MiLo SuaM |
- Bukti blogger pro BN diupah RM 5,000 sebulan
- Di mana Anwar pada 21 Febuari 2011? Ini jawapannya
- Rakyat Didungukan, Duit Diutamakkan
- Ezam ramal Anwar akan bersumpah demi politik
| Bukti blogger pro BN diupah RM 5,000 sebulan Posted: 26 Mar 2011 05:09 PM PDT Kepada para pembaca yang berniat untuk menjadi pencacai gerombolan songkok tinggi, anda mungkin boleh menawarkan diri untuk menjadi blogger sepenuh masa menutup segala penyelewengan dan salah laku kerajaan Barisan Nasional, terutama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada laman web pro Barisan Nasional, pada 16 Disember 2010 yang lalu, para blogger yang dilihat berkelayakan, akan diberikan wang sebanyak RM30, 000, untuk membuka sebuah blog sama ada yang menggunakan hosting percuma ataupun berbayar. Malah diberikan upah sebanyak RM 5,000 sebulan untuk menutup bangkai gajah [SarawakTalk]. ![]() Kita sedia maklum, budaya gerombolan songkok tinggi adalah perjuangan demi perut demi duit, tiada siapa yang dapat menafikan fakta ini. Dari pencacai paling bawah (tukang pasang bendera masa pilihanraya) sampailah ketua yang paling atas, berjuang demi duit. Maka tidak hairanlah, dua orang antara terkaya di Malaysia adalah Nazir Tun Razak dan Mirzan Mahathir. Kalau nak harapkan keikhlasan penyokong UMNO untuk memasang bendera tanpa upah, jawapannya simpan jelah bendera dalam stor. Gerombolan songkok tinggi tahu bagaimana pemimpin atasan mereka mengambil kesempatan untuk memperkayakan kaum kerabat dan anak beranak serta cukong (kroni). Mereka tahu, bukan mereka tak tahu. Namun tak banyak sedikit mereka juga ada bahagian, sebab itulah pemimpin perompak terus dibela, sebab itu jugalah blogger-blogger gerombolan songkok tinggi terus menulis setiap hari dengan pelbagai propaganda dan fitnah jahat. ReJaM© "Lebih lucu bila Papa Gomo kata dia menulis blog kerana ikhlas berjuang untuk UMNO! Kah kah kah..." |
| Di mana Anwar pada 21 Febuari 2011? Ini jawapannya Posted: 26 Mar 2011 08:33 AM PDT Sebelum ini blog MiLo SuaM sudah mendedahkan satu fakta alibi yang membuktikan bahawa pada malam 21 Febuari 2011 yang lalu, di saat video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim dirakamkan sekitar pukul 22:23 sehingga 22:45, facebook Anwar menunjukkan bahawa beliau sedang rancak berborak dengan peminatnya, sila rujuk sini [Facebook Anwar]. Namun apa yang menariknya, Utusan Malaysia selaku akhbar rasmi yang suka memperbodohkan rakyat, hari ini mempersoalkan ke manakah menghilangnya Anwar Ibrahim selama dua jam? Iaitu dari pukul 9:20 hingga 11.38. Berbekalkan fakta songsang blogger pencacai gerombolan songkok tinggi, Utusan sanggup merendahkan kredibilitinya sebagai akhbar arus perdana. [Utusan] ![]() Di bawah ini 10 rakaman bukti-bukti bahawa Anwar Ibrahim sedang berfacebook pada saat yang dikatakan oleh Utusan kononnya Anwar menghilangkan diri selama 2 jam. Jelas sekali Utusan Malaysia tanpa segan silu membuat fitnah. ![]() Anwar Ibrahim dilihat ada mengemaskinikan akaun Facebooknya pada 21 Febuari 2011 pukul [10:40] ,[10:49], [10:50],[10:52],[10:58],[11:02],[11:03],[11:03],[11:05], dan [11:08]. (sila klik link-link yang diberikan untuk melihat sendiri bukti di Facebook Anwar Ibrahim). Jelas sekali Utusan Malaysia sengaja memfitnah untuk memperbodohkan rakyat. ReJaM© "Utusan Malaysia dan Fitnah bagaikan aur dengan tebing" |
| Rakyat Didungukan, Duit Diutamakkan Posted: 26 Mar 2011 05:45 AM PDT Korang redha jelah dengan apa yang tersirat dalam perjuangan nie. Kita jangan risau sangat kalau kita semua dah tak tinggal apa lagi untuk hidup di tanah air kita sendiri. Kita semua kena ikhlas dengan seikhlas-ikhlasnya untuk serah apa semua yang kita ada untuk menampung keperluan hidup ketua negara yang kita sayang-sayang nie.Kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia tak membantu pemimpin ni semua, siapa lagi. Kita semua wajib!!! tutup mata bila harta kita dirompak, harta negara kita dicuri, hak kita dirampas. Jika ada walau secupak beras sekalipun yang tinggal di rumah, hendaklah semua tu di kumpul dan didermakan kepada pemimpin yang kita sayang nie. Mereka pasti tak segan silu menerimanya. Walau pun kita berlapar hingga kebulur, itu bukan satu hal yang besar. Yang penting 'Pemimpin Didahulukan!, Tenkuk Mereka Diutamakan!'. Tak sukar untuk kita lakukan semua tu. Senang saja, iaitu kita hanya perlu menganggap yang diri kita ni seorang hamba abdi kepada mereka. Hanya dengan menanamkan rasa bertapa hinanya diri kita ni berbanding mereka nescaya berjayalah kita menjadikan mereka pemimpin yang terhebat didunia. Kita perlu berbangga kerana hanya negara kita saja dalam dunia nie yang memiliki ciri-ciri pemimpin terhebat didunia nie. Kerana rakan-rakan yang setaraf mereka banyak dah jatuh tersungkur dek kerana kebangkitan rakyat mereka seperti UMNO Mesir (30 tahun), UMNO Tunisia (23 tahun), UMNO Yaman (33tahun), dan UMNO Libya (41 tahun). Hanya negara kita saja yang berjaya mengekalkan kecemerlangan mengazab rakyat mereka selama 53 tahun!. Bangga tak kitaaa?!!!. Kita mesti kekalkan dan pertahankan pemimpin kita nie kerana mereka adalah satu-satunya hero yang tinggal kerana semua rakan UMNO mereka dinegara lain dah tersungkur menjadi sebuah lagenda negara mereka. Jadilah kita hamba sejati di negara sendiri selama-lamanya. Tolong pertahankannn!!!!!. SAPUUUUU!!!!! MALAYSIAAAAA!!!!! RemBat©"Kita semua wajib redha dan pasrah dengan nasib kita sebagai hamba disini" [ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ] |
| Ezam ramal Anwar akan bersumpah demi politik Posted: 26 Mar 2011 04:00 AM PDT ![]() Ezam Mohammad Nor atau lebih glamour dengan nama manjanya Senatak (Senator + Katak) meramalkan bahawa Anwar Ibrahim akan bersumpah demi menyelamatkan nyawa politiknya, kerana Anwar pada masa kini dilihat sedang dalam keadaan terdesak. Apa yang lebih lawak Ezam mahu rakyat percaya bahawa sumpah Anwar Ibrahim nanti bukanlah sumpah yang benar, tetapi sekadar sumpah untuk kepentingan politik.[Utusan] Dalam posting ini, ReJaM hanya nak sentuh tentang isu sumpah yang dibangkitkan oleh Senatak ini. Kepada penyokong gerombolan songkok tinggi, dengar sini baik-baik, Ezam Mohammad Nor nak ajar cara bersumpah yang betul, inilah cara bersumpah yang berlandaskan Islam menurut Ezam Mohammad Nor. Sila tonton video di bawah. ReJaM© "Bagaikan beruk dapat cincin, baru pakai cincin dia ingat binatang lain semua hodoh kah kah kah" |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan