Kelab Greenboc |
- Mat Rempit Lari Tinggalkan Mayat 2 Rakan
- Tak Pakai Seluar Semasa Dicekup Dalam Kereta
- Harussani: Farahhana Perlu Bertaubat Samakan Nik Aziz Dengan Ayah Pin
- 1Malaysia Berjaya - Sharizat Jalil Dipeluk Apek
- MCA Beli Undi, MP DAP Buat Laporan Polis
- Suami Bernafsu Binatang, Rogol Anak Tiri
- Pelajar Sesat Dalam Hutan, Jatuh Tersangkut Di Pokok
- Pelajar Ditarik Keluar Kelas Dan Dibelasah Sewaktu Cikgu Masih Mengajar
- Lintas Lansung Keputusan PRK DUN Merlimau & Kerdau
Mat Rempit Lari Tinggalkan Mayat 2 Rakan Posted: 07 Mar 2011 12:26 AM PST Batu Pahat: Akibat terbabit dalam perlumbaan haram bersama-sama kira-kira 20 pelumba haram lain, dua remaja menerima padah apabila maut selepas bergesel dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di Kilometer (KM) 76.1 Lebuh Raya Utara Selatan di laluan Machap ke Ayer Hitam, awal pagi semalam. Bagaimanapun, remaja lain melarikan diri dengan meninggalkan mayat dua rakan mereka terbujur di atas lebuh raya. Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Muhammad Saddam Hussein Sheikh Awaf, 20, dan rakannya, Mohd Faiz Ahmad, 19, kedua-dua pelajar kolej, mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon, berkata kemalangan itu berlaku apabila sekumpulan pelumba haram menghampiri satu selekoh di lebuh raya berkenaan dan bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Ixora. "Motosikal dinaiki salah seorang mangsa dipercayai tidak sempat mengelak lalu bergesel dengan Proton Ixora, mengakibatkannya gagal mengawal motosikal sebelum merempuh seorang rakan di sebelahnya menyebabkan kedua-dua berdua maut di tempat kejadian. "Mat rempit lain sempat mengelak dan melarikan diri dari tempat kejadian," katanya selepas ditemui pada Hari Polis Bertemu Pelanggan di Kompleks Beli Belah The Summit di sini, semalam. Adnan berkata, mat rempit kini menjadikan lebuh raya sebagai litar lumba haram mereka selepas polis meningkatkan operasi di beberapa laluan berisiko sekitar daerah ini. "Jika dulu laluan Jalan Kluang-Parit Raja serta Jalan Ayer Hitam-Yong Peng adalah tempat pilihan yang sering dijadikan laluan untuk berlumba," katanya. Dalam kejadian berasingan, dua remaja lelaki maut apabila kedua-duanya yang juga menunggang motosikal, bertembung sesama sendiri di Kilometer 126.5 Jalan Tanjong Laboh-Batu Pahat, jam 2.20 pagi semalam. Adnan berkata, kedua-dua remaja berusia 17 dan 19 itu menunggang motosikal dari arah bertentangan sebelum seorang daripada mereka terbabas dan merempuh motosikal di hadapannya. -BH |
Tak Pakai Seluar Semasa Dicekup Dalam Kereta Posted: 06 Mar 2011 11:19 PM PST Kampung Raja – Seorang duda dan pasangannya yang ditangkap memadu asmara di dalam sebuah kereta didenda RM2,700 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas membuat pengakuan bersalah sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah. Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof memerintahkan duda berusia 36 tahun, dan pasangannya berumur 24 tahun, dipenjarakan sebulan jika gagal membayar denda. Mengikut pertuduhan, pasangan terbabit ditangkap di dalam sebuah kereta di Tanjung Demong dekat Bukit Keluang pada jam 3.50 petang, 22 Oktober tahun lalu. Duda terbabit dari Jalan Sultan Zainab, Kota Bharu, Kelantan dan bekerja sendiri manakala pasangannya, beralamat di Taman Jati, Selangor seorang jurujual didakwa berada berdua-dua sedangkan mereka bukan muhrim, sekali gus dituduh sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah. Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 Terengganu yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya. Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof. Nik Mohd Shahril Irwan ketika membacakan fakta kes memberitahu, penguat kuasa syariah yang membuat rondaan di sekitar pantai Tanjung Demong ternampak sebuah kereta jenis Honda City hitam dalam keadaan mencurigakan. Menurutnya, penguat kuasa menghampiri kereta bercermin kereta gelap itu, dan mendapati dua wanita berada tidak jauh dari kereta (luar kereta). Manakala, duda terbabit berada di tempat duduk pemandu dan pasangannya di sebelahnya dalam keadaan mengiring serta kerusi direbahkan. Apabila pintu kereta diketuk, pasangan itu cuba memakai pakaian dan empat minit kemudian, baru pintu kereta dibuka. Penguat kuasa mendapati ketika itu lelaki terbabit memakai seluar pendek londeh sehingga paras paha. Tertuduh perempuan pula memakai kemeja T lengan pendek diangkat ke paras dada dan tidak memakai seluar serta tudung. Pendakwa memberitahu mahkamah beberapa barang kes milik tertuduh turut dirampas termasuk sehelai seluar pendek, kemeja T, seluar dalam warna kuning dan barang kes lain. Mereka yang kini telah bertunang merayu dikenakan hukuman ringan dan hakim menegur perbuatan mereka yang keterlaluan itu. Duda terbabit hadir ke mahkamah dengan berkemeja lengan panjang dan bersongkok, manakala tunangnya memakai baju kurung ditemani seorang rakan perempuan. |
Harussani: Farahhana Perlu Bertaubat Samakan Nik Aziz Dengan Ayah Pin Posted: 06 Mar 2011 10:01 PM PST Dosa samakan Nik Aziz, Ayah Pin: Harussani SHAH ALAM – Tindakan seorang pemimpin kanan sebuah pertubuhan menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Muhammad boleh membawa kepada dosa jika individu berkenaan tidak bertaubat dan memohon maaf kepada mereka yang terbabit. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana, perbuatan menyamakan keperibadian seseorang dengan perwatakan individu lain yang bertentangan dengan personalitinya adalah berdosa dan hukumnya fasik. "Dalam ayat 11, surah Al Hujarat, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa seseorang ditegah memanggil orang lain dengan gelaran buruk. Orang yang menggelar itu harus segera bertaubat kerana itu adalah perbuatan yang zalim," tegasnya. Dalam isu yang membabitkan dua individu itu, Harussani berkata, perbezaan antara Nik Aziz de-ngan Ayah Pin adalah sa-ngat ketara kerana Nik Aziz adalah seorang ulama yang juga ahli politik berjawatan Menteri Besar sebuah negeri, manakala Ayah Pin ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya tuhan serta diburu pihak berkuasa. "Tidak boleh sama sekali mengata seseorang sampai begitu, mana boleh samakan Nik Aziz dengan Ayah Pin," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin. Dalam kenyataannya disiarkan semalam, Farahana menyifatkan imej Nik Aziz boleh disamakan dengan Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya. Beliau mendakwa, kedua-duanya mempunyai persamaan kerana mengaburi pemikiran pengikut untuk memuaskan nafsu masing-masing. "Mereka boleh lakukan apa saja tanpa boleh ditegur kerana 'kesucian' mereka," katanya. -SH
|
1Malaysia Berjaya - Sharizat Jalil Dipeluk Apek Posted: 06 Mar 2011 08:12 PM PST Sekarang baru difahami kenapa Chua Soi Lek mempertikaikan Cikgu Normala (PRK Tenang) yang tidak mahu bersalam dengan lelaki. Sesungguhnya kerjasama UMNO & MCA jelas tidak menjaga prinsip ISLAM, cukup berbeza kerjasama PAS dengan DAP. Bagaimana agaknya kalau yang bergambar seperti diatas tu Cikgu Mala atau Dr Wan Azizah,tentu gegak gempita satu Malaysia.Tapi tu kan Umno semuanya boleh bagi mereka. -tinta hijau |
MCA Beli Undi, MP DAP Buat Laporan Polis Posted: 06 Mar 2011 07:15 PM PST Ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him membuat laporan di balai polis Merlimau, mendakwa pada jam 11.45 pagi tadi, dia telah dimaklumkan oleh penyokong PAS dan DAP bahawa ada orang yang memberi wang RM100 di sebuah rumah dekat dewan serbaguna di Permatang Bukit Merlimau . Dalam laporan polisnya itu, Sim berkata, dia bersama seorang jurugambar akhbar China Press dan dua orang lagi, telah pergi ke rumah tersebut untuk mengetahui apa yang berlaku di situ. Beliau mendakwa, dia mendapati seorang ahl majlis dari MCA dan tiga orang lagi, sedang memberi wang kepada pengundi. Jurugambar tersebut mengambil beberapa gambar, tetapi dipaksa memadamkannya. Bagi mengelak kekecohan, kata Sim, dia meminta jurugambar itu memadam gambar-gambar tersebut. Dia kemudiannya beredar dari situ dan membuat laporan polis. Sim berkata, dia menganggapnya sebagai perbuatan membeli undi dan merupakan satu kesalahan melanggar peraturan pilihan raya. Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah bagi kawasan yang dianggap sebagai mini Malaysia berdasarkan pecahan pengundinya. Kawasan ini mempunyai hampir 65 peratus pengundi Melayu, lebih 20 peratus pengundi Cina dan hampir 15 peratus pengundi India. Keputusan hari ini akan memberi gambaran kepada tindakan parti masing-masing di sesebuah kawasan seperti ini. Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas, juga akibat serangan jantung. -mk |
Suami Bernafsu Binatang, Rogol Anak Tiri Posted: 06 Mar 2011 05:32 PM PST Bermadu' anak sendiri KECEWA... Azie ketika menceritakan pengalaman hitamnya KUALA LUMPUR: Hati wanita mana tidak terguris apabila melihat suami sedang berasmara dengan anak kandungnya di dapur rumah ketika dia baru pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana mengandung di luar rahim. Biarpun kejadian itu dua tahun berlalu, situasi ibarat 'bermadu dengan anak sendiri' menyebabkan dia yang mahu dikenali sebagai Azie amat kecewa kerana hatinya disakiti dua insan paling disayangi. Azie, 30-an berkata, hidupnya tidak menentu selepas melihat perbuatan bekas suaminya yang mengambil kesempatan terhadap anak tiri. Menurutnya, anak gadisnya yang ketika itu berusia 15 tahun anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami pertama yang dikahwini pada 1994 sebelum bercerai lima tahun kemudian. "Hasil perkahwinan itu, saya dikurniakan dua anak. Seorang lagi anak lelaki yang kini berusia 13 tahun. Selepas bercerai, kedua-dua anak itu dijaga nenek mereka di pantai timur," katanya. Menurutnya, selepas tiga tahun menjanda, hatinya ditambat seorang lelaki berusia 40-an dan mereka melangsungkan perkahwinan pada 2002. "Perkahwinan kali kedua ini pada awalnya bahagia dan kami mendapat dua anak masing-masing seorang lelaki yang kini berusia lapan tahun dan perempuan berusia lima tahun. "Namun, kebahagiaan itu mula tergugat sedikit demi sedikit selepas saya mengambil dua anak dengan suami dulu tinggal dengan kami di ibu kota," katanya. Menurutnya, ketika anak gadisnya berusia 13 tahun, dia sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu. "Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya yang ketika itu tidur. "Bagaimanapun, ketika ditanya dia membuat alasan mahu menghalau nyamuk dan saya mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain tidak mahu anak lain tahu," katanya. Menurutnya, kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anak gadisnya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu demam teruk dan meminta dibawa ke klinik. "Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya menceritakan kejadian sebenar yang dia sudah beberapa kali menjadi pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa kerana diugut bapa tirinya itu. "Saya membawa anak saya ke balai polis untuk membuat laporan rogol kerana anak masih di bawah umur," katanya. Azie berkata, suami keduanya itu juga seorang yang panas baran dan suka memukulnya dan anak-anak, namun hanya anak sulung yang dijadikan hamba seks itu tidak dipukul. "Lebih mengecewakan apabila suami memukul dan memijak perut saya walaupun ketika itu saya baru tiga hari selesai menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim. "Mungkin dia bertindak begitu kerana marah selepas saya ternampak dia berasmara dengan anak ketika mereka di dapur," katanya. Menurutnya, selepas kejadian itu, anak lelaki keduanya turut menceritakan yang dia pernah terserempak kakaknya beberapa kali masuk ke bilik bapa tiri sebelum keluar dua hingga tiga jam kemudian. "Bagaimanapun, anak saya itu tidak berani menceritakannya sebelum ini kerana takut dipukul suami yang panas baran, malah dia pernah diseksa dengan diterbalikkan kepala ke bawah kerana mengetahui hubungan bapa tiri dengan kakaknya itu. "Selepas mendengar semua cerita dan mengetahui apa yang berlaku ditambah dengan apa yang saya lihat, saya meminta cerai dan kami berpisah Ogos tahun lalu," katanya. Bagaimanapun, Azie kini buntu apabila anak gadisnya itu yang kini berusia 17 tahun menghilangkan diri sejak enam bulan lalu dan dia syak kemungkinan bekas suaminya mengambil anaknya itu. "Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak dan syak bekas suami melarikannya kerana saya tahu dia bijak memujuk. "Tidak mustahil anak gadis saya mengikutnya kerana dia masih mentah dan mudah termakan pujuk rayu bapa tirinya," katanya. |
Pelajar Sesat Dalam Hutan, Jatuh Tersangkut Di Pokok Posted: 06 Mar 2011 03:36 PM PST Padang Besar - Tindakan seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang membawa telefon bimbit ketika mendaki Gua Kelam di sini ternyata berbaloi apabila alat komunikasi itu membantu pihak berkuasa mengesannya ketika dia terjatuh di dalam gua tersebut kelmarin. Gambar: ANGGOTA bomba membersihkan luka pada kepala Khairul Rafiuddin yang diselamatkan selepas terjatuh ketika cuba mendaki bukit Gua Kelam, Padang Besar kelmarin. Kejadian pukul 3.30 petang itu berlaku ketika Khairul Rafiuddin Isa, 26, sedang berjoging dan mendaki bukit di situ sebelum terjatuh lalu tersangkut pada sebatang pokok kecil yang tumbuh di permukaan gaung sedalam 110 meter. Menurut pelajar tahun empat jurusan Kejuruteraan Perhubungan itu, kejadian berlaku selepas batu yang dipegang ketika mendaki bukit terlepas lalu menimpa kepalanya. Katanya, ekoran itu, dia telah tergelongsor dari laluan pendaki dan terus tersangkut pada sebatang pokok kecil sebelum pitam seketika. "Selepas sedar, perkara pertama saya ingat ialah menghubungi bomba dan nasib saya baik kerana talian telefon masih boleh digunakan di dalam hutan tersebut. "Pada mulanya mereka gagal mengesan lokasi saya terjatuh tetapi selepas beberapa kali berhubung dan memberikan petunjuk, mereka akhirnya menemui saya," ceritanya yang turut mengalami luka di kepala, lengan dan bahu ketika ditemui semalam. Tambah pelajar dari Bertam Hulu Melaka itu, dia datang ke situ bersendirian pada pukul 3 petang untuk berjoging dan mendaki bukit. Menurut Khairul Rafiuddin, sebaik ditemui dalam keadaan keletihan pada pukul 4.30 petang, pihak bomba terpaksa menggunakan akar pokok yang ada di situ untuk menariknya naik. "Selepas mendapati ia sukar, mereka kemudian menggunakan tali pula," katanya lagi. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar, Halil Hassan ketika dihubungi memberitahu, seramai enam anggota terlibat dalam operasi itu dan mangsa telah diberi rawatan kecemasan oleh Unit Perubatan Bomba sejurus diselamatkan. -kosmo |
Pelajar Ditarik Keluar Kelas Dan Dibelasah Sewaktu Cikgu Masih Mengajar Posted: 06 Mar 2011 02:51 PM PST Buat baik dapat sakit SAKIT...Muhammad Shahfaly yang terkehel tulang bahu dan patah lengan kiri selepas dibelasah sekumpulan pelajar. KANGAR: Sekumpulan 10 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Safi di sini, dikatakan bertindak ala gengster apabila dengan selamba menarik keluar seorang pelajar lelaki tingkatan tiga sekolah berkenaan dari kelas sebelum membelasahnya walaupun ketika itu guru sedang mengajar. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu, Muhamad Shahfaly Anoar, 15, mendakwa terkehel bahu kiri dan patah lengan kiri serta cedera di kening kiri akibat dibelasah teruk tiga daripada 10 pelajar tingkatan tiga, empat dan lima itu. Difahamkan, sebaik menarik keluar Muhamad Shahfaly dari kelasnya di tingkat satu, dia dibawa ke tingkat bawah bangunan sekolah sebelum dibelasah. Muhamad Shahfaly berkata, seorang daripada pelajar terbabit memasuki kelasnya di tingkat satu ketika guru sedang mengajar lalu mengheretnya keluar dengan memegang tengkuk dan dibawa turun ke tingkat bawah. "Di sana, saya lihat tidak kurang 10 pelajar sedang menunggu dan tiga daripada mereka, termasuk suspek yang memasuki kelas, memukul hingga pitam. Bagaimanapun, mereka melarikan diri selepas mendengar jeritan seorang guru yang kebetulan melalui kawasan itu. "Beberapa pelajar lain kemudian memapah saya masuk ke kelas dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Bagaimanapun, guru lelaki yang sedang mengajar subjek Kemahiran Hidup ketika itu tidak menanyakan keadaan saya. "Guru yang menyuraikan kejadian itu juga langsung tidak menjenguk saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat di sini, semalam. Muhamad Shahfaly yang juga ketua kelas tidak menolak kemungkinan serangan itu bermotif dendam kerana dia pernah mencatatkan kesalahan dilakukan pelajar terbabit yang sering tidak memasuki kelas ketika sesi pembelajaran. Bapa mangsa, Anoar Ahmad, 38, berkata, dia terkejut apabila melihat Muhamad Shahfaly dipapah beberapa rakannya keluar dari perkarangan sekolah ketika datang menjemputnya kira-kira jam 12.15 tengah hari, Jumaat lalu. "Saya geram apabila melihat kesan tapak kasut di belakang baju anak sulung saya itu dipercayai akibat ditendang pelajar yang membelasahnya. "Lebih memilukan, semua guru seperti tidak peduli kejadian anak saya dibelasah dan seolah-olah terkejut apabila dimaklumkan perkara itu," katanya. Anoar mendakwa guru sekolah berkenaan gagal memberi rawatan kecemasan kepada anaknya walaupun dia dipaksa keluar oleh suspek dari dalam kelas ketika guru sedang mengajar. "Saya membawa Muhamad Shahfaly ke Hospital Tunku Fauziah (HTF) di sini, untuk rawatan dan doktor mengesahkan tulang bahunya terkehel, lengan kiri patah serta terpaksa menerima jahitan di kening kiri," katanya. Berikutan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat di sini, kira-kira jam 7.30 malam Jumaat lalu. Menurutnya, Muhammad Shahfaly diberi cuti sakit 11 hari dan dibenarkan keluar dari HTF petang kelmarin, dan kemungkinan besar akan dipindahkan ke sekolah lain demi keselamatan serta mengelak terus dipukul. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Beliau berkata, polis sudah menahan empat pelajar sekolah berkenaan di rumah masing-masing, malam kelmarin. "Keempat-empat pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun ditahan selepas polis menerima laporan daripada bapa mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatang kecederaan parah terhadap mangsa," katanya. Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan empat pelajar ditahan di Balai Polis Kangar untuk menunggu perintah reman. Sementara itu, jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis (JPP) ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu selain menyerahkannya kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Difahamkan, dua pegawai JPP sudah melawat Muhamad Shahfaly di HTF dan akan berjumpa dengan pemangku pengetua SMK Syed Safi hari ini berhubung kejadian itu. Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat tidak dapat dihubungi kerana menghadiri mesyuarat di luar negeri ini. -hm |
Lintas Lansung Keputusan PRK DUN Merlimau & Kerdau Posted: 06 Mar 2011 04:30 AM PST Seramai 8,435 atau 79% daripada 10,679 pemilih berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka manakala 7,480 atau 83% daripada 8,999 pemilih berdaftar di DUN Kerdau di Pahang hari ini. Angka tersebut lebih tinggi berbanding yang dicatatkan pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008. Ketika itu, peratusan keluar mengundi bagi DUN Merlimau ialah 7,977 atau 76.18% daripada 10,471 pemilih berdaftar manakala bagi DUN Merlimau ialah 6,789 atau 80.33% daripada 8,451 pemilih berdaftar. Angka itu lebih tinggi berbanding yang dicatatkan pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008. MERLIMAU Rasmi Dari 22 peti undi: BN 5962, PAS 2319 Tidak rasmi: BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,623 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,339 undi. Jumlah undi rosak diterima ialah 132. Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004 7:48 MERLIMAU Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Azman Shapawi menyampaikan ucapan penutup sebagai pembakar semangat kepada penyokong dan petugas PAS di markas induk PAS. 7:39 KERDAU Tidak Rasmi PAS 2161, BN 4486, MAJ -2325, Rosak 78 7:14 MERLIMAU Tidak Rasmi BN 5962, PAS 2339, majoriti 3623 7:04 Keputusan Penuh Tidak Rasmi PAS - PAS: 2, 339, BN: 5, 962. Mojoriti: -3,623. Undi rosak: 132. 6:57 Tidak rasmi - PAS: 2,134, BN: 5,589. Mojoriti: -3,553. Undi rosak: 106. 6:47 Tidak rasmi: Merlimau Utara - PAS:110, BN: 328, Undi Rosak: 10. Majoriti: 218. 6:43 Di hadapan Markaz Induk PAS akan diadakan solat Maghrib berjemaah dan tazkirah ringkas. 6:41 Undi Pos - PAS: 2, BN: 46, Undi Rosak: 14. KERDAU 7:49 KERDAU Calon PAS, Hassanuddin Salim kini berada di markas induk PAS. Dijangka satu sidang media akan diadakan selepas keputusan rasmi diumum SPR. 7:43 KERDAU Keputusan penuh tidak rasmi: PAS 2204, BN 4793, Maj 2589, rosak 79 7:36 KERDAU Setakat ini 17 peti undi sudah diterima, 6 belum 7:30 KERDAU Tidak Rasmi PAS 2002, BN 4074, MAJ -2072, ROSAK 71 7:28 KERDAU SPR: BN 3746, PAS 1612, maj 2134 7:27 KERDAU SPR: BN 3334, PAS 1453, maj 1881 7:26 KERDAU SPR: BN 3037, PAS 1276, maj 1761 7:26 KERDAU SPR: BN 2647, PAS 1143, maj 1504 7:25 KERDAU SPR: BN2411, PAS 1048, Maj 1363 7:19 KERDAU SPR: BN 2170, PAS 984, maj 1186 7:18 KERDAU SPR: BN 1676, PAS 700, maj 976 7:18 KERDAU SPR: BN 1472, PAS 607, maj 865 7:18 KERDAU SPR: BN 1186, PAS 563, Maj 623 7:16 KERDAU SPR: BN 879, PAS 520, majoriti 359 7:15 KERDAU Tidak Rasmi PAS 1776, BN 3777, Maj 2001, Rosak 66 7:16 KERDAU SPR: BN 879, PAS 520, majoriti 359 7:15 KERDAU Tidak Rasmi PAS 1776, BN 3777, Maj 2001, Rosak 66 7:12 KERDAU Tidak Rasmi PAS 1643, BN 3533, maj -1890, rosak 62 7:01 KERDAU SPR: BN 735, PAS 412, majoriti 323 7:01 KERDAU SPR: BN 580, PAS 268, majoriti 312 7:00 KERDAU SPR: BN 337, PAS 169, Majoriti 168 6:36 KERDAU Tidak Rasmi PAS 956, BN 2021, Majoriti -1065, Rosak 44 6:33 KERDAU Tidak Rasmi PAS 901, BN 1875, majoriti -974, Rosak 40 6:32 KERDAU Tidak Rasmi PAS 764, BN 1671, majoriti -907, Rosak 29 6:25 KERDAU Tidak Rasmi PAS 764, BN 1385, Majoriti -621 rosak 29 6:13 KERDAU Tidak Rasmi PAS 513, BN 731, MAJORITI -218, ROSAK 14 6:09 KERDAU Tidak Rasmi PAS 114, BN 191, MAJORITI -77, ROSAK 4 |
You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan