bedah siasat membabitkan kematian yang meragukan, di mana kira-kira 1,500 daripadanya berkaitan kes pembunuhan.

Merujuk kepada prosiding minggu lalu, Shafee berkata, Teoh, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, adalah saksi utama dalam siasatan SPRM untuk memberi penjelasan kepada beberapa dokumen.

Suruhanjaya Siasatan itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen, manakala anggota panel lain terdiri daripada bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T S Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

Teoh, 30, ditemui mati 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. - Bernama

Ulasan GB

Kita tertanya-tanya mengapa sekarang baru peguam SPRM yang bernama Muhammad Shafee Abdullah mahu menyoal balas ahli pathologi, Prof Dr Peter Vanezis minggu depan berhubung kemungkinan punca kematian Teoh?

Mengapa ia tidak dilakukan semasa inkues tempohari sebaliknya telah membenarkan Peter Vanezis pulang dengan alasan kononnya beliau menerima ugutan bunuh melalui email?

Sepatutnya Suruhanjaya Siasatan yang melakukannya dan SPRM sudah tidak perlu campurtangan lagi demi integriti dan kredibiliti hasil siasatan.


Askar ‘Ghaib’ Tiga Minggu Ditemui Dalam Gaung

Posted: 27 Mar 2011 08:46 PM PDT

Tampin: Misteri kehilangan seorang anggota tentera yang tidak melaporkan diri di kem selama tiga minggu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam sebuah gaung di Kilometer 10, Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Felda Sungai Kelamah, di sini, kelmarin.

Gambar: MAYAT Mohd Zaki diusung anggota polis untuk dibawa ke bilik mayat Hospital Tampin yang ditemui dalam gaung di Kilometer 10 Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Felda Sungai Kelamah.

Lebih memilukan apabila mayat mangsa, Prebet Mohd Zaki Ahmudhi, 27, yang ditemui kira-kira jam 1.35 petang hanya tinggal rangka dalam keadaan terbenam di dalam lopak air di gaung kira-kira tiga meter.

Difahamkan, mangsa dipercayai meninggal akibat kemalangan berikutan motosikal ditungganginya dijumpai tidak jauh dari kawasan berkenaan. Ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, dia berasa pelik apabila dimaklumkan anak lelakinya itu tidak melaporkan diri di Kem Syed Syaruddin, Gemas, di sini, sejak 5 Mac lalu.

"Saya diberitahu pihak tentera sudah berusaha mencari dia (Mohd Zaki), namun tidak berhasil kerana masih gagal menghubungi atau menemuinya.

"Berikutan itu, hati saya amat bimbang dan tidak berhenti berdoa kepada Allah supaya dia ditemui dalam keadaan selamat," katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), di sini, kelmarin.

Menurutnya yang turut membuat laporan polis mengenai kehilangan itu, dia tersentak apabila menerima panggilan polis dan tentera supaya datang ke HT untuk membuat pengecaman mayat.

"Sejurus tiba di hospital, hati saya luluh apabila mendapati dokumen pengenalan diri termasuk maklumat yang berada dalam sebuah telefon bimbit adalah miliknya," katanya. Katanya, walaupun pedih, dia reda dan menganggapnya sebagai ketentuan Ilahi.

"Beberapa hari sebelum kejadian, dia menghubungi saya untuk bertanyakan khabar. Saya menasihatkannya supaya berwaspada ketika berada di jalan raya," katanya yang tidak menyangka melihat rangka mayat anaknya. Jenazah Allahyarham dibawa pulang untuk dikebumikan di kampungnya di Kluang, Johor, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -hm

Fitnah Ke Atas Wartawan Harakah Pula

Posted: 27 Mar 2011 06:30 PM PDT

Video seks: Wartawan Harakah pula difitnah

Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan fitnah blogger Umno yang mendakwa beliau ada menyatakan kononnya imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, beliau menyatakan 'muka individu itu adalah serupa dengan Anwar'. Namun selepas melihat susuk tubuhnya, perut yang buncit meyakinkan beliau bahawa individu itu bukanlah Anwar.

Beliau menjawab demikian ekoran dakwaan Papa Gomo yang menuduh beliau ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar dalam satu pertemuan di sebuah restoran malam tadi.

"Dalam Rbf ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restroan di Jalan Yap Kuan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja, saya pulang ke rumah di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia Satu fitnah," katanya.

Beliau menyatakan, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen dan melaporkan kepada Saifuddin tentang fitnah itu.

Beliau sendiri mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan beliau ada menyatakan kepada Anwar keyakinannya.

Wan Nordin juga menyatakan, beliau ada melihat video tersebut kononnya wajah Anwar, tetapi apabila dilihat kepada susuk tubuh sebenarnya sangat jauh berbeza kerana perut yang buncit.

Beliau menerangkan, pada awalnya beliau tidak tahu tentang tayangan video berkenaan kerana hanya mendapat jemputan kononnya ada 'sidang media khas' oleh seorang wartawan akhbar arus perdana.

Beberapa kali beliau cuba bertanya apa intipati sidang itu, namun wartawan yang menjemputnya itu enggan memberitahu.

Sehinggalah beliau ke loaksi, Carcosa Sri Negara dan dibawa naik ke suatu bilik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.

Hinggakan kata beliau, barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, pen, perakam dan buku catatan diambil oleh orang yang tidak dikenali untuk disimpan sementara bagi masuk ke bilik sidang media.

Selepas duduk di dalam bilik itu, barulah beliau tahu adanya tayangan tersebut, dan akibat ketakutan dan atas dasar keselamatan beliau enggan bertindak semasa dalam bilik dan hanya menurut kehendak pengajur sahaja.

Sebelum ini Harakahdaily telah melaporkan penjelasan dari Wan Nordin barhubung bagaimana beliau dijemput ke satu sidang media yang kemudiannya bertukar kepada tanyangan video seks.

Ulasan GB

"Fitnah" boleh mengena sesiapa saja. Wan Nordin atau sesiapa juga yang beragama Islam tidak sepatutnya berada di sana, tetapi malang bagi wartawan Harakah itu, terperangkap, dan "ter"tonton (jika boleh digunakan istilah sedemikian) video lucah tersebut.

Adalah lebih selamat jika wartawan berkenaan sekalipun sudah masuk ke bilik berkenaan, tidak lansung menghiraukan tayangan berkenaan seperti memandang e arah lain dan tidak mengulas apa-apa pun mengenainya. Jika ada pertanyaan juga, maka kita berlepas tangan dengan menyatakan dengan tegas, saya tidak menontonnya kerana ia haram untuk kita.

Ia menjadi pengajaran untuk golongan mukmin - supaya tidak terjebak dalam apa yang diistilahkan "syubhat" dan agar tidak ditimpa fitnah berkenaan.

Memang kita ini lemah, maka dengan sebab itu Allah menganjurkan sekalipun terhadap orang beriman, supaya bermohon ampun kepada Allah, kerana syaitan itu sentiasa ada sepanjang perjalanan kita untuk menggelincirkan kita supaya terheret bersama dengan mereka.

Semuga Allah swt menyelamatkan kita dari fitnah-fitnah yang kini nampaknya semakin bermaharajalela dan menghukum si pemfitnah itu dengan hukumanNya di dunia dan di akhirat sepertimana yang dijanjikanNya di dalam Al-Qur'an


Sesungguhnya mereka yang memfitnah mukmin yang lelaki mukminah yang perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka ke atas mereka neraka jahanam, dan azab yang membakar. (Al-Buruj 85:10)

*Nota: Bagi yang terkena fitnah, ayat di atas dibaca berulang-ulang kali supaya terselamat dari fitnah berpanjangan dan supaya si pemfitnah dihukum Allah serta-merta. InsyaAllah.

Paras Radiasi Naik 10 juta Kali Lebih Tinggi

Posted: 27 Mar 2011 05:45 PM PDT

Tokyo: Pegawai di Jepun semalam melaporkan peningkatan besar mendadak kadar radiasi iaitu 10 juta kali lebih tinggi berbanding paras biasa dalam air di salah satu reaktor di loji nuklear di Fukushima Daiichi yang bocor selepas dilanda gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu.

Jurucakap pengendali loji Tokyo Electric Power Co (TEPCO), Takashi Kurita berkata, udara di loji itu diukur pada kadar, 1,000 milisievert sejam, empat kali ganda paras 250 milisievert yang disahkan selamat oleh kerajaan.

Berita mengenai peningkatan mendadak paras radiasi di Unit 2 tersebar ketika jurutera TEPCO bertungkus-lumus mengepam air tercemar dari dua lagi reaktor bermasalah di loji Fukushima Daiichi, 220 kilometer ke timur laut Tokyo.

"Bacaan di loji itu terlalu tinggi, menyebabkan pekerja mengukurnya, melarikan diri sebelum mengambil bacaan kedua," katanya.

Beliau berkata, pekerja sedang berusaha keras mengeluarkan air tercemar itu dan mencari tempat selamat untuk menyimpannya.

Dua pam baru akan dibawa masuk untuk mempercepatkan kerja mengepam air, berikutan setakat ini hanya satu pam digunakan.

Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun kelmarin memberi amaran paras radiasi di unit terbabit semakin meningkat dan usaha mengepam air di loji itu perlu diberi keutamaan.

Paras radiasi yang tinggi dalam air di loji nombor 3, menimbulkan kecurigaan kebocoran mungkin disebabkan rekahan. Dua pekerja kini dirawat di hospital selepas dipercayai cedera kerana meranduk air tercemar itu.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano, berkata sumber kebocoran belum dapat dipastikan, tetapi air dengan sisa radioaktif itu 'hampir pasti' merembes dari teras reaktor.

Penemuan air dengan sisa radioaktif di dalam satu atau lebih unit daripada enam kompleks reaktor itu dianggap kekecewaan besar dalam misi segera untuk memulihkan sistem penyejuk sokongan supaya boleh berfungsi semula, selepas lebih dua minggu terjejas akibat gempa bumi dan tsunami.

Gempa bumi dengan kekuatan 9 skala Richter melanda wilayah timur laut Jepun 11 Mac lalu, mencetuskan tsunami dan melumpuhkan operasi di loji nuklear Fukshima Daiichi.

Ia juga semakin menyukarkan usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa yang mengorbankan lebih 10,000 nyawa selain menyebabkan ratusan ribu penduduk kehilangan kediaman.

Sejak gempa bumi dan tsunami melanda, pekerja di loji berkenaan terus bertungkus-lumus menyejuk loji yang terlalu panas, ketika sisa radioaktif mula mencemari makanan, air laut malah bekalan air paip hingga sejauh Tokyo. – AP



Ulasan GB

Demonstrasi di atas menandakan saru "alert" dari Jepun, sebuah negara maju di sebelah timur.

Semalam ada demo di barat iaitu di Jerman dan GB telah mengulasnya begini:

Itu rakyat di sebuah negara maju, yang mengambil iktibar dari apa yang berlaku di Fukushima Jepun.

Di Malaysia lain ceritanya. Kebodohan kerajaan menggadaikan nyawa rakyatnya untuk meneruskan program nuklear.

PM, TPM dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili, ingin meneruskan rancangan pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif tanah jarang (rare earth) di Gebeng, Kuantan, yang bernilai hampir RM700 juta yang dikatanya adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.


GB sudah ulas sebelum ini: Loji Nuklear Gebeng: Kalau Selamat Suruh Semua Menteri Pindah Ke Sana

Eskay Dan Kisah Anjing Sepherd Yang Tersangkut Kepalanya Di Tembok

Posted: 27 Mar 2011 04:15 PM PDT

Shazryl Eskay Abdullah - begitulah namanya.

Sebelum kes video seks yang sedang hangat diperkatakan sekarang, boleh dikatakan lansung tiada orang yang mengenali nama itu, kecuali beberapa tokoh yang memang mempunyai urusan dengannya.

Namanya meletup apabila beliau secara berterus terang mengakui - 'Saya dalam video itu', apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Menurut seorang pemberita yang menonton video itu, selain seorang wanita dan lelaki mirip Anwar, terdapat seorang lagi dilihat di permulaan video itu. Bagaimanapun, bahagian mukanya tidak kelihatan.

Persoalan kini, jika beliau mengaku bahawa beliau ada di dalam video berkenaan, dan kini menuduh Anwar Ibrahim adalah pelaku yang mengadakan adegan seks berkenaan, bererti beliau (Eskay) telah jelas melakukan kesalahan iaitu sengaja membiarkan adegan itu berlaku dan dirakamkan dengan kehadirannya, malah penyertaannya sendiri (sepertimana yang diakuinya sendiri) di dalam video seks tersebut.

Pada 21 Mac 2011, beliau yang dikenali sebagai salah seorang daripada trio Datuk T ketika itu, telah menempah sebuah bilik berharga RM1,350 di hotel mewah Carcosa Seri Negara untuk mendedahkan video kepada pihak media. Ia jelas satu kesalahan di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Di dalam keadaan jika pihak polis bebas dan berkecuali, kedua-dua hal di atas sudah memadai untuk mensabitkan Eskay dengan kesalahan di bawah undang-undang, tetapirakyat sudah sedia maklum, bahawa, institusi polis di dalam negara ini adalah mengikut telunjuk pemimpin parti politik pemerintah. Justeru Esaky masih bebas.

Di dalam kenyataan-kenyataannya dan di dalam sidang akhbarnya bersama dengan Rahim Tamby Chik pula, terdapat banyak percanggahan fakta yang timbul, menyebabkan keseluruhan episod video seks lebih banyak menimbulkan keraguan dan lebih ramai yang mempercayai bahawa ia adalah konspirasi jijik Eskay daripada apa yang cuba dilakukan - iaitu untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Eskay sendiri saya rasa tidak menduga bahawa kes ini akan meletup sehingga dirinya sendiri boleh terjerat, apatah lagi jika terbukti bahawa lelaki yang dimaksudkan sebagai Anwar itu bukan Anwar yang sebenarnya. Ini akan meletakkan pula Eskay sebagai konspirator paling jahat yang negara pernah jumpa.

Eskay sebenarnya telah menjerat dirinya sendiri.


Kisah Anjing Sepherd Tersangkut Kepala Di Tembok



Dengan muka sayu sedih, lihatlah betapa lawaknya anjing ini tersangkut kepalanya di tembok



Badannya tak muat menembusi lubang tembok... binatang betul la anjing ni!


Di California, pihak berkuasa terpaksa membantu seekor anjing jenis German Sepherd melepaskan kepalanya yang tersangkut di tembok, sehingga memeningkan kepala semua pihak mencari punca kenapa ia jadi begitu!

Tapi percayalah, tidak mustahil anjing ini terpengaruh dengan lagak ahli silap mata dunia David Cooperfield yang berjaya menembusi badannya melepasi Tembok Besar China. Barangkali anjing ini juga ingin mencuba, tetapi hasilnya beginilah, seperti dirakamkan gambarnya! -singalautmetro


Blogger Umno Mengelitik Nak Tengok Video Lucah!

Posted: 27 Mar 2011 07:50 AM PDT

Entah apa yang tidak kena dengan seorang blogger Umno ini. Penulis pernah juga membaca beberapa tulisannya sebelum ini, yang pada hemat penulis agak berhujah berbanding penulis blog pengampu Umno yang lain. Blogger yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah seseorang yang memakai nama gelaran Mummy Rokiah.

Dalam entri terbarunya yang bertajuk "Nik Aziz tidak berhak memberi komen sebelum beliau menonton video tersebut", Mummy Rokiah mempersoalkan tindakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berasa malu mengenai penayangan secara umum video seks seorang yang dikatakan sebagai pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Berikut penulis petik kembali tulisan Mummy tersebut:

(Sebelum itu, berikut diperturunkan keratan asal laporan berita yang telah dikeluarkan oleh Akhbar Sinar Harian)


Perbuatan tidak bermoral

KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan menayangkan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel kepada pihak media sebagai perbuatan tidak bermoral.

Mursyidul Am Pas itu berkata, lebih memalukan apabila perbuatan itu didalangi tiga 'individu bergelar' dan pernah menjadi pemimpin sebuah kerajaan negeri.

Katanya, beliau berasa amat malu untuk membaca berita mengenai pendedahan skandal terbabit ­kerana ia dilaporkan oleh ­semua media massa di negara ini.

"Saya berasa malu, berasa seolah-olah berada di negara lain. Saya tak tahu kenapa pemimpin yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam menjadi individu yang tidak bermoral.

"Kita orang Melayu sudahlah duit tak ada, ilmu tak ada, moral pula hancur. Mana lagi bahagian yang bangsa lain boleh tertarik dengan kita?" katanya kepada pemberita selepas ­menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Nik Aziz berkata, pemimpin atau tokoh yang mempunyai gelaran sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik, bukan mempamerkan keaiban orang lain.

"Mereka ini diberikan gelaran sedemikian rupa dengan harapan boleh membimbing rakyat, tapi apa yang berlaku adalah ­sebaliknya.

"Kalau pemimpin sanggup buat macam ini, rakyat apa lagi. Seks ini benda yang aib tetapi tiba-tiba ia dipertontonkan kepada umum, macam tak ada ­agama, " katanya.

Isnin lalu, rakaman video aksi seks yang dikatakan membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri ­Anwar Ibrahim dipertontonkan kepada editor kanan dan wartawan di Carcosa Seri Negara.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim ­Tamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim (kumpulan Datuk T) mengakui terlibat dalam pendedahan video terbabit. -sinarharian-


Berikut pula adalah ulasan yang dibuat oleh Mummy Rokiah dalam blognya:

Siapa yang lebih bermoral, pelakonnya atau individu yang mendedahkannya? Nik Aziz seharusnya menonoton dahulu video tersebut sebelum memberi kenyataan tentang moral seseorang pemimpin.

Risikonya jika Nik Aziz menonton dirisaukan jantung Nik Aziz tidak bersedia mengepam dengan laju dan akan mendatangkan kemudaratan kelak.

Malah ada wartawan wanita yang menelan air lior geli geleman dan nak termuntah semasa dipertontonkan kepada mereka di Carcosa Seri Negara.

Apapun masa akan menentukan segalanya.


CATATAN PENULIS:

Berdasarkan komen-komen yang dibuat oleh para blogger Umno, amat malanglah bagi mereka yang beragama Islam, tetapi dilihat terlalu obses terhadap menyerang peribadi lawan, sehingga sanggup menolak hukum Allah ke tepi.

Kenyataan Mummy Rokiah yang menganggap Nik Aziz perlu untuk melihat sendiri video lucah terbabit seolah-olah mempersendakan golongan ulama dan orang-orang yang beragama supaya melakukan dosa kepada Allah.

Dalam perkara ini, kita semua sentiasa jelas. Baik ustaz mahupun orang biasa. Menonton video lucah itu difatwakan HARAM dalam Islam. Tidak ada seorang pun daripada mana-mana pihak yang mengatakan boleh untuk melihat sebuah video lucah. Ulasan Nik Aziz yang malu dan kecewa dalam isu tontonan video lucah bukanlah disebabkan untuk mempertahankan Anwar semata-mata seperti yang didakwa oleh mereka.

Tuan Guru bercakap atas dasar dosa pahala yang terletak pada bahu seorang individu dan pemimpin yang beragama Islam. Nik Aziz beranggapan bahawa sebagai sebuah negara majoriti umat Islam, sepatutnya tidak ada mana-mana pihak yang sanggup untuk menayangkan video seks secara terbuka!Ini seolah-olah mengajak orang mencuri secara beramai-ramai. Dan apabila para ulama seperti Nik Aziz dan Dr. Asri menegur akan perkara ini, para penulis blog Umno yang jahil (atau dalam bahasa sopannya tidak reti) dalam agama sanggup menegakkan soal moral kononnya dalam isu video seks ini.

Bagi penulis, barang ditakdirkan Allah bahawa jika benar Anwar sekalipun yang berzina dalam video tersebut, adalah HARAM hukumnya untuk mana-mana individu melihat video terbabit, apatah lagi menghebahkan perkara itu kepada umum. Ini seolah-olah berusaha membanyakkan dosa kepada diri sendiri. Bayangkan, jika seorang sahaja yang pernah melihat video tersebut, satu dosa sudah tertanggung atas bahu Rahim Tamby Chik. Dan jika sudah sampai berpuluh dan beratus yang menyaksikannya, berapa pikul dosa yang sedang dipikul Datuk T pada saat ini?

Jika benar Anwar berzina sekalipun, itu dosa beliau dengan Allah. Kita tidak boleh mengenakan Hudud ke atas Anwar memandangkan tiada empat saksi yang melihat kemungkaran tersebut. Di sinilah besarnya keadilan dalam Islam. Adil kepada sang tertuduh. Penulis bukanlah seorang ustaz untuk mengulas panjang dalam isu ini, tetapi penulis ingin menyedarkan lebih ramai orang yang telah meletakkan prinsip moral (kononnya) itu lebih tinggi daripada Islam itu sendiri.

Sehingga kerana moral kononnya, kita sanggup menunjukkan kejahilan kita sebagai umat Islam. Malah, ramai pula para pemimpin yang mengaku yang dia juga pernah menonton video tersebut. Mengapa perlu tonton? Untuk kepastian?Adakah terdapat kepastian dalam kemungkaran?Jika benar Anwar itu berdosa kerana berzina, Allahlah yang akan menghukum Anwar berdosa, bukan Si fulan bin si fulan yang menyaksikan video tersebut yang menghukum Anwar itu berzina atau tidak.

Kepada semua pihak, hentikan kegilaan ini. Baik di pihak Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Usah membodohkan diri dengan memohon suruhanjaya itu dan suruhanjaya ini. Kelak akan ada beribu-ribu umat Islam yang berdosa kerana melihat sebuah video lucah secara terang-terangan. Dan jika itu berlaku, doakan bahawa bala Allah itu jauh daripada kita. -paspb2

Ulasan GB

Asalkan UMNO, tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, nampaknya, mereka adalah jenis mereka yang tak tahu hukum agama. Kalau tahu hukum agama seperti golongan ustadz atau menteri sekalipun seperti yang bernama Jamil Khir, maka lebih diutamakan kedudukan dan pangkat daripada hukum Allah.


Ternyata, sebelum Anwar diputuskan bersalah, telah pun wujud pihak-pihak yang telah meletakkan beliau di dalam kesalahan dengan menuduhnya sebagai 'aktor' di dalam filem tersebut. Ini menyalahi kaedah syarak yang masyhur yang berbunyi al-aslu bara'at az-dzimmah (seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan).

Di dalam keghairahan pihak-pihak tertentu ingin 'mengenakan' ketua pembangkang itu, mereka umpama dirasuk syaitan kerana sudah tidak ada lagi perasaan malu dan takut untuk berbuat dosa. Dosa apakah yang dimaksudkan di sini? Dosa di dalam mengajak manusia untuk menonton filem lucah secara beramai-ramai!!!

Tidak kiralah siapa pelaku dan pelakon di dalam filem jijik tersebut, menontonnya tetaplah merupakan suatu dosa, malah perbuatan mengajak dan menonton filem porno tersebut secara beramai-ramai itu, sungguh lebih jijik rasanya!!! Bagi yang mengajak, sesungguhnya sudah hilang maruah dan sifat malunya kepada Allah, dan bagi yang diajak pula, kenapakah sanggup memenuhi ajakan haram ini? Apa pun motifnya, sebelum pihak-pihak terbabit cuba membuktikan kesalahan dan dosa Anwar, mereka nampaknya telah terlebih dahulu menjerumuskan diri sendiri ke lembah hina dan dosa dan merekalah yang seharusnya dihukum terlebih dahulu! - mykhalifah


Aiya Apek, Lu Pun Mahu Cakap Soal Moral Kah?

Posted: 27 Mar 2011 05:57 AM PDT

Soi Lek sendiri terpalit dengan seks haram

Presiden MCA itu tidak layak bercakap soal moral dan integriti - Tian Chua.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Batu Tian Chua menegaskan bahawa Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek tidak layak bercakap soal moral dan integriti kerana beliau sendiri mengaku melakukan perhubungan seks haram bersama rakan wanita yang dirakamkan dalam video.

Naib Presiden PKR itu membidas kenyataan Chua dalam akhbar The Star semalam menggesa supaya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau (Anwar) bukanlah si pelaku dalam video seks yang didalangi oleh Datuk T.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Tian Chua berkata, "saya pasti rakyat Malaysia turut sama berkongsi rasa mual apabila seorang ahli politik yang mempunyai rekod kurang moral yang diketahui umum cuba memberi komen mengenai moral dan integriti.

"Seluruh rakyat Malaysia arif tentang skandal seks yang melibatkan Soi Lek dan dia sendiri mengakui bahawa dia menjalinkan hubungan seks di luar perkahwinan dengan seorang wanita dan dirakam dalam video," katanya.

Menurut beliau, perancangan Umno untuk memfitnah Ketua Umum PKR melalui video seks terbaru semakin ditolak rakyat apabila individu-individu yang telah dibuktikan terbabit dalam skandal seks sebelum ini tampil untuk menjadi juara moral dan integriti.

"Rabu lalu ramai rakyat Malaysia ketawa apabila mantan ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang terpaksa meletakkan jawatan politik kerana terbabit dalam kes rogol kanak-kanak bawah umur muncul kononnya untuk memastikan bakal pemimpin negara mempunyai moral.

Moral dan integriti

"Hakikatnya, individu-individu ini tidak layak untuk bercakap mengenai moral dan integriti. Mereka juga tidak wajar dibenarkan menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya.

Ujar Tian Chua, "kenyataan Soi Lek semalam secara jelas ingin meletakkan beban bukti kepada Anwar sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk di dalam politik.

"Kalau benar individu-individu ini mahu bersyarah mengenai moral, maka mereka perlu menunjukkan teladan yang baik kepada pimpinan muda dan rakyat Malaysia," terangnya.

"Oleh itu, saya mengulangi desakan yang telah dibuat oleh rakan-rakan saya supaya, Soi Lek meletakkan semua jawatan politik dan bersara terus sebagai tanda dia insaf selepas skandal seksnya tersebar luas.

"Saya juga menyeru supaya Rahim meletakkan semua jawatan dalam kerajaan terutamanya sebagai Pengerusi Risda keranapenglibatannya dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur masih kekal dalam ingatan rakyat sehingga kini.

"Jika Soi Lek tidak sanggup menunjukkan teladan yang baik, dia tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi

Umno ini kerana rekod moralnya sangat memualkan," ujar Tian Chua. -FMT


Video seks: Siapa Soi Lek mahu desak Anwar

Desakan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan kebenaran dakwaan terlibat dalam video seks lucah sepertimana yang hangat diperkatakan diselar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Lim ketika berucap dalam ceramah penerangan isu fitnah III malam tadi di sini berkata, Soi Lek yang tidak mempunyai moral yang tinggi kerana terbukti terlibat dalam video seks sebelum ini tidak layak untuk bercakap mengenai hal ini kecuali beliau adalah orang yang bersih.

"Siapa Soi Lek yang cuba mendesak Anwar supaya mengesahkan watak pelakon dalam video seks lucah tersebut. Apakah jika beliau sendiri berpengalaman dan tercemar imej diri dan parti MCA sebelum ini, maka beliau layak untuk bertanya sedemikian?

"Hanya orang yang ada moral tinggi sahaja yang patut bertanyakan perkara ini kepada Anwar," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan turut menyelar Datuk Seri Najib kerana mendakwa Umno tidak mempunyai kaitan dengan isu video seks lucah itu.

"Jika Umno tidak terlibat, apakah Tan Sri Rahim Thamby Chik ini bukan orang Umno. Bila pula beliau keluar dari Umno?" tanya beliau lagi.

Lim juga mendesak Najib supaya tidak bermain dengan cara politik yang kotor semata-mata untuk menyekat kemaraan Anwar.

Katanya lagi, berpolitik harus dengan cara yang bermoral serta berakhlak tinggi, bukannya dengan menjadikan konspirasi yang tidak sudah-sudah semata-mata untuk membenamkan kebangkitan Anwar untuk merampas tampuk pemerintahan negara.

Hadir bersama ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul, Chegu Bard serta kepimpinan PR negeri dan Kedah. -HD


Operator Loji Nuklear Fukushima Dikritik Hebat

Posted: 27 Mar 2011 05:08 AM PDT

Operator logi reaktor nuklear Fukushima dikritik pedas kerana dilihat tidak telus dalam menghadapi krisis kebocoran radiasi serta gagal melindungi para pekerjanya.

Kerajaan Jepun mengatakan Perusahaan Elektrik Tokyo (Tepco) sepatutnya bercakap benar dan pantas memberikan maklumat.

Badan atom Jepun juga menyatakan bahwa operator loji reaktor Fukushima telah melakukan beberapa kesalahan diataranya pakaian seragam yang dipakai oleh para pekerjanya.

Reaktor nuklear Fukushima mengalami kebocoran kerana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lepas.

Jumlah mangsa korban sudah melepasi 10,000 orang dan lebih dari 17,000 orang dinyatakan hilang.

Badan Nuklear PBB, IAEA, telah telah menghantar kumpulan tambahan ke reaktor Fukushima untuk mengatasi krisis kebocoran ini.

Pengarah IAEA, Yukiya Amano mengatakan kepada New York Times bahwa krisis ini dapat bertahan sampai berminggu-minggu, bahkan sampai berbulan-bulan.

Sepatutnya lebih benar

Jurucakap kerajaan Jepun, Yukia Edano mengatakan Tepco harus lebih terbuka dalam menghadapi krisis kebocoran radiasi.

"Kami dengan keras meminta Tepco untuk memberikan keterangan kepada kerajaan dengan lebih benar dan pantas, " ujar Edano.

Kritikan ini dilakukan setelah tiga pekerja Tepco melecur terkena tahap radiasi 10 ribu kali lebih tinggi dari tahap normal.

Hidehiko Nishiyama, jurucakap badan keselamatan nuklear dan industri (Nisa), mengatakan para pekerja itu memakai pakaian seragam yang tidak benar.

Nishiyama juga mengatakan bahwa Tepco sudah mengetahui tingginya radiasi beberapa hari sebelum terjadinya kebocoran.

"Terlepas dari adanya kesadaran mengenai tingkat radiasi yang tinggi atau tidak, yang pasti ada masalah dari cara mereka bekerja," ujar Nishimaya.

Ragam Dunia: Lebih Ramai Cari Pasangan Guna Internet

Posted: 27 Mar 2011 02:57 AM PDT

Rabat: Perkahwinan di Maghribi semakin berubah wajah hari ini kerana ramai pemuda dan pemudinya mencari pasangan menuju ke souk atau kedai, merujuk kepada perkahwinan siber.

Di negara yang banyak perkahwinan masih diatur, satu klik tetikus komputer akan membawa seseorang itu ke 'Internaut to Soukzouaj,' iaitu laman percuma membenarkan golongan muda Maghribi yang kesunyian mencari teman hidup mereka.

"Laman mencari jodoh ini dicetuskan pada Jun 2010. Ia masih baru namun ia menampakkan kejayaan kerana ia percuma dan terletak berhampiran," kata Yasser Nejjar, pengasas soukzouaj.ma.

Setiap hari hampir 2,600 pengunjung yang mencari pasangan melawat laman itu, dua pertiga daripadanya wanita. Ia menunjukkan satu peta Maghribi dibahagi kepada 16 bahagian dan pengguna boleh mengklik bahagian negara yang mereka pilih untuk memulakan pencarian.

"Hari ini, sebagai contoh, ada 1,670 wanita mendedahkan profil mereka manakala lelaki hanya 870. Saya berpendapat, keadaan ini menandakan wanita lebih berani berbanding lelaki," kata Nejjar.

"Kebanyakan mesej menunjukkan ada keinginan kuat untuk mendirikan rumah tangga secara halal yang sejajar dengan ajaran agama," tegasnya.

Pemerhati di kalangan masyarakat Maghribi menganggap laman perkahwinan sebagai satu fenomena baru, dikait dengan bentuk komunikasi baru, walaupun jika kebanyakan perkahwinan diatur keluarga di sebuah negara di mana Islam menjadi agama rasmi.


"Pada hari ini wanita membuat tuntutan," kata pakar sosiologi, Soumaya Naamane Guessous.

"Mereka mahukan suami yang menyayangi, menghormati mereka, lelaki yang tidak dipengaruhi ibu mereka dan membenarkan mereka tidak tinggal dengan mentua."

Katanya, kejayaan soukzouaj, agak terpisah daripada hakikat bahawa ia percuma, di sebuah negara di mana perkahwinan diatur adalah satu kebiasaan, ia berikutan hakikat 'gadis muda tidak lagi menerima pelamar pertama yang mengetuk pintu keluarga mereka atau dicadangkan keluarga.' – Agensi

Ulasan GB

Tiada apa kesaalahan mencari jodoh melalui internet.

Tetapi perlu berhati-hati bahawa di internet bermacam-macam hal boleh berlaku, kerana maklumat yang dipaparkan dari sebelah sana belum pasti benar dan sahih.



[Video & Bergambar] Demo Terbesar Di London Bantah Bajet Kerajaan Potong Perbelanjaan Awam

Posted: 27 Mar 2011 01:25 AM PDT

Ratusan ribu orang menyertai perarakan tunjuk perasaan di London menentang pemotongan besar perbelanjaan awam yang dilakukan kerajaan Britain.

Ini merupakan aksi protes terbesar di Britain sejak tunjuk perasaan antiperang lapan tahun lalu sebelum penyerbuan ke Irak.

Perarakan utama berlangsung damai tetapi sekelompok penunjuk perasaan, yang sebahagian membawa bendera hitam anarkis, menyertainya untuk kemudian menyerang bank-bank dan kedai-kedai di pusat membeli-belah utama di kota London.

Di sini, para penunjuk perasaan terlibat bertempur dengan pihak polis.

Tunjuk perasaan ini diselenggarakan oleh sejumlah syarikat buruh. Pemimpin Parti Buruh, Ed Miliband, menyampaikan pidato di depan penunjuk perasaan.

Masih ada alternatif

Menurut perhitungan, jumlah perasaan mencecah 250,000 orang. Panitia penyelenggara menyatakan, jumlah ini jauh lebih besar dari yang mereka duga.

Para menteri kerajaan mengatakan pemotongan perlu dilakukan untuk memulihkan kewangan awam.

Tetapi, Miliband mengatakan, "Partai Konservatif meminta agar saya tidak datang dan berbicara hari ini. Tetapi saya bangga bersama anda. Ada alternatif yang boleh dilakukan."

Setelah lebih tiga jam berlalu, warga terus melimpahi kawasan perarakan membentuk barisan dan memenuhi lapangan Hyde Park di pusat London dan juga melewati bangunan parlimen.

Dalam rusuhan di pusat membeli-belah, polis menyatakan seorang ditahan. -bbc
















Tiada ulasan: