Ahad, 27 Mac 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Mudah-mudahan anugerah 'Datuk' akan menyelamatkan lebai ini di depan Rabbul Jalil nanti

Posted: 26 Mar 2011 09:42 PM PDT

TULISAN ZUL KULIM `COVER LINE' APABILA KANTOI

Lebai zol malang suatu ketika dulu semasa berceramah di pentas PR

ZUL Kulim nampaknya sudah mula berputar lidah apabila terang lagi bersuluh terkantoi kenyataannya di TV yang percaya 110 % pelaku itu adalah pemimpin pembangkang yang kontroversi yang semua orang faham maksudnya adalah Anwar. Apabila kes video seks ini kantoi juga dengan pengakuan `Three Strooges' Datuk T, maka kelam kabut Zul Kulim minta kita percaya apa yang dia tulis di dalam blog, bukan apa yang dia cakap di dalam TV.

Ertinya, yang bercakap di dalam TV itu bukan Zul Kulim, mungkin hantu syaitan berkopiah agaknya. Zul Kulim yang betul adalah di dalam blog beliau. Bijak tidak boleh diikut loyar ini. Jika benar TV tersebut yang menyiarkan gambar dan kenyataannya itu diputar belitkan, masakan Zul Kulim seorang peguam tidak mahu mengambil tindakan menyaman TV berkenaan? Mudah dibaca langkah pencak silat sumbang MP Kulim yang tidak berparti ini.

Beliau menulis berkaitan video seks yang kantoi itu dipetik begini, "


"Bolehkah mike percaya isu Jantan-X menyudu dalam videoseks tu dikatakan perbuatan kerajaan. Masuk akai ke yop? Berapa lama nak kena bohong dan kelentong yop? Orang yang menamakan diri dia Datuk T tu kata dia kawan Anwar. Dia yang diminta Anwar ambil jam yang tertinggal dalam bilik hotel tempat menyudu" tersebut. Kawan Anwar ni yang jumpa video tu. Kawan Anwar ni yang buat kenyataan akhbar tu. Kawan Anwar ni yang tunjuk videoseks itu kepada wartawan. Kawan Anwar ni yang ugut Anwar supaya letak jawatan. Kawan Anwar ni juga yang kata setelah melihat video itu dia yakin Anwar tidak layak menjadi pemimpin. Kawan Anwar ni yang desak dia dan bini dia supaya berundur. Itu semua dibuat oleh Datuk T iaitu kawan Anwar sendiri. Takde kena mengena dengan sesiapa pun, apatah lagi Kerajaan."

Hujah saya, mana Zul Kulim tahu Datuk T itu kawan rapat Anwar? Siapa dia di antara `three strooges' itu kawan rapat Anwar? Mungkin Anwar ada berurusan dengan salah seorang daripada mereka sewaktu dahulu tetapi adakah itu bermakna kawan rapat? Berapa banyak kawan rapat Anwar? DS Anwar sendiri beritahu tiada seorang pun di antara mereka itu kawan rapatnya. Tiba-tiba Zul Kulim yang lebih tahu sepertimana dia tahu dan percaya 110 % pelaku Seks di dalam video berkenaan. Cukuplah berbohong wahai lebai malang !!

Apabila terkantoi di dalam isu video seks, Zul Kulim beralih kepada isu DNA. Bersungguh benar Zul Kulim mahu DS Anwar serahkan DNAnya untuk membuktikan air mani siapa yang bertakung di dalam dubur `haji' Saiful. Petikan tulisan Zul Kulim seterusnya begini;

"Yang penting sekarang ialah; Anwar wajib berikan sampel darah dia untuk ujian DNA bagi menentukan siapa Jantan-Y yang mengunyitkan Saiful dan meninggalkan airmani bertakung dalam karung Saiful!!! Period!!! Full stop!!! "

Hujah saya, mengapa Zul Kulim bertanya tentang jantan Y sahaja? Mengapa tidak bertanya jantan J, K, L, M, N, O, P, Q yang dikatakan terlalu banyak DNA nya di lubang belakang `haji' Saiful? Hipokrit sungguh lebai malang ini. Jelas, sasaran Zul Kulim hanya Anwar sahaja. Beliau tidak mahu ambil tahu betapa `haji' Saiful mungkin telah `dianiayai' oleh beberapa orang lagi. Sebagai seorang lebai jika tidak ustaz sekali pun, sepatutnya Zul Kulim patut mencadangkan agar kes liwat seperti ini hendaklah kembali kepada kaedah Islam. Itu pun jika Zul Kulim masih yakin dengan perundangan Islam atau mahkamah Syariah. Jika tidak, apa bezanya Zul Kulim dengan beberapa pemimpin DAP yang menentang hukum Islam itu?

Tulisan Zul Kulim tersebut ternyata hanya sebagai `cover line' setelah banyak orang mula mencacinya kerana terlibat dengan tuduhan jahat terhadap Anwar tanpa usul periksa. Apa-apa pun, kita ucapkan tahniah kepada beliau kerana dikhabarkan baru sahaja mendapat anugerah Datuk dari Pahang. Mudah-mudahan anugerah itu akan menyelamatkan lebai ini di depan Rabbul Jalil nanti. FULL STOP.

wfauzdin.blogspot.com

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Saya tidak kesal suamikan Anwar

Posted: 26 Mar 2011 09:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak pernah menyesal bersuamikan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebalik siri dakwaan menyentuh soal moral Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, termasuk terbaru rakaman video seks.

"Saya tidak pernah menyesali. Sebelum Anwar, saya pernah menerima lamaran lain. Tetapi solat istikharah, apabila Anwar melamar untuk menjadikan saya isterinya, saya bermimpi melihat banyak poster yang seperti poster pilihan raya.

"Dan, semua poster ini adalah gambar Anwar. Bagi saya itu petunjuk yang diberi Tuhan. Maka saya pilih Anwar," kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) (gambar) ini kepada Sinar Harian edisi hari ini.


"Allah janjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Allah tidak pernah mendustai kita. Jadi, tidak pernah timbul rasa kesal di hati saya. Ya! Saya tidak pernah menyesal," kata beliau yang mendirikan rumah tangga dengan Anwar 30 tahun lalu.

Akhir 1990-an, Anwar berhadapan dengan tuduhan liwat dan salah guna kuasa.

Tiga tahun lalu, Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua yang kesnya sedang berlangsung.

Tiga hari sebelum pasukan pendakwaan menutup kes liwat kedua ke atas Anwar, tiga "Datuk T" membuat pendedahan rakaman video seks, yang didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu, dan dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Anwar menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai konspirasi politik pemimpin-pemimpin Umno.

Dr Wan Azizah berkata, sehingga kini keyakinan beliau dan keluarganya ke atas Anwar tidak pernah luntur.

"Saya sentiasa tanamkan dalam diri terima segala dugaan yang Allah datangkan. Melaluinya dengan sabar, sentiasa berdoa memohon Allah permudahkan segalanya dan tunjukkan kebenaran.

"Dan, saya tidak pernah membenaekan rasa sesal singgah di dada," kata beliau.

Mengenai soalan keyakinan terhadap cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri, Dr Wan Azizah berkata: "Sejak usia 20 tahun hingga sekarang, pelbagai perkara sudah dilaluinya. Insya-Allah dia mampu. Boleh.

"Sudah terlalu banyak dugaan ditempuhnya. Dengan dugaan yang pernah dilaluinya itu, Anwar boleh jadi perdana menteri yang bagus. Saya yakin itu," kata bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pada Ogos 2008, beliau mengosongkan kerusi itu untuk membolehkan Anwar bertanding, sekali gus menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. - MI

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Menyanggah Hujah Blogger Bodoh Dr. Novandri

Posted: 26 Mar 2011 09:12 PM PDT

Di mana Anwar pada 21 Febuari 2011? Ini jawapannya

Sebelum ini blog MiLo SuaM sudah mendedahkan satu fakta alibi yang membuktikan bahawa pada malam 21 Febuari 2011 yang lalu, di saat video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim dirakamkan sekitar pukul 22:23 sehingga 22:45, facebook Anwar menunjukkan bahawa beliau sedang rancak berborak dengan peminatnya, sila rujuk sini [Facebook Anwar].

Namun apa yang menariknya, Utusan Malaysia selaku akhbar rasmi yang suka memperbodohkan rakyat, hari ini mempersoalkan ke manakah menghilangnya Anwar Ibrahim selama dua jam? Iaitu dari pukul 9:20 hingga 11.38. Berbekalkan fakta songsang blogger pencacai gerombolan songkok tinggi, Utusan sanggup merendahkan kredibilitinya sebagai akhbar arus perdana. [Utusan]




Di bawah ini 10 rakaman bukti-bukti bahawa Anwar Ibrahim sedang berfacebook pada saat yang dikatakan oleh Utusan kononnya Anwar menghilangkan diri selama 2 jam. Jelas sekali Utusan Malaysia tanpa segan silu membuat fitnah.



Anwar Ibrahim dilihat ada mengemaskinikan akaun Facebooknya pada 21 Febuari 2011 pukul [10:40] ,[10:49], [10:50],[10:52],[10:58],[11:02],[11:03],[11:03],[11:05], dan [11:08].sila klik link-link yang diberikan untuk melihat sendiri bukti di Facebook Anwar Ibrahim). Jelas sekali Utusan Malaysia sengaja memfitnah untuk memperbodohkan rakyat.

ReJaM© "Utusan Malaysia dan Fitnah bagaikan aur dengan tebing" - milosuam

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Pendedahan Chegu Bard

Posted: 26 Mar 2011 07:50 PM PDT



KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Auta Terkini Rahim Thamby Chik

Posted: 26 Mar 2011 07:35 PM PDT

Abdul Rahim: Saya tidak berdendam dengan Anwar

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata beliau terlibat dalam skandal pendedahan video seks bukan kerana berdendam dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran nasib yang menimpa dirinya 17 tahun lalu.

Sebaliknya kata Abdul Rahim (gambar), beliau mendedahkan perkara itu demi mencari kebenaran buat semua pihak yang terlibat dalam aksi seks yang dirakamkan pada akhir bulan lalu.

"Apabila saya menyebut tentang peletakan jawatan saya (sebagai ketua menteri Melaka), saya hanya mahu Anwar mengekori langkah saya walaupun beliau telah menipu dengan mengatakan Tun (Dr Mahathir Mohamad) menyuruh saya berundur (semasa itu).


"Saya tetap meletakkan kepentingan negara di atas segala-galanya dengan tidak membuat huru-hara seperti menganjurkan demonstrasi bagi melemahkan kerajaan atau negara atau mengambil tindakan undang-undang ke atas Anwar kerana berbohong kepada saya," katanya dipetik Mingguan Malaysia hari ini.

Pemimpin dan penyokong Anwar mendakwa Abdul Rahim juga memainkan peranan ketika Ketua Umum Pakatan Rakyat kes moral yang membawa kepada pemecatannya daripada kerajaan dan Umno pada 1998.

Pada 24 Mac lalu, Anwar mendakwa balas dendam sebagai punca sebab Abdul Rahim sanggup mahu mendedahkan skandal video seks yang didakwa mengaitkan beliau,.

"Pembabitan Thamby Chik mengingatkan saya dengan kes lama, berkaitan dengan tuduhan rogol dan kes di mana kertas siasatan ditandatangani oleh (Peguam Negara Tan Sri) Gani Patail bahawa beliau terlibat dalam satu kes rasuah," kata Anwar.

"Beliau melakukan ini kerana mahu membalas dendam," kata Ketua Umum PKR ini.

Pada 1994, Abdul Rahim dikenakan tuduhan berkaitan kes rogol melibatkan pelajar bawah umur. Meskipun kes itu digugurkan kemudian, tetapi ia telah menjejaskan kerjaya politiknya.

Anwar juga mendakwa pihak polis melindungi Abdul Rahim dan rakannya, yang menggambarkan wujud konspirasi berhubung video seks.

"Mereka dilindungi oleh Cawangan Khas. Mengapa polis melindungi mereka? Dalam kes ini, kerana mereka adalah pemimpin Umno, polis diarah melindungi mereka," kata Anwar.

Abdul Rahim merupakan salah seorang daripada tiga "Datuk T" yang dilaporkan bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks minggu lalu.

Dua yang lain ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Ketiga-tiga mereka sudah memberikan keterangan kepada polis Khamis dan Jumaat lalu.

Dalam satu kenyataan kelmarin, seorang bekas anggota polis berkata, Shazryl ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Anwar daripada arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media Isnin lalu.

Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir. - MI

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Sejak Bila Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik Bukan Orang Umno..

Posted: 26 Mar 2011 06:07 PM PDT

Video lucah yang panas di perkatakan di tanah air kita bukan konspirasi Umno kata Datuk Seri Najib Razak. Persoalannya sejak Bila Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik keluar umno..? adakah beliau juga bukan orang Umno ..? Kantoi lagi.. macam mana ni tak mengaku ahli parti sendiri ke..

Bila undang-undang kita ada pindaan berkenaan seseorang atau pesalah yang menyebar & menayang video lucah terlepas dari kesalahan perlakuan tersebut..?

Ini menandakan ada yang tak betul dalam isu kontroversi video lucah ini , nampak sangat hanya untuk memerangkap seseorang bukan untuk menjelaskan kebenaran...


Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, berkata apa yang penting sekarang ialah menyiasat ketulenan rakaman video itu kerana ia adalah perkara pokok, manakala keputusan sama ada mahu membentuk suruhanjaya bagi menyiasat perkara berkenaan terletak pada kerajaan. Link

Adakah hanya mahu mengetahui ketulinan video semata-mata sedangkan pelakon watak tersebut hanya mirip Anuar..? Sedangkan penyebar dan penayang video tersebut tidak lansung di sentuh oleh PM .

Adakah menjadi salah kepada orang yang menjadi mirip kepada watak pelakon tersebut yang menjadi mangsa keadaan sepaya diambil tindakan undang-undang..

Kalau macam tu bahaya la bagi orang yang mirip seperti pelakon video lucah yang lain ...

Sumber - Budak_Perak

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Eskay Ke Thailand Kumpul Bahan Jatuhkan Anwar

Posted: 26 Mar 2011 07:22 AM PDT

Ahli Perniagaan Shazryl Eskay dikatakan membuat perancangan untuk mengumpul bahan tertentu di Siam dalam usaha untuk membalas dendam terhadap Anwar Ibrahim, kata seorang bekas pegawai polis yang pernah rapat dengan beliau.

Mohamad Mahti Abdul Rahim berkata pada 8 Mac, Eskay memberitahunya bahawa beliau menyalahkan Anwar terhadap saman RM20 juta ringgit yang didengar di mahkamah berhubung komisyen projek Jambatan Bengkok.

"Saya telefon dia (Eskay) pada 11 Mac. Dia marah-marah (mengatakan) Datuk Seri Anwar tak guna, Datuk Seri Anwar dah curi duit kita, saya akan buat dia sampai jatuh. Saya nak balik pi (pergi) Siam, nak kumpulkan bukti-bukti nak jatuhkan Datuk Seri Anwar," kata Mahti.

Eskay adalah bekas Konsul Thailand di Malaysia dan dilaporkan mempunyai jaringan kenalan yang luas di negara jiran itu.


Baca Berita Penuh Disini

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Video seks: PKR kecam laporan Utusan dakwa Anwar ‘hilang’ hampir dua jam

Posted: 26 Mar 2011 05:54 AM PDT


Paparan skrin Facebook menunjukkan catatan mesej pada pukul 10.40 malam 21 Februari lalu. — Imej ihsan sekretariat PKR

KUALA LUMPUR, 26 Mac — PKR menafikan dan mengecam laporan Utusan Malaysia edisi hari ini, yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim 'hilang' kira-kira dua jam pada 21 Februari lalu — hari aksi seks melibatkan pemimpin pembangkang dengan pelacur asing dirakamkan, sebagai "satu fitnah."

Pengarah Strateginya Mohd Rafizi Ramli berkata, laporan itu berniat jahat, yang hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat.


"Ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pimpinan bawahan Pemuda Umno yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan terdedah apabila ia menyiarkan dakwaan blog tersebut bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang pesanan tweet ke akaun Twitternya kononnya pada masa rakaman itu berlaku.

Dalam kenyataan itu, beliau turut menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu, iaitu:
- 1040 malam: "Inshaallah"
- 1049 malam: "That's dsNajib's plan. Our task: pursue reform agenda"
- 1050 malam: "Varsity students: Conscience of the majority"
- 1052 malam: "Modus operandi of rogue leaders"
- 1058 malam: "Bisa"
- 1103 malam: "Waras"
- 1103 malam: "Ada ruang bias ja"
- 1105 malam: "Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah diUGM"
- 1108 malam: "RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed"

"Masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat 'Selective Tweets'.

"Oleh yang demikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara pukul 10.38 hingga 11.06 malam," kata Rafizi lagi.

Katanya, pada masa itu jugalah iaitu antara 10.20 hingga 10.41 malam kononnya seorang yang mirip dengan wajah beliau dirakam sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik.

"Semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter," jelas beliau.

Malah Rafizi juga berkata pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan disini juga jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya yang diketahui umum.

"Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Rafizi berkata mereka mendakwa bahawa ada perbezaan masa di antara laman Facebook dan laman Twitter iaitu pesanan yang dirakam di laman Facebook adalah sejam lebih lambat dari masa di laman Twitter.

Justeru katanya, ia adalah pembohongan besar yang direka-reka semata-mata kerana sudah jelas bahawa Anwar berada di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

"Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Datuk Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook dua minit kemudian.

"Maka, pesanan yang dibuat pada pukul 12.22 tengah hari 26 Mac 2011di laman Twitter mengenai rakaman penuh pidato Datuk Seri Anwar di Taman Melawati dicatat waktunya sebagai 12.24 tengah hari 26 Mac 2011 di laman Facebook," katanya lagi.

Oleh itu kata beliau, penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno.

"Dengan pendedahan ini, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut," katanya.

Dalam laporannya, Utusan Malaysia mempersoalkan di mana Anwar berada antara pukul 9.20 sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan.

Dakwa akhbar tersebut, itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut. - MI

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Bekas Pengawai Megat Junid Dakwa Ditawar RM500 Ribu Oleh Eskay

Posted: 26 Mar 2011 05:06 AM PDT



Bekas Pegawal Peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, hari ini mendedahkan beliau ditawar imbuhan RM500,000 oleh ahli perniagaan Datuk Shyzryl Eskay Abdullah untuk menjadi saksi dalam kes saman Eskay terhadap Syarikat Merong Mahawangsa.

Sangsi dengan sogokan yang ditawar itu, Mohamad Mahti Abdul Rahim bertindak membuat surat perjanjian namun Eskay enggan menandatangani surat berkenaan.

Sebalikknya Eskay naik marah dan membawa Mahti berjumpa dengan bendahari PERKASA, Datuk Shuaib Lazim yang juga dikatakan rakan perniagaan Eskay.


Shuib kemudian menyakinkan Mahti bahawa beliau tetap akan mendapat imbuhan berkenaan jika Eskay menang kes itu dengan keseluruhan pampasan bernilai RM40 juta, menurut Mahti.

Eskay sebelum ini menfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan, setelah mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.

Mahti berkata seorang peguam yang mewakili Eskay dalam kes saman itu menghubunginya semalam setelah beliau mendedahkan dendam Eskay terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam itu meminta Mahti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut kerana bimbang ia akan "mengganggu" keputusan kes saman Eskay.

Semalam Mahti membuat pendedahan bahawa Eskay menyimpan dendam terhadap Anwar Ibrahim dan bertekad untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Mahti berkata Eskay memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman membabitkan ahli perniagaan itu.

Eskay adalah satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi fitnah video lucah untuk dikaitkan kepada Anwar sejak Isnin lalu.

Selain Eskay, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuaib yang dikatakan penasihat kepada syarikat baja milik Eskay.

Mahti semalam menyifatkan Eskay sebagai 'Si Kitol' - watak dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.

Mahti, seorang bekas pegawai polis berkerja dengan Allahyarham Megat Junid yang menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dan kemudiannya Menteri Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dari tahun 1984 hingga 2000. - tvs

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Tiada ulasan: