Rabu, 23 Mac 2011

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


TAYANGAN AMAL LUCAH...

Posted: 22 Mar 2011 03:46 AM PDT

Nak kata terkejut beruk tu dah kire teruk sangat...tapi terkejut ayam belanda juga aku bile baca kenyataan menteri yang jaga undang undang di JPM tentang video lucah.... dia kata , tunjukkan di mana salahnya....

Mengulas penayangan video seks itu di sebuah hotel semalam, menteri yang bertanggungjawab dalam bidang undang-undang itu berkata bukanlah sesuatu yang salah untuk pihak di belakang semua itu menunjukkan video kepada wartawan dan penyunting.

"Kamu beritahu saya apa yang salah. Semua kata ia bertentangan dengan undang-undang, tetapi beritahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang maklum patut datang ke depan untuk maklumkan kepada kita," katanya.

aku pun cari le berita yang berkait dengan kesalahan menyimpan video lucah...ini berita yang aku jumpa.... KUALA TERENGGANU – Gara-gara menyimpan klip video lucah menerusi telefon bimbit, seorang penganggur ditahan dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bersama Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Terengganu, malam tadi.

Sepanjang operasi yang diadakan di Jalan Sultan Mahmud, di sini, JPJ turut mengeluarkan sebanyak 106 saman ke atas pemandu kenderaan melibatkan pelbagai jenis kesalahan.

Timbalan Ketua Cawangan Bahagian Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN Cawangan Terengganu, Zaki Mohamed berkata, penunggang motosikal berusia awal 20-an dari Kuala Terengganu itu ditahan untuk siasatan lanjut dan boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002.

"Jika sabit kesalahan remaja lelaki ini boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya ketika ditemui pemberita pada operasi berkenaan yang turut membabitkan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu.

Dan laporan kes mahkamah ni...

LATARBELAKANG KES:

2. Tertuduh dihadapkan dengan pertuduhan seperti berikut:

"Bahawa kamu pada 13/07/09 jam lebih kurang 6.00 petang di alamat 7-3-5 Jalan 2/38B, Taman SPPK Segambut, dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah didapati memiliki sebanyak 106 klip video lucah yang disimpan di dalam Hard Disc jenis Hitachi Deskstar S/N R325559XK yang di bawah milikan kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 dan boleh dihukum di bawah seksyen 5(2) akta yang sama". sini

Apa maksud jawapan Nazri aziz ni... apakah begini cara undang undang itu dipermainkan? Apakah begini nilai undang undang di Malaysia? Seolah olah tayangan itu ada pelindung nya??? atau apakah kerana ia ditayangkan di tempat eksklusif, maka ia adalah halal... atau mungkin kerana ianya sememangnya halal jika dilakukan oleh orang berduit dan berkedudukan??? sewajarnya persoalan ini di fikirkan terlebih dahulu.

Apa yang berlaku adalah satu isyarat jelas dalam sistem negara bahawa politik mengatasi undang undang.... Nazri aziz wajar memberi penjelasan terhadap kenyataannya bahawa ia bukan satu kesalahan kerana tidak bermaksud keuntungan...maknanya selepas ini tayangan amal lucah boleh diadakan.... ada sesiapa nak jadi penaja????


Tiada ulasan: