Isnin, 7 Mac 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Wajah gadis yang menyamakan Nik Aziz dengan Ayah Pin

Posted: 06 Mar 2011 11:32 PM PST

Sebelum ini telah dipaparkan laporan berita di Utusan Malaysia tentang seorang perempuan yang menyamakan Tuan Guru Nik Aziz dengan Pemimpin Ajaran Sesat Ayah Pin [Ayah Pin]. Kali ini mari kita lihat wajahnya pula. Inilah perempuan yang dimaksudkan, dia tidak kenal auratnya sendiri pun, namun dengan berani menggelarkan Tuan Guru Nik Aziz dengan gelaran yang melampau.







Lihatlah dengan mata kepala anda sendiri, perempuan begini mendapat liputan di dalam Utusan Malaysia. Diberikan ruang dan liputan yang meluas untuk menghina ulama.

ReJaM© "Barangkali inilah Ulama Baru Gerombolan songkok tinggi..."

Tuan Guru Nik Aziz disamakan dengan Ayah Pin

Posted: 06 Mar 2011 02:46 PM PST

Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan disamakan dengan pemimpin Ajaran Sesat Ayah Pin oleh Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu, Farahhana Jamaludin [Utusan]
.

Siapa dia Farahhana Jamaludin ini? Untuk pengetahuan semua pembaca, Farahhana Jamaludin ini seorang pejuang Islam yang sebenar dan menyokong perjuangan Gerombolan Songkok Tinggi. Di bawah ini gambar pejuang Islam Farahhana Jamaludin diambil dari facebooknya yang menggambarkan dirinya lebih Islam dari Tuan Guru Nik Aziz walaupun batas auratnya sendiri pun dia tak kenal.


Perempuan begini dijulang di Utusan Malaysia untuk mengkritik Tuan Guru Nik Aziz malah mengeluarkan kenyataan melampau dengan menyamakan beliau dengan Ayah Pin. Najib yang menghina Yusuf Qaradhawi sebagai sesat, menghina Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas diampu dan diangkat kononnya sebagai pejuang Islam sebenar [Najib hina Yusuf Qaradhawi].




ReJaM© "Taik digambarkan sebagai nasi, manakala nasi digambarkan sebagai taik, maka kenyanglah orang-orang yang memilih taik..."

Tiada ulasan: