Blog-list Malaysia |
- Video Seks - Kebenaran Semakin Teserlah
- Video Seks - DAP Tuntut Fatwa Harussani
- Lawan Secara Bermaruah - Anwar
- Yusri KRU akan membantu polis sahkan video Datuk T
- Ceramah DNA Yang 'Dijaga' Oleh Polis Dan FRU
- Pemuda PKR S'gor bidas polis ganggu majlis 'DNA'
- Cubaan Menangkap Anwar Ibrahim Sebentar Tadi Digagalkan Penyokong
- Video Seks Telah Rapatkan Kembali Kesatuan Dalam PKR
- Video seks: Eskay mahu balas dendam Anwar, kata bekas staf Megat Junid
- Video lucah dan dosa politik - Dr. Asri
- Bekas SB Nasihat Polis Bertegas Dengan Ahli Politik
- Eskay Adalah Si Kitol - Bekas Pegawai Peribadi Megat Junid
| Video Seks - Kebenaran Semakin Teserlah Posted: 26 Mar 2011 01:16 AM PDT Video sex...... Ada saksi bersama Anwar KUALA TERENGGANU – "Mustahil Anwar terlibat video salah laku seks memandangkan saya bersama beliau pada petang hari kejadian," demikian kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Dungun, Abd Rahman Yusof.Beliau berkata demi-kian ketika mempersoalkan video salah laku seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Abd Rahman menganggap isu yang kononnya dibongkar satu kumpulan diketuai Datuk 'T' itu hanyalah fitnah sambil menyifatkannya melampau dan melebihi had. "Pada 21 Februari lalu, saya ada di rumah Anwar kerana terlibat dengan mesyuarat staf bagi tujuan pengurusan program pada bulan itu dan Mac ini. Jadi bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku, sedangkan kami bersama," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Seorang individu menggelari dirinya Datuk 'T' mendedahkan kepada media didakwa rakaman video salah laku seks pemimpin tertinggi PKR di hotel. Rakaman berdurasi 21 minit itu menunjukkan individu terbabit mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing, dirakam pada 21 Februari lalu. Abd Rahman turut khuatir sekiranya semakin ramai orang Islam di negara ini 'difasikkan' berikutan fitnah yang dilempar terhadap Anwar. Beliau turut difahamkan bahawa video itu hanya merakam individu dikatakan Anwar dari pandangan tepi, selain bentuk badan tidak menunjukkan bahawa ia adalah Anwar. "Saya bimbang orang ramai yang percaya dan menyebarkan perkara sedemikian boleh termasuk golongan fasik," katanya. ![]() |
| Video Seks - DAP Tuntut Fatwa Harussani Posted: 26 Mar 2011 01:10 AM PDT DAP minta Mufti Perak nyatakan hukum syarak dan fatwa atas Dato T yang menunjukkan Filem lucah di khalayak ramai Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini memohon Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyatakan pendirian dan nyatakan hukum syarak yang patut dikenakan ke atas kelakuan tiga orang bergelar diri "Dato T" yang menunjukkan filem lucah dikhalayak ramai dengan tujuan untuk memalukan airmuka orang lain. Nga Kor Ming yang juga merupakan Setiausaha Negeri DAP Perak berkata, Tan Sri Harussani sebagai tokoh agama yang beriman tinggi seharusnya mengeluarkan kenyataan tentang hukum syarak yang harus diambil supaya muslim dalam Negara ini tidak mengikuti jejak langkah dan tingkah laku golongan sesat yang tergamak sehingga memperalatkan adegan lucah untuk menjatuhkan seseorang pemimpin. Beliau berkata, perbuatan merakam filem secara haram dan pertunjukkan filem lucah secara terbuka terbukti kini ada pemimpin UMNO yang berada dalam keadaan cemas dan risau sehingga hilang akalnya. Nga Kor Ming berkata, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Bekas Senator UMNO, Shuiz Ibrahim dan Bekas counselor, Eskay Abdullah tiga orang telah mengaku secara terbuka bahawa mereka adalah golongan yang bertanggungjawab penuh untuk menayangkan Filem Lucah kepada mass media yang dipelawa di Carcosa Seri Negara pada Isnin minggu ini. Mereka juga mengaku bahawa filem lucah tersebut bertujuan untuk memaksa Ketua umum Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Dato Seri Dr Wan Azizah selaku Presiden parti PKR untuk meletak jawatan. Nga berkata pada sidang media hari ini, bahawa adalah jelas mengikut Seskyen 292 Kanun Jenayah(Penal Code), mana-mana pihak yang mempamer, menunjuk atau mengedar bahan lucah jika disabit akan dihukum penjara selama 3 bulan, denda atau kedua-duanya. Kini Tan Sri Rahim Tamby Chik dan puaknya telah megaku mereka adalah pihak yang melakukan perbuatan sedemikian, maka adalah tanggungjawab polis untuk mengambil tindakan segera supaya imej pasukan polis dijaga dan kedaulatan undang-undang Negara dibela. Beliau berkata, sebagai seorang bukan muslim, beliau ingin memohon tunjuk ajar dan nasihat dari mufti Negeri apakah hukum syarak dan fatwa yang harus dikeluarkan terhadap pihak muslim yang melakukan usaha licik dan perbuatan yang memalukan tersebut supaya kesucian agama Islam dapat dijaga dan tidak tercemar. "Tan Sri Harussani adalah seorang mufti yang sering lantang bersuara atas isu-isu agama termasuk soal politik, maka saya ingin pohon pedoman dan nasihat dari beliau." Nga berkata dengan ikhlas dan rendah hati. Turut hadir siding media hari ini adalah ADUN Menglembu, Lim Pek Har, ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam dan setiausaha Organisasi DAP Perak, Teh Hock Ke. Pencacai SeMalaysia ![]() |
| Lawan Secara Bermaruah - Anwar Posted: 26 Mar 2011 12:59 AM PDT GOMBAK 26 MAC: Jangan guna taktik kotor, lawan secara bermaruah di gelanggang pilihanraya - itu desakan Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri dan isterinya Rosmah Mansor berikutan cubaan mengguna video lucah fitnah untuk menghakis sokongan terhadap Ketua Pembangkang itu. "Dia guna media, kecam kita dari pagi sampai petang sampai malam, Kita nak jawab, tak boleh, konon tidak ada permit. Saya tak salahkan OCPD, dia ikut arahan saja. Saya salahkan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri dia Rosmah Mansor yang takut berdepan dengan kita," kata Anwar kepada lebih dua ribu penyokong Pakatan Rakyat di Gombak malam tadi. "Saya mahu beritahu Najib supaya tunggu pilihanraya nanti. Jangan takbur," tambah Anwar kepada laungan takbir dan reformasi oleh penyokong Pakatan. Anwar berkata pihak polis dan Najib malah seluruh rakyat tahu siapa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, pengerusi Risda dan bekas Ketua Menteri Melaka yang mengaku mendalangi penayangan video lucah fitnah untuk mengaibkan Anwar di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu. Rahim terpalit dengan tuduhan merogol seorang pelajar sekolah dan dakwaan terbabit dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994. "Sekarang ini video seks pula. Saya nak tanya, polis tak tahu ke siapa Rahim Thamby Chik ? Tak tahu ke kes dia dulu di Melaka ? Orang ini nak jadi dewa, saya pulak kena jadi penjenayah," kata Anwar. "Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat. Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita. Kita bukan bodoh. Sebab apa dia (Datuk T) tidak tangkap, sebab dia pencacai Umno," kata Anwar. Anwar terpaksa meringkaskan ucapannya itu kerana campurtangan polis untuk menyuraikan majlis ceramah berkenaan. Namun beliau sempat memberi peringatan kepada Najib supaya bertaubat dan menghentikan penggunaan amalan keji untuk mencari kelebihan politik. "Apa jenis pemimpin ini. Saya hendak tanya Rosmah, tanya Najib, kamu ada anak, kamu ada bini, kamu ada keluarga, boleh orang aibkan keluarga kamu begitu rupa. Manusia jenis apa macam ini," tanya Anwar dengan nada kesal. Anwar menggesa golongan muda menjadi pemangkin suara rakyat menentang kebobrokan sistem kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang semakin menekan. Justeru, beliau mahukan penggunaan laman sosial Facebook, Twitter dan Blog diperhebatkan untuk memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat. "Gunakan Facebook, Twitter dan Blog untuk melawan mereka dengan kuat. Anak muda perlu menjadi pembangkit suara rakyat. Bukan orang yang bagi duit RM50 untuk menjadi pencacai Umno. Ini yang mahu kita tanam dalam diri anak muda," ujar Anwar. Belum selesai Anwar berucap, pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) menyerbu pentas untuk memaksa Anwar meninggalkan majlis itu. Dalam pergelutan yang menyusul, dua ahli PKR di tahan. - tvs ![]() |
| Yusri KRU akan membantu polis sahkan video Datuk T Posted: 25 Mar 2011 09:12 PM PDT KUALA LUMPUR - Polis sedang menunggu pemeriksaan pakar bagi mengesahkan lelaki yang melakukan adegan seks dengan seorang pelacur wanita yang didakwa dirakamkan di sebuah apartmen di Ampang dekat sini pada 21 Februari lalu merupakan seorang pemimpin pembangkang. Sumber polis berkata, daripada aspek undang-undang, polis buat masa ini hanya membuat andaian bahawa lelaki itu merupakan seorang pemimpin pembangkang seperti yang didakwa oleh kumpulan trio Datuk T. Bagaimanapun, kata sumber itu, perkara itu hanya andaian semata-mata kerana pengesahan siapa sebenarnya pelakon dalam video seks itu memerlukan penyiasatan dan pengesahan daripada pakar. "Sehingga semalam polis belum mengetahui sama ada imej (aktor) dalam video tersebut sudah diganggu (direka-reka). "Polis juga tidak boleh sahkan pelakon tersebut adalah si A atau si B. Kita perlu tunggu pakar (untuk pengesahan),". Sehubungan itu, sumber itu berkata, pasukan penyiasat kini dalam pertimbangan untuk meminta khidmat pengarah filem Merong Mahawangsa, Yusry Abdul Halim (Yusri KRU) bagi membantu polis mengesahkan ketulenan rakaman video seks itu terlebih dahulu. "Rakaman itu sendiri perlu disahkan adalah tulen sebelum polis melakukan langkah kedua untuk mengesahkan pelakon yang dimaksudkan itu," kata sumber itu. Bagaimanapun, sehingga malam tadi pasukan polis belum memutuskan perkara itu dan ada kemungkinan pakar-pakar lain yang berkemahiran dalam rakaman video turut dipanggil memberi bantuan. - kosmo ![]() |
| Ceramah DNA Yang 'Dijaga' Oleh Polis Dan FRU Posted: 25 Mar 2011 08:38 PM PDT ![]() |
| Pemuda PKR S'gor bidas polis ganggu majlis 'DNA' Posted: 25 Mar 2011 08:24 PM PDT Pemuda PKR Selangor hari ini membidas tindakan polis yang didakwa mengganggu majlis pelancaran 'Datuk Najib Altantuya' (DNA) anjuran parti itu di Kuala Lumpur, malam tadi. "Pihak Angkatan Muda Keadilan Selangor menluahkan rasa kecawa dan mengecam tindakan pihak polis... Tindakan ini mengakibatkan kecederaan kepada rakyat yang hadir termasuk wartawan dan pimpinan Angkatan Muda Keadilan," kata ketua penerangannya, Mohd Saifullah Zulklifi dalam satu kenyataan akhbar.Katanya, lebih malang lagi apabila pihak polis bertindak menyalahi undang-undang dengan mengganggu majlis aman ini yang diadakan di kawasan persendirian. "Pihak polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat beliau telah pun menutup ceramah beliau."Tindakan seperti ini membuktikan bahawa pihak Umno-BN yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor takut kepada kebangkitan rakyat dan kebenaran akan terpancar menutupi fitnah yang cuba ditaburi dalam kes Saiful Bukhari dan video Seks Datuk T," katanya. Pada kejadian itu, tiga anggota PKR ditahan polis. Kira-kira 10 anggota polis bertindak menghalang ketua umum PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan dan kira-kira 1,500 orang hadirin menjadi berang.Keadaan menjadi kecoh apabila mereka yang tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap, mula membaling kerusi, botol air, bata dan kayu ke arah anggota polis anti-rusuhan. Menurut Mohd Saifullah, pihak polis sepatutnya tidak perlu takut dengan rakyat yang hanya berhimpun secara aman itu."AMK Selangor ingin menyeru agar pihak polis tidak perlu rasa takut dengan arahan dan tekanan pihak pemerintah Umno-BN. Polis harus bertindak secara profesional dan berkhidmat kepada rakyat, bukan BN," akhiri kenyataannya itu. ![]() |
| Cubaan Menangkap Anwar Ibrahim Sebentar Tadi Digagalkan Penyokong Posted: 25 Mar 2011 09:05 AM PDT » anwaribrahim Anwar Ibrahim Tmn Melawati:pej Keadilan tp masih dilarang!KPD izinkan sy berucap 15min.Tp kemaraan polis menimbulkan kemarahan.Alhamd bersurai aman #fb tianchua Tian Chua Ceramah Gombak: Police & FRU surrounded the area, luckily @AnwarIbrahim was escorted out safely. » tianchua Tian Chua Latest ceramah Gombak: Police attempted to arrest @AnwarIbrahim to prevent him from speaking; a few AMK members arrested. » rafiziramli Rafizi Ramli @anwaribrahim tidak ditahan, walaupun polis & fru cuba "mengiringi" beliau dr pentas. Dilindungi orang ramai & ada stand off sebentar #fb » juezulkifli Juwairiya Zulkifli Polis rempuh ceramah. FRU bertindak ganas nak tangkap @anwaribrahim . Suara REFORMASI bergema!!!! ![]() |
| Video Seks Telah Rapatkan Kembali Kesatuan Dalam PKR Posted: 25 Mar 2011 06:26 AM PDT Video hasilkan semangat baru untuk Anwar KUALA LUMPUR, 25 Mac: Video lucah yang dihasilkan oleh Trio Umno nampaknya memberikan semangat baru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan partinya, PKR untuk bangkit selepas tenggelam dengan pelbagai masalah dalaman sebelum ini. Video ini juga telah berjaya mengumpulkan kembali sahabat-sahabat dan penyokong beliau walaupun sebelum ini dilihat ada yang cuba menjauhi beliau. Pendekata, projek Trio Umno ini telah 'backfire' kepada Umno dan memberikan sokongan moral yang kuat untuk Anwar dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Mulai malam tadi, hampir 500 orang berkumpul dan bersolat hajat di rumahnya dekat Segambut. Rakan lama beliau, Dr Siddiq Fadhil yang dilihat sudah lama menyepi memberikan tazkirah yang amat bermakna di majlis itu. Sebelum ini, Cikgu Bard atau Badrul Hisham Shahrin telah membuat satu sidang media serta kenyataan khas mempertahankan Anwar selepas beliau cuba digunakan untuk menentang Anwar melalui video itu. Padahal sebelum ini beliau sangat kritikal terhadap Anwar bahkan telah menolak tawaran jawatan Penolong Setiausaha Agung PKR oleh kepimpinan PKR. Dalam majlis di Segambut, Anwar menggesa para penyokong Pakatan Rakyat dan masyarakat supaya tidak terpesong dari perjuangan dan jatuh dalam perangkap keji Umno menggunakan fitnah video lucah untuk memecah-belahkan gagasan itu, lapor TV Selangor. "Saya masih mempertahankan bahawa fokus masih program Buku Jingga. Saya memohon agar rakan-rakan terus membaca. Jangan benarkan isu (fitnah liwat, video seks) mengheret kita jauh daripada isu pokok kerana ia akan merugikan kita. "Jangan lupa menumpukan isu pokok dalam kerangka untuk mengangkat martabat umat dengan akhlak dan ilmu. Buku Jingga adalah dasar ekonomi alternatif. Ini menunjukkan ia ada ruang untuk dikembangkan sekiranya kita menguasai Putrajaya," kata Anwar selepas majlis solat hajat di kediamannya di Bukit Segambut malam tadi. Buku Jingga adalah program yang merangkumi pembaharuan ekonomi, politik dan sosial yang bakal dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika diberi mandat menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada pilihanraya umum akan datang. Jelajah Negara Malam ini, Anwar menyertai Majlis Makan Malam Mengenang Pejuang di Ballroom One Plaza, Kuala Selangor iaitu di belakang Tesco Kuala Selangor. Turut serta bersama beliau adalah MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah Anwar. Selepas itu, beliau akan bergegas ke Dewan Pusat Khidmat Rakyat, Ahli Parlimen Gombak, Pusat Bandar Taman Melawati untuk berceramah 'Membongkar Konspirasi Politik Terkini'. Selain beliau, Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Saari Sungib, Teo Nie Ching dan Normala Sudirman akan turut berucap. Malam esok, beliau akan bergegas pula ke Padang Awam Taman Pauh Indah, Permatang Pauh untuk menjawab semua pertuduhan samada liwat mahupun kes terbaru video lucah yang diperkenalkan oleh Trio Umno pada media baru-baru ini. Turut akan berucap adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan juga Johari Abdul, antara pemimpin PKR yang cuba dipancing agar membenci Anwar melalui video ini. Kemuncak program adalah program Solat Hajat di Stadium Melawati, Shah Alam 28 Mac ini bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. ![]() |
| Video seks: Eskay mahu balas dendam Anwar, kata bekas staf Megat Junid Posted: 25 Mar 2011 05:27 AM PDT ![]() Nota tulisan tangan, didakwa ditulis oleh Shazryl Eskay, yang ditunjukkan oleh Mohamad Mahti kepada pemberita di Kuang, Rawang hari ini. RAWANG, 25 Mac — Seorang bekas anggota polis berkata Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, Isnin lalu. Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China. Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad. Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir. "Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata 'saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun," katanya. Mohamad Mahti sendiri bersetuju menjadi saksi dalam kes dibawa Shazryl mendakwa beliau dijanjikan akan dibayar RM20 juta kerana berjaya memperoleh projek jambatan bengkok RM460 juta yang menghubungkan Singapura dan Johor. Katanya, selepas dia memberikan keterangan pada 8 Mac lalu, Shazryl mula bercakap buruk tentang Anwar ketika berhenti rehat dan disambung pada keesokan hari. "Sama ada rakaman ini betul atau tidak, saya tidak tahu. Tetapi beliau mahu menjatuhkan Anwar Ibrahim. Beliau berkata Anwar curi wangnya," katanya lagi. Mohamad Mahti juga berkata, Shazryl bertemu dengannya minggu lalu untuk bertanya sama ada boleh mendapatkan bekas anggota unit tindakan khas bagi tujuan keselamatan apabila menayangkan rakaman video. Mohamad Mahti berkata, dia mengikut Shazryl ke rumah Datuk Shuib Lazim, seorang lagi Datuk T dan mendapati Bendahari Perkasa itu penasihat ahli perniagaan terbabit yang mengendalikan kilang baja dan akan menjadi pengerusinya dalam waktu terdekat. "Eskay juga berkata beliau melakukan ini bagi (seorang) No. 1," katanya sambil menambah, Shuib kelihatan keberatan untuk membantu Shazryl. "Saya tidak tahu siapa orang itu dan saya juga tidak tanya siapa yang dia maksudkan," kata Mohamad Mahti apabila ditanya sama Shazryl merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang Anwar menuduh terlibat dalam pendedahan video seks ini. Mohamad Mahti, 53, berkata dia kali pertama bertemu dengan Shazryl ketika menjadi pakar fisioterapi bagi Persatuan Badminton Malaysia pada 1990-an. Katanya, Shazryl kemudian diperkenalkan kepada Dr Mahathir dan Anwar di mana pada masa yang sama khidmatnya diperkenalkan kepada mereka. Mohamad Mahti juga berkata, dia diberi wang saku RM5,000 kerana menguruskan pertemuan dengan Ahli Parlimen Salak Tan Sri Tajuddin Rahman, yang merupakan Pengerusi Felca, dipercayai untuk mendapatkan kontrak membekalkan baja. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, seorang lagi Datuk T pula merupakan Pengerusi Risda. Mohamad Mahti berkata sebulan kemudian Shazryl memberikannya satu nota tulisan tangannya menjanjikan pelbagai pegawai termasuk Tajuddin potongan bagi setiap tan baja dijual kepada Felcra. "Saya merasakan ini rasuah, jadi saya SMS kepada Tajuddin meminta agar melupakan segala-galanya," kata beliau sambil menunjukkan tulisan tangan yang menggunakan dakwat merah. Mohamad Mahti berkata salah seorang pengawal peribadi Anwar yang bernama Moktar ada menghubunginya untuk bertanya mengapa Shazryl melakukan yang ini sedangkan baru seminggu lalu beliau ada membawa keluarganya bertemu dengan Ketua Umum PKR itu. "Saya memberitahu bahawa saya tidak tahu apa-apa tentang video ini sehingga ia dikeluarkan," katanya kepada pemberita di Kuang dekat sini hari ini. Mohamad Mahti menambah, Shazryl ada mengatakan bahawa beliau pernah banyak membantu Anwar dan membawa bekas timbalan perdana menteri itu ke Singapura untuk melakukan ujian DNA bagi membuktikan dakwaan akhir 1990-an bahawa beliau adalah bapa bagi anak Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, sebagai tidak benar. Dia juga berkata, Shazryl mendakwa ada membantu Anwar untuk menghantar keluar blogger Raja Petra Kamaruddin untuk meninggalkan negara ke United Kingdom. Katanya, dia tidak diminta oleh sesiapa agar membuat dakwaan ini sambil berkata "jika saya dibayar, kita sepatutnya mengadakan sidang media di bilik berhawa dingin." Shazryl dan Abdul Rahim ditahan oleh polis awal hari ini berkaitan dengan seks video ini. - MI ![]() |
| Video lucah dan dosa politik - Dr. Asri Posted: 25 Mar 2011 05:02 AM PDT Dalam budaya manusia yang tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram. Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini. Sama ada PAS, Umno dan PKR; ramai individu dalamparti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka. Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada pada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik. Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini. Sedangkan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim). Aib peribadi Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin. Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian. Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf. Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi - sekalipun mungkin benar - adalah berat di sisi agama. Firman Allah (maksudnya): "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: Ayat 4). Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar. Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata: "Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya." Bukan bukti Asas Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain. Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran: "Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis 'barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya...." Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih (bermaksud): "Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, hal 124, Kaherah: Dar al-Syuruq). Berbeza Dengan Kes Kezaliman Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa, rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa. Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat. Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa. Itu pun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain. Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: Ayat 148-149). Tidak Perlu Suruhajaya Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya 'Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah. Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-ma'ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy 'an al-munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan. Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah: "Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta'ala telah melarang hal ini. Kisah 'Umar dan 'Abd al-Rahman bin 'Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa 'Umar RA telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata: Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta'ala telah berfirman (maksudnya): Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka 'Umar pun meninggalkannya... Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990). Ingatan Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu. | Mereka ini ada dalam Umno, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah al-Hujurat: 12). Bangkit generasi baru Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini! Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti kerajaan Perlis. Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis. ![]() |
| Bekas SB Nasihat Polis Bertegas Dengan Ahli Politik Posted: 25 Mar 2011 03:38 AM PDT KUALA LUMPUR 25 MAC : Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (Special Branch), Datuk Seri Yuen Yuet Leng menggesa pihak berkuasa supaya bertegas dengan semua ahli politik tanpa perlu bersikap diskriminasi.Menurut Yuen, polis tidak boleh dikawal oleh mana-mana parti politik kerana amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa itu meliputi segenap lapisan masyarakat, maka ia perlu dilaksanakan dengan adil dan telus. "Kita tidak boleh dikawal oleh parti politik tetapi mesti menyokong parti politik yang memerintah selagi mereka bertindak dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan," kata Yuen. Yuen berkata, secara teknikalnya, polis boleh menolak untuk bertindak atas kehendak parti politik yang memerintah. "Kita boleh menangkap Perdana Menteri, tetapi ini memerlukan keberanian yang luar biasa untuk melakukannya," kata Yuen kepada akhbar The Sun selepas majlis pelancaran rancangan mini siri yang menceritakan kisah hidup beliau dalam "Suatu Ketika...Darah Di Bumi". Yuen merupakan bekas Ketua Polis Perak dan Pesuruhjaya Polis Sarawak yang menyertai pasukan polis walaupun tidak mempunyai lagi sijil kewarganegaraan ketika itu. Dalam laporan itu juga, Yuen mengaku bahawa imej polis kini jatuh ke paras paling bawah sejak beberapa tahun lalu berikutan pelbagai persepsi negatif yang terpalit pada pihak berkuasa itu. ![]() |
| Eskay Adalah Si Kitol - Bekas Pegawai Peribadi Megat Junid Posted: 25 Mar 2011 02:13 AM PDT Eskay minta saya dapatkan 'UTK', kata bekas pengawal peribadi Megat Junid RAWANG, 25 Mac — Seorang bekas anggota polis hari ini mendakwa Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah mendampinginya minggu lalu untuk mendapatkan beberapa bekas anggota unit tindakan khas (UTK) khusus untuk sesi tayangan rakaman video seks Isnin lalu, yang pendedahannya mendakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing. Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, dia bertemu dengan ahli perniagaan itu minggu lalu. "Beliau bertanya saya sama ada boleh membantu mendapatkan dua bekas anggota UTK. Apabila beliau berkata ia untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memberitahu beliau saya tidak mahu tahu apa-apa langsung," katanya. Mohamad Mahti, yang pernah bekerja untuk bekas menteri itu selama 18 tahun menambah, dia tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah meskipun mengenali Shazryl (kiri) sejak 1980-an. "Tetapi sekarang, dengan adanya semua dakwaan, saya merasakan saya perlu mendedahkan kebenaran. Datuk Eskay adalah Si Kitol," katanya. Mohamad Mahti berkata Shazryl mengenali Anwar sejak Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjadi menteri kerajaan pusat pada 1990-an. Katanya, Shazryl kemungkinan marah selepas Ketua Pembangkang itu tidak mahu memberikan keterangan dalam kes saman berkaitan komisen RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura. "Sama ada pita (rakaman) ini betul atau tidak, saya tidak tahu tetapi ia satu tindakan tidak bermoral," katanya lagi. Mohamad Mahti berkata dia pertama kali bertemu dengan Shazryl ketika beliau berkhidmat sebagai pakar fisioterapi Persatuan Badminton Malaysia tahun 1990-an. "Datuk Megat pernah mengalami masalah otot dan Shazryl disyorkan kepada saya, jadi saya perkenalkan kepada Datuk Megat," kata beliau. "Tetapi apabila Datuk Megat berhadapan dengan barah dan malah ketika beliau meninggal dunia, Eskay tidak pernah melawat beliau langsung," katanya. Kini katanya, Shazryl mengusahakan lima kilang baja di Thailand dan rapat dengan (Tan Sri) Abdul Rahim (Thamby Chik) sebab beliau merupakan Pengerusi RISDA manakala Shuib pula bapa mertua Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal. Shafie juga merupakan naib presiden Umno. "Beliau juga cuba rapat dengan Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman agar dapat kontrak jual baja," katanya lagi. "Eskay adalah pembohong. Apa saja dia kata adalah pembohongan," kata beliau kepada pemberita di ladang kambingnya di Kuang dekat sini hari ini. "Saya akan membantu jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu menyoal siasat. Jika Eskay mahu menyaman saya, silakan. Saya tidak bimbang," katanya lagi. - MI ![]() |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


"Pihak Angkatan Muda Keadilan Selangor menluahkan rasa kecawa dan mengecam tindakan pihak polis... Tindakan ini mengakibatkan kecederaan kepada rakyat yang hadir termasuk wartawan dan pimpinan Angkatan Muda Keadilan," kata ketua penerangannya, Mohd Saifullah Zulklifi dalam satu kenyataan akhbar.
Kira-kira 10 anggota polis bertindak menghalang ketua umum PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan dan kira-kira 1,500 orang hadirin menjadi berang.
Menurut Mohd Saifullah, pihak polis sepatutnya tidak perlu takut dengan rakyat yang hanya berhimpun secara aman itu.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan