Kelab Greenboc |
- Sokong Saranan Dr.Asri Adakan Perhimpunan Menentang Politik Lucah
- Malaysia Tidak Kalis Bencana Gempa & Tsunami
- Misteri Gadis Terjun Dari KB Mall Terjawab
- Radiasi Naik 10 Kali Ganda, Air Tercemar Berrisiko Sebabkan Barah
- 200 Ribu Rakyat Jerman Berdemonstrasi Menentang Penggunaan Logi Nuklear
- Eskay Didakwa Kata 'Buat Sampai Anwar Jatuh'
- Pengendali UMNO-Reform Kata Bukan Anwar Ibrahim Dalam Video Itu
- Kredibiliti Polis Terjejas Mengenai Berita Tangkapan Konspirator
- TERKINI: Anwar Akan Ditangkap Malam Ini?
- Video Seks: Konspirasi Yang Bakal Menyebabkan UMNO Tersungkur
- ‘Najib’ Dalang Skandal Video Seks ‘Anwar’?
- [Video] Reformasi Bersemarak Semula Selepas Polis Ceroboh Ceramah Anwar
| Sokong Saranan Dr.Asri Adakan Perhimpunan Menentang Politik Lucah Posted: 27 Mar 2011 12:35 AM PDT Bekas mufti saran perhimpunan anti-politik lucahBekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. "Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya. "Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya. Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat. "Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang. "Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi. Menurut Dr Mohd Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. "Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya. Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik. Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah. "Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif. "Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita. "Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," tambahnya. Oleh itu, katanya, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti. "Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," tegasnya lagi. -mk Ulasan GB Satu pendirian tegas dan berani dari Dr Mohd Asri terhadap apa yang berlaku sekarang ini. Bukan saja isu video seks, tetapi juga perbicaraan di mahkamah kini telah dipenuh-saratkan dengan hal-hal lucah melampau yang belum pernah berlaku sebelum ini. Aksi-aksi jijik dan lucah melampau sengaja dihebohkan di dalam mahkamah yang kemudiannya disiarkan oleh para media semata-mata untuk mengaibkan figur yang dijadikan sasaran untuk dipenjarakan. Ianya berlaku lagi kali ini dengan lebih dasyat, sebuah video yang dicipta khusus dan pemilik serta penyiarnya lansung tidak ditangkap dan dikenakan tindakan sekalipun amat terang dan nyata ia menyalahi undang-undang. |
| Malaysia Tidak Kalis Bencana Gempa & Tsunami Posted: 26 Mar 2011 10:55 PM PDT Kuala Lumpur - Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia, kosmo melaporkan.Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan. Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini. Sementara itu sebelum daripada ini, Pengarah Institut Pembangunan dan Alam Sekitar (Lestari), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Ibrahim Komoo di dalam satu rencananya pernah menyatakan: "Apabila berlaku bencana kecil seperti tanah runtuh, selalu dianggap ia kejadian sekali sahaja atau kes terpencil." Oleh itu, Malaysia bukan kawasan yang bebas bencana, kata Ibrahim. Pakar kejuruteraan geologi atau kaji bumi itu berkata, walaupun Malaysia bukan dalam lingkungan kawasan berlakunya bencana, tetapi terdedah kepada bencana disebabkan kita terletak dalam kawasan laut terbuka. Justeru bencana seperti ombak besar dan angin taufan dari kawasan luar boleh melanda negara bila-bila masa seperti yang dibuktikan oleh fenomena tsunami. Malah katanya, kira-kira 25,000 tahun dahulu, sebuah gunung di Tawau, Sabah pernah meletup. "Sehubungan itu, kemungkinan dia berlaku (meletup) akan datang, adalah tidak mustahil," katanya. Perubahan paradigma kata beliau penting sebagai langkah berjaga-jaga dan sikap kewaspadaan yang tinggi terhadap apa juga yang berlaku di luar Malaysia kerana ia boleh membawa kesan kepada negara. Tsunami merupakan bahasa Jepun bermaksud ombak pelabuhan dan ia digunakan sebagai istilah khusus untuk menggambarkan ombak besar. Ia disebut tsunami kerana dibincangkan secara saintifik di Jepun, negara yang juga dilanda ombak tersebut. Ombak ini menurut Ibrahim sangat besar dan boleh berkelajuan mencapai 800 kilometer (km) sejam. Menurut Ibrahim, berdasarkan rekod yang berlaku di Indonesia, ombak tsunami boleh mencapai ketinggian sehingga 35 meter. Ombak tsunami yang melanda negara baru-baru ini berpusat di Lautan Hindi iaitu kepingan lautan (Hindi) menjunam masuk ke kepingan Sunda (Sumatera). Oleh kerana dihalang oleh Pulau Sumatera, Malaysia bernasib baik kerana kekuatan ombak diminimumkan oleh halangan pulau tersebut. Dalam pada itu beliau memberitahu, fenomena kepingan lautan tersebut antara punca peta dunia berubah. Proses tersebut yang berlaku melibatkan hanya pergerakan kira-kira lapan milimeter setahun bagaimanapun mengubah kedudukan atau menenggelamkan pulau-pulau. Pergerakan ini berlaku kerana sifat semula jadi Bumi yang dinamik. Satu ketika, benua kecil India terasing dengan selatan Asia tetapi apabila berlaku pergerakan kepingan bumi secara berterusan, India bercantum dengan Asia Pergerakan berterusan ini menjadi punca pembentukan Banjaran Himalaya dan gempa bumi. Berdasarkan rekod, kira-kira 280 juta tahun dahulu, benua Afrika dan benua Amerika Selatan mungkin bercantum, manakala Pulau Langkawi terletak berhampiran dengan Australia. Sementara itu, berdasarkan rekod gempa bumi yang besar, China antara yang terawal menerima kesannya yang membunuh kira-kira 6,000 orang. Tragedi ini berlaku 70 tahun Sebelum Masihi. Selepas itu, lebih 40 gempa bumi besar dicatatkan di seluruh dunia tetapi magnitudnya yang paling besar ialah di Chile (1960) dan Alaska (1964) iaitu masing-masing berukuran 8.5 dan 8.6 skala Richter. Bermakna, magnitud gempa bumi yang menimbulkan tsunami baru-baru ini adalah yang terbesar dalam sejarah yang direkodkan manusia kerana ia mencapai 9 pada skala Richter. Dua gempa bumi besar yang menyebabkan tsunami ialah pada 1896 di Jepun yang mengorbankan 22,000 orang dan di Alaska tetapi hanya mengorbankan 131 orang. Pada 1883 pula, ombak tsunami yang berpunca daripada letupan gunung berapi Krakatoa di Indonesia antara yang terbesar dan membunuh ramai mangsa di Jawa. Prof. Madya Mohd. Ali pula menyatakan, struktur bumi di sekitar Lautan Hindi tidak aktif dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan berlakunya sebarang gempa bumi yang besar terutama di bawah aras laut. "Itulah antara sebab utama amaran awal tidak dapat dikeluarkan kerana tiada siapa menduga kejadian sebegitu buruk akan berlaku,'' katanya. Sebelum ini bencana yang sebegini besar memang tidak pernah berlaku atau direkodkan dalam sejarah. "Walaupun demikian rekod menunjukkan terdapat lebih kurang 30,000 gegaran berlaku di sekitar Lautan Hindi dan Lautan Pasifik sekitar 1961 hingga 1967,'' katanya lagi. Gegaran berkenaan menurut Mohamad Ali adalah kecil dan tidak dapat dirasai serta tidak memberikan sebarang kesan kepada struktur bangunan. Bagaimanapun gempa yang berasal daripada dasar lautan amat jarang berlaku dan jika berlaku, ia akan memberikan impak yang besar. Gempa bumi yang berlaku bawah permukaan laut pernah direkodkan bermula 0 kilometer sehingga 700 km bawah laut. "Semakin dalam gempa yang berlaku, semakin kuat kesannya dan gempa yang berlaku baru-baru ini hanya 40 km di bawah paras bumi,'' katanya. Menurut Mohamad Ali, gempa bumi yang berlaku di dasar laut akan mengakibatkan gelombang ombak besar dan menyebabkan pelbagai kerosakan besar di kawasan tepi pantai. "Biasanya pertembungan antara benua lautan dan daratan (dua jisim berlainan) akan menghasilkan kekuatan yang amat luar biasa. "Pertembungan berkenaan akan menghasilkan gegaran kuat di lautan yang kemudiannya dijelmakan dalam pepejal. "Kemudian tenaga disebarkan kepada jisim air yang membentuk serakan dan apabila sampai ke pantai menghasilkan gelombang besar dan dengan cepat menghempas pantai dan memusnahkan apa saja yang ada di depannya," katanya. Biasanya sesuatu perkara yang jarang berlaku akan menghasilkan magnitud lebih kuat berbanding gegaran yang berlaku di daratan yang lebih kerap tetapi magnitud rendah kerana tenaga kurang. Makin jauh pusat gempa di bawah paras laut semakin kuat gelombang yang dihasilkan di permukaan. Menurut Mohamad Ali, gegaran berkenaan dapat dirasai hingga ke India, Sri Lanka dan sebahagian benua Afrika mungkin kerana dipengaruhi oleh arah dan kelajuan tiupan angin. Biasanya terdapat beberapa siri gegaran selepas gempa bumi dan akan stabil dalam masa satu atau dua minggu. Ada kalanya beberapa tempat mungkin mengalami gegaran kuat di daratan dan menghasilkan kemusnahan besar seperti di California, Amerika Syarikat. Ini berlaku apabila ada zon sesar di mana lapisan bumi akan bergesel antara satu sama lain dan ada rekahan. Tetapi mengapakah gegaran tidak dapat diramalkan lebih awal?. Mohamad Ali berkata, ketiadaan sistem amaran pemantauan seismik di sekitar Lautan Hindi berbanding Lautan Pasifik seperti sekitar Jepun menyebabkan amaran awal tidak dapat dikeluarkan. "Mungkin kerana fenomena berkenaan tidak pernah berlaku di sekitar Lautan Hindi. "Bagaimanapun kita harus mengambil iktibar mengenai apa yang telah berlaku walaupun negara terletak jauh dari Lingkaran Api Pasifik,'' katanya. Mohamad Ali menambah, langkah-langkah sewajarnya perlu diambil kerana apa yang berlaku menunjukkan negara telah mula mendapat kejadian alam luar biasa yang lebih kerap berbanding tahun 60-an. Mohamad Ali berkata sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan geohazard centre (pusat pemantauan malapetaka alam). |
| Misteri Gadis Terjun Dari KB Mall Terjawab Posted: 26 Mar 2011 09:22 PM PDT Gadis hilang kasih sayangKOTA BHARU - Remaja perempuan yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan pasar raya KB Mall sambil bersenjatakan pisau mengalami masalah mental selepas dipercayai putus cinta dan kurang kasih sayang keluarga. Sebelum itu, remaja yang berusia 19 tahun itu juga, bertindak sedemikian selepas dipercayai tidak ada kasih sayang daripada keluarganya yang tinggal di Johor. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, remaja terbabit dikatakan tinggal bersama neneknya sejak tiga bulan lalu dan dipercayai kedua-dua ibu bapanya juga mengalami masalah rumah tangga. Beliau berkata, berikutan kedua ibu bapanya di Johor tidak memberi kasih sayang yang sempurna kepadanya, dia mengambil keputusan pulang ke Kota Bharu dan tinggal bersama neneknya di Lorong Purnama, Jalan Salor, dekat sini. "Saya difahamkan, remaja terbabit mengalami tekanan perasaan lagi apabila dia berpisah dengan teman lelakinya dan ditambah pula krisis keluarganya," katanya ketika ditemui di sini pada Majlis Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis ke 204 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Azham berkata, remaja terbabit yang bekerja dekat Wakaf Che Yeh mengalami kecederaan di mulut dan dilaporkan stabil itu kini menerima rawatan lanjut di Wad Psikiatri, Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II Kota Bharu. Beliau berkata, hasil siasatan polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan ketika cuba membunuh diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri. Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang kelmarin, remaja terbabit cuba diselamatkan oleh sepasukan anggota bomba dan polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada orang ramai. Sebelum kejadian, remaja terbabit dikatakan berlegar-legar di tingkat tiga bangunan pasar raya KB Mall sambil bersenjatakan sebilah pisau. Sehubungan itu, Azham menasihatkan remaja lelaki dan perempuan supaya tidak mengambil tindakan yang boleh mendatangkan kemudaratan sehingga boleh membawa maut. "Saya mengingatkan remaja supaya memberi fokus kepada masa depan yang berguna dan menjalankan kegiatan luaran lebih positif. "Ibu bapa juga dinasihatkan untuk memberi perhatian kepada perkembangan anak-anak masing-masing kerana kurangnya kasih sayang boleh menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku seperti ini," katanya. -SH Berita Berkaitan Sebelum Ini: [Bergambar & Video] Gadis Terjun Dari KB Mall. Apa Yang Sebenarnya Berlaku? |
| Radiasi Naik 10 Kali Ganda, Air Tercemar Berrisiko Sebabkan Barah Posted: 26 Mar 2011 07:36 PM PDT Sendai: Paras radiasi di perairan berhampiran loji nuklear Fukushima yang dilanda tsunami melonjak 10 kali ganda dalam tempoh beberapa hari.Ketika petugas loji itu bergelut untuk menstabilkan stesen jana kuasa itu, tahap radiasi kini menjadi ancaman kepada orang awam. Pegawai agensi keselamatan nuklear Jepun, Hidehiko Nishiyama, berkata seseorang yang meminum 500 mililiter air tercemar berdepan risiko barah. Katanya, pengambilan air dalam jumlah itu menyamai kadar pendedahan dibenarkan untuk tempoh setahun. Bagaimanapun, Nishiyama menolak kemungkinan kesan terhadap hidupan air dapat dilihat dalam tempoh segera. Ketika ini, paras iodin 131 di Lautan Pasifik berhampiran Fukushima adalah 1,250 kali ganda daripada tahap dibenarkan. "Secara umumnya, bahan radioaktif yang dibebaskan ke laut akan merebak mengikut arus dan perlukan lebih banyak rumpai laut dan hidupan lain untuk menyerapnya," katanya mengulas hasil ujian dikeluarkan Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (Tepco), semalam. Selain iodin, bahan cemar lain yang dikesan Tepco adalah caesium yang mampu bertahan selama 30 tahun. Bahan itu didapati 79.6 kali ganda lebih tinggi daripada tahap dibenarkan. Jepun mengalami gempa bumi sekuat 9 magnitud pada 11 Mac lalu, sebelum diikuti tsunami yang melanda pantai timur laut negara itu. Setakat ini, jumlah korban rasmi dikeluarkan kerajaan meningkat kepada 10,151 dan tidak banyak harapan dapat dipertaruhkan bagi mengesan 17,053 mangsa lain yang masih hilang. Paras radioaktif iodin, caesium and kobalt di perairan berhampiran reaktor satu dan tiga loji berkenaan terus membimbangkan apabila didapati 10,000 kali ganda lebih tinggi berbanding situasi biasa. - AFP
|
| 200 Ribu Rakyat Jerman Berdemonstrasi Menentang Penggunaan Logi Nuklear Posted: 26 Mar 2011 06:20 PM PDT Sekitar 200,000 orang turun ke jalanraya-jalanraya di Jerman semalam, menentang penggunaan logi nuklear di negara tersebut.Aksi tersebut dilakukan setelah terjadi kerosakan logi nuklear Fukushima, Jepun, akibat gempa bumi dan tsunami. Di Berlin 100,000 para demonstran mendesak kerajaan menghentikan penggunaan nuklear. Desakan yang sama disampaikan lebih kurang 40,000 rakyat yang berdemontrasi di kota Hamburg, Munchen, dan Koln. Mereka meminta 17 reaktor di Jerman ditutup selamanya. Krisis akibat kerosakan reaktor di Fukushima mendorong Chanselor Jerman Angela Merkel menghentikan secara sementara tujuh reaktor. Dibekukan Pada ketika ini ketujuh-tujuh reaktor tersebut menjalani pemeriksaan. Para pejabat mengatakan mungkin beberapa di antaranya tidak akan lagi dioperasikan. Sejak bencana nuklear di Chernobyl pada 1986 banyak pihak di Jerman menentang penggunaan nuklear untuk menghasilkan ternaga. Kerajaan sepuluh tahun lalu memutuskan bahwa logi nuklear di Jerman akan ditutup pada 2021 namun Kanselir Merkel mengubah keputusan tersebut dengan menambah usia reaktor rata-rata 12 tahun. Perkembangan di Jepun membuat rencana Merkel dibekukan untuk sementara waktu. Sekitar 23% keperluan tenaga di Jerman diambil dari tenaga nuklear. Pada hari Jumat kelmarin para pemimpin Kesatuan Eropah sepakat membuat keputusan semua logi nuklear di kawasan akan diperiksa. Presiden Perancis Nicolas Sarkozy menjelaskan semua reaktor akan menjalani pengujian dan bila dinyatakan tidak lulus, reaktor tersebut tidak boleh beroperasi. -BBC Ulasan GB Itu rakyat di sebuah negara maju, yang mengambil iktibar dari apa yang berlaku di Fukushima Jepun. Di Malaysia lain ceritanya. Kebodohan kerajaan menggadaikan nyawa rakyatnya untuk meneruskan program nuklear. PM, TPM dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili, ingin meneruskan rancangan pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif tanah jarang (rare earth) di Gebeng, Kuantan, yang bernilai hampir RM700 juta yang dikatanya adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam. GB sudah ulas sebelum ini: Loji Nuklear Gebeng: Kalau Selamat Suruh Semua Menteri Pindah Ke Sana |
| Eskay Didakwa Kata 'Buat Sampai Anwar Jatuh' Posted: 26 Mar 2011 04:54 PM PDT Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dikatakan membuat perancangan mengumpul bahan tertentu di Siam dalam usaha membalas dendam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa bekas pegawal peribadi allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, hari ini.Mohamad Mahti Abdul Rahim, 63, berkata pada 8 Mac, Eskay memberitahunya bahawa beliau menyalahkan Anwar terhadap saman RM20 juta ringgit yang didengar di mahkamah berhubung komisyen projek 'jambatan bengkok'. "Saya telefon dia (Eskay) pada 11 Mac. Dia marah-marah (mengatakan) Datuk Seri Anwar tak guna, Datuk Seri Anwar dah curi duit kita, saya akan buat dia sampai jatuh. Saya nak balik pi (pergi) Siam, nak kumpulkan bukti-bukti nak jatuhkan Datuk Seri Anwar," kata Mahti seorang bekas pegawai polis yang pernah rapat dengan Eskay. Eskay adalah bekas Konsul Thailand di Malaysia dan dilaporkan mempunyai jaringan kenalan yang luas di negara jiran itu. Pada 21 Mac lalu, Eskay menayangkan sebuah video seks lucah yang didakwa seorang ahli politik kanan mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di Kuala Lumpur. Panggilan telefon Selain Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim juga mengaku bertanggungjawab di atas penayangan video lucah itu. Mahti berkata selepas mendedahkan pada sidang akhbarnya semalam bahawa Eskay sakit hati dengan Anwar Ibrahim yang dikatakan enggan membalas 'jasanya', beliau dihubungi Shuib.Katanya, panggilan telefon diterima petang semalam dan Shuib menwarkan untuk berjumpa dengannya bagi menerangkan apa yang berlaku. Namun, pertemuan itu tidak menjadi kenyataan. "Saya percaya Shuib (anggota ketiga kumpulan Datuk T) dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri) Rahim Thamby Chik tidak terlibat dan mungkin dipengaruhi dia (Eskay). "Ni semua jadi mangsa, Datuk Shuib dan Tan Sri Rahim Thamby Chik," katanya pada sidang media kedua di ladang ternakan kambingnya di Kundang, Selangor, hari ini. "Saya percaya Najib tak tahu menahu pasal benda ni. Tak ada konspirasi kerja dia seorang. Dia mungkin mempengaruh orang. Dia ada kepentingan. Dulu dia boleh masuk dengan (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), sekarang mungkin nak tackle (Datuk Seri) Najib (Abdul Razak). Pada sidang media semalam, Mahti seorang anggota polis yang kemudian menjadi pengawal peribadi kepada Megat Junid berkata Eskay sakit hati kerana Anwar enggan menjadi saksi dalam kes saman sivil yang membabitkan projek 'jambatan bengkok'. Tambahnya hari ini, pertemuannya dengan Eskay dengan tiga rakan yang lain berlangsung di Starbucks, Midvalley Mall, Kuala Lumpur pada 19 Januari lalu di mana dia terdengar Eskay membuat ugutan. "Saya tanya bicara nanti siapa jadi saksi? (kes saman ke atas Merong Mahawangsa dan pengarahnya, Datuk Yahya A Jalil berhubung kontrak 'jambatan bengkok') Si Kitol (Mahti melabel Eskay, sebagai SK yang ditakrifnya Si Kitol) kata Anwar. "Saya tanya betul ke Anwar nak mai (mari), dia kata dia mesti mai kalau tak saya akan buat sampai dia jatuh. Lapan telinga dengar," katanya. -mk |
| Pengendali UMNO-Reform Kata Bukan Anwar Ibrahim Dalam Video Itu Posted: 26 Mar 2011 02:36 PM PDT Ada kalanya keghairahan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kemarahan melampau merugikan. Tindakan terburu-buru juga akan membodohkan dan yang paling dahsyat ialah rangkuman kesemua ini, keghairahan, kemarahan dan tindakan terburu-buru menyebabkan kita melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi satu penyesalan.Hari ini ramai yang membicarakan sama ada video itu benar – melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Persoalan Datuk T sama ada Trio atau hanya individu kembali wujud dengan pendedahan Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul. Mereka semua dipanggil pada hari pertama menonton secara eksklusif dan berbual dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Benar persoalan yang mahu ditanya adalah BENARKAH ANWAR IBRAHIM ORANG YANG TERLIBAT DALAM VIDEO ITU? Semakin ghairah persoalan itu. Mereka yang dipanggil pada petang/malam 21hb March 2011 – setakat ini membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu BUKAN ANWAR IBRAHIM. Mereka yang melihat video itu dan berbual secara peribadi dengan Rahim Tamby Chik pada hari tersebut adalah Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul – kedua-duanya dari PKR. Dalam kenyataan Badrul Hisham Shaharin ada seorang BLOGGERS UMNO yang mengikutinya untuk menonton video lucah Carcosa itu. Beliau tidak mahu menyeret bloggers UMNO tersebut dan tidak mahu menyusahkannya. Apabila diajukan soalan siapa dia, BADRUL HANYA MENJAWAB TUNGGU DIA BERITAHU SENDIRI. Satu tindakan baik dan amat dihormati. Siapa bersama Badrul Hisham pada 21hb March 2011 yang menonton video itu dan bukan kalangan PKR tetapi UMNO ? Saya perlu menyatakan bahawa orang yang dikatakan bersama Badrul Hisham Shaharin, merujuk kepada kenyataan media beliau - yang beliau rujuk sebagai : BLOGGERS UMNO itu adalah saya sendiri! Saya telah diajak oleh Badrul Hisham Shahrin menghadiri panggilan Datuk T ke Shangrila pada malam 21hb March 2011. Mungkin sayalah seorang blogger UMNO, ahli UMNO yang dapat menonton video lucah Carcosa pada hari video itu didedahkan. Mungkin itulah sebabnya saya katakan pada awal tulisan ini – ada kalanya keghairahan itu merugikan dan menyulitkan. Mungkin tidak menonton lebih baik dari menonton. Akhirnya – sebelum spekulasi berterusan mengatakan mengenai orang UMNO yang hadir menonton bersama Chegubard yang juga adalah rakan baik saya – saya membuat pengakuan bahawa saya adalah orang ke 3 selepas dimaklumkan bahawa Johari Abdul, Badrul Hisham menonton pada malam 21hb March 2011 tersebut dan saya adalah ahli UMNO dan bloggers UMNO yang dimaksudkan oleh Chegubard. Saya juga dalam pengakuan ini menetapkan bahawa kehadiran saya adalah kerana jemputan/pelawaan dan kemahuan saya menuruti rakan saya Badrul Hisham Shaharin dan ini dilakukan atas kapasiti saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain, organisasi dan badan lain yang saya sertai. Sekian di maklumkan. ![]()
Ulasan GB Itu pengakuan dari blogger UMNO sendiri yang sudah menonton, bersetuju bahawa yang berlakon itu bukan Anwar Ibrahim. Sedangkan blogger pencacai UMNO yang lain, yang tak menonton, bising-bising terpekik terlolong menyatakan ia Anwar Ibrahim. GB kata isu seks video ini akan terus membogelkan konspiratornya sendiri. Tunggu saat dan ketika. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul maakirin |
| Kredibiliti Polis Terjejas Mengenai Berita Tangkapan Konspirator Posted: 26 Mar 2011 08:25 AM PDT Video seks: Ada tangkapan atau tidak?Walaupun polis telah bertindak bagi menyiasat saga pita video lucah yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang, namun kekeliruan terus berlegar sama ada, ada pihak yang ditangkap. Bukan satu rahsia lagi, bekas ketua pemuda Umno yang juga bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah memberikan kenyataan mereka kepada polis selama lima jam pada malam Khamis yang lalu. Bendahari PERKASA, Datuk Shuaib Lazim - anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai 'Datuk T' yang mendalangi pendedahan video seks itu kepada wartawan memberi keterangannya, semalam. Mereka disiasat selepas menayangkan video seks yang menyaksikan seorang lelaki sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah bilik kepada wartawan terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur, Isnin lalu Bagaimanapun, portal berita the Star melaporkan adalah dipercayai dua lelaki ditahan berhubung siasatan seks itu dan beberapa jam kemudian mengemaskini berita tersebut dengan menamakan Rahim dan Eskay sebagi mereka yang ditahan itu. Dalam perkhidmtan SMS, mereka kemudian melaporkan pula kedua-dua mereka kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis. Akhbar harian Inggeris milik MCA itu kemudiannya memetik Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Ghazali Md Amin bahawa tiga orang telah ditangkap, pada versi sebelam malamnya. Akhbar harian Cina, Sin Chew menjejaki berita itu dan menyiarkannya di halaman utama. Bagaimanapun edisi cetak the Star hari ini pula melaporkan hanya dua orang ditangkap tetapi mereka bukan Rahim mahupun Shazryl Eskay. Tiada tangkapan? Kedua-dua Rahim and Shazryl Eskay, semalam telah menafikan bahawa mereka ditangkap polis sambil berkata mereka tidak menandatangani sebarang dokumen kecuali kenyataan yang dirakamkan. Kedua-dua mereka juga melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu the Star melaporkan bahawa mereka ditangkap sambil berkata pihak polis langsung tidak menyebut perkara itu kepada mereka. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar juga gelak berhubung laporan bahawa Rahim dan Shazryl Eskay telah ditangkap. "Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya kepada Bernama. Sehingga berita ini ditulis, tiada pengesahan mengenai sebarang tangkapan. Malah ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga ditunjukkan video lucah berkenaan berkata dia tidak ditangkap. Kes video seks itu kini diklasifikasikan polis untuk disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar bahan pornografi atau lucah. Anwar: Apa tangkapan? Pada ceramahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur, malam semalam, Anwar membidas sikap dwi standard yang diamalkan oleh polis. "The Star kata ada tangkapan. Semua ini tipu. Apa tangkapan? Mereka dibawa sekejap, kemudian dibebaskan. "Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat. "Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita. Kita bukan bodoh. Sebab apa dia (Datuk T) tidak tangkap, sebab dia pencacai Umno," kata Anwar kepada lebih 1,500 hadirin. Anwar bagaimanapun terpaksa meringkaskan ucapannya itu kerana campurtangan polis menyuraikan majlis ceramah berkenaan. -mk ![]() Ulasan GB Rahim Tamby Chik dan Eskay yang terang-terang memiliki dan menyiarkan video lucah yang ternyata menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar bahan pornografi atau lucah tidak ditahan dan didakwa. 1) Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Ghazali Md Amin menyatakan bahawa tiga orang telah ditangkap. 2) Rahim and Shazryl Eskay, semalam telah menafikan bahawa mereka ditangkap polis sambil berkata mereka tidak menandatangani sebarang dokumen kecuali kenyataan yang dirakamkan 3) Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar juga gelak berhubung laporan bahawa Rahim dan Shazryl Eskay telah ditangkap. "Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya kepada Bernama. Mengapa wujud percanggahan di atas mengenai hal tangkapan? Apakah rakyat terus hendak ditipu? |
| TERKINI: Anwar Akan Ditangkap Malam Ini? Posted: 26 Mar 2011 07:14 AM PDT Maklumat dari blog sharpshooterSetelah selesai solat Maghrib, solat hajat dan solat Isyak, Ustaz Mutalib Maa'rof sedang memberi tazkirah di Masjid Perda Bukit Mertajam. Anwar juga berada di sini dari solat Maghrib hingga sekarang mendengar tazkirah. Namun begitu berita yang sharpshooter terima bahawa polis apco dan fru telah mengepong tempat ceramah. Memang benar apa yang sharpshooter duga Anwar akan ditangkap malam ini. Namun begitu kita telah bersedia dengan segala kemungkinan. ![]() Ulasan GB Kita tunggu sebentar lagi. |
| Video Seks: Konspirasi Yang Bakal Menyebabkan UMNO Tersungkur Posted: 26 Mar 2011 06:21 AM PDT Video seks: Konspirasi atau...Khamis lalu, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay memberi kenyataan kepada polis Bukit Aman dan juga menyerahkan rakaman video seks dan jam tangan yang didakwa milik lelaki yang beraksi dengan seorang pelacur dalam video berkenaan. Keseluruhan proses bagi siasatan berhubung video lucah yang cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanya mengambil masa kira-kira lima jam. Secara perbandingan, kes video lucah yang dibawa oleh dua daripada tiga "Datuk T" ini amat berat kerana membabitkan ketua pembangkang dan seperti kata Rahim (tentunya secara sinis), orang yang boleh menjadi perdana menteri Malaysia. Namun, lima jam sahaja… berbanding dengan soal siasat ke atas pembantu politik DAP Teoh Beng Hock yang berlangsung 10 jam dan tamat kira-kira jam 3.30 pagi di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kes Teoh hanya membabitkan dakawaan salah guna dana kira-kira RM2,000. Kita maklum apa yang berlaku kepada Teoh susulan soal siasat itu dan masih mencari kebenaran bersabit kematian tragisnya. Lima jam untuk Rahim dan Eskay… berbanding penahanan semalaman yang terpaksa ditempohi oleh Anwar sendiri pada 16 Julai 2008 di lokap Polis Kuala Lumpur, semata-mata untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung pertuduhan liwat untuk kali kedua. Dendam... Sekali lagi, tidak perlu dihuraikan apa berlaku kepada botol mineral, tuala dan berus gigi yang ditinggalkan oleh Anwar dalam bilik penjara itu. Khamis lalu juga, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tidak menolak kemungkinan pihaknya akan menyiasat kes itu di bawah peruntukan undang-undang selain daripada yang membabitkan penayangan filem lucah. Pembabitan Rahim yang secara langsung mendalangi video lucah sudah pun mencetuskan pelbagai spekulasi yang mengaitkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada siri pusingan fitnah terbaru untuk mengaibkan Anwar. Terpalit dengan tuduhan merogol gadis bawah umur yang memusnahkan karier politiknya pada tahun 1994, Rahim tidak dapat menyembunyikan dendamnya terhadap Anwar atas detik hitam hidupnya itu. Hujah bahawa wujud tangan Umno di sebalik video lucah diperkuatkan dengan laporan Najib menemui Rahim, Eskay dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim di Bangunan Parlimen hari Selasa, selepas identiti Datuk T dibongkar oleh PKR. Apa pun, polis bukan sahaja harus menjalankan siasatan adil tetapi mesti dilihat menjalankan siasatan secara profesional dan paling penting - adil. Jika tidak, maka akan bergemalah teori polis sekali lagi bersekongkol dengan Umno untuk mencantas Anwar. Pembohongan... Tempoh yang agak singkat untuk mengambil keterangan Rahim dan Eskay Khamis lalu sudah pun merangsang pelbagai teori, spekulasi dan perbandingan. Kredibiliti rapuh polis yang sedia ada tidak dibantu dengan keengganan pasukan itu menahan gandingan Datuk T walaupun mereka melakukan jenayah menayangkan filem lucah di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu - satu kesalahan yang membawa hukuman penjara tiga tahun. Seseorang yang mengikuti sidang akhbar Rahim dan Eskay Selasa lalu tentu tertanya-tanya sama ada dalam mengambil keterangan, polis telah memperinci beberapa pembohongan oleh dua individu itu kepada pihak media. Eskay dan Rahim mendakwa wartawan menjadi barisan yang diutamakanuntuk ditunjukkan video itu supaya ada penilaian bebas dan berkecuali mengenai kesahihan rakaman itu. Malah menurut mereka, video itu juga tidak akan diserahkan kepada polis (ketika itu) supaya tidak ada tuduhan polis berat sebelah dalam siasatan. Namun, apa yang jelas adalah gandingan Datuk T turut berusaha keras memancing wakil rakyat PKR dan individu berpengaruh dalam parti itu. Justeru video lucah itu ditunjukan kepada ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Badrulhisham Shahrin, seorang pemimpin pelapis PKR yang berwibawa dan berprinsip, sungguhpun kadang kala tidak sehaluan dengan pimpinan tertinggi parti. Apabila umpan tidak mengena (Johari dan Badrul yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar) maka tiba-tiba Datuk T bersedia bekerjasama dengan polis, malah Rahim memberitahu media "kalau polis nak ambil seluar dalam kami pun, ambillah." Nyata polis tidak perlu mengambil seluar dalam Rahim ataupun Eskay (buat masa ini). Namun polis mempunyai tanggungjawab untuk tidak diheret dalam agenda politik mana-mana pihak dan menjalankan siasatan berwibawa, secara professional dan berkecuali. -mk
Ulasan GB Persoalan pokok yang sebenarnya ialah mengapa dan bagaimana Datuk T boleh bebas memiliki dan menayangkan video seks berkenaan? Bukankah perbuatan tersebut menyalahi undang-undang? Di situ bermulanya kes video seks yang heboh diperkatakan sekarang. Najib cuba mengalih perhatian terhadap persoalan pokok iaitu : sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Jawapan Najib itu menjelaskan kepada kita bahawa MEMANG beliau terlibat kerana hendak memaksakan supaya rakaman itu diterima dan dibuktikan. Kedua beliau mengungkapkan perbuatan "mungkar" - bererti beliau tahu isi kandungan video berkenaan. Bagaimana beliau boleh tahu jika bukan beliau sendiri dalangnya? Jawapan Najib itu sendiri mengundang persepsi ramai bahawa beliau memang mengharapkan rakyat menerima isi kandungan video itu sebagai perbuatan Anwar. Sementelah lagi, macamlah Najib itu sendiri bebas-mungkar. Sekalian rakyat berdoa agar Allah membalasmu kena "campak" lagi baru tahu. Sikap polis pula yang tidak-adil dan berkecuali malah dilihat condong ke arah konspirator itu amat jelas apabila mereka mengeluarkan kenyataan sebelum ini menyatalan dua ditahan sedangkan ianya dinafikan sendiri oleh para konspirator itu, Rahim dan Eskay yang menyatakan mereka tidak ditahan. Pada pandangan GB, kali ini Najib dan UMNO akan gagal. It is over done. Apatah lagi ia menjadi beban kepada pihak yang berkonspirasi untuk membuktikan pada tarikh berkenaan wujud perlakuan apa yang Najib sifatkan "mungkar" itu sedangkan telah banyak bukti-bukti alibi, bahawa Anwar tidak berada di mana-mana pada tarikh berkenaan tetapi di rumahnya. |
| ‘Najib’ Dalang Skandal Video Seks ‘Anwar’? Posted: 26 Mar 2011 04:20 AM PDT Petaling Jaya: Tatkala masyarakat negara ini gempar dengan klip video seks ahli politik yang seiras dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu lagi klip video muncul di Youtube.Klip video sepanjang 3 minit 53 saat ini cuba menunjukkan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai dalang di sebalik konspirasi klip video yang ditayangkan oleh Datuk T tempoh hari. Klip ini dimuatnaik oleh pemegang akaun bernama 'suaramerdeka'. Sedutan klip ini diambil dari sebuah filem pada zaman Hitler sebagai pemimpin negara Jerman. Meskipun dialog yang diucapkan ialah dalam Bahasa Jerman, sari kata yang tertera ialah dalam Bahasa Malaysia. Berdasarkan sarikata, 'Najib' digambarkan sebagai Hitler yang memarahi tiga watak lain – Tan Sri Rahim Tamby Chik, Dato Shuib Lazim dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah. "Orang lain sila keluar sekarang, kecuali, Dato Eskay, Tamby Chik sama Dato Shuib." Tidak yakin BN menang di Sarawak Sarikata yang tertera memberi gambaran seolah-olah 'Najib' memulakan skandal video seks terhadap 'Anwar' kerana tidak yakin Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dapat memastikan Sarawak kekal dikuasai Barisan Nasional. Watak 'Najib' kemudian memarahi kumpulan orang di sekitarnya menghasilkan klip video seks 'Anwar' hitam putih kerana rakyat tidak mempercayainya. "Kamu semua ni bodoh macam lembu. Aku dah cakap jangan pakai video hitam putih…! Aku dah cakap pakai CCTV jenis HD, kasi warna, bukan hitam putih…" 'Najib' turut mengkritik wanita pelacur yang muncul di dalam klip video keluaran Datuk T. "Dah la tu pelakon betina tak cun.. Tak macam, Altantuya, oi, korang tak pernah tengok ke, Altantuya macam mana?" -FMT |
| [Video] Reformasi Bersemarak Semula Selepas Polis Ceroboh Ceramah Anwar Posted: 26 Mar 2011 03:00 AM PDT Ceramah Anwar tukar 'hodoh', polis didakwa ganggu diserangGOMBAK, 26 Mac — Majlis pelancaran "Datuk Najib Altantuya (DNA)" anjuran PKR di sini malam tadi berubah menjadi 'hodoh' apabila anggota polis cuba menghentikan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meneruskan ucapannya, menyebabkan penyokong beliau marah lalu menyerang pasukan keselamatan. Ketua Umum PKR itu, yang merupakan pemimpin terakhir berceramah malam tadi, telah menyampaikan ucapannya sekitar 13 minit ketika polis mula campur tangan sedangkan dikatakan telah diberi 15 minit untuk berucap. Kira-kira 10 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan untuk mengawal tempat majlis itu diadakan. Kebanyakan hadiirin, penyokong PR mula membaling kerusi dan botol air ke atas polis ketika cuba untuk menghalang Anwar daripada meneruskan ucapannya. Anwar (gambar) sendiri telah berusaha untuk menenangkan hadirin tetapi suaranya tenggelam dalam kekecohan pada majlis dihadiri sekitar 800 orang. Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mengesahkan pihak polis menahan beberapa ahlinya. "Ada tahanan, anggota Angkatan Muda PKR ditahan di balai polis Taman Melawati," kata Shamsul Iskandar kepada pemberita. "Cara mereka (polis) bertindak, cuba untuk menahan beliau (Anwar) malam ini adalah sesuatu tidak wajar," kata beliau. "Kesabaran rakyat ada batasan," kata beliau. Anwar tidak ditahan dan kemudian meninggalkan majlis tersebut. Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membuat serangan berhubung skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T" dengan mendakwa pentadbiran Najib berkonspirasi untuk mengakhiri kerjaya politiknya. Tiga "Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengakui melakukan pendedahan tersebut Isnin lalu. Ketiga-tiga memberikan keterangan kepada polis semalam dan kelmarin. "Abdul Rahim adalah penjenayah, perogol dan beliau dijadikan pemimpin... mereka merakamkan bahan lucah dan mereka bebas," kata Anwar. "Saya ditahan dan dilayan macam anjing tetapi anda membiarkan mereka bebas selepas kenyataan dirakamkan," kata Anwar lagi, dipercayai merujuk kepada penahanan beliau pada September 1998 dan Julai 2008. Sehubungan itu katanya, sokongan rakyat diperlukan untuk menolak Umno dan menyampaikan mereka "satu pengajaran." "Mereka ingat kita ini bodoh, ajar pemimpin-pemimpin Umno dan BN... beritahu mereka itu bodoh dan tolol," kata Anwar lagi. Dalam pada itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda Selangor Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, pihaknya meluahkan rasa kecawa dan mengecam tindakan pihak polis yang mengganggu majlis pelancaran DNA di Taman Melawati malam tadi. "Tindakan ini mengakibatkan kecederaan kepada rakyat yang hadir termasuk wartawan dan pimpinan Angkatan Muda Keadilan. Lebih malang adalah apabila pihak polis bertindak menyalahi undang-undang dengan mengganggu majlis aman ini yang diadakan di kawasan persendirian. "Pihak polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menutup ceramah beliau," katanya dalam kenyataan dikeluarkan awal pagi. Kata beliau, tindakan seperti ini membuktikan bahawa Umno-BN diketuai Datuk Seri Najib Razak takut kepada kebangkitan rakyat dan kebenaran akan terpancar menutupi fitnah yang cuba ditaburi dalam kes Saiful Bukhari dan video seks "Datuk T". "Di akhir kenyataan ini, AMK Selangor ingin menyeru agar pihak polis tidak perlu rasa takut dengan arahan dan tekanan pihak pemerintah Umno-BN. polis harus bertindak secara profesional dan berkhidmat kepada rakyat, bukan BN," katanya lagi. -TMI
|
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



















Tiada ulasan:
Catat Ulasan