Kelab Greenboc |
- Misteri Video Seks Terbongkar. Identiti Datuk T Terdedah - updated
- Pesawat Pengebom Amerika Bersepai Di Libya
- Tindakan Mesti Diambil Ke Atas Isteri Khir Toyo
- DNA Yang Diambil Secara Paksa Diterima Sebagai Bahan Bukti
- Serang Libya, Obama Digesa Serahkan Kembali Hadiah Nobel Keamanan
- Keengganan Polis Tangkap Datuk T Cetuskan Kemarahan Rakyat
- Ada Yang Bertanya, Siapa Pengganti Anwar Sebagai Ketua PR?
- Pemberontak Libya Hanya Inginkan Qaddafi Berundur, Bukan Dibunuh
- Video Seks - Kenyataan Datuk T Yang Kantoi
- Huh Dasyat, Lelaki Yang Dihukum Mati Oleh Mahkamah Terajang Jurugambar
- Fukushima Terkini, Radiasi Meningkat 1000 Kali Di Radius 20 Km
- Video Seks: Najib Terlibat Kata Anwar, Beri Kelebihan Kepada PR Kata Nizar
Misteri Video Seks Terbongkar. Identiti Datuk T Terdedah - updated Posted: 23 Mar 2011 12:00 AM PDT KKenyataan Akhbar Johari Abdul, Ahli PArlimen (PKR) Sg Petani Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau. Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali. Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi. Datuk Rahim Tamby Chik (kiri), Datuk Eskay Shazril (kanan) Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato' Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut. Dato' Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya ("Johari Abdul") adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sepanjang tayangan video tersebut, Dato' Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu. Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato' Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai. Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin. Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat. Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut: 1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah. 2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku. 3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim. 4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim. 5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim. 6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat. Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka. Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim. DATO' JOHARI ABDUL AHLI PARLIMEN SG PETANI AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN 23 MAC 2011 Ulasan GB Demikian sebenarnya kaedah yang digunakan Najib melalui agen-agennya untuk membeli beberapa Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat. Betapa dasyatnya manusia bernama Najib ini yang mana kita telah tahu kejatuhan kerajaan PR negeri Perak adalah akibat dari pembelian wakil-wakil rakyat PR. Dikuti dengan beberapa siri lompatan ahli parlimen dan ADUN PR samada menjadi wakil bebas atau pun menyertai BN.
Sekarang siapakah Datuk T? Terjawab sudah:
atau yang inikah yang lebih tepat:
Akhirnya Tuhan memperkenankan doa GB. Baru semalam GB menulis di SINI. Petikan
Pastikan maklumat kebusukan tindakan Najib dan UMNO di atas disebarkan kepada seluruh rakyat terutama para pengundi Sarawak. |
Pesawat Pengebom Amerika Bersepai Di Libya Posted: 22 Mar 2011 09:45 PM PDT Washington: Sebuah pesawat pengebom F-15E tentera udara Amerika Syarikat terhempas di Libya malam tadi dan seorang krunya berjaya diselamatkan, Reuters melaporkan. Jurucakap tentera Amerika di Markas Pemerintah Afrika, Vince Crawley berkata, usaha menyelamat seorang lagi kru masih dilakukan. Menurutnya, kejadian itu mungkin disebabkan kerosakan mekanikal dan bukan kerana tembakan musuh. Beliau berkata, kejadian berlaku sebelah malam tetapi enggan memberitahu lokasinya dan bagaimana kru pesawat berkenaan diselamatkan. "Kedua kru itu melompat. Seorang kru telah ditemukan. Ketika ini sedang dijalankan operasi untuk mencari seorang lainnya," kata Karin Burzynski dari markas besar komando itu di kota Stuttgart, Jerman bahgian barat, AFP dipetik. |
Tindakan Mesti Diambil Ke Atas Isteri Khir Toyo Posted: 22 Mar 2011 08:30 PM PDT Shah Alam - Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) menggesa Peguam Negara untuk mengambil tindakan ke atas isteri bekas menteri besar Selangor, Zaharah Kechik. Menurut Teng Chang Kim, Zaharah tidak menghadiri sidang Selcat apabila beliau dipanggil sebagai saksi. "Dalam sidang awam pendengaran Selcat yang pertama, di mana ada saksi awam yang telah pun mengingkari perintah Selcat untuk hadir iaitu isteri kepada bekas MB Selangor,"katanya. Tambah beliau lagi, memandangkan penubuhan jawatankuasa ini telah diperakui oleh mahkamah, maka tindakan terhadap Zaharah perlu diambil demi memastikan undang-undang terus dipelihara. "Tetapi hingga hari ini belum ada tindakan pendakwaan yang telah dibuat terhadap beliau. Dengan kedudukan enakmen penghinaan dewan yang telah pun dibenarkan oleh mahkamah saya berharap pihak peguam negara akan ambil tindakan segera untuk menegakkan undang-undang yang telah pun diluluskan oleh dewan dan disahkan mahkamah,"jelasnya. Zaharah adalah Bekas Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) antara 11 saksi utama yang dipanggil pada sesi Selcat pada Mac 2009. Turut dipanggil sebagai saksi pada sesi pendengaran awam yang akan berlangsung sehingga 31 Mac itu ialah bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo. Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha berkata siasatan awal jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan sehingga mencecah RM1 juta sejak penubuhannya pada 1985. Isu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas. Zaharah, yang juga isteri Mohamad Khir, dilaporkan memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian. -tvsnews-
|
DNA Yang Diambil Secara Paksa Diterima Sebagai Bahan Bukti Posted: 22 Mar 2011 07:47 PM PDT Tamparan kepada Anwar, tiga barangan diterima Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa tiga barangan yang dikemukakan sebelum ini boleh diterima sebagai bukti yang sekaligus mengubah keputusan sebelum ini pada perbicaraan dalam perbicaraan yang menolaknya diterima sebagai bukti. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima. Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden meminta dua saksi pendakwaan - ahli kimia, Nor Aidora Sameon dan Supt Amidon Anan tampil sekali lagi bagi mengemukakan barangan tersebut untuk dijadikan bukti. Dalam keputusannya, hakim Zabidin bagaimanapun menolak permohonan pendakwaan bagi memaksa Anwar memberikan sampel DNAnya. Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok bagi membolehkan semua pihak membuat persiapan. Sebelum ini pihak pendakwaan membuat dua permohonan - permohonan pertama bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan yang kedua bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya. Permohonan bagi memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA dikatakan sesuatu yang 'bukan lazim' dan belum pernah dilakukan dalam sejarah Malaysia, negara-negara Komanwel dan juga dunia, kata peguambela utama, Karpal Singh Yusof pula telah berhujah bahawa sampel DNA Anwar adalah penting dan relevan bagi menentukan sama ada ia sepadan dengan DNA yang diambil dari sperma yang dijumpai di dubur pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan. "Tidak pernah ada permohonan seumpama ini sebelum ini tetapi tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan... atau tidak Seksyen 165, Akta Keterangan tidak mempunyai makna. Kita mempunyai bukti tetapi atas sebab teknikal ia tidak dapat diterima (oleh hakim)," hujahnya minggu lalu. Hakim Zabidin sebelum ini telah memutuskan bahawa sampel DNA dari tiga barangan - sehelai tuala, botol air minuman dan berus gigi - tidak boleh diterima kerana ia diperolehi dengan cara yang tidak sah. Keputusan hari ini dikatakan sebagai satu tamparan kepada Anwar. Ketua pembangkang itu berkata terdapat tekanan politik yang hebat bagi memaksa hakim menukar keputusannya sebelum ini. -mk Imbas kembali:
Ulasan GB Sudah kelihatan tanda-tanda mahkamah kembali senget. |
Serang Libya, Obama Digesa Serahkan Kembali Hadiah Nobel Keamanan Posted: 22 Mar 2011 06:57 PM PDT Presiden Bolivia Evo Morales menuntut Presiden AS Barack Obama untuk mengembalikan hadiah Nobel Perdamaian. Seperti dilaporkan AFP, Presiden Bolivia, Evo Morales menggesa anugerah Nobel Keamanan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ditarik balik kerana menyifatkan keputusan pemimpin itu melancarkan serangan tentera terhadap Libya menunjukkan beliau tidak layak mendapat anugerah itu. "Dua tahun lalu, kita mendengar bahawa Presiden Obama memenangi anugerah Nobel Keamanan tetapi adakah beliau mempertahankan keamanan dunia sekarang, atau tidakkah beliau yang mencetuskan keganasan?" kata Morales kepada pemberita. Ulasan dibuat beberapa hari selepas Obama mengarahkan pengeboman mensasarkan tentera Libya sebagai usaha yang disokong PBB untuk melindungi penduduk awam. "Bagaimana mungkin untuk memberi anugerah Nobel Keamanan kepada seseorang yang melancarkan serangan, pengeboman? Ia satu pencabulan, serangan, pencerobohan," kata Morales, pemimpin Latin Amerika berhaluan kiri yang lantang mengkritik Amerika Syarikat. "Obama adalah ketua kumpulan yang mengetuai serangan dan pencerobohan, dan tidak ada kena mengena dengan mempertahankan hak asasi manusia," katanya. Obama menerima anugerah berkenaan pada Disember 2009 kurang setahun selepas dilantik sebagai presiden Amerika. Dalam ucapan beliau di Oslo, Obama merujuk dirinya sebagai ketua komander sebuah negara yang berada di tengah-tengah dua perang dan menyifatkan konflik bersenjata adalah tepat pada masanya. Obama menghadiahkan AS$1.4 juta (RM4.2 juta) hadiah wang tunai yang dimenanginya itu kepada 10 badan kebajikan termasuk kumpulan yang bekerja bagi pemulihan Haiti dan menyokong keluarga tentera. Sementara itu Reuters pula melaporkan, di Britain, kira-kira 53 peratus rakyat Britain berpendapat anggota tentera negara itu tidak perlu meletakkan diri mereka dalam bahaya untuk melindungi rakyat Libya daripada rejim Muammar Gaddafi. Kajian pendapat terbaru juga mendapati, sebanyak 43 peratus daripada rakyat negara itu menentang serangan tentera terhadap negara itu. Hasil kajian itu yang dijalankan oleh ComRes Survey untuk stesen televisyen ITV News diumumkan semalam. Hanya 35 peratus responden berkata, Britain bertindak betul untuk menyertai tindakan tentera antarabangsa bagi melaksanakan gencatan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sementara 43 peratus tidak bersetuju dan 22 peratus lagi memberi jawapan tidak tahu. Responden juga berbelah bagi mengenai sama ada tindakan itu memberi gambaran baik terhadap Perdana Menteri, David Cameron. Di India, pemimpin India menyatakan, negara asing tidak berhak mencampuri urusan dalaman Libya, sekali gus menambah kecaman antarabangsa terhadap kempen ketenteraan ke atas rejim Muammar Gaddafi. India yang bersikap berkecuali terhadap undian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menguatkuasakan zon larangan terbang mengambil sikap sama seperti China dan Russia. Ketiga-tiga negara itu mengecam serangan udara diketuai AS, Britain dan Perancis yang bertujuan melemahkan sistem pertahanan udara Libya. Menteri Kewangan India, Pranab Mukherjee, berkata tiada mana-mana negara asing berhak campur tangan dalam konflik dalaman sesebuah kerajaan. "Tiada negara boleh memutuskan untuk menukar sesuatu rejim," katanya. Sama ada rejim terbabit akan berubah atau tidak, kata Pranab, bergantung kepada rakyat negara itu sendiri. |
Keengganan Polis Tangkap Datuk T Cetuskan Kemarahan Rakyat Posted: 22 Mar 2011 06:00 PM PDT Tangkap segera Datuk T, gesa Karpal Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh. Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal. Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu. Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.
Ulasan GB Soal pilihanraya Sarawak adalah persoalan lain yang cuba dibawa oleh ketua Polis Negara untuk menutup sandiwara polis yang terhegeh-hegeh untuk tidak menangkap Datuk T yang ternyata terlibat di dalam kes penayangan video lucah di sebuah hotel terkemuka di ibukota. Jelas Polis seperti mempunyai agendanya sendiri serta mengamalkan sikap double standard dan ini amat mendukacitakan. Ia sekaligus menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap polis. Laporan polis boleh dibuat terhadap sikap polis yang melengah-lengahkan pengendalian tugasnya sebagai anggota polis. |
Ada Yang Bertanya, Siapa Pengganti Anwar Sebagai Ketua PR? Posted: 22 Mar 2011 04:17 PM PDT Kesahihan video seks baru dipertikai, tapi suram imej Pakatan Kemunculan video seks baru mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan khidmat seks di sebuah hotel dilihat akan menyuramkan kerjaya politik Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, malah diramal merumitkan lagi kempen pilihan raya mereka di Sarawak dan usaha memulihkan populariti yang makin merosot. Pilihan raya negeri Sarawak dijangka diadakan pertengahan bulan depan selepas ia dibubarkan semalam. Rakaman video itu, yang didakwa dirakam 21 Februari lalu, juga didedahkan semalam. Penganalis politik berpendapat sementara dakwaan itu belum dibuktikan benas manakala kesahihan pula masih samar-samar, pendedahan rakaman video berkenaan dalam dunia siber sudah pasti akan mencacatkan imej Anwar. Malah perkembangan itu akan meletakkan perikatan tersebut kekurangan calon perdana menteri. "Ia kemungkinan menjejaskan fokus Pakatan, jika kepimpinan (perikatan itu) tidak berfokus... ia akan memberi kesan ke atas keberkesanan persediaan Pakatan menghadapi pilihan raya negeri. Daripada menghadapi isu-isu kempen pilihan raya, mereka akan dipaksa mengatasi isu-isu berkaitan dengan hal ehwal peribadi," kata penganalisis bebas Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider. Pengarah Eksekutif Merdeka Center ini berkata persepsi orang ramai terhadap imej Anwar sebagai pemimpin bergantung sama ada video seks akan didedahkan kepada umum. Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa Anwar berhadapan dengan situasi rugi dalam apa jua kemungkinan kelak. "Dalam banyak keadaan, ia adalah situasi rugi bagi (Anwar). Jika publik akses kepada (rakaman video), dan jika mereka dipujuk bahawa beliau adalah lelaki (dalam rakaman), ia sesuatu yang malang bagi diri beliau. "Jika mereka tidak percaya yang dia (lelaki itu) bukan beliau, peluang bagi Anwar keluar (daripada isu) ini tanpa sebarang kesan buruk sangat kecil," kata Ibrahim. Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan keputusannya selepas pendakwa selesai membentangkan kes mereka akan diketahui esok. "Kadangkala terlalu banyak serangan juga tidak baik," kata Ibrahim. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mempertahankan lelaki dalam rakaman itu bukan Anwar. Malah, Anwar juga menafikan dakwaan terbaru tersebut semalam. Penganalisis politik dari USM Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian juga bersetuju dengan pandangan Ibrahim sambil menegaskan dakwaan skandal terbaru ini boleh menjejaskan pengundi-pengundi atas pagar. "Perkara terakhir Pakatan perlu lakukan ialah menghadapi perkara ini khususnya soal waktu (isu ini didedahkan). "Anwar adalah kapten yang menghubungkan kedua-dua PAS dan DAP, tetapi beliau kelihatan satu liabiliti memandangkan beliau berhadapan dengan siri krisis yang akan memberi kesan ke atas Pakatan," kata beliau ketika dihubungi. "Malah isunya sama ada PAS dan DAP mahu menyokong penuh Anwar sekarang," tambah Sivamurugan. Menurut beliau, PKR kini perlu fikir kemungkinan pengganti kepada Anwar tetapi masalahnya ialah mencari calon yang boleh memenuhi 'citarasa' kedua-dua PAS dan DAP. "Siapa yang mereka boleh terima? Anda tidak boleh memiliki (Penasihat DAP Lim) Kit Siang atau (Presiden PAS Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) sebagai ketua Pakatan Rakyat... dan Azmin juga ada isu. "Persoalan sekarang ialah siapa yang boleh mengambil alih apabila Anwar bukan lagi duduk di atas? Ingat, rakyat mahu tahu siapa yang akan menjadi kepercayaan Pakatan dalam era pasca-Anwar," katanya lagi. -TMI Ulasan GB Mungkin ada kebenarannya tentang ulasan penganalisis di atas. Anwar telah diserang untuk dihancurkan sehancur-hancurnya personaliti beliau agar fokus Pakatan Rakyat untuk memperkukuhkan parti terhalang. Di dalam beberapa siri PRK yang GB pernah hadiri, di dalam beberapa program ceramah Pakatan Rakyat, kebanyakan serangan ditumpukan kepada program ceramah Anwar, dan kurang kepada ceramah-ceramah pemimpin PR yang lain. Kekacauan, kekecohan dan provokasi juga kebanyakannya dilakukan semasa program Anwar diadakan. Semacam ada "pihak tertentu" yang mengekori Anwar ke mana saja Anwar pergi dan di mana saja Anwar berada. Ceramah BN yang semakin mendapat "crowd" sekitar 50 orang ialah kerana wujudnya pesonaliti-personaliti yang menyerang Anwar seperti Ummi Hafilda dan lain-lain, jika tidak ceramah-ceramah BN lengang dan hanya berlegar di sekitar 20-30 orang. GB akui memang benar bahawa KESAN yang ada ialah ke atas pengundi atas pagar. Iaitu mereka yang tidak mengikuti perkembangan politik secara konsisten, tak tahu hujung pangkal, tetapi seumpama burung hinggap sekali sekala dan bergantung kepada berita kontemporari tak kira dari siapa. Keputusan di PRK Kerdau dan Merlimau menjelaskan hal tersebut. Pakatan Rakyat amat perlu beri perhatian terhadap hal ini. Kedua tentang siapa pengganti Anwar jika Anwar terpaksa berundur atau diundurkan? Menarik persoalan itu. Kata penganalisis itu, "Siapa yang mereka boleh terima? Anda tidak boleh memiliki (Penasihat DAP Lim) Kit Siang atau (Presiden PAS Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) sebagai ketua Pakatan Rakyat... dan Azmin juga ada isu. "Persoalan sekarang ialah siapa yang boleh mengambil alih apabila Anwar bukan lagi duduk di atas? Ingat, rakyat mahu tahu siapa yang akan menjadi kepercayaan Pakatan dalam era pasca-Anwar," katanya lagi. GB senyum sahaja kerana soalan itu tidak berapa relevan untuk dijawab. Tetapi, jika nak tahu juga, siapakah yang layak, "pengganti itu" sebenarnya sudah pun menunggu di Parlimen. Dikirimkan Tuhan ke sana sejurus sahaja negerinya dirampas secara biadab oleh seorang manusia yang rakus kuasa. Seandainya berlaku apa-apa ke atas Anwar, pengganti Anwar itu, yang juga dibenci oleh UMNO dan sekutunya, tetapi sentiasa bertapak di hati rakyat jelata seluruh negara tak kira bangsa, akan mengambil tempatnya. Anda telah tahu siapa yang GB maksudkan. |
Pemberontak Libya Hanya Inginkan Qaddafi Berundur, Bukan Dibunuh Posted: 22 Mar 2011 07:47 AM PDT Paris - Utusan kubu pembangkang Libya menyatakan, mereka hanya menghendaki pimpinan Libya, Moammar Qaddafi berundur dan diadili, bukan memburunya untuk dibunuh. Ali Zeidan, utusan Libyan National Transitional Council untuk Eropah, menyatakan hal itu dalam wawancara eksklusif dengan The Associated Press tentang campurtangan Britain, Perancis, dan Amerika Syarikat atas negaranya. Menurutnya, pihak mereka menghargai keputusan Majlis Keselamatan PBB, namun menolak campur tangan terlalu mendalam dari negara asing atas negaranya. "Kami akan membuat penghakiman dengan Qaddafi sendiri, tanpa campur tangan asing," katanya. Zeidan, yang kini berada di Munich, telah menyatakan hal itu dalam pertemuannya dengan para pejabat Perancis. Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, menyatakan sebelumnya, pihaknya ada di balik pembangkang Libya. Para pejabat Amerika Syarikat menyatakan tujuan ketenteraan mereka dari matlamat rejim Qaddafi diakhiri. Jenderal Angkatan Darat, Carter Ham, yang menjadi komandan pasukan AS mengatakan ada kemungkinan Qaddafi berhasil mempertahankan kekuasaan. Ini bukan kali pertama AS mensasarkan pemimpin yang telah memerintah negara di Afrika Utara itu selama 42 tahun. Tahun 1986, Qaddafi pernah menjadi sasaran serangan udara AS. Dalam lawatanannya di Chile, Obama mengatakan Qaddafi bukan target misi ketenteraan AS. Kombinasi dari langkah-langkah lain termasuk Amerika sekatan PBB yang dirancang untuk meminggirkan pemimpin Libya adalah pendekatan yang tepat untuk mempercepat kejatuhannya, Obama mengatakan, resolusi Majlis Keselamatan PBB mengesahkan tindakan ketenteraan tidak mengubah rejim sekatan. "Kami akan tetap berpegang pada mandat itu," kata Obama. |
Video Seks - Kenyataan Datuk T Yang Kantoi Posted: 22 Mar 2011 06:45 AM PDT Video seks: Datuk T mahu media, NGO bentuk suruhanjaya tentukan ketulenan Seorang lelaki yang mempertontonkan video seks kepada media semalam, mendakwa ia membabitkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, hari ini meminta organisasi media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar membentuk sebuah suruhanjaya bagi menentukan ketulenan rakaman tersebut. Dalam kenyataan media dikeluarkan petang ini, lelaki itu yang masih mengenai dirinya "Datuk T" berkata, oleh kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri tidak berminat untuk menerima salinan rakaman video, maka pihaknya mahu media dan NGO menyiasat ketulenannya. "Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang dipertontonkan kepada pengamal-pengamal media pada hari Isnin (semalam), saya menganggap bahawa beliau dan isterinya tidak berminat untuk menerima satu salinan daripada saya Isnin ini (28 Mac)," kata Datuk T dalam kenyataan yang dihantar menerusi e-mel. "Oleh itu, saya minta pihak media dan NGO dengan segera membentuk sebuah suruhanjaya awam untuk menyiasat ketulenan pita tersebut," katanya lagi. Jutseru kata Datuk T, suruhanjaya itu boleh mendapatkan khidmat pakar forensik dari mana-mana negara untuk menentukan kesahihan rakaman video seks berkenaan, yang didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di ibu negara. "Saya akan menyerahkan rakaman asal kepada suruhanjaya itu," katanya lagi. Katanya, jam tangan jenama Omega yang ditemui di bilik di mana ahli politik tersebut mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing juga akan diserahkan kepada suruhanjaya berkenaan. Dalam kenyataan itu, Datuk T berkata, suruhanjaya yang disyorkan agar dibentuk boleh menghantar jam tangan tersebut kepada pakar forensik untuk menentukan sama ada DNA ditemui sepadan dengan pemimpin tersebut. "Biar publik dan dunia menjadi hakim," katanya lagi. Malah kata Datuk T, dia tidak akan menyerahkan rakaman kepada polis atas alasan Anwar akan mengalih tumpuan sambil mendakwa pihak berkuasa itu bersongkol dengan kerajaan jika hasil siasatan tidak memihak kepadanya. "Oleh itu, saya memutuskan untuk tidak menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa. Saya akan menyerahkan kepada suruhanjaya awam yang terdiri daripada media dan NGO," katanya. Pagi tadi, Anwar yang juga Ketua Pembangkang membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam. Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu. "Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karektar serta reputasi saya dan keluarga saya," kata Anwar dalam laporan polis itu. Laporan polis itu dibuat berikutan dakwaan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks lewat bulan lalu. Petang semalam, Anwar menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks itu. Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.-TMI Ulasan GB Pertama, bagaimana batang tubuh yang memegang video lucah itu mengetahui bahawa ia adalah rakaman asal video berkenaan jika bukan beliau sendiri yang terlibat di dalam menghasilkannya? Kerana sebelum ini dilaporkan bahawa: Datuk T memberitahu, pita rakaman itu ditemuinya secara tidak sengaja di bilik hotel tempat didakwa berlakunya hubungan seks ketika dia disuruh oleh pemimpin politik itu mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel. Yang ditemui itu mungkin salinan, mungkin yang telah diubahsuai, mungkin telah mengalami sentuhan perisian komputer, BUKAN RAKAMAN ASAL. Jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu konspirasi yang kantoi. Kedua, ketulenan pita itu memang diragui kerana dewasa ini CCTV yang murah pun adalah jenis berwarna. Tetapi video lucah yang dipertontonkan itu adalah hitam-putih. Tidak sukar untuk memberi jawapan mengapa rakaman itu sengaja dihitam putihkan oleh para konspirator - iaitu untuk melindung dan memadamkan kesan "superimposed" yang jelas tampak jika ia di dalam keadaan berwarna sekalipun di tahap 8 bits/channel. Malah tahap warna hitam di skala grey scale itupun dipertingkatkan untuk tidak menampakkan sebarang kesan ton warna. Ketiga: Datuk T berkata: "Oleh itu, saya memutuskan untuk tidak menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa. Saya akan menyerahkan kepada suruhanjaya awam yang terdiri daripada media dan NGO," katanya. Besar sangat pangkat DATUK kamu sehingga boleh mengatasi undang-undang dan tidak mahu menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa? Ini menunjukkan kamu adalah sebahagian dari kumpulan yang melakukan konsprasi itu. Keempat: Dalam kenyataan itu, Datuk T berkata, suruhanjaya yang disyorkan agar dibentuk boleh menghantar jam tangan tersebut kepada pakar forensik untuk menentukan sama ada DNA ditemui sepadan dengan pemimpin tersebut. Sekali lagi persoalan DNA ditimbulkan. Saya katakan bahawa jam itu mungkin jam Anwar dan DNA mungkin sepadan tetapi ia tidak menjelaskan apa-apa hubungkait mengenai video seks berkenaan. Kerana anda mungkin sebagai anggota polis SUDAH mempunyai simpanan DNA Anwar yang boleh dicalitkan di mana-mana sepertimana dicalitkan didubur Saiful! Kelima, kalau kamu anak jantan, kita cabar Datuk T itu usah berselindung. Dedahkan diri kamu siapa jika benar kamu seorang yang disuruh oleh Anwar mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel tersebut? Setakat artikel ini ditulis, Datuk T belum ditahan sedangkan Anwar sudah membuat laporan polis. Semakin jelas kini siapa beliau sebenarnya. Kami ada Tuhan untuk kami berlindung dan bermohon, (bukan sekadar Suruhanjaya), agar Allah mendedahkan siapa kamu sebenarnya, dan mendedahkan segala konspirasi ini. |
Huh Dasyat, Lelaki Yang Dihukum Mati Oleh Mahkamah Terajang Jurugambar Posted: 22 Mar 2011 04:37 AM PDT Penganggur Dihukum Mati Samun Bersenjata Api GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penganggur setelah didapati bersalah melakukan rompakan menggunakan senjata api di sebuah kedai emas empat tahun lepas. Gambar: Ravindran memberikan "flying kick" kepada seorang jurugambar yang merakam gambarnya di luar mahkamah. - TheStar Hakim Datuk Mohd Zaki Mohd Yassin juga memerintahkan R. Ravindran, 36, menjalani hukuman penjara maksimum 10 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan kedua iaitu merompak barang kemas bernilai RM800,000 dengan menggunakan sebatang tukul besi. Dalam penghakimannya Mohd Zaki berkata mahkamah mendapati wujudnya keraguan pada kenyataan tertuduh semasa membuat pembelaan secara bersumpah dan pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara dijalankan bermula dari tarikh tangkapan dan hukuman gantung akan dijalankan setelah keputusan rayuan. Ravindran dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 11 pagi 14 Jan 2007di Gayathrii Tangga Maligai Jewellers di nombor 42, Lebuh Pasar, bersama-sama seorang rakannya yang telah meninggal dunia. Dia didakwa telah melepaskan tembakan yang boleh mengakibatkan kematian ketika melakukan rompakan itu. Ravindran diwakili peguam bela Naran Singh manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Mokhtar. -BERNAMA |
Fukushima Terkini, Radiasi Meningkat 1000 Kali Di Radius 20 Km Posted: 22 Mar 2011 03:17 AM PDT Radiasi di wilayah sekitar loji tenaga nuklear Fukushima, Jepun, kian naik. Kali ini berdasar data dari Badan Energi Atom Internasional (IAEA), Isnin (21/3), radiasi mencapai 1,600 kali lebih tinggi dari tingkat normal dikesan di wilayah sekitar 20 kilometer dari PLTN Fukushima. Data yang dikumpulkan oleh tim IAEA menunjukkan tingkat radiasi lebih dari 161 microsievert / jam dikesan di kota Namie, Wilayah Fukushima, kata beberapa kakitangan IAEA. Kumpulan ahli IAEA yang memantau radiasi dari Tokyo dan lokasi-lokasi yang berdekatan dengan reaktor Fukushima dilaporkan telah mulai mengirimkan kembali pengukuran-pengukuran yang mereka lakukan ke pejabat IAEA di Wina. Dalam kunjungannya ke Jepun pada Senin, Direktur Jenderal IAEA, Yukiya Amano melakukan pertemuan dengan Perdana Menteri Naoto Kan, sejumlah menteri kabinet, Badan Keamanan Industri dan nuklear (NISA) serta pihak Tokyo Electric Power Company (TEPCO), perusahaan yang menjalankan reaktor Fukushima. Pemerintah telah menetapkan wilayah larangan yang meliputi area 20 kilometer dari PLTN tersebut dan mendesak warga yang berada di radius 20-30 kilometer untuk tidak keluar ruangan. Kepulan asap dan wap panas masih membubung tinggi di atas PLTN Fukushima, yang mengalami kerosakan sistem pendingin reaktor sejak terjadinya gempa berkekuatan 9.0 skala Richter dua pekan lalu. Berbagai usaha penyimbahan air dan pemulihan aliran elektrik sementara dihentikan, menurut laporan terakhir dari pejabat berita Kyodo. -ANTARA |
Video Seks: Najib Terlibat Kata Anwar, Beri Kelebihan Kepada PR Kata Nizar Posted: 22 Mar 2011 02:14 AM PDT Video seks: Anwar dakwa Najib terlibat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Perdana Menteri Najib Tun Razak terlibat dalam pembikinan dan penyebaran video lucah membabitkan perlakuan seks di antara seorang lelaki seimbas beliau dengan seorang perempuan yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara di sini semalam. "Saya cabar Najib (supaya membuktikan beliau tidak terlibat) memandangkan semalam beliau menafikan dirinya terlibat. Mengapa perlu buat penafian dan buat-buat tak tahu?," soal beliau. Berikutan tersebar video lucah itu, Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Dang Wangi, di sini. Beliau hadir pada kira-kira jam 10.35 pagi bersama isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Anwar, yang ditemui sejurus membuat laporan polis itu mendakwa Najib, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak atasan polis mengetahui mengenai kontroversi video lucah tersebut. "Perkara ini berlaku di Carcosa dan beberapa tempat lain. Ia satu jenayah berat dan dibiarkan dan ini tidak mungkin dibiarkan tanpa penglibatan pihak atasan polis, Najib dan Hishammuddin. "Polis perlu jaga imej dan perlu buktikan mereka tidak memilih untuk buat siasatan," katanya yang ditemui di ruang legar balai tersebut. Beliau mendakwa beliau memiliki bukti bahawa kontroversi ini merupakan satu lagi percubaan politik untuk menjatuhkannya. Kes tuduhan liwat berdepan kegagalan Katanya, kontroversi terbaru ini sengaja dicipta memandangkan kes tuduhan liwat yang dihadapinya kini bakal berdepan kegagalan. "Mereka sudah tahu akan kalah kes itu dan sekarang cuba mengadakan kes lain terhadap saya. Namun ia tidak akan menggugat kerjaya politik saya," katanya. Beliau dalam laporan polis turut menuntut agar siasatan yang menyeluruh dan tidak berat sebelah. "Individu-individu ini telah melakukan tindakan-tindakan jenayah berikut termasuk fitnah berunsur jenayah, intimidasi, jenayah, penayangan video lucah dan konspirasi ini yang telah kelihatan di Carcosa. Mereka perlu dikesan, disiasat tanpa mengira kuasa atau pangkat mereka. Saya harap siasatan tidak berat sebelah dan anasir-anasir jahat dalam serangan jenayah terhadap saya dan keluarga, dibawa ke muka pengadilan. Turut hadir pemimpin PKR seperti Syed Husin Ali, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa, Naib Presiden N Surendran dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Kira-kira 70 penyokong turut hadir memberikan sokongan malah kedengaran mereka melaungkan 'Hancur Fitnah' dan 'Hidup Anwar'. Kontroversi ini beri kelebihan kepada Pakatan Sementara itu, Nizar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata kes ini tidak akan menggugat parti itu dalam Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya, melalui kontroversi yang melanda kini memberi kelebihan kepada Pakatan. "Dalam PAS, berita yang dibawa perlu disahkan. Kami ketawa bila dengar cerita ini kerana dari segi logiknya. Ia hanya percubaan politik ketika menjelang pilihan raya terutama di Sarawak. Kami dalam PAS kukuh bersama Pakatan. "Saya percaya perkara ini memberi kelebihan kepada Pakatan kerana rakyat kini terarah kepada kami," katanya ketika mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama' PAS Datuk Harun Taib hari ini bahawa PAS akan mengkaji semula perikatan mereka dalam Pakatan. Semalam timbul dakwaan wujudnya klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur (wanita) di sebuah hotel yang menawarkan perkhidmatan seks. Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu. -FMT
|
You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan